Advertorial
Home » Lelaki

Category Archives: Lelaki

meningkatkan kualiti air mani dan sperma

MENINGKATKAN KUALITI AIR MANI DAN SPERMA   Salam. Mohon pandangan doc. Mana yang bagus diamalkan antara proxeed plus & coQ 10 saja.   WALAIKUMUSALAM.   Untuk mendapat kualiti air mani yang baik (terutamanya bilangan, bentuk dan pergerakan sperma), memerlukan beberapa nutrisi yang biasanya terdapat dalam pemakanan kita.   Namun ada kalanya pemakanan kita, faktor stress, persekitaran yang tidak bersih (asap rokok dan asap kenderaan) dan genetik mempengaruhi kualiti air mani dan sperma yang dihasilkan.   Proxeed Plus mengandungi nutrisi yang lebih lengkap diperlukan untuk membuat sperma yang sihat.   Oleh itu ia dikatakan sebagai Sokongan Nutrisi Bagi Membentuk Sperma yang Sihat kerana mengandungi:     1. Zinc, folic acid, vitamin B12, Acetyl-L-carnitine yang penting untuk pergerakan sperma.   2. L-carnitine, Acetyl-L-carnitine, fructose dan citric yang penting untuk menghasilkan tenaga yang ... Read More »

peranan magnesium dalam tubuh lelaki

PERANAN MAGNESIUM DALAM TUBUH LELAKI   Magnesium sangat penting untuk proses metabolisme dalam tubuh. Ia terlibat dalam lebih 300 proses tindakbalas biokimia dalam tubuh. Apa yang penting magnesium juga berkait rapat dengan testosteron.     Kekurangan magnesium akan menyebabkan tahap testosteron berada dalam tahap yang rendah walaupun berada dalam julat yang normal.     Kekurangan magnesium dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan:     – Hormon tidak seimbang – Masalah Kardiovascular – Rasa kegelisahan – Masalah Sukar Tidur – Diabetes – Risiko kepada Osteoporosis     Oleh kerana ia tidak diberikan kesedaran secara meluas dalam dalam komuniti kesihatan, ramai yang tidak menyedari masalah ini. Malah ia menjadi lebih serius dan cepat meningkat.   Kita mendapat bekalan magnesium yang berkurangan dari bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan kita. Sayur-sayuran yang kita makan ... Read More »

Kencing tidak lawas

KENCING TIDAK LAWAS     “Salam doctor. Saya mohon doctor menjawab persoalan saya ini. Saya sangat risau kerana abah saya sakit, sedangkan saya sedang menduduki peperiksaan. Abah saya asyik kembung perut, sakit angin, dan kencing tak lawas. Masalahnya dia tidak mahu pergi hospital. Bolehkah saya ikhtiar dengan sakanjabeen, kerana dia juga menghidap penyakit darah tinggi juga. Terima kasih”   WALAIKUM MUS SALAM   Sebenarnya agak sukar saya menjawab soalan ini kerana saya tidak mengetahui biodata diri pesakit, terutamanya umur dan sejarah rawatan sebelum ini. Masalah yang dihadapi oleh bapa juga diberitahu hanya secara ringkas.   Saya mencadangkan, jika dia tidak mahu ke hospital, boleh bawa dia ke Pusat Kesihatan Kerjaan atau mana-mana klinik swasta bagi memeriksa masalah yang dihadapi oleh beliau.   Ramai yang keliru dengan kencing tidak lawas dengan ... Read More »

Masalah ketegangan zakar di kalangan pesakit diabetis

APAKAH PUNCA MASALAH MATI PUCUK DI KALANGAN PESAKIT DIABETIS?     Kerosakan saraf pada pesakit kencing manis berlaku apabila tahap gula dalam darah sangat tinggi dan pesakit diabetes tidak mengawal penyakit dengan baik. Selain dari kerosakan saraf, saluran darah halus juga akan rosak sehingga menyebabkan tisu alat kelamin tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrien yang secukupnya. Ini mengakibatkan rasa rangsangan seksual dari alat kemaluan dari alat kelamin tidak sampai ke otak, dan ia juga menyebabkan alat kelamin lelaki tidak menegang. Saluran darah yang menyempit akibat kerosakan ini menyebabkan aliran darah yang lemah dan tidak mampu menegangkan alat kelamin lelaki atau mengekalkan ketegangan dengan lebih lama. Kajian mendapati, pesakit kencing manis adalah lebih mudah mendapat masalah penyempitan saluran darah ini. Jangan membeli ubat kuat sebarangan kerana ia merosakkan diri dan mempercepatkan ... Read More »

Tanda ubat kuat lelaki mengandungi bahan terlarang SILDENAFIL

“Salam doktor, bagaimana mahu mengetahui satu produk kuat untuk lelaki itu mengandungi bahan terlarang SILDENAFIL”   WA ALAIKUM MUS SALAM Caranya mudah. Antara tandanya ialah: 1. Ia harus diambil beberapa jam sebelum mengadakan hubungan intim. Pengguna akan merasakan selepas beberapa jam, kesan ereksi dapat dirasakan. 2. Kesan ereksi ini juga datang bersama sakit kepala, hidung berair, leher rasa tegang (tidak selesa) dan rasa lemah (akibat tekanan darah turun secara mendadak) 3. Tanpa menggunakan ubat kuat ini ereksi tidak berlaku. Akhirnya berlaku penggantungan terhadap ubat. 4. Semakin lama ia tidak berkesan lagi seperti dulu. Pengguna memerlukan dos yang lebih kuat. Akhirnya ereksi tidak dapat dicapai dan mengalami mati pucuk (tidak boleh mendapat ereksi langsung). Saya mencadangkan penggunaan campuran herba KHALL MACHO  yang selamat, iaiti Tongkat Ali, Tribulus Terrestris dan Butea Superba. ... Read More »

Onani tidak berbahaya?

ONANI ATAU MELANCAP TIDAK BERBAHAYA?   Saya membaca satu blog. Admin blog yang mengikuti satu seminar kesihatan, memetik jawapan dari sebuah soalan yang ditanya oleh peserta seminar. Peserta itu bertanyakan tentang kesan beronani secara berlebihan, adakah aktiviti yang dilakukan itu boleh menjejaskan kesihatan.   Pakar perubatan memberitahu bahawa beronani itu wajar dan normal kerana dalam satu kajian, didapati antara 70-90% orang lelaki melakukan onani.   Saya berpendapat bahawa beronani bukanlah amalan yang sihat dan bukannya amalan yang normal. Orang yang mengalami ketagihan onani harus mencuba menghentikan amalan ini kerana ia memberikan kesan jangkamasa panjang di mana kepuasan seksual HANYA didapati dari tangan, bukan lagi hubungan intim dengan isteri. Dan kebanyakan lelaki yang beronani akan mengalami masalah ketegangan alat kelamin dan mati pucuk selepas 10-15 tahun.   Bayangkan jika mula mengalami ketagihan ... Read More »

Ramai lelaki Malaysia mati pucuk

RAMAI LELAKI MALAYSIA MATI PUCUK   Bilangan lelaki Malaysia yang menghadapi masalah disfungsi erektil atau Erectile Disfunction (ED) iaitu mati pucuk semakin meningkat saban tahun dan kini mencecah lebih 3.5 juta orang (2004).   Masalah kelakian itu agak membimbangkan dengan bilangan penghidapnya hanya 1.7 juta pada 1997, meningkat kepada 2.3 juta pada 2003 dan 3.5 juta pada tahun lalu. Daripada angka tersebut, 15 peratus melibatkan lelaki berumur antara 25 dan 34 tahun manakala 23 peratus lagi di kalangan lelaki lingkungan umur tersebut mengalami kesukaran mengekalkan ereksi.   Pakar Kesihatan Seksual dan Reproduktif, Dr. Ismail Thambi yang mendedahkan perkara itu bimbang dengan perkembangan terbaru tersebut kerana ramai di kalangan lelaki muda tidak mengetahui mereka menghadapi masalah berkenaan. “Baru-baru ini ada laporan dari Universiti Columbia yang menyatakan lelaki yang mula aktif dalam ... Read More »

Batang zakar bengkok

BATANG  ZAKAR  BENGKOK     “Assalamualaikum doktor, saya berusia 25 tahun dan bakal berkahwin tahun ini insyaAllah. Saya nak tanya apa cara utk memulihkan keadaan zakar yg membengkok? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Setiap lelaki mempunyai saiz batang zakar yang berbeza dari segi saiz dan bentuk.   Purata panjang zakar adalah: lebih kurang 5-10cm (2.5 hingga 4 inci) apabila tidak mengeras lebih kurang 12-19cm (5-7 inci) ketika ereksi (mengeras)   Ramai lelaki bimbang bahawa batang zakar mereka adalah terlalu kecil.  Ini kerana melihatnya dari pandangan atas.   Bagi lelaki yang mempunyai berat badan yang berlebihan, batang  zakar mungkin kelihatan lebih kecil sebagai sebahagian daripada batang itu tersembunyi  dalam lemak di pangkal batang zakar.   Ramai  lelaki  percaya bahawa jika batang zakar bersaiz lebih besar, ia dapat memuaskan ... Read More »

Lelaki mengalami kerosakan alat kelamin setelah menyuntiknya dengan gel vaseline

LELAKI MENGALAMI KEROSAKAN ZAKAR SETELAH MENYUNTIKNYA DENGAN GEL  VASELINE   Lelaki berbangsa Hungarian, dan merupakan bapa kepada seorang anak, berusia 24 tahun telah menyuntik zakarnya dengan gel Vaseline untuk meningkatkan kelelakian beliau. Hasrat beliau untuk membesarkan saiz kemaluan (zakar) beliau.   Rakan beliau melakukan suntikan ini setelah mempelajarinya di internet. Akhirnya beliau tidak dapat lagi mengalami ketegangan zakar (ereksi) kerana alat kelaminnya telah rosak. Ia juga telah menyababkan rasa sakit dan bengkakan. Beliau memberitahu “Saya  terpaksa berhenti melakukan hubungan seks dengan isteri saya kerana ia terlalu menyakitkan. Setiap hari adalah sukar bagi saya kerana ia sangat menyakitkan dan menyebabkan pendarahan. Ini adalah satu kesilapan yang paling teruk dalam hidup saya kerana saya tidak lagi merasa seperti seorang lelaki yang sebenar. “   Beliau memberitahu lagi  “Saya bertanya kepada seorang rakan ... Read More »

Air mani berwarna kuning 2

AIR MANI BERWARNA KUNING 2   “Assalamualaikum doktor. Saya sering melakukan onani dan baru-baru ini saya mengalami kegatalan pada alat sulit saya. Apabila saya kencing, terasa pedih dan air mani saya berwarna kekuningan. Saya ada pergi ke klinik swasta dan doktor mengatakan tiada apa yg membimbangkan dan memberi antibiotic. Saya ingin mendapat penjelasan,adakah masalah saya serious atau tidak?. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Warna air mani dan kepekatannya boleh berubah-ubah disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya factor umur, pemakanan dan kekerapan melakukan pancutan.   Ia boleh jadi normal, dan boleh jadi terdapat jangkitan kuman atau masalah dalam saluran air mani.   Kebiasaannya air mani yang normal berwarna jernih, sedikit keputihan dan keruh seperti telur separuh masak.   Air mani juga selalunya pekat, dan akan cair setelah 20-30 minit ... Read More »

Asid folik untuk lelaki

ASID  FOLIC  UNTUK  LELAKI   “Salam doktor. Asid folik boleh dimakankah oleh lelaki? “   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Asid folik boleh diambil dan diamalkan oleh lelaki dan perempuan, yang sudah berkahwin dan yang belum berkahwin.   Folic acid adalah sebahagian dari vitamin yang diperlukan dalam badan. Ia dibekalkan dalam bentuk pil untuk individu yang mungkin mengalami masalah kesihatan.   Ini kerana asid folik sangat penting dalam membantu tubuh menghasilkan membuat sel-sel darah merah yang baru. Sel darah merah adalah penting kerana ia membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh bahagian badan.   Tanpa sel-sel darah merah ini, seseorang individu itu mungkin mengalami rasa cepat penat apabila membuat kerja, cepat mengah apabila berjalan jauh, mudah mengantuk dan tiada bertenaga.   Apabila diperiksa, mungkin dia kelihatan pucat dan tekanan darahnya rendah ... Read More »

Lelaki botak dikaitkan dengan penyakit prostate kanser

LELAKI  BOTAK DIKAITKAN DENGAN PENYAKIT KANSER PROSTATE   “Salam doctor. Benarkan lelaki yang botak senang mendapat penyakit kanser prostate? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ya, benar.  Lelaki yang mempunyai corak kebotakan yang tertentu mungkin menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit kanser prostat yang agresif berbanding dengan lelaki yang tidak botak. Ini bedasarkan satu kajian yang dibuat baru-baru ini.   Namun kajian ini hanya menunjukkan kaitan (association) dan bukan penyebab (causative). Ini kebotakan di kalangan lelaki bukanlah penyebab penyakit kanser tetapi lelaki yang botak selalunya mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami penyakit itu.   Kebotakan di kalangan lelaki mempunyai pelbagai corak. Ia bermula dengan keguguran rambut yang bermula apabila garis rambut hadapan dan secara perlahan-lahan menuju ke belakang. Ada corak yang lain bermula di bahagian ... Read More »

COFFEE MENGURANGKAN RISIKO KEMATIAN AKIBAT KANSER PROSTATE    Satu kajian meta-analisa yang memeriksa 12 kajian kes kawalan yang melibatkan 7,909 kes kanser prostate dan 9 kajian kohort yang melibatkan 455,123 pesakit, mendapati: “Minum air kopi melebihi 4-5 cawan sehari dapat mengurangkan kebarangkalian risiko mendapat kanser prostate (high-grade) dan kematian akibat kanser prostate. Rujukan: Lu Y, Zhai L, Zeng J, Peng Q, Wang J, Deng Y, Xie L, Mo C, Yang S, Li S, Qin X. “Coffee consumption and prostate cancer risk: an updated meta-analysis.” Cancer Causes Control. 2014 May;25(5):591-604. Read More »

