Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Coca-cola pernah menyebabkan wabak gejala penyakit yang tidak diketahui

Coca-cola pernah menyebabkan wabak gejala penyakit yang tidak diketahui

cola

 

 

 

 

“Apa yang sedapnya minum Coca-cola?”

 

Tanya saya kepada seorang rakan yang sering kali memesan air tersebut apabila kami berjumpa di kedai mamak.

 

“Entahlah, rasa seperti mendapat kelegaan apabila minum coke. Doc, you tak pernah minum ke?”

 

“Dulu pernah minum, tapi dah taubat. Nak jaga kesihatan.” Saya jawab selamba.

 

“Ala doc, ada Diet Coke.. tak ada kalori”

 

Saya hanya tersengih. Malas menerangkan pada orang yang tidak berminat.

 

Saya pernah membaca satu penulisan di hournal perubatan terkenal, British Medical Journal dan Lancet yang melaporkan pada 8 June 1999, seramai I26 remaja perempuan dari sebuah sekolah mengalami rasa loya, sakit kepala, berdebar-debar, perut meragam dan keletihan melampau setelah minum minuman Coca-cola.

 

Mereka dibawa ke hospital dan 18 orang telah ditahan wad. Dua hari kemudian beberapa orang remaja perempuan dari sekolah yang sama dibawa ke hospital atas masalah yang sama.

 

Selepas itu beberapa lagi episode gelaja penyakit yang tidak diketahui berlaku dalam beberapa sekolah.

 

Gelaja penyakit ini bersifat sementara dan pemeriksaan fizikal dan makmal (seperti darah dan airkencing) mendapati tiada apa yang tidak normal. Ini yang menghairan para doctor di sana.

 

National Poison Centre di Belgium juga menerima banyak laporan bahawa ramai yang mengalami ‘seakan-akan mabuk’ setelah minum Coca-Cola.

 

Pada 15 June, syarikat yang mengeluarkan Coca-Cola telah mengumumkan bahawa mereka telah mengenalpasti dua punca masalah ini, ialah berlakunya kontiminasi pada kilang pembuat Coca Cola dengan dua bahan iaitu “carbon dioksida”  dan “racun fungal”.

 

Syarikat pengeluar Coca-Cola juga telah menghantarkan satu keputusan toksikologi yang menunjukkan terdapat  bahan “hydrogen sulphide”  (kira-kira 5—15 ppb) dalam beberapa botol yang dikeluarkan, mungkin berpunca dari hidrolisis (penceraian secara kimia) bahan carbonyl sulphide. Juga terdapat bahan ”4-chloro-3-methylphenol”pada luar tin Coca-cola (kira-kira 0·4 μg).  Walaubagaimana pun pihak kesihatan tidak merasakan ini punca berlakunya wabak itu.

 

(rujuk: Nemery B, Fischler B, Boogaerts M, Lison D.. Dioxins Coca-Cola, and mass sociogenic illness in Belgium. Lancet 1999; 354: 77)

 

Minuman botol dan tin Coca-Cola telah ditarikbalik dari pasaran apabila apabila sebanyak 15 juta kes serupa ini dilaporkan di seluruh Belgium, Perancis, dan Luxembourg, dan syarikat itu menutup sementara tiga kilang di Eropah, sebelum mengumumkan bahawa jualannya telah menurun sebanyak 2%.

 

(rujuk: Coke adds life, but cannot always explain it.  The Lancet, Volume 354, Issue 9174, Page 173, 17 July 1999)

 

National Poison Centre di Belgium akhirnya mengesahkan bahawa wabak gejala penyakit yang berlaku tanpa diketahui punca sebenar penyakit itu, yang berlaku ketika itu dikategorikan sebagai “mass sociogenic illness”.

 

Mass sociogenic illness” (MSI) adalah suatu keadaan di mana gelaja penyakit yang tidak spesifik bagi suatu penyakit yang tidak diketahui, tersebar dengan cepat dari seorang dengan seorang yang lain dalam satu kumpulan ibarat serangan hysteria.

 

(rujuk: Bartholomew, Robert and Simon Wessely. Protean nature of mass sociogenic illness. The British Journal of Psychiatry 180 (2002): 300–306)

 

Dalam satu artikel yang diterbitkan oleh journal perubatan terkenal, Lancet,  memberikan definasi yang hampir sama iaitu “jangkitan gelaja penyakit dalam jumlah yang agak besar di kalangan remaja perempuan, dan pada masa yang sama tiada gelaja penyakit yang serupa pada lain-lain remaja perempuan, dalam kumpulan dan persekitaran yang sama, apabila terdapat tekanan fizikal atau mental yang luar biasa di kalangan mereka.”

 

Nemery B, Fischler B, Boogaerts M, Lison D.. Dioxins Coca-Cola, and mass sociogenic illness in Belgium. Lancet 1999; 354: 77

 

Oleh kerana para doctor dan saintis tidak dapat menerangkan apa yang sebenarnya berlaku, maka mereka merumuskan bahawa ia adalah suatu kaitan antara Coca-cola dengan suasana tertekan yang dialami oleh penduduk Belgium, yang kebetulan beberapa bulan sebelumnya mengalami wabak yang sama akibat kontiminasi Dioxin dalam susu mereka.

 

Namun apa yang menarik untuk direnungkan mengapakah ia berkaitan dengan minuman ini dan bukan minuman lain. Yang menjadi kesukaran apabila syarikat pengeluar  Coca-cola tidak mahu mendedahkan resepi minuman ini yang menjadi rahsia terbesar (top secret) kepada umum dan badan yang berautoriti yang menjaga kepentingan kesihatan umum di seluruh dunia.

 

“Doktor, kalau minuman ini bahaya, sudah tentu kerajaan Malaysia dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengharamkannya..” rakan saya mengusik.

 

“Betul juga, tapi lihat saja pelbagai jenis arak yang terjual. Semua pakar kesihatan memberitahu bahawa ia memberikan kesan mudarat pada kesihatan fizikal dan mental. Tapi masih dijual. Adakah bermakna ia tidak bahaya?”

 

“Jangan tanya kenapa ia djual, tapi sedarlah bahawa setiap kita mempunyai pilihan. Gunalah pilihan menggunakan wang yang ada pada kita itu untuk membeli suatu yang dapat memberikan kebaikan pada kita”

 

 

Di Malaysia kejadian serupa ini belum berlaku lagi, namun selain dari masalah wabak penyakit yang misteri ini, banayak pakar perubatan telah mengumunkan bahawa minuman berkabonat tinggi seperti Coca-cola mempunyai kandungan gula yang tinggi.

 

Saya tidak menghalang sesiapa yang mahu meminumnya, tapi berhati-hatilah. Pilihan di tangan kita.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: