Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Demam selepas melahirkan anak

Demam selepas melahirkan anak

DEMAM SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

 postpartum fever

“Salam doctor, saya baru melahirkan anak seminggu dan mengalami demam panas. Badan saya menjadi letih da nada kalanya menggigil. Adakah demam saya berbahaya? Mohon pencerahan, terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Masalah demam di kalangan wanita yang baru melahirkan anak(dalam berpantang)  sama ada melalui kaedah yang normal (melalui faraj)  atau secara pembedahan Cesarean, biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman.

 

Wanita yang tinggal di kawasan yang jauh dari pusat kesihatan, selalunya lambat mendapat rawatan sehingga boleh menyebabkan kematian.  Oleh itu mereka harus mendapatkan rawatan segera.

 

Demam sebegini da dikenali sebagai  “Postpartum Fever “, apabila suhu badan yang melebihi 38.0°C dan sekurang-kurangnya berlaku 2 hari dalam tempoh 10 hari selepas melahirkan bayi.

 

Punca utama demam seperti ini ialah disebabkan oleh jangkitan kuman pada luka episiotomy. Jahitan pada luka ini akan terbuka sebelum ia benar-benar sembuh. Kadang kala terdapat takungan nanah pada luka dan menyebabkan rasa bengkak dan sakit pada sekitar permukaan faraj.

 

Wanita yang menjalani pembedahan caserean pula mengalami jangkitan kuman pada jahitan pada abdomen mereka.

 

Selain itu, demam selepas melahirkan anak ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada rahem, terutama apabila terdapat sisa uri yang tertinggal dalam rahem.

 

Wanita seperti ini akan berasa demam, sakit di bahagian abdomen, mengeluarkan darah nifas yang berbau busuk dan berketul-ketul, dan tempuh nifas menjadi panjang.

 

Punca yang ketiga ialah jangkitan kuman pada pundi air kencing. Semasa proses melahirkan anak  berlaku, pundi air kencing menjadi terhimpit dan tercedera, terutama apabila kepala bayi yang keluar itu agak besar.

 

Jangkitan kuman pada pundi kencing menyebabkan wanita ini akan mengalami rasa pedih ketika membuang air kecil.

 

Bagi wanita yang mengalami demam selepas melahirkan anak, supaya mendapatkan pemeriksaan doctor bagi menentukan punca demam itu. Selain itu saya mencadangkan agar mendapat rehat secukupnya, memperbanyakkan minum air sekurang-kurangnya 2L dan memilih pemakanan yang seimbang.

 

Bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan pengambilan suplemen vitamin C dan E, serta suplemen herba  Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM untuk merawat kecederaan pada faraj dan rahem. Info lanjut di  https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

 

Wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: