Advertorial
Home » Doktor, Adakah Saya Hamil? » Dakwaan Minuman Probiotik Boleh Menyebabkan Kanser

Dakwaan Minuman Probiotik Boleh Menyebabkan Kanser

DAKWAAN MINUMAN YANG MENGANDUNGI PROBIOTIK BOLEH MENYEBABKAN KANSER.

yogurt 

 

“ Salam doctor. Mohon berikan komen terhadap dakwaan di bawah.”

“ Kami mendapat satu info yang dikongsikan daripada group Whatsapp namun sejauh mana kenbenaran info ini tidak dapat dipastikan dalam perkongsian ini ada sahabat memberitahu bahayanya minuman Vitagen Dan Solivite dan semua jenis yogurt berikut seperti dalam wharsapp:

 Ibu2 tlg la jgn bg ank2 minum vitagen, solivite n segala jnis yogurt.

Info dr seorg ibu yg kehilangan anaknya akibat kanser..Bakteria idup tu mengaktifkan sel kanser.

 Dr yg rawat aruah anak dia bgtau.Minuman tu sume ada bakteria hidup yg boleh mgaktifkn sel kanser Bakteria baik yg berlebihan tula penyebab aktifnya sel kanser

 Doc yg bgtau siap merayu supaya kami jgn bg ank2 minum … Tp pesakit kanser xbole makan or minum bakteria hidup.

 copy dr ibu yg kematian anaknya akibat kanser darah.Masa doc pakar ambik sampel air sum2 arwah, mmg byk bakteria drpd vitagen, yakult dan sebagainya yg hidup dlm sel darah dia.

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Saya berpendapat ia adalah satu dakwaan tanpa diberikan bukti. Lebih elok dakwaan seperti ini disertakan dengan nama doktor dan hospital mana dia bekerja agar penjelasan yang lebih baik dapat diperolehi dari doktor tersebut.

 

Ada beberapa kemusykilan dakwaan ini.

 

Pertama, nama doktor yang dikatakan mengucapkan dakwaan ini tidak diberitahu. Mungkin ada salah faham antara pembawa berita dan doktor. Mungkin doctor mengatakan minuman itu tidak sesuai untuk beberapa pesakit.

 

Kuman probiotik yang digunakan dalam minuman tersebut telah disahkan selamat bagi individu yang sihat, termasuk wanita yang hamil dan menyusukan anak.

 

Namun minuman seperti ini tidak sesuai bagi individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah kerana kuman probiotik adalah kuman bakteria yang hidup, dikhuatiri akan berkembang dengan cepat pada individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah.

Ini termasuk :

  1. Pesakit HIV / AIDS
  2. Orang yang baru menerima dermaan organ dan mengambil ubat-ubatan untuk mencegah penolakan organ yang dipindahkan.
  3. Pesakit diabetes
  4. Pesakit kanser dan pesakit yang sedang menerima rawatan untuk kanser seperti kemoterapi dan radioterapi
  5. Pesakit yang mengalami penyakit ginjal dan pesakit yang menjalani rawatan dialysis
  6. Pesakit yang mengalami penyakit autoimmune seperti SLE
  7. Pesakit yang mendapat rawatan steroid
  8. Pesakit yang telah menjalani pembedahan usus.

 

Kedua bagaimana kuman-kuman yang disahkan selamat dikatakan menyebabkan kanser? Adakah ia dari suatu kajian sains yang lengkap?

 

 

Pemilihan kuman probiotik  mestilah memenuhi syarat-syarat yang ketat:

1.Terbukti selamat untuk kegunaan manusia

2.Dapat hidup dan membiak dalam usus kita

3.Mampu hidup walaupun terdapat asid perut dan hempedu

4.Terbukti secara saintifik mempunyai kesan yang baik terhadap kesihatan kita

5.Boleh didapati dalam jumlah yang mencukupi untuk memberi kesan pada kesihatan tubuh

6.Bakteria probiotik tidak tinggal dalam usus dan akan dikeluarkan ketika buang air besar.

 

Garis ini selaras dengan panduan yang dikeluarkan WHO pada tahun 2002 yang mencadangkan bahawa, walaupun bakteria probiotik ini yang umumnya diiktiraf sebagai selamat , keselamatan probiotik ini harus dinilai oleh beberapa ujian agar ia tidak memberikan kemudartan pada kesihatan manusia.

 

Ketiga bagaimana kuman yang baik dan hanya tinggal di dalam usus boleh menyerang air tulang belakang?

 

Hal ini hanya boleh berlaku jika individu yang minum minuman probiotik ini mengalami masalah penyakit kronik seperti yang saya senaraikan di atas.

 

Bagi individu yang sihat, minuman ini adalah selamat,boleh dikatakan  dapat merawat beberapa penyakit secara semulajadi dan tanpa ubat.

Minuman yang mempunyai probiotik ini sebenarnya telah diperkenalkan di zaman Rome lagi sebagai teknik penapaian bahan-bahan tenusu agar ia tahan untuk jangkamasa yang lama.

 

Wallahu a’lam.

 

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: