Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum (page 7)

Category Archives: Umum

Perlukah Lebam Gigitan Jin Diberikan Rawatan?

  Semasa mengajar kursus First Aids dan CPR kepada para pekerja di sebuah kilang baru-baru ini, saya bertanyakan kepada peserta, “Perlukah lebam yang disebabkan kecederaan dihantar ke hospital?” Sebelum sempat pertanyaan saya dijawab, seorang daripada peserta bertanya, “Doktor, perlukah lebam yang disebabkan gigitan jin diberikan bantuan Pertolongan Kecemasan?”   Lebam akibat gigitan jin Saya terdiam dan memandang tepat ke muka peserta yang bertanya. Saya cuba membaca fikirannya. Dia bertanya kerana ‘ikhlas atas kebodohannya’ atau ‘mahu buat lawak jenaka’? Saya pernah juga terbaca tentang gigitan jin ini di majalah, namun saya menolaknya kerana tiada asas hadis atau penerangan ulama’ yang muktabar yang pernah saya temui. Saya hanya ada mendengar mengenai isu ini dari ustaz-ustaz yang berceramah melalui VCD. Dalam membicarakan tentang gigitan jin, syarahannya disambut oleh gelak ketawa para hadirin yang mendengar. Jadi saya berpendapat ... Read More »

Sapaan Maut dengan Strok Ringan

Saya masih ingat seorang sahabat tiba-tiba rajin berkopiah dan solat jemaah di masjid. Tabiat menghisap rokok juga telah dihentikan.  Dia mula menjaga makan dan minum. Semuanya tawar belaka, tiada gula dan tiada garam. Saya amat kehairanan namun tidak berani bertanya. Rakan-rakan sekampung membisikkan kepada saya “Dia baru kena angin ahmar kecil. Doktor di hospital suruh dia berjaga-jaga !” Oh patutlah dia menukar gaya hidupnya 180 darjah. Dia ‘disapa’ malaikat maut. Perjuangan mengekalkan kesihatan sering dilupakan Namun bila saya pulang ke kampung semasa hari raya yang lepas, beliau telah berbalik semula ke perangai yang lama. Semasa singgah ke sebuah kedai mamak untuk bersarapan, saya melihat beliau tidak lekang dengan puntung rokok. Air teh tarik dan ‘roti canai special’ yang penuh dengan kolestrol berada di depannya. Segala-galanya telah kembali seperti dulu. Nasihat ... Read More »

Bahaya ’Badi’ Melawat Pesakit di Hospital bagi Anak Kecil

Saya agak keliru apabila segerombolan ahli keluarga pesakit memenuhi wad. Tidak kurang 8-10 orang mengerumuni katil kecil pesakit di hujung wad. Ada yang tua, muda dan tidak kurang anak-anak kecil. Semuanya seperti ”meraikan” pesakit. Saya perhatikan yang tua menangis teresak-esak di tepi katil, meratapi pesakit yang terbaring separuh sedar. Yang muda pula ambil kesempatan bertanya khabar berbual-bual sesama sendiri. Kadang-kala dengar juga gelak ketawa mereka mungkin cuba menceriakan suasana. Anak-anak kecil pula lari berkejar-kejaran, sudah tidak diperduli oleh ibubapa. Antara mereka ada yang terjatuh di lantai dan menangis pula. Masing-masing dengan dunia mereka sendiri.   Adab melawat pesakit yang dilupakan Apa yang saya ceritakan ini adalah suatu gambaran biasa yang kita lihat di hospital pada waktu lawatan pesakit. Saya percaya banyak perkara yang perlu diperbetulkan. Saya faham pelawat mungkin datang ... Read More »

Kecederaan Kepala Kanak-kanak dan CT SCAN Otak

Saya pernah ditanya oleh seorang ibu muda yang membawa anaknya yang baru belajar bertatih. Beliau bertanyakan tentang kesan sampingan terhadap ‘kecederaan’ kepala pada anaknya seminggu yang lalu. Bila saya meminta beliau menerangkan lebih jelas mengenai ’kecederaan’ itu, beliau memberitahu hanyalah benjol kecil di dahi dan telah pun hilang. Berapa minggu selepas itu saya mendengar seorang rakan memberitahu ada satu kes yang dibawa ke hospital di mana seorang kanak-kanak berusia 3 tahun jatuh dari katil bertingkat dan meninggal dunia sebaik saja sampai di hospital. Kecederaan pada kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke bawah amat kerap berlaku. Baru-baru ini saya merawat dua orang kanak-kanak yang cedera ketika bermain sesama sendiri. Seorang luka di dahi dan seorang lagi luka di dagu. Saya sendiri pernah luka di kening kiri ketika berumur 5-6 tahun ketika ... Read More »

Kepentingan CT Scan Otak Untuk Sakit Kepala

Kepentingan CT Scan Otak Untuk Sakit Kepala

Saya banyak menerima pertanyaan mengenai sakit kepala dari kalangan pembaca blog. Ramai yang bertanya apa yang perlu mereka lakukan dan minta pandangan saya. Mereka bukannya tidak berjumpa doktor di klinik atau di hospital, tetapi doktor yang mereka jumpa tidak memberikan jawapan yang memuaskan. Saya dapati doktor itu hanya mengatakan mereka mengalami sakit ’kepala biasa’, atau migraine atau stress akibat kerja yang banyak. Namun sebagai pesakit, mereka lebih tahu apa yang mereka rasa dan cuma mereka tidak dapat menjelaskan keadaan mereka. Saya sebenarnya tidak boleh memberikan pandangan atau consultation on-line seperti mana yang diharapkan. Sebagai doktor, saya harus melakukan pemeriksaan fizikal kepada pesakit dan melakukan beberapa ujian makmal ke atasnya. Dari gabungan pemeriksaan fizikal, keputusan makmal dan pengimejan, mungkin saya mendapat gambaran yang lebih jelas terhadap apa yang berlaku pada pesakit. ... Read More »

Kematian Adalah Qada, Tapi Serangan Sakit Jantung Boleh Dielak

Kematian Adalah Qada, Tapi Serangan Sakit Jantung Boleh Dielak

Suatu petang semasa saya bekerja di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, saya ke Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) untuk mengunjungi rakan sekerja, Dr Zainal yang sama-sama selesai menjalani On Call. Saya memang seronok ke sana, di samping mengajak rakan saya ”mengeteh” (istilah orang Johor untuk menggambarkan suasana santai minum teh atau kopi di samping berbual-bual dengan sahabat), ETD merupakan jabatan yang amat sibuk. Di situlah pelbagai insiden kecemasan dan kelam-kabut seperti cerita drama ER di televisyen. Tetapi di ETD adalah ’real life story’.  Tidak seperti bekerja di wad pembedahan yang kebanyakan masa tenang, hanya sesekali pesakit collapse (tidak sedarkan diri) selepas pembedahan. Di saat saya menunggu beliau, saya melihat seorang wanita 40an sedang menangis dipeluk oleh seorang anak perempuannya. Wanita itu menangis dengan teresak-esak tetapi anak perempuannya kelihatan kebingungan. Mereka ... Read More »

Ubat Herba untuk Ereksi adalah Ubat Terkawal

Baru-baru ini seorang sahabat lama  bercerita panjang dengan saya di sebuah kedai kopi 5 bintang mengenai kemajuan masing-masing. Beliau bertambah maju prestasinya kerana menyertai perniagan berasaskan makanan dan minuman. Walaupun perniagaan dia bertambah besar dan maju, beliau memberitahu bahawa beliau mengalami masalah yang amat ditakuti oleh orang lelaki, iaitu mati pucuk. Ini semua mungkin akibat stress, penyakit kencing manis dan tahap kolestrolnya yang semakin tinggi, yang mula dihadapinya awal tahun ini. Oleh kerana perkataan mati pucuk itu sensitif dan orang lelaki malu untuk membincangnya secara terbuka, maka beliau ia juga tidak pasti sama ada beliau mengalami keadaan itu atau tidak. Beliau hanya mengagak dan mendiagnosa dirinya sendiri. Apa yang lebih parah beliau merawat dirinya sendiri berdasarkan pengetahuan yang sedikit. Banyak khabar-khabar angin yang diberitakan oleh masyarakat tentang ubat untuk mati ... Read More »

Sakit Kepala Akibat Hentikan Ubat Sawan

Sakit Kepala Akibat Hentikan Ubat Sawan

Seorang pesakit datang berjumpa saya kerana masalah sakit kepalanya yang kuat. Pemeriksaan tekanan darah adalah normal lalu saya mencadangkan pemeriksaan ujian darah memandangkan umurnya dalam 40an. Seminggu selepas itu pesakit datang semula berjumpa saya untuk mengetahui keputusan darah yang diambil itu. Malangnya sakit kepala beliau hanya lega setelah menelan ubat penahan sakit untuk beberapa jam dan kemudian sakit kepalanya menyerang semula. Saya kebingungan dan menatap kosong kertas yang mengandungi keputusan darahnya. Saya tidak tahu di mana punca sakit kepala beliau kerana keputusan darah beliau adalah normal dan pesakit ini mempunyai badan tegap seperti athelet. Saya cuba mengorek lagi cerita sakit kepalanya. Kemarahan beliau akibat terlalu kecewa dengan sakit kepala itu kadangkala menguji kesabaran saya juga. Namun saya cuba menfokuskan diri dan mencari sebab-sebab sakit kepalanya. Akhirnya saya bertanya kalau-kalau dia ... Read More »

Adakah Penyakit Jantung Berlubang Perlu Dibedah ?

Baru-baru ini saya bertandang ke rumah rakan sempena sambutan Hari Raya Puasa. Di samping mengucapkan selamat hari raya, saya juga mengucapkan ”tahniah dan selamat menjadi ibubapa” kerana mereka baru saja dikurniakan seorang cahayamata lelaki. Dalam masa berbual-bual, beliau menceritakan tentang anaknya yang baru saja dikeluarkan dari NICU kerana dilahirkan dalam usia kandungan yang tidak matang. Namun apa yang merunsingkan mereka ialah apabila diberitahu oleh doktor pakar bahawa anak mereka mengalami penyakit jantung berlubang. Berita yang sebegini tentu saja merunsingkan hati ibubapa, lebih-lebih lagi mengingatkan nasib anak saudara mereka yang meninggal dunia ketika berumur 6 tahun akibat penyakit yang sama. Saya cuba menenangkan mereka dengan bertanyakan sama ada penyakit itu telah dipastikan atau masih lagi dalam kategori ”suspected”. Namun maklumat yang saya dapati amat mengecewakan, kerana mereka tidak pasti apa yang ... Read More »

Remaja dan Kitaran Haids yang Tidak Teratur

Remaja dan Kitaran Haids yang Tidak Teratur

Bila mula kedatangan pendarahan haids? Saya tidak mempunyai anak gadis. Jadi pengalaman membesarkan anak gadis atau remaja perempuan memang tidak pernah ada dalam sejarah hidup saya sehingga kini. Kadang-kala saya kasihan melihat remaja perempuan yang tidak diberikan perhatian oleh ibubapa mereka. Bila seorang kanak-kanak perempuan mulai meningkat remaja, banyak perkara yang perlu diberikan perhatian oleh ibubapa. Sama ada dari aspek fizikal atau emosi. Namun saya mengucapkan tahniah pada ibubapa yang bersungguh-sungguh ingin mengambil bahagian dalam tumbesaran fizikal dan mental anak mereka. Banyak soalan-soalan yang ditanya melalui email. Antaranya bertanyakan bilakah anak gadis mereka akan mula kedatangan pendarahan haids. Kebiasaannya pendarahan haids bermula apabila remaja itu mula menunjukkan perubahan emosi dan fizikal. Tanda yang paling mudah dilihat oleh ibubapa mereka ialah perkembangan payudara mereka yang semakin membesar dan terasa sakit. Ini ... Read More »

Mencari Ubat adalah Tawakal

Saya menolak debat Saya adalah di antara orang yang tidak suka berdebat. Ia bukan kerana saya tiada fakta untuk dilontarkan dalam perdebatan, tetapi pada pendapat saya tiada siapa yang mendapat keuntungan dari perdebatan itu. Selepas perdebatan itu nanti, saya masih dengan pendirian saya dan dia masih dengan pendiriannya. Akhir sekali muka berubah menjadi  masam mencuka dan putus ukhwah. Setiap perdebatan memang mengujakan emosi. Bila emosi menggelegak panas dek mempertahankan ego, semua adab perdebatan dan kesahihan/kebenaran fakta disimpan di belakang punggung. Gelojak amarah akan mengemudikan perdebatan itu. Masing-masing mahu menang. Kemenangan dan ego dipertahankan tetapi fakta/kebenaran dibuang. Perdebatan bukan lagi kerana Allah tetapi perdebatan berkiblat pada nafsu amarah.   Mencari kesempurnaan tawakal  Baru-baru ini saya diajak lagi berdebat dalm ruangan chatting di facebook. Saya segera menolaknya. Alhamdulillah, saya tenang mengerjakan solat ... Read More »

Hyponatraemia: Penyakit Misteri?

”(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali” (al Baqarah 156) Membongkar misteri dengan usaha dan doa Saya masih ingat lagi satu kes yang agak pelik ketika saya bekerja di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Seorang wanita dalam usia 30an mempunyai seorang anak dimasukkan ke hospital kerana lemah badan dan ketika itu dia tidak mampu berjalan, malah sukar berdiri. Saya mengingati kes ini kerana pada masa itu banyak kedengaran kata-kata yang menyindir wanita itu. ”Ala mengada-ngada pesakit ni. Harap je muka cantik, tapi lembik” Saya tidak pasti mana datangnya suara itu. Namun ianya tentulah tidak adil baginya kerana hanya orang yang sakit saja mengetahui keadaan dirinya. Dan apa yang lebih menjadikan saya geram apabila suaminya ... Read More »

Memahami Kekejangan Otot Kaki

Kekejangan otot kaki adalah masalah yang kerap dihadapi oleh ibu yang hamil dan atlet. Ia adalah suatu pengalaman yang mahu dielakkan bagi mereka yang pernah mengalaminya. Namun harus diketahui bahawa kekejangan otot bukan setakat masalah yang tertumpu pada otot kaki sahaja, malah mungkin isunya lebih besar. Ini bermakna kekejangan hanya satu simptom, bukannya satu penyakit. Jika berulang dengan kerap, berjumpalah dengan doktor. Kali ini saya cuba membincangkan kekejangan otot dalam tiga keadaan, iaitu kekejangan otot kaki di waktu malam, di kalangan atlet dan di kalangan ibu hamil. Punca dan sebabnya hampir sama. Kekejangan otot kaki di waktu malam Ia dikenali sebgai “noctunal leg cramps” iaitu pengecutan otot secara tidak terkawal berlaku di malam hari dan selalunya ketika tidur. Biasanya otot yang terlibat ialah otot betis. Kesakitan akibat kekejangan ini mampu ... Read More »

Kecederaan: Tuam dengan Air Panas atau Pek Ais?

Selalu saja ada kekeliruan di kalangan para pelatih First Aid ketika saya mengajar mereka menangani kecederaan. Mungkin pengetahuan mereka yang lama tidak digilap, hanya mengingati pengetahuan ketika menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah atau St John Ambulance dua puluh tahun yang lalu. Saya tidak menyalahkan mereka kerana mereka hanya sesekali berjumpa dengan kemalangan dan kecederaan. Saya pula setiap hari dihantar pesakit yang cedera kemalangan ketika beriadah/sukan atau kemalangan jalan raya. ”Doktor, bila harus kita gunakan pek ais dan bila pula kita boleh tuam dengan air panas? ” Itulah soalan yang sering ditanya dan saya telah bersiap dengan jawaban. Membezakan kecederaan Acute dan Chronic Pesakit yang mengalami kecederaan itu selalu mengadu kesakitan pada sendi atau bahagian badan mereka. Dengan bertanya kepada mereka samada ianya kecederaan baru atau kecederaan lama, ia sebenarnya dapat membantu ... Read More »

Berapa Banyak Air yang Perlu Diminum?

Cerita tentang air Kembali kepada asas. Itulah yang sering saya katakan kepada pesakit saya. Minumlah air sebanyaknya kerana ia adalah ubat yang paling mujarab. Bila berbicara tentang air, teringat cerita seorang kawan. Di saat suatu negeri dilanda panas terik dan ramai yang sakit akibat kepanasan itu, ramai yang putus harap. Lalu mereka berjumpa seorang tabib yang terkemuka di negeri itu. Mereka bertanya kepada tabib, ”Wahai tabib, apa yang harus kami lakukan untuk mengelak bala bencana di negeri ini?” Lalu tabib itu menasihatkan ”Minumlah banyak air !” ”Berapa banyakkah air yang harus diminum sehari?”  Tanya mereka beramai-ramai. Si tabib seolah-olah memberikan fatwa. “Lapan gelas sehari” Maka ramailah yang cuba minum sebanyak lapan gelas sehari. Ada yang minum sekali teguk, ada yang minum sedikit sedikit. Malah yang pelik atas kejahilan mereka, anak ... Read More »

Kaitan Migraine dan MSG

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata  “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kamikembali” (al Baqarah: 156) Bagi pesakit migraine, sakit kepala adalah ujian Allah yang kadang kala mengecewakan. Ini kerana mereka terpaksa bergantung kepada ubat penahan sakit apabila migraine menyerang. Malah apa yang lebih mengecewakan lagi ialah punca sebenar migraine tidak diketahui. Tiada ujian tertentu yang boleh mengesan punca-punca migraine. Seorang professor Internal Medicine yang mengajar saya ketika ditanya mengenai punca migraine, beliau menjawab berkata “ everything under the sun” Ini bermakna punca-punca migraine terlalu banyak.  Migraine bukan suatu simptom sakit kepala yang mudah. Selain mengambil ubat tahan sakit, menukar cara hidup yang sihat juga membantu. Dapatkan tidur yang secukupnya, bersenam selama 30 minit setiap hari dan cuba uruskan stress. Kurangkan minuman ... Read More »

Vitamin B Kompleks Membantu Mencegah Migraine

Sakit kepala adalah ujian dari Allah Sakit kepala yang berpanjangan amat menduga kita. Bagi mereka yang mengalaminya, sudah tentu menelan ubat penahan sakit amat menjemukan. Malah ada yang telah menghafal nama segala ubat penahan sakit yang boleh dibeli dari farmasi. Namun bersabarlah atas ujian Allah itu. Sabda Rasulullah saw “Sesiapa yang dihendaki oleh Allah kebaikan, nescaya akan diujinya orang itu” Kira-kira 12-15% warga dunia iaitu seramai 28 juta orang, yang mengalami migraine. Sakit kepala itu mungkin hanya dimulai dengan simptom seperti seolah-olah melihat percikan pancaran cahaya (flashes of light), kabur pemandangan, rasa kebas di lengan atau kaki atau mungkin hanya dimulai dengan perasaan resah tanpa diketahui sebabnya. Akhirnya penghidap migraine akan merasa sakit kepala yang kuat dan berdenyut-denyut di sebelah kepala, diikuti dengan loya, muntah dan amat sensitif pada cahaya ... Read More »

MC (Sijil Perakuan Sakit): Hak Pekerja, Hak Majikan atau Hak Doktor?

”Ya Allah, Aku berlindung pada keagungan-Mu dari keburukan rasa sakit yang aku deritai dan aku risaukan.” MC dan realitinya Sijil perakuan sakit atau yang dikenali sebagai MC ibarat menjadi bau bangkai gajah yang busuk dihidu umum yang selama ini ditutup dengan hanya sehelai daun pisang. Dalam kenyataan akhbar pada Isnin 24 Mei 2010, Cuepacs juga menyuarakan keresahan ini. Menurut Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam itu, seramai tiga peratus dari kira-kira 1.2 juta penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit mereka. Walaupun angka 3% tidak besar namun jika ditukarkan ke angka sebenar ianya berjumlah 36 000, cukup untuk mengganggu kelancaran pentadbiran awam. Saya tidak perlu menceritakan pengalaman pahit berurusan dengan kakitangan awam, kerana tahap kelancaran pergerakan pentadbiran awam telah diketahui umum. Bayangkan jika ada pekerja yang cuti di jabatan-jabatan ... Read More »

Sawan dan Ketumbuhan Otak: Tiada kaitan dengan saka

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2] Banjir besar di Kota Tinggi “Pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, Kota Tinggi telah dilanda banjir besar dlm sejarah tanahair. Banjir gelombang pertama pada 19 Disember telah menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi termasuklah bank, kedai-kedai dan kompleks membeli-belah. Namun banjir gelombang kedua bermula dari 11 Januari 2007 lebih dahsyat kerana menenggelamkan tempat yang tidak ditenggelamkan sebelumnya sehingga hampir menerjah masuk ke Hospital Daerah Kota Tinggi (HDKT). Ini terjadi berikutan angin monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan Oktober hingga Mac menyebabkan hujan lebat telah melanda seluruh negeri Johor selama hampir seminggu sehingga Sungai Johor tidak mampu lagi menampungnya. ... Read More »

Halitosis : Pernafasan berbau busuk

Semua orang mulut berbau Ramai yang tidak menyangka pernafasan berbau busuk sebenarnya dimiliki oleh setiap orang. Ianya lebih ketara terutama pada setiap pagi. Tiada orang yang terkecuali. Tahap bau busuk yang tidak terlalu serius tidak dapat dikesan oleh sistem deria bau kita. Tetapi apabila apabila ianya terlalu kuat, maka hidung kita mula mengesan bau busuk dari pernafasan kita. Bau busuk pada mulut ketika menghembuskan nafas ini dinamakan Halitosis. Bau pernafasan yang busuk akan menyebabkan reaksi yang kurang menyenangkan pada orang lain. Apa yang sebenarnya berlaku ialah apabila otak mengesan bau busuk, ianya memaksa fizikal kita menjauhi bau ini dengan mengempiskan lubang hidung. Adakalanya ianya menyebabkan tersedak (gagging) tanpa dipaksa. Malah bagi yang sensitif, bau busuk menyebabkan rasa mual dan mahu muntah.    Semua reaksi sebegini adalah involuntary, kadang kala menyebabkan seseorang ... Read More »

Takut Pada Jarum: Benar atau Mengada-ngada?

  Sampai pitam? Semasa bekerja di hospital awam, saya pernah mengalami peristiwa, pada waktu itu saya merasakan peristiwa itu lucu. Sedang saya mengambil darah untuk ujian rutin dari seorang isteri, di hadapan suaminya, tiba-tiba saya mendengar bunyi seperti ”nangka yang masak jatuh dari dahan”. Rupa-rupanya suami si pesakit tadi pitam, melihat jarum dan darah dari jauh. Satu ketika pula ketika saya memberikan suntikan kepada seorang pegawai polis bermisai lebat di punggungnya, dia berjalan bersahaja ke ruang menunggu ubat dan tiba-tiba dia jatuh akibat pitam. Dalam kedua-dua kes itu saya membiarkan mangsa yang pitam itu terus berbaring di lantai. Ini akan memastikan darah dari tubuhnya mengalir semula ke otak. Alhamdulillah, setelah beberapa minit, mangsa yang pitam tadi telah sedar semula.   Sejauh mana kebenaran ketakutan ini? Dalam istilah perubatan ketakutan pada ... Read More »

Apakah Punca Bibir Kering?

  Bagaimana keadaan bibir yang kering? Ramai orang menghadapi masalah kekeringan pada bibir, malah mulut, bermula dari kekeringan biasa akhirnya masalah melarat menjadi luka dan kadang kalanya bernanah atau menjadi kuping (scaling). Bibir yang kering lalu merekah dan menyebabkan luka mengganggu aktiviti seharian yang melibat bibir seperti senyuman, berciuman, makan malah ketika bercakap. Saya cuba memaparkan kepelbagaian sebab terjadinya bibir kering. Perlu dibezakan antara bibir kering yang disebabkan oleh faktor non-infeksi dan faktor infeksi. Bezanya adalah kadar masa yang diambil untuk menjadikan bibir itu menjadi luka (atau bernanah). Jika kekeringan bibir disebabkan oleh faktor non-infeksi (bukan jangkitan kuman), maka biasanya keadaan di mana bibirnya menjadi kering dan kemudiannya bertukar menjadi luka mengambil masa beberapa hari. Namun jika ianya disebabkan infeksi, terutama virus herpes simplex, pesakit kadang kala tidak mengalami kekeringan ... Read More »

Keguguran rambut : Fenomena Normal atau Perlu Dirawat?

  Memahami situasi sebenar   Banyak sekali soalan mengenai rambut yang diajukan kepada saya. Saya juga tidak mampu menyusun artikel ini dalam masa yang singkat disebabkan komitmen yang terlalu banyak. Terima kasih yang bertanya dan bersabar menunggu artikel ringkas ini. Terimakasih juga beberapa rakan FB yang merupakan pendandan rambut yang bertanya, memberikan input dan idea bagaimana artikel ringkas ini harus ditulis. Ilmu mengenai rambut mungkin sebanyak helaian rambut di kepala. Namun apa yang mahu saya beritahu pembaca adalah tentang masalah keguguran rambut yang bukan disebabkan penyakit jangkitan kulit kepala. Rambut sebenarnya organ ringkas yang amat dihargai oleh wanita. Namun tidak kurangnya lelaki. Walaupun lelaki tidak menjaga rambut serapi wanita, namun apabila kepala mula membotak, lelaki juga risau tentang penampilan yang berambut nipis itu. Lalu lelaki membotakkan kepala untuk menutup rasa ... Read More »

Menghasilkan susu ibu untuk anak angkat?

Tradisi lama diamal semula Menyusukan bayi oleh seorang wanita yang bukan ibu kandung telah lama dipraktiskan. Sejarah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w telah membuktikan amalan sebegitu bukan suatu amalan yang asing. Bagi ibu yang menyusukan bayi sendiri, sudah tentu tiada masalah untuk memberikan susunya kepada bayi yang bukan anaknya, sama ada anak yatim yang kematian ibu, atau mungkin ibunya sakit tenat. Namun sekarang ini ramai gadis yang tidak berkahwin (atau andartu) dan ibu yang tidak boleh hamil, mengambil anak angkat dan mengharapkan anak itu menjadi anak susuannya bagi membolehkan mereka menjadi mahram. Kaedah syarie untuk menjadikan anak itu anak susuan boleh dirujuk kepada mana-mana agamawan. Oleh kerana saya juga mengikuti pengajian tidak rasmi (bukan di universiti bidang syariah), dan saya diberitahu bahawa ianya dibolehkan. Sekali lagi harap rujuk pada ulama, saya ... Read More »

Sakit Kepala Berterusan: Adakah Tumor Otak?

Sakit kepala akibat tumor otak tidak akan lega dengan menelan ubat penahan sakit. Read More »

Plantar Fascitis menyebabkan sakit tumit

Pesakit kerap datang berjumpa saya bertanyakan tentang kaki mereka yang bengkak dan sakit. Terlalu banyak sebab yang mungkin menyebabkan kedua-dua keadaan itu. Tidak adil bagi pesakit menyoal saya bertanyakan sebabnya tanpa membenarkan saya melakukan bebarapa ujian. Antara ujian yang biasa dilakukan ialah pemeriksaan darah, untuk mengesan diabetes mellitus, rheumatoid atau rheumatic disease (dua penyakit berbeza), gouty arhtritis dan beberapa masalah sendi dan sistemic yang baik. XRAY juga harus dilakukan untuk melihat kecacatan (deformity) struktur tulang atau lebihan serpihan tulang (spur) yang mungkin melekat pada mana-mana tulang kaki. Namun apa yang sering berlaku segala ujian-ujian yang dilakukan adalah negatif. Kemungkinan kerosakan berlaku pada ligament kaki yang dikenali sebagai ligament Plantar Fascia. Kerosakan ligament ini dinamakan Plantar Fascitis. Ianya adalah masalah yag biasa berlaku pada tumit kaki. Keadaan ini berlaku apabila ligament ... Read More »

Pudendal Nerve Entrapment

Seorang wanita mengadu suaminya iaitu seorang lelaki berumur 40an telah mengadu sakit di bahagian perutnya. Kesakitannya menjadi bertambah buruk apabila dia duduk menjalankan tugasnya sebagai seorang pengurus di sebuah kilang. Bila ditanya bagaimana sakitnya, dia menggambarkan kesakitannya seperti dihiris-hiris dan ditusuk dengan pisau. Kadang kala terasa seperti terbakar di peha di sebelah dalam, punggung, bawah abdomen dan juga bahagian kemaluan. Kerandut zakar (scrotum) nya juga menjadi sensitif sehinggakan terkena kain yang dipakai pun dia merasa terlalu sakit seperti dihiris-hiris. Saya masih teringat satu kes beberapa tahun lalu di mana seorang wanita berumur 40an mempunyai anak 8 orang, semuanya dilahirkan secara normal, vaginal delivery mengadukan masalah seakan sama iaitu dia merasa sakit di bahagian “peranakan dan saluran najis”. Kesakitannya menyebabkan dia tidak menikmati hubungan kelamin bersama suaminya selama ini, walaupun dia ... Read More »

Lendir Degil di dalam Tekak

Apakah yang menyebabkan lendir/kahak (phlegm)? Lendir (Phlegm) adalah cecair yang pekat, melekat dikeluarkan oleh selaput  mukus (mucus membrane) yang terdapat di sepanjang saluran pernafasan. Maka lendir boleh dikeluarkan di sepanjang saluran pernafasan daripada paru-paru hingga ke rongga hidung. Apabila lendir ini berkumpul, ianya akan ditolak ke atas oleh “cilia” (rerambut kecil) daripada paru-paru naik ke tekak. Lendir yang sedikit selalunya tidak mendatang masalah kerana ianya adalah sebahagian daripada sistem pertahanan badan. Lendir di paru paru dan trachea memerangkap habuk dan bendasing dan membawanya ke tekak ddengan cara rerambut cilia menolak lendir itu ke bahagian atas. Sekaligus menghalang habuk daripada masuk ke dalam sistem pernafasan. Namun begitu, lendir yang banyak menunjukkan ianya disebabkan oleh penyakit, dan bukannya perkara yang normal lagi. Ini berlaku terutama apabila lendir terlalu banyak dan mempunyai warna ... Read More »

Restless Legs Syndrome (RLS)

Apakah dia Restless Legs Syndrome? RLS adalah masalah saraf (neurological disorder) di mana terdapat suatu perasaan yang tidak dapat dibendung (irresistible urge) untuk menggerakkan kaki bagi menghentikan “perasaan tidak selesa atau pelik” pada bahagian itu. Perasaan pelik itu biasanya digambarkan seperti panas terakar, gatal yang teramat sangat, mencucuk-cucuk seperti dicucuk jarum dan kadang kala kebas (paresthesias). Ada juga yang mengadu seolah-olah otot kakinya berasa sangat sakit. Ada juga menggambarkannya sebagai “ada sesemut yang merayap di bawah kulit”. Ianya seolah-olah serupa dengan masalah ketagihan narkotik,namun pesakit biasanya tidak pernah terlibat dalam penyalahgunaan dadah sebelum ini. Pesakit akan mula merasakan “kedatangan” perasaan itu apabila dia berbaring atau cuba merehatkan kakinya. “Perasaan pelik” itu akan hilang sebentar apabila ianya digerakkan secara berterusan. Adakalanya pesakit terpaksa berjalan bermundar-mandir atau menggerakkan kakinya berterusan. Kadang kala ... Read More »

Nasib Pelajar Jururawat Kolej Swasta

1000am 150310 Semasa berjumpa dengan teman-teman yang mempunyai anak gadis, saya menerima banyak rungutan dari mereka (ibubapa) tentang anak-anak perempuan mereka yang telah tamat mengikuti nursing course dari Kolej Swasta, masih lagi menganggur tanpa pekerjaan. Mungkin ada di antara mereka yang bernasib baik dapat bekerja di klinik swasta, namun tangga gaji ditawarkan hanya RM450, iaitu gaji bagi lulusan SPM bukan tangga gaji bagi lulusan diploma nursing. Ibubapa menjadi tidak puas hati kerana ketika ditawarkan kursus oleh kolej jururawat swasta ini (bukan pelajar yg memohon), mereka dijanjikan pekerjaan apabila tamat pengajian nanti. Kononnya Hospital Kerajaan akan mengambil mereka sbg Staff Nurse (Jururawat Terlatih), namun itu semua hanyalah suatu janji manis. Ramai yang masih menganggur walaupun telah lama tamat pengajian. Semasa di tahun akhir pengajian, mereka hanya dibenarkan membuat praktikal di hospital ... Read More »

Tubuh Berangin Atau REFLUX?

1000am 240310 Saya terpinga-pinga bila seorang tua memberitahu bahawa tubuhnya penuh dgn “angin”. Mulanya saya ingatkan dia bergurau. Katanya bila diurut tubuhnya, dia akan sendawa. Banyak angin yg dikeluarkan. Menurut logiknya tentulah angin akan keluar dari dalam otot/daging apabila dipicit. Agaknya dia membayangkan tubuhnya ibarat buah limau, apabila diperah jusnya akan keluar. Namun sepanjang pengajian dahulu, dan pengalaman saya melakukan dissection pada cadaver/mayat, melakukan post mortem pada mayat yg baru meninggal dan melakukan pembedahan pada manusia yg masih hidup, tak ada pula angin yg keluar bila kulit di toreh atau otot di potong. Ini semua adalah salah faham, apabila orang yg memberi nasihat dan pendapat itu bukan org yg berilmu dan ahlinya. Pelbagai tanggapan dibuat mengenai penyakit itu mengikut logik yg mampu difikirkan. Saya percaya “angin” yang keluar ketika sendawa ... Read More »

Bilakah sakit dada merbahaya?

Apabila anda berada sakit dada, terutama yang berumur 35 tahun ke atas, mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi, kandungan kolestrol dalam darah yang ringgi (hypercholestrole) dan obesiti , serangan sakit jantung adalah punca utama. Serangan sakit jantung (myocardial infarction) adalah keadaan yang sangat serius.  Clot (gumpalan) di saluran arteri jantung menyebabkan bekalan darah ke jantung menjadi berkurang atau terhenti sama sekali. Semakin lama keadaan ini dibiarkan semakin teruklah kerosakan pada otot jantung. Bila ianya merbahaya ? Jika selama ini anda selalu rasa kurang selesa di bahagian dada tetapi berasa reda/lega apabila anda rehat. Ianya akan menjadi tanda serangan sakit jantung yang serius jika sakit dada menjadi lebih kuat sakit dada tidak berkurang dengan berehat sakit dada berlaku bila anda dalam keadaan rehat dan bukan dalam aktiviti atau emosi yang stress. ... Read More »

Kerap Kencing

KERAP KENCING Seorang pesakit bertanya “Saya mengalami perasaan untuk membuang air kecil (kencing) berterusan. Saya tidak pernah rasa leakage (terlepas air kencing akibat tak dpat dikawal), pemeriksaan air kencing UFEME dan urine culture juga telah saya lakukan apabila berjumpa doctor dan didapati ianya normal. Apa masalah saya doktor? “ Oleh kerana semua ujian telah dilakukan, puan kemungkinan tidak mempunyai masalah pada stuktur saluran kencing atau masalah jangkitan kuman. Masalah saluran kencing puan mungkin disebabkan oleh masalah fungsi yang kita namakan ”Overactive Bladder” yang mana kerap berlaku pada wanita. Apa yg berlaku adalah pengecutan (contraction) pada pundi kencing puan tanpa ransangan yg bisanya berlaku apabila pundi penuh. Selalunya apa yang dirasa ialah rasa hendak kencing (rasa pundi kencing penuh) tetapi bukanlah sakit yang teruk. Kemudian puan melepaskan kencing dan merasa lega. ... Read More »

Ketagihan Caffeine?

Di Malaysia, Caffeine bukanlah dikategorikan sebagai sejenis ubat yg terkawal, walaupun sesetengah pakar perubatan menganggap ianya adalah bahan perangsang psychotropic. Apa masalah yang biasa dihadapi oleh mereka yang biasa minum caffeine dan cuba menghentikan pengamalan itu secara mendadak? Bagi mereka yang biasa mengamalkan caffeine, peminum/pengamal biasanya akan mengalami beberapa masalah (seolah-olah ketagihan) apabila cuba meninggalkan habit pengambilannya. Tanda-tanda ini dinamakan “caffeine withdrawal”. Ramai telah mengakui apabila seseorang yang telah biasa mengamalkannya (minum caffeine setiap pagi), meninggalkan habit itu akan menjadikan diri tidak bertenaga, kekurangan inspirasi dan kadang-kala seperti ayam berak kapur apabila menunggu idea yang tidak muncul datang. (sama kesannya seperti nicotine dalam rokok). Bagaimana seseorang boleh menjadi “ketagihan” tanpa dia menyedarinya? Ramai yang tidak suka kepada istilah penagihan caffeine, namun tanda-tanda withdrawal itu sekurang-kurangnya telah menyebabkan golongan ini termasuk ... Read More »

Guillain-Barre Syndrome

  Pengenalan   Guillain-Barré Syndrome (GBS) adalah penyakit yang amat jarang berlaku, dianggarkan berlaku 1 atau 2 dalam 100 000 orang. Ianya adalah penyakit yang datang secara tiba-tiba (acute) radang (inflammatory) yang melibatkan kerosakan selaput saraf (demyelinating) yang banyak (bukan satu saraf saja). Ia adalah penyakit autoimmune yang merosakkan saraf-saraf lain selain daripada saraf tunjang (peripheral nervous system) selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman virus. GBS selalunya menyerang saraf dan selalunya corak penyakit ini disebut ascending paralysis dimana anggota yang lemah bermula di kaki dan merebak ke bahagian atas, iaitu tangan dan muka. Ianya juga melibatkan kehilangan respon reflex tendon ( deep tendon reflexes) Tanda-tanda Penyakit ini selalunya digambarkan lemah pada badan secara symmetrical ( melibatkan kedua-dua belah badan, sebelah kanan dan kiri). Ianya bermula dari kaki dahulu kemudiannya naik ke ... Read More »

Selamat Datang!

Selamat Datang!

Assalamualaikum.. Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada anda yang sudi mengunjungi blog ini. Tujuan blog ini ditubuhkan adalah untuk saya berkongsi info dan pengalaman. Info ini boleh dijadikan panduan untuk berdiskusi dengan doktor yang merawat. Terserahlah pada doktor yang merawat untuk mencadangkan rawatan terbaik untuk anda sebagai pesakitnya. Saya tidak memberikan diagnosis atau mencadangkan nama ubat dalam masalah yang ditanyakan. Segala perkongsian info tidak boleh menggantikan pemeriksaan dan rawatan yang diberikan oleh doktor di klinik. Saya amat menggalakkan pertanyaaan dan saya akan menulisnya semula sebagai info kepada pembaca yang lain. Namun suka saya ingatkan bahawa saya tidak berkewajiban untuk menjawab semua soalan yang dihantar. Jika saya diberikan kelapangan masa, insya Allah saya akan menjawabnya. Tapi jika anda inginkan saya menjawab soalan anda dalam kadar segera, anda boleh ke pautan ini. ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!