Advertorial
Home » Mahu Hamil

Category Archives: Mahu Hamil

Mahu Hamil dengan Ekstrak Kacip Fatimah

MAHU HAMIL DENGAN EKSTRAK KACIP FATIMAH Salam Dr Zubaidi, nahu bertanya. Dr masih jual lagi ke produk Kacip Fatimah? sudah 5 tahun berkahwin, tapi masih belum ada rezeki untuk hamil. ini kakak saya ada cuba produk ni, alhamdulillah dia hamil selepas 1 botol makan. Jadi saya ingat nak cuba. Terima kasih.     Walaikumusalam. Alhamdulillah. Gembira saya mendapat tahu kakak puan hamil setelah mencuba mengamalkan Ekstrak Kacip Fatimah yang menjadi asbab menyelesaikan masalah beliau. Bagi masalah kesuburan, saya mencadangkan puan dan suami menjalankan pemeriksaan doktor dulu bagi mengetahui punca masalah yang dialami. Masalah kesuburan ini boleh disebabkan oleh pihak lelaki dan juga oleh pihak perempuan.   Namun bagi mereka yang belum bersedia berjumpa untuk berjumpa dengan pakar kesuburan, mungkin atas faktor kewangan atau kesibukan kerja, boleh mencuba Ekstak Kacip Fatimah bersama ... Read More »

Tanda-tanda endometriosis

SUKAR HAMIL SEBAB ENDOMETRIOSIS “Assalamu alaikum, doktor. Saya ingin bertanya doktor masalah saya. Say sudah berkahwin 3 tahun tetapi belum pernah hamil. Suami saya telah membuat pemeriksaan air mani dan keputusannya normal. Doktor mengesyaki saya mengalami masalah kesuburan. Doktor kata kemungkinan endometriosis dan appointment untuk ultrasound pada minggu depan. Apa sebenarnya endometriosis itu doktor? Mohon pandangan doktor. Terima kasih” WA ALAIKUMMUSSALAM. Endometriosis berlaku apabila lapisan dalam rahim (endometrium) berada di luar rahim seperti di ovari, dinding pelvis, saluran fallopian, usus, faraj dan pundi kencing.     Lapisan ini menebal dan berdarah pada setiap kali kitaran haid menyebabkan keradangan pada organ-organ dalam pelvis. Akhirnya ia menghasilkan parut, sehingga menyebabkan ovari membengkak dan saluran fallopian tersekat.     Selalunya wanita yang mengalami endometriosis mengalami tanda-tanda seperti berikut:   1. Sakit perut sebelum ... Read More »

Perlukah Pembedahan Ovarian Drilling pada Pesakit PCOS

PERLUKAH PEMBEDAHAN OVARIAN DRILLING PADA PESAKIT  PCOS   “Assalamualaikum, doktor. Saya seorang pesakit PCOS berusia 36 tahun. Sudah berkahwin 5 tahun tetapi tetapi belum lagi hamil. Saya pernah menjalani rawatan kesuburan dan baru-baru ini doktor mencadangkan saya menjalani pembedahan ‘ovarian drilling’. Perlukah saya melakukan pembedahan tersebut?  Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM.   Tidak semua wanita yang mengalami masalah PCOS harus menjalani pembedahan ini. Namun saya percaya doktor sedang cuba melakukan yang terbaik untuk puan.     Pembedahan ‘ovarian drilling’ ini adalah rawatan yang kedua selepas rawatan dengan pil clomid tidak berjaya bagi pesakit PCOS. Pembedahan ini dilakukan dengan memberikan bius pengsan, dan teknik pembedahan laparoskopi. Doktor akan membuat 5-10 lubang-lubang kecil pada setiap ovari.     Dengan menebuk ovari sebegini diharapkan mengakibatkan kerosakan sel-sel theca yang terlibat dalam penghasilan ... Read More »

Peluang hamil kembar bila mendapat rawatan kesuburan

APAKAH PELUANG HAMIL KEMBAR BILA MENDAPAT RAWATAN KESUBURAN   “Doktor, apakah peluang untuk mendapatkan kandungan kembar jika menggunakan rawatan kesuburan? Terima kasih”   Peluang untuk hamil bagi pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, bergantung kepada punca masalah kesuburan. Selalunya selepas pemeriksaan, doktor pakar kesuburan akan memberikan ubat kesuburan yang akan merangsangkan kilang telur (ovari) untuk menghasilkan lebih dari satu telur. Oleh itu kebarangkalian untuk kehamilan kembar akan menjadi lebih tinggi.   Rawatan kesuburan pada peringkat awal, selalunya menggunakan pil subur untuk merangsang kilang telur. Peluang untuk hamil kembar dua dengan menggunakan pil Subur seperti ‘Clomid’ adalah lebih kurang 10%. Manakala kembar tiga adalah hanya 1-2%   Jika tidak berjaya, mungkin doktor akan memberikan suntikan hormon FSH sebelum rawatan kesuburan seperti IUI ataupun IVF diberikan. FSH dapat merangsang kilang telur dengan lebih ... Read More »

belum dapat anak, perlu bersyukur juga

BELUM DAPAT ANAK, PERLU BERSYUKUR JUGA     Hari ini sifat rasa syukur semakin berkurangan malah semakin malap dalam kehidupan kita. Kita hanya akan rasa bersyukur jika kita mendapat sesuatu yang dihajati. Kita tidak pernah rasa syukur terhadap apa yang telah kita perolehi.   Kita sentiasa menganggap kita masih tidak mendapat apa yang kita mahukan. Kita selalu menganggap kita masih kekurangan. Kita lupa tentang banyak nikmat yang kita telah perolehi.   Kita berlumba-lumba mengejar pangkat, jawatan, kekayaan. Kita lebih banyak mengeluh dari bersyukur.   Tanda-tanda hati tidak bersukur ialah kita sering melihat kekurangan kehidupan kita. Kita berasa tidak puas hati dengan rezeki yang diperolehi oleh rakan dan saudara di sekeliling kita.   Hati tidak tenang dan rasa dengki. Rasa gembira bila ada di antara mereka yang dilanda musibah. Kita sentiasa ... Read More »

Sabar Menghadapi Ujian Untuk Hamil

SABAR MENGHADAPI UJIAN UNTUK HAMIL         Banyak dugaan yang datang dalam pelbagai bentuk. Ada wanita yang mudah hamil, tetapi kemudian diuji dengan ujian kesihatan apabila jantung atau rahem menjadi lemah.       Ada yang hamil, tetapi keguguran. Ada yang ingin sangat zuriat, diuji pula mendapat anak Down Syndrome. Ada juga yang mengalami kesukaran untuk hamil walau pelbagai usaha yang dilakukan.     Semua ujian ini pada mata kasar amat menduga kita, membuatkan kita marah, kecewa dan benci pada semua orang.     Tapi itulah peringatan yang ALLAH berikan.     “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagimu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap sesuatu yang tidak kamu ketahui.” (Al-Baqarah: 216)     Semua ... Read More »

sukarkah nak hamil

1. SUKARKAH NAK HAMIL?   Seorang wanita berusia 30an, agak putus asa dan bertanya kepada saya, “Susah sangat kah untuk saya hamil?”   Saya bertanya, “kenapa puan kata begitu?”   “Saya sudah berkahwin satu tahun enam bulan, doktor. Belum hamil. Adik saya baru berkahwin empat bulan, sudah pun hamil. Saya sedih”   Saya faham. Tiada satu peraturan yang sama untuk semua orang. Maknanya selepas berkahwin sekian lama, seorang wanita itu pasti hamil. Banyak faktor yang menentukan.   Namun bagaimana terdapat satu anggaran purata terhadap kebarangkalian seorang wanita akan hamil setelah berkahwin.   Jika 100 orang wanita berkahwin pada hari ini, kebarangkalian untuk mereka hamil secara natural (tanpa bantuan pil hormon atau bantuan doktor), adalah seperti berikut.     25 orang akan hamil selepas satu bulan 75 orang akan hamil selepas ... Read More »

Mahu hamil selepas 4 tahun berkahwin

MAHU HAMIL SELEPAS 4 TAHUN BERKAHWIN     “Assalamualaikum doktor. Saya JXXXX. Tahun ini masuk tahun ke empat perkahwinan saya. Saya ada buat rawatan di sebuah klinik pakar sakit puan di Klang sejak bulan April 2015. Hasil ujian sperma suami saya mendapati jumlah sperma agak sedikit. Doktor berikan ubat untuk suami saya. Manakala saya diberikan clomid pada hari kedua selepas haid saya. Saya telah jalani ujian HSG di KPJ pada November 2015 dan tiub fallopio saya tidak tersumbat. Walau bagaimanapun, dalam laporan menyatakan rahim saya terbalik. Bulan Januari 2016, saya buat IUI di klinik doctor pakar yang sama, tetapi gagal.  Saya tidak pasti sama ada saya mengalami endometriosis atau tidak sebab perkara tidak pernah diberitahu oleh dr. yang memeriksa saya. Saya memang mengalami senggugut hampir setiap bulan dan keadaan jadi ... Read More »

Sukar Hamil Anak Kedua

SUKAR HAMIL ANAK KEDUA   Mengapa pasangan muda mengalami kesukaran untuk hamil mendapat anak kedua? Sedangkan sebelum ini sangat mudah bagi para isteri untuk hamil untuk kali pertama.   Saya masih ingat, lima tahun lepas, seorang wanita pernah berjumpa saya. Dia membawa suaminya dan anak kecilnya yang berumur 3 tahun. Mereka agak lewat berkahwin. Dia sekarang berumur 36tahun sementara suami berumur 40tahun. Anak pertama juga agak lambat. Dia lahir setelah 3 tahun berkahwin. Mereka bercadang untuk mendapat anak kedua, malangnya mereka telah mecuba untuk hamil hamil tetapi tidak berjaya.   Secara amnya, apabila si isteri pernah hamil dan melahirkan anak dengan normal, selalunya tidak sukar untuk hamil semula. Kesukaran untuk hamil semula selalunya mungkin disebabkan beberapa faktor yang mengganggu kesuburan.   Wanita ini ini telah melakukan pelbagai usaha yang telah ... Read More »

Berapa cepat saya boleh menguji kehamilan dengan UPT?

BERAPA CEPAT SAYA BOLEH MENGUJI KEHAMILAN SAYA DENGAN UPT?   “Salam doc. saya ingin bertanya. Haid saya telah lambat selama 7 hari dan payudara saya agak menegang dan sakit. Saya juga mengalami keputihan yang banyak dan berwarna sedikit kuning. Adakah saya hamil? Bila masa sesuai untuk saya memeriksa UPT? Atau adakah gejala nak datang haid? Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM   Tanda payudara menegang dan sakit tidak bermakna puan sedang hamil. Mungkin juga puan akan mengalami kedatangan darah haid. Jadi cara terbaik untuk menguji puan hamil atau tidak ialah dengan melakukan pemeriksaan UPT.   Ketepatan ujian UPT ini bergantung kepada jenis dan jenama ujian kehamilan yang puan gunakan. Semua ujian kehamilan UPT akan mengukur jumlah hormon chorionic gonadotrophin manusia (hCG), hormon yang dikeluarkan ketika hamil dan dikeluarkan dari ... Read More »

Keguguran lalu menjejaskan peluang hamil semula?

KEGUGURAN LALU MENJEJASKAN PELUANG HAMIL SEMULA?   “Salam, saya telah melakukan beberapa kali D&C ketika saya masih belajar di universiti. Atas kesilapan saya, saya menjalani prosedure itu kerana kami suami isteri belum bersedia untuk hamil. Sekarang kami telah bekerja dan umur pekahwinan kami memasuki 6 tahun. Adakah saya sukar hamil akibat prosedure D&C yang lepas? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masalah sukar hamil yang puan alami mungkin tiada kaitan dengan keguguran dan prosedure D&C yang pernah puan jalani. Kebiasaanya prosedure itu selamat dan tidak mendatangkan komplikasi.   Namun ada beberapa peratusan kecil, di mana prosedure D & C ini menyebabkan parut di bahagian atas pangkal rahem atau di dalam rahem. Jika doktor mengesyaki ada parut yang mengganggu kehamilan, doktor akan memeriksa rahem puan dengan memasukkan alat kamera. ... Read More »

