Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Darah Nifas Berlarutan Melebihi 60 Hari

Darah Nifas Berlarutan Melebihi 60 Hari

DARAH NIFAS BERLARUTAN MELEBIHI 60 HARI.

 

woman on bed

 

“Salam doctor. Saya berumur 25tahun Dan hari ni hari ke 82 selepas saya bersalin anak sulung pada 14 Mac lalu. Pada hari ke 43 saya mendapat suntikan pertama suntikan perancang keluarga dan menurut nurse selepas mendapat suntikan Peredaran haid tidak menentu atau darah yg keluar akan berpanjangan yang mengambil masa mungkin sehingga tiga bulan.

 

 

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Suntikan perancang keluarga yang  diberikan memberikan beberapa kesan sampingan antaranya ialah kitaran haid yang tidak menentu. Antaranya ialah darah haid yang terlalu sedikit atau tidak datang langsung untuk beberapa bulan. Dalam kes puan, inkesion itu telah menyebabkan puan mengalami pendarah haid yang panjang dan kauntitinya hanya sedikit.

 

Untuk menjawab soalan puan, sama ada puan kita harus memahami fiqh perubatan. Ini kerana masalah puan berkisar tentang definasi darah nifas, tempuhnya dan bagaimana jika ia terhenti sebelum tempuhnya.

 

Darah nifas ialah darah yang keluar dari faraj wanita kerana melahirkan anak.  Mengikut mazhab Syafi’ie, tempoh nifas paling pendek (selepas seorang wanita melahirkan anak) ialah ialah seketika atau sedetik .

 

Berapa lamakah tempoh paling panjang bagi darah nifas?

Imam Syafi’ie mempunyai pandangan, tempoh maksima nifas ialah 60 hari.  Dalam tempoh 60 hari itu, wanita yang baru melahirkan anak itu tidak wajib mengerjakan solat, dan puasa. Jika selepas 60 hari darah masih lagi keluar, maka ketika itu barulah ia dianggap darah penyakit.

 

Bagaimana jika kelahiran melalui pembedahan?

 

Wanita yang melahirkan anak melalui pembedahan, jika keluar darah melalui farajnya selepas pembedahan itu, darah itu adalah darah nifas. Jika tidak ada darah yang keluar, tidak ada nifas baginya dan ia dikira suci. Kesimpulannya, sama ada seorang wanita itu bernifas atau tidak bergantung kepada keluar atau tidak darah dari farajnya selepas melahirkan anak, bukan bergantung kepada cara melahirkan iaitu melalui jalan biasa atau dengan pembedahan.

 

Bagaimana dengan suci antara hari-hari nifas? Adakah masih dianggap dalam nifas atau dianggap dalam suci?

 

Seorang wanita selepas bersalin melihat darah keluar dari farajnya lima hari, kemudian ia mendapati empat hari berikutnya darah berhenti, kemudian datang semula selepas itu selama lima hari; apa kedudukannya pada hari-hari ketiadaan darah itu, adakah ia suci atau masih dianggap bernifas?

 

Menurut pendapat ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie; jika tempoh berhenti darah itu l5 hari atau lebih, maka ia dikira suci (yakni bersih dari nifas). Darah yang keluar selepas itu dikira darah haid.

 

Adapun jika kurang dari 15 hari, maka ia masih dianggap berada dalam nifas.

 

Bagaimana dengan wanita yang keguguran anak? Adakah darah yang keluar selepas gugur itu dikira darah nifas?

 

Mazhab Syafi’ie berpandangan, tidak disyaratkan untuk dikira darah nifas bahawa bayi yang dilahirkan itu hidup atau sempurna kejadian. Asalkan bidan mengesahkan bahawa yang keluar itu adalah janin manusia maka sabitlah hukum nifas bagi darah yang keluar selepas keluarnya janin itu sekalipun janin itu belum menampakkan rupa manusia iaitu hanya berupa seketul daging semata-mata.  Pembentukan anngota tubuh selalunya berlaku selepas minggu ke 10.

 

Jadi dalam hal ini, puan wajib bersolat dan berpuasa, kerana tempuh darah nifas puan telah tamat (60 hari).

kali apabila saya membuang air kecil ada ketulan darah berlendir keluar sekali dgn air kecil saya. Adakah normal Bagi wanita selepas bersalin? Atau ada tanda2 sakit lain? Harap jelas pertanyaan sy kepada doktor. Terima kasih doktor. Harap sangat doktor jawab.”

 

Wallahu a’lam

 

IKLAN

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

 

 

 

 

 

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: