“DAB DIB DUB …JANTUNGKU BERDEBAR-DEBAR”

“DAB DIB DUB …JANTUNGKU BERDEBAR-DEBAR”

BERNAMA RADIO 24 PADA 2 FEB 2017

 

berdebar

  1. APAKAH YANG DIKATAKAN BERDEBAR-DEBAR.

Apabila jantung kita berdegup, atau bila otot-otot jantung kita mengepam, rehat dan mengepam semula, dua perkara yang perlu kita perhatikan. Pertama kadar degupan jantung (atau bilangan degupan dalam seminit). Kedua drama/rentak (atau rhythm) iaitu perjalanan degupanan jantung haruslah stabil. Dub-dub-dub.

Berdebar-debar atau “palpitation” berlaku apabila kita rasa jantung kita berdegup laju. Selalu apabila jantung berdegup secara normal, dalam kadar 60-100 degupan perminit dan dalam irama yang sekata, kita tidak merasa degupan jantung kita. Berdebar-debar berlaku apabila degupan jantung kita melebihi 100 degupan seminit dengan drama yang sekata. Ia masih dianggap normal jika iramanya atau rentak degupan jantung sekata, walaupun kadarnya bertambah. Degupan jantung melebihi 100 degupan perminit kita namakan tachycardia.

Jika irama degupan jantung kita tidak sekata, kita namakan masalah ini sebagai “arrhythmia”. Ia berlaku apabila irama degupan jantung tidak sekata, ibarat sebuah lagu yang rosak. Sama ada ia tidak berdegup pada masanya (missing beats) atau pun degupan ini berlaku terlalu cepat dan kemudian menjadi perlahan dan kemudian laju semula (atau kita namakan irregular beats).

Berdebar-debar ini kadang-kala menyebabkan kita risau dan rasa takut. Degupan jantung yang laju akan menyebabkan otak memberitahu kita “Ada sesuatu yang tidak kena”. Selalunya kita akan duduk diam atau berjumpa dengan doctor untuk pemeriksaan.

Berdebar-debar ini kadang kala akan hilang dengan sendiri. Ia bukanlah suatu yang berbahaya. Selalunya kita tahu puncanya seperti emosi kita seperti kita rasa tertekan (stress) bila berhadapan dengan orang ramai, rasa risau bila hutang-hutang kita tidak tidak dapat dibayar da nada orang yang dataing mencari kita. Kadang kala akibat kita minum banyak caffeine terutamanya kopi, menghisap tembakau yang mengandungi nicotine dan juga minum-minuman yang mengandungi alcohol.

Wanita yang hamil juga mempunyai degupan jantung yang laju. Ini kerana pergerakan darah yang membawa oksigen dan nutrient harus dicepatkan untuk ibu dan anak.

2.ADAKAH BERDEBAR-DEBAR ITU BAHAYA?

Selalunya degupan jantung yang normal antara 60-90 dalam seminit. Berdebar-debar ini bahaya jika melibatkan kadar yang sangat laju atau iramanya yang tidak sekata.

Masalah kadar yang laju. Secara mudah, jika melebihi 90 dalam seminit, dikenali sebagai “tachycardia”. Ada tiga jenis tachycardia bergantung di mana isyarat elektrik ini dimulakan.

  1. Supraventricular tachycardia. Bermula pada bahagian atas jantung (ruangan atrium)
  2. Ventricular tachycardia. Bermula pada bahagian bawah jantung (ruangan ventricle)
  3. Sinus tachycardia. Bermula dari bahagian SA node (iaitu di tempat jantung mula mengeluarkan isyarat eletrik secara normal) tetapi dalam kadar yang terlalu cepat.

Masalah yang berlaku apabila jantung berdegup terlalu cepat ialah darah yang mengisi ruang dalam jantung ini tidak mencukupi, akhirnya menyebabkan jantung yang mengalir ke seluruh tubuh kan berkurangan.

Ini menyebabkan pesakit akan mengalami rasa susah bernafas, mudah penat, dan mahu pitam.

Masalah rentak/irama degupan jantung. Masalah ini dikenali sebagai “arrhythmia” bermakna degupan jantung berlaku secara tidak menentu, sama ada terlalu laju atau terlalu perlahan.

Bila kita perisa nadi kita dapati kadang kala terdapat satu ketika jantung seolah-olah berhenti sebentar, kemudian menggantukan kelajuan degupan itu sehingga kita rasa nadi kita ada masanya berdegup dengan normal, kemudian berhenti da nada masanya laju pula. Ia seolah-olah seperti piring hitam yang rosak.

Kedua-dua keadaan ini tidak normal bagi kita. Ia mungkin menandakan sesuatu yang lebih serius. Selain itu tanda-tanda jantung berada dalam masalah yang lebih serius apabila kita mengalami:

  1. Rasa sukar bernafas
  2. Pening
  3. Sakit dada
  4. Rasa hendak pitam

Kita bimbang rasa berdebar-debar ini merupakan tanda awal bagi masalah jantung. Ia mungkin :

  1. tanda awal serangan sakit jantung
  2. penyakit berkaitan dengan sumbatan pada saluran coronary arteri.
  3. tanda bagi lemah jantung (heart failure)
  4. masalah injap jantung
  5. masalah pada otot-otot jantung

Doktor akan bertanyakan tentang sejarah perubatan (atau disebut sebagai “medical history”) dan melakukan beberapa ujian. Dari situ akan memberikan ubat-ubatan yang mungkin membantu kita mengurangkan rasa berdebar-debar ini, atau mungkin doctor memberitahu bahawa rasa berdebar-debaryang dialami adalah tidak bahaya.

  1. BAGAIMANA KITA TAHU BERDEBAR-DEBAR.

Selalunya kita sendiri mengesyaki yang kita mengalami degupan jantung yang laju apabila kita dapat rasakan debaran itu. Jika kita dilatih dalam ilmu pertolongan kecemasan dan CPR, mungkin kita mahir mencari nadi dan mengira degupan jantung kita. Jika kita tidak pasti, saya nasihatkan agar berjumpa doctor.

Apabila kita berjumpa doctor di klinik atau di Jabatan Kecemasan doctor akan melakukan pemeriksaan fizikal kita, terutama mengesan degupan jantung yang laju pada nadi. Doktor bertanyakan beberapa perkara yang berkaitan (medical history). Kadang kala doctor bertanya soalan seperti adakah rasa berdebar-debar ini belangsung sepanjang hari atau berlaku sesekali. Adakah ada masa-masa tertentu yang menyebabkan rasa debar-debar atau apakah yang berlaku yang mungkin dia tahu menyebabkan rasa berdebar-debar. Doktor juga akan bertanyakan ubat-ubatan yang mungkin sedang diambil (jika kita mempunyai penyakit kronik). Doktor juga akan melakukan beberapa ujian darah bagi menentukan punca masalah berdebar-debar ini.

Pemeriksaan yang lebih spesifik yang doctor mungkin lakukan ialah:

  1. Electrocardiogram (ECG): Boleh dilakukan semasa pesakit berbaring atau semasa pesakit sedang melakukan larian atas thread mills.
  2. Pemantauan Holter: Pemeriksaan yang sama Cuma pesakit harus menggunakan alat ini 24 atau 48 jam bagi mengesan degupan jantung yang mungkin tidak dapat dikesan semasa melakukan pemeriksaan ECG.
  1. Pemeriksaan X-ray dada: Doktor akan memeriksa perubahan yang mungkin berlaku pada paru-paru akibat perubahan degupan jantung ini. Contoh doctor mengesan terdapat cecair pada paru-paru dan saiz jantung yang besar, yang berkemungkinan disebabkan oleh masalah lemah jantung.
  1. Echocardiogram: Ia adalah pemeriksaan ultrasound bagi jantung untuk mengetahui struktur dan fungsi jantung.

Jika pemeriksaan menunjukkan masalah yang lebih besar, selalunya doctor akan merujukkan kepada pakar jantung, “cardiologist”.

  1. PUNCA BERDEBAR-DEBAR.

Banyak punca yang menyebabkan rasa berdebar-debar. Antaranya:

1.riadah atau senaman

2.demam

3.gangguan emosi seperti rasa takut, risau dan stress

4.minuman bercaffeine.

5.menghisap tembakau (merokok)

6.minum minuman beralkohol

7.ubat-ubat seperti ubat batuk dan selsema,

  1. suplemen pelangsing yang mengandungi bahan terlarang silbuteramine.

Berdebar-debar ini boleh berlaku pada pesakit yang mengalami masalah kekurangan darah merah (anemia), masalah pengeluaran hormone thyroid yang berlebihan (hyperthyroid), komplikasi dari serangan sakit jantung atau lemah jantung.

  1. BAGAIMANA MENGURANGKAN RASA BERDEBAR-DEBAR?

Ia bergantung kepada punca-punca yang menyebabkan rasa berdebar-debar itu. Kadang-kala “rasa berdebar-debar” ini tidak memudaratkan dan akan “datang pergi” dengan sendiri. Dalam keadaan begini, pesakit tidak memerlukan sebarang rawatan.

Jika rasa berdebar-debar ini berlangsung sepanjang hari dan berulang-ulang, dan pemeriksaan fizikal, darah, ultrasound  dan radiologi menunjukkan pesakit tiada masalah, selalunya doctor memberitahu mungkin ia berkaitan dengan emosi. Sesetengah pesakit yang sensitive pada takanan, rasa risau atau rasa takut akan mudah berdebar-debar. Antara tips yang membantu mengurangkan rasa runsing dan berdebar-debar ialah latihan pernafasan.

Duduk atau di bilik yang tenang dan selesa. Cuba lupakan dulu rasa risau, stress dan takut ini. Cuba tarik nafas perlahan-lahan, tahan seberapa lama yang boleh dan kemudian hembus perlahan-lahan melalui mulut sehingga habis nafas. Ia membantu hormone kita lebih stabil dan mengurangkan degupan jantung laju.

Selain itu boleh guna teknik vasalva dengan cara memicit hidung hidung dan menutup mulut kita. Hembuskan nafas kita perlahan-lahan sehingga ada rasa tekanan pada telinga kita.

Berfikiran positif juga membantu kita rasa tenang dan tidak rasa berdebar-debar. Selalu fikirkan setiap musibah yang berlaku sebenarnya ada kebaikan yang ALLAH mahu berikan.

Selain itu teknik arometerapi seperti mendapatkan bau-bauan yang natural seperti lemon, lavender, serai dan pandan membantu kita rasa lebih tenang.

Kurangkan pengambilan makanan yang pedas, minuman yang mempunyai kandungan caffeine yang tinggi seperti expresso, atau menghisap tembakau dan mengambil minuman beralkohol.

Ubat-ubat tertentu mungkin akan menyebabkan rasa berdebar-debar terutamanya ubat selsema dan batuk yang mengandungi pseudoephidrine. Penggunaan ubat kurus yang mengandungi silbuteramine juga menyebabkan rasa berdebar-debar.

Jika masih keliru dan tidak pasti berkaitan dengan berdebar-debar yang dialami, boleh hubungi doctor yang merawat bagi mendapatkan nasihat dan pemeriksaan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

error: Content is protected !!