Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Darah Haid, Darah Nifas atau Darah Istihadah Selepas Keguguran

Darah Haid, Darah Nifas atau Darah Istihadah Selepas Keguguran

 

POC2

“ Salam Ramadan Dr.

1 ) Saya ada kemusykilan. Saya mengalami keguguran  kali kedua pada tahun ini.  Kedua-dua keguguran saya berusia 5 minggu.  Masa keguguran saya kali ini,  darah saya kering pada 3/08/13 dan kemudian keluar lagi pada 18/08/13 dan berlarutan sehingga sekarang 29/8/13. Adakah  darah kali ini adalah darah haid atau darah nifas?

 

2) Saya pernah tanyakan kepada 2 org doktor perempuan tentang status darah keguguran saya yang baru berusia 5 minggu, adakah darah itu dianggap nifas atau darah penyakit? Saya masih keliru untuk mengerjakan solat. Saya ada terbaca tentang darah setelah keguguran nie, jika yang keluar itu janin ia diangap nifas tetapi jika darah tu sekadar ketulan darah ia tidak dianggap nifas… Adakah saya perlu solat atau perlu menunggu darah itu habis dan kering?

 

Bantulah saya doktor. Saya sangat keliru. Tqvm”

 

Dr Zubaidi Hj Ahmad :  Wa alaikum mus salam.

 

Masalah puan ialah puan tidak pasti sama ada darah yang keluar itu darah nifas, darah haid atau darah istihadah setelah puan mengalami keguguran.

 

Dalam hal ini, ketika berlaku keguguran dan semasa kandungan rahem (product of conception) yang telah meninggal dunia itu keluar dari rahem, puan kena pastikan sama ada yang keluar itu adalah janin yang sudah cukup sifat atau atau hanya sekadar ketulan darah.

 

Jika puan tidak pasti, kerana tidak nampak, puan boleh menggunakan kaedah pengiraan umur kehamilan. Mengikut perkiraan sains perubatan, janin akan membentuk sifat seperti  muka, jari-jari ditangan dan kaki apabila memasuki usia kehamilan 10 minggu.

 

Ini bermakna, jika keguguran berlaku sebelum 10 minggu, ia dianggap sebagai seketul darah, sementara jika sudah memasuki 10 minggu, ia dianggap sebagai janin yang mempunyai cukup sifat.

 

Hukum darah yang keluar akibat keguguran ada dua:

 

POC

 

1. Jika keguguran berlaku sebelum 10 minggu usia kehamilan atau puan pasti kandungan rahem yang keluar itu adalah darah beku, maka anggaplah darah yang keluar adalah darah haid.

 

Darah haid berlangsung secara maksima selama 14 hari, dan puan dikecualikan dari perkara yang difardhukan seperti solat dan puasa. Tetapi jika darah itu berlangsung agak lama, maka darah yang keluar masuk hari ke 15 dianggap sebagai darah istihadah. Ini bermakna selepas hari 14, puan diwajibkan melakukan solat dan puasa setelah membersihkan diri.

 

fetus 12 wk

 

2. Jika keguguran berlaku selepas 10 minggu usia kehamilan atau puan pasti bahawa kandungan rahem yang keluar itu adalah janin yang telah cukup sifat, maka darah yang keluar dianggap sebagai darah nifas.

 

Mazhab Syafi’i pula mengatakan bahawa tempoh maksimum darah nifas adalah 60 hari. Sepanjang tempuh nifas ini puan dikecualikan dari perkara yang difardhukan iaitu solat dan berpuasa.

 

Jika puan mengalami pendarahan yang terputus-putus, seperti yang dialami oleh sesetengah wanita yang mengalami nifas untuk beberapa hari, berhenti beberapa hari dan kembali keluar semula beberapa hari kemudiannya, ia masih dianggap sebagai darah nifas selagi tidak mencukupi 60 hari.

 

Oleh itu, selagi darah yang keluar itu dalam tempoh 60 hari, walaupun darah yang keluar telah berhenti seketika itu, ia tetap dikira sebagai darah nifas.

 

Jika puan mengalami pendarahan yang berterusan melebihi daripada 60 hari , maka  darah yang keluar selepas 60 hari itu merupakan darah penyakit (istihadah).

 

Puan boleh merujukkan pada mana-mana ulama dan kitab yang muktabar, jika pandangan mereka lebih menepati nas Quran dan Hadis, maka tinggalkanlah pandangan saya.

 

Wallahu a’lam.

 

Rujukan:

1.”Darah Nifas dan Hukum-Hukumnya” oleh Telaga Biru.

2.Moore, Keith L. The Developing Human (3rd ed.). Philadelphia PA: W.B. Saunders Company.

3. Wilcox AJ, Baird DD, Weinberg CR (June 1999). “Time of implantation of the conceptus and loss of pregnancy”. N. Engl. J. Med. 340 (23): 1796–9.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM, selain dari vitamin C dan E.  Info lanjut dhttps://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah 

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

[KLIK]

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: