Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum

Category Archives: Umum

Gemuk akibat antibiotik yang berulang

ANTIBIOTIK MENYEBABKAN KEGEMUKAN PADA KANAK-KANAK   Kanak-kanak yang sering diberi ubat antibiotik yang berulang-ulang , mempunyai risiko  untuk menjadi gemuk, menurut saintis Amerika Syarikat.   Dalam penerbitan sebuah journal perubatan terkenal,  The JAMA Pediatrics melaporkan  kanak-kanak yang diberikan ubat antibiotic lebih empat kali pada usia 2 tahun mempunyai risiko 10% yang lebih lebih tinggi untuk menjadi gemuk.   Tetapi para saintis memberi tahu tidak semestinya kanak-kanak yang diberikan antibiotik akan menjadi gemuk. Hanya mempunyai risiko yang lebih tinggi. Jadi tidak perlu risau memberikan kanak-kanak  yang sakit ubat antibiotic, jika keadaannya memerlukan ubat tersebut.   Pemberian ubat antibiotic yang berulang ini hanya berlaku apabila ibubapa memberikan ubat tersebut tanpa mendapat pandangan doctor.   Saintis Amerika Syarikat dari Universiti Pennsylvania mengkaji rekod kesihatan lebih daripada 64,500 kanak-kanak Amerika antara 2001 dan 2013. ... Read More »

Sel darah merah, Hb rendah

SEL DARAH MERAH YANG SEDIKIT, HB RENDAH “Salam, doktor saya ingin bertanya pendapat dr. mengenai HB sy..pe mknn & minumn yg perlu utk sy naikkn hb tu..nk tahu juga supplement apa yg perlu sy ambil. Dr.skrg sy berasa sukar bernafas,pening n krg selera mkn..bacaan camni biasa/serius…dr klinik bg sy ubt tmbh drh”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tanda sukar bernafas, pening dan kurang selera adalah tanda puan mengalami kekurangan sel darah merah yang serius. Selalunya doktor akan memasukkan darah bagi menampung kekurangan darah merah dan membekalkan ubat untuk puan.   Walau bagaimana pun, apa yang penting, doktor akan menyiasat punca kekuarangan sel darah merah puan. Jika tidak ia akan berulang.   wallahu a’lam   IKLAN   Bagi lelaki yang sering mengalami sering keletihan, sering mengantuk, tiada stamina dan mudah ... Read More »

Dakwaan menuman probiotik boleh menyebabkan kanser.

DAKWAAN MINUMAN YANG MENGANDUNGI PROBIOTIK BOLEH MENYEBABKAN KANSER.       “ Salam doctor. Mohon berikan komen terhadap dakwaan di bawah.” “ Kami mendapat satu info yang dikongsikan daripada group Whatsapp namun sejauh mana kenbenaran info ini tidak dapat dipastikan dalam perkongsian ini ada sahabat memberitahu bahayanya minuman Vitagen Dan Solivite dan semua jenis yogurt berikut seperti dalam wharsapp:  Ibu2 tlg la jgn bg ank2 minum vitagen, solivite n segala jnis yogurt. Info dr seorg ibu yg kehilangan anaknya akibat kanser..Bakteria idup tu mengaktifkan sel kanser.  Dr yg rawat aruah anak dia bgtau.Minuman tu sume ada bakteria hidup yg boleh mgaktifkn sel kanser Bakteria baik yg berlebihan tula penyebab aktifnya sel kanser  Doc yg bgtau siap merayu supaya kami jgn bg ank2 minum … Tp pesakit kanser xbole makan or ... Read More »

Apa pilihan selain pembedahan tulang belakang untuk pesakit spinal stenosis?

APA PILIHAN SELAIN PEMBEDAHAN TULANG BELAKANG UNTUK PESAKIT SPINAL STENOSIS?     “Asalamualaikum Doktor,  saya mengalami masalah sakit pinggang pada tahun lalu semasa mengangkat barang di tempat kerja. Saya terus mendapatkan rawatan di sebuah hospital. Doktor di situ mengesyorkan saya membuat pembedahan untuk memasang plate dengan kos RM20,000. Saya menangguhkannya kerana bimbang akan kesan jangka masa panjang. Setelah itu saya hanya mendapatkan rawatan fisioterapi. Pada tahun ini, kesakitan merebak ke bahagian leher dan memerlukan saya memakai penyokong leher. Rasa sakit ini merebak ke bahagian bahu, tulang belakang hingga ke kaki. Kadangkala sakitnya seakan mencucuk-cucuk. Laporan MRI tulang belakang saya menyatakan: 1. ”Postero central disc protrusion at L3/L4, L4/L5 and L5/S1. Severe narrowing of the neural foramine.” 2. “Posterior bulge of C4/5, C5/6 and C6/7 disc that moderately indent the central ... Read More »

Meredakan sakit belakang tanpa ubat

MEREDAKAN SAKIT BELAKANG TANPA UBAT       “Salam doctor. Saya mula mengalami sakit belakang kerana saya mempunyai berat badan yang berlebihan. Saya juga bekerja duduk sepanjang waktu kerja saya. Apabila saya ke klinik, saya sering diberikan ubat penahan sakit. Ada tak cara lain untuk mengurangkan sakit belakang, kerana pernah satu ketika sedang saya cuba mengangkat anak saya berumur 2 tahun yang terjatuh di atas lantai, tiba-tiba saya mendapat sakit pinggang yang kuat. Terima kasih atas nasihat”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kita sering mengalami rasa sakit belakang. Tidak kiralah sama ada disebabkan oleh struktur di sekeliling tulang belakang seperti  otot, ligamen atau tulang belakang itu sendiri.   Ada kalanya sakit belakang seolah-olah menangkap pada bahagian pinggang secara tiba-tiba, sehingga kita rasa terkedu dan tidak boleh bergerak.   Apa ... Read More »

Apa maknanya najis bermakna hijau?

APA MAKNANYA NAJIS BERWARNA HIJAU?   “Assalamualaikum doctor , Saya ingin bertanya kan pada dr tentang masalah yang sedang hadapi sekarang. Bahaya ke najis berwarna hijau? Kerana 2 hari lepas selepas makan beberapa jam perut saya rasa memulas dan kemudian sy dapati najis berwarna hijau. Diawal tu najis berwarna coklat kemudian hijau bila diakhir2 najis bercampur hijau dan coklat.. selepas 2 hari sy buang pon keluar najis hijau selepas sarapan. Adakah kerana keracunan makanan? Sbb selama ni sy blm pernah lagi keluar najis hijau. Sblm keluar najis hijau ni sy ada memakan aym kfc yg tersimpan selama 3hari di dlm peti ais serta sejak ibu mertua sy dtg kerumah mak mertua suka panas kn dan mkn lauk yg semalam atau kemarin. Saya risau memikir kan masalah yg dihadapi. Mohon pencerahan ... Read More »

rawatan paltelet rich plasma

RAWATAN PLATELET RICH PLASMA (PRP)   “Saya ingin meminta pandangan doktor mengenai rawatan Platelet Rich Plasma. Bagaimana pandangan doktor mengenai rawatan ini? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Rawatan Platelet Rich Plasma (PRP) adalah rawatan yang baru dan masih belum diterimapakai adalam arus perdana perubatan moden di Malaysia.  Oleh itu ia masih dianggap sebagai rawatan alternative kerana pihak KKM belum memasukkannya ke dalam senarai rawatan yang diberikan di hospital awam oleh doctor pakar yang digajikan oleh kerajaan Malaysia.   Ia telah digunakan seawal tahun 1990-an dalam pembedahan  maxillofacial dan pembedahan plastik.   PRP dihasilkan dari darah pesakit sendiri. Ia sebenarnya adalah serum darah pesakit yang mengandungi plasma yang kaya dengan platelet. Platelet dalah satu jenis sel darah, yang penting untuk pembekuan darah.  Ia diharapkan dapat mempercepatkan ... Read More »

tabiat makan rambut sehingga perut tersumbat

TABIAT MAKAN RAMBUT SEHINGGA PERUT TERSUMBAT  Seorang remaja bernama Ayperi Alekseeva, 18, telah dimasukkan ke Hospital Bishkek di ibu negara Kyrgyzstan, Bishkek, selepas tidak mampu lagi untuk makan atau minum.   Para doctor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan setelah memerik beliau dan melakukan beberapa ujian xray.   Mereka terkejut apabila mendapati dalam perut gadis itu ada 4 kg gulungan serat gergasi menyekat sistem pencernaan beliau.   Gadis itu yang mempunyai tabiat yang pelik mengunyah hujung rambutnya, dan makan rambut beliau yang dijumpai di permaidan.   Ibu bapa gadis ini hanya membawanya ke hospital selepas dia mula kehilangan berat badan, dan dia tidak boleh makan dan minum apa-apa. Read More »

kesan sampingan makan ubat pencair darah aspirin

KESAN SAMPINGAN MAKAN UBAT PENCAIR DARAH ASPIRIN   “Assalamualaikum doktor, saya ingin bertanya berkaitan keadaan suami saya. Beliau menjalani prosuder jantung dan diberikan ubat aspirin. Alhamdulillah beliau beransur sembuh, cuma beliau mengalami alergi yang agak teruk seperti ruam merah dan kulit ditapak tangan, jari dan kedua belah kaki beliau mengelupas sehinggakan lapisan pertama kulit hilang sama sekali. Semasa merujuk kepada hospital kerajaan di sini doktor telah memberikan jenis ubat alergi iaitu clartyne. Mohon pencerhan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Ubat aspirin selalu diberikan kepada pesakit yang mengalami darah yang pekat di tahap sederhana. Ubat-ubat lain seperti warfarin hanya diberikan kepada pesakit yang mengalami darah yang pekat sehingga boleh menyebabkan pembekuan darah sehingga boleh kepada diri.   Jadi aspirin adalah ubat yang agak biasa diberikan kepada pesakit. Dahulu, sebelum ... Read More »

Lakukan senaman berjalan dulu sebelum berjogging

LAKUKAN SENAMAN BERJALAN SEBELUM BERJOGGING   “Salam doktor, saya ingin bertanya. Umur saya memasuki 45 tahun, dan sedikit obese. Saya juga mempunyai masalah diabetes dan kandungan kolestrole yang tinggi. Saya ingin melakukan senaman berjogging. Apa nasihat doktor? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya menasihatkan agar saudara mulakan dengan senaman berjalan kaki dulu.   Berjalan adalah lebih mudah tetapi sangat bermanfaat. Ia boleh membantu saudara mengurangkan berat badan, mengurangkan tahap kolesterol, menguatkan tulang, mengurangkan tekanan darah dan merendahkan kandungan gula dalam darah.   Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa berjalan dan aktiviti fizikal ringan yang lain boleh meningkatkan daya ingatan dan menghindari penyakit nyanyuk.   Apa yang saudara perlukan adalah sepasang kasut sukan yang sesuai. Mulakan dengan berjalan selama kira-kira 10-15 minit pada satu masa. Dari masa ke masa, saudara ... Read More »

Lelaki juga memerlukan senaman Kegel

LELAKI JUGA MEMERLUKAN SENAMAN KEGEL SEBAGAI LANGKAH MENCEGAH KENCING TIDAK LAWAS Saya sering mendapat pertanyaan dari lelaki berumur 50an mengenai masalah mereka tidak tos buang air kecil. Di usia begini jika mengalami masalah kawalan air kencing, sudah tentu agak sukar memberishkan diri sebelum melakukan solat. Oleh itu saya sering menyarankan agar melakukan senaman Kegel. Senaman ini tidak akan membuatkan seseorang itu kelihatan lebih muda, tetapi mereka dapat menguatkan otot pada kawasan kemaluan, yang menyokong pundi kencing. Apabila otot di kawasan anus dan punci kencing menjadi lemah, ia akan menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kawalan air kencing. Senaman kagel ini bukan saja memberikan manfaat pada wanita, tetapi memberi manfaat kepada lelaki juga. Untuk melakukan senaman Kegel dengan betul, mengecutkan otot (mengemut) di bahagian anus (seperti menahan kentut) dan pundi kencing (seperti ... Read More »

Kesan tekanan darah tinggi pada memori

KESAN TEKANAN DARAH YANG TINGGI PADA INGATAN (MEMORI)     “Salam doctor, saya telah menghidap penyakit hypertension sudah 10 tahun. Agak sukar untuk mengawal bacaan tekanan darah saya. Selalunya bacaan tekanan sistolik antara 140-150 sementara tekanan diastolic antara 90-100. Doktor kata bacaan saya tidak boleh rendah lagi kerana saya telah menggunakan ubat yang terbaik, tetapi masih sukar untuk mendapat tekanan darah yang normal. Masalahnya saya mengalami sifat mudah lupa. Baru-baru ini saya kehilangan handfon, setelah puas mencarinya, rupanya saya tertinggal dalam kereta. Adakah masalah ingatan ini berkaitan dengan penyakit saya? Mohon pencerahan, doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Benar, penyakit tekanan darah tinggi yang tidak terkawal, bukan saja menyebabkan seseorang itu mengalami masalah mudah lupa, tetapi juga mengalami masalah membuat keputusan dan berfikir dengan baik. Kebolehan kognitif beliau akan ... Read More »

Kemurungan dan penyakit: Mana yang datang dulu?

KEMURUNGAN DAN PENYAKIT: MANA YANG DATANG DULU?  Apabila kemurungan menyerang, doktor biasanya memeriksa pesakit bagi menyiasat apa yang berlaku di dalam minda dan otak pesakit. Pada saya, apa juga yang penting juga ialah memeriksa apa yang sedang berlaku di dalam tubuh pesakit itu , kerana masalah kesihatan juga boleh menyebabkan gangguan fikiran. Malah, selain dari penyakit dalam tubuh, kesan sampingan ubat yang diberikan untuk merawat penyakit dalam tubuhnya juga boleh menyebabkan kemurungan. Banyak kajian menunjukkan bahawa penyakit dalam tubuh boleh mencetuskan kemurungan. Sehingga ini, separuh daripada pesakit serangan sakit jantung dan pesakit kanser berasa sedih dan kecewa sehingga menyebabkan kemurungan. Ramai pesakit diabetes, Parkinson, dan penyakit kronik yang lain mengalami jiwa yang tertekan. Mereka sering mengalami rasa penat, tidak berupaya melakukan kerja fizikal dengan baik dan tidak dapat merasa keseronokan ... Read More »

Kerja kuat sepanjang minggu berbahaya pada jantung

BEKERJA KUAT SEPANJANG MINGGU BERBAHAYA PADA JANTUNG   Bekerja kuat sepanjang minggu boleh memberikan kesan buruk kepada jantung, menurut satu kajian yang dilakukan terhadap masyarakat Korea telah diterbitkan dalam ‘American Journal of Industrial Medicine’.   Kajian ini dilakukan ke atas masyarakat Korea seramai 8,350 orang sepanjang tahun 2007-2009.   Keputusan kajian ini menunjukkan orang yang bekerja melebihi 40 jam seminggu, mempunyai risiko lebih tinggi risiko untuk mendapat serangan sakit jantung setelah 10 tahun bekerja.   Rujukan: Mo-Yeol Kang, Soo-Hun Cho, Min-Sang Yoo, Taeshik Kim, Yun-Chul Hong. “Long working hours may increase risk of coronary heart disease” Article first published online: 27 AUG 2014 DOI: 10.1002/ajim.22367   Read More »

Kualiti Udara Dalam Rumah Juga Perlu Diberikan Perhatian

KUALITI UDARA DALAM RUMAH JUGA PERLU DIBERIKAN PERHATIAN     “Salam doctor. Saya pesakit asthma yang agak teruk, pernah dalam sebulan, saya dimasukkan ke dalam wad sebanyak 4 kali. Saya telah melakukan terbaik untuk mengelakkan diri dari melakukan aktiviti luar, banyak minum air dan menggunakan penutup muka bagi apabila berada di luar rumah. Bagaimana cara lain untuk saya lakukan agar saya kurang diserang asthma?. Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Apabila kita bercakap tentang pencemaran udara, kebanyakan orang menumpukan semata-mata kepada kualiti udara di luar rumah dan terlepas pandang bahawa udara di dalam rumah boleh tercemar juga.   Pencemaran udara di bandar-bandar utama Asia Tenggara merupakan antara yang paling teruk di dunia, menyumbang kepada kematian kira-kira 500,000 orang setiap tahun akibat penyakit kronik yang melibatkan saluran ... Read More »

Pelajar Perempuan Taiwan Tidak Menukarkan Contact Lens Selama 6 bulan dan menyebabkan hampir buta

PELAJAR PEREMPUAN TAIWAN TIDAK MENUKARKAN CONTACT LENS SELAMA 6 BULAN DAN MENYEBABKANNYA HAMPIR BUTA       Seorang pelajar di Taiwan hampir buta akibat tidak menukar kanta lekap (contact lens) beliau selama enam bulan.   Akhirnya dijangkiti  Acanthamoebic Keratitis yang menyebabkannya hampir buta.  Acanthamoebic Keratitis menyebabkan rasa kesakitan, kemerahan dalam mata dan penglihatan kabur.   Pelajar Taiwan ini bukan saja tidak tanggalkan kanta lekap beliau selama enam bulan, tetapi juga tidur dan berenang juga. Amoeba ini mungkin berasal dari kolam renang itu.   Ruang di antara kanta lekap dan mata adalah sesuai untuk mikroorganisma anaerob Acanthamoeba yang tidak memerlukan oksigen untuk membiak, dan menjadikan kornea sebagai makanan mereka.   Acanthamoeba sebenarnya tidak merosakkan lapisan cornea. Ia makan bakteria yang hidup pada lapisan itu setelah lensa lekap itu tidak ditukar pada jangka ... Read More »

Bahayakah menahan kentut?

ADAKAH BERBAHAYA MENAHAN KENTUT?   “Salam doctor. Baru-baru ini saya mengerjakan umrah dan ketika beriktikaf, saya menahan kentut kerana tempat mengambil wuduk agak jauh. Adakah menahan kentut ini berbahaya? Mohon pencerahan”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya faham keadaan saudara kerana saya pernah berada di sana. Memang tempat mengambil wuduk dan bilik air agak jauh dari tempat solat.   Ramai yang menyangka menahan kentut sangat berbahaya. Ini disebabkan kentut mengandungi gas Hidrogen Sulfida, yang menyebabkan kentut kita busuk.   Namun dalam satu kajian di Universiti Exeter di England menunjukkan bahawa hidrogen sulfida boleh mencegah kerosakan mitokondria.       Mitokondria adalah struktur penting dalam sel yang menjana tenaga. Kerosakan mitokondondria akibat serangan jangkitan kuman (virus atau bakteria) akan menyebabkan pesakit berasa lemah dan tidak bertenaga.   Oleh saintis mencadangkan ... Read More »

Kecederaan tisu dapat dirawat dengan rawatan stem sel

KECEDERAAN TISU KETIKA BERSUKAN DAPAT DIRAWAT DENGAN RAWATAN STEM SEL.   Kecederaan hamstring yang dialami oleh pemain tengah Argentina, Angel Di Maria menghalangnya daripada bermain pada perlawanan akhir Piala Dunia 2014 menentang Jerman.   Pihak pengurus Argentina mereka akan menghantar pemain ini untuk rawatan stem sel dengan harapan dapat mempercepatkan penyembuhan yang beliau alami.   Walaupun sebelum ini terdapat kontroversi yang mengatakan bahawa rawatan stem sel tidak sesuai untuk atlet.   Pakar Orthopedist mengatakan bahawa terdapat hanya sedikit bukti yang menunjukkan rawatan stem sel ini mempunyai keberkesanan dalam kecederaan sukan.   Namun yang pastinya rawatan stem sel bukanlah rawatan yang berbentuk serbuk atau pil yang dijual secara berleluasa dalam perniagaan MLM.   Rawatan stem sel yang dimaksudkan ialah rawatan yang menggunakan suntikan ke tulang sum-sum dan menyambil sedikit tisu dan ... Read More »