Kegemukan dan kurang hubungan intim meramalkan risio serangan jantung

  “Salam doctor. Baru-baru ini suami saya berusia 35 tahun telah dimasukkan ke Jabatan Kecemasan hospital awam, dan disahkan mengalami serangan jantung. Sebelum ini kami tidak tahu yang beliau mempunyai penyakit darah tinggi dan tahap kolestrole yang tinggi. Ini kerana suami saya agak ‘takut’untuk melakukan pemeriksaan. Berat badannya tidak berapa gemuk, 88kg dan tinggi 180cm. Boleh doctor komen sedikit bagaimana serangan jantung boleh berlaku pada dirinya. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya harap puan bersikap terbuka kerana mungkin apa yang hendak saya jelaskan ini agak sulit.   Saya sedari ramai lelaki yang agak sukar untuk diperiksa kesihatan mereka, dan hanya akan dating ke hospital untuk pemeriksaan apabila keadaan dirinya bertambah teruk.   Namun saya boleh berikan tips pada para isteri apabila suami sudah menghampiri 40an dan 40 ... Read More »

Makanan Yang Boleh Menyebabkan Gout

  “Salam doctor. Saya baru-baru ini diserang gout di ibu jari kaki kanan saya. Doktor memberitahu saya ada beberapa makanan yang perlu dielakkan. Mengapakah saya perlu elakkan makanan sebegitu yang menjadi kegemaran saya sejak dulu. Berat saya 110kg dan saya mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis dalam rawatan. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Terdapat beberapa jenis makanan yang mengandungi protein yang tinggi dan menghasilkan satu bahan yang dinamakan “purine” dan kemudiannya ditukarkan ke sejenis bahan dipanggil “Uric Acid”.       Uric Acid yang tinggi akan menjadi tepu dan akhirnya kristal (seperti pasir-pasir kecil) dalam lendiran sendi dan menyebabkan sendi-sendi tidak dapat dibengkokkan dan ia menyebabkan kesakitan.   Selain itu, pembentukan kristal dalam lendiran sendi akan menyebabkan radang sehingga menyebabkan ia menjadi merah bengkak ... Read More »

Ubat Bagi Penyakit Gout

“Salam doktor. Boleh beritahu saya bagaimana merawat gout kerana saya telah mecuba rawatan alternatif tetapi tidak memberikan kesan yang baik. Saya tidak dapat tidur semalaman kerana ibu jari kaki kanan saya sangat sakit dan doktor memberitahu saya telah mengalami batu buah pinggang. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Cara yang terbaik di dalam merawat gout adalah menjaga diet kita sehari-harian. Menjaga makanan yang tinggi kandungan purine adalah penting. Selain daripada itu mengurangkan berat badan boleh membantu mengurangkan insiden gout. Selain daripada itu minum air dengan banyak dapat mengurangkan risiko batu karang. Oleh kerana saudara telah mengalami masalah ginjal segala ubat-ubatan harus dipantau oleh doktor kerana dibimbangi akan menyebabkan masalah yang lebih besar pada ginjal saudara. Dari segi ubat-ubatan, ubat tahan sakit seperti ibuprofen atau voltaren (Diclofenac) boleh mengurangkan kadar ... Read More »

Sakit pada kerandut zakar

  “Salam doctor. Saya berumur 40an dan berbadan gempal. Baru-baru ini saya mempunyai masalah rasa senak di kerandut zakar saya. Adakah ini tanda awal bagi penyakit berbahaya? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kesakitan pada kerandut buah zakar boleh berpunca daripada buah zakar (testis) dan struktur di sekelilingnya.   Punca sebenar sakit itu hanya dapat dikesan melalui pemeriksaan doktor.   Antaranya adalah:   1. Jangkitan kuman pada pundi epididimis (epididymitis) atau buah zakar (orchitis).   2. Kecederaan pada kerandut buah zakar seperti tertendang.   3. Batu karang pada ginjal dan bergerak dalam saluran ureter. 4. Belitan pada saluran dalam kerandut buah zakar yang dikenali sebagai ‘varikosel’ (varicocele).   5. Pengumpulan cecair dalam buah zakar saperti ‘hydrocoel’.     Penyebab yang serius bagi sakit buah zakar berlaku apabila buah ... Read More »

Batu karang dan darah dalam air kencing

  “ASSALAMUALAIKUM, Saya mengalami penyakit batu karang sejak empat tahun lalu. Saya sudah menjalani pembedahan membuang batu dari buah pinggang tahun lepas. Tetapi penyakit itu kembali dan saya selalu mengalami kesakitan hingga ke hari ini.Kadang-kala keluar darah semasa saya buang air kecil. Adakah keadaan ini berbahaya, doctor? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Batu karang kerap berlaku di kalangan lelaki berumur antara 20 hingga 40 tahun. Namun, ada juga wanita yang mengalami masalah batu karang.   Sakit yang dialami biasanya teruk dan tidak hairan jika lelaki dewasa boleh menangis bila sakit batu karang menyerang.   Batu karang merupakan butir-butir pepejal keras yang terbentuk di dalam air kencing. Ia boleh terbentuk di mana-mana organ badan yang berkait dengan proses pembentukan dan pembuangan air kencing seperti buah pinggang, pundi kencing ... Read More »

Masalah air mani di kalangan lelaki

  Ramai lelaki mempunyai nafsu seks yang normal dan ereksi normal, tetapi mempunyai masalah dengan puncak syahwat dan ejakulasi (orgasm/climax) yang mengganggu keseronokan seksual. Masalah-masalah ini boleh termasuk :   mencapai puncak syahwat dan ejaculating terlalu cepat (pancutan pramatang) kesukaran mencapai orgasma (pancutan terlalu lambat) mencapai orgasma tetapi tidak mempunyai ejakulasi ( pancutan kering ). Setiap satu daripada masalah-masalah ini mungkin mempunyai beberapa sebab-sebab yang berbeza, termasuk keadaan kesihatan, pembedahan dan kesan sampingan ubat.   Untuk masalah (2) dan (3) yang berkaitan dengan air mani, saya mencadangkan menggunakan suplemen Proxeed Plus untuk memperbaiki kualiti sperma dan memperbanyakkan kuantiti air mani.   Info lanjt di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia   Wallahu a’lam Read More »

Sperma yang berkualiti rendah

  “Assalamu alaikum, doktor, baru-baru ini saya menjalani pemeriksaan air mani. Doktor mengatakan sperma saya rendah kualitinya sehingga menyebabkan isteri saya sukar dihamilkan. saya sangat sedih dan terkejut. Apa yang dimaksudkan sebagai sperma yang berkualiti rendah?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Sperma dibentuk di dalam organ testis, iaitu telur zakar. Pembentukan sperma bermula apabila seorang remaja mencapai akhil baligh sehingga usia tua.   Pada lelaki yang sihat, sperma dihasilkan  sebanyak 300 juta sehari, dan mampu bertahan hidup selama 48 jam setelah ditempatkan di dalam vagina.   Secara amnya, isipadu  air mani seorang lelaki apabila berlakunya  ejakulasi adalah 2.5 sampai 6 ml, dan  jumlah sperma yang dipancutkan  adalah 40-100 juta per ml.   Sperma  matang masak mempunyai stuktur  :   1.  Kepala,  yang  mengandung pati  nukleus yang penuh  dengan kromosom dan ... Read More »

Steroid dalam ubat herba.

  “Salam doctor, saya pesakit gout dan sedang mengamalkan ubat herba. Sangat mujarab dan sakit saya telah hilang sepenuhnya. Cuma saya perasan berat saya bertambah. Adakah ubat herba seperti ini boleh diamalkan dan berkesan untuk penyakit gout saya?”   Wa alaikum mus salam.   Saya percaya “ubat herba”yang diamalkan oleh saudara mengandungi steroid. Pihak berkuasa telah banyak melakukan serbuan dan rampasan ubat yang mengandungi steroid berbahaya. Kebanyakan ubat ini dijual untuk merawat sakit sendi.   Biar pun rampasan demi rampasan dilakukan, namun masih banyak ubat-ubat yang dijual semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Pembuat ubat ini selalunya berselindung atas nama ubatan herba semulajadi untuk melegakan kesakitan.   Padahal banyak kesan sampingan yang boleh didapati dari ubat-ubat tiruan yang mengandungi steroid. Antaranya ialah peningkatan berat badan secara tiba-tiba.   Tanpa disedari, ginjal mereka ... Read More »

Produk herba kuat seks dirampas

  KUALA LUMPUR 31 Julai – Berselindung di sebalik kandungan herba asli dari Brazil yang kononnya boleh meningkatkan kemampuan seks golongan lelaki, satu produk kesihatan dikesan boleh mendatangkan bahaya kerana mengandungi racun berjadual. Susulan itu, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan hari ini menyerbu sebuah premis di Jalan Sarikei di sini dan merampas tujuh kotak produk tersebut yang dianggarkan bernilai RM840. Ketua Unit Perhubungan Media Bahagian Perkhidmatan Farmasinya, Kamarul Azhar Kamaruddin berkata, hasil ujian makmal yang dijalankan sebelum ini, produk yang dirampas itu dikesan mempunyai racun berjadual serta boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna. “Produk itu mengandungi sildenefil iaitu sejenis racun berjadual yang memerlukan preskripsi doktor bagi pengambilannya yang biasanya digunakan oleh pesakit tekanan melampau. “Kesan daripada pengambilan bahan itu boleh menyebabkan penggunanya mati secara mengejut,” katanya selepas menyertai operasi itu. Menurut Kamarul Azhar, serbuan ... Read More »

