Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita

Category Archives: Wanita

susu ibu keluar walaupun tidak hamil

SUSU IBU KELUAR WALAUPUN TIDAK HAMIL     “Assalamualaikum doktor, saya berumur 27 thun dan mempunyai anak seorang berumur 8 tahun. Saya ingin bertanya, pada baru-baru ini saya mengalami kelewatan haid dan melakukan pemeriksaan kehamilan melalui air kencing (UPT). Keputusannya negatif. Begitu juga dengan pemeriksaan ultrasound. tidak kelihatan kantung janin. Jadi saya tidak hamil. Yang menjadi kekeliruan saya adalah kedua belah payudara mengeluarkan lendiran seperti susu. Apakah seorang wanita yang tidak hamil, boleh mengeluarkan susu? Mohon penjelasan, terima kasih.”     WA ALAIKUMMUSSALAM   Pada kebiasaannya apabila seorang wanita tidak hamil, payudara mereka tidak akan mengeluarkan susu ibu. Namun ada beberapa wanita yang mengalami masalah ini.   Tubuh wanita akan mengeluarkan susu ibu bermula di akhir usia kehamilan, bertujuan sebagai persediaan makanan untuk bayi yang bakal dilahirkan. Jadi ia adalah normal ... Read More »

sabar menghadapi ujian untuk hamil

SABAR MENGHADAPI UJIAN UNTUK HAMIL         Banyak dugaan yang datang dalam pelbagai bentuk. Ada wanita yang mudah hamil, tetapi kemudian diuji dengan ujian kesihatan apabila jantung atau rahem menjadi lemah.       Ada yang hamil, tetapi keguguran. Ada yang ingin sangat zuriat, diuji pula mendapat anak Down Syndrome. Ada juga yang mengalami kesukaran untuk hamil walau pelbagai usaha yang dilakukan.     Semua ujian ini pada mata kasar amat menduga kita, membuatkan kita marah, kecewa dan benci pada semua orang.     Tapi itulah peringatan yang ALLAH berikan.     “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagimu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap sesuatu yang tidak kamu ketahui.” (Al-Baqarah: 216)     Semua ... Read More »

asam gelugur membantu mengurangkan berat badan

ASAM GELUGUR MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN       Asam gelugur (atau asam keping) mempunyai nama botani Garcinia Cambogia – juga dikenali sebagai Garcinia Atroviridis.   Buahnya berwarna kekuningan berbentuk seperti buah labu. Ia dipotong nipis dan dikeringkan, selalu digunakan dalam beberapa jenis masakan, seperti laksa, dan masakan asam pedas. Ramai yang tidak mengetahui bahawa ia baik untuk mengurangkan berat badan.     Banyak kajian menunjukkan HCA membantu mereka yang bermasalah seperti: 1. Mereka yang mengamal berat badan mendatar 2. Mereka yang mahu mengurangkan berat badan 3. Mereka yang terlalu gemuk   Bahan utama dalam asam gelugor ialah Acid Hydroxy Citric (HCA) selalu digunakan sebagai rawatan herba yang amat berkesan untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan tahap kolestrol.   Banyak kajian sains di Barat membuktikan HCA sangat berkesan membantu mengekang ... Read More »

suntikan IM depo-provera menyebabkan kitaran haid tidak menentu

SUNTIKAN IM DEPO-PROVERA MENYEBABKAN KITARAN HAID TIDAK MENENTU Salam doktor. Maaf menggangu, saya Puan N dari Selangor. Saya ada dua pertanyaan yang saya harap, doktor membantu saya.   1.Saya telah melahirkan anak yg pertama pd bln 6/16 tahun lepas. Kemudian sy mengambil IM depo utk menjarakkan kehamilan. Selepas mengambil 3x suntikan, saya tidak datang haid, sampai sekarang, lebih kurang 6 bulan. Saya ingin bertanya bertanya, adakah keadaan ini penyakit? Perlukah saya pergi berjumpa doktor?   2.Bolehkah saya hamil lagi kalau tidak didatangi haid? Itu saja, harap sgt dr dpt membantu sy, Terima kasih.   WAALAIKUM MUSALAM.   Suntikan perancang keluarga yang mencegah kehamilan (Depo-Provera), adalah suntikan hormon sintetik progestin yang diberikan setiap 3 bulan sekali.     Ia menghalang penghasilan teur ovum dan meningkatkan penghasilan mukus di pembukaan servik (untuk ... Read More »

berapa kali seminggu harus mencuci rambut

BERAPA KALI SEMINGGU HARUS MENCUCI RAMBUT?   Saya mencadangkan mencuci rambut (bershampoo) dua kali seminggu, bergantung pada keadaan rambut dan aktiviti seharian.   Bagi orang yang mempunyai banyak aktiviti seharian, (terutama melakukan aktiviti fizikal seperti berolahraga, riadah dan bersukan) kulit mereka mengeluarkan lebih banyak peluh dan minyak.   Mungkin mereka memerlukan kadar membersihkan rambut lebih kerap, terutama apabila kuit kepala dan rambut mereka sudah mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan atau terdapat banyak kupingan di kulit kepala.     Begitu juga jika berkerja di kawasan yang bersuhu agak kering dan panas, kuit kepala mungkin mengeluarkan lebih banyak peluh dan minyak.     Tetapi jangan terlalu kerap menshampoo rambut dan kulit kepala kerana ia akan menyebabkan rambut menjadi kering dan mudah rosak.    Semoga bermanfaat. #HealthDrZubaidi   Boleh ikuti untuk info kesihatan ... Read More »

KEPUTIHAN YANG TERUK DAN KITARAN HAID YANG TIDAK MENENTU

WA ALAIKUM MUS SALAM.   Puan mengalami masalah jangkitan kuman yang teruk. Saya berharap dapat mengetahui jenis kuman yang puan alami berdasarkan pemeriksaan paps smear yang telah puan lakukan.   Antara punca jangkitan yang berulang ialah disebabkan terlalu banyak lendiran faraj yang keluar. Ia disebabkan oleh ketidakseimbangan hormone.   Ketidakseimbangan hormone ini juga menyebabkan puan mengalami kitaran haid yang tidak teratur.   Saya mencadangkan puan mengamalkan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah bersama dengan multivitamin yang mengandungi elemen zink.   Puan boleh mendapat info di https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah   Jika puan dapat mevari semula keuputusan pap smear nanti, boleh hubungi saya di drzubaidiahmad@gmail.com   Wallahu a’lam   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh ... Read More »

Herba untuk susu ibu

HERBA YANG MEMPERBANYAKAN SUSU IBU Ramai yang bertanya bagaimana untuk memperbanyakkan susu ibu. Antara herba yang dikatakan membantu memperbanyakkan susu ibu ialah: 1. Biji Halba (Fenugreek seeds) 2. Bawang putih 3. Biji jintan putih 4. Habatus sauda 5. Biji karom 6. Labu 7. Kacang Dhal 8. Lobak merah 9. Lobak putih 10. Badam 11. Gajus 12. Minyak kelapa dan santan 13. Kacip Fatimah Ambil herba-herba dengan kuantiti yang mencukupi. Boleh masukkan ke dalam makanan atau dimakan terus. Pelbagaikan herba-herba ini dalam pemakanan seharian. Wallahu a’lam Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed ... Read More »

UPT negatif tidak semestinya tidak hamil

Ada seorang wanita berusia 30an pernah datang ke lnik saya. Masalah beliau ialah mengalami kelewatan haid selama dua minggu. Ini disebabkan suami beliau berada di luar negara semenjak 6 bulan lepas kerana melanjutkan pelajaran PhD di luar negara. Beliau risau jika beliau hamil ! Saya puas memberitahu bahawa puan tidak hamil jika tiada melakukan hubungan seksual bersama suami (atau dengan mana-mana lelaki). Saya tidak mahu berburuk sangka dan menganggap wanita ini mengalami kekeliruan. Tetapi beliau mendesak saya melakukan ujian UPT bagi memastikan beliau betul-betul tidak hamil. Saya akur dengan permintaan beliau dan melakukan pemeriksaan ujian UPT. Ujian UPT bertujuan untuk mengesan kehadiran hormon human chorionic gonadotrophin (hCG) yang berada dalam air kencing apabila seorang wanita itu mula hamil. Ia boleh dikesan dalam air kencing daripada kira-kira enam hingga 14 hari ... Read More »

Petua bagi menghilangkan pening

PETUA BAGI MENGHILANGKAN PENING     Rasa pening kadang-kadang kita alami dalam hidup kita. Ia tidak berbahaya. Rasa pening ini kadang kala kita rasa seperti ‘kepala ringan’, rasa tidak seimbang tubuh da nada kala rasa seperti ‘mahu pengsan’.   Pening itu sendiri bukanlah penyakit. Ia adalah simtom (gejala atau tanda) seseorang itu mungkin mengalami masalah tekanan darah rendah, masalah lemah jantung, masalah saraf, masalah kekurangan darah merah, kekurangan gula dalam darah, jangkitan kuman dalam telinga, stroke, masalah penglihatan, migraine, kemurungan/keresahan melampau, kecederaan kepala, dan banyak lagi. Ia juga boleh berlaku akibat kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi), terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal, gegaran semasa dalam kepalterbang atau kenderaan darat (motion sickness), perubahan hormone dalam tubuh dan kesan sampingan dari ubat-ubatan sintetik.   Rasa pening yang biasa, selalunya cepat sembuh apabila kita ... Read More »

endometriosis adalah peyakit akibat keradangan dan ketidakseimbangan hormon

ENDOMETRIOSIS ADALAH PENYAKIT AKIBAT KERADANGAN DAN KETIDAKSEIMBANGAN HORMON.     Ramai yang bertanya saya mengenai masalah endometriosis. Endometriosis adalah masalah yang dialami oleh ramai wanita dan doctor perubatan masih tidak mengetahui punca berlakunya masalah ini. Banyak teori yang diberikan. Namun teori yang diberikan tidak banyak membantu dalam merawat pesakit wanita yang mengalaminya.   Saya berpendapat bahawa endometriosis adalah gabungan dari dua masalah utama, iaitu keradangan (inflammation) daan ketidakseimbangan hormone.       Endometriosis berlaku apabila tisu normal dalam rahem (lapisan endoendometrium) berada di luar rahem. Tisu ini mengalami perubahan seperti mana tisu dalam rahem, iaitu membesar dan menjadi darah haid, dengan kesan hormone peningkatan estrogen. Ia menyebabkan rasa sakit dan pendarahan yang banyak dalam kawasan pelvik. Akhirnya menyebabkan lekatan pada organ dalam kawasan itu seperti usus, saluran fallopian dan pundi ... Read More »

15 perkara yang perlu kita tahu tentang garam

15 PEKARA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG GARAM     1 – Garam atau nama saintifiknya Sodium Chloride, terdiri daripada 2 komponen, iaitu 40% Sodium dan 60% Chloride.   2 – Dalam diet manusia, garam tergolong dalam kelompok MIKRONUTRIEN – yakni nutrien yang diperlukan dalam jumlah yang kecil saja. Jika kurang mineral ini, pesakit akan mendapat penyakit. Jika berlebihan juga akan mendatangkan penyakit.   3 – Sodium sudahpun wujud secara semulajadi dalam semua makanan, maka pengambilan garam haruslah terkawal agar pengambilan sodium anda tidak terlebih.   4 – Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sodium agak jarang berlaku kerana diet kita sendiri amat kaya dengan sodium. Kita kena faham bahawa makanan di sekeliling kita mengandungi sodium, meskipun makanan tu tak lah rasa masin mana pun.   5 – Sodium bertindak dalam ... Read More »

Awas Bahaya Suntikan oleh staf bukan doktor untuk Cantik

BAHAYA SUNTIKAN OLEH STAF BUKAN DOKTOR UNTUK CANTIK  SEJAK kebelakangan ini semakin ramai orang kelihatan semakin cantik, putih, gebu dan muda dengan mendapatkan pelbagai bentuk rawatan kecantikan tetapi ada antaranya tidak mengikut cara yang betul. Pada mulanya mereka mengambil produk yang terdapat di pasaran tetapi apabila hasil yang didapati tidak memuaskan mereka mula mendapatkan produk yang lebih berbahaya dengan harapan mendapat hasil lebih pantas. Antaranya melalui kaedah suntikan untuk kecantikan. Baru-baru ini ada kes seorang bekas jururawat telah ditahan kerana memiliki produk yang tiada kelulusan Kementerian Kesihatan. Dia turut menjalankan aktiviti suntikan di rumah sendiri yang boleh mengundang bahaya kepada ’pelanggan’ yang mendapatkan rawatan tersebut. Bahan yang tidak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan termasuk suntikan Vitamin C, glutation dan kolagen. Untuk pengetahuan pembaca, suntikan apa jua jenis bahan ke dalam badan ... Read More »

Omega 3 dan minyak kelapa elak nyanyuk

OMEGA 3 DAN MINYAK KELAPA DARA UNTUK ELAK NYANYUK  Pada tahun lalu, direkodkan bahawa Malaysia mempunyai sebanyak 2.8 juta warga emas (berusia 60 tahun dan ke atas) daripada keseluruhan populasi seramai 31 juta orang. Diramalkan, menjelang tahun 2050, negara dijangka mempunyai 40.7 juta penduduk dengan 23.5 peratus daripada populasi itu terdiri daripada warga emas.   Pada masa sekarang, 1.4 daripada 10 orang dewasa di Malaysia berusia 60 tahun dan ke atas mengalami masalah dementia atau nyanyuk. Insiden akibat gejala tersebut juga meningkat kepada 22.7 peratus dalam kalangan mereka yang berumur 75 tahun dan ke atas.   Dementia adalah masalah yang berkaitan dengan simptom penyusutan memori atau kemahiran berfikir. Keadaan yang cukup serius ini menghadkan kemampuan seseorang melakukan aktiviti harian.   Kajian terbaharu daripada seorang pakar antipenuaan Jepun menunjukkan bahawa pengambilan Omega ... Read More »

Bolehkah menyusukan anak ketika ibu demam?

BOLEHKAH MENYUSUKAN ANAK KETIKA IBU DEMAM?       “Assalammualaikum, doctor saya ingin pandangan doctor, apakah kesan pada anak kalau seorang ibu yang demam meyusukan anak itu (breast feeding)?”      WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebagai manusia, kita sering mengalami demam. Cuma ada kalanya kita tidak perasan yang kita mengalami demam, kerana demam yang rendah selalunya akan sembuh tanpa diberikan ubat.   Demam dapat diukur dengan menggunakan alat thermometer. Fever selalu didefinasikan sebagai peningkatan suhu badan melebihi suhu badan yang normal, iaitu 36.5–37.5 °C (98–100 °F).   Secara am apabila seseorang itu mengalami kenaikan suhu, beliau akan mengalami rasa sejuk walaupun suhu badan meningkat.   Apabila peningkatan suhu semakin tinggi, beliau akan merasakan rasa merasa panas dan ‘tidak sihat’.   Ramai yang agak keliru dan risau dengan kemudharatan yang ... Read More »

MENGALAMI RUAM SETELAH MAKAN ROTI

“Salam doktor.  Saya baru-baru ini disahkan mengalami masalah alahan pada produk gluten. Doktor kata saya tidak boleh mengambil produk makanan yang kaya dengan glute. Boleh doktor beritahu apakah penyakit alahan gluten itu?” WA ALAIKUM MUS SALAM Gluten adalah campuran protein yang terdapat dalam gandum dan bijirin. Ia memberikan keanjalan pada kuih dan donut, meningkat dan mengekalkan bentuknya. Gluten adalah gabungan dua protein gliadin dan glutenin, dan ia bergabung dengan kanji dalam endosperm (biji benih) pelbagai bijirin. Ia adalah sumber protein yang baik. Makanan yang dibuat dari gluten mempunyai protein yang banyak dan ia juga ditambah dalam makanan lain bagi meningkatkan kandungan protein di dalamnya. Roti mempunyai banyak glutein. Gluten juga ditambah pada minuman, kicap soya, dan aiskrim. Gangguan Gluten (Gluten related disorder) adalah penyakit yang dicetuskan apabila seseorang itu mengambil gluten di ... Read More »

Bolehkah ovarian cyst menjadi kanser?

ADAKAH CYST SAYA BOLEH BERTUKAR MENJADI KANSER? “Salam, doktor. Saya berusia 22 tahun dan belum berkahwin. Saya telah menjalani pemeriksaan pada bahagian pelvis, ujian darah dan juga imbasan ultrabunyi (ultrasound) abdomen. Doktor memberitahu yang saya mempunyai ovarian cyst. Adakah cyst ini bahaya ? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM Puan jangan terlalu bimbang. Ovarian cyst atau bahasa kita disebut sista pada ovari adalah gelembung yang mengandungi cecair pada kilang ovari. Ramai yang menyangka ia adalah kanser ovari. Sebenarnya tidak. Kebanyakan ovarian cyst ini bukanlah ketumbuhan kanser. Berita yang menggembirakan hampir semua sista ovari ini akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada ovarian cyst memerlukan rawatan kerana tidak hilang dengan sendirinya. Malahan, terdapat beberapa kes terpencil yang telah berlaku ovarian cyst boleh bertukar menjadi kanser. Biasanya ... Read More »

Adakah normal mengalami keputihan semasa hamil?

KEPUTIHAN SEMASA HAMIL     “Adakah normal mempunyai keputihan yang berlebihan semasa hamil?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Wanita yang hamil, apabila mengalami keputihan yang berlebihan, ia adalah suatu yang biasa dan normal. Selalunya sebelum hamil, wanita kerap mengalami lendiran yang berwarna jernih dan tidak berbau. Adakalanya akan kental seperti susu basi dan mempunyai sedikit bau. Ia adalah sesuatu yang biasa, selagi tidak menyebabkan kegatalan. Keputihan ini semakin banyak apabila mereka hamil, kerana semasa hamil terdapat peningkatan pengeluaran estrogen dan aliran darah ke kawasan faraj lebih banyak. Lendiran ini sebenarnya rembesan dari kelenjar di pangkal rahim dan faraj, dan terdiri juga dari sel-sel yang telah mati dari dinding faraj, dan bakteria normal dari faraj. Biasanya ia lebih banyak apbila menghampiri waktu melahirkan anak, terutama apabila usia kehamilan menghampiri 36 minggu. ... Read More »

Bahaya tidur dengan bayi

BAHAYA TIDUR DENGAN BAYI   Ramai ibu bapa beranggapan tidur bersama bayi dengan berkongsi katil atau tilam adalah cara paling selamat untuk melindungi si kecil, di samping dapat mengeratkan lagi ikatan antara kedua-dua pihak. Memang benar tidur bersama bayi membolehkan ibu bapa lebih rapat dengan si kecil kerana langkah itu memberi ibu bapa masa tambahan bersama bayi. Tidur dengan bayi juga membolehkan ibu bapa segera bertindak jika si kecil mula batuk atau menangis pada waktu malam. Malah, bayi yang tidur berkongsi katil dengan ibu mereka dikatakan cenderung untuk menyusu lebih kerap dan tempoh lebih lama berbanding bayi yang tidur bersendirian. Bayi yang tidur dengan ibu bapa juga dikatakan tidak kerap terbangun pada waktu malam dan berjaga dalam tempoh masa lebih pendek serta kurang menangis. Namun, amalan tidur bersama jika tidak ... Read More »

Darah nifas bermula selepas proses kelahiran

DARAH NIFAS BERMULA SELEPAS PROSES KELAHIRAN   “Assalamualikum Dr, saya nak bertanya. Kawan saya mengandung dan sedangmenggu hari untuk bersalin, tapi hari ni ada darah berwarna coklat keluat tapiDr kata tak belum masnya untuk bersalin lagi. Persoalan saya, bolehkan kawan saya solat seperti biasa sbb tidaktahu status darah berkenaan sama ada haid atau nifas. Sekian Terima Kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Banyak pendapat ulamak mengenai masalah ini. Saya mengambil satu pendapat iaitu darah nifas bermula apabila darah keluar dari rahem melalui faraj apabila proses kelahiran bermula sehingga sampai 60 hari..   Ada ulamak yang mengatakan darah yang keluar pada permulaan itu adalah darah wiladah, sementara darah yang berterusan sepanjang 60 hari (mengikut mazhab syafie) itu darah nifas.   Ada ulamak yang kata perlu mandi wiladah, dan mandi nifas. ... Read More »

Pendarahan selepas keguguran

PENDARAHAN SELEPAS KEGUGURAN   Assalamualaikum doktor. Terima kasih kerana sudi membaca permasalahan saya.saya mengalami keguguran semulajadi pada 24/5/15,usia kandungan 13minggu lebih.kemudian melalui proses d&c pada hari berikutnya 25/5/15.pendarahan pada 2 minggu pertama kemudian hanya lendir keruh/coklat tidak berbau dgn kuantiti yg sgt sedikit sehingga hari ke 39.hari ke 40 sudah kering sepenuhnya.kemudian sy mandi hadas dan bersama suami pada hari ke 41.keesokan hari,pada sebelah petang,keluar lendir bercampur darah keruh/coklat(bukan darah fresh) semula tp sedikit,berlarutan seharian kemudian kering semula.persoalan saya: 1)adakah normal begitu?atau rahim saya luka?utk pengetahuan doktor,saya tidak merasa sebarang kesakitan di ari2,atau semasa bersama suami. 2)adakah pendarahan ringan itu masih dikira hadas nifas?kerana masih dalam tempoh 60 hari. 3)apakah yang perlu saya lakukan? Saya berharap mendapat jawapan bagi persoalan saya ini.terima kasih.     WA ALAIKUM MUS SALAM   ... Read More »

Rahem jatuh

RAHEM JATUH   “Salam doctor, saya ingin tanya bagi pihak kawan saya. Dia mengalami peranakan jatuh. Dia sudah berubat kampung secara mengurut dan makan jamu tapi masih tidak ok. Dia beritahu seperti ada macam ada sesuatu di lubang faraj. Kalau hamil, ada kesan apa-apa kah? Saya sudah suruh dia pergi hospital tapi dia tidak mahu kerana takut. Saya harap doktor dapat beri penjelasan dan bantu cara rakan saya. Saya kasihan pulak tengok kawan saya tu. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM     Uterus (rahem) adalah struktur peranakan yang disokong oleh otot-otot dan ligament.  Jika ini otot atau ligamen menjadi lemah dan tidak lagi dapat menyokong rahem, ia menyebabkan “rahem jatuh” . Dalambahasa perubatan ia dinamakan uterine prolapse. Ia berlaku apabila rahim tidak lagi berada pada kedudukan yang normal ... Read More »

Ibu mempunyai fibroid. Perlukah pembedahan?

IBU MEMPUNYAI FIBROID. PERLUKAN PEMBEDAHAN?     “Salam sejahtera doktor zubaidi. Maaf menggangu, Saya ingin bertanyakan soalan. Macam ni..emak sy setelah di scan oleh doktor didapati terdapat fibroid yang sudah membesar  di dalam rahimnya, Mohon pencerahan.  Terima kasih atas keprihatinan tuan. Sekian.”     SALAM SEJAHTERA.   Ia bergantung kepada umur ibu puan dan saiz fibroid dalam rahem.   Jika saiz fibroid terlalu besar sehingga menyebabkan pendarahan yang banyak ketika haid, atau mengganggu rutin seharian yang lain, mungkin akan mencadangkan pembuangan rahem, kerana secara biologinya fungsi rahem sudah tidak digunakan lagi (kerana fungsi rahem adalah untuk hamil). Ia lebih bermanfaat.     Tetapi jika saiz fibroid itu sederhana, tidak menyebabkan pendarahan dan ibu puan telah memasuki fasa menopause, saya rasa tidak perlu pembedahan.   Selalunya fibroid akan mengecil apabila masuk ... Read More »

Darah nifas berlarutan melebihi 60 hari

DARAH NIFAS BERLARUTAN MELEBIHI 60 HARI.     “Salam doctor. Saya berumur 25tahun Dan hari ni hari ke 82 selepas saya bersalin anak sulung pada 14 Mac lalu. Pada hari ke 43 saya mendapat suntikan pertama suntikan perancang keluarga dan menurut nurse selepas mendapat suntikan Peredaran haid tidak menentu atau darah yg keluar akan berpanjangan yang mengambil masa mungkin sehingga tiga bulan.       WA ALAIKUM MUS SALAM   Suntikan perancang keluarga yang  diberikan memberikan beberapa kesan sampingan antaranya ialah kitaran haid yang tidak menentu. Antaranya ialah darah haid yang terlalu sedikit atau tidak datang langsung untuk beberapa bulan. Dalam kes puan, inkesion itu telah menyebabkan puan mengalami pendarah haid yang panjang dan kauntitinya hanya sedikit.   Untuk menjawab soalan puan, sama ada puan kita harus memahami fiqh perubatan. ... Read More »

Luka pembedahan lambat baik

LUKA PEMBEDAHAN YANG LAMBAT SEMBUH   “Assalamualaikum wbt. Untuk pengetahuan DR. Saya telah menjalani pembedahan pada 17/4/2015 akibat saluran tiub kiri ovari pecah disebabkan kandungan luar rahim yang berusia 7minggu dan telah berlaku pendarahan didalam perut. Selepas menjalani pembedahan buang tiub ovari kiri doktor telah mengesahkan masih terdapat fibroid kecil dirahim saya. Selepas 14 hari pembedahan, luka pada pembedahan masih tidak sembuh,  kulit kering tetapi di hujung kiri dan kanan masih terasa pedih dan panas, serta lukanya bernanah(tetapi tidak banyak). Saya juga mengalami batuk dari sebelum pembedahan sehingga sekarang masih tidak pulih. Setiap kali batuk, luka pada kawasan pembedahan akan terasa sakit dan pedih. Kadang2 akan terasa berdenyut di kawasan ovari sebelah kiri dan kanan. Adakah fibroid yg masih ada dirahim saya membahayakan dan bagaimana utk menghilangkan fibroid selain drpd ... Read More »

Pendarahan selepas melakukan HVS

PENDARAHAN SELEPAS MELAKUKAN HVS   “Salam doktor. Saya mengalami keputihan sehingga bertukar warna kekuningan. Kemudian saya buat HVS pagi semalam tadi. Sebelum magrib tadi saya dapati lendir saya bercampur darah. Adakah darah ini disebabkan swab tadi? Mohon penerangan doktor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   High Vaginal Swab (HVS) adalah teknik yang digunakan di Jbatan Obstetrics & Gynaecology untuk mengambil contoh sampel lendiran dalam faraj. Ia diambil di bahagian berdekatan dengan pangkal rahem.   Sampel lendiran ini akan dihantar untukujian “ culture and sensitivity” untuk memeriksa punca jangkitan pada faraj.   Selalunya dilakukan apabila doctor mengesyaki ada jangkitan candidiasis, bacterial vaginosis atau trichomonas vaginalis.   Oleh kerana kawasan tersebut dijangkiti kuman dan berada dalam keadaan radang, sentuhan dari swab mungkin akan menyebabkan pendarahan yang minima.   Jika pendarahan ... Read More »

Kekeringan faraj selepas melahirkan anak

KEKERINGAN FARAJ SELEPAS MELAHIRKAN ANAK   “salam doc.. Maaf andai soalan saya agak sensitif Saya baru bersalin 3bulan lepas..dan umur saya baru saja 24tahun.. Masalah sy,pertama kali sy bersama suami selepas bersalin vagina sy terasa kering.. Tapi bila bersama suami,sy tidak merasa sakit ketika bersama. Cuma di bahagian bibir vagina saya tidak basah.. Dan ia agak susah nk masukkan zakar semula apabila ia terkeluar kerana kesat. Dan apabila sy mencapai tahap klimaks pon sy masih tak rasa bibir vagina sy basah.. Sy rse buntu dgn masalah ini.. Takut andai suami mula hilang selera.. Harap doktor dapat membantu.. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masalah kekeringan faraj memang sering berlaku pada wanita yang baru melahirkan anak. Selalunya ia bersifat sementara. Jangan risau.   Buat sementara puan boleh gunakan pelincir ... Read More »

Fungsi dusphaton untuk pesakit endometriosis

FUNGSI DUSPHATON UNTUK PESAKIT ENDOMETRIOSIS Tablet Duphaston 10mg mengandungi ramuan dydrogesterone, iaitu hormone wanita progesteron sintetik (buatan).   Struktur kimia hormone buatan ini hampir menyerupai progesteron yang asli dihasilkan oleh tubuh seorang wanita secara semula jadi. Oleh itu ia memberikan kesan yang sama.   Dalam kitaran haid yang normal, hormone progesteron yang dihasilkan oleh ovari,  akan bertindak pada lapisan endometrium pada dindang dalam rahem, untuk kekal menebal. Ini sangat penting untuk mengekalkan kehamilan. Jika tidak janin yang telah disenyawakan akan mudah gugur.   Jika wanita itu tidak hamil, tahap kandungan estrogen dan progesteron dalam tubuh akan menurun dan lapisan endometrium akan turun sebagai darah haid.   Tablet dusphaton juga diberikan kepada pesakit endometriosis sebagai rawatan awal.   Endometriosis adalah keadaan di mana tisu endometrium tumbuh dengan banyaknya di luar rahem. ... Read More »

Pelincir untuk kekeringan faraj

PELINCIR UNTUK KEKERINGAN FARAJ    “Salam doctor, saya mengalami masalah kekeringan faraj. Hal ini sangat merisaukan saya kerana saya baru berumur 32 tahun dan mempunyai seorang anak. Apabila bersama suami, saya mengalami rasa sakit dan pedih. Bolehkah doctor mencadangkan sebarang pelincir faraj untuk saya?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang mengadu rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama suami. Ini disebabkan luka pada vulva, iaitu pembukaan faraj. Antara puncanya ialah apabila wanita itu belum cukup lagi dirangsang dengan sepenuhnya, sehinggakan tidak banyak lendiran faraj yang dikeluarkan sebelum menerima kemasukan batang zakar ke dalam faraj.   Kemasukan batang zakar ke dalam faraj tanpa kehadiran lendiran yang cukup boleh menyebabkan hubungan seksual yang sepatutnya memberikan kenikmatan, menyebabkan rasa sakit bagi kedua-dua lelaki dan wanita tersebut.   Puan boleh menggunakan pelincir ... Read More »

wanita dewasa tidak pernah datang haid

WANITA DEWASA TIDAK PERNAH DATANG HAID   “Salam sejahtera doktor,saya berumur 27thn dan saya sudah berkahwin setahun yang lepas.  Saya mengalami masalah belum pernah datang haid dari umur remaja sehingga sekarang. Berat badan saya 46kg dan ketinggian saya 160cm..Saya amat memerlukan pandangan doktor dalam menyelesaikan masalah saya kerana saya ingin hamil seperti wanita normal yang lain.Terima kasih doctor. Terima kasih”   Salam sejahtera.   Kebanyakan kanak-kanak perempuan mula datang haid seawal umur 9 dan ada yang agak lambat sehingga berumur 18 tahun. Namun purata kanak-kanak perempuan mengalami haid pada usia sekitar 12 tahun.   Apabila kanak-kanak ini tidak pernah dating haid langsung semenjak awal, keadaan ini dinamakan “Amenorhea Primer”.   Oleh itu kanak-kanak perempuan yang telah mancapai umur 15 atau 16 tahun, sama ada telah melalui perubahan seksual wanita (seperti ... Read More »

Tip memilih tuala wanita

TIPS MEMILIH TUALA WANITA   “Minta Dr terangkan tips pemilihan tuala wanita yang selamat dan perkara yang tidak diketahui disebalik tuala wanita yang dijual dipasaran sekarang?”   Tuala wanita yang dijual secara komersial adalah selamat digunakan.  Pemilihan tuala wanita bergantung pada keperluan bagi setiap wanita. Ia berbeza dari satu individu kepada individu yang lain, bergantung kepada kitaran haid mereka, dan saiz tubuh.   Jadi tuala wanita dipilih berdasarkan 3 faktor utama iaitu kadar serapan, bentuk dan saiznya,  dan ketebalan tuala wanita itu.   Semakin tebal tuala wanita itu, semakin tidak selesa digunakan. Ketebalannya tidak menggambarkan ia cepat menyerap dan menyimpan darah. Ada tuala wanita yang bersaiz nipis tetapi mampu menyerap dengan cepat dan menyimpan banyak darah. Ia bergantung kepada bahan yang digunakan dan selalunya lebih mahal.   Tuala wanita yang ... Read More »

Adakah penggunaan tuala wanita boleh menyebabkan kanser rahem dan kanser ovari?

ADAKAH PENGGUNAAN TUALA WANITA BOLEH MENYEBABKAN KANSER RAHEM DAN KANSER OVARI?   “Salam doktor. Ramai yang menyatakan tuala wanita adalah ancaman dalam diam kepada wanita.  Adakah ianya betul?”   Tuala wanita  adalah  bahan penyerap yang dipakai oleh seorang wanita atau gadis untuk menyerap aliran darah dari kemaluannya.Ia digunakan ketika mengalami haid, atau selepas pembedahan faraj, atau selepas melahirkan anak, atau selepas pengguguran, atau dalam mana-mana keadaan lain yang mana terdapat pendarahan yang banyak keluar dari faraj.   Pada zaman zaman dahulu, nenek moyang kita memang tidak pernah menggunakan tuala wanita. Namun sejarah penggunaa tuala wanita ini bukanlah baru. Beribu tahun dahulu, para wanita bangsawan menggunakan kain yang khas, mana kala wanita dari golongan yang miskin menggunakan sebarang kain untuk menyerap darah haid mereka. Kain yang digunakan kemudian, dicuci dan digunakan ... Read More »

Sakit di tempat jahitan luka episiotomy

SAKIT DI TEMPAT JAHITAN LUKA EPISIOTOMY “Salam doctor. Saya mengalami rasa sakit dan pedih di tempat jahitan luka episiotomy. Saya baru melahirkan anak 3 hari lepas. Oleh kerana saya menyusukan anak, saya bimbang kesan ubat pada bayi saya. Ada cara lain untuk menghilangkan rasa sakit pada tempat jahitan ini. Mohon pencerahan.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan wanita yang baru melahirkan anak secara normal, mengalami koyakan pada faraj, sama ada disebabkan oleh guntingan episiotomi atau disebabkan koyakan akibat kepala bayi yang agak besar.   Selalunya luka yang minima akan pulih tanpa masalah. Calar-lebam biasanya pulih selepas beberapa hari dan jahitan harus pulih dalam tiga hingga empat minggu selepas kelahiran bayi.   Rasa sakit yang kuat di bahagian luka jahitan selepas seminggu, bukanlah suatu yang normal. Rasa sakit ini seharusnya ... Read More »

Bagaimana mempercepatkan proses pemulihan pada luka di faraj atau luka episiotomy

BAGAIMANA MEMPERCEPATKAN PROSES PEMULIHAN PADA LUKA KOYAKAN DI FARAJ ATAU LUKA EPISIOTOMY     “Salam doctor, saya mengalami koyakan faraj yang teruk (darah ketiga) semasa melahirkan anak 3 minggu lepas. Malangnya, tiada tanda-tanda luka jahitan itu sembuh. Boleh doctor beritahu cara mempercepatkan penyembuhan luka. Saya ucapkan terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Bagi mempercepatkan penyembuhan luka episiotomy atau luka pada faraj ketika melahirkan anak, pastikan jahitan pada luka betul-betul bersih, bagi mengurangkan mengurangkan risiko jangkitan kuman pada luka tersebut.   Saya mencadangkan agar wanita yang baru melahirkan anak secara normal agar melakukan pergerakan ringan seperti berjalan secepat mungkin. Paling lewat untuk melakukan pergerakan ialah tiga hari.   Bagi wanita yang sihat dan kuat, pernah melahirkan anak beberapa kali, tidak mengalami koyakan faraj yang besar dan tiada mengalami kehilangan ... Read More »

Punca rasa sakit ata tidak selesa di bawah abdomen di kalangan wanita

PUNCA RASA SAKIT ATAU TIDAK SELESA DI BAWAH ABDOMEN DI KALANGAN WANITA   “Assalamualaikum doktor, saya seorang surirumah, usia 40an, mempunyai 8 org anak. Saya mengalami rasa sakit dan tidak selesa bahagian ari-ari bila saya berdiri atau berjalan, seperti ada ada tekanan pada faraj. Saya sudah sebulan tidak datang haid, tapi saya belum ke klinik utk pemeriksaan. Mohon pencerahan”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai wanita yang mengalami sakit dan tidak selesa di bahagian bawah perut (atau lebih tepat di bahagian abdomen) dari semasa ke semasa. Kebiasaannya ia berkaitan dengan masalah kitaran haid mereka dan organ yang terlibat ialah rahem.   Walau bagaimana pun banyak lagi punca rasa tidak selesa atau sakit di bahagian bawah abdomen.   Cara terbaik ialah puan menjalani pemeriksaan doktor. Namun jika puan menceritakan ... Read More »

Kesan ubat escitalopram (lexapro) semasa menyusukan bayi

KESAN UBAT ESCITALOPRAM SEMASA MENYUSUKAN BAYI   “Assalamualaikum doktor, saya ingin bertanya berkenaan kekeliruan yang saya hadapi. Saya adalah pesakit yang mempunyai penyakit panic attack. Saya telah berjumpa dengan doctor psychiatry  dan telah diberikan ubat Lexapro. Walaubagaimanapun saya masih menyusu anak yang berusia 6 bln. Adakah bahaya kalau saya teruskan penyusuan kerana doctor psychiatry  saya beritahu saya boleh membuat penyusuan pada sebelah petang memandangkan kesan ubat mungkin telah sedikit demi sedikit hilang. Saya juga ada membuat bacaan di internet mengatakan amat sedikit kesan ubat terhadap susu ibu. Mohon dr beri pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masalah kemurungan selepas melahirkan anak, atau dikenali sebagai “Post Pasrtum Depression”adalah suatu masalah yang sering berlaku. Ini kerana proses melahirkan itu sendiri, yang menyebabkan perubahan hormone yang ketara dan merangsangkan kecelaruan emosi dan ... Read More »

Rahem jatuh selepas melahirkan anak pertama

RAHEM JATUH SELEPAS MELAHIRKAN ANAK PERTAMA   “Asalamualaikum. Saya berumur 28 tahun dan baru melahirkan anak pertama yang sekarang berusia baru 3 bulan.  Saya mengalami masalah sakit pada pangkal rahim. Dalam tempoh pantang, saya sudah urut banyak kali dan sekarang saya masih rasa pangkal serviks berada di dalam faraj. Apa yang perlu saya lakukan doktor? Adakah alat yang boleh dipakai untuk menahan pangkal serviks daripada turun ke dalam faraj?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Agak sukar saya mendiagnosa puan mengalami “jatuh rahem” kerana saya tidak memeriksa keadaan puan. Jarang wanita yang muda dan baru melahirkan seorang anak mengalami “jatuh rahem” atau uterinal prolpse.   “Jatuh rahem” berlaku apabila ligamen dan otot-otot di pelvis di sekeliling rahem menjadi lemah dan tidak boleh lagi menampung rahem pada bahagian pelvis itu. Ini ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!