Demam selepas rawatan chemotherapy

DEMAM SETELAH RAWATAN CHEMOTHERAPY

 

“Salam doctor. Anak saya mengalami penyakit kanser dan baru menghabiskan rawatan satu kitaran dari empat pusingan chemo. Result darah anak saya FBC anak saya menunjukkan peningkatan di mana WBC-9.6, Hb-10.6, Platelat -315. Sekarang ini anak saya berada di rumah sementara menunggu rawatan seterusnya minggu depan. Sepanjang di rumah, saya dapati suhu badannya tidak menentu. Saya mohon Dr Zubaidi boleh berikan pendapat dan jika boleh beritahu apa patut saya lakukan utk pastikan anak saya tidak demam sepanjang di rumah?  Terima kasih atas masa dan perhatian Dr.”

 

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Rawatan kanser secara chemoteraphy adalah antara rawatan yang sangat berkesan untuk sesetngah kanser. Saya telah melihat ramai pesakit mendapat manfaat dari rawatan ini, dengan izin ALLAH.

 

Walau bagimana pun rawatan chemotherapy mempunyai kesan sampingan, antaranya ialah menyebabkan daya tahan menjadi kurang apabila bilangan sel darah putih (neutropil) menjadi rendah. Ia adalah kesan yang sementara, dan daya tahan akan kembali kuat apabila tamat menjalani rawatan chemotherapy.

 

Apabila daya tahan menjadi lemah, jangkitan kuman mudah berlaku (termasuk jangkitan bakteria, virus, atau kulat) menyerang tisu-tisu badan. Tanda dan gejala jangkitan kuman berbeza berbeza kerana ia bergantung kepada bahagian badan adalah terjejas dan sama ada ia adalah jangkitan bakteria, virus atau kulat.

 

Pada orang yang sihat, tanda jangkitan kuman ialah apabila bilangan sel darah putih dalam darahnya meningkat.

 

Namun bagi seseorang individu yang sedang menerima rawatan chemotherapy atau yang sedang mengalami penyakit kanser, tanda jangkitan kuman ini tidak boleh berdasarkan semata-mata kepada bacaan sel darah putih kerana dalam rawatan chemotherapy sendiri menyebabkan bacaan sel darah putih dalam darah menurun.

 

Oleh itu, jangan terperanjat di seseorang individu mengalami jangkitan kuman, sedangkan pada masa yang sama bilangan sel darah putih beliau di paras normal atau masih rendah.

 

Seorang doctor yang berpengalaman akan meneliti tanda-tanda jangkitan kuman, dan tidak hanya bergantung pada laporan makmal saja.

 

Tanda-tanda biasa bagi jangkitan kuman termasuk demam (suhu 100.5˚F atau lebih tinggi), kesejukan atau berpeluh, dan berasa tidak sihat.

 

Jika seorang individu itu berasa sihat pada satu hari kemudian berasa tidak sihat pada hari berikutnya, pantaulah suhu badan. Beli thermometer yang baik bagi mencatatan bacaan suhu setiap hari.

 

Selain memantau suhu badan, tanda-tanda lain jangkitan termasuk batuk, rasa pedih ketika membuang air kecil, mengalami cirit-birit, atau terdapat  luka pada kulit.

 

Saya mencadangkan agar puan menghubungi doktor yang merawat dengan dengan segera, terutamanya jika demam yang dialami oleh anak puan berlaku dalam masa tujuh hingga sepuluh hari selepas menerima rawatan chemotherapy. Saya percaya doktor tersebut akan membantu puan menentukan sama ada jangkitan atau adalah serius dan akan mengesyorkan rawatan rawatan yang sesuai.

 

Untuk mencegah jangkitan kuman, saya cadangkan puan memastikan anak puan dapatkan tidur yang cukup, menjaga pemakanan yang betul, senaman ringan, basuh tangan dengan kerap, dan mengelak diri dari hubungan dengan orang yang sakit.

 

Saya doakan semoga ALLAH membantu usaha puan mendapatkan kesembuhan untuk anak puan.

 

Wallahu a’lam.

 

IKLAN

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!