Advertorial
Home » BERNAMA RADIO 24 » Demam

Demam

DEMAM

Gambar hiasan

Gambar hiasan

 

Berikut adalah  perkongsian saya pada 26 Mac 2015 di BERNAMA Radio 24, bertajuk “DEMAM”

 

1. “Doktor, apa yang dikatakan sebagai demam?”

Suhu tubuh kita yang normal ialah 37.5 hingga 38.5 C. (99.5-100.9F).  Apabila ada jangkitan kuman, pertahanan tubuh kita (daya tahan tubuh), akan meningkatkan suhu dalam badan. Ia adalah perubahan normal. Ini bertujuan bagi mempercepatkan kesembuhan dalam melawan kuman.

Namun thermostat tubuh (bahagian otak yang terletak di hypothalamus) yang mengesan dan mengawal suhu dalam tubuh, sangat sensitif terhadap perubahan suhu ini. Thermostat kita akan memberitahu otak dan tubuh agar mengeluarkan prostaglandin, iaitu bahan biokimia yang semulajadi dalam tubuh.

Prostaglandin akan menyebabkan pengecutan saluran darah pada kulit, menyebabkan kita berasa sejuk bila kita demam.

Dalam masa yang sama, kesan dari pengeluaran prostaglandin akan menyebabkan otot-otot badan mengecut, menyebabkan kita menggigil.  Oleh itu, apabila demam tindakbalas yang normal dalam tubuh ialah kenaikan suhu dalam tubuh, rasa sejuk dan menggigil.

 

2. “Adakah demam ini berbahaya?”

Demam di kalangan masyarakat kita, dikenali sebagai panas badan, dan dedar. Ia juga disebut dalam bahasa perubatan sebagai pyrexia atau febrile, sementara dalam Bahasa Inggeris disebut fever.

Demam bukannya suatu penyakit. Pada peringkat awal demam adalah tanda ada suatu yang tidak kena berlaku dalam tubuh kita. Ia adalah pemberian isyarat pada tubuh dan otak, agar berjaya-jaga kerana ada sesuatu yang tidak kena pada tubuh.

Oleh kerana ia bukannya penyakit, jadi setiap kali demam kita mungkin tidak perlu segera mengambil apa-apa ubat demam atau antibiotik. Ini kerana pada peringkat permulaan, demam sebenarnya ia berfaedah kepada tubuh, kerana

1. meningkatkan tindakbalas pengeluaran sel darah putih dalam tubuh

2.mengurankan kesan racun yang dikeluarakan oleh kuman terhadap tubuh kita

3.menyebabkan kuman tidak sesuai untuk hidup dan membiak dalam tubuh dalam suhu yang tinggi.

 

Tanda tubuh kita telah berjaya mengawal suhu dalam tubuh akibat demam ialah kita berpeluh. Berpeluh dalam bahasa kita, disebut sebagai “kebah”. Ia tanda yang baik.

 

3. “Ada yang bertanya apakah berselimut  ketika demam?”

Berselimut ketika demam akan menyebabkan suhu bertambah tinggi dalam tubuh. Suhu yang terlalu tinggi boleh menyebabkan enzim dan amino asid (yang terdapat dalam organ) akan rosak.

Oleh itu kebanyakan doktor menasihatkan agar tidak berselimut atau memakai pakaian tebal ketika demam, bertujuan bagi memudahkan suhu dikeluarkan.

Namun saya berpendapat, boleh berselimut ketika demam, dengan syarat, sebelum itu minum air sebanyaknya. Saya mencadangkan minum paling kurang 500ml air mineral sebelum tidur dan berselimut, supaya mudah berpeluh dan mudah kebah.

 

4. “Perlukah ambil antibiotik ketika demam?”

Jika demam rendah dan tiada tanda-tanda jangkitan kuman bakteria, tidak perlu ambil antibiotik.  Cukup dengan minum air sebanyaknya. Jika kita tidak selesa, sakit kepala dan tubuh, akibat demam, boleh ambil sebiji paracetamol atau panadol 500mg.

Jika masih boleh bertahan, atau masih aktif, pengambilan air yang banyak sudah cukup untuk meredakan demam, sakit kepala dan sakit badan. ambil ubat demam (paracetamol/panadol) jika perlu.

Jika demam disebabkan oleh jangkitan kuman, baru doktor berikan antibiotik. Ini kerana jika demam hanya disebabkan oleh virus, antibiotik tidak memberikan manfaat. Hanya kuman bakteria saja yang mati dengan antibiotik, bukan kuman virus.

Antara tanda-tanda jangkitan kuman bakteria ialah adanya kahak berwarna kuning atau hijau, atau nanah. Pemeriksaan darah dan pemeriksaan kuman di bawah mikroskop juga dapat mengesan kehadiran bakteria.

Jadi jika demam, tidak semestinya perlukan antibiotik, walaupun demam sudah berlangsung beberapa hari. Ia mungkin hanya
disebabkan oleh kuman virus saja.

Berbincang dengan doktor, tentang keperluan ambil antibiotik kerana pengambilan antibiotik yang berlebihan, mungkin memudaratkan.

 

5. “Apakah punca demam?”

Punca-punca demam terlalu banyak. antara punca demam yang biasa ialah:

1. Jangkitan kuman, sama ada virus atau bakteria

2. Terdedah pada cuaca panas yang keterlaluan untuk jangkamasa yang lama

3. Masalah radang pada bahagian tertentu seperti rheumatoid arthritis

4. Kanser

5. Beberapa ubat-ubatan seperti antibiotik dan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat penyakit tekanan darah tinggi atau sawan

6. Beberapa jenis suntikan vaksin seperti diphteria, tetanus dan pertusis dan vaksin pneumokokal

Oleh itu, jika demam cari punca demam, bagi menentukan sama ada demam itu berbahaya atau tidak.

 

6. “Doktor, saya melihat ada doktor memeriksa suhu badan pada ketiak. Adakah bacaan ini tepat?”

Pemeriksaan suhu badan boleh dilakukan pada bahagian tertentu tubuh. Selalunya doktor akan memeriksa suhu menggunakan thermometer yang sesuai denga memasukkan thermometer itu pada dubur, dalam mulut atau di bawah ketiak.

Terdapat beberapa kelainan ketepatan suhu yang dapat direkodkan.

1.Suhu dalam dubur (anus) mengukur suhu pada atau lebih 37.5-38.3 ° C (99,5-100,9 ° F)

2.Suhu di dalam mulut (oral) dapat mengukur suhu pada atau lebih daripada 37.7 ° C (99.9 ° F)

3. Suhu di bawah lengan (ketiak) atau telinga dapat mengukur suhu pada atau lebih daripada 37.2 ° C (99.0 ° F)

Jika menggunakan thermometer yang sesuai dan cara yang betul, ketiga-tiga kaedah pengambilan suhu ini adalah tepat dan boleh digunakan sebagai rujukan suhu dalam tubuh kita.

Suhu badan seseorang individu mungkin berbeza-beza sepanjang hari bergantung kepada beberapa faktor, termasuk umur, jantina, waktu (sama ada pagi, petang atau malam), suhu persekitaran dan aktivit yang dilakukan.

Suhu yang tinggi dalam tubuh, tidak bererti seseorang itu demam. Sebagai contoh, suhu badan seorang yang tinggi akibat melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam.

Sebaliknya, suhu yang diukur “normal ” mungkin normal, tetapi seseorang individu itu mengalami demam. Sebagai contoh, bagi wargamas yang uzur, walaupun bacaan suhu yang “normal” suhu 37.5 ° C, mungkin beliau mengalami jangkitan kuman.

Oleh itu bacaan suhu saja bagi golongan seperti ini, tidak mencukupi. Perlu pemeriksaan klinikal jika mendapati merea dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.

 

7. “Doktor, saya sering mengalami demam selepas maghrib. Adakah ini perkara biasa?”

Ramai menganggap demam di waktu petang dan awal malam, disebabkan oleh makhluk halus. Ia mungkin berlaku.

Namun dari fakta perubatan, demam rendah pada waktu petang, bersama dengan kurang selera makan sehingga berat badan berkurangan, batuk tidak berkahak dan rasa mudah letih, berkemungkinan disebabkan oleh jangkitan TB.

Oleh itu sebarang demam, yang berlangsung untuk beberapa hari atau tidak sembuh dengan ubat demam dan antibiotik (jika diberikan oleh doktor), harus menjalani pemeriksaan yang lebih terperinci.

 

8. “Doktor, demam yang bagaimana yang bahaya?”

Semua demam yang tidak sembuh dalam masa 3 hari, perlukan pemeriksaan doktor.

Namun begitu golongan bayi yang berusia setahun ke bawah, wargatua (berumur 65 tahun ke atas) dan pesakit kronik perlu diberikan perhatian yang lebih. Ini kerana dayatahan mereka tidak berapa kuat, dibandingkan dengan individu sihat.

Sebarang jangkitan kuman, walaupun di peringkat permulaan, boleh menyebabkan keadaan kesihatan mereka bertambah buruk.

Selain itu demam yang disertai dengan ruam pada kulit, rasa sukar bernafas, mudah letih, tidak aktif dan demam yang terlalu tinggi perlu segera mendapatkan rawatan doktor, tanpa perlu tunggu sehingga 3 hari.

Apa yang dibimbangkan ialah jangkitan kuman pada selaput otak, yang hanya dikesan di hospital. Jangkitan ini sangat bahaya boleh menyebabkan kematian.

Tanda awal bagi jangkitan selaput otak (meningitis) ini adalah demam yang tinggi, tegang pada tengkuk, sakit kepala, muntah, tidak aktif, penglihatan terjejas dan demam tinggi.

 

9. “betulkah doktor, ada istilah demam rendah?”

Sebenarnya tiada istilah sebegitu dalam buku teks perubatan. Namun pembahagian demam, sama ada demam tinggi atau demam rendah ini bagi tujuan memudahkan kita mengenal sama ada demam itu bahaya atau tidak.

Pada individu yang normal dan sihat, suhu badan mereka antara 37.5 hingga 38.5C.

Demam yang rendah ialah demam sekitar 38.5 C (masih normal) tetapi mengalami rasa tidak sedap badan, tubuh dan kepala menjadi sakit. Selalunya ia dapat dirawat dengan banyak minum air mineral dan rehat.

Demam yang sederhana apabila suhu badan meningkat antara 38.5-39.5C. Selain dari minum air yang secukupnya dan rehat, mungkin perlu ambil ubat demam bagi meredakan demam.

Demam yang tinggi pula apabila suhu badan melebihi 40C. Selalunya apabila kita meletakkan tangan di dahi individu ini, akan terasa bahang panas dari tubuh mereka. Kadang-kadang ibubapa menggambarkan seperti “panas sterika” untuk menggambarkan demam anak mereka yang tinggi.

Demam yang tinggi memerlukan pemeriksaan doktor dan mungkin perlu ditahan di wad bergantung kepada keadaan pesakit, terutama pesakit yang tidak boleh menelakan makanan, tidak aktif , lemah dan penat, serta tidak mampu minum air kerana sentiasa muntah.

 

10. “benarkah bila kita demam, kita berbaring di atas katil dalam jangka masa yang lama, ia tidak bagus?”

Berbaring pada jangkamasa yang lama, akibat demam adalah tidak digalakkan. Keadaan ini selalu berlaku di kalangan kanak-kanak apabila mereka demam. Bukan saja mereka tidak mahu bergerak, malah mereka tidak mahu makan dan minum air.

Berbaring di atas katil begini akan menyebabkan pererdaran darah menjadi perlahan, seterusnya menyebabkan proses penyembuhan menjadi lambat.  Perjalanan darah yang perlahan, menyebabkan mereka akan rasa pitam apabila bangun dari perbaringan.

Apatah lagi jika mereka tidak mahu makan dan minum, kerana pengambilan air yang banyak, sama ada air mineral dan jus serta sop dapat membantu mereka menghindarkan demam.

Jadi lakukan pergerakan fizikal seperti berjalan di sekeliling rumah, minum air sebanyak mungkin dan jangan lupa makan makanan yang dihidangkan.

 

11.”doktor bagaima pula dengan saya, mengalami demam yang sekejap ada sekejap tiada. Adakah ini normal?”

Demam mempunyai beberapa corak. Antaranya:

1. demam sepanjang hari

2.demam turun dan naik sepanjang hari

3.demam waktu tertentu contohnya waktu petang

4.demam yang berulang-ulang sepanjang minggu atau bulan

Demam-demam tersebut (kecualu demam no 4) selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman.

Demam yang berulang sepanjang mainggu dan bulan mungkin disebabkan oleh penyakit kronik seperti penyakit metabolik dan autoimmunne.

Pemeriksaan lengkap harus dilakukan.

 

12. “Äpa nasihat doktor untuk merawat demam?”

Pertma, pastikan individu itu benar-benar demam. Jangan kelam kabut.

Bagi ibubapa muda yang ada anak kecil, belilah thermometer di farmasi. Jika mereka berasa anak mereka mengalami demam, mereka boleh melakukan pemeriksaan suhu sendiri.

Jika tidak mereka akan kecewa apabila pergi ke hospital dan klinik, menunggu lama, kemudian doktor beritahu anak mereka tiada demam.

Berikan air yang secukupnya. Boleh berikan air mineral, air jus dan sop. Terdapat beberapa kajian bahawa sop ayam dapat mengurangkan demam kerana herba dalam sop itu sangat berkhasiat.

Saya mencadangkan minuma air sekurang-kurangnya 2L sehari ketika demam.

Kedua, ubat-ubat demam boleh diambil jika demam itu mengganggu rutin seharian. Sebagai contoh demam yang datang bersama sakit kepala dan badan, sehingga mengganggu fokus kita ketika bekerja.

Boleh ambil satu biji paracetamol atau panadol 500mg jika tiada alahan pada ubat.

Akhir sekali, rehat secukupnya.

 

 

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM, selain dari vitamin C dan E. Info lanjut di https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

EKF 1

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed PlusInfo lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

PROXEED PLUS

Bagi meningkatkan tenaga dalaman lelaki, saya mencadangkan suplemen Ezerex. Info lanjut di https://www.facebook.com/ezerexmalaysia

ezerex

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/pages/Labicea-Revitalizing-Moisturizer/486696818067490

 

labicea

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top