Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Demam yang lambat sembuh

Demam yang lambat sembuh

demam orang tua

 

“Salam dr. Ibu saya sedang demam dan sudah dibawa untuk pemeriksaan doctor. Beliau telah mengambil ubat yang telah diberikan. Pada mulanya, demamnya macam sudah kebah tetapi kemudian panas semula. Semalam dan pagi ini suhu badan dia kadang kala sejuk kadang kala menjadi panas. Adakah normal? Mohon pencerahan”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM.

 

Demam yang berulang adalah sesuatu yang bukan normal. Selagi belum belum mendapat kesembuhan, selagi itu ubat perlu diberikan.

 

Namun begitu ubat yang diberikan hanyalah asbab untuk kesembuhan. Kena yakin bahawa ALLAH yang menyembuhkan. Namun ALLAH meminta kita berusaha mendapat kesembuhan tanpa mengurangkan keyakinan kepadaNYA.

 

Abu Daud mentakhrîjkan daripada Usamah bin Syuraik:

Maksudnya: “Bahawa segolongan orang Arab kampung bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah boleh kami berubat?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Berubatlah kamu, kerana Allah Ta‘ala tidak menjadikan penyakit melainkan Dia menjadikan ubatnya, melainkan satu jenis penyakit, iaitu sakit tua.”

 

 

Demam yang berulang bermakna seorang pesakit belum mendapat kesembuhan. Ini bermakna tubuh beliau masih mengalami proses penyembuhan, seumpana pertembungan antara askar dan musuh. Jika askar (sistem pertahanan dalam tubuh terutamanya antibodi) dalam tubuh ibu saudara itu kuat, insha ALLAH beliau akan mendapat kesembuhan.

 

Jika musuh (kuman seperti bakteria dan virus) pula yang kuat, sudah tentu ibu saudara agak sukar untuk sembuh.

 

Jadi kesembuhan itu bergantung kepada ubat yang diberikan dan tubuh individu.

 

ALLAH akan memberikan kesembuhan jika ubat yang diberikan serasi dengan penyakit yang dialami.

 

“Bagi setiap penyakit itu ada ubatnya, maka apabila ubat serasi dengan penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah ‘Azza wa Jalla.” (Hadis riwayat Muslim)

 

Dalam hal ini mungkin ubat antibiotik tidak sesuai atau kuman yang menyerang ibu saudara telah kebal dengan ubat yang diberikan. Saudara  haruslah berbincang dengan doktor.

 

Berikan ubat demam setiap 4-6 jam dan jangan menunggu beliau mendapat demam, baru hendak diberikan ubat demam. Ini kerana ubat demam hanya dapat bertahan antara 4-6 jam.

 

Demam akan menyebabkan tubuh lemah dan rasa sakit seluruh badan. Ini akan menyukarkan beliau untuk beribadat.

 

Selain itu tubuh pesakit juga mengambil peranan yang penting dalam kesembuhan.

 

Bagi pesakit yang muda (kanak-kanak), pesakit yang tua, pesakit diabetis dan beberapa pesakit lain mempunyai daya tahan yang rendah. Mereka mengambil lebih lama untuk sembuh.

 

Oleh itu pastikan mereka mengambil air yang cukup untuk diminum, selain ubat yang diberikan. Pastikan air kencing beliau jernih dan bukannya pekat dan kuning. Suplemen juga penting untuk mereka.

 

Saudara boleh mengajarkan ibu saudara doa yang masnun seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.. Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Tirmizi, daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengajar mereka doa sebagai ruqyah (jampi) apabila ditimpa demam panas iaitu:

 

kaedahmerawatdemam2

 

Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kekejangan urat dan keperitan kepanasan api.”

 

Banyakkan bersabar kerana kesabaran akan memotivasikan pesakit di samping ALLAH akan mengampunkan dosa dan menaikkan darjatnya di sisi ALLAH.

 

Abu Hurairah r.a berkata: “Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”

Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ia berkata: “Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah)

 

Saya doakan ibu saudara diberikan kesembuhan dan mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

 

WA ALLLAHU A’LAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!