Lelaki Gugur Rambut Awal mudah kena Kanser Prostat

  Masalah rambut gugur  pada usia awal 20an boleh dikaitkan dengan penyakit kanser prostat.   Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr Philippe Giraud, dari Hospital European Georges Pompidon di Paris pada tahun 2004, mendapati lelaki yang mengalami tanda keguguran rambut pada usia 20 lebih mudah mengidap masalah  kanser prostat, berbanding dengan lelaki yang mengalami keguguran rambutnya pada usia 30-an atau 40-an.   Ini kerana keguguran rambut dikaitkan dengan masalah hormone lelaki androgen yang terlalu banyak, sehingga boleh merangsangkan  kanser prostat.   Hasil penyelidikan dipersetujui oleh Dr Nelson Neal Stone, Profesor Klinikal Urologi dan Radiasi Oncology di Mount Sinai School of Medicine, New York City Amerika Syarikat.   Selain dari masalah keguguran rambut, kanser prostat juga dipengaruhi oleh faktor genetik atau keturunan. Ini bermakna lelaki yang mempunyai bapa saudara, bapa atau ... Read More »

Masalah ketegangan zakar pucuk di usia muda

  “Salam doctor. Saya berumur akhir 30an. Oleh kerana mengejar kerjaya, saya baru berkesempatan untuk mendirikan rumah tangga. Apa yang menghairankan saya ialah saya mengalami masalah ketegangan zakar di malam pertama. Mulanya saya ingatkan mungkin saya penat kerana sibuk pada hari persandingan. Namun ketika menghabiskan cuti berbulan madu, saya mendapati saya masih mengalami masalah yang sama. Saya amat malu. Bantulah saya doctor..”     Wa alaikum mus salam.   Saya faham kerisauan yang saudara rasakan. Saudara mula mengalami masalah ketegangan zakar pada usia yang muda.   Istilah mati pucuk sebenarnya tidak tepat, kerana masalah ketegangan zakar bukanlah bermakna zakar tidak mengalami ketegangan langsung, tetapi boleh didefinasikan sebagai seorang lelaki gagal untuk memulakan dan mengekalkan ketegangan zakar yang mampu memasuki faraj isterinya. Istilah mati pucuk lebih sesuai digunakan untuk lelaki yang ... Read More »

Tanda-tanda lelaki mengalami masalah ketegangan zakar

      “Doktor, saya mengalami masalah ketika hubungan intim dengan suami saya. Isteri saya tidak menikmati hubungan itu dan membuatkan saya rasa tertekan. Adakah saya mengalami masalah mati pucuk?’   Saya memahami masalah saudara.   Antara tanda-tanda seseorang itu mengalami masalah ketegangan zakar dan tidak dapat memuaskan isteri di bilik tidur ialah:   1. Ketegang zakar tidak berlaku dan zakar terlalu lembut untuk dimasukkan ke dalam faraj.   2. Ketegangan berlaku hanya sebentar, sama ada sebelum atau ketika sedang melakukan hubungan intim dengan suami.   3. Langsung tidak mendapat ketegangan zakar walaupun nafsu syahwat telah memuncak di hadapan isteri.   4. Kebanyakan masa tidak dapat memulakan ketegangan atau mengekalkan ketegangan zakar.   Lelaki dan suami sebegini harus melakukan pemeriksaan.   Saya mencadangkan suplemen Ezerex untuk membantu mendapatkan semula ketegangan ... Read More »

Menonton TV terlalu lama menyebabkan masalah kesuburan lelaki.

  Lelaki yang menonton tiga dan lebih jam TV sehari akan menyebabkan masalah kesuburan. Menonton TV adalah suatu tabiat yang menyebabkan seseorang lelaki tidak aktif secara fizikal.   Kajian yang dijalankan oleh Harvard University, mendapati bahawa lelaki yang beriadah selama 15 jam atau lebih seminggu mempunyai bilangan sperma 73% lebih tinggi dari lelaki yang beriadah kurang dari lima jam seminggu.   Kajian ini diterbitkan dalam British Journal of Sports Medicine, juga mendapati lelaki yang menonton melebihi 20 jam TV mempunyai bilangan sperma 44% kurang dari lelaki yang normal.   Ini kerana apabila seorang lelaki itu aktif, ia akan mendapat memanfaatkan antioksida yang terdapat dalam badannya seterusnya menggalakkan peningkatan bilangan sperma yang sihat.   Oleh itu lelaki yang mempunyai masalah kesuburan, haruslah mengurang menonton TV dan melakukan riadah sehingga mengeluarkan peluh ... Read More »

Kegatalan pada faraj (Candidiasis) harus segera dirawat kerana boleh menjangkiti suami

