Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Demam tonsillitis tidak surut, adakah diphtheria?

Demam tonsillitis tidak surut, adakah diphtheria?

DEMAM TONSILLITIS TIDAK SURUT, ADAKAH DIPHTHERIA ?

 

 difteria

“Assalamualaikum doktor . Saya hendak bertanya , anak saya berusia 3 tahun dan disahkan oleh doctor menghadapi penyakit tonsillitis. Dengan kemunculan wabak diphtheria, saya sangat bimbang. Sya sudah bawa ke kilinik kerajaan tetapi doctor hanya berikan ubat antibiotic dan ubat demam. Demamnya sekarang ‘on and off’, kurang selera makan dan kurang minum susu. Sesekali ada muntah. Adakah saya perlu bawakannya ke hospital? Sudah sebulan tekaknya membengkak seperti tonsillitis. Boleh saya dapat pendapat pendapat doktor ? Terima kasih banyak atas pendapat doctor. Saya amat saya hargai. “

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Penyakit tonsillitis adalah jangkitan kuman pada tonsil yang menyebabkan tonsil menjadi radang, iaitu bengkak dan merah. Ia boleh menyebabkan demam, tidak selera makan (kerana sakit dan sukar menelan) dan meragam. Kadang-kala ia menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami muntah dan tidak aktif.

 

Acute tonsillitis dirawat dengan antibiotic selama 5-7 hari, di samping kanak-kanak itu perlu makan dan minum seperti biasanya. Oleh itu untuk sembuh, proses ini mengambil masa, namun kebanyakan pesakit akan semakin sembuh dan perubahan positif apabila masuk hari ke 3.

 

Selalunya pesakit yang tidak sembuh atau lambat baik ini disebabkan oleh kanak-kanak itu tidak mahu makan dan minum. Kanak-kanak yang mengalami dehidrasi akan mengalami daya tahu yang rendah. Oleh itu proses penyembuhannya agak lambat.

 

Jadi jika anak puan tidak aktif, mungkin puan harus membawanya ke hospital bagi rawatan selanjutnya. Selalunya doctor akan berikan rawatan intravenous cecair melalui drip.

 

Selain itu adakalanya kuman yang menjangkiti tonsil anak puan, mungkin mengalami “kebal antibiotic” yang mana ubat antibiotic yang diberikan tidak berkesan untuk membunuh kuman. Ia dapat dibuktikan dengan pemeriksaan makmal melalui ujian “culture and sensitivity” di mana calitan pada tonsil anak puan dihantar dihantar ke makmal bagi menentukan sama anak puan sesuai atau tidak dengan antibiotic yang diberikan. Selain itu ujian ini dapat menentukan jenis kuman yang menjangkiti anak puan.

 

Selain itu perbezaan antara acute tonsillitis dan diphtheria, terdapat selaput berwarna selaput kelabu kekuningan di kawasan anak tekak puan, bukan setakat tonsil yang bengkak, merah dan bernanah.

 

Hal ini agak sukar dibezakan, dan mungkin boleh mendapat pandangan dari doctor yang memeriksa anak puan.

 

Jadi cadangan saya ialah:

  1. Jika puan berada dalam kawasan yang diwartakan sebagai “kawasan wabak” , puan harus membawa anak puan segera ke hospital kerana risiko anak puan dijangkiti diphteria lebih tinggi berbanding jika puan tinggal di luar “kawasan wabak”.
  2. Jika puan berada di luar kawasan wabak, dan anak puan sekarang tidak aktif (terbaring, tidak mahu makan dan minum) atau selepas tiga hari keadaan anak puan menjadi lebih teruk, saya mencadangkan puan membawa anak puan berjumpa semula dengan doktor yang merawat. Kemungkin doktor akan merujukkan anak puan untuk pemeriksaan dan rawatan yang lebih lanjut.
  3. Jika anak puan masih aktif dan berada di luar kawasan wabak, dan menunjukkan tanda-tanda pemulihan, berikan masa untuk anak puan mengalami proses pemulihan.

 

Pujuklah anak puan untuk makan (makanan yang lembut) dan minum air secukupnya. Tubuh yang cukup air akan mempercepatkan proses penyembuhan.

 

Wallahu a’lam

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: