Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » Clomid dan ketidaksuburan lelaki

Clomid dan ketidaksuburan lelaki

Assalam mu alaikum doktor, saya ingin bertanya adakah clomid hanya boleh digunakan untuk kaum wanita sahaja? Ini kerana sebelum ini, saya dan suami isteri ada membuat pemeriksaan kesuburan dan mendapati bahawa  resultnya suami saya mempunyai kekurangan sperma. Doktor menncadangkan suami saya mengambil ubat clomid selama 6 mnggu. Bila saya pergi ke farmasi, ahli farmasi itu memberitahu bahwa clomid hanya untuk wanita. Sekarang saya keliru.

 

Wa alaikum mus salam. Saya doakan puan bersabar dengan ujian yang diberikan dan tetap terus mencari kesembuhan.

 

Untuk pengetahuan puan, Clomid biasanya diberikan kepada wanita yang mengalami ketidaksuburan. Ini kerana clomid akan menggalakkan pengeluaran telur ovum dari ovary.

 

Saya ada menulis tentang clomid di http://drzubaidi.com/blog/?p=653

 

Namun dalam kajian terbaru, clomid juga digunakan untuk merawat masalah lelaki yang mempunyai bilangan sperma dan bentuk sperma yang tidak normal. Clomid dikatakan boleh menggalakkan kelenjar pituitary mengeluarkan hormon yang akan meningkatkan pengeluaran sperma.

 

Sayangnya belum ada kajian yang lengkap dan sahih mengenainya lagi. Banyak lagi kajian yang harus dilakukan untuk membuktikan kesahihannya.

 

Namun saya tidak menghalang suami puan mencubanya asalkan penggunaannya dipantau oleh doctor pakar untuk kes di mana bilangan sperma tidak begitu banyak (subnormal).

 

Clomid tidak sesuai dan tidak berkesan diberikan kepada lelaki yang mempunyai bilangan sperma yang sangat sedikit  atau bentuk sperma yang terlalu teruk kerana tidak memberikan kesan yang positif.

 

Ini kerana ada kalanya clomid tidak memberikan kesan pada seseorang, tetapi mungkin memberikan kesan yang positif pada orang lain.

 

Jika ia tidak berkesan (tiada peningkatan hormone dan sperma dalam air mani), maka penggunaannya harus dihentikan saja setelah mencuba selama 3 bulan.

 

Walau bagaimana pun clomid bukanlah suplemen atau ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi di farmasi. Clomid hanya diberikan oleh doctor pakar setelah memeriksa kandungan air mani dan sperma lelaki itu, dan setelah memeriksa tahap hormone lelaki tersebut.

 

Clomid juga harus dimakan setiap hari dan diberikan dalam yang masa yang lama. Pemeriksaan darah untuk memantau hormon dan pemeriksaan air mani juga harus dilakukan setiap bulan.

 

Selain itu seseorang harus berhati-hati keraa clomid juga akan memberikan kesan sampingan seperti rasa panas badan, emosi yang tidak menentu dan ada kalanya pandangan mata menjadi kabur.

 

Kesimpulannya ialah clomid bukanlah ubat terbaik untuk merawat ketidaksuburan lelaki kerana tiada kajian saintifik yang sahih, namun saya tidak menghalang untuk mencubanya jika dipantau oleh doctor pakar.

 

Ini kerana terdapat kesan sampingan yang mungkin mengganggu aktiviti seharian. Jadi peantauan doctor adalah sangat penting.

 

Wallahu a’lam

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: