Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » Masa berpantang

Category Archives: Masa berpantang

TIPS MELEGAKAN MASALAH SEMBELIT SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

TIPS MELEGAKAN MASALAH SEMBELIT SELEPAS MELAHIRKAN ANAK   . Wanita yang baru melahirkan anak, kerap mengalami masalah sembelit untuk beberapa hari. Selalunya ketika masih berada di hospital, doctor akan memberikan enema bagi mengurangkan masalah ini. Enema adalah bahan selalunya berbentuk cecair yang dimasukkan ke dalam rectum (usus besar) untuk mengeluarkan najis. . Jika semasa proses melahirkan anak, seorang wanita diberikan ubat tahan sakit atau suntikan bius pada tulang belakang, usus akan berfungsi dengan lebih perlahan dan ini menyebabkan lebih mudah mendapat masalah sembelit. . Begitu juga jika mengambil pil zat besi (untuk menambahkan sel-sel darah merah) semasa hamil, ia boleh menyebabkan sembelit untuk beberapa lama. Koyakan yang teruk semasa melahirkan anak juga menyebabkan masalah ini. . Ini kerana selalunya koyakan berlaku pada Kawasan yang dinamakan perineum yang berada di antara ... Read More »

ambil paracetamol ketika menyusukan anak

BOLEHKAH SAYA MENGAMBIL PACETAMOL SEMASA MENYUSUKAN ANAK?     “Assalamualaikum doktor.Saya ingin bertanya adakah ibu demam yang menyusu anak boleh mengambil paracetamol untuk redakan demam? Berapa biji yang selamat diambil ya doktor. Mohon pencerahan doctor sebab penerangan sebelum ini tidak cukup meyakinkan. Terima kasih”   WALAIKUMUSALAM   Paracetamol adalah ubat yang dapat menurunkan suhu badan ketika demam dengan selamat. Ia boleh diambil oleh kanak-kanak, orang dewasa, ibu yang hamil dan ibu yang menyusukan anak, mengikut dos yang diberikan.   Nasihat saya adalah ambil paracetamol bila perlu, mengikut dos yang ditetapkan dan untuk jangka masa yang pendek saja. Dos yang biasa diberikan untuk orang dewasa sama ada hamil, menyusukan anak atau tidak ialah satu atau dua biji tablet 500mg, setiap 4-6 jam. Dos maksima yang dibenarkan untuk orang dewasa adalah 8 ... Read More »

Tips melegakan masalah sembelit selepas melahirkan anak

TIPS MELEGAKAN MASALAH SEMBELIT SELEPAS MELAHIRKAN ANAK.     Wanita yang baru melahirkan anak, kerap mengalami masalah sembelit untuk beberapa hari. Selalunya ketika masih berada di hospital, doctor akan memberikan enema bagi mengurangkan masalah ini.     “Enema adalah bahan selalunya berbentuk cecair yang dimasukkan ke dalam rectum (usus besar) untuk mengeluarkan najis”.       Jika semasa proses melahirkan anak, seorang wanita diberikan ubat tahan sakit atau suntikan bius pada tulang belakang, usus akan berfungsi dengan lebih perlahan dan ini menyebabkan lebih mudah mendapat masalah sembelit.   Begitu juga jika mengambil pil zat besi (untuk menambahkan sel-sel darah merah) semasa hamil, ia boleh menyebabkan sembelit untuk beberapa lama. Koyakan yang teruk semasa melahirkan anak juga menyebabkan masalah ini.   Ini kerana  selalunya koyakan berlaku pada Kawasan yang dinamakan perineum ... Read More »

merawat luka menggunakan kream

KREAM MERAWAT LUKA   “Salam Doctor. Saya nak tanya, sebenarnya boleh ke kita pakai gel ini lepas bsalin.. nak sembuh kan luka jahitan.. saya baca ramai suggest ini. sebab nanti luka cepat kering n tumbuh daging semula. n ada kata doctor mereka juga suggest macam tu. tapi masa saya nak beli. saya terbaca ini. dan dekat kotak n tube gel ini juga dah mention ada gelatin dari haiwan itu.. atau ada ubat lain utk sembuhkan luka jahitan. terima kasih. “     Wa alaikum mussalam.   Cara penjagaan luka yang terbaik adalah dengan menjaga kebersihan luka tersebut. Oleh itu luka harus dibersihkan setiap hari.   Puan juga harus berikan perhatian pada masalah kesihatan yang sedia ada (jika puan mengalami masalah diabetes atau masalah autoimmune disease yang terpaksa mengambil rawatan steroid), ... Read More »

Bolehkah menyusukan anak ketika ibu demam?

BOLEHKAH MENYUSUKAN ANAK KETIKA IBU DEMAM?       “Assalammualaikum, doctor saya ingin pandangan doctor, apakah kesan pada anak kalau seorang ibu yang demam meyusukan anak itu (breast feeding)?”      WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebagai manusia, kita sering mengalami demam. Cuma ada kalanya kita tidak perasan yang kita mengalami demam, kerana demam yang rendah selalunya akan sembuh tanpa diberikan ubat.   Demam dapat diukur dengan menggunakan alat thermometer. Fever selalu didefinasikan sebagai peningkatan suhu badan melebihi suhu badan yang normal, iaitu 36.5–37.5 °C (98–100 °F).   Secara am apabila seseorang itu mengalami kenaikan suhu, beliau akan mengalami rasa sejuk walaupun suhu badan meningkat.   Apabila peningkatan suhu semakin tinggi, beliau akan merasakan rasa merasa panas dan ‘tidak sihat’.   Ramai yang agak keliru dan risau dengan kemudharatan yang ... Read More »

Darah Nifas Bermula Selepas Proses Kelahiran

DARAH NIFAS BERMULA SELEPAS PROSES KELAHIRAN   “Assalamualikum Dr, saya nak bertanya. Kawan saya mengandung dan sedangmenggu hari untuk bersalin, tapi hari ni ada darah berwarna coklat keluat tapiDr kata tak belum masnya untuk bersalin lagi. Persoalan saya, bolehkan kawan saya solat seperti biasa sbb tidaktahu status darah berkenaan sama ada haid atau nifas. Sekian Terima Kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Banyak pendapat ulamak mengenai masalah ini. Saya mengambil satu pendapat iaitu darah nifas bermula apabila darah keluar dari rahem melalui faraj apabila proses kelahiran bermula sehingga sampai 60 hari..   Ada ulamak yang mengatakan darah yang keluar pada permulaan itu adalah darah wiladah, sementara darah yang berterusan sepanjang 60 hari (mengikut mazhab syafie) itu darah nifas.   Ada ulamak yang kata perlu mandi wiladah, dan mandi nifas. ... Read More »

Darah Nifas Berlarutan Melebihi 60 Hari

DARAH NIFAS BERLARUTAN MELEBIHI 60 HARI.     “Salam doctor. Saya berumur 25tahun Dan hari ni hari ke 82 selepas saya bersalin anak sulung pada 14 Mac lalu. Pada hari ke 43 saya mendapat suntikan pertama suntikan perancang keluarga dan menurut nurse selepas mendapat suntikan Peredaran haid tidak menentu atau darah yg keluar akan berpanjangan yang mengambil masa mungkin sehingga tiga bulan.       WA ALAIKUM MUS SALAM   Suntikan perancang keluarga yang  diberikan memberikan beberapa kesan sampingan antaranya ialah kitaran haid yang tidak menentu. Antaranya ialah darah haid yang terlalu sedikit atau tidak datang langsung untuk beberapa bulan. Dalam kes puan, inkesion itu telah menyebabkan puan mengalami pendarah haid yang panjang dan kauntitinya hanya sedikit.   Untuk menjawab soalan puan, sama ada puan kita harus memahami fiqh perubatan. ... Read More »

Luka Pembedahan Lambat Baik

LUKA PEMBEDAHAN YANG LAMBAT SEMBUH   “Assalamualaikum wbt. Untuk pengetahuan DR. Saya telah menjalani pembedahan pada 17/4/2015 akibat saluran tiub kiri ovari pecah disebabkan kandungan luar rahim yang berusia 7minggu dan telah berlaku pendarahan didalam perut. Selepas menjalani pembedahan buang tiub ovari kiri doktor telah mengesahkan masih terdapat fibroid kecil dirahim saya. Selepas 14 hari pembedahan, luka pada pembedahan masih tidak sembuh,  kulit kering tetapi di hujung kiri dan kanan masih terasa pedih dan panas, serta lukanya bernanah(tetapi tidak banyak). Saya juga mengalami batuk dari sebelum pembedahan sehingga sekarang masih tidak pulih. Setiap kali batuk, luka pada kawasan pembedahan akan terasa sakit dan pedih. Kadang2 akan terasa berdenyut di kawasan ovari sebelah kiri dan kanan. Adakah fibroid yg masih ada dirahim saya membahayakan dan bagaimana utk menghilangkan fibroid selain drpd ... Read More »

Kekeringan faraj selepas melahirkan anak

KEKERINGAN FARAJ SELEPAS MELAHIRKAN ANAK     “salam doc.. Maaf andai soalan saya agak sensitif Saya baru bersalin 3bulan lepas..dan umur saya baru saja 24tahun.. Masalah sy,pertama kali sy bersama suami selepas bersalin vagina sy terasa kering.. Tapi bila bersama suami,sy tidak merasa sakit ketika bersama. Cuma di bahagian bibir vagina saya tidak basah.. Dan ia agak susah nk masukkan zakar semula apabila ia terkeluar kerana kesat. Dan apabila sy mencapai tahap klimaks pon sy masih tak rasa bibir vagina sy basah.. Sy rse buntu dgn masalah ini.. Takut andai suami mula hilang selera.. Harap doktor dapat membantu.. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masalah kekeringan faraj memang sering berlaku pada wanita yang baru melahirkan anak. Selalunya ia bersifat sementara. Jangan risau.   Buat sementara puan boleh gunakan ... Read More »

Sakit di tempat jahitan luka episiotomy

SAKIT DI TEMPAT JAHITAN LUKA EPISIOTOMY “Salam doctor. Saya mengalami rasa sakit dan pedih di tempat jahitan luka episiotomy. Saya baru melahirkan anak 3 hari lepas. Oleh kerana saya menyusukan anak, saya bimbang kesan ubat pada bayi saya. Ada cara lain untuk menghilangkan rasa sakit pada tempat jahitan ini. Mohon pencerahan.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan wanita yang baru melahirkan anak secara normal, mengalami koyakan pada faraj, sama ada disebabkan oleh guntingan episiotomi atau disebabkan koyakan akibat kepala bayi yang agak besar.   Selalunya luka yang minima akan pulih tanpa masalah. Calar-lebam biasanya pulih selepas beberapa hari dan jahitan harus pulih dalam tiga hingga empat minggu selepas kelahiran bayi.   Rasa sakit yang kuat di bahagian luka jahitan selepas seminggu, bukanlah suatu yang normal. Rasa sakit ini seharusnya ... Read More »

Bagaimana mempercepatkan proses pemulihan pada luka di faraj atau luka episiotomy

BAGAIMANA MEMPERCEPATKAN PROSES PEMULIHAN PADA LUKA KOYAKAN DI FARAJ ATAU LUKA EPISIOTOMY     “Salam doctor, saya mengalami koyakan faraj yang teruk (darah ketiga) semasa melahirkan anak 3 minggu lepas. Malangnya, tiada tanda-tanda luka jahitan itu sembuh. Boleh doctor beritahu cara mempercepatkan penyembuhan luka. Saya ucapkan terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Bagi mempercepatkan penyembuhan luka episiotomy atau luka pada faraj ketika melahirkan anak, pastikan jahitan pada luka betul-betul bersih, bagi mengurangkan mengurangkan risiko jangkitan kuman pada luka tersebut.   Saya mencadangkan agar wanita yang baru melahirkan anak secara normal agar melakukan pergerakan ringan seperti berjalan secepat mungkin. Paling lewat untuk melakukan pergerakan ialah tiga hari.   Bagi wanita yang sihat dan kuat, pernah melahirkan anak beberapa kali, tidak mengalami koyakan faraj yang besar dan tiada mengalami kehilangan ... Read More »

Kesan ubat escitalopram (lexapro) semasa menyusukan bayi

KESAN UBAT ESCITALOPRAM SEMASA MENYUSUKAN BAYI   “Assalamualaikum doktor, saya ingin bertanya berkenaan kekeliruan yang saya hadapi. Saya adalah pesakit yang mempunyai penyakit panic attack. Saya telah berjumpa dengan doctor psychiatry  dan telah diberikan ubat Lexapro. Walaubagaimanapun saya masih menyusu anak yang berusia 6 bln. Adakah bahaya kalau saya teruskan penyusuan kerana doctor psychiatry  saya beritahu saya boleh membuat penyusuan pada sebelah petang memandangkan kesan ubat mungkin telah sedikit demi sedikit hilang. Saya juga ada membuat bacaan di internet mengatakan amat sedikit kesan ubat terhadap susu ibu. Mohon dr beri pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masalah kemurungan selepas melahirkan anak, atau dikenali sebagai “Post Pasrtum Depression”adalah suatu masalah yang sering berlaku. Ini kerana proses melahirkan itu sendiri, yang menyebabkan perubahan hormone yang ketara dan merangsangkan kecelaruan emosi dan ... Read More »

Memakai bra ketika menyusukan anak

BOLEHKAH WANITA MENYUSUKAN ANAK MEMAKAI BRA BERDAWAI   “Salam doctor, saya menyusukan anak bersuia sebulan. Oleh kerana payudara saya agak besar, saya menggunakan bra berdawai kerana ia memberi keselesaan bagi saya. Namun ada yang mengatakan, wanita yang hamil tidak boleh menggunakan sebarang bra. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai wanita yang tidak hamil suka memakai bra yang mempunyai dawai. Namun begitu bagi wanita yang menyusukan anak, mereka tidak digalakkan untuk untuk memakai bra sebegini .   Ini kerana bentuk payudara akan sentiasa berubah. Sebelum menyusukan anak di waktu pagi, saiz payudara mungkin membesar. Setelah menyusukan anak, saiz payudara akan menjadi lebih kecil kerana kuantiti susu yang telah dikeluarkan.   Bra berdawai boleh menekan sekeliling payudara terutamanya di bahagian bawah payudara sehingga menyebabkan saluran susu menjadi ... Read More »

Pendarahan darah merah semasa pantang

PENDARAHAN DARAH MERAH SEMASA PANTANG   “Salam doctor, saya berumur 24tahun, bersalin normal kelahiran pertama dan sekarang saya berpantang pada hari ke 39. Jahitan semakin baik semasa pemeriksaan hari ke 32. Pada tempoh awal berpantang saya sembelit dan hanya dapat buang air besar selepas hari ke 20. Darah nifas saya pada ketika itu sudah berkurangan dan berwarna kelabu coklat. Pada hari ke 37, saya terpaksa keluar rumah atas urusan yang tak dapat dielakkan, dalam cuaca hujan serta memerlukan saya berjalan kesana ke mari.   Keesokan harinya (hari ke38) darah nifas saya kembali banyak dan merah serta terdapat sedikit ketulan-ketulan kecil tompokan darah. Selepas 2 jam tuala wanita dah penuh dan terasa sedikit sengal-sengal dibahagian pinggang.   Ketika ini sya mula terfikir tentang BENTAN yang sering dikatakan.Adakah rahim saya jatuh dan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!