Advertorial
Home » Sakit Kulit (page 2)

Category Archives: Sakit Kulit

Perlukah gegata diberikan ubat dan rawatan

        Urticaria atau gegata adalah apabila sebahagian kulit yang terlibat menjadi bengkak, menebal, gatal dan kemerahan akibat alahan pada sesuatu sama ada habuk, sengat serangga atau makanan laut.       Gegata boleh melibatkan sebahagian dari kulit atau melibatkan keseluruhan kulit.       Kebiasaannya perubahan akibat alahan ini berlangsung selama 24 jam, oleh itu ia tidak memerlukan sebarang rawatan, kecuali terlalu gatal, atau mengalami masalah alahan yang teruk seperti sukar bernafas.       Dalam kes yang lebih teruk, alahan sebegini mengambil masa beberapa hari.       Dalam kes-kes yang tertentu alahan atau urticaria ini boleh berlangsung melebihi enam minggu, ia dikenali sebagai  ‘chronic urticaria’. Jika berlaku, ia perlu  mendapat pemeriksaan doctor.       Wallahu a’lam.   Read More »

Pelembap penting untuk kulit eczema

      “Salam doctor, saya mula mengalami penyakit kulit, iaitu kulit saya menjadi kering dan gatal pada lipatan siku dan lutut. Ia mula menjadi teruk apabila saya mengambil makanan laut dan telur. Doktor hanya memberikan kream kurangkan gatal. Adakah kream ini berkesan, doctor?”     Wa alaikum mus salam.   Saya percaya puan mungkin sedang mengalami penyakit eczema.   Eczema adalah penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, senang mengalami radang dan kegatalan. Tiada ubat yang khas bagi merawat masalah ini. Hanya dengan meberikan penjagaan kulit yang baik akan membantu menyembuhkannya.   Apabila kulit puan menjadi kering, masalah yang berlaku ialah bukan masalah kekurangan  minyak pada lapisan kulit, tetapi mengalami kekurangan air.   Oleh itu pesakit perlu berusaha untuk mengekalkan lapisan air di bawah kulit. Ini akan mengelakkan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!