Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum (page 3)

Category Archives: Umum

Mengelak batu karang berulang

      “Assalamu alaikum, doctor. Saya pernah mengalami penyakit batu karang lima tahun lepas dan menjalani pembedahan membuang batu dari buah pinggang.. Tetapi masalahnya penyakit itu berulang kembali dan saya kerap rasa sakit hingga ke hari ini sehingga mengganggu tidur saya. Ada kalanya sehingga ada darah dalam air kencing saya. Mohon pencerahan. Terima kasih” Wa alaikum mus salam.   Penyakit batu karang dalam system pembuangan air kecil adalah penyakit yang kerap berlaku di kalangan rakyat Malaysia. Batu karang itu boleh berada dalam buah pinggang (ginjal), saluran antara ginjal dan pundi kencing atau dalam pundi kencing itu sendiri.   Dianggarkan seorang dari lima orang rakyat Malaysia mengalami penyakit ini semasa hayat mereka. Ini kerana antaranya rakyat Malaysia kurang minum air yang cukup, selain factor pemakanan dan keturunan.   Penyakit batu karang ... Read More »

Sakit tulang belakang boleh membawa kelumpuhan

  “As salam mua alaikum, Dr Zubaidi, saya nk tanya. Umur saya 26th berat 58kg tinggi 168cm masih bujang masalah Saya sekarang kerap sakit pada tengah pinggang. Saya akui yang saya kurang bersenam. Boleh Dr terangkan masalah yg saya alami ini?”     Wa alaikum mus salam.   Dari penerangan ringkas yang saudara berikan, kemungkinan saudara mengalami masalah yang serius pada tulang belakang.   Biasanya disebabkan oleh masalah slipped interveterbral disc atau juga dikenali sebagai prolapsed interveterbral disc.   Dalam hal ini, tulang rawan lembut yang menjadi pelapik di antara tulang belakang terkeluar dan menekan saraf yang keluar di sisi tulang belakang.   Ini menyebabkan seseorang itu akan mengalami sakit pada bahagian pinggang, terutamanya pada bahagian tengah tulang belakang. Ia bertambah teruk apabila beliau bergerak, duduk atau berdiri lama atau ... Read More »

Ketahuilah tanda-tanda sakit buah pinggang

  “Assalamu alaikum doktor. Saya berusia 45 tahun dan mempunyai masalah kencing manis. Saya terbaca bahawa pesakit kencing manis boleh mendapat penyakit buah pinggang. Bagaimana cara untuk mengesan tanda awal, penyakit buh pinggang. Saya bimbang melihat ramai rakan-rakan telah mengalami kesrosakan ginjal dan telah menjalani rawatan hemodialisis”   Wa alaikum mus salam. Ramai orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan.   Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan.   Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.   Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.   Bagaimanapun, anda perlu ... Read More »

Penyakit misteri hanya disebabkan oleh kutu babi

    Seorang wanita di England, mengalami satu penyakit yang dianggap misteri, yang tidak dapat dikesan oleh doctor, yang menyebabkan dirinya merasakan lemah seperti orang tua, rupanya menjadi mangsa kutu babi selama 20 tahun.   Sebelum ini Adelle Huckins, 31, sering mengadu sakit kepala yang kuat yang disangka migraine, berasa letih melampau, dan merasa sakit seluruh tubuh.   Namun akhirnya doctor mengesahkan beliau menghidap penyakit Lyme, yang dijangkiti dari bakteria Borrelia burgdorfer yang dibawa oleh kutu babi. Apabila parasit kecil ini menghisap darah, ia akan menyebarkan bakteria itu.   Penyakit Lyme menjadikan pesakit mengalami lemah sistem daya tahannya, keletihan melampau, sakit kepala dan sakit sendi. Jika dibiarkan, ia menyerang otak dan menyebabkan lumpuh dan boleh membawa maut.   Penyakit ini bermula apabila beliau melawat Jerman pada 1991, ketika berusia 11 ... Read More »

Tidak sedar tangan masuk dalam minyak panas

      “Assalamualaikum doctor, saya ingin bertanya soalan berkaitan seorang rakan saya yang sering pening dan kerap tidak sedarkan diri tetapi masih boleh berdiri. Baru-baru ini beliau telah memasukkan tangannya ke dalam minyak panas ketika sedang memasak di dapur. Tangannya melecur teruk dan telah dibawa ke klinik. Saya mohon penjelasan dari doktor berkaitan keadaan ini. Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Apa yang berlaku pada rakan puan sebenarnya adalah sejenis penyakit sawan, tetapi bukanlah penyakit sawan yang biasa. Dalam penyakit sawan biasa, selalunya pesakit akan mengalami tubuh yang kejang atau menggigil dan mata ke atas. Orang awam lebih suka menyebutnya sebagai ‘sawan gila babi’. Dalam kes rakan puan, penyakit beliau dinamakan sebagai ‘nonepileptic seizure’ hanya melibatkan aktiviti pemikiran mental beliau saja, dan tidak melibatkan saraf pada otot anggota. Jadi ... Read More »

Berhati-hati dengan makanan sejuk-beku

  Bolehkah sejuk beku memusnahkan bakteria dan parasit? Mikrob seperti bakteria, yis dan kulat dalam makanan tidak aktif semasa disejuk beku, tetapi setelah dikeluarkan dari peti sejuk dan berada dalam keadaan yang sesuai, mikrob-mikrob ini boleh aktif semula malah membiak pada tahap yang membahayakan kesihatan.   Makanan yang dinyah beku perlu dikendalikan dengan baik kerana dalam mikroorganisme yang terdapat di dalam makanan itu membiak pada kadar biasa. Sesetengah parasit seperti Trichina boleh mati pada suhu bawah kosong, tetapi peti sejuk biasa di rumah mungkin tidak mencapai tahap itu. Sebab itu, apabila memasak, pastikan makanan masak sepenuhnya sehingga semua parasit musnah. Masihkah berzat dan berkualiti? Proses sejuk beku sahaja tidak memusnahkan nutrien yang terdapat dalam makanan. Bagi daging dan produk-produk ayam itik contohnya, perubahan dalam nilai nutrien sangat sedikit. Tetapi makanan boleh ... Read More »

Awas kemalangan di taman permainan kanak-kanak

  Taman Permainan Kanak-kanak (TPK) yang dibina di hampir semua kawasan perumahan di seluruh negara mempunyai tahap keselamatan yang meragukan.   Dianggarkan sebanyak 17 peratus kes patah tulang dalam kalangan kanak-kanak berlaku ekoran kemalangan di TPK.   Bahan permukaan yang tidak sesuai menjadi punca utama kemalangan di TPK dan tidak cukup lembut untuk menyerap hentakan meningkatkan risiko kecederaan apabila kanak-kanak terjatuh.   Selain itu, kemalangan lain yang boleh berlaku di TPK adalah terjerut. Apabila pakaian atau perkakasan leher tersangkut atau terbelit dengan peralatan permainan dan pemerangkapan yang berlaku apabila kepala kanak-kanak tersangkut semasa mereka memasukkan kaki dan badan ke dalam ruang pembukaan yang biasanya terdapat di platform gelongsor.     Oleh itu saya mencadangkan agar ibu bapa memainkan peranan dengan mengawasi anak ketika mereka bermain.   Ibu bapa juga perlu ... Read More »

Mengesan punca paru-paru berair

    “As salamu alaikum, doctor. Baru-baru ini adik saya mengadu sukar bernafas dan mudah penat. Beliau merasa seolah-olah “tidak cukup oksigen” apabila berjalan dan menaiki tangga. Sesekali beliau mengalami batuk terutama apabila beliau baring di atas katil. Jadi sekarang beliau terpaksa tidur secara duduk di kerusi. Rakan-rakan saya memberitahu bahawa adik saya mengalami paru-paru berair. Betulkah doctor?”   Wa alaikum mus salam.   Paru-paru berair merujuk kepada semua jenis keadaan di mana air berkumpul dalam paru-paru, sama ada pada tisu paru-paru atau pun lapisan antara paru-paru dengan lapisan dalam dinding dada.   Ini menyebabkan tisu paru-paru (parenchyma atau alveolar) atau rongga plueral dipenuhi dengan cecair.   Paru-paru berair berpunca dari pelbagai keadaan, termasuk jangkitan oleh bakteria, virus, fungi, atau parasit, dan kimia atau kecederaan fizikal kepada paru-paru. Kanser paru-paru ... Read More »

Wanita juga boleh diserang penyakit jantung

    Setiap seorang daripada tiga orang wanita di dunia dijangka akan mengalami masalah jantung dalam hidup mereka.   Ini bermakna bahawa pembunuh nombor satu wanita di dunia bukan lagi kanser payudara atau kanser pangkal rahim, tetapi penyakit jantung.   Fakta ini mungkin mengejutkan ramai orang kerana selalunya penyakit jantung hanya dialami oleh orang lelaki sahaja.   Namun tiada yang menyangka bahawa tanda-tanda yang dihadapi oleh orang wanita juga sebenarnya menandakan mereka sering mengalami serangan sakit jantung.   Simptom sakit jantung di kalangan wanita mungkin berbeza sedikit dengan lelaki. Antaranya ialah sakit atau rasa tidak selesa pada bahagian dada, dan sakit pada lengan kiri atau belakang.   Ramai wanita yang mengadu sakit di bawah dada atau rasa tidak selesa di hulu hati atau ketat pada bahagian dada, didiagnosa sebagai penyakit ... Read More »

Bahaya Mandi Malam

  Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi di waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit.   Malaysia mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.   Satu masa dulu, ramai yang tinggal di luar bandar serta menggunakan perigi dan sungai untuk mandi.   Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti binatang berbisa dan juga bahaya di sungai, sebab itulah mungkin orang tua melarang kita daripada mandi waktu malam.   Kini kita semakin maju dan mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur.   Setelah bekerja ... Read More »

Mengesan penyakit kanser pankreas

    “Assalamu alaikum doktor, arwah ayah saya meninggal akibat barah pankreas. Penyakit beliau dapat dikesan selepas beliau kurus dgn drastik dan mendapat diabetis. Setelah buat skop kemudian biopsi baru memang confirm kanser. Selepas 6 bulan, beliau meninggal. Bolehkah kanser ini dikesan dengan lebih awal?”   Wa alaikum mus salam. Saya mengucapkan takziah atas pemergian ayah saudara dan semoga berada di kalangan orang-orang yang mendapat rahmat NYA.   Penyakit kanser pankreas agar sukar didiagnosa. Ini kerana pancreas terletak jauh di dalam rongga abdomen. Selalunya ia hanya dikesan apabila telah membengkak, dan berada dikesan pada peringkat serius.   Pembedahan yang dilakukan juga selalunya agak lambat, di mana doktor bedah akan  mengeluarkan tisu sebahagian kanser dari tubuh pesakit. Yang sebahagian lagi tidak dapat dikeluarkan kerana merebak ke organ tubuh yang lain.   ... Read More »

Kawal kolesterol tanpa ubat

  Penyakit serangan jantung dan strok adalah dua masalah kesihatan serius yang berpunca daripada tahap kolesterol tinggi. Ia berkait rapat dengan faktor keturunan, diet pemakanan dan gaya hidup seseorang.   Biasanya doctor akan memberikan ubat anti-kolestrole bagi menurunkan kandungan kolestrole dalam darah. Walau bagaimana pun kesan sampingannya harus diseimbangkan dengan manfaat yang diperolehi.   Kajian terbaru membuktikan terdapat empat produk sumber semulajadi juga dapat membantu merendahkan tahap kolesterol secara berkesan.   Empat bahan itu adalah Phytosterols, bijirin oat, serbuk minyak ikan Omega 3 dan Psyllium Husk.   Sterol tumbuhan yang turut dikenali Phytosterols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Ia terdapat pada minyak sayur-sayuran dan kekacang nut. Pengambilan produk itu akan menurunkan tahap kolesterol sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus.   Oat pula bijirin yang mengandungi serat ... Read More »

Sidenafil untuk pesakit jantung?

      “As salam mu alaikum doctor, saya adalah salah seorang pesakit “primary pulmonary hypertension” dan sering membuat rawatan susulan dengan pakar jantung di hospital. Saya sekarang hanya diberikan rawatan ubat sildenafil, setahu saya ia adalah ubat untuk masalah ketegangan zakar. Adakah ubat itu bahaya? Bolehkah doctor menyarakan saya menggunakan suplemen lain untuk memberikan saya tenaga kerana saya sering berasa penat dan pening kepala. Terima kasih, doctor”   Wa alaikum mus salam.   Rawatan untuk penyakit primary pulmonary hypertension telah diperbaiki dalam 10 tahun kebelakangan ini dengan penggunaaan ubat yang lebih baik.   Kalau dahulu banyak ubat diberikan, namun sekarang doctor mungkin memberikan beberapa ubat yang difikirkan perlu saja kerana setiap ubat sekarang mempunyai fungsi yang lebih spesifik.   Ubat yang puan terima iaitu ubat Sildenafil, adalah ubat yang ... Read More »

Bahayakah pembedahan tukar lutut besi?

    “Assalamu alaikum, doctor. Baru-baru ini ibu saya yang berumur 63 tahun yang telah mengalami sakit lutut yang lama (lebih 10 tahun) telah dinasihatkan oleh doctor untuk melakukan pembedahan lutut bagi menggantikan sendi lutut beliau rosak dan tidaak boleh dibengkokkan lagi. Saya sangat risau dan memohon pandangan doctor. Adakah pembedahan ini sesuai  untuk ibu saya?”   Wa alaikum mus salam.   Saya mengucapkan simpati atas ujian yang menimpa ibu saudara. Ini adalah satu ujian berat bagi beliau dan ganjaran bagi mereka yang telah berjaya diuji.   Sendi-sendi manusia di selaputi oleh tulang rawan pada permukaannya. Sendi juga diselaputi oleh selaput synovium dan mempunyai cecair synovium yang memudahkan pergerakan sendi.   Sendi boleh menjadi rosak disebabkan oleh penyakit seperti osteoarthritis, rheumatoid arthritis , avascular necrosis atau kecacatan dari lahir.   ... Read More »

Pesakit Kanser Pankreas tidak harus berputus harap

  Doktor, saya cuma nak berkongsi. Saya mempunyai seorang kawan yang disahkan penyakit kanser pankreas. Pada peringkat permulaanya beliau tidak ingin buat pembedahan. Namun saya memberinya motivasi.   Alhamdulillah dia tetap menjalankannya. Ketika pertama kali dia berjumpa doktor, doktor kata ‘kamu sudah terlambat’. Namun mengingatkan motivasi yang saya beri, dia teruskan juga. Alhamdulillah pembedahan berjaya. Namun doktor mengesahkan tumor tersebut masih ada. Beliau akan sentiasa di pantau dan akan diminta untuk dtg ke hospital melihat keadaannya. Ketika inilah dia berpuasa. hampir setiap hari. Setiap hari dia bersolat tahajud. Jika ada 24 jam, 20 jam digunakannya utk beribadah dan mendekatkan diri pada Allah. Begitulah rutinnya. Selepas pemeriksaan terakhir dibuat, 3 bulan selepas kalau tak silap saya, doktor sangat terkejut. Doktor tidak menjumpai di mana kanser tersebut! Sehinggakan doktor berkata ‘Where is your ... Read More »

Pengalaman Pesakit SLE Kedua

Saya didiagnos SLE pada tahun 1991 setelah hampir setahun sakit dan doktor yg merawat ketika itu tidak dapat kenalpasti penyakit saya. Setelah didiagnos saya dirawat dgn steroids akan tetapi buah pinggang saya gagal pada tahun 1993. Saya menjalani hemodialysis selama 5 tahun. Dari saya mula didiagnos dan diberitahu bahawa penyakit ini tiada ubat, keluarga saya tak henti2 ikhtiar. Bermacam2 ubat tradisional dan pemakanan yg dicuba. Ubat doktor tidak pernah tinggal. Doa serta solat hajat apatah lagi. Ini kerana kita yakin apa yg tertera dlm Quran tentang setiap penyakit ada penawar. Keadaan saya ketika hemodialysis memang agak teruk dan tidak stabil. Kerap dimasukkan wad. Perasaan saya ketika itu memang sedih dan tertekan. Lebih2 lagi bila doktor mengatakan saya terpaksa dirawat hemodialysis seumur hidup. Ini krn tidak bole transplant memandangkan SLE tidak bole ... Read More »

Tiada sekatan penjualan mesin urut

  Kementerian Kesihatan Malaysia tidak bercadang menyekat penjualan mesin urut kerana alat seumpama itu setakat ini didapati tidak memudaratkan kesihatan. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, kementeriannya sudah melakukan penilaian terhadap mesin itu dan mendapati ia tidak memberi sebarang kesan sampingan kepada penggunanya. “Buat masa ini, kerajaan tidak bercadang mengharamkan penjualan mesin urut di negara ini kerana tiada bukti saintifik yang kukuh untuk menyokong (dakwaan) ia membawa kesan sampingan seperti penyakit saraf dan tulang belakang akibat penggunaan mesin urut tersebut,” katanya. Beliau menjawab soalan Senator Datuk Jamilah Sulaiman yang ingin tahu adakah Kementerian Kesihatan sudah membuat kajian terhadap penggunaan mesin urut berikutan ada yang mendakwa getaran mesin berkenaan boleh mengakibatkan penyakit saraf dan tulang belakang. Dr Hilmi berkata, pendaftaran mesin urut yang dijual di negara ini adalah ... Read More »

Cara menggunakan cuka kurma dam epal

      Banyak pertanyaan mengenai penggunaan cuka kurma dan epal, yang sedang laris dijual di pasaran. Saya menasihatkan agar berhati-hati terutama pesakit diabetis dan gastrik.   Ini kerana bahan utama dalam cuka kurma dan epal adalah ialah acetic acid  (CH3COOH) dan air.   Kurma dan epal yang manis mengandungi banyak glucose, fructose dan sucrose yang akan ditukarkan melalui proses penapaian menggunakan yeast atau bacteria untuk menjadi ethanol (sejenis alkohol) dan karbon dioksida.   Penapaian kali kedua dilakukan untuk menghasilkan acetic acid dari bahan ethanol ini.   Cuka yang bagus ialah cuka yang dihasilkan secara perlahan dan menjalani proses penapaian yang lama yang mungkin mengambil masa beberapa bulan. Ini memastikan keseluruhan bahan ethanol dari kurma atau epal itu telah ditukarkan kepada acetic acid.   Cuka biasanya digunakan dalam masakan. Ia ... Read More »

Kawal produk makanan kesihatan berasaskan sunah

  Produk kesihatan berasaskan makanan sunah dalam bentuk suplemen perlu dikawal dan disahkan khasiatnya secara saintifik sebelum dijual kepada orang ramai. Pengarah Institut Sains Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Muhammad Mustaqim Mohd Zarif, berkata ia bagi mengelakkan produk itu disalah guna, sekali gus memberi implikasi kepada pengguna dan mencemarkan integriti Nabi Muhammad SAW.   Katanya, kebanyakan produk nutraseutikal (makanan tambahan) tidak memerlukan ujian dan keizinan khas daripada badan mengawal pelesenan dan penjual, sebelum dipasarkan kepada orang ramai berbanding produk farmaseutikal. “Produk nutraseutikal kebanyakan dikategorikan makanan. Justeru, sesiapa boleh mendakwa pelbagai khasiat tanpa menyertakan bukti.   “Kajian saintifik terhadap bahan dalam pemakanan sunah perlu dilakukan secara teliti bagi mengelakkan percanggahan antara sains dan agama yang boleh memberi implikasi terhadap sunah Nabi,” katanya selepas persidangan meja bulat ‘Paradigma ... Read More »

Lendir Melekat di Tekak

    “Assalammualaikum Dr, saya nak tanya,  saya  mengalami lendir di tekak yg tak hilang hilang dah 3 bulan dan mcm melekat lekat, membuat dia rasa sukar untuk bernafas dan kerap meludah.  saya terpaksa menggunakan nebulizer apabila sesak nafas. Tambahan dia mempunyai sakit asma. Adakah lendir tu berpunca dari lendir hidung yg mengalir ke tekak kerana saya  kerap sakit kepala, rasa gatal kat mata. Lendir tu berwarna putih likat. Adakah dia juga ada sakit resdung?   Doktor sudah berikan  makan ubat cetirizine dan prednisolone juga nasal spray tapi lendir tu masih melekat di tekak. Apakah ubat yg sesuai untuk  saya?  Harap doktor dapat menjawab secepat mungkin kerana saya amat risau dgn keadaan saya.”   Wa alaikum mus salam.   Saya percaya  puan mengalami alahan allergic rhinitis, iaitu sejenis alahan yang ... Read More »

Membaca al Quran untuk merawat Gastrik

    “Assalamu alaikum doctor. Saya menghadapi masalah gastrik yang kronik. Perut saya sering merasa sakit, rasa loya di tekak, muntah-muntah dan berat badan menurun sebanyak 5 kg dalam masa dua bulan. Saya sudah banyak kali berulang-alik hospital untuk rawatan gastrik, tetapi belum reda. Bolehkah doctor memberikan pandangan?”   Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang tuan hadapi. Apabila umur kita semakin meningkat, seluruh anggota dan organ badan kita tidak seperti dulu.   Antara masalah yang dihadapi oleh orang yang memasuki umur 50an ialah masalah penghadaman atau sering disebut gastrik.   Jadi jangan memandang remeh penyakit gastrik yang berlaku walaupun di peringkat permulaan. Ini kerana jika dibiarkan tanpa rawatan, pesakit boleh menghidapi penyakit gastrik kronik dan menyebabkan berlaku pendarahan dalam perut.   Sentisa berusaha dengan menjaga pemakanan. Jangan ... Read More »

Gamat ubat luka dalaman dan luaran

      Gamat ialah sejenis hidupan laut yang tidak bertulang belakang berada di dasar laut dan memakan rumpai halus.   Keajaiban pada gamat ialah kemampuannya untuk ‘tumbuh semula’ setelah tubuh gamat ini dipotong, menjadikan ia bahan penting di dalam perubatan Melayu untuk merawat luka.   Gamat juga mengandungi kolagen gamat yang tinggi. Malah, dan amino asid, protein, vitamin B1 dan B2, zat besi, iodin, kalsium fosfat, kalsium, dan zink, yang sangat diperlukan untuk proses penyembuhan luka.     Gamat boleh digunakan sebagai suplemen bagi merawat penyakit jantung, mengurangkan keradangan, penahan sakit, mengurangkan sakit sendi, meredakan ulser dan gastrik serta berpotensi merawat jangkitan kulit.   Omega-3 yang ada dalam gamat dapat mengurangkan keradangan dan rasa sakit. Gamat juga mengandungi antioksida semulajadi yang bertindak memberi perlindungan terhadap radikal bebas yang sering ... Read More »

Buah Markisa baik untuk pesakit darah tinggi dan asthma.

  Buah Markisa atau dikenali sebagai Passion Fruit. Bahasa botaninya ‘Passiflora edulis’. Ia  sangat kaya dengan pro vitamin A (1274 IU 43%) dan vitamin C 30 mg 50%), potassium (348 mg 7%) , dan fiber (10,40 g 27%) dan mempunyai 16 calories dalam setiap biji. (Sumber: USDA National Nutrient data base)   Ia boleh dimakan begitu saja, atau sebagai jus atau dijadikan salad dicampur dengan sayur-syuran yang lain.   Oleh kerana buah Markisa sangat kaya dengan mineral potassium, ia sangat baik jika diamalkan oleh pesakit darah tinggi.   Rujuk: “Oral administration of purple passion fruit peel extract attenuates blood pressure in female spontaneously hypertensive rats and humans” Journal Nutrition Research, Volume 27, 408-416     Dalam kajian awal (preliminary research) terdapat bukti yang ringkas bahawa jus Markisa sangat baik bagi ... Read More »

Sup ayam baik untuk pesakit demam selsema

    Sup ayam yang panas adalah hidangan yang boleh dibuat dengan mudah di rumah dan sangat baik diberikan kepada anak yang mengalami demam dan selsema.   Saya mencadangkan agar tidak perlu gunakan minyak untuk menumis bahan-bahan tumisan. Hanya masukkan bahan tumisan dalam air yang medidih dalam periuk, bersama ayam yang telah dipotong dan herba-herba yang lain. Potongan daging ayam sendiri akan menghasilkan minyak yang berkhasiat di dalam sup itu.   Dalam 2000, para saintis di University of Nebraska Medical Center mengkaji kesan tindakbalas sup ayam kepada kesan keradangan (inflammatory response).   Mereka mendapati bahawa terdapat beberapa komponen dalam sup ayam yang dapat menghentikan kesan keradangan dalam tubuh, dengan itu mempercepatkan proses penyembuhan.   (rujuk: Rennard BO, Ertl RF, Gossman GL, Robbins RA, Rennard SI (October 2000). “Chicken soup inhibits ... Read More »

Nenas banyak khasiat tetapi boleh menyebabkan keguguran?

  Buah nenas biasa ditanam di tanah gambut di Malaysia. Nenas yang ranum mengandungi sumber manganese dan vitamin C yang banyak.   Pada batang buah nenas mengandungi enzim proteolytic, bromelain, yang boleh menghuraikan rantaian protein. Ia juga mampu mengurangkan bengkakan.   Antara kegunaan nenas ialah:   1. Jus nenas digunakan untuk melembutkan daging dengan memerapkannya sebagai marinade.   2. Buah nenas boleh mengurangkan radang dan bengkakan pada tubuh dengan cara meminum jus nenas atau meletakkan pada bahagian tubuh yang bengkak.   3. Jus nenas digunakan sebagai diuretic bagi melancarkan pembuangan air kencing.   4. Jus nenas diberikan kepada wanita yang hamil pada usia kehamilan lebih 38 minggu bagi memudahkan proses kelahiran.   5. Jus nenas boleh dikumur pada tekak untuk mengurangkan sakit tekak dan lender.   6. Jus nenas juga ... Read More »

Buah belimbing untuk pesakit kencing kotor

    Buah bilimbing di kenali sebagai Star Fruit, atau Averrhoa Carambola, kaya dengan antioksida, mineral potassium, dan vitamin C. Ia mempunyai kandungan gula, mineral sodium dan asid yang kurang.   (rujuk: Shui G, Leong LP (2004). “Analysis of polyphenolic antoxidants in star fruit using liquid chromatography and mass spectrometry”. Journal of Chromatography 1022 (1–2): 67–75.)   Selain itu belimbing mampu membunuh kuman bakteria seperti Averrhoa E. coli, Klebsiella spp., Staphylococcus aureus, dan Pseudomonas aeruginosa. Kajian ini telah dilakukan oleh saintis Thailand pada 2002.   (rujuk: Sripanidkulchai B, Tattawasart U, Laupattarakasem P, Wongpanich V (2002). “Anti-inflammatory and bactericidal properties of selected indigenous medicinal plants used for dysuria“. Thai J Pharm Sci 26 (1-2): 33–38.)   Jadi ia sangat sesuai bagi pesakit ‘kencing kotor’ yang mempunyai jangkitan kuman bekteria itu.   ... Read More »

Bahayakah cucuk air tulang belakang?

    Saya pernah membawa anak saya yang berusia setahun, secara tiba-tiba pengsan di rumah ke Jabatan Kecemasan. Beliau terus dibantu dengan bantuan sistem pernafasan sehingga peratusan kandungan oksigen dalam darah memuaskan.   Akhirnya beliau ditahan diwad untuk pemerhatian dan pemeriksaan lanjut punca sebenar beliau mengalami masalah itu.   Banyak ujian yang dibuat, tetapi semuanya negative. Masih tidak diketahui punca sebenar. Saya bimbang jika tidak dirawat punca sebenar, masalah yang sama (pengsan secara tiba-tiba) akan berulang.   Pakar pediatric akhirnya mencadangkan kepada saya untuk melakukan pemeriksaan air tulang belakang atau disebut sebagai ‘lumbar punture’.   Sebagai seorang doctor, saya faham prosedur itu. Saya juga faham faedah dan kemudaratan yang mungkin menimpa.   Saya berserah pada ALLAH dan memohon petunjuk. Saya menandatangani surat keizinan dengan berat, walaupun bapa saya bersungguh-sungguh melarang ... Read More »

Holoprosencephaly : Sains membuktikan kelahiran dajjal?

    Baru-baru ini saya melihat kelahiran seorang bayi melalui kongsian di facebook. Saya sangat sedih melihat bayi ini masih hidup dan bergerak-gerak di dalam incubator, malangnya bayi ini bermata satu.   Saya memikirkan bagaimana nasib beliau di masa akan datang apabila telah meningkat dewasa, dan lebih malang ada rakan-rakan di facebook yang terlalu dangkal dengan mengaitkan kelahiran bayi yang tidak berdosa ini dengan kelahiran makhluk dajjal.   Pada saya kelahiran bayi ini hanya menunjukkan kekuasaan ALLAH yang boleh mencipta makhluknya dengan pelbagai bentuk kejadian.   Bayi yang tidak bersalah ini tidak seharusnya dikaitkan dengan makhluk dajjal yang dikatakan bermata satu. Bayi ini tidak berdosa dan tidak minta dilahirkan sebegitu.   Sebenarnya kelahiran bayi seperti ini berlaku di seluruh dunia. Ia dinamakan “holoprosencephaly” iaitu kecacatan pada otak di mana otak ... Read More »

Demam suatu musibah atau rahmat?

      Saya sering didatangi oleh pesakit yang demam. Demam bukanlah suatu penyakit tetapi lebih kepada tanda-tanda kewujudan penyakit dalam tubuh.   Sungguhpun ia hanya suatu tanda, tetapi sudah cukup untuk menyebabkan seseorang yang demam merasa menderita akibat rasa tidak sedap badan, kurang berselera makan, sakit kepala dan tubuh dan malah ada yang menggigil.   Saya pernah ditanya, “Sebagai seorang doctor Muslim, adakah doctor berpendapat bahawa kita perlu mengambil ubat demam? Bukankah itu kifarah dosa?”   “Jadi apa tujuan tuan datang berjumpa saya? Untuk menerima rawatan atau hanya bertanya hukum?” soal saya pula.   “Kedua-duanya, doctor..”   Saya merasakan ia seolah-olah soalan perangkap. Entah apa tujuannya bertanyakan hukum agama pada saya yang berkelulusan MBBS saja.   “Jika tuan menganggap ubat yang saya akan beri memberikan kesembuhan secara total, maka ... Read More »

Punca Rambut Beruban pada kanak-kanak

    “Ingin penjelasan Dr., mengapa kanak-kanak usia di bawah 12 boleh  ada rambut beruban yg banyak? kekurangan vitamin atau masalah pemakanan. Dr.Terima kasih”   Salah satu tanda bagi seorang dewasa semakin meningkat usianya ialah terdapat banyak rambut berubat di kepala. Ini kerana semakin kita berumur, sel melanocytes yang membekalkan pigment pewarna melanin pada rambut semakin berkurangan dan menyebabkan rambut kita tidak lagi berwarna hitam. Kehilangan warna hitam pada rambut menyebabkannya kelihatan coklat dan kemudian menjadi putih, dan kita namakannya uban.   Imam Nawawi menulis dalam kitab al-Majmoo’ (1/344) bahawa hukum mencabut uban adalah makruh, berdasarkan satu hadis dari ‘Amr ibn Shu’ayb dari bapanya, dari datuknya, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jangan mencabut uban, kerana ia akan menjadi cahaya pada Hari Kebangkitan.”   Dalam satu hadis yang lain dalam kitab Sahih ... Read More »

Bahayakah Amalgam sebagai Penampalan Gigi ?

  “Betulkah doctor, amalgam penampal gigi membuatkan kita mengalami masalah mental” .. Seorang pelajar perubatan tahun akhir bertanya kepada saya melalui ruang chatting di FB. Saya belum pernah terfikir hal itu. Saya percaya jika ia mendatangkan kemudaratan yang serius, tentu KKM tidak membenarkannya. “Mana dapat maklumat ini?” “Saya baca dari penulisan yang dikongsikan di FB” Cepat saya balasannya. “Nasihat saya, jika kita mahu menjadi seorang doctor yang bijak dan matang, jangan terus percaya dengan apa saja yang dikongsikan di fb. Buat kajian sendiri di mana-mana journal perubatan. Sekarang ini mudah mendapatkannya secara online..”       Penggunaan amalgam sebagai bahan penampal gigi selalu disangsikan oleh masyarakat kerana ia mengandungi bahan metal mercury yang diketahui sangat bahaya terhadap kesihatan tubuh.   Amalgam digunakan kerana harganya yang murah, mudah digunakan, kuat dan tahan ... Read More »

Bahaya menggunakan Sauna selepas bersenam

  Assalamu alaikum. Saya nak tanya dan minta pendapat doktor. Saya sedang mulakan aktiviti jogging setiap hari.selepas  joging dlm 10 minutes sy akan sauna dalam gym.Bolehkah kita ber-sauna setiap hari.Mohon pendapat doctor,terima kasih doctor     Ramai orang yang berpendapat bahawa sauna boleh mengurangkan berat badan. Apatah lagi jika sauna dilakukan selepas senaman kardio yang mengeluarkan peluh. Sudah tentu mesin penimbang berat badan akan menunjukkan pengurangan yang mendadak.     Tetapi adakah kita benar-benar kehilangan berat badan? Adakah yang hilang itu hanya kandungan air dalam badan atau lapisan lemak?     Sauna sebenarnya boleh memberikan kebaikan dan boleh mendatangkan keburukan.     Bayangkan puan telah bersenam dengan bersungguh-sungguh sama ada berlari di padang atau berada gym. Sudah tentu banyak peluh yang keluar. Apabila memasuki sauna, sudah tentu lebih banyak peluh ... Read More »

Kejang Otot Belakang atau Sciatica?

    Jika sakit belakang dirasakan selepas mengangkat benda berat atau melakukan senaman yang agresif, selalunya sakit belakang ini disebabkan oleh kekejangan otot (muscle strain).   Namun ia juga boleh disebabkan oleh tulang rawan disc yang berada di celah-celah tulang belakang, terkeluar dari kedudukan asalnya.   Ini akan menyebabkan kesakitan di bahagian belakang dan rasa sakit ini ‘turun’ ke bahagian punggung dan sebelah kaki. Ini dinamakan “sciatica”. Read More »

Penyakit Hati Berlemak

  Ia adalah satu lagi penyakit yang disebabkan oleh kegemukan dan diabetes. Malah remaja seawal usia 15 tahun turut berisiko mendapat penyakit berkaitan hati ini akibat kedua-dua masalah tersebut.   Penyakit hati berlemak turut dikenali sebagai “Fatty Liver Disease”. Ia merupakan satu keadaan di mana sejumlah besar lemak tepu berkumpul di dalam sel hati.   Kebanyakan punca penyakit ini akibat pengambilan alkohol terutama di negara barat. Namun, terdapat juga perubahan pada enzim hati secara abnormal yang seterusnya menyebabkan ketidakseimbangan metabolisma menjurus kepada masalah hati berlemak.   Penyakit ini tidak menunjukkan tanda-tanda luaran yang khusus. Tanda-tanda awal ialah kegemukan, rasa mudah penat dan tidak bertenaga. Lazimnya menyerang mereka yang berumur 40 tahun ke atas, selain penghidap obesiti atau diabetes. Ia hanya dapat dikesan hanya dengan melakukan pemeriksaan darah dan ujian ultrasound. ... Read More »

Tiada kolagen dalam rumpai laut tetapi banyak khasiat lain

Rumpai laut tidak mempunyai kolagen tetapi mampu membantu mengekalkan mahupun mengaktifkan proses pembentukan dan penghasilan kolagen dalam kulit manusia…… Artikel pendek oleh Dr.Mariani Abdul Hamid IBD UTM untuk dibaca oleh kawan-kawan. Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh badan manusia. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ianya membantu melambatkan proses penuaan sebaliknya tidak membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian.   Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, degradasi kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan kedutan. Oleh sebab itu, ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya mengambil langkah-langkah yang perlu bagi merangsang pengeluaran ... Read More »

Berkhatan secara SMART KLAMP

Berkhatan menggunakan teknik Smartklamp adalah satu inovasi baru dunia perubatan bagi memudahkan prosedur berkhatan yang diamalkan oleh seluruh umat Islam, Yahudi dan Orthodox Kritian. Semenjak ia diperkenalkan di pameran perubatan di Dusseldorf, German,pada tahun 2001, alat ini telah digunakan oleh jutaan kanak-kanak dan oraang dewasa di Eropah, Amerika Syarikatdan Asia Tenggara, termasuk Malaysia kerana alat sangat mudah digunakan. Dengan menggunakan smartclamp, pendarahan yang banyak dapat dihindarkan ketika prosedur berkhatan dan tidak memerlukan sebarang jahitan . Ia sangat mudah dan cepat antara 10-15 minit sahaja . Oleh itu menjadi alternative terbaik bagi kanak-kanak atau orang dewasa yang mengalami penyakit Diabetes, Hemofilia, anak-anak Autis atau anak-anak Hiperaktif. Smartclamp juga sangat ringan dan tidak mengganggu aktiviti knak-kanak atau orang dewasa yang disunatkan dan boleh mula berjalan tanpa tanpa menggunakan kain sarung lagi. Perbezaan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!