Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Farmasi » DOKTOR, APA ITU UBAT TAHAN SAKIT ARCOXIA?

DOKTOR, APA ITU UBAT TAHAN SAKIT ARCOXIA?

DOKTOR, APA ITU UBAT TAHAN SAKIT ARCOXIA?

1. Nama genetik bagi ubat sintetik ini adalah Etoricoxib.


Ia dijual dengan nama Arcoxia oleh syarikat farmaseutikal Merck Sharp & Dohme (MSD). Selain itu beberapa syarikat farmaseutikal lain menjualnya menggunakan nama berbeza.

Antaranya:


Axcel Etoricoxib (Kotra Pharma)
Hovid-Etoricoxib (Hovid)
Etrobax (Ranbaxy)
Coxitor (Novartis)
Etrix (Genpharma)
Eberil (Medispec)

2. Ia termasuk dalam kumpulan A, bermakna memerlukan preskripsi untuk mendapatkan dari farmasi.

3. Ia digunakan untuk memberikan kelegaan (tahan sakit) dalam kes berikut:


✅ Sakit sendi seperti serangan Gout, rheumatoid arthritis, Osteoarthritis.
✅ Sakit-sakit otot
✅ Sakit gigi (untuk sementara sebelum rawatan seterusnya)

4. Cara penggunaan


✅ Paling baik diambil selepas makan (Untuk mengelakkan gastritis), tetapi boleh diambil sebelum makan.
✅ Ambil sebiji sekali dalam sehari.
✅ Dos biasa sama ada 90mg sebiji atau 120mg sebiji. Ada juga dos yang lebih rendah, iaitu 30mg dan 60mg.
✅ Disimpan dalam tempat yang kering tetapi tidak panas (suhu kurang dari 30°C) dalam kotak atau lindungi dari cahaya.

5. Bagaimana ia bertindak?


✅ Ia dikategorikan sebagai ubat penahan sakit bukan steroid dan anti-keradangan.
(NSAID).


✅ Ia merencat aktiviti enzim cyclooxygenase COX-2 lalu menghentikan penghasilan prostaglandin yang mengakibatkan rasa sakit.


✅ Ia dikatakan tidak menyebabkan masalah gastritis.

6. Kesan sampingan yang biasa berlaku:


✅ Bengkak air pada pergelangan kaki.
✅ Peningkatan tekanan darah akibat pengumpulan air dalam tubuh.
✅ Berat badan naik
✅ Rasa pedih perut, loya dan muntah
✅ Ulser mulut
✅ Perubahan pada deria rasa
✅ Alahan pada kulit
✅ Sakit kepala dan pening kepala
✅ Susah tidur
✅ Meningkatkan tahap creatinine (fungsi ginjal) dan tahap enzim ALT dan AST (fungsi hati).

7. Kesan sampingan serius yang boleh berlaku tetapi jarang.


✅ Meningkatkan risiko pembekuan yang boleh mengakibatkan sakit jantung dan stroke.
✅ Alahan ysng serius seperti Hipersensitif sindrom Steven-Johnson

8. Ia tidak sesusi untuk pesakit yang mempunyai :


✅ Alahan pada ubat tahan sakit NSAID
✅ Alahan pada ubat antibiotik sulfonamide
✅ Masalah ginjal CKD Tahap 4 dan 5
✅ Masalah fungsi hati yang serius
✅ Masalah dalam perut seperti gastritis, luka dalam perut
✅ Wanita hamil.
✅ Wanita yang menyusukan anak
✅ Pesakit radang usus seperti Crohn Disease dan Ulcerative Colitis
✅ Pesakit yang ada masalah pembekuan darah
✅ Pesakit kegagalan jantung, serangan jantung, saluran darah ke otak tersekat sementara (angin ahmar), darah tinggi
✅ Pesakit asthma
✅ Kanak-kanak bawah 16 tahun.

9. Pengambilan dos yang tinggi, dan dalam tempoh yang lama serta tempoh  perlu mendapat pemantauan doktor. Pesakit dinasihatkan agar mengambilnya apabila perlu sahaja untuk jangkamasa yang pendek.

10. Dapat segera pemeriksaan doktor jika mengalami kesan sampingan.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: