Advertorial
Home » VCO

Category Archives: VCO

Psoriasis dan VCO

PSORIASIS DAN MINYAK KELAPA DARA     Asssalamualaikum Dr Zubaidi. Saya Ahmad berumur 30an tahun dan penghidap penyakit psoriasis.  Sehingga sekarang saya belum tahu apa punca utama sebab baru-baru ini dalam masa sebulan saja (april & may 2018) ia menyerang seluruh badan. Dari bangku sekolah saya ada masalah kelemumur di kepala yang tidak penah sembuh sampai sekarang, dan 6-7 tahun lepas ada psoriasis di betis (pada mulanya saya ingatkan penyakit kurap). Sebelum ini saya ada ambil ubat sapu di klinik pakar kulit (mungkin steroid) tapi ianya bersifat sementara malah naik balik lagi banyak di badan. Sehingga sekarang saya cuma amal minyak kelapa dara untuk sapu di kulit dan minum air reneh rumput beijing seperti yg di sarankan dalam bacaan di FB. Saya cuma tak tahu sejauh mana keberkesanannya pada diri ... Read More »

rawatan sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak

RAWATAN SEMBELIT DI KALANGAN BAYI DAN KANAK-KANAK     Salam Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya berkaitan anak saya berusia 3 tahun, mengalami masalah najis yang keras. Mohon cara mengatasinya. Terima kasih.         Walaikumusalam.   Sembelit di kalangan kanak-kanak dan bayi adalah suatu yang biasa berlaku. Mereka mungkin akan membuang air besar setiap kali lepas makan, atau membuang air dua atau tiga hari sekali. Dalam kedua-dua keadaan ini, ia mungkin lagi dalam keadaan normal.     Ini semua bergantung kepada apa yang mereka makan atau minum, bagaimana aktif pergerakan fizikal mereka dan bagaimana mereka dapat menghadamkan makanan mereka.     Bagi kanak-kanak yang telah mula memakan makanan yang pejal (solid food) dan minum air secukupnya (buah-buahan dan air kosong), mereka mungkin tiada masalah sembeli. Mereka membuang air besar ... Read More »

Kulit Kepala Berminyak, Hujung Rambut Kering

KULIT KEPALA BERMINYAK, HUJUNG RAMBUT KERING   “Salam doktor. Saya mengalami masalah rambut berminyak, terutama pada kulit kepala.Yang menghairankan saya ialah di hujung rambut pula kering. Ini menyebabkan rambut saya bercabang dan kering di hujungnya. Apa nasihat doktor?”     Waalaikummussalam.     Kulit kepala dan rambut kita mengelurkan minyak secara semula jadi. Di anggarkan sebanyak 2-4 gram minyak (sebum) yang dikeluarkan setiap hari. Secara perbandingannya ia menyamai satu sudu teh minyak masak.   Masalah yang biasa berlaku ialah apabila minyak yang dihasilkan ini tidak disebarkan secara rata, sehinggakan minyak terkumpul di akar rambut sementara hujung rambut menjadi kering.     Puan boleh menyikat (menyisir) helaian rambut puan dengan menggunakan sikat yang lembut berkali-kali. Ini akan membantu meinyak disevarkan secara rata ke seluruhan helaian rambut.     Jika terdapat banyak ... Read More »

Bayi berusia 2 bulan sukar buang air besar

BAYI BERUSIA 2 BULAN SUKAR MEMBUANG AIR BESAR     “Assalamualaikum Dr. Saya ada sedikit persoalan tentang diet ibu yang menyusukan bayi. Bayi tersebut berusia 2 bulan dan mempunyai masalah kerana sudah seminggu tidak membuang air besar dan sering keluar angin. Perut bayi juga agak kembung. Adakah hal ini disebabkn diet ibu? Apakah makanan yg sesuai untuk mengelakkan masalah tersebut? Selain itu, adakah benar bayi dibawah umur satu tahun tidak sesuai diberikan madu?”   WA ALAIKUMMUSSALAM   Bayi yang berusia dua bulan mengalami masalah sembelit (sukar membuang air besar) dan hanya boleh membuang angin saja, berkemungkinan ada beberapa sebab: 1. Jika dia menyusu badan (susu ibu), bayi berkenaan berkemungkinan tidak cukup diberikan susu ibu sehingga dia mengalami dehidrasi. Akhirnya najisnya menjadi keras dan mengalami kesukaran untuk membuang air besar. 2. ... Read More »

Pedih Ketika Menyusukan Bayi

PEDIH KETIKA MENYUSUKAN BAYI   “Salam doctor, saya baru melahirkan anak berusia 2 bulan. Saya menyusukan anak. Masalah saya ialah saya berasa sakit ketika menyusukan anak saya, terutama di bahagian putting, sehingga sampai ke bahu rasa sakitnya. Saya telah berjumpa doctor. Doktor memberikan ubat penahan sakit dan antibiotic. Saya risau untuk mengambil ubat tersebut kerana anak saya masih menyusu. Mohon pandangan doctor. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM     Apabila seorang ibu menyusukan anaknya, ia adalah saat  yang mengujakan terutama bagi seorang wanita yang baru menjadi ibu. Ketika bayi menghisap putting dan susu dikeluarkan, hormon oxytocin juga mula meningkat dalam darah. Hormon ini bertujuan memperbanyakkan susu dalam payudara dan ia juga akan memberikan satu pengalaman keibuaan yang menyenangkan.     Namun begitu ada juga ibu yang berasa ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!