Wanita

Bolehkah senggugut menyebabkan sukar hamil?

  “Salam doctor. Saya berusia 26 tahun dan masih belum berkahwin. Masalah saya ialah saya sering mengalami masalah senggugut yang teruk. Ada kalanya saya terpaksa ke klinik dan doctor hanya memberikan saya ubat penahan sakit, Ponstan saja. Apa yang membimbangkan saya ialah adakah saya akan mengalami masalah sukar hamil apabila saya berkahwin nanti? Saya merancang untuk berkahwin pada bulan December nanti. Mohon pencerahan, terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Sakit akibat senggugut biasanya bersifat ringan dan sementara. Ini bermakna jika seorang wanta mengalami rasa sakit senggugut yang kuat setiap kali haid dan sehingga tidak dapat menjalani rutin hidup …

Read More »

Jangkitan kuman pada pundi kencing

  “Assalamualaikum doktor. Dua tiga hari ini saya selalu kerap buang air kecil dan rasa pedih. Adakah ia disebabkan oleh kencing kotor? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mencadangkan puan membuat pemeriksaan air kencing kerana berkemungkinan disebabkan oleh jangkitan kuman pada pundi kencing. Orang Melayu selalu menamakannya sebagai “kencing kotor”   Kebanyakan jangkitan kuman bermula dari faraj dan masuk ke saluran salur kencing urethra dan akhirnya masuk ke bahagian pundi pundi kencing.   Jangkitan kuman ini senang berlaku di kalangan wanita disebabkan saluran kencing uretra mereka yang pendek. Jika tidak diubati ia boleh menyebabkan jangkitan pada ginjal. …

Read More »

Pendarahan Selepas Persetubuhan

“Salam doktor..saya baru berkahwin seminggu yang lalu. Saya ingin bertanya sama ada normal atau tidak pendarahan berlaku selepas persetubuhan ? Saya mengalami pendarahan teruk pada kali pertama tetapi berkurangan selepas seminggu. Pendarahan ringan tetap berlaku apabila berlaku deep penetration. Adakah itu normal? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Pendarahan selepas melakukan hubungan seksual bersama suami boleh menyebabkan kekeliruan pada wanita, teruatama apabila busia 40an. Ini kerana ia mungkin salah satu tanda awal penyakit kanser i pangkal rahim (cervical cancer). Jadi ada baiknya jika puan berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan Paps smear bagi mengesan kanser pangkal rahim di peringkat awal. …

Read More »

Wanita tanpa rahem

“Assalammualaikum doktor, saya ada kemusykilan. Adakah seorang wanita yg menghidap sindrom MRKH (Mayer-Rokitansky-Küster-Hauser syndrome) yang tidak mempunyai organ reproduktif dari bahagian serviks ke atas (maksudnya hanya blind vaginal), berkemungkinan untuk hamil? Di malaysia ada tidak pembedahan pemindahan rahim? Sekiranya ada berapa anggaran kos? Syukran doktor. Jazakallahu khairan kasira.”   WA ALAIKUM MUS SALAM Individu yang mempunyai masalah Sindrom Mayer – Rokitansky – Küster – Hauser ( MRKH  Syndrome) adalah individu yang istimewa, yang ALLAH pilih. Saya percaya jika dia redha dan bersabar dengan keadaannya, pasti ALLAH memberikannya syurga. MRKH Syndrome ini adalah masalah genetik yang menyebabkan seorang wanita sama ada …

Read More »

Pesakit buah pinggang hamil dengan risiko

“Assalamu alaikum doctor. Saya adalah pesakit sakit buah pinggang yang sedang menjalani rawatan hemodialisis 2 kali seminggu. Baru-baru ini saya disahkan hamil. Apakah ia akan memudaratkan diri saya dan kandungan? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM. Saya merasa kagum dengan kekuasaan ALLAH kerana ramai wanita yang sihat tetapi tidak mampu untuk hamil, sementara puan puan mengalami penyakit buah pinggang dan dianugerahkan kehamilan pula. ALLAHU AKBAR !!. Sebenarnya wanita yang mengalami penyakit buah pinggang dikategorikan sebagai kehamilan berisiko tinggi, boleh melibatkan keselamatan wanita yang hamil dan bayi yang berada dalam rahemnya. Berapa besar risiko ini bergantung kepada punca kerosakan buah pinggang, …

Read More »

Merancang Tidak Hamil Tanpa Pil dan Suntikan

Ramai pasangan yang bertanya bagaimana untuk mengelakkan kehamilan tanpa menggunakan pil atau suntikan perancang. Salah satu cara ialah menggunakan kaedah pengiraan hari subur. Untuk tidak hamil pasangan suami isteri haruslah mengelakkan dari melakukan hubungan intim pada hari subur. Jika mahu melakukan juga, haruslah menggunakan kaedah menggunakan kondom. Namun begitu ramai yang gagal untuk tidak hamil kerana tidak dapat mengira dengan tepat hari subur mereka. Untuk menggunakan kaedah ini, diminta pasangan suami isteri tidak mengadakan hubungan intim pada hari ke 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan. Maksudnya untuk lebih selamat, kena ‘berpuasa’ 10 hari pada hari ke 10 hingga 19 …

Read More »

Hari terbaik untuk melakukan hubungan intim

Telur ovum tidak hidup lama, hanya 1-2 hari sahaja. Dan ALLAh hanya mencipta satu telur ovum dalam setiap kitaran haid. Sementara sperma pula hidup lebih lama antara 3-5 hari dan ALLAh mencipta berjuta-juta apabila dilepaskan ke dalam faraj isteri. Apabila seorang suami melakukan hubungan intim bersama isteri, pada masa 3 hari sebelum hari subur, atau 2 hari selepas hari subur, maka seorang isteri mem[unyai peluang yang cerah untuk hamil. Saya menasihatkan bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap selama 28 hari agar melakukan hubungan intim bersama suami pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 kitaran haid untuk …

Read More »

Kitaran Haid yang normal

Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi ada wanita yang mengalami kitaran yang pendek dan panjang tetapi masih lagi normal jika kitaran haidnya antara 21 hingga 35 hari. Dalam kitaran haid yang berlaku selama 28 hari, fasa yang berlaku ialah: Hari 1-7 Dalam masa ini berlaku fasa pengeluaran darah haid. Sebaik-baiknya pada hari pertama haid, setiap wanita menadakan pada kalendar bagi tujuan merancang keluarga sama ada mahu hamil atau mengelakkan kehamilan. Hari 7-14 Dalam masa ini dinamakan fasa follicular di mana tahap hormon estrogen meningkat dalam tubuh seorang wanita. Pada rahem wanita, dinding rahem akan …

Read More »

Payudara tidak mengeluarkan susu setelah pembedahan Ceserean

  “Salam. Doktor, saya baru melahirkan anak dua hari lepas secara pembedahn Ceserean. Saya mendapati bahawa payudara saya tidak mengeluarkan susu yang banyak. Hanya sedikit saja itu pun agak pekat. Kemudian tidak keluar langsung. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Puan boleh mula menyusukan bayi sebaik sahaja dia dilahirkan. Susu pertama yang puan berikan kepada bayi dipanggil kolostrum. Kolostrum bersifat pekat, berkrim, kaya dengan protein dan rendah kandungan lemak.   Kolostrum juga kaya dengan antibodi dipanggil immunoglobulin yang dapat melawan penyakit dan menguatkan sistem ketahanan badan bayi.   Susu ibu yang sebenarnya akan keluar kira-kira …

Read More »

Kegatalan kulit selepas menerima pemindahan darah

“Salam dokter, normal atau tidak sekiranya berlaku simptom kegatalan pada kulit selepas transfusi darah. Selepas bersalin tahun lepas sehinga sekarang saya masih mengalami kegatalan tersebut. Terima kasih dokter.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Memang boleh berlaku tindakbalas negatif yang berupa alahan dan kegatalan kulit selepas menerima pemindahan darah.   Walaupun puan telah diberi darah yang sama dan sepadan dengan jenis darah puan, ia masih boleh memberikan reaksi alahan dan kegatalan kulit.   Selalunya ia boleh dirawat dengan ubat antihistamine dan jarang memberikan masalah yang serius.   Walau bagaimana pun reaksi alahan dan kegatalan kulit ini boleh berlaku dengan lebih …

Read More »

Mudharat dan bahaya tidak mengeluarkan IUCD dari rahem

    “Assalamu’alaikum Dr Zubaidi. Saya pernah masukkan IUD pada tahun 2008 tujuannya untuk family planning. Tapi sampai sekarang saya masih pakai IUD tu. Ada effect tak? Sebab Doktor tu kata boleh pakai cuma 3 tahun. Ni dah nak masuk 6 tahun. Mohon pencerahan.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Selalunya doktor akan memberitahu jangka hayat IUCD yang digunakan.  Selalunya antara 3-5 tahun.   Saya mencadangkan puan mengeluarkannya bergantung kepada tempuh hayat IUCD yang digunakan.   Jika puan menyimpan terlalu lama, ia boleh mendatangkan mudharat.   IUCD yang lama tidak mencegah puan dari hamil. Ini bermakna puan boleh hamil dengan …

Read More »

Umur 17 Belum Datang Haid

“Assalam..doktor. adik perempuan saya yang kini sudah berusia 17 tahun. Yang menjadi persoalan saya ialah, adik saya masih lg belum datang period…sedang kami adik beradik lain datang period sewaktu sekolah rendah lg. Buat pengetahuan doktor jugak, adik saya telah pergi ke hospital untuk mendapatkan kepastian..tetapi jawapan yang kami perolehi daripada doktor ialah..ia perkara biasa. Adakah normal ape yang dialami oleh adik saya. Di harapkan doktor dapat memberi penjelasan. Terima kasih.” Wa alaikum mus salam Apabila seorang remaja wanita sudah mencapai umur 16 tahun, tetapi tidak pernah datang haid, dan telah menunjukkan sifat kewanitaan, ia bukanlah perkara yang normal. Keadaan ini …

Read More »

Rasa sakit payudara selepas dan sesudah menyusukan bayi

  “Salam. Urat breast belah kanan saya merasa sakit selepas breastfeed anak saya berumur 26hari. Rasa sakit seperti renjatan elektrik pada urat breast kanan. Sakit sangat bila sakit itu datang.  Normal atau tidak? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Merasa sakit pada payudara ketika dan selepas menyusukan bayi adalah perkara yang normal. Ini kerana puting dan areola (kawasan hitam di sekeliling puting) ditarik ke dalam mulut bayi.   Selalunya selepas satu minit rasa sakit itu menjadi reda.   Jika rasa sakit berterusan ketika menyusukan bayi, saya mencadangkan puan menukar kedudukan kepala bayi puan.   Jika puan merasa sakit …

Read More »

Memotong kuku semasa hadas besar

      “Ustazah, apakah benar seseorang yang datang haid  atau berhadas besar (berjunub) tidak boleh potong kuku atau gunting rambut? Saya mendengar seorang ahli agama berkata, jika berbuat juga anggota itu akan datang di akhirat kelak dlm keadaan kotor  jika tidak dimandikan kemudiannya. Apakah terdapat dalil-dalil yang demikian itu?”   Dijawab oleh  Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad,   Soalan ini selalu ditanya pada guru-guru agama dan sudah dijawab dengan jelas sekali. Namun saya cuba menjelaskan sekali lagi dalam ruangan ini. Semoga Allah Taala menguatkan iman kita untuk beramal dengan yakin selepas ini tanpa mempersoalkan hukum-hukum ranting ini kerana banyak lagi perkara asas …

Read More »

Merancang Anak Lelaki

“ASSALAMU ALAIKUM. Saya sudah mempunyai 3 orang anak perempuan. Suami saya mahukan anak lelaki pula. Orang kata pemakanan yang diamalkan oleh ibu ketika merancang kehamilan boleh mempengaruhi apa jantina anak dalam kandungannya. Saya menerima pelbagai nasihat dari orang tua saya.Mohon pencerahan dan tip untuk mendapat anak lelaki.” WA ALAIKUM MUS SALAM Pertamanya saya mengucapkan tahniah pada puan kerana ALLAH telah menganugerahkan 3 orang anak perempuan sebagai suatu tanggungjawab untuk puan menjaganya. Puan harus rasa bertuah kerana ramai lagi wanita yang tidak mendapat anugerah seperti mana yang puan perolehi, ramai yang hanya mempunyai seorang anak dan ada yang tiada anak langsung. …

Read More »

Punca payudara sakit

  Terdapat beberapa punca tidak berbahaya yang menyebabkan sakit payudara, yang berkaitan dengan perubahan hormon. Ini boleh termasuk: 1. Awal waktu baligh pada kanak-kanak perempuan 2. Kedatangan haid dan sindrom prahaid (PMS) 3. Kehamilan – terutama di awal kehamilan Jika sakit payudara berlaku selepas beberapa melahirkan anak, ia mungkin disebabkan oleh Mastitis, iaitu jangkitan kuman pada saluran kelenjar susu. EKF sangat baik untuk wanita yang kerap mengalami rasa sakit pada payudara. https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah   Wallahu a’lam.   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C …

Read More »

Bayi baru lahir Susu ibu tidak cukup

“Assalam mu alaikum, doctor. Saya baru melahirkan anak beberapa minggu yang lepas. Saya tinggal di perantauan di KL bersama suami. Ibubapa saya berada di Sabah. Saya terpaksa menguruskan diri dan anak sendirian tanpa pengetahuan. Saya mendapati anak saya tidak mahu menyusu dengan baik. Dia menysusu sebentar dan mudah kenyang. Berat badan pun semakin menyusut. Banyak nasihat yang saya dengar. Adakah saya sudah tidak mempunyai susu yang cukup. Mohon nasihat doctor” Wa alaikum mus salam. Ramai dari ibubapa yang sering keliru apabila menerima nasihat yang salah dari teman-teman mengenai perkembangan anak mereka. Nasihat yang diberikan bukanlah atas fakta yang betul, tetapi …

Read More »

Bengkakan Payudara

Assalamualaikum doktor… Saya hendak bertanya mengenai permasalahan breast lump yg telah saya alami selama 1@2 tahun.Saya perasan timbulnya biji sebesar guli selepas saya memakan “thanyaporn breast enlargement” pada tahun 2012.Saya amat takut untuk bertemu dengan doktor di Brunei. Adakah dengan memakan EKF lumps tersebut akan mengecut? Untuk pengetauhan doktor,saya telah memakan EKF selama 10 hari secara teratur. Saya ingin mengambil suplement ini secara berterusan tanpa perlu membuat sebarang pembedahan.Adakah doktor ada saranan lain? Terima kasih di atas maklum balas yang doktor beri. Wa alaikum mus salam. Berdasarkan pada cerita puan, saya yakin ia bukanlah ketumbuhan yang disebabkan oleh kanser payudara …

Read More »

Bolehkah mandikan bayi saya pada waktu malam?

“Salam, doktor. Saya seorang peniaga di kantin sekolah. Saya sangat sibuk di siang hari. Bolehkah saya memandikan bayi saya berumur empat bulan pada waktu malam. Saya bimbang kesan pada paru-parunya.” Wa alaikum mus salam. Memandikan anak pada waktu malam tidak berbahaya atau mendapatkan penyakit pada bayi jika dilakukan dengan betul. Ia tidak memudaratkan. Secara umumnya, ia adalah selamat untuk memandikan bayi pada bila-bila masa, asalkan ia tidak mengganggu tidur dan jadual makan dan tidak menyebabkan bayi berasa sejuk. Puan boleh menggunakan air yang suam dan kemudian segera mengelap kering bayi puan. Walau bagaimana pun, cara yang terbaik ialah dengan menetapkan …

Read More »

Membawa Anak dalam Kereta

    “Assalamu alaikum doctor, saya ingin bertanya. Saya dan suami tinggal berjauhan. Dia tinggal di Melaka dan saya tinggal di KL. Kami ada anak berumur 2 tahun. Jika saya ingin memandu berjumpa dengan suami dan membawa anak saya, bolehkan saya letakkan dia di tempat duduk di sebelah saya. Untuk pengetahuan doctor, kereta saya mempunyai system air-bag. Mohon pencerahan”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan puan yang terpaksa melakukan pemanduan yang jauh bersama anak.   Sistem beg udara dalam kereta boleh menyelamatkan nyawa penumpang yang berada di sebelah pemandu, tetapi ia sangat bahaya kepada bayi jika diletakkan …

Read More »

BOLEHKAH BAYI GUNAKAN BEDAK?

“Assalamu alaikum doctor. Saya menggunakan bedak untuk bayi saya selepas mandi. Adakah ia boleh menyebabkan asthma pada bayi saya?” Wa alaikum mus salam. Bedak serbuk atau bedak talkum yang digunakan untuk disapukan pada badan bayi adalah selamat, selagi puan menggunakannya dengan berhati-hati. Pastikan serbuk bedak tidak memasuki hidung anak puan. Jika tidak, ia boleh menyumbat pundi udara halus di paru-parunya dan menyebabkan alahan dan asthma. Jarang sekali serbuk bedak ini menyebabkan kesukaran  bernafas dan meninggal dunia. Ia hanya berlaku apabila bayi tersebut bermain dengan bedak itu sehingga muka mereka diliputi dalam serbuk bedak. Ada yang mendakwa serbuk bedak boleh boleh …

Read More »

Halalkah Produk Makanan Tambahan Yang Diambil Selepas Melahirkan Anak?

    “Salam doktor, saya ingin bertanya. Saya baru melahirkan anak. Perlukah saya mengambil makanan tambahan untuk saya kerana saya meragui kebanyakan produk yang dijual di farmasi dan on line. Mohon pencerahan.”     Sekiranya seorang ibu menjaga pemakanan yang baik dan seimbang, mengambil vitamin dan makanan tambahan mungkin tidak perlu.   Walau bagaimanapun, dengan tuntutan dan tekanan hidup selepas melahirkan anak, ramai wanita yang tidak dapat memastikan pemakanan mereka benar-benar berkhasiat .   Oleh itu, ramai wanita yang mengambil multivitamin dan makanan tambahan memastikan mereka mendapat semua nutrien yang diperlukan.   Namun begitu, harus berhati-hati kerana ada pengeluar multivitamin …

Read More »

Ada Ketumbuhan dalam Payudara

“Assalamu alaikum doctor, sata berumur 30 tahun dan ibu saya meninggal dunia di usia 45 tahun akibat kanser payudara. Baru-baru ini ketika mandi, saya memeriksa payudara saya dan mendapati payudara saya ada ketulan. Saya sangat takut kerana kawan-kawan saya mengatakan bahawa jika ibu mengalami kanser payudara, anak perempuannya juga boleh mengalami masalah yang sama. Adakah ketulan ini bahaya, doctor. Mohon penjelasan” Ramai wanita yang merasa risau apabila mendapati ada ketulan atau ketumbuhan di dalam payu dara mereka. Bukan semua ketumbuhan di dalam payu dara merupakan kanser payu dara. Kebanyakan ketumbuhan ini adalah ketumbuhan biasa yang bukan berbentuk kanser. Penyebab utama …

Read More »

Meningkatkan daya tahan ibu dan anak

“Assalamu alaikum doktor, saya mengalami alahan yang kuat pada makanan dan habuk. Saya kerap demam, selsema dan sakit. Anak saya yang berusia 2 tahun juga selalu demam dan sakit. Banyak kali saya membawanya berjumpa doctor, tetapi beliau tetap mengalami masalah yang sama, iaitu demam dan selsema. Adakah daya tahan kami tidak kuat, doctor?” Walalaikum mus salam. Daya tahan seorang ibu sangat berkait rapat dengan bayinya. Hubungan emosi dan fizikal, sama ada memeluk anak, memberi makan dan menguruskan fizikal anak, sangat mempengaruhi daya tahan anak yang dijaganya. Bagi ibu yang baru melahirkan anak, saya amat menggalakkan mereka memberikan susu ibu pada …

Read More »

Susu Ibu Cepat Kering

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya baru melahirkan anak dua bulan. Masalah saya ialah anak saya kerap menyusu, sehingga kering air susu saya. Bagaimana saya menambah semua susu saya. Mohon pencerahan.”   Wa alaikum mus salam.   Saya kerap menerima aduan yang mengatakan bahawa dari wanita yang sedang menyusukan bayi mereka dan mengatakan susu semakin kering.   Kekeringan susu ibu bukanlah suatu yang normal dan ia tidak juga berlaku secara semula jadi. Ia selalu berlaku pada awal tempuh pantang setelah melahirkan anak. Ia hanya bersifat sementara. Susu ibu selalunya akan bertamah jika dia tidak segera menghentikan penyusuan ibu.   Saya menasihatkan …

Read More »

Makanan Tambahan dan Produk Herba juga ada kesan sampingan

    “Doktor, merujuk pada posting doctor, adakah suplemen yang berbentuk herba atau makanan tambahan yang selamat? Mohon pencerahan”   Wa alaikum mus salam.   Tidak semua suplemen herba dan makanan tambahan adalah selamat. Jika puan tidak pasti tentang keselamatan sesuatu makanan tambahan atau herba, bertanyalah dengan doktor puan, ahli farmasi, atau pakar diet.   Jika puan memngalami apa-apa penyakit dan sedang mendapatkan rawatan doctor, beritahu doktor yang merawat puan bahawa puan ingin menggunakan makanan tambahan atau herba jika puan menggabungkan suplemen herba atau makanan tambahan dengan dengan ubat-ubat doctor.   Adalah tidak selamat jika puan meninggalkan rawatan dan ubat-ubatan …

Read More »

Perbezaan antara suplemen (makanan tambahan) dengan ubat

    “As salamu alaikum, doktor. Saya ingin bertanya, apa perbezaan antara ubat dengan suplemen? Adakah produk suplemen yang dijual di pasaran boleh merawat penyakit? Adakah suplemen selamat digunakan? Mohon pencerahan”   Di Amerika Syarikat makanan tambahan (dietary supplement) ditakrifkan sebagai bahan yang boleh dimakan atau diminum, sama ada dalam bentuk vitamin, mineral , herba, asid amino, atau campuran dari bahan-bahan ini.   Ia dipasarkan dalam bentuk pil , kapsul , tablet, atau bentuk cecair. Perlu diingat ia hanya menambah keperluan pemakanan dan dan tidak boleh dianggap sebagai pengganti untuk makanan.     Di Amerika Syarikat pasaran bagi suplemen sangat …

Read More »

Kemurungan boleh membunuh diri

Ramai yang tidak mengetahui bahawa kemurungan adalah suatu penyakit jiwa yang berbahaya. Ia menjadikan seseorang mengalami perasan yang rendah. Ia harus dirawat segera sebelum ia menjadi agresif, boleh mencederakan orang lain malah boleh membunuh diri. Kemurungan berlaku apabila terdapat ketidakseimbangan hormone serotonin dalam otak. Ia terlibat dalam proses pemikiran dan mengawal emosi. Apabila berlaku ketidakseimbangan bahan kimia tersebut, otak tidak lagi mampu menyelaraskan proses pemikiran dan emosi dengan baik sehingga menjejaskan proses pengeluaran kata-kata, ingatan dan daya tindak seseorang manusia yang akhirnya menyebabkan kemurungan. Faktor luaran yang memulakan masalah kemurungan ialah tekanan hidup, kurang yakin pada diri sendiri, pengalaman trauma …

Read More »

Rawatan Kanser Pangkal rahem tahap 3

        “Asalamualaikum Doktor. Saya ingin tanya masalah ibu saya yang disahkan mengalami kanser servik tahap 3. Apakah rawatan yang sesuai untuk penyakitnya tersebut memandangkan usianya telah menjangkau 64 tahun. Mohon cadangan Dr ke hospital mana saya perlu merujuk berkenaan penyakit kanser servik ini.. Terima kasih atas perhatian Dr. Wassalam”   Wa alaikum mus salam.   Saya mengucapkan simpati dengan masalah ibu puan. Semoga ALLAH permudahkan usaha puan agar dia diberikan yang terbaik.   Maaf jika penerangan saya sangat “direct to the point” dan menyinggung perasaan puan.   Kanser pangkal rahem atau kanser servik adalah antara kanser yang …

Read More »

Rawatan Kanser Payudara Peringkat Satu

    “Saya ingin tanya doktor, kanser payu dara tahap pertama apa ubatnya, perlu ke membuat pemebedahan buang kanser payu dara”   Assalamua alikum.   Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur menjadi sel yang bahaya dan mudah merebak. Ia boleh menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Dan menyebabkan kematian.   Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar susu atau saluran kelenjar susu.   Sementara ketumbuhan yang tidak berbahaya dinamakan tumor,  terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal yang …

Read More »

Keputihan akibat penyakit kelamin boleh menyebabkan sukar hamil

  “Assalamu alaikum doctor, saya berumur 24 tahun, sudah 3 tahun berkahwin dan  belum mempunyai cahaya mata. Saya akui sebelum ini saya dan suami agak liar dan kami sering bertukar pasangan. Saya tidak pasti sama ada ia adalah punca saya mengalami keputihan yang teruk setiap hari. Saya juga telah membuat pemeriksaan doctor dan doctor memberitahu saya bahawa keputihan yang saya alami tidak ada kaitan dengan keputihan. Mohon pencerahan, doctor”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan puan.   Memang benar keputihan tidak ada kaitan dengan sukar untuk hamil, tetapi ia boleh berlaku secara tidak langsung.   Keputihan yang …

Read More »

Rasa Kebas pada Kaki dan Masalah Kencing

“As salamu alaikum doktor. Saya ingin bertanya satu soalan. Kebelakangan ini saya merasa kebas, bermula dari bahagian tapak kaki dan semakin lama naik sehingga ke bahagian bawah pinggang. saya tidak merasa sakit. Tetapi apabila saya pakai seluar, saya boleh merasa kebas apabila seluar yang saya pakai bergesel dengan bulu kaki saya khususnya. Saya juga kebelakangan ini merasa agak sukar untuk membuang air kecil. untuk pengetahuan dr, saya masih belum ke klinik untuk membuat sebarang pemeriksaan. saya mengesyaki antara sebabnya adalah motorsikal saya yang tempat duduknya sangat keras. adakah perkara ini biasa ataupun apa nasihat dr untuk saya. terima kasih”   …

Read More »

Sakit tulang dada di kalangan wanita muda

“Assalamu alaikum. Maaf jika saya mengganggu doctor. Saya berusia 19 tahun, masih gadis. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada disebelah tengah dada, lebih tepat lagi di tulang dada. Bila saya Tarik nafas, saya berasa sakit sehingga sukar bernafas. Ia dating sesakli sehingga mengganggu pelajaran saya. Saya sangat bimbang. Apabila saya ke klinik, doctor hanya memberitahu bahawa saya hanya mengalami sakit tulang dada. Boleh saya tahu apa yang dimaksudkan oleh beliau ? Terima kasih”   Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan kerisauan saudari. Namun tidak perlu dirisaukan. Jika betul apa yang didiagnosakan oleh doctor itu, saya percaya yang dimaksudkan ialah …

Read More »

Kencing sakit minum caffeine

“Assalamualaikum Dr. Saya ingin bertanya mengenai masalah yang saya sedang hadapi sehingga hari ini. Sejak bulan Julai 2013 lepas, saya mengalami masalah sakit ketika kencing dan kencing berbau.  Pada mulanya, saya beranggapan “stress induced” sahaja kerana ia berlaku dalam beberapa minggu sebelum final exam. Warnanya kekuningan emas dan saya juga merupakan pengambil caffeine yang tegar ia bagi membolehkan saya berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran. Jumlah maksimum caffeine yang saya ambil ada dua sachet setiap hari dan sekurang-kurangnya satu sachet. Tetapi saya masih mengabaikan symptom saya hadapi ini namun ia tetap membuatkan fikiran saya risau mengenai kebarangkalian penyakit yang saya hadapi.” …

Read More »

Rasa kerap mahu kencing walaupun bukan diabetik

  “Salam doctor, saya nak tanya berkaitan dengan masalah kencing kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Saya telah buat pemeriksaan air kencing dan ujian darah di hospital dan doktor mengesahkan buah pinggang saya normal dan pemeriksaan ultrasound pun normal. Doktor cuma menasihatkan supaya menjalani latihan pundi kencing saja. Saya belum berkahwin. Saya mohon penerangan doctor.”   Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami.   Pada kebiasaannya, apabila pundi kencing menjadi penuh, seorang itu akan merasa untuk membuang air kecil atau kencing.   Walau bagaimana pun, seseorang itu dikatakan mengalami masalah jika beliau mengalami rasa selalu mahu kencing …

Read More »

Mengapa Isteri Suka Dipeluk

Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa. Saya pernah diberitahu oleh seorang pesakit wanita, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga. Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut. Oleh itu para suami, peluklah isteri, belai lembut rambutnya, sentuh …

Read More »
error: Content is protected !!