Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Fiqh Perubatan » Cukur jambul amalan bidaah orang Melayu

Cukur jambul amalan bidaah orang Melayu

 

cukur jambul

 

 

Amalan cukur jambul kebiasaannya diadakan oleh masyarakat Melayu sempena menyambut kehadiran bayi yang baru dilahirkan.

 

Namun begitu, istilah cukur jambul sebenarnya tidak selari dengan ajaran sunah Nabi Muhammad s.a.w. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

 

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

 

Rasulullah s.a.w memberikan nama dan mencukur rambut cucunya, Hasan dan Husin, dan pada jatuh hari ketujuh diadakan akikah untuk mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin.

 

Amalan tahnik pula adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi atau disapukan ke bibir bayi.

 

Amalan mencukur rambut bayi sehingga botak adalah baik untuk membuang segala kekotoran pada rambut yang melekat dari lendiran Rahim, dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

 

Sementara amalan memotong beberapa helai rambut bayi dan memasukkan helaian rambut yang digunting itu ke dalam buah kelapa, dalam amalan cukur jambul adalah adat dan tradisi yang mengelirukan.

 

 

Upacara cukur rambut harus digantikan dengan amalan mencukur keseluruhan rambut dan memberikan sedekah mengikut berat helaian rambut itu. Ia  tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji, kecuali jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: