Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum (page 2)

Category Archives: Umum

Thyroid dan suplemen

  “Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya tentang penyakit thyroid. Saya mengalami penyakit hyperthyroid sejak tahun lepas. Harap doktor dapat memberi nasihat kepada saya dan manfaat pada yang lain. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Masalah hyperthyroidisme agak kompleks dan saya hanya memberikan pandangan saja. Puan harus berbincang dengan doctor yang merawat.   Terdapat beberapa rawatan untuk hipertiroidisme yang diberikan oleh doctor, bergantung kepada umur, keadaan fizikal dan keterukan penyakit puan.   Selalunya doctor akan memberikan ubat anti- tiroid. Ubat-ubatan ini secara beransur-ansur mengurangkan tanda-tanda hipertiroidisme seperti berdebar-debar, dan rasa mudah panas badan dengan menghalang kelenjar tiroid daripada menghasilkan hormone secara berlebihan.   Antara ubat yang diberikan ialah propylthiouracil dan carbimazole. Gejala penyakit akan bertambah baik pada enam hingga 12 minggu, tetapi ... Read More »

Apakah itu Perubatan Islam?

  Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin   Soalan: Prof Madya Dr Mohd Asri, saya ada saudara yang menganggap bahawa kita tidak patut mengambil berubat dengan ubat-ubat yang lain dari yang Nabi s.a.w dah ajar. Dia kata perubatan Islam seperti ubat-ubat nabi sudah sempurna. Ubat-ubat hospital atau orang putih itu tidak sesuai dengan orang Islam. Orang Islam patut pegang ubat Islam, bukan ubat kafir. Apakah pandangan Dr Asri dalam hal ini?   Maslina, Jerantut.   Jawapan Dr MAZA: Maslina, sikap saudara puan/cik yang ingin menghayati ajaran Nabi s.a.w itu amatlah baik. Namun, beliau memerlukan kefahaman terhadap Islam yang lebih jelas dalam masalah ini. Perkataan perubatan Islam itu sendiri memerlukan penjelasan berdasarkan nas-nas Islam itu sendiri. Untuk itu maka saya ingin menyentuh beberapa perkara berikut;   1. Tiada ... Read More »

Adakah pesakit koma boleh hidup semula?

  “Salam doctor. Baru-baru ini bapa saya telah koma dan ditempatkan di ICU selama seminggu. Bolehkah beliau boleh sembuh semula? Saya sangat sedih melihat keadaan beliau. Saya sayangkan bapa saya. Mohon pencerahan.”   Wa alaikum mus salam.   Pesakit tidak sedarkan diri akibat koma yang lama (vegetative), boleh sembuh semula dan bangun dari keadaan koma, dengan syarat pesakit masih mempunyai aktiviti otak.   Dalam keadaan ini, pesakit belum lagi keadaan mati yang hakiki, yang selalunya disebut brain death. Maka alat bantuan pernafasan tidak boleh ditanggalkan.   Bagi membezakan keadaan ini, pemeriksaan menggunakan FDG-PET atau MRI yang mengesan fungsi aktif otak.   Jika didapati bahawa bapa saudara mempunyai bukti klinikal dan bukti imbasan MRI FDG-PET bahawa otaknya masih berfungsi, maka beliau masih ada lagi harapan untuk sembuh.   Wa allahu a’lam ... Read More »

Kecederaan kepala anak: keretakan tulang dan darah beku

    “Assalam mu alaikum doktor. Saya hendak bertanya mengenai anak saya yang berusia 9 tahun, telah jatuh dari motorsikal pada pada 3/3/14. Doktor telah melakukan pemeriksaan CT scan kepala dan mendapati terdapat sedikit darah beku.  Doktor pakar neusosurgeri di HKL mengatakan anak saya tidak memerlukan pembedahan kerana hanya mengalami keretakan pada tengkorak di sebelah belakang telinga kanan.   Anak saya sekarang normal seperti dulu. Dia boleh pergi sekolah dan belajar, bergurau dan bermain. Doktor pesan jika ada cecair keluar dari hidung atau telinga, ia berpunca dari kebocoran tengkorak.   Adakah ia boleh pulih seperti biasa ? Doktor mendapati tiada sebarang cecair yang keluar semasa pemeriksaan doctor di HKL pada pada 10/4/14. Pemeriksaan lanjut pada pada 7/8/14.   Soalan saya: Berapa lama tengkorak tersebut akan sembuh? Macamana hendak mengelakkan cecair ... Read More »

Herba Cina berkesan untuk pesakit Rheumatoid Arthritis

  Satu ekstrak tumbuhan yang biasa digunakan dalam perubatan tradisional Cina didapati berkesan untuk rawatan jangka pendek penyakit Rheumatoid Arthritis. Sebelum ini doctor akan memberikan ubat seperti methotrexate sebagai salah satu ubat untuk merawat Rheumatoid Arthritis. Dalam kajian yang dilakukan mendapati bahawa kombinasi ekstrak tumbuhan dan Methotrexate dapat memberikan kesan yang optima. Ini bermakna kesan sampingan methotrexate dapat dikurangkan. Kajian yang dilakukan selama 6 bulan, mendapati bahawa sebanyak 46.4% daripada pesakit yang menerima rawatan ubat methotrexate telah mendapat manfaat kelegaan dari rasa sakit, seperti mana yang dikategorikan oleh American College of Rheumatology. Sementara 55.1% pesakit yang menerima ekstrak tumbuhan Tripterygium wilfordii pula mendapat manfaat yang sama. Yang menariknya apabila kedua-duanya digabungkan dan diberikan kepada pesakit sebanyak 76.8 % daripada pesakit menerima ubat-ubat ini mendapat kelegaan dari rasa sakitnya. Kajian ini ... Read More »

Bengkakan lemak pada kulit

  “Assalamu mu alaikum doctor, saya ingin bertanya. Baru-baru ini saya perasan yang saya mempunyai dua bengkakan di bawah kulit, satu di peha dan satu di lengan yang berukur Antara 2-4cm. Bila ditekan tidak sakit. Saya agak bimbang kerana ada rakan-rakan yang mengatakan bahawa ia adalah tanda kanser kulit. Saya telah berjumpa doctor tetapi doctor hanya mengatakan bahawa ia adalah lipoma, iaitu ketumbuhan lemak di bawah kulit. Saya agak keliru dan masih bimbang jika ia adalah tanda kanser kulit seperti yang diberitahukan oleh rakan saya. Mohon pencerahan, dokter.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebenarnya agak sukar bagi saya memberikan komen kerana saya tidak memeriksa puan. Namun saya percaya doctor yang memeriksa puan telah pun memberikan penerangan dan rawatan yang terbaik berdasarkan pemeriksaan yang dilakukannya.   Jadi janganlah bimbang tentang ... Read More »

Ujian darah untuk mencari punca alahan

    “Salam docter, saya mahu membuat pertanyaan. Saya mengalami kegatalan sejak bulan Feb yang lalu. Saya tidak tahu apa punca kegatalan itu. Saya memang ada alahan tetapi sebelum itu saya tidak ada makan makanan seafood dan telur. Sampai sekarang gatal bertambah teruk sehingga menjadi sampai dekat kedua-dua siku dan lutut saya. Mula-mula kegatalan itu hanya dekat celah peha saja, yang mana telah menjadi kurap. Apa sebab kegatalan ini berlaku ya dokter? Saya sudah tidak tahan setiap mlm asyik menggaru sampai menjadi luka. Apa yang bagus diamalkan untuk kurangkan rasa gatal ini ya doc? Mohon bantuan dr doc. Terima kasih.”   WALAIKUM MUS SALAM   Ramai di antara kita yang mempunyai alahan yang menyebabkan kita bersin atau rasa gatal pada kulit. Malangnya kita tidak pasti apa punca alahan yang kita ... Read More »

Rasa jantung berdebar-debar..

  “Salam Tuan Doktor. Saya hendak bertanya berkenaan jantung. Baru-baru ini saya mengalami debaran atau degupan yang tiba-tiba laju dalam kekerapan setiap dua minit. Masalah ini saya sudah hadapi seminggu. Adakah ia salah satu petanda yang mengatakan jantung saya bermasalah. Apakah tindakan susulan yang harus saya lakukan. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Rasa berdebar-debar dan merasa jantung bergedup laju seperti selepas berlari, ada kalanya suatu fenomena yang normal dan ada kalanya menandakan permulaan suatu penyakit.   Biasanya jantung berdegup secara normal antara 60 – 100 kali seminit. Degupan jantung yang cepat melebihi 100 seminit, ini dinamakan ‘tachycardia’. Kadar jantung yang kurang dari 60 seminit dinamakan ‘bradycardia’.   Antara punca yang tidak berbahaya ialah masalah dehidrasi (kurang minum air) menyebabkan elektrolit dalam darah yang tidak seimbang. Ketidakseimbangan ... Read More »

Tekanan darah yang tidak stabil

  “Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya soalan. Minggu lepas saya baru keluar dari hospital disebabkan tekanan darah naik dan turun. Bacaan 171/110 kadang 97/47 dalam masa seminggu. Doktor telah buat ujian CT scan, pemeriksaan jantung  dan x-ray dan mendapati saya normal. Saya mengalami masalah sakit kepala  di sebelah kanan. Saya tidak tahu apa sakit saya ?apa pendapat doktor denga masalah saya?. Mohon pencerahan”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya tidak dapat memberikan komen yang terperinci kerana tidak memeriksa puan dan tidak melihat keputusan pemeriksaan yang dijalankan oleh doctor.   Namun saya percaya puan mengalami masalah yang agak serius kerana sakit kepala yang kerap berlaku dan tekanan darah yang tidak stabil (turun dan naik).   Pada kebiasaannya tekanan darah boleh menjadi turun dan naik tetapi tidak terlalu besar perbezaannya. ... Read More »

Makanan yang menghasilkan angin dalam abdomen

    Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin.   * Raffinose terdapat pada makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks, manakala bunga kubis (cauliflower), kubis brussel (brussels sprouts), asparagus, brokoli dan kubis.   * Laktos ialah gula semulajadi yang terdapat pada susu dan makanan yang mengandungi susu seperti keju dan aiskrim.   * Fruktos banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis (sweetener) dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.   * Sorbitol diperolehi secara semulajadi daripada buah-buahan termasuk epal, pir, pic dan prun. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam makanan untuk diet, gula-gula dan gula getah.   * Kanji kebanyakannya didapati pada kentang, jagung, gandum di mana makanan ini dihancurkan di dalam usus besar.   Beras ... Read More »

Aspartame Berbahaya?

  “Salam, doctor. Saya ingin bertanya adakah aspartame yang terdapat dalam pemanis tiruan itu boleh menyebabkan kanser otak seperti mana tuduhan dalam internet?”   Wa alaikum mus salam.   Isu ini telah dijawab oleh satu badan berkuasa yang menjaga keselamtan produk pemakanan dan ubat di Amerika Syarikat, FDA USA. Mereka telah yang telah menubuhkan Lembaga Siasatan Awam pada tahun 1980 bagi memeriksa dakwaan ini dan mendapati bahawa aspartame tidak menyebabkan kerosakan otak. Rujuk : Testimony of Dr. Adrian Gross, Former FDA Investigator to the U.S. Senate Committee on Labor and Human Resources, 3 November 1987. Hearing title: “NutraSweet Health and Safety Concerns.” Document # Y 4.L 11/4:S.HR6.100, page 430–439.   Jawapan mereka disokong oleh banyak lagi kajian mendapati tiada hubungan antara aspartame dan mana-mana kanser. Rujuk: Butchko, H; Stargel, WW; ... Read More »

Bahayakah Pemanis Tiruan?

    “Salam doctor, saya ada soalan berkenaan dengan pemanis tiruan, memandangkan saya sedang berdiet, jadi saya cuba mengelak gula dalam keperluan tubuh saya, tetapi pada masa yg sama saya menggantikan pemanis tiruan brand equal dalam minuman saya. Adakah pemanis ini akan memberi apa-apa kesan dalam tubuh saya sekiranya saya mengambilnya 1 sacshet sehari bagi menggantikan gula? mohon pencerahan. terima kasih”   Wa alaikum mus salam.   Equal adalah jenama pemanis tiruan mengandungi aspartame, dekstrosa dan maltodekstrin. Ia digunakan untuk mendapatkan rasa manis dalam minuman dan makanan tanpa mendapat kalori.   Isu tentang sama ada aspartame adalah bahan yang berbahaya atau tidak, telah menjadi perbincangan hebat semenjak tahun 1990an lagi.   Aspartame adalah bahan utama dalam pemanis tiruan, kira-kira 200 kali lebih manis daripada sukrosa, atau gula biasa. Oleh ini, aspartame ... Read More »

Makanan Tambahan dan Rawatan Kanser: Antara Manfaat dan Mudharat

    Pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi untuk pelbagai penyakit kanser sering mengalami kesakitan dan ketidakselesaan, akibat kesan sampingan yang melemahkan tubuh mereka.   Sesetengah pesakit  sanggup mengambil apa saja suplemen tambahan bagi mengurangkan kesan-kesan sampingan ini atau bertujuan untuk membantu menyembuhkan penyakit mereka.   Tetapi harus diingat bahawa sesetengah suplemen atau makanan tambahan atau ubat-ubatan herba mempunyai interaksi negatif dengan rawatan kanser ditetapkan.   Satu kajian dari Klinik Onkologi Midwestern diterbitkan pada tahun 2005 menunjukkan bahawa 65 peratus daripada pesakit yang menerima kemoterapi juga telah mengambil makanan tambahan , tidak termasuk vitamin.   Dua puluh lima peratus daripada mereka telah menggunakan satu atau lebih rawatan herba yang dianggap mempunyai interaksi negatif dengan ubat-ubatan kemoterapi. Majoriti pesakit tidak berunding dengan doktor yang merawat sebelum mengambil suplemen atau makanan tambahan ini. ... Read More »

Makanan Tambahan dan Rawatan Kanser: Antara Manfaat dan Mudharat

  Pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi untuk pelbagai penyakit kanser sering mengalami kesakitan dan ketidakselesaan, akibat kesan sampingan yang melemahkan tubuh mereka.   Sesetengah pesakit  sanggup mengambil apa saja suplemen tambahan bagi mengurangkan kesan-kesan sampingan ini atau bertujuan untuk membantu menyembuhkan penyakit mereka.   Tetapi harus diingat bahawa sesetengah suplemen atau makanan tambahan atau ubat-ubatan herba mempunyai interaksi negatif dengan rawatan kanser ditetapkan.   Satu kajian dari Klinik Onkologi Midwestern diterbitkan pada tahun 2005 menunjukkan bahawa 65 peratus daripada pesakit yang menerima kemoterapi juga telah mengambil makanan tambahan , tidak termasuk vitamin.   Dua puluh lima peratus daripada mereka telah menggunakan satu atau lebih rawatan herba yang dianggap mempunyai interaksi negatif dengan ubat-ubatan kemoterapi. Majoriti pesakit tidak berunding dengan doktor yang merawat sebelum mengambil suplemen atau makanan tambahan ini.   ... Read More »

Susu Ibu Cepat Kering

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya baru melahirkan anak dua bulan. Masalah saya ialah anak saya kerap menyusu, sehingga kering air susu saya. Bagaimana saya menambah semua susu saya. Mohon pencerahan.”   Wa alaikum mus salam.   Saya kerap menerima aduan yang mengatakan bahawa dari wanita yang sedang menyusukan bayi mereka dan mengatakan susu semakin kering.   Kekeringan susu ibu bukanlah suatu yang normal dan ia tidak juga berlaku secara semula jadi. Ia selalu berlaku pada awal tempuh pantang setelah melahirkan anak. Ia hanya bersifat sementara. Susu ibu selalunya akan bertamah jika dia tidak segera menghentikan penyusuan ibu.   Saya menasihatkan puan agar meneruskan penyusuan dan memberikannya dengan lebih kerap. Susu puan akan berkurangan apabila puan kurang menyusukan bayi atau mengurangkan masa penyusuan dan puan berada kedudukan yang tidak betul ketika ... Read More »

Makanan Tambahan dan Produk Herba juga ada kesan sampingan

    “Doktor, merujuk pada posting doctor, adakah suplemen yang berbentuk herba atau makanan tambahan yang selamat? Mohon pencerahan”   Wa alaikum mus salam.   Tidak semua suplemen herba dan makanan tambahan adalah selamat. Jika puan tidak pasti tentang keselamatan sesuatu makanan tambahan atau herba, bertanyalah dengan doktor puan, ahli farmasi, atau pakar diet.   Jika puan memngalami apa-apa penyakit dan sedang mendapatkan rawatan doctor, beritahu doktor yang merawat puan bahawa puan ingin menggunakan makanan tambahan atau herba jika puan menggabungkan suplemen herba atau makanan tambahan dengan dengan ubat-ubat doctor.   Adalah tidak selamat jika puan meninggalkan rawatan dan ubat-ubatan doctor dan hanya bergantung pada suplemen atau herba ini.   Bagitu juga dengan wanita yang sedang hamil atau menyusukan bayi. Pastikan produk yang mereka ambil selamat untuk diri dan anak ... Read More »

Jangkitan Kuman di Paru-paru Lambat Baik

  “Salam doctor, baru-baru ini abang saya mengalami penyakit pneumonia dan telah dimasukkan ke dalam hospital selama dua minggu. Sebelum ini beliau mengalami penyakit diabetis. Walau pun telah dibenarkan keluar dari hospital, beliau masih kelihatan belum sihat kerana mengalami batuk dan susah bernafas. Sekarang sudah masuk sebulan, tetapi beliau masih kelihatan tidak sihat. Mohon pencerahan”    Wa alaikum mus salam.   Pneumonia adalah penyakit jangkitan kuman dalam paru-paru yang menyebabkan pesakit akan berasa letih dan sukar bernafas.   Selain itu, pesakit juga mungkin mengalami batuk berkahak yang teruk dan mengalambil masa yang lama, demam panas yang kuat dan pesakit mengalami rasa sukar bernafas.   Biasanya bagi pesakit dapat boleh dirawat di rumah dengan diberikan antibiotic dan insha ALLAH akan sembuh dalam masa seminggu.   Bagi pesakit yang telah berusia 60 ... Read More »

Hemodialisis noktural lebih baik dari hemodialisis biasa

    “Salam doctor, saya mendapat tahu rawatan dialysis waktu malam yang dilakukan di sesetengah hospital swasta lebih berkesan dari hemodialisis biasa. Adakah ia sesuai untuk suami saya seorang pesakit ginjal yang sedang menjalani dialysis dan mempunyai tekanan darah dan kolestrole yang tinggi. Beliau sering pengsan dan keletihan selepas rawatan hemodialisis. Mohon pencerahan, doctor”   Wa alaikum mus salam.   Alhamdulillah, sekarang pesakit ginjal ini masih ada harapan untuk meneruskan kehidupan kerana boleh menjalani rawatan haemodialisis, peritoneal dialisis atau pemindahan ginjal.   Majoriti pesakit memilih untuk menjalani haemodialisis kerana kos rawatannya yang tidak terlalu tinggi berbanding dengan pemindahan ginjal.   Tetapi pesakit juga mengalami penyakit jantung, rawatan hemodialisis yang biasa boleh menyebabkan sakit dada, tekanan darah rendah atau serangan jantung. Pesakit juga selalunya keletihan apabila selesai menjalani rawatan itu.   ... Read More »

Hadkan Penggunaan Minyak Masak untuk Menggoreng

    Penggunaan minyak masak dalam menyediakan makanan sama ada untuk tumisan atau menggoreng perlu dihadkan.  Ini kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak.   Jika minyak ini digunakan berulang kali, semakin banyak sisa toksik HNE atau 4-hydroxy-trans-2 nonel yang terkumpul dalam minyak itu. Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.   Menggunakan minyak yang telah digunakan beberapa kali akan mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit alzheimer, parkinson dan barah.   Sebaik-baiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja.  Jika minyak berkenaan telah bertukar warna menjadi perang kehitaman, minyak berkenaan perlu dibuang.   Minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ... Read More »

Beza Minyak Sawit dan Minyak Sayuran untuk Memasak

    Pada asasnya minyak masak terdiri daripada lemak tepu dan lemak tidak tepu. Lemak tidak tepu pula terdiri daripada dua bahagian iaitu lemak mono tidak tepu dan lemak poli tidak tepu.   Minyak kelapa sawit merupakan lemak tepu namun kebaikannya adalah stabil digunakan untuk masakan yang memerlukan suhu yang tinggi atau masakan minyak penuh (deep fried) seperti menggoreng ayam dan daging.   Sementara  minyak zaitun contoh adalah minyak mono tidak tepu,  yang mudah terurai dan akan meningkatkan kolesterol baik dalam badan.   Selain itu minyak mono yang lain seperti minyak kacang, minyak badam, minyak avokado dan minyak bunga matahari, sangat baik kerana mempunyai omega 3 dan 6 yang diperlukan oleh badan.   Minyak tidak-tepu tidak sesuai digunakan untuk masakan yang memerlukan jangka masa yang lama atau terdedah kepada suhu ... Read More »

MENGESAN SERANGAN SAKIT JANTUNG

  “Assalamu alaikum doctor. Saya berusia 35 tahun dan mempunyai dua orang anak. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada. Isteri saya telah membawa saya ke klinik. Doktor di klinik telah memeriksa saya dengan meletakkan stethoscopenya di dada. Dia beritahu saya agar bimbang dan memberikan saya ubat gastrik. Saya rasa tidak puas hati. Saya bimbang saya mengalami serangan sakit jantung. Mohon penjelasan”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan marah dan kecewa yang saudara rasakan. Saya berpendapat bahawa doctor yang bertugas seharusnya memeriksa saudara dengan lebih teliti.   Saya tidak dapat memberikan komen lanjut tentang pemeriksaan, diagnosa dan rawatan yang diberikan oleh doktor berkenaan, kerana saya tidak mengetahui hal keadaan sebenar ketika itu.   Saya sendiri lebih berhati-hati apabila memeriksa pesakit lelaki yang berumur sekitar 40an yang mempunyai risiko untuk ... Read More »

Sakit Dada dan Susah Nafas

  “As salammu alaikum doktor. Saya selalu mengalami  sakit dada, sehingga sampai susah hendak nafas. Rasanya mencucuk-cucuk di tengah dada. Adakah ia petanda sakit jantung? Mohon pencerahan. Semoga ALLAH memberikan rahmat untuk doktor sekeluarga”   Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami.   Sakit dada, tidak bermakna sakit jantung. Walau bagaimana pun,  tidak dinafikan bahawa serangan sakit jantung adalah pembunuh utama di Malaysia . Malah ramai lelaki berumur 30-40 an yang diserang sakit jantung.   Orang yang diserang sakit jantung selalunya mengalami rasa sakit pada bahagian kiri atau tengah dada. Malah ada yang menyangka ia adalah sakit gastrik kerana sakitnya berada di ‘hulu hati’.   Rasa sakit akibat serangan jantung selalu digambarkan seperti rasa sakit dada seperti ditindih dengan benda berat sehingga rasa sukar bernafas, berdebar-debar ... Read More »

Sakit tulang dada di kalangan wanita muda

      “Assalamu alaikum. Maaf jika saya mengganggu doctor. Saya berusia 19 tahun, masih gadis. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada disebelah tengah dada, lebih tepat lagi di tulang dada. Bila saya Tarik nafas, saya berasa sakit sehingga sukar bernafas. Ia dating sesakli sehingga mengganggu pelajaran saya. Saya sangat bimbang. Apabila saya ke klinik, doctor hanya memberitahu bahawa saya hanya mengalami sakit tulang dada. Boleh saya tahu apa yang dimaksudkan oleh beliau ? Terima kasih”     Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan kerisauan saudari. Namun tidak perlu dirisaukan. Jika betul apa yang didiagnosakan oleh doctor itu, saya percaya yang dimaksudkan ialah penyakit “Costochondritis” atau juga disebut “Sindrom Tietze”.   Sebenarnya saudari mengalami radang dan bengkak pada satu atau lebih tulang rawan yang bersambung ke tulang rusuk saudari. ... Read More »

Radiasi di pantai Pasir Hitam dan pantai Batu Feringhi

          Satu kajian telah dilaksanakan untuk mengukur kepekatan radionuklid semulajadi dalam pasir hitam di pantai-pantai Pasir Hitam (Pulau Langkawi) dan Batu Feringhi (Pulau Pinang) di Malaysia.   Pasir hitam telah didapati lebih pekat di pantai Pasir Hitam berbanding dengan pantai Batu Feringhi dimana ia terjadi dalam bentuk tompokan sahaja.   Analisis sampel telah dijalankan dengan spektrometer gama. Kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan pasir hitam di pantai Pasir Hitam dan beberapa sampel dari pantai Batu Feringhi mengandungi kepekatan radionuklid semuljadi dari siri-siri uranium dan thorium yang tinggi.   Purata kepekatan min bagi radium-226 and radium-228 dalam pasir hitam di pantai Pasir Hitam masing-masing ialah 1150 ± 800 Bq/kg dan 500 ± 300 Bq/kg.   Ini adalah jauh lebih tinggi dari pasir pantai biasa yang hanya mengandungi 13 ... Read More »

Susu kambing untuk pesakit darah tinggi?

     “Assalamu alaikum doktor. Saya ingin bertanya, ada seorang rakan memberitahu bahawa susu kambing adalah ubat terbaik untuk merawat penyakit darah tinggi. Mohon pencerahan.”   Ada kajian yang dilakukan dan masih di peringkat kajian klinikal untuk membuktikan bahawa susu kambing yang dirawat dapat mengurangkan tekanan darah bagi pesakit hypertension.   Penyakit tekanan darah tinggi ditakrifkan apabila tekanan darah melebihi  140/90 mmHg, dan ia telah menyebabkan penyakit yang lebih serius, iaitu penyakit jantung, ginjal dan stroke.   Ini tidak bermakna bahawa susu kambing dapat menurunkan tekanan darah pesakit darah tinggi.   Dalam kajian ini saintis sedang melihat kesan tiga amino asid iaitu caseins dalam susu lembu yang dirawat dengan menggunakan kaedah ’hydrolysis’ menggunakan enzim alcalase.   Produk terakhir susu kambing yang dirawat ini menghasilkan tiga jenis amino asid caseins yang ... Read More »

Bolehkah pesakit jantung makan telur ayam?

      “Salam doctor. Saya seorang pesakit jantung, dan telah melakukan prosedur stenting kerana salah satu saluran darah saya tersumbat. Saya keliru kerana ada yang mengatakan saya tidak boleh makan telur ayam dan ada yang mengatakan saya boleh makan telur ayam. Adakah telur ayam akan meningkatkan tahap kolestrol saya? Mohon penerangan”      Wa alaikum mus salam. Terima kasih kerana bertanya.   Sebenarnya telur ayam mengandungi banyak kolestrol, yang keseluruhannya terdapat dalam telur kuning. Oleh itu bukan saja memakan telur goreng atau telur rebus, malah semua pemakanan yang mengandungi sumber telur yang banyak boleh menyebabkan tahap kolestrol yang tinggi.   Walaubagaimana pun bagaimana tahap kolestrol ini akan meningkat berbeza dari seorang dengan seorang yang lain.   Sebiji telur mengandungi lebih kurang sebanyak 200 mg kolesterol yang semuanya terdapat dalam ... Read More »

Rasa letih, demam yang berpanjangan dan bengkak kelenjar bukanlah tanda orang yang sihat

  “As salam mua alaikum, doktor.  Bapa saya telah mengalami demam lebih dari seminggu. Beliau telah pergi ke beberapa klinik, namun masih tidak sembuh. Keadaannya bertambah lemah dan tidak selera utuk makan. Boleh berikan pendapat? Terima kasih”   Wa alaikum mus salam. Saya berdoa agar ALLAH memberikan kesembuhan kepada bapa puan. Rasa demam yang tidak tinggi dan berpanjangan, rasa mudah penat dan letih, tiada selera untuk makan dan kehilangan berat badan secara mendadak, mungkin menunjukkan penyakit yang lebih serius.   Antaranya ialah penyakit lymphoma.   Lymphoma adalah sejenis kanser darah apabila sel darah putih lymphocytes menggandakan bilanganya sehingga terlalu banyak dan tidak matang.   Selain dari merasakan tanda-tanda tadi, pesakit lymphoma juga mengalami bengkak pada kelenjar nodus limfa di leher, ketiak, dan celah kelengkang.   Kelenjar nodus limfa ini membengkak ... Read More »

Kecederaan saraf “Long Thoracic Nerve”

    Kecederaan pada saraf long thoracic nerve menyebabkan lumpuh atau lemah pada otot “serratus anterior”. Pesakit mungkin mengalami rasa sakit, atau tidak boleh mengangkat lengannya dan tulang belikat (scapula) akan kelihatan jelas menonjol bila melakukan pergerakan bahu. Kecederaan saraf ini boleh disebabkan oleh kecederaan trauma atau tanpa sebab yang jelas. Wallahu a’lam Read More »

Urutan mengurangkan rasa lenguh dan kebas

Mengalami kebas-kebas kaki dan tangan, lenguh pada bahagian badan yang berlaku dalam tempoh yang sekejap mahupun berlarutan sehingga beberapa hari, sudah cukup menimbulkan perasaan kurang senang pada diri kita. Rasa kebas perlu dberikan perhatian dengan segera. Rasa sakit akibat kebas merupakan petanda seseorang mempunyai penyakit saraf atau pergerakan darah yang perlahan. Urutan yang baik dapat melancarkan kembali pergerakan darah dan menhidupkan semula sel dalam badan supaya kembali cergas dan sihat bertenaga.   Insya ALLAH. Read More »

Tangan putus akan disambungkan

    Seorang lelaki yang putus tangan kanan ketika berlaku kemalangan di tempat kerja, berjaya disambung semula.   Sebelum itu doktor menyambung tangan kanan yang putus pada pergelangan kaki selama sebulan .   Pesakit itu, Xiao Wei menjalani pembedahan mikro di Changsha, di wilayah Hunan, China.   Mulanya doctor memberitahu bahawa tangannya yang putus tidak lagi dapat disambungkan. Beliau kemudiannya dirujukkan ke sebuah hospital yang lebih besar.       Tujuan penyambungan itu untuk memastikan sel-sel pada tangan kanannya yang putus terus hidup, sementara menunggu lengan di mana tangan kanannya yang putus itu dirawat. Dengan teknologi dan kemahiran yang baru, isnya ALLAH tangan dapat disambungkan dan digunakan semula.   Wallahu a’lam.     Read More »

Makan sup ikan jerung tidak dapat mengelakkan kanser

  Para saintis telah maklum bahawa ikan jerung juga boleh mendapat ketumbuhan, malah kanser.   Pengkaji di Australia baru-baru ini dapat merakam dan mengkaji satu ketumbuhan besar pada mulut seekor ikan jerung. Kajian ini diterbitkan dalam  Journal of Fish Diseases pada Nov 2013.   Malangnya ramai yang mendakwa bahawa sup ikan jerung dapat mengelakkan seseorang yang memakannya dari penyakit kanser.   Salah faham ini dikelirukan oleh dakwaan penjual suplemen dan makanan kesihatan yang mendakwa tulang rawan ikan jerung dapat merawat penyakit kanser.   Sehinggakan di beberapa buah negara berjuta-juta ekor ikan jerung yang dibunuh setiap tahun untuk mendapatkan tulangnya.   Wallahu a’lam. Read More »

Jangkitan Herpes Simplex pada bibir

  Jangkitan Herpes Simplex 1 (HSV 1) menyerang bahagian bibir, sekitar mulut dan mata.   Ia menyebabkan timbulnya lepuhan berisi cecair jernih di kawasan yang dijangkiti. Setelah pecah, ia akan meninggalkan kesan melecet, mengering dan sembuh seperti biasa.   Pada jangkitan kali pertama proses pemulihan mengambil masa 2 hingga 4 minggu. Kebiasaannya, lepuhan itu muncul semula selepas beberapa minggu, tetapi ia tidak berbahaya dan mudah untuk sembuh.   Jangkitan HSV 1 pada sekeliling bibir akan mengakibatkan rasa tidak selesa dan pedih   Malangnya tiada rawatan khas untuk merawat jangkitan herpes. Ubat antiviral hanya memendekkan tempoh jangkitan herpes berlaku.   Virus HSV-1 merebak melalui sentuhan pada cecair dalam lepuhan itu. Jangkitan juga boleh berlaku melalui oral seks.   Nasihat saya agar jagalah kebersihan dan amalkan pemakanan yang seimbang kerana ianya dapat ... Read More »

Manfaat Epal Hijau

  Mengamalkan pengambilan epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan, terutama bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.   Epal hijau mempunyai pelbagai khasiat kerana kandungi nutrisinya yang tinggi, seperti zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A , vitamin B dan serat yang mudah larut.   Jika memakan epal hijau, kita digalakkan memakan sekali dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.   Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.   Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Cuma pesakit gastrik harus berhati-hati dengan epal hijau yang masam.   Selain itu epal hijau mempunyai manfaat seperti:   ... Read More »

Makanan segera tidak sesuai untuk anak-anak.

    Sebut saja makanan segera, semua orang pasti tahu jenis makanan yang dimaksudkan. Ayam goreng, kentang goreng, burger, sosej, piza dan mi segera, antara makanan segera yang popular.   Makanan segera yang diambil dalam jumlah kerap dan banyak berbahaya kepada kesihatan.   Ini kerana makanan segera mempunyai kandungan zat makanan yang tidak seimbang, dan mempunyai berlebihan garam dan bahan kimia dalam serbuk perasa yang tidak sesuai untuk kanak-kanak.   Kadar kolesterol dalam badan juga boleh bertambah dan menyebabkan masalah obesiti serta darah tinggi jika tidak dikawal.   Makanan segera juga menyebabkan masalah penambahan berat badan atau obesiti kerana mempunyai saiz hidangannya yang besar dan tinggi kalori. Makanan segera mengandungi banyak lemak tepu, natrium, dan tinggi kolesterol manakala vitamin pula lebih rendah daripada makanan lain.   Kita seharusnya mengelak memberikan ... Read More »

Makanan untuk minda anak-anak

    Otak adalah organ terpenting dalam tubuh. Otak  terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan. Otak kanan melihat sesuatu perkara secara menyeluruh dan lebih  fokus kepada imaginasi dan kreativiti. Bahagian kiri otak pula adalah untuk menyelesaikan sesuatu yang kritis. Otak kiri lebih kepada urutan, kemahiran analitis dan pemikiran logik. Pada usia lima hingga enam tahun anak-anak  sedang berada pada  usia pra sekolah. Kebiasaannya,  besar daripada otaknya sudah diterokai. Pendedahan kepada apa sahaja yang dilihat dan didengar dan disebut kekal di dalam memori otak. Setiap saraf dan sel otak berhubung antara satu sama lain untuk membentuk satu sesuatu kemahiran atau kepandaian untuk mempelajari sesuatu. Kecerdasan otak amat membantu anak untuk memberikan perhatian dan konsentrasi ketika di dalam kelas. Perkembangan kognitif dan kebolehannya menggunakan memori jangka panjang membantunya ... Read More »

Penyakit untut harus dirawat segera.

    Saya tidak berniat untuk memalukan sesiapa. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman ini sekadar menyedarkan masyarakat tentu perlunya mendapatkan rawatan yang betul sebelum parah.   Untut atau elephantiasis adalah penyakit yang menyebabkan penebalan kulit, terutama kulit kaki dan kerandut zakar (scrotum).   Dianggarkan enam peratus penduduk negara kita dijangkiti, terutama yang tinggal di perkampungan tepi sungai seperti di Pahang, Terengganu, Perak, Bintulu dan Miri di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah.   Kajian pada 2002 mendapati, kira-kira 200 kes jangkitan dikesan dan 10 pesakit disahkan menghidap untut.     Apabila memperkatakan mengenai penyakit untut, sudah tentu kita akan membayangkan pesakitnya dengan kaki yang besar seperti gajah.   Penyakit untut disebabkan jangkitan cacing parasit Wuchereria bancrofti, Brugia malayi dan Brugia timori yang sangat halus, hidup dalam persekitaran panas lembap seperti negara ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!