Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum (page 6)

Category Archives: Umum

Nyanyuk di Usia Muda

Nyanyuk di Usia Muda

Selalunya seseorang dikatakan mengalami penyakit nyanyuk apabila dia mula mencapai umur 65-70 tahun. Namun apa yang terjadi kepada rakan saya, seorang agen unit amanah yang berjaya, dia mengalami beberapa kelupaan yang merisaukan. “Doc, satu malam saya balik ke rumah. Oleh kerana kepenatan dan terasa mahu minum teh panas, jadi saya memasak air di atas dapur. Saya buatlah air teh dengan mencurahkan air dari atas dapur.” Saya menanti dengan penuh minat. “Pada pukul 4.30 pagi isteri saya menjerit. Dia memarahi saya kerana lupa menutup tombol dapur gas sepanjang malam. Mujur isteri saya bangun untuk membuatkan susu pada anak kami..” Saya mendiamkan diri. Mungkin dia lupa kerana terlalu penat. “Beberapa hari lalu I marahkan kerani I sebab terdapat satu aliran keluar dalam akaun syarikat. Penyata bank menunjukkan ada aliran keluar sebanyak RM5000 ... Read More »

Penerangan Umum Mengenai Ketagihan Seksual

Rakan FB saya, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil meluahkan kebimbangannya terhadap email yang baru diterima. Saya menyalin luahan dari wall FB beliau. “Berpuluh-puluh emel saya terima dengan kes yang sama. Anak muda yang soleh, tak pernah tinggal solat semenjak aqil baligh, tetapi ketagihan pornografi, merutin diri dengan masturbasi, dan aktif naik ke pentas memberi tazkirah dakwah. Meminta tolong daripada saya, Wallahi saya tak tahu nak nasihat apa, malah derita jiwa memikirkan anak-anak saya pula!” Begitu juga keluhan Ustaz Zaharudin Abd Rahman dalam blognya. “salam ustaz, ustaz macamana hendak berhenti dari masturbasi dan menonton filem lucah, padahal saya sembahyang cukup. Adakah selama ini Allah tidak terima ibadat saya?” Malah ada yang cuba beralasan kononnya bermasturbasi untuk mengelakkan zina, padahal masturbasi sebenarnya mendekatkan diri dengan zina. Pelbagai alasan lagi yang diberikan. “Assalamu alaikum ... Read More »

Punca Keguguran Rambut di kalangan Wanita

Ramai wanita yang mengalami masalah keguguran rambut yang menyebabkan rambut mereka semakin menipis. Kebanyakan wanita hanya membeli ubat dari sengseh atau farmasi tanpa mengetahui apa yang sebenarnya berlaku pada dirinya. Adakah mereka hanya mengalami masalah keguguran rambut sahaja atau keguguran rambut itu tanda bagi ‘penyakit yang lebih serius’? Ada wanita tidak menyangka keguguran rambut mereka sebenarnya disebabkan oleh masalah yang serius sehinggalah tanda-tanda lain penyakit itu muncul. Jadi buatlah pemeriksaan sebelum masalah keguguran rambut ini menjadi kronik dan sukar dirawati. Jika awal berjumpa doktor, keadaan ini dapat dirawat dengan lebih baik. Masalah keguguran rambut ini melibatkan 5% wanita yang berumur kurang dari 30 tahun dan hampir 60% wanita berumur 70 tahun. Keguguran rambut yang dihadapi oleh wanita amat berlainan dengan botak yang dihadapi oleh kaum lelaki. Ia dikenali sebagai androgenetic ... Read More »

Wajibkah Uri Bayi Ditanam?

Uri atau placenta adalah organ yang dibentuk di dalam rahem. Ia dibentuk bersama-sama dengan janin, bertujuan untuk pengambilan makanan dan oksigen dari ibunya. Selain itu ia mengeluarkan bahan-bahan kumuh dan toksik dari janin kepada ibu agar dapat dibuangkan dari tubuhnya. Oleh itu uri adalah ‘sebahagian dari organ’ dalam proses pembentukan bayi. Ketika bayi dilahirkan, uri akan keluar bersama-sama bayi. Tali pusat yang menyambungkan antara uri dan bayi akan diputuskan. Selepas itu uri tidak ada lagi peranan. Uri dikira sebagai organ yang telah mati dan hukumnya najis. Ia sama hukumnya seperti kaki yang terputus dari tubuh badah. Hukumnya najis. Ia harus diuruskan dengan sempurna tetapi tidak berlebih-lebihan. Uri ditanam ke dalam tanah  dan tidak boleh dibakar. Maka kewajiban bagi ibubapa untuk menuntut uri dari jururawat bertugas apabila anak mereka dilahirkan. Pihak ... Read More »

Merawat Luka Pembedahan

Merawat Luka Pembedahan

Saya mempunyai banyak pengalaman bersama pesakit yang telah menjalani pembedahan. Sepanjang lima tahun saya bekerja di wad pembedahan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, banyak teknik dipelajari yang kadangkalanya dikutip dari pengalaman. ”Entah apa-apa nurse kat pusat kesihatan tu. Cuci luka bapa saya cincai je. Lambat baik. Geram saya. Kalau dia orang tak nak kerja, baik balik saja” Baru-baru ini seorang lelaki yang berjawatan tinggi di sektor swasta mengeluh kepada saya. Melepas geram. Saya mengangguk-angguk kepala saja. Perlahan-lahan saya membaringkan bapanya yang berumur 62 tahun di atas katil pesakit. ”Sudah dua bulan. Luka masih macam ni !” Saya membuka balutan luka dan mendapati luka pembedahan laparotomy nya ’ternganga’ besar. Bagaikan kawah letupan gunung berapi. Nanah, lendir dan darah bercampur di dasar ’kawah’ itu. ”Awak yang menjaga dan membawa bapa setiap hari ... Read More »

Apa yang Perlu Ada dalam ‘Air Mineral’?

Apa yang Perlu Ada dalam ‘Air Mineral’?

Ramai yang keliru dengan pelbagai jenama air mineral yang ada di pasaran. Saya sendiri pada mulanya tidak tahu yang mana yang harus saya pilih. Cuma saya ada beberapa jenama yang menjadi kegemaran saya berdasarkan deria rasa di hujung lidah saya. Air mineral yang ‘sedap’ diminum, itulah jenama pilihan saya kerana pada mulanya saya menganggap semua air mineral mempunyai kandungan mineral yang sama. Tetapi itu bukannya cara yang baik untuk memilih air mineral. Apatah lagi jika air yang berisipadu 500ml dibayar dengan nilai 1 ringgit. Bayangkan kalau ada pengilang yang hanya mengambil air paip dan membotolkannya sebagai air mineral. Tentu wang yang dikeluarkan tidak berbaloi. Perbincangan ini menjurus kepada kandungan mineral yang sepatutnya ada dalam air mineral.   Apa sebenarnya air mineral? Di Malaysia semua pengilang yang mempunyai lesen membotolkan air ... Read More »

Mengapa Bulu Mata Selalu Gugur?

Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang pesakit wanita mengenai bulu matanya yang sering gugur. Walaupun kehilangan bulu mata tidak begitu jelas, namun saya memahami perasaan seorang wanita. Kehilangan sehelai bulu mata sudah cukup membuatkannya aneh dan runsing. Mungkin sebagai lelaki, saya menganggap keguguran itu remeh, tetapi amat dirasakan oleh seorang wanita. Kecantikan adalah senjata utama bagi memikat hati suami. Bulu mata (eyelashes) adalah sebahagian dari bulu yang tumbuh pada badan seseorang. Ia berfungsi sebagai struktur yang menghalang habuk daripada memasuki mata di samping menambahkan kecantikan seseorang. Seperti rambut, bulu mata akan gugur setiap hari. Ia adalah perkara yang normal. Tidak ada yang pelik tentang itu. Ia juga bukan suatu penyakit. Bulu mata yang gugur akan tumbuh semula. Keadaan ini dinamakan madarosis. Namun begitu jika keguguran bulu mata berkaitan dengan penyakit ... Read More »

Kimia Toksik dalam Permainan dan Peralatan Bayi

Tanpa kita sedari banyak pencemaran toksik merbahaya berada di dalam rumah kita. Paling membimbangkan ialah bayi-bayi kita terdedah secara langsung kepada pencemaran ini. Sebelum ini saya ada menulis tentang bahaya pencemaran sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai BPA yang terdapat pada botol susu plastik. Kini saya cuba membawa beberapa kerisauan badan-badan bukan kerajaan tentang beberapa bahan-bahan kimia merbahaya lain yang ‘dekat’ dengan bayi kita. Belum banyak kajian saintifik mengenai kesan buruk pencemaran bahan kimia ini jika terdedah pada jangkamasa yang panjang. Malah bahan-bahan kimia ini menyebabkan banyak ‘penyakit-penyakit misteri’, telah dikategorikan sebagai “penyakit yang tidak diketahui sebabnya” atau unknown caused disease. Para doktor sibuk mencari ‘apakah bakteria dan virus’ yang menjadi punca penyakit bayi di wad, hingga terlupa akan punca penyakit sebenarnya adalah pencemaran kimia berbahaya. Lalu akhirnya bayi itu ... Read More »

Harapan untuk Dapatkan ‘Muka’ Semula

Saya amat kagum dengan kepakaran yang dimiliki oleh satu pasukan pakar pembedahan di Hospital Brigham dan Wanita di Boston. Saya percaya ilmu dan kemahiran yang diberikan oleh Allah kepada Dr Bohdan Pomahac yang mengetuai pasukan ini adalah satu rahmat dari-NYA. Masakan tidak beberapa kes kerosakan muka yang teruk telah berjaya dipuilihkan dengan izin Allah. Sebelum ini James Maki telah berjaya dibedah pada 9 April 2009 di hospital yang sama. Walaupun James Maki memerlukan beberapa pembedahan plastik seterusnya, namun wajah barunya tetap lebih baik dari ‘muka tanpa wajah’ sebelum ini. Kali ini seorang pekerja pembinaan,  Dallas Wiens, berumur 25, telah menjalani pembedahan untuk pemindahan hidung, bibir, kulit, otot muka dan saraf dari seorang penderma tisu yang baru meninggal dunia. Dallas mengalami musibah yang amat ngeri dan dahsyat apabila dia terlanggar wayar ... Read More »

Adenovirus 14 (Virus Selsema Pembunuh)

Adenovirus 14 (Virus Selsema Pembunuh)

Malaysia dikejutkan dengan beberapa kes jangkitan virus yang menyebabkan kematian berlaku di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL). Paling baru (saya menulis pada 21 mac 2011) seorang pelatih inspektor, Mohd Redzuan Ishak, 26, meninggal dunia 4.00 pagi 17 Mac 2011 selepas tujuh hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana dijangkiti ‘Adenovirus’. Ia menjadikan jumlah kematian setakat ini adalah dua orang sejak jangkitan pertama dikesan di pusat latihan utama milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu pada 4 Mac lalu. Kematian pertama membabitkan seorang pelatih konstabel, Mohd Azizan Azirid, 21, dari Kuala Kangsar, Perak yang meninggal dunia pada 8 Mac 2011 selepas dirawat selama lima hari di unit rawatan sama. Kematiannya berpunca dari jangkitan penyakit community acquired pneumonia oleh virus ’Adenovirus type 14’ selepas menghidap batuk, selsema dan demam untuk ... Read More »

Tahyul Moden: Garam Boleh Halang Kesan Radiasi Nuklear?

Tahyul Moden: Garam Boleh Halang Kesan Radiasi Nuklear?

Pasaraya di Beijing dan Shanghai, China telah kehabisan bekalan serbuk garam semenjak khamis 17 Mac 2011. Ini kerana rakyatnya mempercayai khabar-khabar angin mengatakan kebocoran radiasi dari Kompleks Nuklear Fukushima Daiichi, Jepun boleh menyebabkan kanser thyroid. Iodised salt (garam yang ditambah unsur iodin) yang dijual di pasaraya pula dipercayai boleh mengelakkan kanser thyroid ini. Kerajaan China gagal mengawal khabar-khabar angin ini dan rakyat China semakin panik walaupun tahap radiasi di 41 buah bandar di China masih normal. Tahap panik yang melampau membuatkan seorang pelanggan di bandar Ningbo membeli bekalan serbuk garam untuk bekalan selama lima tahun bagi melindungi dirinya dan keluarganya. Selain itu khabar-khabar angin juga memberitahu bahawa terdapat satu ubat pencegahan kanser thyroid, iaitu tablet potassium iodide. Kementerian Kesihatan di negara itu juga menasihati orang ramai agar tidak mengambil sebarang ... Read More »

Adakah BPA Selamat Pada Bayi Kita?

“Assalamualaikum, doktor.  Maaf mengganggu. Apa pendapat doktor tentang penggunaan botol yang mengandungi BPA. Bagaimana kita mahu menganalpasti botol itu mengandungi BPA atau tidak?” Soalan ini amat mengujakan saya. Saya rasa mahu menjawab segera. Saya percaya ramai ibu-ibu muda yang masih alpa akan kesan buruk bahan-bahan kimia yang terdapat pada produk-produk yang selalu digunakan. Padahal kesan bahan-bahan kimia ini amat besar ke atas generasi kita yang akan datang. Tentunya kita tidak menyangka bahawa dalam botol plastik susu anak kita mengandungi sejenis unsur kimia yang bahaya. Ini juga salah satu fakta yang menggalakkan penyusuan ibu kerana botol plastik susu bayi sekarang semakin tidak selamat. Bisphenol A (BPA) adalah unsur bahan utama bagi pembentukan botol plastik polycarbonate. Ia digunakan kerana tahan lebih lama, berwarna jernih dan tahan haba. Selain digunakan untuk membuat botol ... Read More »

Deodorant Menyebabkan Kanser Payudara?

Kontroversi Saya tidak menyangka bahawa ramai di antara rakan-rakan FB belum pernah mendengar khabar angin yang beredaran di internet tentang penggunaan deodorant atau antiperspirant di ketiak akan menyebabkan kanser payudara. Padahal khabar angin ini telah beredar bertahun-tahun lamanya. Saya menganggap khabar-khabar angin telah terjawab kerana saya mengambil pendirian pakar-pakar Oncologist dari serata dunia. Saya sendiri pernah menerima email dari rakan-rakan yang memetik kontroversi itu di sebuah jurnal terkenal, Journal of the National Cancer Institute. Jadi elok juga saya mengupas isu ini dengan lebih lanjut. Ramai pakar oncologist tidak berpendapat bahawa deodorant/antiperspirant boleh menyebabkan kanser payudara. Tetapi ramai saintis yang bekerja di makmal-makmal masih membuka perdebatan ini. Mereka mendapati sejenis bahan kimia paraben yang terdapat pada deodarant/antiperspirant dan beberapa bahan kosmetik lain, menjadi penggalak bagi terjadinya kanser payudara.   Apa itu ... Read More »

Bagaimana Memeriksa Pertumbuhan Fizikal Anak?

Saya melapangkan masa menghadiri majlis kesyukuran kelahiran seorang bayi, anak rakan saya. Tersenyum bila saya mendengar perbualan kaum ibu. Mereka nampaknya amat peka terhadap apa yang berlaku pada anak yang dilahirkan. Mereka berbincang sesama sendiri dan memberikan beberapa petua agar anak mereka sihat. Malangnya, apabila di pusat kesihatan, saya dapati ramai bayi yang mengalami kekurangan berat badan. Kelihatannya seperti tidak diberikan perhatian. Namun saya ucapkan tahniah kepadaibubapa yang dapat memastikan anak mereka sihat dan mendapat berat yang sepatutnya mengikut umur mereka. Kali ini saya menulis agar dapat memberi panduan bagaimana pertumbuhan fizikal kanak-kanak dapat diawasi oleh ibubapa. Ibubapa tidak seharusnya mengharapkan jururawat di Pusat Kesihatan saja untuk menjaga pertumbuhan fizikal ini dan kemudiannya ‘menarik muka masam’ apabila ditegur oleh jururawat di sana. Para jururawat memang diajar agar mengambil berat terhadap ... Read More »

Selamatkah Makan Mi Segera?

Selamatkah Makan Mi Segera?

Saya sangat geram jika ada ibubapa bertanya pada saya, bolehkah anaknya yang berusia 5 tahun dan sedang demam memakan mi segera. Saya faham niat ibubapa yang cuba memberikan sesuatu pada anak yang menghadapi kelesuan  dan tidak selera makan akibat demam. Namun itu bukanlah langkah yang bijak. Masih ingat tentang khabar angin mengenai kerajaan Taiwan telah mengharamkan mi segera yang dikeluarkan oleh satu syarikat dari Indonesia? Walaupun ia setakat khabar angin, ada iktibar yang dapat kita pelajari oleh mayarakat kita. Adakah mi segera kita selamat? Pengharaman itu disebabkan kadar bahan pengawet yang terdapat pada mi segera itu melebihi daripada kadar yang dibenarkan. Walaupun bahan pengawet itu (methyl p-hydroxybenzoate dan benzoic acid) dikatakan selamat, namun jika digunakan pada kadar  yang terlalu tinggi dikhuatiri akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan. Sebenarnya produk ... Read More »

Airmata Darah: Fenomena Luar Biasa

Saya khuatir dengan sikap segelintir orang Melayu yang jahil dalam akidah, begitu mudah mempercayai khurafat. Pantang saja ada keganjilan berlaku, berbondong-bondong orang kita pergi melawat dengan penuh ketakjuban. Apa yang lebih bahaya apabila hati mula mempercayai kononnya orang itu wali kerana keajaibannya dan meminta pelbagai permintaan kerana percaya orang itu boleh menunaikan permintaan mereka dengan ‘kuasa’ yang dia ada. Tahun 2011 ini, saya mendapati ada beberapa keganjilan berlaku di beberapa tempat di dunia. Seharunya dijadikan iktibar supaya jika ianya berlaku di Malaysia, kita tidaklah mengikuti orang-orang jahil. Dua kejadian ganjil berlaku di India apabila kedua-dua wanita mengeluarkan airmata bercampur darah. Sepatutnya peluh dan air mata mengeluarkan rembesan cecair yang tidak berwarna. Namun  Twinkle Dwivedi, berusia 14 tahun mengeluarkan air mata yang bercampur dengan darah semenjak beliau berumur 11 tahun. Mulanya ... Read More »

Kekuningan Pada Bayi: Normal atau Bahaya?

Kekuningan pada bayi menjadi kebimbangan kepada ibubapa yang baru mendapat cahayamata. Mungkin disebabkan tiada pengetahuan dan pengalaman menyebabkan mereka segera membawa anak mereka ke klinik. Kadang-kala saya rasa kasihan melihat anak yang berusia beberapa hari telah diusung ke klinik. Selalunya saya akan beri keutamaan kepada bayi. Saya tidak pasti sama ada penerangan telah diberikan oleh para jururawat sebelum anak mereka dibenar keluar dari hospital. Mungkin Kementerian Kesihatan harus memastikan para ibu menghadiri kelas selama sejam sebelum dibenarkan pulang agar dapat diterangkan perkara-perkara yang perlu mereka tahu mengenai bayi mereka. Saya masih teringat seorang nenek membawa cucunya yang kekuningan ke klinik dengan ditemani oleh anak lelakinya. ”Cucu saya kekuningan, bahaya ke doktor?” tanya seorang nenek selepas meletak cucunya di atas katil pemeriksaan. Kekuningan atau istilah perubatannya ”jaundice”  adalah keadaan di mana ... Read More »

Melasma Bukan Sumpahan Buatan Orang

Lama sudah saya tidak berbicara mengenai isu-isu yang tidak berkaitan dengan kehamilan. Ini mengakibatkan saya kekeringan idea untuk menulis isu-isu perubatan yang lain. Satu hari ketika saya sedang membaca sebuah jurnal perubatan, tiba-tiba inbox facebook saya dimasuki mesej. ”Salam doktor, harap tidak mengganggu. Saya baru balik dari kampong selama seminggu. Tanpa saya sedari kulit muka saya menjadi kehitaman di kedua-dua belah pipi saya. Saya amat risau kerana makcik di rumah ibu saya memberitahu ianya buatan orang. Untuk pengetahuan doktor saya, ini adalah perkahwinan saya kedua dengan seorang duda. Umur saya sudah 35 tahun dan ini kali ketiga saya hamil” Saya cuba bertanyakan lagi isu-isu yang berkaitan dengan perkahwinan dan kehamilannya. Ia benar-benar mengganggu tumpuan pembacaan jurnal saya. Namun saya ingin membantu beliau. Saya percaya tompok-tompok hitam itu disebabkan oleh keadaan ... Read More »

Kematian di Jalan Raya Bagaikan Mangsa Perang Palestine

Kematian di Jalan Raya Bagaikan Mangsa Perang Palestine

Saban tahun saya akan mengira purata kematian di jalan raya. Saya bukannya sudah tidak siuman mencatit jumlah kematian setiap tahun. Tiada kegembiraan di hati saya. Saya cuma menduga-duga, bahawa kematian rakyat Malaysia di jalan raya memang sesuatu yang tidak berbaloi. Saya membuat pengiraan kematian rakyat Malaysia setiap tahun secara puratanya 15 orang sehari di jalanraya. Di hospital kerajaan di tempat saya bekerja dulu pun tidak kurang 3 hingga 5 orang  mangsa yang meninggal dunia di Jabatan Kecemasan. (Semasa saya bekerja di hospital dahulu, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru adalah hospital yang menerima rujukan kes-kes berat dari bahagian selatan. Banyak kes-kes kemalangan berat dari Kota Tinggi, Kulai, Pontian, Segamat, Batu Pahat dihantar ke hospital ini). Alangkah ruginya tenaga muda mereka. Kematian mereka mungkin bermakna jika mati akibat menentang pencerobohan Israel di ... Read More »

Muntah Selepas Makan Makanan Bergoreng

Klinik FB saya ditanya oleh seorang remaja yang menghadapi masalah kerap muntah sebaik saja selepas makan. Selamat pagi doktor,,saya berumur 19thn dan saya ingin pandangan doktor tentang masalah saya. Selama beberapa tahun ini saya selalu muntah selepas makan. Setiap kali makan saya akan muntah terutama jika saya makan makanan berminyak. Apakah masalah ini bahaya? Saya berharap doktor dapat menolong saya, saya sangat risau doktor dengan keadaan saya ini. Sessungguhnya Maha Puji bagi Allah yang memberikan setiap manusia kelainan dalam hidup. Kita sebagai hambanya haruslah mengadaptasi mengikut kelainan yang diberikan. Banyak hikmah yang tersirat. Ramai yang ingin mengurangkan berat badan dan menghadapi masalah kerana nafsu makan yang tidak boleh dikawal. Mereka yang menghadapi masalah ‘muntah selepas makan’ ini dikirakan beruntung kerana tidak mempunyai masalah berat badan. Cuma perlu mengubah sedikit cara ... Read More »

Rawatan Ketuat (Foot Warts) Pada Kaki

Ketuat pada kaki adalah masalah biasa yang dihadapi oleh kebanyakan kita. Saya tidak pernah menderita akibat ketuat, namun saya telah berpuluh kali melihat masalah ketuat di kaki. ”Doktor, saya bukan pengotor. Setiap hari saya membersihkan kaki saya” kata seorang lecturer UTM. Saya tidak dapat memberikan komen sama ada seseorang itu pengotor atau tidak kecuali jika terlalu nyata, kakinya berbau apabila membuka kasut kerana mahu menunjukkan masalah ketuatnya pada saya. Namun saya percaya dengan membasuh kaki 5 kali sehari ketika mengerjakan solat, membantu kita menjaga kebersihan kaki. Basuhlah celah-celah jari kaki dengan teliti kerana itu adalah kesempurnaan wudhu dan faedah duniawinya amat banyak. ”Macam mana saya boleh kena ketuat doktor. Saya peliklah” Soalan ini juga saya tidak dapat menjawabnya. Saya tidak sentiasa bersama pesakit. Apabila pesakit menemui doktor, kaki beliau telah pun ... Read More »

Pesakit Berhak Pilih Doktor

“Susah sangat­kah hendak bercakap? Kita hendak tanya lagi tetapi dia cepat-cepat suruh keluar dan ambil ubat.” Itu komen seorang pesakit yang baru mendapatkan perkhidmatan di sebuah klinik kecil di taman perumahannya. Ketika mengadu mengenai sakitnya, si doktor terus memberi beberapa ubat dan si pesakit yang mahu mengetahui ubat yang diberi seperti nama ubat, tujuan diberi dan kesan pe­ngambilannya, dia tidak diberi penjelasan terperinci. Ternyata doktor itu begitu berat mulut hendak berkomunikasi dan membuat penera­ngan. Tentu ada yang pernah mengalami pengalaman ini dan rasa kecewa lantas membuat keputusan tidak mahu mengunjungi klinik yang sama lagi. Bolehkah doktor bersifat ‘pendiam’ di dalam tugasnya? Menjenguk bidang kerjaya lain sekadar untuk membuat perbandingan, bolehkah guru juga bersikap ‘pendiam’ lantas dia tidak mahu mengajar muridnya? Semua bidang pekerjaan memerlukan komunikasi dua hala. Tidak semua doktor ... Read More »

Rawatan Untuk Kulit Kaki Kering dan Pecah

Rawatan Untuk Kulit Kaki Kering dan Pecah

Kembali lagi dengan isu kecantikan. Bagi lelaki, kulit kaki yang kering dan pecah tidak menjadi hal penting. Mereka tidak akan datang mendapatkan rawatan sehinggalah kaki mereka  yang merekah dan pecah itu dijangkiti kuman dan menyebabkan kesakitan. Bagi wanita pula, kulit kaki yang kering dan pecah memberikan kesan kosmetik yang tidak menyenangkan. Mereka berasa malu berjalan dengan kaki yang sedemikian apatah lagi jika duduk bersempuh bersama-sama dengan rakan. Pasti ada rakan yang akan menegur. ”Doktor, kulit yang kering dan merekah bahaya ker?” Tiada bahaya bagi kaki yang kering kecuali ia menyebabkan masalah kosmetik. Ia lebih melambangkan seorang wanita itu tidak menjaga kebersihan dan kecantikannya. Pada hal, kaki juga kadang kala merangsang gelora hati suami bila memandang isterinya.   Bagi pesakit yang tidak mempunyai masalah yang kronik seperti psoriasis, diabetis mellitus, hypothyroidism atau ... Read More »

Rawatan Terbaik untuk “Anxiety Disorder”

Ketika saya sedang merangka penulisan tentang ‘Anxiety Disorder ’ di wall fb, ada rakan-rakan fb yang mahu berkongsikan masalah. Saya percaya masalah gangguan emosi ini amat ketara di kalangan masyarakat kita. Saya amat bersimpati apabila membaca masalah dan kesedihan yang dialami oleh salah seorang daripada mereka. ”Just want to share. Saya pernah mengalami anxiety attack pada awal tahun lepas. Saya berasa sesak nafas dan tangan saya mula terasa kebas dan melarat keseluruh badan, sehinggakan kaki dan tangan saya bengkok. Saya berasa panik dan fikir saya diserang stroke. Saya dikejarkan hospital dan alhamdulillah selepas beberapa jam keadaan bertambah pulih dan diberikan ubat penenang Xanax. Doktor mengatakan saya mengalami axiety attactk. Ini mungkin disebabkan saya mengalami stress akibat ujian dari Allah. Ia adalah tempoh yg paling kritikal utk saya. Mak saya mengalami batuk ... Read More »

Acanthosis Nigricans: Bukan Setakat Daki di Kulit

Masalah kegemukan di kalangan kanak-kanak telah menjadi isu yang sering diperkatakan dalam komuniti perubatan. Ini kerana kegemukan mereka bukan setakat masalah kosmetik dan penampilan fizikal kanak-kanak itu atau saiz baju yang mereka yang terpaksa ditempah. Ia boleh menjadi lebih parah daripada itu kerana mampu menyebabkan penyakit kronik dalam jangka masa yang panjang. ”Doktor, cuba doktor nasihatkan anak saya ini. Baru darjah tiga beratnya sudah 45kg!” Keluh seorang ibu yang saiz badannya juga agak gempal meminta saya menasihatkan anaknya. Katanya, ayam dan telur ayam menjadi kegemaran si anak. Tidak aktif dan suka duduk di rumah. Tiada apa yang boleh saya nasihatkan kanak-kanak berumur 9 tahun itu. Dia tidak akan faham mengapa ibunya melarang dia makan ayam gorang yang menjadi kegemarannya itu. Lebih baik saya menasihati ibunya cara pemakanan yang sihat.  Makan ... Read More »

Berapa Lamakah Diperlukan untuk Puas Tidur?

Berapa Lamakah Diperlukan untuk Puas Tidur?

Alhamdulillah, maha puji bagi Allah. Saya tidak mengalami masalah tidur sekarang. Sewaktu memulakan kerjaya sebagai doktor, tidur yang nyenyak adalah suatu kemewahan. Keletihan akibat tidur yang tidak mencukupi membuatkan saya stress fizikal dan mental. Kini, letak saja kepala di bantal, otak saya terus masuk ke fasa rehat. Bila bangun tidur berasa puas. Mungkin beban kerja yang semakin berkurangan walupun tanggungjawab semakin bertambah. Saya tidak lagi on call di malam hari. “Dan Dialah yang menjadikan malam sebagai pakaian bagimu dan tidur sebagai istirahat, dan dijadikan siang untuk bertebaran (mencari rezeki)”Al-Furqan:47 Bagi mereka yang terpaksa berjaga malam kerana maslahat umum seperti kerja sebagai doktor, kakitangan hospital dan pasukan keselamatan, cabaran berjaga dan bekerja di waktu malam telah menjadi lumrah. Saya memahami. ”Doc, boleh tak bagi saya tips-tips untuk tidur lena. Lately ni ... Read More »

Appendicitis dan Adhesion Colic

Ibarat jatuh ditimpa tangga. Saya bersimpati kepada pesakit yang mengalami masalah appendicitis. Baru saja dibedah untuk membuang appendixnya yang busuk beberapa bulan lepas, sekarang abdomennya sakit semula. ”Ada kemungkinan kah ada tisu appendix yang tertinggal?” Ramai yang khuatirkan appendix stump yang telah ditanam di dalam caecal lumen. Semasa saya bekerja di Jabatan Pembedahan, saya telah melakukannya berpuluh-puluh kali. Tiada masalah komplikasi pembedahan appendicectomy. Sekurang-kurangnya saya sendiri belum pernah melakukan kesilapan ketika melakukannya. ”Jadi bagimana doktor? Mengapa masih terasa sakit lagi walaupun dah 3 bulan saya menjalani pembedahan” Jangan risau tentang tisu appendix yang telah dibuang. Jika pembedahan dilakukan oleh doktor yang terlatih, appendicectomy adalah pembedahan yang berisiko rendah dan memberikan manfaat besar terutama jika appendixnya mula membusuk. Jika tidak dibedah, appendix yang busuk itu boleh membusuk dan pecah dan menyebabkan ... Read More »

Anak Dalam Kandungan Dilarikan Bunian

“Doc, you kena tolong sepupu I. Kesian dia. Doktor di Pusat Kesihatan kata dia tak mengandung!” Rakan saya membawa sepupunya yang dikatakan sedang hamil. Abdomennya tidaklah membesar tetapi wanita itu kelihatan seperti sukar berjalan. Agak mengangkang dan menjulurkan abdomennya. ”Mana suaminya?” soal saya. ”Dia ni ada masalah sikit dengan suami dia. Suami dia nak ceraikan dia”, kata rakan separuh berbisik. Saya melengkapkan prosedur biasa. History-taking, pemeriksaan ultrasound dan lainnya. Mengikut kiraan saya, umur kehamilan ialah 23 minggu. Namun saya tidak mengesan imej bayi yang sepatutnya bergerak-gerak dalam rahemnya. Ujian UPT juga negative. “Bro, dia memang tak mengandung lah !” “Habis mana perginya bayi dalam kandungan dia” Saya tidak mahu komen tentang bab ‘bayi dilarikan oleh orang bunian’. Cukup memualkan saya. Saya cuma kasihan kepadanya. Bukan sebab ‘bayi’nya hilang, tetapi sebab ... Read More »

Sedu dan Kaitan dengan Sakit Jantung

Sedu dan Kaitan dengan Sakit Jantung

Saya menerima pertanyaan berkenaan sedu (hiccup) dan kaitannya dengan sakit jantung. Ini adalah soalan yang menarik. “salam doc. mgkin boleh dikupas mengenai perkaitan antara sedu (hiccup) dgn sakit jantung. suami sy pernah dimasukkan ke wad kerana sedu yg berterusan bbrp hari and doc kata ada masalah dgn jantung. itu kes 4 tahun lps… dan skrg ia berulang kembali. setakat ni doc kata mgkin angin. dah 2 hari ubat diambil, suami masih sedu… doc ada berpesan, kalau sedu tak berkurang, perlu buat further check-up. harap dpt doc perjelaskan… terima kasih ;-)” Sepanjang ingatan saya bekerja di Jabatan Kardiothorasik (Pembedahan Jantung dan Paru-paru), terdapat beberapa pesakit yang mengadu sedu terutama setelah pembedahan jantung (bypass surgery). Fenomena ini menjadi kebingungan bagi doktor-doktor muda yang baru saja bekerja di jabatan itu. ”Doktor, saya mengalami ... Read More »

Saya Diabetic, Tolong Saya!

Saya dilanda keresahan sepanjang minggu lalu. Banyak isu kesihatan yang selama ini saya tangguhkan. Sibuk dengan pelbagai aktiviti. Nasib baik saya telah menarik diri daripada aktiviti politik dan NGO yang sentiasa memerlukan komitmen yang berpanjangan.   Umur 40 ibarat lampu kuning Apabila memasuki umur 40 tahun saya berazam untuk menjadi manusia lebih baik dan lebih sihat. Saya perlu berhati-hati dan lebih berazam kuat kearah itu. Secara logiknya saya masih lagi ada 15 tahun sebelum bersara, insya Allah. Namun kerjaya doktor selalunya berkhidmat sehingga akhir hayat. Saya harus menukar jadual kerja. Tidak mampu lagi bekerja selama 14 jam sehari, berada dalam ruang sempit di dalam klinik. Dengan terpaksa, saya perlu memberikan masa untuk diri sendiri. Saya perlu mengurangkan masa merawat pesakit dan banyakkan masa merawat diri sendiri. Merawat fizikal, mental dan ... Read More »

Kemoterapi Dan Kesuburan

Saya menghadiri satu seminar mengenai kanser payudara tidak lama dulu. Ia diadakan berikutan rendahnya kesedaran wanita Malaysia khasnya wanita Melayu luar bandar mengenai bahaya kanser ini. “Secara keseluruhan, semua wanita yang menghidap penyakit kanser payudara (breast cancer) dan masih lagi subur haruslah bertanyakan doktor yang merawat mengenai kesan ubat kemotherapi pada kesuburan mereka. Kemotherapi menjejaskan kesuburan setiap wanita” Itulah kata pembukaan yang diberikan oleh penceramah yang namanya saya sudah lupa. Dalam menggalakkan pesakit kanser payudara untuk mendapatkan rawatan, sebagai doktor, tidak harus berbohong kepada pesakit tentang risiko ketidaksuburan yang bakal mereka hadapi. Memang terdapat risiko ketidaksuburan jika menjalani rawatan kemoterapi. Namun sepanjang pengalaman saya bekerja di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baru dan memberikan ubat kemoterapi bagi pesakit kanser payudara, tidak pernah pula isu ini ditanya. Mungkin kerana kebanyakan pesakit ini ... Read More »

Masalah Seksual Wanita

Banyak pertanyaan berkaitan dengan seksual yang memaksa saya menjawabnya. Saya amat bimbang jika tidak menghiraukan pertanyaan ini, ia akan mengundang kekeliruan akibat mendengar kata-kata teman. Selama ini kebanyakan masalah seksual ini diajukan oleh kaum lelaki yang begitu sensitif terhadap ‘performance’ mereka. Tetapi banyak juga dari kaum wanita. Mereka adalah penderita senyap. Kebanyakan mereka bukan saja tidak menikmati malah ada yang terpaksa ‘menyerahkan diri’ pada suami. Cuma saya mengharapkan jika mereka tidak menikmati, sekurang-kurangnya mereka tidak rasa terseksa dengan hubungan bersama suami. Antara pertanyaan yang saya terima adalah seperti ini… ”Dr, saya mahu bertanya … saya sudah berkahwin 5 tahun, saya mempunyai anak  2 orang anak dan saya berumur 29 tahun. Saya tidak pernah rasa nikmat sex itu… dan saya tidak merasakan sex itu sesuatu yang menyeronokkan.. saya hendak tahu, adakah ... Read More »

Selesema Yang Membawa Maut

Tarikh 16 Februari adalah tarikh saya dilahirkan. Namun saya bukan mengingati tarikh ini sebagai tarikh kelahiran saya semata-mata. Tarikh itu merupakah tarikh kesedihan saya mengingati pemergian Maliki, rakan sekolah yang pernah menjadi teman karib saya dahulu. Kami sama-sama berkumpul, bergurau dan bermain bola di padang sekolah. Ketika berumur 15 tahun, tentulah banyak yang dibualkan termasuklah perancangan masa depan. ”Zubaidi, agaknya bila kau dah berkahwin nanti, berapa orang anak yang kau mahu?” ”Dua orang cukup kot… Aku kan nak jadi doktor, mesti sibuk. Mana ada masa nak jaga anak ramai”, saya masih mengingati dialog itu. ”Ooo..apasal sikit sangat. Aku nak tiga orang, lebih sikit dari kau” ”Hahahaha”… kami bergelak ketawa kerana masing-masing mahu menyaingi antara satu sama lain. Saya mengalahkan beliau dari segi pelajaran, tetapi dalam bidang sukan, beliau selalu mengalahkan saya. ... Read More »

Pembedahan Menyelamatkan Tangan MI LING

Bila membaca akhbar NST semalam (20 nov 2010), saya rasa kanak-kanak perempuan bernama Mi Ling yang yang berada di China, amat beruntung. Walaupun tangan kirinya cedera teruk dan terputus, dengan izin Allah, tangannya dapat disambung semula. Lima belas tahun  lalu ketika saya bekerja di wad pembedahan di hospital awam di Johor Bahru, seorang pekerja buruh warga Indonesia datang ke hospital kerana tiga jarinya terputus. Beliau telah pergi ke salah sebuah hospital swasta, namun tidak dapat disambung kerana  ketika itu tiada pakar microsurgery. Malang sungguh nasib pesakit itu kerana bila sampai ke hospital awam tempat saya bekerja, tidak dapat disambungkan jari-jari itu. Bila teringat kisah itu, rasa beruntungnya kita yang masih mempunyai jari, tangan dan kaki. Kemudahan itu Allah berikan percuma, hanya meminta kita melakukan tanggungjawab kita sebagai hambaNya saja. Sabda ... Read More »

Kekurangan Berat Badan (Underweight)

Baru-baru ini, saya dikunjungi oleh seorang ibu bersama anak gadisnya yang berumur 15 tahun. Anaknya mengalami sakit perut dan ceret beret. Mulanya saya menjangkakan ia adalah masalah keracunan makanan atau acute gastroenteritis yang disebabkan oleh virus. Namun apabila saya diberitahu bahawa anaknya minum teh herba pelangsing, saya terdiam. Saya terkejut dengan tindakan nekad gadis itu. Saya cuba menyelami pemikiran gadis itu secara serius. Seorang gadis muda sanggup minum tea herba pelangsing kerana ‘desakan rakan sebaya’ yang meletakkan kecantikan seorang wanita pada tahap kerampingan pinggangnya. Tidak lama selepas itu datang pula seorang gadis berumur awal 20an memberitahu bahawa dia sangat kurus. Berat badannya 55 kg dan ketinggiannnya 160 cm. Menurutnya dia telah cuba menambahkan berat badannya namun tidak berjaya. Setelah dikira, didapati BMI gadis ini mencecah 21.5 lalu saya terus memberitahunya bahawa berat badannya sebenarnya normal. ... Read More »

Peluh Berlebihan dan Bau Badan

Peluh Berlebihan dan Bau Badan

  ”Baguslah kalau kita selalu berpeluh. Itu tandanya kita sihat, betul tak doktor?” Saya hanya mendiamkan diri. Berfikir laju tentang berpeluh dan sihat. Orang yang sihat selalunya berpeluh kerana bersenam. Orang yang berpeluh, tanpa bersenam adakah beliau sihat? Saya memutarkan ayat 180 darjah. Seorang rakan FB pula bertanya “Apa yang harus saya buat, tangan saya ni kerap berpeluh. Segan nak bersalam denga pelanggan dan kenalan baru” “Doktor, kalau saya makan pedas, mesti saya berpeluh. Itu tanda saya sihat ke berpenyakit?” ”Suami saya beratnya 110kg, selalu berpeluh. Bau badannya masam memalukan!. Tolong minta nasihat, doktor” Itu semua soalan yang biasa saya dengar. Namun satu soalan yang membuatkan saya terpinga-pinga ialah “Bila saya masuk bilik stor (yang gelap dan sempit) tu, saya terus berpeluh-peluh macam orang berlari doktor. Saya rasa bilik stor ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!