Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita (page 6)

Category Archives: Wanita

Minyak EPO dan Menopause.

  Saya meragui keberkesanan Evening Primerose Oil sebagai suplemen bagi wanita yang sedang mengalami menopause.   Saya mengakui bahawa gejala-gejala menopause kadang kala menyebabkan seorang wanita agak terganggu dalam menguruskan kehidupan sehariannya.     Antara gejala dan tanda-tanda itu ialah:   1.rasa panas badan 2.sakit pada payudara 3.rasa kurang bernafsu untuk bersama suami 4.kitaran haids yang tidak teratur 5.rasa kekeringan pada faraj ketika bersama suami 6.ada kalanya mengalami masalah membuang air kencing, seperti terkencing ketika batuk atau bersin atau ketawa dan mengalami rasa tidak dapat menahan kencing 7.mood yang berubah-ubah 8.mengalami masalah tidur   Saya ada menulis dalam artikel sebelum ini di http://drzubaidi.com/blog/?p=2951   Unsur aktif dalam EPO adalah asid lemak omega-6 yang dikenali sebagai gamma-linolenic acid (GLA). GLA akan ditukarkan kepada bahan yang dikenali sebagai prostaglandin E1 yang boleh ... Read More »

Perimenopause

Assalamu alaikum doctor. Saya mohon pendapat doctor. Saya berumur 46 tahun dan telah lewat kedatangan haids selama 2 bulan. Pemeriksaan UPT menunjukkan saya tidak hamil. Semalam doctor yang saya temui di klinik memberikan saya ubat hormone untuk menurunkan darah haids saya. Perlukah saya mengambil pil ini. Apakah sebenarnya penyakit saya. Adakah suplemen yang perlu dimakan? Terima kasih. Saya tidak dapat bertanya dengan lebih banyak kepada beliau. Jadi saya tidak dapat memberikan diagnose,  apakah penyakit yang beliau alami. Namun saya percaya, berdasarkan umur beliau, berkemungkinan besar beliau sedang memasuki fasa perimenopause. Perimenopause, adalah suatu fasa dalam kehidupan seorang wanita, berlaku beberapa tahun sebelum wanita itu mengalami menopause yang sebenar. Keadaan ini berlaku apabila kelenjar ovari mula kurang berfungsi dengan tidak mengeluarkan hormone estrogen secukupnya. Namun ketika ini ovum, benih wanita masih ... Read More »

Phthalates Menyebabkan Diabetes Mellitus

Seperti mana yang ramai ketahui bahawa peningkatan kes diabetes mellitus semakin menjadi-jadi di Malaysia. Saban hari saya berhadapan dengan kes-kes baru di pusat kesihatan tempat saya bekerja. Yang pelik, kebanyakan mereka berusia dalam lingkungan 30an. “Doktor bagaimana saya boleh kena diabetes. Badan saya tidak gemuk. Mak dan ayah saya tiada diabetes. Agaknya mesin yang doktor guna tersilap” Saya mengulangi pemeriksaan gula di awal pagi di mana pesakit belum lagi  bersarapan dan belum mengambil apa-apa makan semenjak pukul 10pm malam tadi. Bacaan pertama tadi 12.0mmol/L, bacaan ulangan kedua pula 12.5mmol/L. Lebih kurang saja. Saya mencadangkan pemeriksaan semula setelah dua jam pesakit mengambil sarapan berat. Saya juga mencadangkan pemeriksaan Hb1Ac agar saya dapat memberikan diagnosa sama ada pesakit itu sudah mengalami penyakit diabetes mellitus atau tidak. Saya termenung memikirkan fenomena yang menjadi-jadi, ... Read More »

Menjaga Luka Episiotomi

“Doktor kenapa perlu dipotong ‘laluan’ bayi ketika melahirkan bayi?” “Maksud puan, episiotomi kah?” “Saya tak pasti namanya, tapi doktor telah menggunting kemaluan saya semasa kepala bayi saya mula keluar. Apakah ia perlu?” “Puan rasa sakitkah?” “Tidaklah rasa sakit sangat, sebab masa itu saya hanya ingat ALLAH dan mahukan kelahiran itu cepat selamat saja. Tapi bukankah mencederakan kemaluan saya adalah memudaratkan?” Episiotomi adalah teknik memotong di bahagian kemaluan yang dinamakan perineum, terletak di antara faraj dan lubang dubur, ketika kepala bayi sedang keluar dari faraj. Pada masa dahulu, doktor sering melakukannya secara rutin, apabila mereka menyambut kelahiran bayi yang dilahirkan secara normal melalui faraj. Di kebanyakan negara maju, episiotomi tidak lagi dilakukan secara rutin. Doktor dan bidan di kebanyakan negara Eropah (kecuali Poland dan Bulgaria), Australia, Canada dan Amerika Syarikat  tidak ... Read More »

Benarkah Soya menyebabkan Kanser Payudara?

  Banyak pertanyaan tentang tentang kesahihan khabar angina, sama ada kanser payudara disebabkan oleh meminum air kacang soya atau memakan produk makanan berasaskan soya seperti tauhu dan tempeh? Jawapannya tidak.   Memang tidak dapat dinafikan air soya dan produk makanan berasaskan soya mempunyai phytoestrogens, iaitu bahan biokimia semulajadi yang menyerupai hormon estrogen. Oleh kerana hormon estrogen boleh menyemarakkan lagi kanser payudara, maka persoalan seperti ini timbul.     Walaupun dalam ujikaji di makmal, phytoestrogens boleh merangsangkan pertumbuhan sel-sel kanser payudara, tetapi dalam kajian klinikal, ramai saintis gagal membuktikan dakwaan ini.  Malah ada kajian klinikal yang mendapati pengamalan produk makanan berasaskan soya boleh merendahkan kebarangkalian mendapat  kanser payudara.   Mengikut peraturan klinikal, satu kajian yang sahih haruslah mendapat keputusan yang sama apabila diuji berkali-kali dengan kaedah yang sama. Jika ada kajian ... Read More »

Merawat Jerawat ketika Hamil

Wanita yang mengalami jerawat ketika hamil haruslah lebih berhati-hati dengan ubat-ubatan yang mereka beli dari farmasi. Ini kerana tidak semua ubat-ubatan yang biasa digunakan, sesuai untuk mereka. Ubat-ubatan itu boleh memberikan kemudharatan pada bayi dalam rahem.   Sebenarnya mengalami jerawat (acne) adalah perkara biasa di kalangan wanita yang hamil. Jika jerawat itu tidak berapa teruk, tentu tidak merisaukan. Tetapi jika jerawat itu terlalu teruk, sudah tentu ramai wanita yang berasa malu dan berusaha untuk menghilangkan jerawat itu dengan segera.   Punca bagi pembentukan jerawat di kalangan wanita yang hamil ialah akibat hormone terutama di awal usia kehamilan (trimester pertama). Peningkatan hormone ini akan menggalakkan kulit mengeluarkan minyak.   Minyak pada kulit yang keluar secara berlebihan akan memerangkap tisu kulit yang mati dan menutupi liang-liang pada kulit. Akibatnya kuman pada kulit ... Read More »

Rahem kecil tidak boleh hamil ?

  Saya tertarik dengan satu pertanyaan “ Assalamualaikum doktor,saya nak tanya,kalau rahim kecil ada peluang nak hamil tak?”   Saya segera bertanya semula, “Puan telah membuat pemeriksaan doktor?”   “Hari itu saya ada berurut dengan seorang bidan. Bidan yang beritahu saya bahawa saya mempunyai rahem yang kecil dan akan mengalami kesukaran untuk hamil”   Saya menggelengkan kepala. Tidakkah wanita ini terfikir bagaimana seorang bidan tanpa menggunakan bantuan pengesan dapat mengetahui bahawa wanita itu mempunyai masalah sedemikian. Rahem berada di dalam pelvis, maka sukar untuk menganggak saiz rahem seseorang wanita dengan menggunakan sentuhan tangan ketika berurut kerana posisi rahem berada sangat dalam.   Akhirnya kata-kata yang “sembarangan” dari seorang bidan telah menyebabkan kerisauan yang mungkin menjejaskan peluang kehamilan. (Saya ada menulis “Adakah stress akan mengganggu kesuburan wanita?” di http://drzubaidi.com/blog/?p=1445)   Saya ... Read More »

Kesan membesarkan Payudara menggunakan Suntikan Hyaluronic Acid

  TERDAPAT GAMBAR YANG TIDAK SESUAI DILIHAT Dunia perubatan moden terutama di bidang kecantikan telah berkembang dengan pesatnya. Kalau dulu untuk membesarkan payudara seorang wanita harus menjalani pembedahan besar (major surgery) dan mengambil masa berminggu-minggu untuk sembuh, sekarang banyak prosedur yang ringkas dan tidak menyakitkan dapat dijalankan bagi mencapai tujuan itu. Masalah yang timbul, adakah ianya selamat? Bagaimana dengan kebolehan untuk menyusukan anak apabila payudara telah disuntik dengan bahan-bahan itu? Tidakkah ia membahayakan bayi apabila susu dari payudara yang disuntik diberikan kepada anak?   As salam mua alaikum Doktor. Saya hendak bertanya, selamatkah bayi yang  diberi susu ibu sedangkan saya pernah menjalani pembesaran buah dada dengan suntikan hyaluronic acid. Suntikan dijalankan sebanyak dua kali iaitu pada awal 2010 dan akhir 2010. Tujuan suntikan ini bukanlah untuk membesarkan payudara, tetapi lebih ... Read More »

Hukum mengecilkan Payudara

HUKUM MENGECILKAN PAYUDARA “TERDAPAT GAMBAR-GAMBAR YANG TIDAK SESUAI DILIHAT” Jarang-jarang kita mendengar wanita yang mahu mengecilkan saiz payudara mereka. Tentu ada yang tersenyum atau melabelkan mereka sebagai “mengada-ngada”.  Ini kerana ramai wanita yang mempunyai saiz yang kecil mahu menambahkan saiz payudara mereka. Namun terdapat wanita yang ditakdirkan mempunyai saiz payudara yang terlalu besar berbanding dengan saiz tubuh mereka. Mereka mengalami perasaan rendah diri dan mengalami masalah fizikal yang tidak tertanggung. Pelbagai ubat yang telah dicuba sehingga mereka terpaksa merelakan untuk menjalani pembedahan. Antara pertanyaan yang saya terima: “ Assalamualaikum doctor, saya berumur 23 tahun..saya mempunyai masalah iaitu payudara jatuh sejak umur 13 tahun lagi. Ini kerana ketika awal pertumbuhan payudara saya malu dan sentiasa jalan bongkok. Pada masa itu saya fikir dengan cara itu payudara saya tidak akan kelihatan.Selepas itu ... Read More »

Kemurungan Semasa Hamil

Kehamilan  adalah rahmat bagi seorang wanita. Tiada siapa yang dapat menafikannya. Kehamilan merupakan berita yang ditunggu-tunggu oleh pasangan yang baru mendirikan rumahtangga atau yang telah lama menunggukan cahaya mata. Namun ada kalanya kehamilan menyebabkan satu bebanan perasaan (emosi) dan fizikal  pada wanita. Apatah lagi jika kehamilan itu tidak dirancang. Perasaan ini sering berlaku pada wanita  yang bekerja dan tinggal berjauhan dari suami dan ibubapa. Bayangkan seorang wanita masih mempunyai anak kecil, tinggal di bandar yang sibuk dan berjauhan dari suami. Setiap hari harus bangun awal pagi dan menghantar sendiri anak kecil ke nursery, sebelum pergi ke tempat kerja. Apabila petang terpaksa  mengambil anak pulang ke rumah. Jika anak sakit, terpaksa pula berjaga  malam, tentu ini akan memberikan tekanan perasaan (stress) kepadanya. Belum lagi mengambil kira bebanan di tempat kerja dan ... Read More »

Risiko Pembedahan Membesarkan Payudara

Saya mengambil kesempatan membaca akhbar NST bertarikh 24 Desember 2011 pada waktu makan tengah hari. Oleh kerana ia berkaitan dengan ‘berita perubatan’, saya tertarik untuk membacanya. NST melaporkan pihak polis antarabangsa (Interpol) telah mengeluarkan waran menangkap pengasas syarikat Poly Implant Prothese (PIP), Jean-Claude Mas, seorang warga Perancis setelah mendapati syarikatnya  mengeluarkan produk breast implant yang mempunyai kualiti rendah bagi tujuan pembedahan pembesaran payudara (breast augmentation surgery). Untuk memastikan tiada sebarang perkara buruk yang akan berlaku, Kementerian Kesihatan Perancis telah menasihatkan wanita yang telah menggunakan produk breast implant keluaran PIP agar menjalani pembedahan semula untuk mengeluarkannya. Setakat ini belum terbukti produk itu boleh menyebabkan kanser payu dara tetapi telah banyak kes di mana  breast implant itu telah mengalami kebocoran kerana menggunakan bahan silicon yang bermutu rendah. Kebocoran ini juga dikaitkan dengan ... Read More »

Demam Ketika Dalam Pantang Bersalin

Ramai yang menyangkakan bahawa demam ketika dalam tempoh pantang selepas melahirkan anak adalah proses fisiologi yang biasa. Saya dapati ramai yang hanya membeli ubat panadol di farmasi dan tidak datang untuk melakukan pemeriksaan sehinggalah mereka benar-benar mengalami rasa sakit pada bahagian-bahagian tertentu atau mengalami demam yang terlalu tinggi. Demam dalam ‘tempoh pantang’ ini adakalanya merbahaya jika ia adalah sebahagian kesan komplikasi proses melahirkan anak. Di bandar-bandar besar di mana kemudahan kesihatan mudah didapati, selalunya wanita yang demam sebegini dapat dirawat segera. Namun bagi wanita yang tinggal di kawasan pedalaman dan jauh dari kemudahan kesihatan, demam sebegini boleh membawa maut. Demam dan rasa sakit ini selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman yang boleh berlaku ketika proses kelahiran sama ada kelahiran normal melalui faraj (vaginal delivery) atau secara pembedahan Cesarean. Ia juga boleh ... Read More »

Sering Haus ketika Menyusukan Anak

Saya sangat kagum terhadap kesabaran yang ditunjukkan oleh wanita yang hamil. Kehamilan adalah suatu proses fisiologi yang normal di mana seorang wanita mengalami perubahan dalam dirinya bagi memberi peluang untuk bayi di dalam rahem membesar sebelum dilahirkan. Namun begitu perubahan yang dialami oleh mereka boleh menyebabkan mereka menderita dan merasa ketidakselesaan. Jadi saya mengharapkan agar banyakkanlah bersabar atas ujian Allah. Setiap kesusahan Insya Allah akan berakhir dengan kesenangan. “Sesungguhnya orang-orang yang sabar akan diberikan pahala mereka tanpa hitungan.” Bagi diri saya sendiri, semakin saya mengkaji perubahan-perubahan ini, saya menjadi manusia yang mengakui kehebatan Allah yang mencipta setiap kejadian makhluknya dengan sempurna. Benarlah firman Allah, “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” (surah at-Tin ayat 4) Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih pada rakan-rakan FB yang bertanya. Adakalanya soalan-soalan ... Read More »

Masalah Payudara Berlebihan

‘Malu bertanya akan sesat jalan’ itulah pepatah Melayu yang masih relevan sehingga kini. Harus juga bertanya pada mereka yang ahlinya. “Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara).” (an-Nahl: 43) Perkara yang berkaitan dengan Islam, tentulah ditanyakan kepada ulama atau paling kurang ustaz yang bertahun-tahun belajar membuka kitab di Asia Barat. Kalau perkara sains, tanyakanlah kepada ahli saintis atau doktor yang mengkaji sesuatu isu atau fenomena. Saya pernah ditanyakan tentang penyakit ‘susu kucing’ pada  wanita. Apabila saya bertanya dari mana istilah ‘susu kucing’ ini datang, dia hanya menjawab dari seorang wanita tua merangkap tukang urut. Malah bidan itu mengatakan bahawa wanita yang bermasalah itu sebenarnya mengalami saka kucing diturunkan oleh neneknya, melalui ibunya. Astaghfirullah.. saya mengurutkan dada. Apabila bertanyakan kepada seorang yang ... Read More »

Kaitan Pil Perancang Keluarga Dengan Stroke

Baru-baru ini staff saya memberitahu bahawa kakaknya yang berusia 43 tahun dimasukkan ke hospital akibat pengsan di rumah ketika memasak. Pada mulanya keluarganya enggan membawa pesakit ke hospital kerana menyangka beliau diserang santau. Kebetulan sebelum ini pesakit ada bertengkar dengan keluarga berkenaan harta peninggalan nenek mereka. Setelah tidak sedarkan diri hampir 12 jam, dan berusaha semua ’cara kampung’, akhirnya atas nasihat seorang ustaz, mereka membawa pesakit ke hospital. Waktu itu tengah malam dan keadaan pesakit semakin teruk. Mukanya pucat dan mulutnya mula berbuih. ”Iskh, sah lah ini santau..” bisik orang kampung bila melihat keadaan pesakit. Namun apa yang mereka tidak sedari pesakit mempunyai tekanan darah tinggi yang tidak terkawal. Sesekali pesakit terlupa menelan ubat darah tingginya. Menurut rekod kesihatan di hospital, tekanan darah yang terakhir dilakukan pada dua minggu lepas ... Read More »

Menerima Suntikan Vaksin MMR Ketika Hamil

“Doktor, saya ingin bertanya. Saya baru saja disahkan hamil 12 minggu. Namun begitu,dua bulan lepas, saya telah menerima suntikan vaksin rubella/MMR tanpa mengetahui saya hamil. Saya membaca artikel dari blog doktor yang mengatakan wanita hamil yang dihidapi virus rubella boleh melahirkan anak yang cacat. Saya sedang risau dan bimbang sekarang doktor.” Saya bersimpati dengan masalah yang dihadapi. Ramai wanita yang baru berkahwin menyedari mereka belum lagi disuntik dengan vaksin rubella/MMR dan terus mendapatkan suntikan itu. Selepas disuntik mereka disahkan hamil pula. Setakat ini memang terdapat bukti yang menunjukkan terdapat risiko bagi bayi dalam rahem mengalami kecacatan fizikal apabila ibu mereka menghidap jangkitan virus rubella ketika hamil. Bayi yang dilahirkan boleh menghidap Congenital Rubella Syndrome, apabila dilahirkan. Malah ada bayi yang keguguran di awal kehamilan atau meninggal dunia dalam rahem. Oleh ... Read More »

Tidak Datang Haid Selama 6 Bulan

Saya menerima email dari seorang wanita, sekembalinya saya dari bercuti di Kuala Lumpur. Saya amat bersimpati dengan masalah yang beliau hadapi. “Salam, drzubaidi.. Saya ingin bertanya masalah saya. Saya telah berkahwin pada bulan Febuari 2011. Kali terakhir saya kedatangan darah haid pada bulan April 2011, selepas itu saya tidak mengalaminya sehingga sekarang. Saya sangat risau kerana sebelum ini saya tidak pernah mengalami masalah ini. Saya melakukan ujian UPT dan mendapatinya negative. Perut saya menjadi kembung seperti wanita hamil dan saya sering muntah. Saya mengalami kelesuan dan rakan-rakan memberitahu muka saya pucat. Saya rasa letih dan mengantuk. Kemudian masalah-masalah itu hilang dengan sendirinya. Kali terakhir saya pergi ke klinik kerajaan pada Ogos lalu untuk pemeriksaan. Doktor kemudian mengarahkan saya untuk mengambil ubat untuk “turun darah” yang boleh didapati dari klinik swasta. ... Read More »

Buah Keladi untuk Masalah Ketidakseimbangan Hormon?

“Salam doktor, saya ingin bertanya. Isteri saya mengalami masalah yang berat iaitu beliau selalu keguguran. Doktor yang merawat memberitahu isteri saya mengalami kekurangan hormon progesterone, yang menjadi penyebab beliau selalu keguguran. Doktor memberikan beliau ubat Susten 100 (Progesterone Soft gelatin Capsules) bagi memastikan kehamilannya dapat diselamatkan. Melalui pemeriksaan ultrasound, beliau sedang hamil 6+ minggu. Adakah makanan yang sesuai bagi membantu isteri yang sedang hamil ini?” “Salam doktor, saya ingin bertanya adakah makanan tambahan yang boleh meningkatkan hormon progesterone dalam tubuh. Saya mengalami kitaran haid yang tidak teratur dan pernah gugur empat bulan lepas. Bolehkah keladi membantu merawat masalah ketidakseimbangan hormone saya?” Wa alaikum mus salam, saya amat bersimpati dengan musibah yang puan hadapi. Ini semua ujian dari Allah bagi menguji keimanan kita. Dalam pada masa yang sama, janganlah kita berputus ... Read More »

Darah Istihadhah: Fisiologi dan Syariah

“Saya sedang mengalami pendarahan haids sudah 4 bulan. Ia tidak pernah kering. Kadang kala ia adalah pendarahan yang sedikit dan ada kalanya ia pendarahan yang banyak. Ada kalanya saya terpaksa menukarkan banyak pad, dan adakalanya pula ia keluar seumpama ketulan darah yang besar. Saya hairan kerana saya tidak mengalami senggugut yang kuat. Adakah ia penyakit yang berbahaya?” Saya menerima e-mail dari seorang rakan FB yang berumur 36 tahun. Saya tidak dapat membayangkan kesukaran yang beliau hadapi selama 4 bulan. Tentu besar pahalanya jika dapat bersabar dengan ujian ini. Secara amnya, darah yang puan alami bukanlah darah haids, kerana darah haids hanya berlangsung selama 2 minggu (14 -15 hari). Lebih dari 14-15 hari itu, adalah darah istihadhah yang menwajibkan puan bersolat dan berpuasa (jika berada di bulan Ramadhan). Maksudnya masuk hari ... Read More »

Apakah Kaitan Ovarian Cysts dengan Ketidaksuburan?

Saya banyak menerima pertanyaan mengenai ovarian cyst dan ketidaksuburan. Sebaiknya nasihat mengenainya diberikan oleh doktor yang memeriksa, kerana saya hanya dapat memberikan nasihat berbentuk panduan saja. “ Assalamu alaikum Doktor. Saya telah berkahwin selama 2 tahun lebih tetapi masih belum hamil. Pada awal tahun lepas saya ada melakukan pemeriksaan kesuburan. Mengikut laporan doktor, saya mempunyai satu cyst di ovari sebelah kanan. Doktor tidak menyarankan saya untuk melakukan pembedahan membuang cyst namun katanya cyst itu akan membesar. Saya sangat risau memikirkan apabila cyst itu bertambah besar, tentu akan menyukarkan saya untuk hamil. Jadi apa nasihat doktor? Terima kasih..” Saya bukan tidak mahu menjawab soalan yang diberikan, tetapi sekali lagi doktor yang memeriksa sebaiknya menjawab soalan ini. Namun untuk bersangka baik, saya percaya mungkin doctor yang memeriksa terlalu sibuk dengan pesakit yang ... Read More »

Kehamilan dan Fibroid

  Ramai ibu-ibu yang hamil tidak menyedari bahawa mereka mempunyai fibroid. Fibroid adalah ketumbuhan yang bukan kanser, yang berada di dalam rahem. Fibroid biasanya dijumpai secara ‘tidak sengaja’ semasa pemeriksaan ultrasound ketika doktor sedang memeriksa fizikal bayi dalam rahem. Soalan yang sering ditanya adalah, adakah fibroid itu merbahaya pada pada ibu dan bayi dalam rahem? Kedudukan dan saiz fibroid Fibroid boleh membesar dari beberapa sentimeter sehingga 15 cm diameter. Kedudukan fibroid boleh berada di dalam dinding rahem (intramural), berada di luar dinding rahem (subserosal) atau berada dalam rongga rahem (submucosal) di sebelah kedudukan bayi/janin. Ada baiknya jika pesakit bertanya kepada doktor tentang kedudukan, saiz dan bilangan fibroid semasa menjalani pemeriksaan ultrasound kerana ini akan membuatkan seseorang wanita hamil itu lebih berhati-hati. Walaupun fibroids selalunya akan membesar saiznya ketika hamil, namun ... Read More »

Hukum Mengambil Ubat Penahan Haid

Saya serba salah ketika memberikan ubat penahan haid kepada wanita yang mahu mengerjakan umrah di hujung Ramadhan. Beliau mahu terus kekal berpuasa di bulan Ramadhan dan menghidupkan malamnya. “Doktor, bolehkah saya dapatkan pil kerana saya mahu mengerjakan umrah tidak lama lagi. Kebetulan pula ia bertepatan dengan sepuluh hari terakhir Ramadhan” Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Islam adalah agama yang sederhana. Islam tidak pernah memaksa kita melakukan di luar keupayaan kita. Apatah lagi jika amalan-amalan itu berupa amalan yang tidak diwajibkan. Allah berfirman : “Allah tidak membebani seseorang di luar kemampuannya..” (Surah Al-Baqarah: 286) Semoga kita tetap memperolehi pahala sepertimana mereka yang beribadat mengerjakan umrah dan berpuasa di Mekah dan menghidupkan malamnya di sana, walaupun di sebalik keterbatasan syari’e yang kita hadapi. Pandangan ulama Sebelum saya memberikan pandangan dari sisi ... Read More »

Cara Mengurang Kesakitan & Bengkak pada Payudara

”Doktor, saya mengalami penyakit yang pelik. Saya merasa sakit pada ke dua-dua belah payu dara saya. Seolah-olah seperti ditekan, direntap dan bengkak. Ia berlaku pada bulan mengambang dan berulang-ulang untuk 2-3 bulan. Banyak tempat saya telah pergi untuk rawatan. Doktor di semua klinik mengatakan saya tidak mengalami apa-apa sakit. Hanya mainan perasaan” “Kemudian suami saya membawa saya kepada satu rawatan tradisonal Melayu. Bomoh yang merawat mengatakan kemungkinan saya didengki seorang perempuan kerana payu dara saya lebih besar darinya. Mengikut kata bomoh itu lagi, perempuan ini menghantar ’santau bulan’, jadi apabila bulan mengambang, saya akan berasa sakit pada payudara saya.” Saya menggeleng-geleng kepala membaca mesej di inbox facebook saya. Tidak habis-habis percayakan bomoh. Namun saya tidak boleh menyalahkan pesakit itu kerana ‘doktor yang memeriksa’ mengatakan dia tidak mengalami apa-apa penyakit. Entah ... Read More »

Adakah Tekanan (Stress) Mengganggu Kesuburan Wanita?

“Doktor boleh saya lakukan ujian UPT. Tiga bulan saya tidak kedatangan darah haids.” Berseri-seri wajah seorang wanita muda ditemani suaminya. Masing-masing senyum. Mengharapkan berita gembira. Sementara menunggu keputusan air kencing saya ajak mereka berbual. Bukan cerita biasa tetapi history-taking yang biasa ditanya oleh doktor. Tujuannya untuk mengetahui punca penyakit. ”Kami baru bernikah tahun lepas. Kebetulan suami saya dinaikkan pangkat terpaksa bertugas di Putrajaya, sementara saya pula ditukarkan di front office. Stress saya menghadapi kerenah pelanggan” Saya mengangguk-angguk. ”Kami sedang stress, doktor..” saya melihat ada titisan air mata bergenang di kelopak mata. “Mertua saya pula banyak memberi tekanan agar saya cepat hamil. Dia menyangka saya sengaja melambatkan. Bukan saya tak mahu hamil, tapi belum ada rezeki” Saya memandang muka suami yang tidak banyak bercakap. Dia sibuk menulis sesuatu di handphonenya. Ber-sms ... Read More »

Jangkitan Fungal Ketika Hamil

Klinik FB saya masih lagi ajukan dengan soalan berkaitan dengan kehamilan. Banyak isu-isu yang perlu dijelaskan dan diharapkan dapat memberikan manfaat bagi pembaca. Kegatalan pada kemaluan di kalangan wanita amat ketara kerana di Pusat Kesihatan tempat saya bekerja sekurangnya 10 orang wanita datang dalam seminggu akibat kegatalan pada kemaluan. Kegatalan pada kemaluan bermakna rasa tidak selesa, rasa mahu digaru dan adakalanya pedih di bahagian kemaluan luar (labia majora dan minora). Selain itu terdapat juga lendiran dari faraj yang berwarna putih, seperti susu basi. Adakalanya mendatangkan ketidakselesaan ketika melakukan jima’ dan rasa pedih dan terbakar ketika kencing. Namun begitu jangkitan fungal pada kemaluan ketika hamil mendatangkan kerisauan kepada ibu yang hamil dari aspek keselamatan ubat yang digunakan dan keselamatan bayi yang dikandungkan. “Salam doktor…saya sedang hamil 28 minggu. Saya menghadapi masalah ... Read More »

Bolehkah Kelahiran Normal Selepas Pembedahan Cesarean?

Ramai ibu yang hamil lebih suka menjalani kelahiran normal daripada kelahiran melalui proses pembedahan Cesarean. Oleh itu ramai yang tertanya-tanya apakah mereka boleh melahirkan anak secara normal, walaupun sebelum ini pernah menjalani pembedahan Caserean? Pertanyaan kali ini datangnya dari seorang ibu yang menghadapi masalah yang serupa. “Assalamualaikum doktor. Saya membaca artikel doktor mengenai pembedahan Caseraen, hanya ingin meminta pendapat. Anak pertama saya dilahirkan secara Caseraen kerana pintu rahim hanya buka 4 cm setelah 15 jam menunggu. Anak kedua juga lahir secara Caserean walaupun bukaan sudah 7cm disebabkan tahap Hb saya menurun kepada 4. Kedua-duanya dilakukan secara Emergency Caserean” “Sekarang saya hamil anak ketiga (dah 8 weeks). Ada tak kebarangkalian saya bersalin secara normal?” Saya tidak dapat memberikan jawapan sama ada ‘YA’ atau ‘TIDAK’. Ini kerana banyak faktor yang menyebabkan seseorang wanita ... Read More »

Kesan Pil Perancang kepada Kanser Payudara

Saya menerima banyak pertanyaan setiap hari. Saya mengharapkan rakan-rakan FB yang bertanya melalui inbox fb bersabar kerana saya mempunyai masa yang terhad. Baru-baru ini saya menerima soalan dari seorang wanita awal 40an yang telah mengamalkan pil perancang keluarga selama 8 tahun. “Salam, saya ingin bertanya tentang pil perancang keluarga. Ibu saya menghidap kanser payudara dan telah selamat dibedah. Saya dinasihatkan untuk berhenti dari mengamalkan pil perancang ini kerana ada risiko kanser payu dara. Adakah saya harus menghentikannya? Terima kasih” Sebelum menjawab soalan ini, elok kita lihat kebarangkalian seseorang wanita di Malaysia untuk mendapat kanser payudara. Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara. Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 – 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payudara. Ini bermakna kemungkinan seorang wanita di Malaysia untuk mendapat kanser ... Read More »

Masalah Seksual Wanita

Banyak pertanyaan berkaitan dengan seksual yang memaksa saya menjawabnya. Saya amat bimbang jika tidak menghiraukan pertanyaan ini, ia akan mengundang kekeliruan akibat mendengar kata-kata teman. Selama ini kebanyakan masalah seksual ini diajukan oleh kaum lelaki yang begitu sensitif terhadap ‘performance’ mereka. Tetapi banyak juga dari kaum wanita. Mereka adalah penderita senyap. Kebanyakan mereka bukan saja tidak menikmati malah ada yang terpaksa ‘menyerahkan diri’ pada suami. Cuma saya mengharapkan jika mereka tidak menikmati, sekurang-kurangnya mereka tidak rasa terseksa dengan hubungan bersama suami. Antara pertanyaan yang saya terima adalah seperti ini… ”Dr, saya mahu bertanya … saya sudah berkahwin 5 tahun, saya mempunyai anak  2 orang anak dan saya berumur 29 tahun. Saya tidak pernah rasa nikmat sex itu… dan saya tidak merasakan sex itu sesuatu yang menyeronokkan.. saya hendak tahu, adakah ... Read More »

Urine Pregnancy Test (UPT) Boleh Mengelirukan

Saya percaya ramai ibu-ibu pernah menguji kehamilan mereka melalui ujian air kencing, sama ada yang didapati dari farmasi atau klinik. Namun ramai yang tidak tahu apa sebenarnya yang diuji dalam air kencing mereka. Ujian yang dilakukan ialah Urine Pregnancy Test (UPT) untuk mengesan kandungan hormon hCG atau hormon human chorionic gonadotropin yang dikeluarkan oleh uri (placenta) pada bayi. Pembentukan uri berlaku sebaik saja janin(embryo) ‘ditanam’ (implantation) pada rahim. Uri akan menghasilkan hormon hCG dan dapat dikesan melalui air kencing wanita itu. Alat UPT membantu mendiagnosa kehamilan di awal kehamilan. Adakah ianya tepat? Pada Oktober 2001 Journal JAMA article (JAMA. 2001;286:1759-1761) menerbitkan satu artikel yang menyatakan bahawa kebarangkalian untuk mengesan hormone hCG menggunakan UPT yang dilakukan selepas seminggu tidak datang darah haid (missed period) adalah 97 peratus. Namun begitu saya selalu ... Read More »

Menghadapi Kesedihan Akibat Keguguran

Dari segi perubatan, menguruskan kes keguguran di awal kehamilan adalah amat mudah. Ada kalanya wanita itu tidak perlu dimasukkan ke hospital apabila pemeriksaan ultrasound menunjukkan rahemnya telah kosong. Janin yang gugur itu telah keluar dan tidak perlu di’cuci’ dengan kaedah dilatation and curettage (D&C). Namun yang perlu dirawat ialah hati mereka yang sedih dan kecewa akibat keguguran. Saya terpaksa meluang sedikit masa untuk berbincang dan memberikan semangat kepada mereka. Saya lebih kecewa mendengar kata-kata yang seolah-olah tiada lagi masa depan untuk mereka. “Doktor apalah nasib saya. Saya telah gagal memberikan zuriat untuk suami saya. Saya wanita tak guna!” ”Masihkah suami sayangkan saya walaupun saya gagal untuk meneruskan kehamilan?” Soalan-soalan ini tidak dapat saya jawab. Namun saya boleh memberikan kata-kata harapan bagi meninggikan semangat. Pembacaan dan kuliah agama terutamanya petikan cerita-cerita ... Read More »

Ada Dara atau Tidak?

Ramai yang tergelak apabila saya memberitahu saya mahu menulis tentang hymenal repair, atau dalam bahasa mudahnya membetulkan selaput dara yang koyak. Saya sebenarnya tidak berminat menulis tentang isu ini tetapi telah didesak beberapa kali oleh rakan-rakan FB saya. Logiknya jika saya tidak memberitahu hal yang sebenar mengenai rahsia selaput dara dan cara memyembuhkanya, bimbang ramai akan berjumpa bomoh dan melunyaikan selaput dara yang berbaki. Selaput dara (hymen) atau ke’dara’an menjadi status yang dipandang berharga oleh agama, sosial malah ekonomi. Pada pandangan agama, selaput dara atau organ faraj harus dijaga kesuciannya. Kesucian bukan hanya bermakna kebersihan saja, tetapi maruah dari ‘diceroboh’ oleh lelaki bukan suaminya. “Dan mereka itu yang memeliharakan kehormatan mereka melainkan atas isteri atau hamba sahyanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka ... Read More »

Kehamilan dan Ubat Batuk Diphenhydramine (Benadryl®)

  Diphenhydramine, ubat batuk yang selamat untuk wanita hamil dengan syarat mengikut dos yang ditetapkan. Saya rasa sungguh kasihan melihat ramai yang batuk dan selsema akibat perubahan cuaca dan pencemaran udara. Kita baru saja terlepas dari pencemaran udara akibat pembakaran ladang. Kini berlaku pula letupan Gunung Merapi di Pulau Jawa, yang sudah tentu akan menjejaskan persekitaran dan udara di Malaysia tidak lama lagi. Ramai juga yang mengeluh apabila ubat batuk di farmasi tidak lagi berkesan. Mereka datang ke klinik kerana menyangkakan antibiotic boleh membantu melegakan batuk mereka. Ini adalah pendapat yang salah. Pemberian antibotik tidak membantu melegakan batuk kecuali ia difikirkan perlu oleh doctor. Kali ini saya menumpukan isu ubat batuk dan kesannya pada kehamilan. Saya mengharapkan ianya akan mengurangkan kebimbangan yang dihadapi oleh bakal-bakal ibu yang masih berada di ... Read More »

Rasa Pitam di Kalangan Wanita Muda

Seorang sahabat FB bertanya kepada saya melalui inbox. Beliau yang merupakan seorang wanita pertengahan 20an, mengadu sering mengalami pening dan terasa mahu pitam apabila duduk bersendirian atau lama berdiri di perhimpunan pagi. Menurutnya, baru-baru ini ketika beliau berdiri menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku, tiba-tiba beliau merasa berpinar-pinar dan tidak dapat mengimbangi badan. Beliau terus jatuh dan tidak sedarkan diri. Apabila membuka mata, beliau sudah berada di bilik guru dan sedang dikipas oleh salah seorang rakannya. Saya juga selalu dikejutkan oleh pesakit dari kilang yang berhampiran. Pesakit yang lemah tidak bermaya dibawa masuk oleh rakan-rakan sambil berteriak “Tolong doktor,  kawan saya pengsan!”. Saya rasa mungkin mereka keliru antara pengsan dan pitam. Pengsan bermakna tidak sedarkan diri langsung, sedangkan pitam pula pesakit masih dapat mendengar perbualan orang di sekitar dan masih lagi boleh menggerakkan mata atau jari-jari ... Read More »

Kekurangan Berat Badan (Underweight)

Baru-baru ini, saya dikunjungi oleh seorang ibu bersama anak gadisnya yang berumur 15 tahun. Anaknya mengalami sakit perut dan ceret beret. Mulanya saya menjangkakan ia adalah masalah keracunan makanan atau acute gastroenteritis yang disebabkan oleh virus. Namun apabila saya diberitahu bahawa anaknya minum teh herba pelangsing, saya terdiam. Saya terkejut dengan tindakan nekad gadis itu. Saya cuba menyelami pemikiran gadis itu secara serius. Seorang gadis muda sanggup minum tea herba pelangsing kerana ‘desakan rakan sebaya’ yang meletakkan kecantikan seorang wanita pada tahap kerampingan pinggangnya. Tidak lama selepas itu datang pula seorang gadis berumur awal 20an memberitahu bahawa dia sangat kurus. Berat badannya 55 kg dan ketinggiannnya 160 cm. Menurutnya dia telah cuba menambahkan berat badannya namun tidak berjaya. Setelah dikira, didapati BMI gadis ini mencecah 21.5 lalu saya terus memberitahunya bahawa berat badannya sebenarnya normal. ... Read More »

Pembedahan untuk Ovarian Cysts

Saya ditanya oleh seorang wanita yang amat risau apabila diberitahu bahawa dia menghidapi Ovarian Cyst. Beberapa pertanyaan juga berkisar tentang persoalan yang sama. Kebanyakan mahu tahu sama ada ovarian cyst itu perlu dibuang atau tidak. Saya serba salah menjawab soalan terbuka sebegini. Seharusnya yang bertanya memberikan pengenalan (ta’ruf) sama ada dia sudah berkahwin, berapa umurnya dan bila dia didiagnosakan menghidap ovarian cyst. Pesakit ini seharusnya memastikan adakah ketumbuhan cyst itu tidak merbahaya (benign) atau ia adalah ovarian cancer yang boleh meragut nyawa.   Bertanyalah sehingga faham Jika pesakit itu tidak mengetahuinya, seeloknya bertanyakan pada doktor yang merawatnya. Antara soalan yang perlu ditanya: adakah ovarian cyst itu adalah ketumbuhan cyst yang tidak merbahaya (benign) atau pun ovarian cancer? berapa bilangan cyst yang terdapat di situ? adakah ianya melibatkan kedua-dua belah ovari? adakah ... Read More »

Lendir Serviks Penanda Kesuburan Wanita

Masih ada beberapa e-mail yang bertanyakan tentang kesuburan. Ada seorang ibu muda bertanyakan masalah tentang lendiran yang keluar dari vaginanya. Dia bertanya sama ada dia dikira subur jika lendiran di vaginanya terlalu banyak atau dia dijangkiti kuman. Rujuklah pada yang pakar Untuk kebaikan pembaca, elok saya menerangkan bahawa saya bukannya pakar Gynaecologist yang begitu pakar tentang tubuh badan wanita dari segi anatomy atau pun physiology. Saya  membantu setakat mana ilmu yang saya pelajari ketika di Fakulti Perubatan. Jadi jika seseorang wanita itu menghadapi masalah sakit puan, cara yang terbaik ialah dengan berjumpa dengan pakar Gynaecologist. Saya hanya memberikan maklumat sampingan yang mungkin membantu seseorang wanita memahami penyakit atau masalah yang dihadapinya. Saya bukannya rujukan pertama untuk ditanyakan masalah. Saya bimbang jika pengetahuan saya yang sedikit ini akan mendatangkan kekeliruan pada ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!