Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » DOKTOR, APA YANG PERLU SAYA TAHU MENGENAI KANSER LIMFOMA?

DOKTOR, APA YANG PERLU SAYA TAHU MENGENAI KANSER LIMFOMA?

DOKTOR, APA YANG PERLU SAYA TAHU MENGENAI KANSER LIMFOMA?

βœ… Kanser Limfoma ialah sejenis kanser yang berkaitan dengan sel darah putih. Ia menyebabkan bilangan sel darah putih meningkat dengan banyak.

βœ… Terdapat pelbagai jenis kanser limfoma, tetapi yang biasa berlaku adalah:πŸ‘‰Jenis Hodgkin (Hodgkin Lymphoma)πŸ‘‰Bukan jenis Hodgkin (Non-hodgkin lymphoma)

βœ… Para saintis masih lagi belum pasti punca sebenar penyakit ini. Namun, mereka mendapati terdapat beberapa faktor telah dikenalpasti.

πŸ‘‰ individu berusia 60 tahun ke atas (bagi Limfoma Jenis Bukan Hodgkin)

πŸ‘‰ individu berusia 15 hingga 40 tahun (bagi Jenis Hodgkin)

πŸ‘‰ individu yang menghidap penyakit yang melemahkan sistem daya tahan contohnya pesakit HIV, atau seorang penerima rawatan selepas transplantasi organ.

πŸ‘‰ individu yang mempunyai penyakit autoimmune seperti Rheumatoid Arthritis, Sjogren dan SLEπŸ‘‰pernah dijangkiti virus berbahaya seperti Epstein-Barr, Hepatitis C dan B.

πŸ‘‰ individu yang mempunyai ahli keluarga pesakit Limfoma

πŸ‘‰ pesakit kanser lain yang menerima rawatan radiasi atau kimotetapi

βœ… Apakah tanda kanser limfoma?

πŸ‘‰mengalami gejala bengkakan pada kelenjar limfa yang pada ketiak, leher dan kelengkang. πŸ‘‰mengalami demam, seram sejuk, hilang berat badan, batuk, sesak nafas, letih yang melampau.

βœ… Apakah tahap kanser limfoma? Secara mudah, terdapat 4 peringkat.

πŸ‘‰ Peringkat 1: Penglibatan kelenjar limfa tunggal

πŸ‘‰ Peringkat 2: Penglibatan 2 kawasan kelenjar limfa di bahagian sama atas atau bawah diafragma

πŸ‘‰ Peringkat 3: Penglibatan kelrnjar limfa pada kawasan atas dan bawah diafragma

πŸ‘‰ Peringkat 4: Penglibatan kelenjar limfa di bahagian tubuh yang lain.

βœ… Rawatan diberikan adalah seperti berikut:

πŸ‘‰Pembedahan

πŸ‘‰Radioterapi

πŸ‘‰Kemoterapi

πŸ‘‰Pemindahan Sumsum tulang

βœ… Apakah kejayaan selepas rawatan? Ramalan untuk sembuh pada pesakit limfoma dan hidup melebihi 5 tahun adalah baik.

πŸ‘‰ Bagi pesakit non hodgkin’s limfoma adalah 69%.

πŸ‘‰ Bagi jenis hodgkin’s limfoma kanser tahap 1 dan 2 peratusan ialah 91-94 %

πŸ‘‰ Bagi jenis hodgkin’s limfoma kanser tahap 3 dan 4 peratusan ialah 59-90%

βœ… Pemeriksaan berkala selepas rawatan yang berterusan adalah amat penting. Ia boleh berulang.

Semoga bermanfaat.

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: