Advertorial
Home » SALAM FM

Category Archives: SALAM FM

amalan minum air selepas bangun tidur

AMALAN MINUM AIR  SELEPAS BANGUN TIDUR 12 OGOS 2017 SALAM FM     1.AMALAN MINUM AIR SELEPAS BANGUN TIDUR: ADAKAH IA FAKTA ATAU AUTA?   Amalan minum air ini merupakan amalan yang kita warisi dari amalan yang dilakukan oleh orang zaman silam. Ada ustaz yang mengajar di masjid memberitahu bahawa amalan ini adalah amalan Nabi Muhammad SAW. Saya tidak diberitahu nas yang jelas dan saya pun tidak belajar hadis. Namun saya percaya bahawa ulamak zaman dulu, terutama ulamak nusantara mengamalkan amalan ini kerana ia sangat bermanfaat dan bertepatan fitrah kehidupan kita.     Apabila kita kata ia sebagai amalan, ia adalah satu perbuatan yang dilakukan secara istiqamah, tanpa gagal dan tidak kira di mana berada.     Saya juga pernah bertemu beberapa orang yg memberitahu saya bahawa amalan kesihatan yg ... Read More »

Tahukah Anda 15 Warna Air Kencing Ini Menerangkan Tahap Kesihatan Tubuh Badan Kita

    BAGAIMANA AIR KENCING DIHASILKAN? Kita mempunyai sistem perkumuhan yang lengkap bagi membuang bahan-bahan perkumuhan yang terhasil selepas tubuh menjalankan pencernaan (metabolisme) makanan dan minuman yang kita diambil sepanjang hari. Kita mengeluarkan bahan-bahan ini melalui tiga cara, melalui air kencing, air besar atau perpeluhan.   Sebahagian besar bahan-bahan perkumuhan ini dikeluarkan melalui air kencing. Oleh itu kita akan kencing beberapa kali dalam setiap hari, berbanding dengan kita membuang air besar.   Ini bermakna jika kita tidak buang air besar atau tidak berpeluh (ketika cuaca sangat sejuk) dalam sehari, ia mungkin normal. Tetapi jika kita tidak buang air kecil (tidak kencing) langsung pada satu hari, ia bukanlah sesuatu yang normal. Mungkin kita mengalami masalah kesihatan yang serius.   Allah SWT mencipta sistem perkumuhan kita sangat lengkap dan sangat terperinci. Ini ... Read More »

Apa Itu Lemak Trans (Trans Fat) dan Kenapa Berbahaya kepada Tubuh?

    APAKAH ITU TRANSFAT?   Asid lemak mempunyai dua jenis, iaitu lemak tepu (saturated fatty asid) dan satu lagi lemak tidak tepu (unsaturated fatty asid). Beza antara lemak tepu dengan lemak tidak tepu adalah dalam lemak tidak tepu mempunyai ikatan “double bound” antara atom-atom karbon.   Jika terdapat banyak ikatan “double bond” dalam molekul lemak, ia dinamakan lemak tidak tepu poli. (Polyunsaturated fatty acid). Jika hanya satu ikatan ”double bond” ia dinamakan lemak tidak tepu mono. (Monounsaturated fatty asid).   Secara amnya terdapat dua jenis trans fats yang boleh didapati dalam makanan. Satu yang berlaku secara natural (natural trans fats), dan satu lagi sintetik (artificial trans fats).     Transfat yang natural berlaku dalam  usus haiwan tertentu dan kita mendapatkannya dari sumber haiwan tersebut seperti susu dan daging. Proses ... Read More »

Halia Herba Nusantara yang Bermanfaat

HALIA  HERBA NUSANTARA YANG BERMANFAAT Siaran  Salam FM,  pada 11  Nov 2017 Kita ketahui halia sebagai bahan dalam masakan dan ia juga digunakan sebagai ubat-ubatan dalam perubatan lama. Jadi apa sebenarnya halia ini? Halia atau dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai ginger atau dalam bahasa botaninya sebagai Zingiber officinale adalah tumbuhan renek yang berbunga yang mana akarnya (atau disebut rhizome) digunakan secara meluas sebagai perencah dalam masakan dan digunakan sebagai ubat. Ia adalah tumbuhan yang tidak hidup lama, mempunyai daun hijau dan berbunga kuning. Halia adalah sebahagian ‘adik beradik” atau satu keluarga besar Zingiberaceae, termasuk kunyit  (turmeric  atau curcuma longa),  pelage (cardamom atau elettaria cardamomum), dan lengkuas (galangal atau alpinia officinarum). Halia berasal dari hutan tropika di Selatan Asia, berkemungkinan di India, kerana terdapat pelbagai jenis halia di sana. Perkataan halia ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!