Advertorial
Home » Proxeed Plus

Category Archives: Proxeed Plus

belum dapat anak, perlu bersyukur juga

BELUM DAPAT ANAK, PERLU BERSYUKUR JUGA     Hari ini sifat rasa syukur semakin berkurangan malah semakin malap dalam kehidupan kita. Kita hanya akan rasa bersyukur jika kita mendapat sesuatu yang dihajati. Kita tidak pernah rasa syukur terhadap apa yang telah kita perolehi.   Kita sentiasa menganggap kita masih tidak mendapat apa yang kita mahukan. Kita selalu menganggap kita masih kekurangan. Kita lupa tentang banyak nikmat yang kita telah perolehi.   Kita berlumba-lumba mengejar pangkat, jawatan, kekayaan. Kita lebih banyak mengeluh dari bersyukur.   Tanda-tanda hati tidak bersukur ialah kita sering melihat kekurangan kehidupan kita. Kita berasa tidak puas hati dengan rezeki yang diperolehi oleh rakan dan saudara di sekeliling kita.   Hati tidak tenang dan rasa dengki. Rasa gembira bila ada di antara mereka yang dilanda musibah. Kita sentiasa ... Read More »

Adakah soya dan produknya memberikan kesan pada kesuburan lelaki?

ADAKAH SOYA DAN PRODUKNYA MEMBERIKAN KESAN PADA KESUBURAN LELAKI? Soya dan hormone Estrogen.  Kacang soya adalah sumber protein dan sumber bagi hormone kesuburan wanita, estrogen. Namun begitu hormone wanita yang terhasil adalah sumber tumbuhan (plant-derived) yang dinamakan phytoestrogen dan ianya di’subclass’kan sebagai isoflavones. Isoflavone juga mempunyai beberapa jenis yang mempunyai kesan yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun kesan phytoestrogen ini terlalu kecil jika dibandingkan dangan kesan hormone estrogen yang sebenar. Ia juga kadang kala memberikan kesan antiestrogen yang membantu gejala menopause dan menghentikan pertumbuhan pertumbuhan sel-sel kanser. Adakah soya memberikan kesan kepada kesuburan ?  Tidak ada banyak kajian mengenai ini, namun ada yang memberikan pendapat bahawa di negara pengeluar soya pun di mana pengambilan soya dalam diet pemakanan amat banyak sekali, kadar kelahiran tidak berkurang dengan Negara lain yang tidak mengamalkan soya ... Read More »

Mahu hamil semula selepas dua kali keguguran

” Salam doktor. Saya XXX berumur 29 tahun. 58kg/159cm. Saya pernah mengalami 2 kali keguguran pada tahun 2014& 2015. Incomplete dan complete miscarriage. Keguguran pertama-7w6d. Keguguran ke dua-12w2d. Saya ingin hamil semula . Tempoh perkahwinan 2 tahun 8 bulan. Boleh doktor cadangkan supplement untuk saya dan suami.Terima kasih.”     WA ALAIKUM MUS SALAM. Bagi wanita yang pernah hamil, kehamilan seterusnya lebih mudah dari mereka yang tidak pernah hamil. Dalam kes puan, kedua-dua keguguran ini ini berlaku pada awal kehamilan. Selalunya berpunca dari “masalah janin yang tidak kuat” atau masalah “rahem yang tidak kuat”. Masalah janin yang tidak kuat berpunca dari percampuran sperma dan ovum yg berkualiti rendah. Sementara rahem yang tidak kuat pula disebabkan oleh lapisan endometrium yang nipis atau tidak stabil, disebabkan oleh hormon yang tidak seimbang. Saya mencadangkan ... Read More »

Wanita yang berisiko tinggi untuk keguguran

WANITA YANG BERISIKO TINGGI UNTUK KEGUGURAN   antiphospho lipid, “Salam doctor. Saya bermur 38 tahun, baru saja berkahwin dan hamil 12 minggu setelah berusaha selama 5 tahun dengan bantuan beberapa ubat dan suplemen. Apa yang merisaukan saya ialah ada berita yang saya dengar bahawa wanita yang berusia lebih 35 tahun lebih mudah untuk mengalami keguguran. Mohon pendapat doctor. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Memang benar, semakin meningkat umur seseorang wanita, semakin tinggi untuk beliau mengalami kegugurannya.   Ini bermakna kebarangkalian untuk puan untuk mengalami keguguran sangat tinggi berbanding dengan wanita lain yang masih muda, namun tidak semestinya puan akan mengalami keguguran.   Bagi wanita yang berumur  35 tahun ke atas, risiko ini adalah tinggi. Oleh itu saya kerap menasihatkan jika seorang wanita ingin hamil, harus segera ... Read More »

Rawatan keguguran

RAWATAN UNTUK KEGUGURAN   “Salam doctor. Saya telah mengalami keguguran pada usia kehamilan 10 minggu dua hari lepas. Ketika itu saya mengalami pendarahan, dan doctor memeriksa dengan menggunakan uktrasound mengesahkan keguguran itu.  Saya telah dinasihatkan untuk melakukan prosedur D&C.  Perlukah saya menjalani perosedur itu? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Sebenarnya tiada apa yang dapat dibuat untuk menghalang keguguran, apabila proses keguguran itu bermula.   Apa yang doctor boleh lakukan ialah memastikan keseluruhan janin telah dikeluarkan sengan sempurna dan rahem menjadi kosong semula.   Jadi doctor akan membuat keputusan  sama ada mahu melakukan prosedur D&C atau tidak, berdasarkan jenis keguguran yang berlaku.   1.  Jika doctor percaya bahawa janin dengan lengkap , telah dikeluarkan ketika proses keguguran, secara semulajadi, maka doctor tidak melakukan apa-apa. Ini kerana ... Read More »

Punca keguguran di awal kehamilan

PUNCA KEGUGURAN DI AWAL KEHAMILAN “Salam doctor. Saya hamil pada usia kehamilan 12 minggu, saya menyedari terdapat tompokan darah yang keluar dari faraj saya. Ia berlaku selama 2 hari, kemudian suami membawa saya ke klinik. Doktor memberitahu bahawa saya telah keguguran. Saya ingin bertanya, apakah punca keguguran yang saya alami. Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM. Keguguran di awal kehamilan berlaku apabila ia berlaku apabila usia kehamilan belum mencapai 15 minggu.   Dianggarkan sebanyak  80% keguguran berlaku sebelum 12 minggu kehamilan.   Ini bermakna ramai wanita yang hamil mengalami keguguran, malah ada yang mengalami keguguran tanpa mengetahui  beliau hamil kerana menyangka darah yang keluar adalah darah haid.   Risiko keguguran akan meningkat sekiranya wanita yang hamil itu pernah mengalami keguguran sebanyak 2 kali sebelum ini.   Antara ... Read More »

meningkatkan kualiti sperma

MENINGKATKAN KUALITI SPERMA   “Salam Doktor,  Sebulan lepas ada buat semen analysis. Result dia adalah agak ok. kiraan 22juta/l dan pergerakkan 50% normal. tp isipadu air mani adalah sikit kurang 2ml. Lepas doktor check dan scan sy mengalami varikosel sebelah kiri. Saya ada jgk rasa kurang selesa dan senak dari area tu. Mcm mana nk mengubati dan menambah kuantiti air mani memandang kan saya telah berkahwin namun belum berjaya mendapat bayi. Harap doktor dapat memberi sedikit info. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM   Setakat ini, dalam perubatan moden, tiada lagi ubat menambah kualiti sperma. Bagi pesakit saya, selalunya saya cadangkan mereka mengamalkan suplemen Proxeed Plus. Bahan di dalam Proxeed Plus telah terbukti secara saintifik mampu membaiki kualiti sperma terutama dari segi bentuk dan pergerakannya. Antara nutrisi dalam Proxeed Plus ialah nutrisi yang bertindak sebagai anti oksidan seperti L-carnitine, ... Read More »

Mahu hamil semula selepas gugur

MAHU HAMIL SEMULA SETELAH GUGUR “salam doctor, saya mengalami mengalami keguguran  pada  dua bulan lepas, dan saya telah habis mengalami haid sekarang.  Saya  ingin tahu, adakah saya perlu rehat beberapa bulan utk hamil semula? Sekian, mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya ucapkan takziah pada puan atas kehilangan yang puan alami. Berdoalah agar ALLAH menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Janganlah bersedih.   Rasulullah S.A.W bersabda:  “Siapa saja dari hamba yang tertimpa suatu musibah lalu ia mengucapkan:”Segala sesuatu adalah milik Allah dan akan kembali pada-Nya. Ya Allah, berilah ganjaran terhadap musibah ang menimpaku dan berilah ganti dengan yang lebih baik”, maka Allah akan memberinya ganjaran dalam musibahnya dan menggantinya dengan yang lebih baik.”  (Muslim)   Jika puan amat bersedih, saya mencadangkan puan agar berehat dan berehat dahulu sehingga ... Read More »

Ujian tahap kesuburan suami isteri gempal

UJIAN TAHAP KESUBURAN SUAMI ISTERI GEMPAL   “ Salam doctor. Saya telah berkahwin selama 4 tahun. Usia perkahwinan saya sudah mencecah empat tahun. Tetapi saya lagi hamil. Adakah disebabkan saya dan suami berbadan besar menyebabkan saya sukar hamil? Bagaimana saya boleh memeriksa tahap kesuburan saya dan suami. Mohon pencerahan. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Lelaki dan wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan selalunya mempunyai masalah kesuburan. Ini tidak bermakna puan dan suami tidak boleh mempunyai zuriat, tetapi proses untuk hamil akan memerlukan usaha yang lebih dari pasangan yang mempunyai berat badan yang normal.   Selalunya wanita dan lelaki yang mempunyai bacaan BMI yang melebihi 30kg/m2 akan mengalami kesukaran untuk menghasilkan benih perempuan (ovum) dan benih lelaki (sperma).   Ini kerana berat badan yang berlebihan akan ... Read More »

Clomid ubat penyubur

CLOMID UBAT PENYUBUR     “Salam doktor. Baru-baru ini saya ke klnik kerana masalah kitaran haid saya tidak menentu dan saya telah berkahwin selama 3 tahun tapi belum ada anak. Doktor memberikan saya ubat CLOMID. Bolehkah saya menggunakannya?  Mohon pencerahan”    WA ALAIKUM MUS SALAM Pada kebiasaannya penyebab utama sukar untuk hamil ialah apabila seorang wanita mengalami ANOVULATION , iaitu wanita itu gagal menghasilkan telur ovum dalam setiap kitaran haid mereka. Selalu masalah ini selalu dihadapi oleh wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. Namun begitu sebilangan kecil wanita yang mempunytai kitaran haid yang normal mengalami masalah yang sama. Ubat subur yang biasa diberikan ialah CLOMIPHENE CITRATE atau CLOMID. Ia merupakan hormon anti-estrogen sintetik yang berfungsi untuk meningkatkan rembesan hormon perangsang folikel (FSH) daripada kelenjar pituitari yang seterusnya akan ... Read More »

Kerap keguguran

KERAP KEGUGURAN   “Salam doctor. Saya berumur 35 tahun dan sudah sepuluh tahun berkahwin, tetapi masih belum dikurniakan zuriat.Sebelum ini saya pernah hamil beberapa kali, malangnya setiap kali hamil, saya keguguran di awal kehamilan. Kali terakhir saya hamil dan keguguran ialah pada akhir tahun lepas. Sehingga kini, saya sudah lima kali keguguran. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya bersimpati dengan masalah puan. Namun saya percaya setiap yang berlaku ini tentu ada kebaikannya. Saya doakan ALLAH menggantikan kehilangan puan dengan sesuatu yang lebih baik di akhirat nanti.   Keguguran di aal kehamilan adalah suatu yang normal. Namun jika ia melebihi tiga kali, saya mencadangkan agar puan dan suami melakukan pemeriksaan doctor yang lebih mendalam. Saya percaya tentu doctor yang merawat pernah mencadangkan beberapa pemeriksaan untuk ... Read More »

Mudahkah untuk hamil?

MUDAHKAH UNTUK HAMIL?   “Salam doctor. Saya berumur 28 tahun dan sudah 3 tahun berkahwin. Masalah saya ialah saya belum lagi mempunyai zuriat. Saya juga perhatikan bahawa beberapa orang rakan saya juga mempunyai masalah yang sama walaupun telah berkahwin beberapa tahun. Adakah pada masa sekarang seorang wanita memang sukar untuk hamil? Mohon penjelasan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya tidak menafikan bahawa pada masa sekarang ramai pasangan yang mempunyai masalah kesuburan. Dalam erti kata yang lain, mereka mengalami masalah untuk mendapat zuriat.   Ramai wanita muda yang baru berkahwin menyangka bahawa mereka akan hamil sebaik saja bernikah dan melakukan hubungan intim bersama suami.   Hakikatnya kehamilan bukanlah suatu yang mudah. Bagi mereka yang mudah hamil sebaik saja berkahwin, ia adalah suatu nikmat ALLAH yang kepada hambaNYA yang ... Read More »

Benarkah masalah kesuburan berpunca dari wanita?

BENARKAH MASALAH KESUBURAN BERPUNCA DARI WANITA?   “Salam doctor. Saya berumur 32 tahun dan telah berkahwin selama 3 tahun tetapi belum dikurniakan zuriat. Apabila balik beraya, saya sangat tertekan kerana saya selalu ditanya tentang anak. Mertua saya menuduh saya mandul dan tidak subur, sedangkan anaknya yang kuat merokok, tidak pula dipersalahkan. Saya mohon pandangan doctor, Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Apabila sepasangan suami isteri masih tidak mempunyai zuriat, selalunya isteri yang dipersalahkan.  Seolah-olah di pihak suami tiada masalah langsung.   Fakta sebenar menunjukkan bahawa dakwaan ini tidak benar.  Yang sebenarnya, lelaki juga menyumbang kepada masalah ketidaksuburan pasangan ini.   Kajian menunjukkan 40% dari masalah ketidaksuburan adalah berpunca dari kaum lelaki dan 40% lagi adalah wanita. 10 % disebabkan oleh kedua-dua lelaki dan perempuan dan 10% lagi tidak ... Read More »

Keguguran Tanpa Disedari dan Kehamilan Kimia

KEGUGURAN TANPA DISEDARI AKIBAT KEHAMILAN KIMIA   “Salam doctor, saya baru berkahwin. Beberapa minggu yang lepas, saya tidak datang haid seperti biasa. Saya beli alat UPT dan hasilnya positif. Tidak lama kemudian, saya buat semula pemeriksaan UPT dan saya mendapati negative pula. Kemudian saya mengalami darah haid seperti biasa. Apakah saya keguguran kerana saya tidak perasaan ada tisu janin yang keluar. Mohon penjelasan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya berpendapat pada mulanya puan telah hamil dan pemeriksaan UPT menunjukkan keputusan positif.   Ini berlaku selepas telur perempuan (ovum) telah disenyawakan oleh benih lelaki (sperma) di fallopian tiub, dan bergerak ke rahem dan akhirnya tertanam pada dinding rahem.   Pada masa ini terbentu uri dan hormon hCG dikeluarkan dari uri tadi. Oleh itu UPT dapat mengesan hormone hCG ... Read More »

UPT kabur, bagaimana nak pastikan saya hamil

    ” Asalam doktor..saya ada buat upt siang hari tadi..result nye line yg ke dua tu kabur..lepas tu malam tadi saya tengok balik pregnancy test tu line ke dua nampak terang..saya pregnant ke doktor? Mohon pencerahan dan terima kasih.. “   WA ALAIKUM MUS SALAM Mungkin puan melakukan ujian UPT terlalu awal. Cara terbaik melakukan UPT adalah pada waktu pagi setelah tidak datang haid 6 minggu dari tarikh hari pertama kitaran haid yang lepas atau dua minggu selepas tarikh sepatutnya haid. Jika puan masih lagi tidak pasti, boleh lakukan: 1. Tunggu lagi dua minggu dan uji UPT semula. 2. Buat pemeriksaan darah untuk hormoh bHCG, tetapi selalunya beberap kali untuk meilhat pola peningkatan hormon. 3. lakukan pemeriksaan ultrasound, yang terbaik melalui faraj kerana imej janin dapat dilihat dengan lebih ... Read More »

Fungsi Dusphaston dalam Rawatan Keguguran dan Kesuburan

  “Salam.Saya telah hamil selama 16 minggu. Malangnya beberapa hari ini saya mendapati terdapat sedikit pendarahan. Doktor telah melakukan pemeriksaan ultrasound dan mendapati bayi saya berada dalam keadaan selamat. Doktor juga memberikan ubat Dusphaton 10mg untuk diambil dua kali sehari. Boleh saya tahu kenapa doctor memberikan ubat tersebut pada hal kehamilan saya selamat. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mengucapkan tahniah atas kehamilan puan. Pendarahan di awal kehamilan selalunya tanda awal bagi keguguran. Ini bermakna proses keguguran sedang berlaku, selalunya disebabkan sama ada masalah janin yang tidak kuat atau rahem yang tidak kuat.   ‘Janin yang tidak kuat’ bermakna telur ovum dan sperma yang bersenyawa mempunyai kualiti yang rendah dan menghasilkan janin yang tidak mempunyai kekuatan untuk terus hidup apabila dilahirkan kelak.   Keguguran disebabkan ... Read More »

Kesan Makan Mee Segera pada wanita hamil dan bayi dalam rahem

Ramai yang ketagihan maggi. Kerisauan saya pada kanak-kanak dan wanita yang hamil yang kerap makan mee segera . Kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Kualiti sperma dapat ditingkatkan dengan mengamalkan suplemen Proxeed Plus. Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia   IKLAN Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/ Untuk pembelian ... Read More »

Ramai bayi yang meninggal dunia semasa tidur

  “Salam doktor. Saya ingin bertanyakan tentang kejadian di mana mati meninggal dunia semasa tidur. Adakah ia dapat dielakkan? Terima kasih atas pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai ibu bapa sangat risau mengenai risiko kematian bayi secara tidak disedari ketika tidur terutama pada usia mereka beberapa bulan pertama setelah dilahirkan. Oleh itu saya mencadangkan agar bayi yang berusia enam bulan ke bawah haruslah tidur berdekatan dengan ibubapa mereka tetapi tidak semestinya satu katil atau satu tilam. Saya juga mencadangkan agar: 1. Tidurkan bayi dalam keadaan telentang, bukannya meniarap atau disisinya. 2. Berhati-hati dengan penggunaan selimut kerana ramai bayi yang lemas dalam selimut. Boleh gunakan selimut yang berongga memudahkan perudaraan. 3. Pastikan shu bilik tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk, sebaiknya antara 24 atau 25 darjah C. 4. Pastikan ... Read More »

Ketepatan Scan Jantina Bayi dalam Rahem

“Salam doktor. terima kasih kerana membuka perbahasan mengenai scan bayi. Saya mohon pendapat doktor. Isteri saya pernah hamil minggu ke 16 dan doktor memberitahu bahawa bayi dalam rahem adalah perempuan, bila minggu ke 20 pula doktor melakukan scan semula memberitahu bayi kami adalah lelaki. Akhir sekali apabila bayi kami dilahirkan, rupanya ia adalah perempuan. Jadi berapa tepat peratusan scan bagi jantina anak dalam rahem. Terima kasih atas pencerahan.” WA ALAIKUM MUS SALAM. Sebenarnya, agak sukar bagi memeriksa jantina bayi di dalam rahem. ketepatannya bergantung kepada: 1. usia kehamilan 2. kemahiran doktor yang melakukan scan 3. mesin ultrasound yang digunakan 4. posisi bayi dalam rahem Bayi yang berada dalam posisi berbaring (melintang) lebih mudah dilihat alat kelaminnya berbanding dengan posisi yang lain. Secara amnya usia kehamilan memaninkan peranan dalam ketepatan scan ... Read More »

Berdosakah melakukan scan untuk mengetahui jantina anak?

“Salam doktor. Saya ingin bertanya. Apakah berdosa jika kami melakukan scan untuk mengetahui jantina anak, kerana ibubapa kami menasihatkan kami agar menunggu saja saat kelahiran dan menerima ketetapan ALLAH dengan redha. Namun apabila rakan-rakan sekerja bertanya tentang jantina anak, kami rasa macam kolot pula tidak melakukan scan untuk mengetahui jantina anak kami. Mohon penjelasan, doktor dan terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sekadar untuk mengetahui jantina anak, tidak berdosa kerana jantina anak puan telah ditetapkan dan telah pun terbentuk ketika bayi puan masih dalam rahem. Zaman dulu ibubapa tidak mengetahui jantina anak, dan meminta pertolongan pawang yang menggunakan khidmat jin untuk mengetahui jantina bayi. Mereka ingin mengetahui kerana sangat menghendaki anak lelaki dan tidak mahu anak perempuan. Oleh itu ia adalah berdosa kerana: 1. menggunakan khidmat jin 2. berniat ... Read More »

Vitamin C dan pH asidic boleh menyebabkan ketidaksuburan

  “Salam doktor, Saya sedang merancang untuk hamil tapi pada masa yang sama saya selalu demam dan selsema. Jadi doktor sarankan saya untuk mengambil supplement Vitamin C Sandoz. Jadi soalannya, bila saya mengambil vitamin C, ianya boleh membuatkan cervical mucus sy jadi acidic kah? Sebab saya pernah terbaca untuk pregnant, cervical mucus haruslah bersifat alkaline. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Memang benar bacaan PH pada dalam faraj adalah sedikit berbeza daripada bacaan pH pada badan kerana ia dipengaruhi oleh kitaran haid dan hormone yang dikeluarkan.   Oleh itu secara semulajadinya semasa ovulasi, bacaan pH faraj perlu berada dalam lingkungan pH antara 7 hingga 14, yang dianggap sangat beralkali dan tidak toksik kepada sperma.     Jika bacaan pH dalam faraj terlalu berasid (kurang dari 7.0), ... Read More »

Pesakit buah pinggang hamil dengan risiko

  “Assalamu alaikum doctor. Saya adalah pesakit sakit buah pinggang yang sedang menjalani rawatan hemodialisis 2 kali seminggu. Baru-baru ini saya disahkan hamil. Apakah ia akan memudaratkan diri saya dan kandungan? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Saya merasa kagum dengan kekuasaan ALLAH kerana ramai wanita yang sihat tetapi tidak mampu untuk hamil, sementara puan puan mengalami penyakit buah pinggang dan dianugerahkan kehamilan pula.   ALLAHU AKBAR !!.   Sebenarnya wanita yang mengalami penyakit buah pinggang dikategorikan sebagai kehamilan berisiko tinggi, boleh melibatkan keselamatan wanita yang hamil dan bayi yang berada dalam rahemnya.   Berapa besar risiko ini bergantung kepada punca kerosakan buah pinggang, tahap kerosakan buahpinggang, tahap kawalan penyakit darah tinggi yang datang bersama penyakit buah pinggang itu, dan berapa banyak kuantiti protin dalam air kencing.   ... Read More »

Merancang tidak hamil tanpa pil dan suntikan

  Ramai pasangan yang bertanya bagaimana untuk mengelakkan kehamilan tanpa menggunakan pil atau suntikan perancang. Salah satu cara ialah menggunakan kaedah pengiraan hari subur. Untuk tidak hamil pasangan suami isteri haruslah mengelakkan dari melakukan hubungan intim pada hari subur. Jika mahu melakukan juga, haruslah menggunakan kaedah menggunakan kondom. Namun begitu ramai yang gagal untuk tidak hamil kerana tidak dapat mengira dengan tepat hari subur mereka. Untuk menggunakan kaedah ini, diminta pasangan suami isteri tidak mengadakan hubungan intim pada hari ke 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan. Maksudnya untuk lebih selamat, kena ‘berpuasa’ 10 hari pada hari ke 10 hingga 19 kitaran haid. Walaupun ada doktor yang mengatakan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur, namun ia lebih berisiko. Jika tidak mampu ‘berpuasa’ pada hari tersebut, masih boleh guna kaedah ... Read More »

Kitaran Haid yang normal

Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi ada wanita yang mengalami kitaran yang pendek dan panjang tetapi masih lagi normal jika kitaran haidnya antara 21 hingga 35 hari. Dalam kitaran haid yang berlaku selama 28 hari, fasa yang berlaku ialah: Hari 1-7 Dalam masa ini berlaku fasa pengeluaran darah haid. Sebaik-baiknya pada hari pertama haid, setiap wanita menadakan pada kalendar bagi tujuan merancang keluarga sama ada mahu hamil atau mengelakkan kehamilan. Hari 7-14 Dalam masa ini dinamakan fasa follicular di mana tahap hormon estrogen meningkat dalam tubuh seorang wanita. Pada rahem wanita, dinding rahem akan menebal bagi persediaan untuk hamil. Ovum dalam ovari pula mematangkan diri untuk dikeluarkan ke saluran fallopian bagi tujuan persenyawaan. Hari 14 Pada masa ini proses ovulasi bermula di mana telur ... Read More »

Masalah air mani di kalangan lelaki

  Ramai lelaki mempunyai nafsu seks yang normal dan ereksi normal, tetapi mempunyai masalah dengan puncak syahwat dan ejakulasi (orgasm/climax) yang mengganggu keseronokan seksual. Masalah-masalah ini boleh termasuk :   mencapai puncak syahwat dan ejaculating terlalu cepat (pancutan pramatang) kesukaran mencapai orgasma (pancutan terlalu lambat) mencapai orgasma tetapi tidak mempunyai ejakulasi ( pancutan kering ). Setiap satu daripada masalah-masalah ini mungkin mempunyai beberapa sebab-sebab yang berbeza, termasuk keadaan kesihatan, pembedahan dan kesan sampingan ubat.   Untuk masalah (2) dan (3) yang berkaitan dengan air mani, saya mencadangkan menggunakan suplemen Proxeed Plus untuk memperbaiki kualiti sperma dan memperbanyakkan kuantiti air mani.   Info lanjt di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia   Wallahu a’lam Read More »

Mengira Hari Subur

  “Salam. Doctor. Saya dan suami berumur 28 tahun. Kami tinggal berjauhan kerana urusan kerja. Saya tinggal bersama ibubapa saya. Kami akan berjumpa di hujung minggu atau hari kelepasan saja.   Kami telah berkahwin selama 3 tahun dan masih belum mempunyai zuriat. Saya mendapati kitaran haid seperti berikut:   14 Jun 2013      11 Julai 2013    7 Ogos 2013 3 September 2013 30 September 2013 28 Oktober 2013 23 November 2013 18 Disember 2013 14 Januari 2014 10 Februari 2014 8 Mac 2014   Bolehkah dokter memberikan nasihat. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mendapati kitaran haid puan adalah normal antara 26-29 hari.   Apa yang perlu puan lakukan ialah mengira HARI SUBUR puan pada setiap bulan.  Apabila puan tahu hari subur puan, maka bolehlah puan merancang ... Read More »

Mahu hamil tetapi saluran fallopian tersumbat

  “Akum Dr..sy nk minta pendapat dr.Sya dh 5thun kwin tp xde rezeki lg..thun lps sya opret buang cyst…tp kputusan tiub folopio sy tersumbt..ade x cara ln utk sya mengandung??” WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mencadangkan suami puan membuat pemeriksaan air mani dulu. Jika normal, maka boleh lakukan teknik IVF.   Boleh bincang dengan doktor yang merawat puan.   Jika kualiti sperma suami rendah, boleh gunakan suplemen Proxeed Plus untuk meningkatkan kualiti sperma suami.   Jika tidak, walaupun telah melakukan teknik IVF, keguguran boleh berlaku.   Wallahu a’lam.   IKLAN Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my Bagi individu yang ... Read More »

Sperma yang berkualiti rendah

  “Assalamu alaikum, doktor, baru-baru ini saya menjalani pemeriksaan air mani. Doktor mengatakan sperma saya rendah kualitinya sehingga menyebabkan isteri saya sukar dihamilkan. saya sangat sedih dan terkejut. Apa yang dimaksudkan sebagai sperma yang berkualiti rendah?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Sperma dibentuk di dalam organ testis, iaitu telur zakar. Pembentukan sperma bermula apabila seorang remaja mencapai akhil baligh sehingga usia tua.   Pada lelaki yang sihat, sperma dihasilkan  sebanyak 300 juta sehari, dan mampu bertahan hidup selama 48 jam setelah ditempatkan di dalam vagina.   Secara amnya, isipadu  air mani seorang lelaki apabila berlakunya  ejakulasi adalah 2.5 sampai 6 ml, dan  jumlah sperma yang dipancutkan  adalah 40-100 juta per ml.   Sperma  matang masak mempunyai stuktur  :   1.  Kepala,  yang  mengandung pati  nukleus yang penuh  dengan kromosom dan ... Read More »

Sukar Hamil akibat Azoospremia?

