Labicea™ Revitalizing Moisturizer

Psoriasis dan VCO

PSORIASIS DAN MINYAK KELAPA DARA     Asssalamualaikum Dr Zubaidi. Saya Ahmad berumur 30an tahun dan penghidap penyakit psoriasis.  Sehingga sekarang saya belum tahu apa punca utama sebab baru-baru ini dalam masa sebulan saja (april & may 2018) ia menyerang seluruh badan. Dari bangku sekolah saya ada masalah kelemumur di kepala yang tidak penah sembuh sampai sekarang, dan 6-7 tahun lepas ada psoriasis di betis (pada mulanya saya ingatkan penyakit kurap). Sebelum ini saya ada ambil ubat sapu di klinik pakar kulit (mungkin steroid) tapi ianya bersifat sementara malah naik balik lagi banyak di badan. Sehingga sekarang saya cuma amal …

Read More »

Guttate psoriasis

GUTTATE PSORIASIS Tidak semua antibiotik menyebabkan alahan ubat. Adakalanya doktor terkeliru apatah lagi selepas ubat diberikan, pesakit mengadu mengalami alahan pada kulit. Dalam satu keadaan yang dinamakan “Guttate psoriasis” atau dalam bahasa mudahnya  ” letusan psoriasis ” adalah sejenis penyakit kulit psoriasis yang muncul selepas  jangkitan bakteria, biasanya jangkitan saluran pernafasankecil . Pesakit mengalami demam, selsema dan batuk, lalu diberikan antibiotik. Tidak lama, pesakit datang semula ke klinik dan mengadu mengalahi ruam yang gatal di kulitnya. Ruam sebesar  0.5-1.5 cm diameter, terutamanya pada kulit belakang dan peha. Dalam kes ini, alahan itu bukannya disebabkan oleh alahan ubat tetapi letusan yang …

Read More »

Susu Formula Terbaik untuk Eczema

SUSU FORMULA TERBAIK UNTUK BAYI ECZEMA   “Assalamualaikum Dr, saya ingin bertanya kepada Dr. susu formula apakah yang sesuai untuk bayi yang mempunyai ekzema. Buat pengetahuan Dr. Anak saya sekarang berumur 6 bulan lebih.. sejak lahir saya memang bagi bf sampai sekarang tapi saya ingin mencampur susu formula kepada anak saya.. kerana air susu saya sudah tidak banyak seperti mula2. Buat pengetahuan Dr. Jg saya sudah pernah memberikan susu formula dumex.. bayi saya menyusu dan tidak pernah memuntahkan balik susu itu tetapi selepas 2 hari begitu timbul bintik merah bengkak seperti gigitan nyamuk di kaki, peha, dan kepala , dan …

Read More »

Kuku jari berlekuk

KUKU JARI BERLEKUK “Salam doctor. Saya seorang wanita berusia 35 tahun, dan masalah saya ialah saya perasan kuku jari saya berlekuk-lekuk, dan kuku saya semakin menebal. Saya tidak pernah menggunakan sebarang pewarna kuku sebelum ini. Saya juga perasaan terdapat ‘kerakan’ berwarna putih pada kulit kepala dan siku saya semenjak setahun yang lepas. Mohon pendapat doctor. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya percaya pun mula mengalami penyakit “psoriasis” iaitu sejenis gangguan kulit dan kuku. Penyakit psoriasis ini tidak berjangkit kepada orang lain. Ia berpunca dari kombinasi factor genetic, hypersensitive dan factor sekeliling. Penyakit ini selalunya diwarisi dalam keluarga. Jika seseorang …

Read More »

Menghilangkan kulit hitam di leher

MENGHILANGKAN KULIT HITAM DI LEHER     “Salam Doktor, seorang pesakit diabetes berusia 45 tahun dan berat saya 120kg. Masalah saya ialah saya mengalami ‘skin tag’ dan mempunyai daki yang tebal pada leher saya. Bolehkah daki yang tebal ini dihilangkan? Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebenarnya saudara mengalami masalah yang dinamakan “Acanthosis Nigricans” iaitu kulit menjadi tebal dan gelap terutama di kawasan berlipat seperti leher, ketiak, atau lipatan antara payudara dan dada.   Acrochordons (tags kulit) sering hadir di kawasan-kawasan terlibat.   Ia selalu berlaku pada pesakit diabetes mellitus, obese, Polycyctic Ovarian Syndrome, dan Cushing Syndrome.   …

Read More »

Ruam berlingkar di kulit

RUAM BERLINGKAR DI KULIT   “Salam doktor. Saya berusia 28 tahun, baru-baru ini saya pergi berbulan madu di sebuah pantai terkenal. Masalah saya ialah saya mengalami rasa gatal keterlaluan pada betis kanannya akibat gigitan (?serangga) yang saya tidak sedari. Saya adalah seorang yang sihat, dan tidak mengambil apa-apa ubat-ubatan. Isteri saya juga tidak mempunyai masalah kulit. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya telah melihat gambar yang diberikan. Saya dapati ada ruam yang berbentuk lingkaran berkeluk seperti ada cacing halus di bawah kulitnya.     Saya percaya saudara mungkin mengalami penyakit “cutaneous larva migrans” yang …

Read More »

Jangkitan kudis buta Impetigo

JANGKITAN KUDIS BUTA IMPETIGO ” Salam doktor, baru-baru ini anak saya mengalami penyakit kudis buta. Doktor hanya memberikan ubat gatal dan sapu saja. Namun tidak berkesan. Mohon pandangan doktor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kudis buta disebut dalam bahasa perubatan sebagai IMPETIGO. Impetigo adalah salah satu jangkitan kuman pada kulit yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan kulit menghasilkan lepuhan, luka yang cetek dan kerakan, terutama pada muka, leher, tangan, dan kawasan yang biasa ditutupi lampin. Penyakit ini berpunca dari salah satu dua jenis bakteria, iaitu Staphylococcus aureus atau Streptococcus pyogenes. Terdapat satu lagi kuman yang jarang sekali …

Read More »

Produk ubat jerawat boleh menyebabkan alahan teruk

“Salam doctor, saya seorang pelajar kolej berumur 18 tahun. Baru-baru ini saya menggunakan ubat kream untuk merawat jerawat saya. Saya beli di farmasi. Malangnya selepas menggunakannya, kulit saya rasa panas dan terbakar. Terdapat ruam dan warna kehitaman seperti terbakar teruk. Adakah saya mengalami alahan pada ubat jerawat itu. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Ya, saya percaya saudari mengalami reaksi alahan pada kulit setelah menggunakan produk ubat jerawat itu. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh satu badan yang mengawal keselamatan ubat,  Food and Drug Administration (FDA) di Amerika syarikat pada 25 June 2014 telah melaporkan terdapat insiden di …

Read More »

Krim Dermovate tidak sesuai untuk wanita hamil

  Salam doktor, saya hamil 31minggu dan mengalami dermatitis sejak umur 20tahun. Saya mendapati bahawa ubat krim paling berkesan untuk saya guna adalah kream Dermovate. Sekarang saya di UK dan kream itu tidak boleh dibeli di farmasi kerana memerlukan preskripsi doctor. Mohon penjelasan.     Wa alaikum mus salam. Bahan aktif dalam kream Dermovate adalah clobetosol propionate iaitu sejenis steroid yang agak kuat.   Ia selalu digunakan untuk meredakan masalah kekeringan kulit akibat penyakit eczema, psoriasis dan dermatitis. Kream Dermovate sangat berkesan untuk mengurangkan bengkakan, kegatalan dan keradangan pada kulit.   Sayangnya kream ini tidak sesuai untuk wanita hamil dan …

Read More »

Ruam di sekeliling puting

As Salam mu alaikum doktor.. Saya rasa ada bintik-bintik kecil dan ruam di bahagian tepi puting pada kedua-dua belah dan meneybabkan puting rasa pedih. Saya berumur 30 tahun dan sudah mempunyai dua orang anak. Saya bimbang jika itu tanda-tanda awal kanser payudara. Saya berharap doktor memberikan pencerahan. Jazakillah. Wa alaikum mus salam. Ruam dan bintik-bintik kecil di sekeliling puting payudara, adalah masalah yang biasa berlaku pada wanita, terutamanya wanita yang menyusukan anak. Selalunya masalah ini tidak serius. Ia berpunca dari masalah iritasi pada kulit, sama ada disebabkan oleh penggunaan bra yang ketat, bra yang lembap atau penggunaan bra yang kasar …

Read More »

Pelembap penting untuk kulit eczema

    “Salam doctor, saya mula mengalami penyakit kulit, iaitu kulit saya menjadi kering dan gatal pada lipatan siku dan lutut. Ia mula menjadi teruk apabila saya mengambil makanan laut dan telur. Doktor hanya memberikan kream kurangkan gatal. Adakah kream ini berkesan, doctor?”     Wa alaikum mus salam.   Saya percaya puan mungkin sedang mengalami penyakit eczema.   Eczema adalah penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, senang mengalami radang dan kegatalan. Tiada ubat yang khas bagi merawat masalah ini. Hanya dengan meberikan penjagaan kulit yang baik akan membantu menyembuhkannya.   Apabila kulit puan menjadi kering, masalah yang …

Read More »

Eczema atau Psoriasis?

“Doktor, saya sekarang menjadi keliru.” “Mengapa pula?” “Ada doctor kata saya mengalami sakit eczema, ada yang kata saya kena psoriasis” kata pesakit saya sambil menunjukkan ruam merah di tangannya. “Sudah lima orang doctor, saya jumpa. Yang peliknya semua berikan ubat yang serupa. Ubat sapu, ubat pil gatal dan ubat pil alahan” “Mana satu yang betul, doctor?” Saya memeriksa semula ruam yang dialami beliau. “Ubat untuk eczema dan psoriasis  adalah hampir sama kerana kedua-duanya berpunca dari alahan pada kulit. Jangan risau tentang itu” “Yang penting ubat-ubat itu harus mengikut nasihat doctor kerana ubat-ubat ini mengandungi steroid bagi mengurangkan tindakbalas alahan. Jadi …

Read More »
error: Content is protected !!