    “Doktor saya mengalami kegatalan yang kronik pada alat kelamin saya. Adakah ini jangkitan penyakit kelamin?”   “Sudah berapa lama berlaku dan adakah saudara sudah berkahwin?”   “Sudah doktor. Baru saja. Awal tahun ini kami bernikah.”   “Maaf bertanya. Saya tidak mengenali saudara, jadi jangan marah kalau saya bertanya dan tolong berterus terang. Pernah melakukan hubungan seksual dengan wanita-wanita lain selain isteri saudara?”   “Iskh, doktor ni. Mana saya pernah lakukan semua itu.”   “Saudara marah ke? Kalau marah dan tidak berterus terang, saya tidak boleh bantu..”   “Saya tidak marah tapi terkejut. Saya juga bimbang isteri saya menuduh perkara yang sama pada saya..”   “Kalau saudara berkata benar, maka tiadalah kemungkinan saudara mengalami jangkitan penyakit kelamin seperti syphilis, gonnorhea atau HIV..”     “Mungkin saudara dijangkiti jangkitan fungal ... Read More »

Perokok boleh menyebabkan anak lelakinya mandul

   “Doktor mengapa saya mengalami masalah kesuburan?” seorang rakan FB menulis mesej dalam ruangan chatting  di facebook.   “Masalah yang bagaimana ..?”   “Saya telah berkahwin selama lima tahun, belum lagi mendapat cahaya mata. Baru-baru ini saya buat pemeriksaan airmani bagi  mengetahui sama ada punca masalah ini, adakah berpunca  dari saya..”   “Saya terkejut apabila saya diberitahu bahawa air mani saya tidak berkualiti. Saya buat pemeriksaan semula dan mendapati hal yang sama..”   “Hasil pemeriksaan menunjukkan saya menghadapi masalah kurang sperma dan tiada sperma aktif. Jumlah sperma yang diukur cuma 13 juta/ml, malah tiada jumlah sperma aktif dan 25 peratus sperma bergerak perlahan..”   (saya ada menulis tentang kualiti airmani di http://drzubaidi.com/blog/?p=3536)   “Saya bersimpati dengan masalah saudara. Jadi saudara sudah mendapatkan rawatan..?” Tanya saya.   “Saya diberitahu oleh doctor ... Read More »

Bolehkah lelaki yang mempunyai sperma yang cacat mempunyai anak?

  Semakin saya dedahkan permasalaah ketidaksuburan yang dihadapi oleh para lelaki dalam FB, semakin rami pula yang bertanya. Pada saya ini adalah perkembangan yang baik kerana lelaki mula memberikan perhatian terhadap masalah yang mereka hadapi.   Selama ini hanya sebilangan kecil lelaki yang ambil peduli tentang masalah ‘sukar mendapat anak’ dan sering menyalahkan pihak perempuan dalam hal ini. Padahal hal mendapat anak ini memerlukan usaha suami dan isteri.   Ada seorang lelaki yang bertanya kepada saya, “apakah rawatan yang terbaik untuk lelaki yang mempunyai sperma yang cacat..”   Saya agak  keliru apabila beliau menggunakan istilah ‘’cacat”. Rupanya doctor yang merawat beliau yang memberikan istilah itu bagi menggambarkan struktur morfologi spermanya tidak normal. Bentuknya berbeza, tidak serupa dengan sperma yang normal.   Sebenarnya istilah yang biasa dalam dunia perubatan digunakan ialah ... Read More »

Ketegangan Zakar Berterusan.

PRIAPISM : KETEGANGAN ZAKAR BERTERUSAN    Antara kes emergency yang paling saya ingati ialah kes semasa berada di tahun akhir ijazah kedoktoran ketika belajar di India.   Tiba-tiba saya diajak oleh seorang rakan ke Jabatan Kecemasan kerana ada cerita yang menarik. Kebetulan hospital tidak jauh dari perpustaan tempat kami mengulangkaji pelajaran.   “Kes apa ni Roslan, kes minum Paraquat lagi ke?”   Saya bersungguh bertanya kerana saya sudah agak bosan dengan kes minum racun rumput yang saban minggu pasti ada seorang dua yang dimasukkan ke hospital swasta tempat saya belajar ini.   Agaknya kalau di hospital kerajaan, sudah tentu lebih banyak kes-kes seperti ini.   “Roslan, kalau kes bunuh diri, malas lah aku pergi. Kau pergi sorang je lah”   “Ini kes bagus. Priapism. Kau tahu tak kes apa tu? ... Read More »

Ketegangan Zakar di waktu Pagi

      Ketegangan zakar di awal pagi atau dikenali sebagai Nocturnal Penile Tumescence, NPT adalah ketegangan spontan batang zakar apabila bangun pagi, ada kalanya berlaku di waktu malam.   Lelaki yang mengalami ‘mati pucuk’ atau ‘erectile dysfunction’ tidak mengalami ketegangan ini.   Jadi fenomena ini bukalah menandakan sesuatu penyakit tetapi ia adalah petanda baik bahawa seorang lelaki itu masih mempunyai daya seksual yang sihat.   Punca berlakunya ketegangan zakar, NPT ini tidak diketahui dengan jelas, namun terdapat pelbagai teori yang cuba menerangkan puncanya.   Bancroft (2005) menerangkan bahawa ketegangan zakar akibat NPT that the rangsangan saraf dari noradrenergic neuron yang dihentikan yang ketika seorang lelaki mengalami tidur yang lena (REM sleep) membenarkan rangsangan saraf yang diaktifkan oleh hormone testosterone.   Bancroft, J. (2005). “The endocrinology of sexual arousal,” Journal ... Read More »

