DARAH KELUAR DARI DUBUR

“Salam Dr, saya hendak bertanya, kalau keluar darah dari dubur kita, adakah ia buasir? Tapi masa buang air besar tidak rasa sakit pun. Darah pun keluar bukan pada masa buang air besar. Darah hanya keluar hanya sesekali. Mohon pencerahan doktor, terima kasih doktor atas masa diluangkan”.

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Sebenarnya banyak punca pendarahan dari dubur. Ada yang berbahaya dan ada yang tidak berbahaya. Antaranya luka di lubang dubur, buasir (haemoroid) ketumbuhan tidak berbahaya seperti polyps dan yang ketumbuhan yang berbahya ialah kanser rectum.

 

Jangan ambil mudah. Saya banyak pengalaman di mana pesakit yang mulanya didiagnosa sebagai buasir, (kebetulan memang terdapat buasir di lubang dubur) rupanya ada kanser di bahagian lebih dalam (di dalam rectum), terutama pesakit yang berusia lebih 50an.

 

Kebanyakan pendarahan darah merah (fresh blood) tidak menyebabkan rasa sakit, kecuali luka di lubang dubur setelah najis yang keras dikeluarkan.

 

Kanser rectum atau kanser usus besar (kanser kolon) biasanya akan menyebabkan perubahan tabiat ke tandas daripada sehari kepada tiga hingga empat kali sehari dan perut berasa tidak selesa.

 

Oleh itu jika pendarahan dubur ini agak serius dan selalu berlaku, saya mencadangkan saudara melakukan pemeriksaan doctor, bagi mendapatkan pengesahan bahawa pendarahan itu bukannya kanser rectum atau kanser kolon.

 

Jika tidak dikesan dengan lebih awal, kemungkinan kanser ini boleh melarat sehingga terpaksa melakukan pembedahan besar, rawatan radioterapi dan kemoterapi. Dalam keadaan ini ia agak sukar dirawat dan berkemungkinan tidak dapat diselamatkan lagi.

 

Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang mengalami pendarah dubur yang serius, perlu membuat pemeriksaan kolonoskopi, iaitu pemeriksaan dinding dalam seluruh kolon dan rektum menggunakan kamera dan fibre optik mudah lentur yang dimasukkan melalui dubur.

 

Pemeriksaan itu dapat mengesan sebarang ketumbuhan pada usus besar.

 

Waallahu a’lam.

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!