Advertorial
Home » Puasa

Category Archives: Puasa

manfaat mengambil tembikai ketika berbuka (iftar)

MANFAAT MENGAMBIL TEMBIKAI KETIKA BERBUKA (IFTAR)       Ramai di antara kita yang berpuasa pada bulan Ramadhan mengambil tembikai ketika berbuka puasa (Iftar). Sama ada buah yang dipotong atau diambil sebagai jus tembikai. Tetapi tidak ramai yang tahu manfaat buah tembikai ini.   Ada hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah memakan buah tembikai. Ini menunjukkan buah tembikai adalah buah yang bernutrisi, selamat dan baik untuk dimakan.   Ada ulama (tidak diketahui sumber) memberitahu wanita yang hamil digalakkan untuk memakan tembikai kerana anak yang bakal dilahirkan akan baik akhlaknya dan sempurna sifatnya.   Mengikut kajian sains pula , buah tembikai ini sangat sesuai dijadikan hidangan pertama ketika berbuka puasa bersama dengan kurma. Satu atau dua ulas tembikai bersama beberapa biji kurma dan segelas air kosong cukup untuk memberikan tenaga ... Read More »

berpuasa memanjangkan umur

BERPUASA DAN PANJANG UMUR   Kajian awal secara saintifik tentang puasa hanya dilakukan pada tahun 1945.  Itu pun menggunakan tikus dalam makmal sebagai sampel ujikaji. Ini menunjukkan bahawa sains barat agak lambat dalam membukti kebaikan amalan berpuasa, sedangkan amalan ini telah lama dilakukan dan memberikan manfaat berkurun-kurun lamanya.  Ini adalah suatu yang tidak dapat dielakkan kerana selama ini sains barat memisahkan antara agama dan kehidupan. Mereka menyanggah kebaikan amalan beragama, padahal mereka tidak melakukan kajian tentang amalan beragama ini yang banyak memberikan manfaat pada generasi sebelum mereka. Kembali kepada kajian yang dilakukan pada tahun 1945 dan diterbitkan dalam sebuah jurnal terkemuka, Journal of Nutrition. Di akhir ujikaji itu menunjukkan bahawa tikus yang diberikan makanan pada waktu-waktu tertentu (pada jarak masa yang agak panjang atau menggunakan kaedah intermittent fasting) hidup lebih ... Read More »

Puasa sebagai bonus untuk kesihatan

Puasa sbg Bonus untuk Kesihatan Kebanyakan pakar bukan beragama Islam mencadangkan orang lain agar berpuasa kerana mendapati puasa menyumbang pelbagai manfaat kepada kesihatan.   Sebab itulah terdapat pelbagai jenis puasa untuk kesihatan seperti makan malam awal dan tidak mengambil sarapan atau berpuasa tetapi dibenarkan mengambil jus tertentu.  Puasa yang mereka cadangkan ialah antara 14-16 jam sehari dan paling lewat hingga mencecah 36 jam.   Kajian dan pemerhatian mendapati puasa bermanfaat kepada kesihatan. Antara lain puasa Ramadan yang dilakukan setiap hari didapati membantu mengharmonikan paras insulin dan merendahkan paras gula darah bagi penghidap diabetes.   Dengan berpuasa selama sebulan penghidap diabetes misalnya dikatakan berupaya merendahkan paras gula kepada julat normal atau sekurang-kurangnya menghampiri paras normal.   Berpuasa hanya sehari setiap bulan didapati berupaya menurunkan risiko arteri jantung tersumbat sebanyak 40 peratus. ... Read More »

Kesan tidur selepas subuh pada waktu puasa

KESAN TIDUR SELEPAS SUBUH PADA WAKTU PUASA “Salam doktor. Apa kesan kesihatan seseorang yang tidur selepas bersahur?”   WALAIKUM MUS SALAM Kebanyakan kita akan bangun awal pada setiap untuk bersahur. Malangnya ada di antara kita tidur semula selepas subuh selama sejam kerana mengikut nafsu untuk tidur dengan alasan untuk mendapat kesegaran di tempat kerja. Pola kehidupan sedemikian akan mengganggu pusingan biologi di dalam badan dan ini akan menambahkan keletihan seseorang. Keadaan ini disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang. Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormon kortisol pada pukul tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul 11 pagi. Apabila rutin ini ditukarkan secara tiba-tiba, dengan tidur semula selepas subuh, ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!