Penurunan hormone Testosterone

  Andropaus disebabkan kejatuhan hormon lelaki, testosterone dalam tubuh. Ia selalunya berlaku pada lelaki yang berusia 40 tahun ke atas, namun boleh berlaku pada lelaki berusia lebih muda,   Penurunan paras testosteron bukan saja menyebabkan penurunan nafsu syahwat semata-mata, tetapi juga mempengaruhi fisiologi tubuh dalam membina otot dan mengekalkan tulang yang kuat, membentuk sel darah merah dan mengekalkan keseimbangan mental. Ia turut membantu memperkukuhkan memori serta aspek tumpuan.   Kadar penurunan paras testosteron sangat cepat dan bermula apabila seorang lelaki mencecah usia 30. Ketika itu tahap penurunan testosterone telah berlaku sebanyak 10% dari tahap hormone yang sedia ada.   Dalam usaha memperbaiki, pengambilan herba tongkat ali atau eurycoma longifolia jack dikatkan dapat membantu meningkatkan testosteron seterusnya tenaga lelaki melalui kehidupannya.   Kajian yang dilakukan oleh Professor Ruxiang Wang di Lioning, ... Read More »

Tongkat Ali Herba Lelaki Melayu

Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumia dalah sejenis tanaman saka yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia.   Nama botaninya ialah Eurycoma longifolia daripada famili Simaraubaceae. Tongkat ali juga dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah,hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, dan setunjang bumi.   Tongkat ali merupakan sejenis tumbuhan yang dikatakan mempunyai bahan bagi membantu lelaki yang menghadapi masalah syahwat.   Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan afrodisiak(penggalak seks). Secara tradisi, tongkat ali digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan termasuk pening kepala, kurap,disentri, bengkak, antitumor, antiradang dan antioksida.   Eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol(quassinoids) yang banyak terdapat dalam akarnya merupakan kandungan kimia penting industri. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh ... Read More »

‘Mati Pucuk’ Berkait Rapat dengan Penyakit Jantung

Apakah kaitan di antara ‘mati pucuk’ (erectile dysfunction) dengan kesihatan jantung seseorang lelaki yang berusia 40-50an? Soalan ini pernah ditanya dalam soalan viva peperiksaan tahun akhir saya dahulu. Soalan cepu emas. Markah bonus untuk mereka yang excellent. Saya tidak dapat menjawabnya kerana ia tidak tertulis dalam buku teks. Baru-baru ini seorang pesakit lelaki datang hanya semata-mata mahukan ‘ubat kuat’. Ubat kuat yang dimaksudkan ialah ubat untuk merawat masalah ‘mati pucuk’ yang dihadapinya.Tidak sempat saya melakukan pemeriksaan , beliau telah meninggalkan saya. “Sudahlah ubatnya mahal, kena buat pemeriksaan pula. Baik saya beli di tepi Jalan Wong Ah Fook di JB. Lebih murah!!”  dengusnya. Saya tidak berapa mahu memperdulikan bantahannya. Ini ketetapan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Bukan saya mahu menyusahkan beliau. Saya harus patuhi jika tidak lesen saya akan digantung. Apa yang membimbangkan ... Read More »

Adakah soya dan produknya memberikan kesan pada kesuburan lelaki?

Soya dan hormone Estrogen. Kacang soya adalah sumber protein dan sumber bagi hormone kesuburan wanita, estrogen. Namun begitu hormone wanita yang terhasil adalah sumber tumbuhan (plant-derived) yang dinamakan phytoestrogen dan ianya di’subclass’kan sebagai isoflavones. Isoflavone juga mempunyai beberapa jenis yang mempunyai kesan yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun kesan phytoestrogen ini terlalu kecil jika dibandingkan dangan kesan hormone estrogen yang sebenar. Ia juga kadang kala memberikan kesan antiestrogen yang membantu gejala menopause dan menghentikan pertumbuhan pertumbuhan sel-sel kanser. Adakah soya memberikan kesan kepada kesuburan ? Tidak ada banyak kajian mengenai ini. Namun ada yang berpendapat bahawa di negara pengeluar soya pun di mana pengambilan soya dalam diet pemakanan amat banyak sekali, kadar kelahiran tidak berkurang berbanding negara lain yang tidak mengamalkan pemakanan soya. Dalam erti kata yang lain, tiada kajian yang sah ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!