Advertorial
Home » Diabetes Mellitus » Datuk ada diabetes luka di kaki semasa banjir

Datuk ada diabetes luka di kaki semasa banjir

DATUK ADA DIABETES LUKA DI KAKI SEMASA BANJIR

 

 

 banjir-kelantan

“Salam doctor, baru-baru ini datuk saya berusia 67 tahun pesakit, semasa banjir tempuhari dia telah mengharung air banjir dan terpijak benda tajam. Beberapa hari selepas itu, beliau pengsan dan dimasukkan ke dalam wad. Lukanya masih belum sembuh, malah belum kering. Doktor mengatakan datuk saya dijangkiti kuman yang menyebabkan penyakit melioidosis. Adakah ia berbahaya, doctor?”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Antara  risiko penyakit berjangkit akibat bencana banjir yang melanda Negara (Dec 2014-Jan 2015) ini adalah penyakit melioidosis disebabkan bakteria Burkholderia pseudomallei yang boleh dijumpai di sumber air dan tanah yang tercemar seperti sawah padi, air bertakung dan tasik.

 

Penyakit ini disebarkan kepada manusia melalui sentuhan langsung (direct contact) dengan tanah dan air melalui luka, menyedut debu atau titisan air yang tercemar.

 

Terdapat beberapa jenis tanda dan gejala melioidosis yang boleh dikategori seperti berikut:

 

  1. Jangkitan setempat (Localizes infection) : bengkak dan sakit, demam, kudis, bernanah.
  2. Jangkitan paru-paru (Pulmonary infection) : batuk, sakit dada, demam tinggi, sakit kepala, anorexia
  3. Jangkitan darah (Bloodstream infection) : demam, sakit kepala, sakit sendi, masalah pernafasan, ketidakselesaan abdomen, kelembutan otot, kekeliruan.
  4. Jangkitan disebarkan (Disseminated infection) : susut berat badan, sakit perut atau sakit dada, sakit otot atau sakit sendi, sakit kepala, sawan.

 

Walau bagaimanapun, pelbagai tanda dan gejala boleh dikelirukan dengan penyakit-penyakit lain seperti batuk kering, pericarditis dan lain-lain jangkitan kronik atau acute.

 

Gejala-gejala  jangkitan ini muncul 2 hingga 4 minggu selepas pesakit dijangkiti oleh kuman ini.

 

Pada masa sekarang, tiada vaksin yang dapat mencegah jangkitan melioidosis. Beberapa langkah pencegahan adalah seperti di bawah:

 

  1. Pesakit kencing manis atau pesakit buah pinggang kronik yang mempunyai luka terbuka harus mengelakkan sentuhan langsung (direct contact) dengan tanah dan air tercemar.
  2. Peladang perlu memakai but yang boleh menghalang jangkitan melalui kaki.
  3. Pekebun harus memakai sarung tangan apabila berkebun.
  4. Pekerja penjagaan kesihatan (Health Care Worker) boleh menggunakan langkah berjaga-jaga menggunakan topeng, sarung tangan, dan gaun semasa menjaga pesakit.

 

Berbalik pada soalan puan, tahap berbahaya yang dihadapi oleh datuk puan bergantung kepada tahap mana ia dijangkiti.

 

Jika setakat jangkitan setempat, iaitu luka dan bernanah, dan datuk puan masih sedar dan mampu berkomunikasi , makan dan minum, ia bukanlah suatu yang bahaya.

 

Tetapi jika ia telah disebarkan ke jantung atau paru-paru, dan datuk puan tidak sedarkan diri di ICU, beliau mungkin dalam tahap bahaya.

 

Saya berdoa agar ALLAH permudahkan dan berikan yang terbaik untuk datuk puan.

 

Wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: