Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Doktor juga boleh keliru apabila buah zakar anak tersimpul dan membengkak

Doktor juga boleh keliru apabila buah zakar anak tersimpul dan membengkak

DOKTOR JUGA BOLEH TERKELIRU APABILA BUAH ZAKAR ANAK TERSIMPUL DAN MEMBENGKAK

 

boy standing

 

Antara cabaran yang besar bagi seorang doctor ialah mendiagnosa masalah yang dihadapi oleh pesakit. Cabaran ini sama besarnya dengan memberikan rawatan yang terbaik bagi pesakit.

 

Mendiagnosa pesakit bukanlah mudah. Ia tidak semudah seperti seorang bomoh yang ‘mendiagnosa’ pesakitnya hanya dengan melihat air dalam mangkuk.

 

Walaupun doctor telah melakukan pelbagai pemeriksaan, sama ada fizikal, xray atau pemeriksaan darah, dalam kebanyakkan keadaan semua keputusan itu umpama, cebisan ‘puzzle’ yang harus dicantumkan sebelum mejadi suatu lukisan yang lebih besar.

 

Semakin besar lukisan itu, semakin sukar untuk meneka apakah lukisan tersebut, terutama jika kita hanya mempunyai beberapa kepingan ‘puzzle’. Malah ada kalanya, hasil pemeriksaan yang dilakukan itu telah memberikan arah yang salah.

 

Diagnosa yang tepat dan berkesan tidak dapat dilakukan oleh doctor yang belum berpangalaman. Ia dapat diberikan hanya oleh doctor yang lebih berpengalaman dan mendalami bidang.

 

Saya ada satu contoh, ketika bekerja di wad pembedahan kanak-kanak dulu.

 

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 30 bulan, dimasukkan ke dalam wad kerana secara tiba-tiba kanak-kanak itu disedari oleh ibunya, tidak dapat berjalan dengan betul oleh ibunya.

 

Dia tidak dapat memijak kaki kirinya ke lantai. Ibunya menafikan yang kanak-kanak itu pernah jatuh atau mengalami kemalangan. Tetapi pernah dimasukkan ke hospital kerana buah zakar (testes) sebelah kiri ‘hilang’ semenjak lahir. Pada masa itu doktor menyatakan anak beliau mengalami “undescended testis” dan tarikh pembedahan pada minggu hadapan.

 

Ketika dimasukkan ke wad, kanak-kanak itu mengalami demam 100.4 ° ​​F, kemudian meningkat kepada 101.5 ° F.

 

Kanak-kanak itu kelihatan menangis apabila doctor memeriksa kaki kirinya dan kakinya itu kelihatan berputar ke luar dan tidak dapat diluruskan dengan sempurna.

 

 

Oleh itu, pada mulanya doctor menyangka bahawa kanak-kanak ini mengalami masalah pada sendi pinggulnya. Lalu dia dihantar untuk pemeriksaan xray.

 

Pemeriksaan xray mendapati sendi pinggul dan tulang pehanya normal.

 

Namun pemeriksaan darah pula menunjukkan kiraan leukocyte daripada 16,700 sel / mL, kadar pemendapan erythrocyte (ESR) 103 mm / jam, dan tahap protein C-reaktif (CRP) sebanyak 4.7 mg / dL. Seolah-olah terdapat kesan radangan di dalam tubuh kanak-kanak itu, berkemungkinan keradangan itu berada pada sendi pinggulnya di sebelah kiri.

 

Pemeriksaan xray dan pemeriksaan darah agak saling berlawanan arah. Pemeriksaan darah membuktikan mungkinan ada keradangan, yang mungkin berada di sendi pinggul kira, setelah diambil kira pemeriksaan fizikal kanaki kira kanak-kanak itu.

 

Sementara pemeriksaan xray pula tidak menunjukkan ada keradangan di situ.

 

Doktor mengambil keputusan untuk melakukan  pemeriksaan ultrasound pada sendi pinggul kiri, dan keputusannya normal. Jika ada masalah keradangan pada sendi pinggul kiri, sudah pasti terdapat imej yang menunjukkan pengumpulan cecair pada sendi itu dan penebalan pada selaput sendi.

 

Tetapi keputusan ultrasound juga normal. Ini bermakna sendi pinggul kanak-kanak ini tidak mempunyai masalah, dan bukan punca keradangan itu.

 

Jadi apakah masalah sebenarnya? Kenapa pemeriksaan darah menunjukkan terdapat kesan radangan dan kanak-kanak ini tidak dapat memijak menggunakan kaki kirinya?

 

Akhirnya kanak-kanak ini kemudian menjalani pemeriksaan MRI. Bukan mudah untuk menyediakan kanak-kanak ini berposisi baring tanpa menggerakkan tubuhnya di dalam mesin MRI. Apatah lagi berseorangan di situ. Akhirnya kanak-kanak itu terpaksa diberikan suntikan agar dia tenang dan tidur.

 

Hasil pemeriksaan MRI sangat memeranjatkan, tetapi memberikan keputusan yang memuaskan. Pemeriksaan MRI menunjukkan terdapat ‘bayangan heterogenous’ di kawasan inguinal kirinya.

 

Oleh kerana kanak-kanak ini masih kehilangan buah zakarnya, berkemungkinan masalah ini berpunca pada buah zakar yang tidak turun ke kerandut zakar, dan masih berada dalam abdomennya.

 

Dengan segera, dia dibawa ke bilik bedah dan doctor mendapati buah zakarnya telah mula membengkak dan rosak (gangrene), dan bersimpul.

 

Kanak-kanak itu bernasib baik kerana buah zakarnya dapat diselamatkan. Selepas enam bulan, kanak-kanak itu boleh berrjalan seperti biasa dengan normal.

 

Dalam kes ini, terlalu sukar untuk membuat diagnosa yang tepat dan cepat kerana di awal pemeriksaan fizikal, doctor telah dikelirukan dengan keadaan kanak-kanak in yang tidak boleh memijak kaki kirinya.

 

Oleh itu itu bukan mudah untuk mendiagnosa. Alhamdulillah dengan teknologi moden, pemeriksaan MRI sangat membantu mendiagnosa masalah/penyakit masalah ini dengan lebih baik. Hanya pengalaman dan pengetahuan yang mendalam saja yang dapat mengelakkan kekeliruan seperti ini.

 

Wallahu a’lam

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: