Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Farmasi » DOKTOR, APA ITU UBAT TAHAN SAKIT CELEBREX?

DOKTOR, APA ITU UBAT TAHAN SAKIT CELEBREX?

DOKTOR, APA ITU UBAT TAHAN SAKIT CELEBREX?

1. Nama generik bagi ubat ini adalah Celecoxib. Ia dijual dengan nama Celebrex oleh syarikat farmaseutikal (Pfizer).

2. Ia dijual dengan dos 100mg, 200mg dan 400mg.

3. Ia digunakan untuk melegakan keradangan dan melegakan rasa sakit.

4. Ia diambil satu biji, satu atau dua biji sehari, selepas makan bagi mengelakkan gastritis walaupun ia tidak menyebabkan gastritis pada kebanyakan pesakit.

5. Kesan sampingan yang biasa berlaku adalah:

✅Sakit kepala

✅Cirit-birit

✅Rasa loya

✅Tekanan darah tinggi.

6. Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

✅Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)

✅Sakit jantung

✅Pendarahan perut

✅Peningkatan enzim hati

✅Kegagalan buah pinggang

🚩Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

🚩Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku.

7. Untuk wanita hamil :

👉 Ia adalah kategori C iaitu  tiads kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita. Jadi ia boleh diberikan jika manfaat melebihi kemudaratan.

👉Ia adalah kategori D jika wanita hamil dalam trimester ke-3. Ini bermakna ia tidak digalakkan.

8.  Untuk wanita menyusukan anak :

👉Ubat ini boleh dikeluarkan  ke dalam susu ibu dan kesan terhadap bayi tidak diketahui.

9. Ia tidak boleh digunakan pada pesakit yang :

✅ ada sejarah alahan terhadap ubat ini

✅ ada kegagalan ginjal

Hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut.

Semoga bermanfaat.

Ikuti perkongsian  pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: