Advertorial
Home » Olive House

Category Archives: Olive House

rasa pedih perut semasa berpuasa

RASA PEDIH PERUT SEMASA PUASA     Berpuasa adalah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu melakukannya. Ini bermakna ada individu yang tidak dibenarkan untuk tidak berpuasa, tetapi menggantikannya pada hari yang lain atau membayar fidyah.   Kita juga mengetahui bahawa dengan berpuasa, kita akan menjadi lebih sihat dan kuat. Namun begitu bagi sesetengah individu, berpuasa akan menyebabkan rasa tidak selesa. Yang biasa saya menerima aduan pesakit ialah apabila berpuasa akan menyebabkan rasa pedih perut.   Cuba kita meneliti punca rasa pedih perut atau rasa sakit pada ulu hati.   Rasa sakit ulu hati ini biasanya dikaitkan dengan masalah dalam perut kita. Walaupun dikatakan “pedih ulu hati“, namun ia tidak ada kena mengena dengan ‘organ hati’ kita.   Masalah ini berlaku apabila kita menguba pola pemakanan kita. Biasanya kita makan ... Read More »

AWET MUDA DARI PEMAKANAN YANG RINGKAS

  3 FEB 2019 Ramai yang keliru apabila dikatakan mengamalkan awet muda atau selalu kita sebut sebagai “anti-aging”. Adakah bermaksud kita akan kekal muda dan tidak menjadi tua? Apakah dengan mengamalkan beberapa petua awet muda, tarikh kematian kita ditangguhkan? Jawabannya tidak.   Sebenarnya awet muda (anti-aging) lebih bermakna kita “tidak tua sebelum masanya”. Maksudnya kita tubuh kita menjadi tua selari dengan usia kita. Sebab itu saintis di barat memperkenalkan “biological age” yang menunjukkan “umur sebenar tubuh kita” berdasarkan beberapa kriteria termasuk kesihatan dan kecergasan.   Masih keliru? Pernah tak kita mendengar seorang muda yang tidak mampu menanding seorang tua dalam melakukan kerja berat seperti berladang? Secara “biological age” atau umur biologi, umur lelaki muda itu lebih tua dari umur lelaki tua itu.   Umur kronologi adalah usia yang dihitung mengikut ... Read More »

BERAPA BANYAK NASI YANG BOLEH DIAMBIL SEBAGAI SARAPAN?

2 FEB 2019   Kebanyakan masyarakat kita mengambil nasi sebagai sumber tenaga ketika bersarapan. Saya ingin beritahu kuantiti nasi yang boleh diambil semasa sarapan.   Tetapi bukankah doctor banyak berkongsi kebaikan berpuasa dan Intermittent Fasting dan selalu melakukan “brunch”?  Betul. Bagi mereka yang ada penyakit kronik seperti diabetes, menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat ringkas (seperti gula dan beras putih) dan berpuasa adalah suatu ‘rawatan’ yang terbaik.   Namun bagi mereka yang tidak ada masalah penyakit kronik dan aktif melalukan aktiviti fizikal, saya mencadangkan pengambilan makanan (big meal) sebanyak tiga kali sehari iaitu sarapan, makan tengahari dan makana malam.   Jika mereka ingin melakukan puasa atau Intermittent Fasting, ia adalah sesuatu yang baik untuk kesihatan mereka terutama yang tidak banyak melakukan aktiviti fizikal seperti orang yang bekerja di pejabat selama ... Read More »

ORANG KITA MUDAH LUPA

    Masalah ingatan (memory problems) di kalangan orang dewasa semakin menjadi perkara yang biasa berlaku di Malaysia. Masalah ini menyebabkan kita (sebagai orang dewasa) mengalami kesukaran untuk belajar, bekerja, berhubung dan kadang kala mengganggu rutin kita seharian.   Seorang pekerja pernah mengadu kepada saya yang beliau tidak dapat pergi kerja kerana beliau tidak jumpa kunci kereta yang tersorok di celah sofa. Pada hal petang semalam, beliau yang mencampakkannya di situ. Kunci itu hanya dapat dijumpai setelah pukul 2 petang.     Masalah ingatan ini selalunya mula berlaku apabila kita semakin berumur, selalunya bermula pada usia 65 tahun ke atas. Mereka mungkin berisiko untuk mengalami masalah ingtan yang lebih serius seperti penyakit Alzheimer’s Disease (AD) dan Dementia, yang mana mereka tidak ingat apa-apa langsung berkaitan dengan diri sendiri dan persekitaran. Malah kebanyakan ... Read More »

Minyak Zaitun Sebagai Penahan Sakit

MINYAK ZAITUN SEBAGAI PENAHAN SAKIT Saya mengunjungi imam masjid di salah satu taman perumahan di Johor Bahru. Isteri beliau melefon saya mahu memesan satu botol minyak zaitun OLIVIE POWER UP. Jadi saya terus hantarkan ke rumah sebab saya teringin berbual dengan orang tua itu. Imam Wak Ali.   Beliau berusia 70an, badannya memang kurus dan tinggi. Beliau tersenyum saja bila melihat saya memberi salam.   “Walaikumusalam. Sila masuk doctor”   Saya duduk dan bertanya khabar.   “Wak sihat ke?” Saya memang memanggilnya Wak. Panggilan hormat pada orang yang berumur dan rapat dengan kita.   “Wak sihat. Cuma pagi tadi Wak lambat ke masjid sebab badan Wak ini sakit-sakit. Wak cuba tahan. Dah sebulan. Tapi pagi tadi sakit sangat badan Wak ni”   “Jadi Wak tak jadi imam pagi ini. Wak ... Read More »

mengapa saya pilih minyak zaitun

MENGAPA SAYA PILIH MINYAK ZAITUN ?     Ramai yang bertanya saya mengapa saya sangat taksub dengan minyak zaitun. Adakah minyak zaitun ini minyak yang terbaik?   Mulanya saya sendiri agak sukar menelan fakta-fakta yang berkaitan minyak kerana pada masa itu saya berpendapat bahawa minyak dan lemak adalah suatu yang berbahaya kepada kesihatan. Ia meningkatkan kolestrole dan menyebabkan saluran darah akan tersumbat. Minyak dan lemak juga akan menyebabkan berat badan akan bertambah.     Minyak adalah bersifat cecair. Bila membeku dan bentuk pepejal dalam suhu yang rendah (contohnya dalam fridge), minyak akan menjadi lemak.       Namun setelah banyak menghadiri kelas nutrisi, seminar, bengkel, konferens dan konvensyen, pandangan saya telah berubah.   Fakta yang biasa saya dengar adalah fakta mengelirukan. Dan saya percaya fakta itu yang biasa kita dengar ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!