Kaffein dan IVF

KAFEIN DAN IVF   ” Salam doktor, bagaimana dengan pasangan yang sedang menjalani rawatan IVF. Bolehkah mengambil kaffein? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pengambilan kafein lebih daripada 50mg sehari setiap hari boleh menggagalkan rawatan IVF.   Selain itu pengambilan terlalu banyak kafein juga dikaitkan dengan pertumbuhan fizikal janin yang perlahan’ sehingga menyebabkan bayi dilahirkan dengan berat yang rendah dan keguguran.   Jadi bagi pasangan yang sedang menjalani rawatan IVF cuba hindari pengambilan kafein.   wa allahu a’lam IKLAN   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed ... Read More »

Asid folik untuk lelaki

ASID  FOLIC  UNTUK  LELAKI   “Salam doktor. Asid folik boleh dimakankah oleh lelaki? “   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Asid folik boleh diambil dan diamalkan oleh lelaki dan perempuan, yang sudah berkahwin dan yang belum berkahwin.   Folic acid adalah sebahagian dari vitamin yang diperlukan dalam badan. Ia dibekalkan dalam bentuk pil untuk individu yang mungkin mengalami masalah kesihatan.   Ini kerana asid folik sangat penting dalam membantu tubuh menghasilkan membuat sel-sel darah merah yang baru. Sel darah merah adalah penting kerana ia membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh bahagian badan.   Tanpa sel-sel darah merah ini, seseorang individu itu mungkin mengalami rasa cepat penat apabila membuat kerja, cepat mengah apabila berjalan jauh, mudah mengantuk dan tiada bertenaga.   Apabila diperiksa, mungkin dia kelihatan pucat dan tekanan darahnya rendah ... Read More »

Sukar hamil walaupun telah menjalani rawatan kesuburan akibat berat badan berlebihan

SUKAR HAMIL WALAUPUN TELAH MENJALANI RAWATAN KESUBURAN AKIBAT BERAT BADAN BERLEBIHAN   “Salam doctor. Saya ingin bertanya mengenai masalah saya yang sukar hamil walaupun telah menjalani rawatan kesuburan dengan 3 orang pakar kesuburan yang terkenal. Saya akui berat badan saya agak berlebihan. Adakah ini punca yang mengalami masalah sukar hemail? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Banyak kajian yang dilakukan menunjukkan apabila seorang wanita mempunyai berat yang berlebihan, iaitu BMI sama atau melebihi 30kg/m2, akan mengalami masalah sukar untuk hamil.   Ini tidak bermakna mereka tidak boleh hamil, tetapi mungkin kena banyak bersabar dan harus melakukan usaha yang bersungguh-sungguh.   Ini kerana mereka selalunya mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur. Bagi wanita yang mempunyai masalah berat yang berlebihan, tetapi mempunyai kitaran haid yang tetap dan normal setiap ... Read More »

Punca keguguran di awal kehamilan

PUNCA KEGUGURAN DI AWAL KEHAMILAN “Salam doctor. Saya hamil pada usia kehamilan 12 minggu, saya menyedari terdapat tompokan darah yang keluar dari faraj saya. Ia berlaku selama 2 hari, kemudian suami membawa saya ke klinik. Doktor memberitahu bahawa saya telah keguguran. Saya ingin bertanya, apakah punca keguguran yang saya alami. Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM. Keguguran di awal kehamilan berlaku apabila ia berlaku apabila usia kehamilan belum mencapai 15 minggu.   Dianggarkan sebanyak  80% keguguran berlaku sebelum 12 minggu kehamilan.   Ini bermakna ramai wanita yang hamil mengalami keguguran, malah ada yang mengalami keguguran tanpa mengetahui  beliau hamil kerana menyangka darah yang keluar adalah darah haid.   Risiko keguguran akan meningkat sekiranya wanita yang hamil itu pernah mengalami keguguran sebanyak 2 kali sebelum ini.   Antara ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!