Advertorial
Home » NR BASHIRAH

Category Archives: NR BASHIRAH

Cara berdiet dengan pil

CARA BERDIET DENGAN PIL     Kebanyakan pil-pil diet di pasaran mempunyai dua kaedah, sama ada pil yang mengandungi bahan terlarang silbuteramine, yang menyebabkan kita tiada selera untuk makan atau bahan yang mengandungi dulcolax, yang menyebabkan kita membuang air besar secara kerap.   Silbuteramine adalah bahan yang menyebabkan selera kita berkurangan, dalam masa yang sama akan menyebabkan tekanan darah meningkat, degupan jantung laju, berpeluh kuat, mudah marah, dan sukar tidur. Kesan sampingannya sangat besar, selalunya menyebabkan pengguna mengalami penyakit darah tinggi, diabetis, kerosakan hati dan kerosakan ginjal.   Sementara produk pelangsing yang menyebabkan kita buang air besar kerap pula, mungkin mengandungi bahan dulcolax. Bahan ini akan menyebabkan kita dehidrasi, akhirnya kita kehilangan antara 3-5 kilogram berat badan, dan tidak lebih dari itu. Selalunya pengguna tidak tahan menggunakan produk ini kerana ia ... Read More »

Ibu jari mahu dipotong

IBU JARI KAKI MAHU DIPOTONG Lama saya tidak bertemu dengan rakan saya. Pagi-pagi lagi dia telefon kerana mahu berjumpa saya di klinik. Ada hal mustahak katanya. Saya kata, “datanglah”. Lagi pun saya sudah lama tidak berjumpa dia untuk mengetahui perkembangan dirinya.   Lapan bulan lepas dia mengunjungi saya kerana risau jari kakinya mula membusuk. Hujung ibu jari kakinya kemerah-merahan. Membengkak. Dalam keradangan. Tidak sakit. Rasa kebas.   Saya percaya tisu-tisu di hujung jarinya sedang mengalami keadaan kekurangan oksigen dan nutrisi, sebab salur darah yang membekalkan keperluan di situ mengalami ‘sumbatan’ dan ‘penyempitan’   Saya minta dia teruskan ubat yang diberikan oleh doktor di hospital. Saya hanya beritahu tip pemakanan yang betul. Kurangkan gula, nasi dan produk tepung. Minum air kosong sebanyaknya. Gantikan gula dalam minuman dengan stevia.   Akhirnya selepas ... Read More »

Sakanjabeen mengandungi vitamin C

PENGAMBILAN SUPLEMEN TAMBAHAN SAKANJABEEN YANG MENGANDUNGI VITAMIN C       FUNGSI VITAMIN C   Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik, adalah nutrien vitamin yang larut dalam air . Ia boleh didapati di dalam sesetengah makanan.   Dalam badan, ia bertindak sebagai antioksida, membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.   Radikal bebas adalah sebatian terbentuk apabila badan kita menukarkan makanan yang kita makan menjadi tenaga. Orang ramai juga terdedah kepada radikal bebas yang terdapat pada alam sekitar dari asap rokok, pencemaran udara, dan cahaya ultraviolet dari matahari.   Tubuh juga memerlukan vitamin C untuk membuat kolagen, iaitu protein yang diperlukan untuk membantu proses penyembuhan luka atau sebarang kecederaan pada tisu.   Di samping itu, vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi daripada makanan berasaskan tumbuhan dan ... Read More »

Kencing tidak lawas

KENCING TIDAK LAWAS     “Salam doctor. Saya mohon doctor menjawab persoalan saya ini. Saya sangat risau kerana abah saya sakit, sedangkan saya sedang menduduki peperiksaan. Abah saya asyik kembung perut, sakit angin, dan kencing tak lawas. Masalahnya dia tidak mahu pergi hospital. Bolehkah saya ikhtiar dengan sakanjabeen, kerana dia juga menghidap penyakit darah tinggi juga. Terima kasih”   WALAIKUM MUS SALAM   Sebenarnya agak sukar saya menjawab soalan ini kerana saya tidak mengetahui biodata diri pesakit, terutamanya umur dan sejarah rawatan sebelum ini. Masalah yang dihadapi oleh bapa juga diberitahu hanya secara ringkas.   Saya mencadangkan, jika dia tidak mahu ke hospital, boleh bawa dia ke Pusat Kesihatan Kerjaan atau mana-mana klinik swasta bagi memeriksa masalah yang dihadapi oleh beliau.   Ramai yang keliru dengan kencing tidak lawas dengan ... Read More »

