Advertorial
Home » Vaksin

Category Archives: Vaksin

suntikan vaksin thyphoid ketika hamil

SUNTIKAN VAKSIN TYPHOID KETIKA HAMIL     Assalammualaikum Dr, saya mahu  tanya. Saya baru saja ambil suntikan Typhoid untuk berniaga kedai makan, selepas suntikan  baru saya tahu yang hamil tidak boleh terima suntikan ni.  Jadi  mcm mana ya doc. Saya bimbang kehamilan saya. Apa patut sy buat ya? Saya hamil hampir 3 bulan. Terima kasih.   Wa’alaikum mussalam   Di Malaysia suntikan vaksin thypoid diwajibkan oleh Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan (PBT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tukang masak, penghidang makanan atau pencuci pinggan. Tegasnya semua pekerja yang mengendalikan makanan di restoren.   Vaksin ini juga biasa diberikan pelancong ke negara yang mempunyai masalah endemic penyakit thypoid. Apa maknanya endemic? Ia bermakna negara itu mempunyai risiko kebarangkalian untuk menghadapi epidemic (wabak) penyakit berjangkit kerana sebilangan penduduknya adalah pembawa penyakit ini. Pelancong ... Read More »

Kesan vaksin thyphoid pada wanita yang hamil

KESAN VAKSIN THYPOID PADA WANITA YANG HAMIL   “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya, apakah kesan suntikan thypoid (suntikan untuk peniaga makanan) untuk ibu yang hamil. Saya ada mengambil suntikan itu pada 8/5/2018, tanpa menyedari saya hamil. Haid terakhir saya pada 18/4/2018 dan ujian UPT saya positif hari ini. Adakah suntikan vaksin itu memberikan kesan kepada bayi saya? Terima kasih.”   WAALAIKUMUSALAM   Secara amnya pemberian vaksin tertentu tidak boleh diberikan kepada wanita yang hamil atau ibu yang menyusukan anak. Jika terpaksa diberikan, ia harus ditimbangkan manfaat pemberian vaksin itu mesti lebih besar dari kemudaratan yang mungkin diterima. Oleh itu sebelum mendapat sebarang suntikan vaksin, puan harus beritahu kehamilan puan pada doctor yang merawat. Terdapat dua jenis vaksin thypoid di bawah jenama Typherix dan Typhim Vi. Kedua-dua suntikan vaksin ini ... Read More »

Demam tonsillitis tidak surut, adakah diphtheria?

DEMAM TONSILLITIS TIDAK SURUT, ADAKAH DIPHTHERIA ?     “Assalamualaikum doktor . Saya hendak bertanya , anak saya berusia 3 tahun dan disahkan oleh doctor menghadapi penyakit tonsillitis. Dengan kemunculan wabak diphtheria, saya sangat bimbang. Sya sudah bawa ke kilinik kerajaan tetapi doctor hanya berikan ubat antibiotic dan ubat demam. Demamnya sekarang ‘on and off’, kurang selera makan dan kurang minum susu. Sesekali ada muntah. Adakah saya perlu bawakannya ke hospital? Sudah sebulan tekaknya membengkak seperti tonsillitis. Boleh saya dapat pendapat pendapat doktor ? Terima kasih banyak atas pendapat doctor. Saya amat saya hargai. “   WA ALAIKUM MUS SALAM   Penyakit tonsillitis adalah jangkitan kuman pada tonsil yang menyebabkan tonsil menjadi radang, iaitu bengkak dan merah. Ia boleh menyebabkan demam, tidak selera makan (kerana sakit dan sukar menelan) dan ... Read More »

Maklumat Tidak Tepat Punca Segelintir Ibu Bapa Menolak Vaksin

MAKLUMAT TIDAK TEPAT PUNCA SEGELINTIR IBUBAPA MENOLAK VAKSIN   Salah faham masyarakat dalam mendapatkan maklumat tidak sahih daripada sumber terbuka seperti laman web dan media sosial menjadi punca segelintir ibu bapa menolak pemberian vaksin kepada anak-anak mereka.   Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd, Dr Zubaidi Hj Ahmad berkata banyak artikel berkaitan dengan anti-vaksin yang mempunyai ciri yang sama seperti sumber yang diambil bukan daripada orang yang pakar.   “Didapati juga blog atau web mendakwa mereka adalah daripada pertubuhan atau orang yang boleh dipercayai, namun mereka sebenarnya tidak amanah dalam menjaga kesejahteraan masyarakat.   “Selain itu, penyebar maklumat adalah mereka yang menggunakan nama samaran dan tidak menunjukkan identiti yang sebenar,” katanya kepada Bernama.   Dr Zubaidi berkata terdapat dua golongan yang menolak vaksin iaitu mereka yang sibuk atau tidak ... Read More »

Telah vaksin tapi masih dijangkiti kuman

ADAKAH KANAK-KANAK YANG TELAH DISUNTIK VAKSIN MASIH BOLEH DIJANGKITI VAKSIN?     “Salam doctor, saya ini penjelasan berkenaan jangkitan diphtheria. Adakah kanak-kanak yang menerima vaksin berpotensi mendapat jangkitan difteria daripada pesakit lain?  Apakah cara rawatan yang sesuai untuk kanak-kanak yang bervaksin sekiranya mendapat jangkitan itu? Adakah kanak-kanak yang bervaksin akan mengalami sakit yang lama sehingga boleh membawa maut sekiranya mendapat jangkitan difteria?. Sekian, terima kasih”       WA ALAIKUM MUS SALAM   Ya, kanak-kanak yang telah diberikan vaksin boleh dijangkiti semula dengan kuman diphtheria dari pesakit lain. Ini berlaku pada sebahagian kecil kanak-kanak yang diberikan suntikan vaksin, kerana:   vaksin yang diberikan tidak berkesan atas beberapa sebab antaranya penyimpanan vaksin yang tidak mengikut piawai apabila disimpan di dalam petisejuk.   antibody dalam tubuh kanak-kanak yang disuntik itu dikeluarkan dengan ... Read More »

Immunisasi vaksin lima serangkai elak diphtheria

IMMUNISASI VAKSIN LIMA SERANGKAI ELAK DIPHTHERIA     Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati ibu bapa memastikan anak mereka mendapat imunisasi vaksin lima serangkai yang lengkap bagi melindungi mereka daripada pelbagai ancaman penyakit termasuk jangkitan difteria.   Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima serangkai DTaP-IPV/Hib bagi menghindari Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus Influenzae Type B.   “Ia diberi pada usia dua, tiga, lima dan 18 bulan. Liputan imunisasi yang melebihi 95 peratus dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini.   “Kanak-kanak yang menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terlindung daripada komplikasi.   “Justeru, KKM ingin memberi penekanan betapa pentingnya kanak-kanak diberikan imunisasi yang lengkap termasuk vaksin difteria bagi memberikan perlindungan terhadap ... Read More »

Mufti: Islam haruskan guna vaksin bahan terlarang

MUFTI: ISLAM HARUSKAN GUNA VAKSIN BAHAN TERLARANG   Islam mengharuskan penggunaan vaksin walaupun ia mengandungi bahan terlarang jika tiada pilihan ubat-ubatan yang lebih baik, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad. Beliau berkata Islam menekankan penganutnya untuk menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta, dan suntikan vaksin merupakan satu daripada cabang yang dibenarkan untuk menjaga kesihatan. “Vaksin ini memang diharuskan oleh Islam kerana ia merupakan satu daripada ‘al-Wiqoyah’ iaitu satu (kaedah) penjagaan (kesihatan) dalam Islam,” katanya. Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan program wacana pendidikan fatwa yang turut dihadiri Pengarah Bahagian Pengurusan Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Mazlan Abdullah di Kota Bharu semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam sebelum ini dilaporkan berkata kes dan wabak campak serta ruam meningkat di negara ini berikutan tentangan gerakan antivaksin ... Read More »

Anak divaksin tapi mudah dijangkiti demam dan penyakit

ANAK DIVAKSIN TAPI MUDAH DEMAM DAN PENYAKIT   “Salam doc. Anak pertama saya umur 6tahun-imunisasi saya ambil penuh dari bayi mengikut jadual yg diberi oleh klinik kesihatan (tapi kerap dmm,sakit,senang dapat jangkitan kuman dan senag dapat penyakit berjangkit) Anak ke2 pula umur 3tahun-imunisasi lengkap sama macam anak pertama saya dan sehingga sekarang masih ada temujanji di klinik kesihatan untuk follow up perkembangan juga ubat cacing (tapi masalah sama macam anak pertama saya,senang dijangkiti penyakit) Kawan saya anak pertama dia hanya mendapat vaksin (imunisasi dr bayi sampai 6bulan shj)dan ank ke2 pula hanye mendapat suntikan selepas lahir.imunisasi setiap bulan seperti dijadualkan dia tidak pernah ambil. Kawan saya mengatakan vaksin imunisasi tak bagus dan merbahaya. Soalan saya,adakah imunisasi bahaya dan tidak perlu untuk anak2? Adakah vaksin penyebab anak2 saya sentiasa tidak sihat? ... Read More »

Penjelasan Terhadap Keraguan Suntikan Vaksin (Imunisasi)

  KENYATAAN AKHBAR BERSAMA KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA DAN KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA 1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyedari ada di kalangan ibubapa yang agak khuatir dan ragu-ragu untuk memberikan suntikan vaksin atau imunisasi kepada bayi mereka ekoran daripada berita-berita dan khabar angin yang tersebar luas di media baru yang mengatakan bahawa vaksin mengandungi bahan-bahan haram dan membahayakan yang boleh mengancam kesihatan dan nyawa manusia. Juga turut disebarkan ialah program imunisasi yang dijalankan oleh Kerajaan adalah bertujuan untuk melemahkan umat Islam. Semua berita yang tersebar ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan sebenarnya boleh mendedahkan anak-anak dan masyarakat kita dengan kemungkinan dijangkiti penyakit-penyakit merbahaya yang boleh mengancam nyawa. 2. Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan telah dijalankan oleh Kerajaan sejak tahun 1950an. Imunisasi bertujuan untuk ... Read More »

Vaksin disahkan selamat dan berkesan?

  Banyak kajian telah mengesahkan bahawa vaksin yang biasa digunakan untuk meninggikan daya tahan kanak-kanak di Amerika Syarikat adalah selamat, malah berkesan dalam mencegah banyak penyakit yang boleh mengancam nyawa.   Tetapi oleh kerana telah banyak informasi yang mengelirukan mengenai risiko vaksin ini, dan sebenarnya bahaya sebenar apabila ibubapa enggan untuk menghantar anak mereka untuk diberikan suntikan vaksin, maka sekumpulan pengkaji telah mengambil keputusan untuk meneliti semula secara sistematik semua kajian yang telah dijalankan dan yang telah diterbitkan dalam journal-journal perubatan.   Mereka mendapati dan membuat kesimpulan bahawa pemberian suntikan vaksin adalah selamat malah berkesan.   Para penyelidik itu mengkaji sebanyak 20, 478 kajian saintifik yang telah diterbitkan, termasuk vaksin seperti DTaP (difteria, tetanus dan pertusis), hepatitis A, hepatitis B, influenza, meningitis, MMR (campak, beguk dan rubela), varicella dan vaksin ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!