Cider Epal dan Kurma ada alkohol, boleh digunakan?

cider apple

 

“Assalamu alaikum, doctor. Saya amat keliru apabila membaca satu artikel yang mengatakan bahawa cider epal dan kurma mengandungi alcohol. Adakah ia boleh digunakan? Mohon pencerahan”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Ramai umat Islam di Malaysia keliru dan berfikir bahawa apa-apa dengan kandungan alkohol adalah “haram ” mengikut syariat Islam.

 

Tidak semua makanan yang mengandungi alcohol tidak dibenarkan.

 

Kebanyakan makanan yang ditapai akan mengeluarkan sebahagian kecil alcohol termasuk tapai beras dan ubi, cider buah-buahan termasuk epal. Ini kerana proses penapaian adalah satu proses yang menukarkan gula kepada asid, gas dan alkohol.

 

Penghasilan alcohol dalam proses penapaian adalah kecil dan tidak memabukkan, dan berlaku akibat kesan sampingan proses penapaian secara semulajadi.

 

Namun jika proses penapaian dilakukan dengan tujuan untuk menghasilkan makanan atau minuman yang memabukkan dan kandungan alcohol didalamnya sangat banyak, ia adalah haram.

 

Fatwa yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11 – 12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.

 

Dalam satu lagi fatwa dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-22 yang bersidang pada 24 Nov 1988 telah membincangkan Alkohol Sebagai Penstabil Minuman Ringan, telah memutuskan bahawa kordial yang mengandungi bahan perisa (flavour) yang dimasukkan alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam perisa (flavour) itu adalah sedikit iaitu tidak memabukkan.

 

Oleh itu alcohol yang ada dalam cider epal dan kurma boleh digunakan.

 

Jika masih keliru boleh merujuk kepada ustaz yang mahir dalam soal fiqh.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

error: Content is protected !!