Manfaat buah delima dalam SAKANJABEEN

MANFAAT BUAH DELIMA DALAM SAKANJABEEN   Buah delima atau dalam bahasa Inggeris ‘pomegranate’ mempunyai nama botani “Punica granatum”. Perahan buah delima dalam bentuk jus mempunyai rasa masam manis. Rasa manis adalah disebabkan kandungan fruktosa, sementara rasa masam disebabkan oleh bahan tannins. Sementara warna merah buah delima mengandungi banyak bahan anthocyanin yang banyak manfaatnya. Molekul tannin dalam beberapa kajian makmal menunjukkan penurunan mutagenic akitiviti yang menyebabkan berlakunya kansel pada sel. Ini kerana tannins adalah antioksida yang baik, yang melindungi sel dari aktiviti kerosakan oksidatif. Tannin juga menghalang pembiakan kuman, termasuk fungus, yis, bakteria dan virus. Ini berlaku apabila terdapat proses hidrolisis antara tannin dan gallic acid, ketika buah delima itu sedang matang. Tannins juga mempercepatkan pembentukan darah beku, menurunkan tekanan darah, merendahkan kandungan lemak lipid dalam darah dan meningkatkan daya tahan ... Read More »

Khasiat sakanjabeen yang mengandungi cuka kurma

KHASIAT SAKANJABEEN YANG MENGANDUNGI CUKA KURMA   Salah satu bahan yang terdapat pada SAKANJABEEN adalah cuka kurma. Cuka kurma adalah diperbuat daripada proses penapaian buah kurma sehingga menghasilkan bahan asid acetik dan beberapa nutrisi yang lain. Antaranya ialah: Vitamin C Vitamin E Vitamin B1 Vitamin B6 Beta-karotena Bioflavonoid Potassium Serat Cuka kurma sudah berkurun digunakan sebagai satu makanan dan perubatan di Timur Tengah. Berikut adalah beberapa khasiat cuku kurma adalah di bawah: 1. Menurunkan Berat Badan Dengan mengamalkan SAKANJABEEN yang mengandungi cuka kurma, ia boleh mengurangkan rasa lapar dan mencepatkan anda berasa kenyang. . Dengan itu, mengurangkan pengambilan makanan, secara tidak langsung dapat menguruskan badan. Konsep mengurangkan selera makan ini sudah banyak digunakan dalam produk-produk kecantikan dan ubat kurus. Cuka kurma juga sering digunakan untuk mengurangkan kadar gula dalam badan. ... Read More »

Ekstrak Bawang Putih untuk turunkan kolestrole

EKSTRAK BAWANG PUTIH UNTUK TURUNKAN KOLESTROL   Kesan bawang putih pada metabolisme lipid telah dikaji dalam eksperimen yang menggunakan beberapa ekor tikus jantan yang diberikan makan diet yang mengandungi  15% lemak haiwan.  Ekstrak bawang putih telah ditambah pada kadar 2% daripada diet. Plasma glukosa  tidak diubah dalam kajian ini.   Setelah empat bulan, tikus yang diberi makan diet yang mengandungi  lemak haiwan didapati menunjukkan peningkatan tahap jumlah keseluruhan kolesterol (total cholestrole) dan peningkatan  tahap kolestrol jahat, (trigliceride) berbanding dengan tikus yang diberikan ekstrak bawang putih, walaupun mengambil diet yang sama.   Tikus yang diberikan ekstrak bawang putih didapati mengalami penurunan tahap kedua-dua parameter, iaitu  jumlah  kolesterol (total cholestrole) dan juga  kolestrol jahat,  (trigliceride).  Selain itu ekstrak bawang putih dapat menurunkan  kolesterol jahat jenis Very Low Density Lipoprotein, VLDL dan meningkatkan kolestrol baik ... Read More »

KESAN SAMPINGAN UBAT STATIN UNTUK MENGURANGKAN KOLESTROLE

KESAN SAMPINGAN UBAT STATIN UNTUK MENGURANGKAN KOLESTROLE     “Salam doktor, saya ingin bertanya. Saya mempunyai tahap kolestrole yang tinggi dan doktor telah memberikan ubat Simvastatin 40mg sehari sebiji. Masalah saya ialah, selepas sebulan saya mengambil ubat itu saya mengalami rasa sakit badan dan lemah otot. Otot-otot saya terasa sakit ketika bangun pagi dan ketika mahu menaiki tangga. dakah ini disebabkan oleh kesan ubat atau tahap kolestrole saya yang tinggi ?. Terima kasih atas pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Doktor sering memberikan ubat statin (antaranya simvastatin) untuk pesakit yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Apabila kandungan kolesterol dapat dikurangkan dalam darah, ini akan mengurangkan serangan jantung atau strok. Kebanyakan pesakit terpaksa mengambil ubat sepanjang hidup mereka.   Mereka harus berusaha untuk mencapai tahap kolesterol yang normal melalui diet, ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!