  “Salam doc, Saya dan suami pernah berjumpa dengan doctor dan dia mengatakan yang suami saya mengalami azoospermia akibat kecacatan sejak kecil yang mana tidak mempunyai kilang penghasilan hormon lelaki. Betulkah telahan doctor itu? Sebab saya pernah hamil 2 kali tetapi keguguran pada minggu ke7 kehamilan. Mohon pencerahan”     Wa alaikum mus salam. Jika puan pernah hamil dalam waktu terdekat, bermakna suami puan dan puan kedua-duanya tidak mempunyai masalah untuk hamil semula.   Ini juga bermakna suami puan tidak mengalami masalah kilang hormone lelaki dan tidak mempunyai masalah sperma yang teruk.   Cuma janin yang telah disenyawakan tidak dapat hidup lama kerana kualiti sperma yang kurang baik.   Setakat ini belum ada lagi ubat untuk memperbaiki sperma, kecuali hanya suplemen.   Saya mencadangkan puan menggunakan suplemen ProxeedPlus untuk meningkatkan ... Read More »

Kos rawatan IVF in Malaysia

      Dalam satu laporan pada 2010, kaedah rawatan IVF di Malaysia telah berjaya menghasilkan lebih daripada 60 bayi semenjak diperkenalkan pada 2005.   Ini membuktikan bahawa sungguh pun pada mulanya terdapat beberapa pihak yang sangsi dengan keupayaan dan prosedur IVF, ternyata masih ramai lagi pasangan yang bersedia untuk mencuba pelbagai cara dan teknik baru bagi membantu proses kehamilan.   Sehingga tahun 2009, terdapat lebih daripada 30 pusat kesuburan di seluruh negara dengan kebanyakannya bertumpu di pusat perubatan swasta.   Kos IVF adalah mahal dan kebanyakannya dikendalikan di klinik swasta dengan anggaran sekitar RM12,000 hingga RM18,000 mengikut usia anda (ini kerana keperluan dos ubat mengikut keupayaan individu berdasarkan umur).   Di klinik kerajaan pula, kosnya sekitar RM 5,000 hingga RM10,000.   Rawatan IVF bukanlah rawatan yang pasti berjaya. Rawatan ... Read More »

Merancang anak lelaki pada haribulan genap

  “Doktor, saya mendengar satu petua bahawa jika mahu mendapat anak lelaki, pasangan itu haruslah menahan diri dari melakukan hubungan intim sehingga pada tarikh tertentu, biasanya haribulan yang genap dalam kalender Islam. Adakah petua ini boleh dipakai?”   Banyak kaedah penentuan jantina sebelum kehamilan yang pernah saya dengar dan kebanyakannya hanyalah gurauan. Tiada bukti saintifik yang menyokong petua ini. Jika ia berlakupun, ia hanya kebetulan.   Paling penting, kita perlu terima apa yang dikurniakan ALLAH setelah kita berusaha dengan betul kerana apa saja yang terjadi bukan dalam kawalan kita. Inilah takdir yang ALLAH tetapkan kerana ia adalah sebahagian ujian yang dijanjikan untuk setiap manusia.   Cuba bayangkan jika satu pasangan cuba mengamalkan petua ini dengan membataskan hubungan intim mereka semata-mata kerana mahu isterinya hamil anak lelaki.  Tindakan mereka adalah salah ... Read More »

Mengalami Masalah untuk Hamil Semula

Anak merupakan salah satu rezeki yang Allah kurniakan kepada pasangan-pasangan yang terpilih. Ada yang Allah berikan anak tunggal, ada yang mendapat bilangan anak yang sedikit dan ada yang mendapat bilangan anak yang ramai. Dalam Al Quran, Allah menyatakan keadaan ini dengan jelas. “Atau Ia (ALLAH) mengurniakan mereka kedua-duanya,  anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia (ALLAH) juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya  mandul. Sesungguhnya Ia (ALLAH) Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.” (Surah Asy-Syura: 50) Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah. Jadi wanita yang pernah hamil dan telah mempunyai anak, tiba-tiba mendapati diri mereka sukar untuk hamil semua, sedarlah bahawa ini semua ujian dari Allah yang harus diterima dengan redha dan berusahalah dengan cara yang betul serta berdoa. Tidak boleh hamil semula selepas pernah melahirkan seorang anak dinamakan ketidaksuburan sekunder (secondary infertility). Fakta ini agak ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!