Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Clomid untuk hamil kembar

Clomid untuk hamil kembar

CLOMID UNTUK HAMIL KEMBAR

 pregnant twin

“Salam. Saya hendak bertanya, adakah doctor membuat rawatan untuk mendapat anak kembar? Saya tidak ada masalah untuk hamil dan kiataran haid saya tetap dan normal. Umur anak saya yang terakhir adalah  3 tahun lebih dan tidak lama lagi saya akan membuang IUCD. Bolehkah saya mengambil pil clomid untuk mendapatkan anak kembar. Mohon pencerahan, terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Ada wanita yang beranggapan bahawa dengan mengamalkan clomid, seorang wanita itu mungkin hamil kembar.

 

Ini tidak benar. Secara umumnya, Clomid hanya menyebabkan 10% kehamilan kembar dua, dan kurang daripada 1% menyebabkan kehamilan kembar tiga atau lebih banyak lagi.

 

Tidak semua pengambilan clomid boleh menyebabkan kehamilan kembar. Beberapa factor seperti  mempunyai kitaran haid yang normal, masih muda (kurang 25 tahun), bertubuh tinggi dan mempunyai adik beradik yang kembar, biasanya lebih mudah mendapat anak kembar, walaupun tidak menggunakan clomid.

 

Bagi wanita yang yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, penggunaan Clomid sendiri adakalanya gagal untuk mendapat kehamilan, apatah lagi mendapat kehamilan kembar.

 

Kebanyakan anak kembar yang disebabkan pengambilan Clomid, selalunya adalah kembar tidak seiras. Ini kerana Clomid  akan menyebabkan lebih banyak telur ovum yang dihasilkan.

 

Persenyawaan dua telur oleh dua sperma yang berbeza menyebabkan kembar yang tidak seirias, sedang kembang seiras adalah kembar yang terhasil apabila satu sperm bersenyawa dengan satu ovum dan kemudiannya membahagi dua.

 

Oleh kerana ramai yang percaya clomid boleh yang menyebabkan kehamilan kembar, sesetengah wanita mengamalkan Clomid semata-mata untuk hamil kembar walaupun mereka tiada masalah untuk hamil.

 

Bagi saya, puan boleh menggunakan Clomid bagi tujuan ini, walaupun peluang agak nipis. Namun haruslah mendapat pemantauan doctor kerana Clomid juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang berbahaya.

 

Wallahua ‘lam

 

Bagi wanita yang mengalami kitaran haid tidak menentu, saya mencadangkan agar menggunakan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM bagi membantu mendapat semula kitaran haid.

 

Info lanjut di https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: