Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum (page 5)

Category Archives: Umum

Dapatkan Buku Ini Di Pasaran!

Petikan ‘back cover’ buku ‘Doktor, Saya Takut Jarum!’ Masyarakat hari ini semakin peka dengan tahap kesihatan mereka apabila setiap hari disogokkan dengan berita-berita kematian mengejut yang disebabkan oleh sesuatu penyakit. Kesedaran itu merupakan satu perkembangan yang positif, tetapi apa yang membimbangkan,terlalu banyak cakap-cakap orang yang tidak benar mengenai perubatan moden hari ini. Malah, ada yang lebih mempercayai bomoh daripada doktor yang bertauliah sekali gus mencetuskan kekeliruan masyarakat mengenai rawatan moden.     ‘DOKTOR, SAYA TAKUT JARUM!’ mengupas beberapa persoalan dan salah faham yang sering ditanya oleh para pesakit. Istimewanya buku ini, setiap topik dipaparkan berdasarkan pengalaman penulis se­bagai seorang doktor berserta kisah-kisah benar yang menarik dan lucu untuk tatapan dan pengajar­an kita semua. Antara topik menarik yang dibincangkan di dalam buku ini: • Selamatkah makan mi segera? • Deodoran menyebabkan kanser payudara? ... Read More »

Ruang Iklan telah Dibuka untuk Disewa

Mengapa Anda Perlu Beriklan di Blog Ini ?   1. Statistik Sentiasa Meningkat Blog ini mendapat trafik yang sangat tinggi setiap hari. Malah dengan kredibiliti Dr Zubaidi yang semakin dikenali ramai melalui Facebook, majalah-majalah dan akhbar, blog ini akan tetap dikunjungi pengunjung-pengunjung sedia ada dan juga pengunjung baru.   Berikut adalah statistik bulanan terkini setakat 1 Mac 2015 (sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)   Statistik bernombor untuk lawatan harian ke blog ini:   Ini menunjukkan blog ini adalah blog yang diminati dan dipercayai untuk mencari maklumat berkenaan perubatan moden. Kami mendapat testimoni dari pelawat bahawa blog ini sangat bermanfaat dan satu-satunya blog perubatan berbahasa Malaysia yang mudah difahami setakat ini. Pada tahun ini (2015) sahaja, dalam sehari purata 19,000 pelawat telah melayari blog ini. Jadi peluang iklan ... Read More »

Mengapa minum air sejuk menyebabkan sakit kepala?

                                                        Saya ditanya oleh seorang remaja ketika mengadakan satu ceramah kesihatan bersama KEMAS JOHOR. Remaja itu bertanya mengapa beliau mengalami sakit kepala yang teruk apabila meminum air Coca-cola bersama ais. Apabila beliau menyedut air itu menggunakan straw, kepala beliau tiba-tiba menjadi sakit.   Saya tidak menafikan ramai orang yang mengadu sakit kepala yang keterlaluan apabila sedang minum air yang sangat sejuk (apabila bercampur dengan ais).  Rasa sakit kepala yang menyucuk-nyucuk itu berlangsung beberapa saat hingga beberapa minit.   Punca sakit kepala ini sebenarnya adalah disebabkan apabila ais yang mempunyai suhu yang rendah menyentuh lelangit menghasilkan satu tindak balas yang mengakibatkan saluran darah yang ... Read More »

Ujian Kesihatan Memerlukan Kesabaran

Tawakal bermakna berserah kepada Allah dengan sebulat hati, atas takdir yang ditentukanNYA setelah kita berusaha. Seperti mana seorang pelajar sedang menjalani pengajian di universiti. Setelah berusaha mendalami dan memahami bahan kuliah, maka tibalah masa untuk menghadapi peperiksaan. Maka pelajar itu menjawab soalan-soalan itu dengan cara yang terbaik. Akhirnya berserah dan menunggu sahaja keputusan yang bakal diumumkan oleh pensyarah. Begitu juga sebagai seorang hamba yang berusaha untuk memuaskan hati tuannya. Terserahlah kepada tuannya menilai pekerjaan yang dilakukan. Sabar dalam menerima keputusan yang bakal diterima setelah melakukan yang terbaik. Untuk mendapat kesembuhan penyakit, seorang pesakit harus berusaha mencari ubat dan rawatan terbaik buat dirinya. Selain itu kesabaran juga membantu proses penyembuhan penyakit. Saya melihat ramai pesakit yang tidak sabar dan sentiasa merungut terus menderita kesakitan berbanding dengan pesakit yang bersabar dan redha. ... Read More »

Saya Tidak Tahu

“Encik ini doktorkah?” seorang rakan FB yang baru saya ‘approved’ bertanya di dalam ruangan chatting FB. Dengan merendah diri, saya menjawab, “Ya..” “Doktor merawat apa..?” Rasa macam malas nak melayan, tapi demi siratur rahim saya menyambung, “Saya merawat manusia..” “Doktor ini doktor pakar apa?” “Saya doktor tapi tak pakar..” “Kalau tak pakar, kenapa jadi doctor..” Fuh, boleh tahan loyar buruk. Saya segera memberi salam dan memadamkan komputer. Orang yang bijaksana adalah tidak tergesa-gesa dalam mengeluarkan memberikan jawapan pada setiap soalan yang diberikan. Orang yang bijaksana akan bersifat berhati-hati dalam perbuatan mahupun perkataannya. Imam Ghazali memberitahu dalam kitab Ihya Ulumuddin mengenai akhlak orang yang bijaksana sebagai: “Dan apabila ditanya kepada mereka sesuatu yang diragukan, maka mereka akan menjawab, ‘La adri (aku tidak tahu)’, jika mereka ditanya mengenai sesuatu yang hampir diyakininya, ... Read More »

Spirulina Sebagai Makanan Tambahan

Hampir setiap syarikat jualan langsung menjual produk makanan kesihatan spirulina. Ia adalah produk yang amat laris di pasaran kerana dikatakan mempunyai kadar protein yang tinggi dan bagus untuk pembangunan minda. Spirulina sebenarnya adalah tumbuhan microalgae berwarna biru kehijau-hijauan yang dimakan oleh manusia dan haiwan sebagai suplemen nutrisi. Kebanyakan algae ini dari jenis Arthrospira platensis dan Arthrospira maxima yang dikeluarkan di United States, Thailand, India, Taiwan, China, Pakistan, Myanmar dan Chile. (rujuk: Vonshak, A. (ed.). “Spirulinaplatensis (Arthrospira): Physiology, Cell-biology and Biotechnology”. London: Taylor & Francis, 1997) Di Amerika Syarikat spirulina dianggap sebagai suplemen atau makanan kesihatan yang diwar-warkan sebagai nutraceutical, atau makanan yang mempunyai manfaat kesihatan. Sesetengah pengeluar mendakwa spirulina boleh merawat penyakit, dan memantapkan kesihatan fizikal dan mental seseorang yang mengamalkannya. Tidak dinafikan spirulina kaya dengan protein, vitamin dan mineral, ... Read More »

Bahayakah Makan Kepak dan Leher Ayam Kepada Wanita?

    Saya diminta untuk mengulas satu kenyataan yang disebarkan melalui internet. Teknologi “copy and paste” telah menyemarakkan penyebarannya. Kenyataan ini mulanya saya baca dalam versi bahasa Inggeris, kemudian saya mendapati ia telah dialihbahasakan dan ada yang diubahkan kandungannya. Saya tidak dibayar gaji oleh syarikat makanan segera, McDonald atau Kentucky Fried Chicken mahupun Persatuan Penternak Ayam untuk menerangkan hal ini. Saya menulis kerana saya percaya ada kesilapan pada kenyataan yang disebarkan dan perlu diperbetulkan. Saya tidak menyangkal bahaya penggunaan steroid pada haiwan ternakan kepada manusia. Namun niat yang baik tidak menghalalkan cara. Menakut-nakutkan orang ramai untuk tidak memakan leher dan kepak ayam bukanlah cara terbaik untuk mendidik orang ramai untuk mengamalkan pemakanan yang sihat. Cuba perhatikan kenyataan yang disebarkan ini. Siapa di kalangan pembaca semua yang suka makan kepak ayam? ... Read More »

Menebuk Lidah (tongue-piercing) Perbuatan yang Memudaratkan

Saya tidak sangka, FB saya juga dibaca oleh rakyat Indonesia yang memahami bahasa Malaysia. Saya bersyukur dan berterima kasih kerana FB dapat memanjangkan info yang berguna hingga ke luar negara. Assalamualaikum doctor, nama saya Hendry dari Indonesia . Saya mahu bertanya tentang “PIERCING”. Lidah saya ditebuk dan sekarang membesar sebesar jari tangan saya sendiri. Namun saya tidak merasakan sakit pada pada lidah saya. Doctor,  apakah kesan jangka panjang pada lidah saya ini ? Sebagai Muslim, saya tidak dapat mengelakkan perbahasan hukum Islam dalam hal ini. Menebuk (menindik) lidah atau ‘tongue piercing’ adalah sebahagian amalan menebuk anggota badan yang diamalkan oleh orang barat bagi mengekspresi diri mereka. Lidah adalah bahagian badan yang biasa ditebuk selepas telinga dan hidung. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 ... Read More »

Isu Kesihatan Dakwat Indelible Ink untuk PRU13

Baru-baru ini, kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan akan menggunakan dakwat yang kekal (indelible ink) untuk pilihanraya umum ke 13. Penggunaan dakwat yang kekal menjadi perbebatan ilmiah dan politik di kalangan ramai rakyat Malaysia. Saya sendiri tidak percaya bahawa penggunaan dakwat ini dapat mengurangkan ketidaktelusan ketika pengundian yang dijalankan. Secara peribadi saya melihat penggunaan dakwat ini hanya melambangkan ’rasa tidak percaya terhadap sistem pengundian yang dijalankan’ oleh SPR. Penggunaan dakwat ini belum tentu dapat meningkatkan ketelusan pilihanraya atau mendatangkan rasa puas hati pada pihak-pihak yang bertanding. Maksud saya, bolehkah kita menutup mulut-mulut mereka yang tidak puas hati apabila kalah nanti walaupun penggunaan dakwat ini telah diperkenalkan dalam PRU13? Mencalitkan dakwat Indelible Ink pada jari pengundi hanya bermakna pengundi telah melakukan sekali undian dan menjadi bukti bahawa dia tidak boleh ... Read More »

Bolehkah Makan Buah Oren dan Jusnya Ketika Hamil?

Sekarang sedang musim persediaan untuk untuk menyambut Perayaan Tahun Baru Cina. Bagi tahun 2012, perayaan ini disambut pada bulan Januari. Ramai rakan, pesakit dan rakan-rakan perniagaan menghadiahkan saya buah limau mandarin. Ada memberikan dua-tiga biji dan ada yang memberikan satu kotak. Kalau ia tidak ada kena mengena dengan urusan kerja saya dan pemberian limau itu tidak mempengaruhi saya membuat keputusan ketika bekerja, saya terima dan makan sebiji dua. Kebanyakannya saya akan kongsikan dengan staf-staf di sini. Kalau saya mahu membawa balik limau mandarin ke rumah, saya akan singgah di pasaraya dan membeli sekotak besar untuk isteri dan anak-anak. Saya cuba menghindari unsur-unsur rasuah. Mengikut pengalaman saya, limau mandarin ini bagus kerana mempunyai banyak Vitamin C. Masalahnya jika terlalu banyak dimakan, ia boleh menyebabkan batuk kerana asid pada limau boleh menyebabkan ... Read More »

Berhati-Hati Dengan Pembantu Rumah, Mereka Mungkin Ada TB

Ramai di antara kita yang mendapatkan perkhidmatan tenaga asing dari Indonesia, Bangladesh, Myammar, Nepal atau mana-mana negara dunia ketiga untuk membantu kita sebagai pekerja dalam industri perkilangan, pertanian atau apa sahaja. Namun kita harus berhati-hati. Walaupun mereka telah disaring di Negara mereka untuk mengesan penyakit berjangkit yang mungkin mereka hadapi,  tetapi kadar rasuah di negara-negara itu amat tinggi sehingga apa sahaja pengesahan dokumen boleh didapati dengan membayar wang rasuah. Oleh itu tidak hairanlah jika ramai di antara pekerja-pekerja ini yang dikesan mempunyai penyakit Pulmonary Tuberculosis (TB paru-paru), Hepatitis B, HIV, penyakit kelamin dan lain-lain apabila menjalani pemeriksaan saringan yang diwajibkan oleh FOMEMA di Malaysia. Baru-baru ini saya menulis di dalam wall. “Oleh kerana pembantu rumah akan berada di dalam rumah kita 24 jam dan kita sentiasa bersama-sama mereka, maka saya cadangkan jika ... Read More »

Seks Oral Akan Menjadi Penyebab Utama Kanser Oral di Malaysia?

Sepanjang ingatan saya semasa belajar di universiti, punca utama bagi kanser bahagian mulut dan tekak (kanser oral) ialah  tembakau dan alkohol. Saya telah menyaksikan betapa ngerinya kanser ini mencacatkan mulut dan wajah pesakit yang menderita akibatnya sebelum mereka meninggal dunia. Kebanyakan kes oral kanser berlaku pada penduduk Asia berumur 50-an, yang gemar mengunyah atau menghisap tembakau. Wanita lebih ramai menderita kanser oral berbanding dari lelaki. Namun sekarang corak jangkitan telah berubah. Kes penyakit kanser oral semakin meningkat di kalangan lelaki Caucasian yang tidak menghisap rokok dan berumur antara 20 hingga 50 tahun. Sebagai perbandingan hanya 23 peratus dari kanser oral di Sweden disebabkan jangkitan HPV pada tahun 1970, tetapi kes kanser oral yang disebabkan oleh jangkitan HPV meningkat secara mendadak pada tahun 2010, iaitu sebanyak 93 peratus. Apakah puncanya? Dr ... Read More »

Silap Potong Ketika Berkhatan!

Terkejut saya membaca akhbar Harian Metro hari ini (22 december 2011). Mulanya saya ingatkan kanak-kanak yang dikhatan itu dipotong keseluruhan kemaluannya. Tetapi setelah selesai membaca berita itu, rupanya mereka dilaporkan telah dikhatankan menggunakan teknik yang salah oleh seorang doktor wanita ketika menyertai program berkhatan di Alor Setar, pada 26 November lalu. Ini mengakibatkan hujung kulit zakar mereka tidak dipotong sepenuhnya. Mereka juga dilaporkan mengalami luka yang masih belum kering dan terpaksa memakai kain. Luka itu menjadi punca mereka akan merasa sakit setiap kali mahu membuang air. Kedua-dua orang kanak-kanak itu Mohd Iskandar Zulkifli, 10, dan adiknya, Mohd Shah Ikmal, 7, bertambah kecewa apabila doktor memberitahu mereka terpaksa dikhatankan sekali lagi dalam tempoh setahun akan datang. Dalam hal ini saya teringat beberapa insiden yang pernah berlaku dalam hidup saya. Seorang bapa ... Read More »

Scoliosis: Jalani Pembedahan atau Guna Brace?

Tidak ada yang lebih mengujakan perasaan saya apabila ada pembaca yang membaca artikel penulisan saya dan memberikan komen. Saya bersyukur kerana usaha saya menulis (yang sudah tentu mengorbankan banyak tenaga dan masa) tidak menjadi sia-sia. Untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh rakan FB, saya terpaksa mengorbankan masa rehat makan tengah hari. Bagi rakan-rakan yang tidak mengetahui skop tugasan saya, tentu mereka menganggap tugas saya hanya menjawab soalan-soalan yang dikemukan di ruangan FB saya. Mereka mungkin membayangkan saya hanya duduk di hadapan komputer dan menunggu soalan dikemukakan kepada saya. Pada hal, tugas utama saya ialah merawat pesakit dan tugas-tugas berkaitan dengan pusat kesihatan yang saya dipertanggungjawabkan. Menjawab soalan dan bertukar-tukar informasi di FB adalah di luar kerja saya yang sebenar. Ia adalah kerja sukarela. Jadi apabila ada ramai yang membaca artikel ... Read More »

Rawatan Suntikan untuk Buasir

Ramai yang mengalami ketidakselesaan akibat buasir. Penyakit ini telah saya cerita dengan agak panjang di penulisan saya sebelum ini. (Lihat http://drzubaidi.com/blog/?p=2227) Namun apabila saya membayangkan perkataan “bedah”, ramai yang menulis email kepada saya semula dan bertanyakan rawatan yang boleh didapati selain dari pembedahan. “Saya bukannya tidak mahu bedah, tapi menurut rakan saya yang mengalami masalah yang sama dan telah dibedah, luka pembedahan di dubur sukar untuk sembuh…” Saya tersenyum mendengar alasan yang diberikan. Sudah semestinya luka di bahagian dubur agak sukar untuk sembuh kerana di situ terdapat banyak kuman dan lendiran. Tidak mungkin luka di kawasan dubur akan kering dalam masa yang pendek. Akibat luka yang lambat sembuh ini menyebabkan pesakit selalu mengalami trauma ketika mahu membuang air besar kerana apabila najis keluar dari lubang dubur itu, selalunya pesakit akan ... Read More »

Wanita Rebah dan Koma Selepas Warnakan Rambut

Saya membaca akhbar harian dengan penuh debaran. Saya baru ditanya oleh seorang rakan FB mengenai kesan sampingan pewarna rambut yang biasa digunakan di salon. “Doktor, mengapa adik perempuan saya mudah diserang asthma selepas pulang dari mewarnakan rambut di salun? Adakah pewarna rambut itu yang menyebabkan serangan asthma?” Belum sempat saya menjawab pertanyaan itu, akhbar bertarikh 22 November 2011 memberikan saya satu ‘paksaan’ untuk segera menjawab soalan itu. “Kenapa mewarna rambut boleh menyebabkan koma?” “Saya amat risau kerana saya membuka salon rambut untuk wanita Muslim dan melayan permintaan para muslimah untuk mewarnakan rambut mereka. Tentu tidak salah membantu mereka kelihatan cantik di hadapan suami. Namun saya bimbang jika kejadian seperti ini terjadi pada pelanggan saya” Saya berkerut menyusun ayat untuk menjawab soalan itu. “Perkara yang boleh berlaku di tempat lain, boleh berlaku ... Read More »

Bagaimana Mengesan Scoliosis di Peringkat Awal?

“Doktor, mengapa anak saya sering batuk?” Itu antara soalan yang sukar saya jawab. Soalan semudah itu memerlukan saya mengambil ‘history taking’, pemeriksaan fizikal dan pemeriksaan makmal dan pemeriksaan radiology. Tanpa pemeriksaan-pemeriksaan ini, saya ibarat bomoh yang boleh menjawab semua pertanyaan hanya memandang kepada air dalam mangkuk. Baru-baru ini seorang rakan membawa anak perempuannya yang berumur 13 tahun, mengalami batuk yang kerap. Sudah beberapa orang doktor ditemui, namun batuk anaknya tetap sama. Cuma dia belum mahu membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Saya bukanlah doktor pakar yang tahu banyak perkara. Tapi saya percaya ada bebarapa perkara yang mungkin doctor yang memeriksa sebelum ini ‘terlepas pandang’. Mereka mungkin tidak perasan ada ‘tanda-tanda’ yang ada pada pesakit menjadi faktor menyumbang (contributing factor) kepada satu-satu penyakit. Setelah bertanya beberapa soalan yang relevan, saya ... Read More »

Pastikan Tempat Itu Selamat!

Saya amat sedih apabila membaca berita di akhbar harian, Utusan Malaysia dan Berita Harian pada 11 November 2011 lalu mengenai tragedi yang menyebabkan kematian empat orang dan 36 orang lagi cedera apabila sebuah bas membawa 39 penumpang terbalik sebelum dirempuh sebuah treler di Kilometer 382.1 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Behrang. Menurut laporan berita, dalam kemalangan pukul 4.20 pagi itu, bas berkenaan dipercayai hilang kawalan selepas melalui selekoh sederhana, beberapa meter dari tempat kejadian lalu terbalik di bahu jalan. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, sebuah treler yang sarat dengan muatan guni pasir merempuh bas berkenaan dari arah belakang ketika kebanyakan mangsa sedang merangkak keluar menyelamatkan diri. Rempuhan ini menyebabkan keempat-empat mangsa maut ketika cuba menyelamatkan pelajar-pelajar yang tersepit selepas bas berkenaan terbalik. Turut terkorban seorang wanita, Basarah Saad berumur 45 tahun ... Read More »

Kematian MJ dan Ubat Bius Propofol

Rakan saya yang juga seorang doktor, mencampakkan akhbar harian ke meja saya. Dia kelihatan tidak puas hati dengan hukuman yang dijatuhkan kepada Dr Conrad Murray. “Setiap hari ada ribuan orang mati. Tidak ada seorang pun rasa mahu tahu apa yang berlaku. Tapi apabila seorang yang terkenal mati, satu dunia heboh..” Saya membaca laporan berita bertarikh 9 Nov 2011. Berita sensasi kematian penyanyi terkenal Michael Jackson telah pun sampai ke hujung penamat. Ramai yang mahu mengetahui adakah doktor peribadi penyanyi terkenal itu bersalah. Hari ini para juri telah memberikan pendapat mereka mengatakan Dr Conrad Murray telah didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian tanpa sengaja (involuntary manslaughter) pada 25 Jun 2009. Dr Conrad Murray didakwa telah memberikan ubat bius propofol 25mg yang dicairkan dengan lidocaine, sedangkan sebelum itu MJ telah menelan beberapa ... Read More »

Bayi Yang Hidup Disangka Mati Dan Dibungkus Dalam Plastik

Semua orang melakukan kesilapan. Namun kesilapan boleh dielakkan jika setiap orang mengikut peraturan yang ditetapkan. Dalam satu industri besar, kesilapan dapat dielakkan jika setiap pekerja menggunakan ‘standard of procedure’ (S.O.P) dan mengelakkan diri dari mengambil jalan singkat. Jika kesilapan masih berlaku, maka ia adalah kesilapan yang dimaafkan dan S.O.P itu harus dikaji semula. Dalam dunia perubatan pula, kesilapan pasti berlaku atas pelbagai sebab antaranya kesilapan manusia. Doktor sebagai manusia juga mempunyai sikap yang suka mengambil ‘langkah lebih-kurang’. Sikap ‘cincai’ ini  adalah kelemahan yang akan menjerat nyawa pesakit dan juga masa depan doktor tersebut. Ketika saya bekerja di hospital awam dulu, setiap bayi yang dilahirkan diperiksa secara teliti. Sebagai contohnya, bayi yang belum lagi buang air besar dan kecil tidak dibenarkan pulang, kerana dibimbangi mereka mengalami kecacatan fizikal. Sudah tentu bayi ... Read More »

Perlukah Buasir Ketika Hamil Dibedah?

Wanita yang hamil adalah wanita yang seharusnya sihat. Mereka bukan pesakit. Kehamilan adalah proses fisiologi yang sihat. Orang tidak pernah hamil dikatakan tidak mempunyai proses fisiologi yang normal. Namun orang yang hamil lebih mudah menderita pelbagai penyakit akibat kehamilannya. Antara penyakit yang mudah dialami oleh wanita yang hamil ialah buasir. Ia adalah penyakit yang boleh dielakkan jika dari awal, seseorang berhati-hati menjaga kesihatan dirinya. Namun apabila telah ditimpa penyakit, banyaklah bersabar dan berusahalah untuk mendapat rawatan yang sesuai. Saya mendapat email dari seorang wanita yang hamil dan mengalami penyakit buasir. “Assalammualaikum, saya berusia 27 tahun, sekarang hamil 25 minggu. pada 19.10.11 saya mengalami BUASIR dan ‘ketumbuhan’ itu masih boleh ditolak masuk dubur, tetapi ia keluar dengan sendirinya. Keesokan paginya (20.10.11) ia menjadi bengkak dan sakit sehingga tak boleh ditolak masuk ... Read More »

Habbatus Saudah Boleh Membantu Mengelakkan dan Merawat Batu Karang di Ginjal?

Sesiapa yang pernah diuji dengan sakit akibat terdapat batu pada ginjal, pundi kencing atau saluran kencing, pasti tahu betapa deritanya sakit yang dialami. Selain kencing berdarah dan sakit pinggang, kebanyakan lelaki yang datang berjumpa saya memberitahu, mereka tidak dapat menahan kesakitan apabila kerandut zakar mereka seperti dipulas. Suntikan penahan sakit hanyalah rawatan sementara menunggu pengesahan penyakit melalui pemeriksaan x ray dan ultrasound. “Doktor, saya sudah dua kali mengalami kesakitan akibat serangan batu di ginjal kanan saya. Rasa mahu putus nyawa. Saya telah menjaga pemakanan saya. Berat saya sudah berkurangan. Boleh tak doktor cadangkan apa-apa supplemen untuk mengelakkan pembentukan batu di ginjal saya.” Pembentukan batu di ginjal (atau disebut sebagai urinary calculi), sebenarnya disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat dan dehidrasi (tidak cukup minum air).  Terdapat pelbagai jenis batu yang boleh terbentuk ... Read More »

Tidak Boleh Menderma Darah Setiap Bulan

Banyak berita yang mewar-warkan keperluan pendermaan darah. Setiap hospital awam di seluruh negara menggesa masyarakat setempat mendermakan darah bagi menampung keperluan rawatan yang semakin berkurang. Darah diperlukan untuk menggantikan darah mangsa kemalangan jalanraya, pesakit yang sedang menjalani pembedahan, atau pesakit-pesakit kronik yang memerlukan darah seperti leukemia atau thalassemia. Dalam hal ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-14 Apr 1982 telah membincangkan ‘Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam Dan Sebaliknya’. Muzakarah telah memutuskan bahawa: Menderma darah hukumnya harus. Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah adalah tidak digalakkan. Sementara Sheikh Yusuf al Qardhawi pula menyatakan bahawa menderma darah merupakan sedekah yang paling tinggi nilainya. ... Read More »

Aqueous Cream dan Eczema

Saya mempunyai seorang rakan yang telah lama tidak bersua. Suatu hari beliau membawa anak lelaki beliau yang mengalami eczema di pelipat siku dan peha dan lutut. Saya mendapati eczema yang dihadapi oleh anaknya agak teruk. “Sudah dibawa berjumpa doktor pakar kulit?” “Sudah doktor. Ini tahun ke-lima. Tak ada perubahan. Pakai krim sapu pun tak berguna”, kata beliau seperti putus harap. “Penyakit kulit memang lambat sembuh, kena banyak bersabar. Kalau tidak disapukan ubat tentu akan jadi lebih teruk”. Saya ingin menambah nasihat lagi tetapi tidak sampai hati. Dahulu di sekolah dia lebih baik daripada saya, selalu mengajak saya ke surau. Sekarang masih lagi berkopiah seperti dahulu. “Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. Bersabarlah dengan ketentuan Allah dengan terus berusaha  kerana usaha itu termasuk sebahagian tawakal.” Itu nasihat yang tersekat di kerongkong ... Read More »

Keberkesanan Elortinib (Tarceva) untuk Pesakit ‘Advanced Non-Small Cell Lung Cancer’

“Assalamualaikum. Ibu saya berumur 69tahun didiagnosa sebagai pesakit kanser paru-paru level 4. Sekarang badannya agak lemah dan kami adik beradik bimbang dengan kesan rawatan chemotheraphy. Bagaimanapun beliau masih lagi sembahyang, makan walaupun kurang selera dan berasa letih. Doktor yang merawat beliau mencadangkan penggunaan pil Elortinib Tarceva. Kos RM7875 sekotak/sebulan. Oleh kerana harganya yang agak mahal, saya ingin bertanyakan pendapat doktor jika ubat ini dapat merawat ibu saya. Harap doktor beri pandangan sebagai panduan. Atas segalanya terlebih dahulu diucapkan terima kasih. saya amat berharap jawapan dari tuan doktor.” Saya bersimpati dengan ujian yang dihadapi ibu dan saudara sekeluarga. Semoga dengan berkat kesabaran dan redha atas ketentuan yang Allah telah tetapkan, ibu saudara mendapat yang terbaik dari Allah sama ada di dunia atau mungkin di akhirat nanti. Sebenarnya saya bukanlah orang yang patut ... Read More »

Asthma dan Dehidrasi

“Kenapa anak saya kerap sangat diserang asthma, doktor?” Saya menarik nafas panjang. Hari ini saja sudah enam orang pesakit asthma yang diberikan nebulizer. Cuaca di luar sangat panas, ditambah dengan jerebu yang menyesakkan. Alhamdulillah mereka respond baik dengan rawatan nebulizer. Walaupun masih berkahak ketika batuk, mereka mengakui merasa amat lega kerana dapat bernafas dengan baik dan tidak rasa sakit dada lagi. “Cuba puan perhatikan cuaca sekarang. Panas membahang” “Tapi bukankah asthma disebabkan oleh cuaca sejuk?” “Betul puan, cuaca sejuk boleh menyebabkan asthma. Namun ada satu lagi punca asthma, iaitu kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi)” “Ya lah doktor, sekarang pun kita tengah berpuasa Ramadhan. Kurang air agaknya” Asthma bukanlah satu perkataan yang asing di Malaysia. Ramai kanak-kanak menghidap penyakit ini dan sering dihantar ke klinik atau hospital untuk rawatan. Ia adalah ... Read More »

Perlukah Suntikan Antitetanus Vaccine Selepas Kemalangan atau Kecederaan?

“Aduh..aduh..aduh” Seorang pemuda 20an sedang dibersihkan luka kemalangan jalanraya oleh pembantu klinik saya. Dia menjeling apabila saya menyediakan suntikan. “Itu apa tu doktor? Tak boleh ke kalau tak inject?” “Eh janganlah mengada-ngada. Kalau dah datang klinik kenalah injek. Pakai jarum besar, doctor !!” Ada suara wanita, saya mengagak ia suara ibunya yang berdiri di belakang saya. Saya menoleh ke arahnya. Dia tersenyum. “Jangan bagi chance, doctor. Anak saya ini memang mengada-ngada. Siapa suruh bawak motor laju-laju, nasib baik tak patah riuk”, dia menambah. “Saya akan suntik kamu dgn suntikan anti vaksin sebab luka kamu dalam dan kotor” Saya merujuk kepada luka yang dialaminya pada lutut, siku dan kaki, yang agak dalam sehingga menampakkan tisu di bawah kulit, bercampur darah dan tar jalan raya. Ramai yang menganggap luka-luka yang dalam dan ... Read More »

Kesan Jangka Panjang Cafergot

“Doktor, saya selalu membeli cafergot di farmasi untuk sakit kepala. Ubat tahan sakit yang lain tidak berkesan untuk saya sebab saya dah cuba bermacam-macam jenis. Agaknya ada tak kesan sampingan mengambil cafergot dalam jangka masa yang lama? Saya sudah menggunakannya selama 6 tahun” Saya menerima e-mail itu dengan rasa bantahan. “Sudah 6 tahun menggunakan cafergot, baru tanyakan kesan sampingan. Masa ambil ubat ini dulu tidak ada doktor yang menerangkannya atau selama ini memang dia membelinya dari farmasi tanpa perskripsi?” detik hati saya. Saya menarik nafas panjang. Bersangka baiklah… Tentu lebih baik dia bertanya sekarang daripada terus memakan ubat itu dan menerima kemudharatan. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Hindarilah prasangka, kerana prasangka itu berita yang paling bohong. Jangan saling mencari-cari keburukan orang. Jangan saling mengorek rahsia ... Read More »

‘Mati Pucuk’ Berkait Rapat dengan Penyakit Jantung

Apakah kaitan di antara ‘mati pucuk’ (erectile dysfunction) dengan kesihatan jantung seseorang lelaki yang berusia 40-50an? Soalan ini pernah ditanya dalam soalan viva peperiksaan tahun akhir saya dahulu. Soalan cepu emas. Markah bonus untuk mereka yang excellent. Saya tidak dapat menjawabnya kerana ia tidak tertulis dalam buku teks. Baru-baru ini seorang pesakit lelaki datang hanya semata-mata mahukan ‘ubat kuat’. Ubat kuat yang dimaksudkan ialah ubat untuk merawat masalah ‘mati pucuk’ yang dihadapinya.Tidak sempat saya melakukan pemeriksaan , beliau telah meninggalkan saya. “Sudahlah ubatnya mahal, kena buat pemeriksaan pula. Baik saya beli di tepi Jalan Wong Ah Fook di JB. Lebih murah!!”  dengusnya. Saya tidak berapa mahu memperdulikan bantahannya. Ini ketetapan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Bukan saya mahu menyusahkan beliau. Saya harus patuhi jika tidak lesen saya akan digantung. Apa yang membimbangkan ... Read More »

Khasiat Durian Belanda Masih Diperdebatkan

Saya diminta untuk memberikan pandangan terhadap kebaikan buah durian belanda. Bukan niat saya untuk memperkecilkan kebaikan buah ini, apatah lagi jika ada pihak dari Jabatan Pertanian yang ingin mempromosi buah ini. Namun biarlah kebaikan-kebaikan buah ini diberitahu berdasarkan fakta yang benar. Saya akan berikan pandangan berdasarkan pengamatan saya terhadap kajian-kajian yang telah dibuat. Terserah pada pembaca sama ada untuk menerimanya atau menolaknya. Semoga kita selamat dari sekumpulan manusia yang suka mengambil kesempatan di atas kealpaaan kita. Saya ucapkan terima kasih atas pertanyaan rakan FB saya. “Doktor, saya mendapat tahu dari seorang rakan bahawa buah durian belanda mempunyai khasiat untuk merawat penyakit kanser?” “Awak dah beli ke produk buah durian belanda itu?” “Belum lagi doktor. Harga produk itu mahal sebab buatan luar negeri. Lagi pun saya ingat nak makan buah itu ... Read More »

Mengurangkan Sakit Kepala Ketika Berpuasa

Saya tercengang dan bagai tidak percaya apabila seorang pesakit Melayu beragama Islam meminta saya menuliskan surat pelepasan dari berpuasa. “Doktor boleh tak tuliskan surat pelepasan untuk saya tidak berpuasa kerana saya mengalami migraine dan tidak boleh berpuasa. Kalau saya berpuasa pasti migraine menyerang. Saya terpaksa makan ubat” “Surat pelepasan?!!” Sepanjang menjadi doctor, tidak pernah saya mendengar ada surat pelepasan untuk tidak berpuasa. Melampaunya! “Ya, surat pelepasan untuk saya tidak berpuasa. Mana tahu kalau saya tengah makan, pegawai Jabatan Agama lslam Johor menyerbu. Boleh saya tunjukkan surat pelepasan itu..” Saya mengurut dada.  Saya dipaksa untuk bersubahat. Tak pasal-pasal saya mendapat dosa kering… Puasa dan sakit kepala Berpuasa di bulan Ramadan merupakan salah satu dari lima rukun Islam. Semua muslimin dan muslimat diperintahkan untuk meninggalkan makan dan minum dan beberapa perkara yang ... Read More »

Bengkak Pergelangan Kaki di Kalangan Warga Tua

Bulan Ramadhan baru memasuki hari yang kedua. Di kebanyakan masjid penuh dengan jemaah yang mengimarahkannya. “Abang, mak telefon, kata kaki dia bengkak..” “Jangan risau. Berdiri solat tarawih lama sangat kot”. Itu detik hati saya. “Tak bahaya ke? Mak ada darah tinggi..” Saya tergamam. Mungkinkah bengkak di pergelangan kaki berkait dengan penyakit darah tingginya? Ramai di kalangan warga tua yang mengadu mengalami bengkak di pergelangan kaki. Bengkak ini tidak menyakitkan dan ia akan hilang dengan sendiri setelah beberapa hari, tanpa perlu mengambil apa-apa ubat. Ia tidak bahaya. Bengkak ini dinamakan ankle edema iaitu pengumpulan cecair pada pergelangan kaki akibat kesan graviti. Banyak faktor-faktor yang menyebabkan bengkak di pergelangan kaki. Antara puncanya ialah : Berdiri terlalu lama Duduk terlalu lama dalam kereta atau kapal terbang Berat badan yang berlebihan Jika pernah berlaku ... Read More »

Apa Maknanya Jika Najis Terapung?

APA MAKNANYA NAJIS TERAPUNG? Saya tidak pernah memperdulikan najis saya sehingga satu hari di ruangan chatting Facebook, seorang rakan bertanyakan kepada saya, “salam…kalau najis tidak tenggelam dlm mangkuk jamban…apa penyakit dan sebab-sebabnya..?” Kembang tekak bila mengingati najis yang terapung di mangkuk najis. Namun begitu ada beberapa ‘clue’ yang memberikan gambaran tentang kesihatan seseorang berdasarkan najis yang dikeluarkannya. Najis manusia yang dikenali sebagai human faeces atau stool, dalam bahasa Inggeris, adalah bahan kumuh yang mengandungi kuman dikeluarkan melalui dubur. Oleh itu bentuk dan warnanya berbeza-beza bergantung kepada tahap kesihatan seseorang dan diet yang diambil. Najis yang biasa selalunya berbentuk semisolid dan diselaputi oleh lendiran mucous. Sama ada najis itu terapung atau tenggelam, bergantung pada komposisi najis itu sendiri. Najis yang terapung mungkin disebabkan oleh perubahan cara pemakanan (diet), proses penghadaman yang ... Read More »

Ibrar Pemakanan Rasulullah SAW: Banyakkan Serat dalam Diet

Seorang rakan menghantar SMS menyatakan dia tidak dapat berjumpa saya dan kawan-kawan di sebuah café. Kebetulan petang itu memang beberapa orang teman berkumpul untuk berbual-bual dan berkongsi informasi baru. Rakan tadi memberitahu bahawa dia sedang berada di Jabatan Kecemasan di salah sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan. Menurutnya lagi, kemungkinan besar dia akan ditahan di wad bagi menjalani beberapa pemeriksaan. “Apa ?? Berak darah??” … “Ini mesti perbuatan khianat. Aku tahu ini mesti santau sebab ramai orang dengkikannya. Bukankah dia tu peniaga di pasar malam?” “Tak baik menuduh. Kita tidak ada bukti dan tuduhan itu boleh jatuh pada sesiapa saja di antara kita.” Saya menggeleng-gelengkan kepala mendengar perbualan rakan-rakan. Banyak sangat melihat drama dan filem Melayu yang berkisar tentang kisah khianat, dengki dan sihir. “Apa pendapat you, doc?” Ini peluang ... Read More »

Berusaha Yang Betul Tanpa Melawan Takdir

“Doktor tahu ke kalau anak saya akan cacat?” Saya terkedu dengan serangan itu. Umpama satu letupan akibat bedilan peluru berpandu ketika perang Iraq dulu. Saya baru sahaja meng’update’kan status di wall, memberitahu akan menulis kebaikan folic acid kepada bayi yang berada dalam rahem. Serangan dalam ruangan chatting FB amat mengganggu perasaan saya. “Maaf puan, saya tidak mengetahui. Semuanya dalam pengetahuan ALLAH” “Haa..tahu pun. Jadi kenapa doktor pandai-pandai bagi nasihat tentang anak yang belum lahir?’ Saya menggeleng-gelengkankan kepala. Ini pemikiran puak mana? Saya mengurut-ngurut dada. Saya percaya ini adalah wakil golongan Jabariyyah Melayu atau pembaca yang tiada asas pengetahuan agama, tetapi hanya menceduk ilmu dari sumber rambang sahaja. ‘Rezeki secupak tidak boleh menjadi segantang’ adalah antara contoh bagaimana masyarakat kita telah sekian lama diterapkan dengan pemikiran Jabariyyah. Pemikiran Jabariyyah adalah sejenis ... Read More »

Selamatkah MSG untuk Bayi dan Wanita Hamil?

Tahun lepas saya dan isteri singgah di sebuah gerai di bandar Kota Baru. Oleh kerana waktu tengah hari sudah tiba, saya memesan sup tulang bersama dengan nasi putih. “Emm..sedapnya sup tulang ni. Boleh minta resepi untuk kita cuba di JB..” Saya menghirup baki sup di mangkuk. Ketika membayar, saya memanggil isteri saya dan memintanya mengenalpasti bahan-bahan masakan di dalam mangkuk-mangkuk yang tersedia sebelum ia ditambahkan dengan sup panas. “Padanlah sedap, dia sudah sediakan sesudu MSG bagi setiap mangkuk..” Cerita MSG tidak berhenti di situ saja. Baru-baru ini saya ditemui seorang wanita hamil di pusat kesihatan. “Saya amat bimbang dengan makanan yang dijual di kantin tempat saya bertugas. Semuanya berminyak. Agaknya penuh dengan MSG. Saya takut nak makan.” Beliau yang bekerja di pejabat kerajaan negeri di Johor Bahru, mengadu kepada saya ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!