Bantu Palestin dengan jihad ekonomi

BANTU PALESTINE DENGAN JIHAD EKONOMI BANGI, 16 Julai 2014. Jihad terhadap Palestin yang terutama (awla) bagi waktu sekarang adalah dengan jihad ekonomi, kata Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS) Prof Madya Dr Aznan Hasan.   “Jihad itu luas dalam pelbagai bentuk dan suasana. Dalam konteks kita di Malaysia, kita boleh melaksanakan jihad ekonomi untuk mereka.   “Kita boleh menggerakkan segala usaha dan kerahan dalam kalangan kita untuk memberi sumbangan antaranya bantuan kewangan, makanan, perubatan serta kempen memboikot segala produk berkaitan Israel.   “Ini kerana jihad fizikal mungkin kurang bersesuaian untuk waktu ini,” ulas beliau berkenaan persoalan jihad yang boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin.   Serangan zalim dan ganas tentera kerajaan Israel ke atas bumi Gaza ini masih lagi berterusan tanpa ada noktah penghujungnya sejak tahun 2006.   ... Read More »

Coca-cola pernah menyebabkan wabak gejala penyakit yang tidak diketahui

        “Apa yang sedapnya minum Coca-cola?”   Tanya saya kepada seorang rakan yang sering kali memesan air tersebut apabila kami berjumpa di kedai mamak.   “Entahlah, rasa seperti mendapat kelegaan apabila minum coke. Doc, you tak pernah minum ke?”   “Dulu pernah minum, tapi dah taubat. Nak jaga kesihatan.” Saya jawab selamba.   “Ala doc, ada Diet Coke.. tak ada kalori”   Saya hanya tersengih. Malas menerangkan pada orang yang tidak berminat.   Saya pernah membaca satu penulisan di hournal perubatan terkenal, British Medical Journal dan Lancet yang melaporkan pada 8 June 1999, seramai I26 remaja perempuan dari sebuah sekolah mengalami rasa loya, sakit kepala, berdebar-debar, perut meragam dan keletihan melampau setelah minum minuman Coca-cola.   Mereka dibawa ke hospital dan 18 orang telah ditahan wad. Dua ... Read More »

Kanak-kanak ketawa mengilai dirasuk syaitan rupanya mengalami ketumbuhan otak

  Ada pepatah mengatakan “ketawa adalah ubat yang terbaik”. Tetapi bagaimana jika saya katakana ketawa yang melampau adalah satu penyakit?   Seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang tinggal di Bolivia mengalami mengalami masalah ketawa yang melampau dan tidak terkawal, yang sebenarnya berpunca dari masalah ketumbuhan otak yang serius.   Doktor pada mulanya menyangka kanak-kanak perempuan ini hanya mempunyai masalah tabiat yang buruk.  Para bomoh pula mendakwa dia dirasuk syaitan.     Namun apabila seorang doctor melakukan pemeriksaan MRI scan otak mendapati kanak-kanak ini mengalami masalah otak.   Dr José Burgos Liders Zuleta, dari Advanced Medical Image Centre, di Bolivia, berkata punca sebenar adalah kanak-kanak ini mengalami masalah “sawan ketawa” atau dalam bahasa  perubatan dinamakan “sawan gelastic”, yang berpunca dari ketumbuhan (tumor) otak.   Doktor mengesan ketumbuhan kecil itu sebagai ... Read More »

Mengelakkan kembung perut selepas berbuka di bulan Ramadan

“Salam doktor. Bagaimana hendak mengurangkan kembung perut selepas berbuka puasa di bulan Ramadan ini? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Kembung perut  berpunca dari  pengumpulan gas di dalam perut dan usus besar. Ia berlaku kepada hampir semua individu bergantung bagaimana dia makan dan apa yang dia makan. Cara mengelakkan kembung perut selepas berbuka dengan cara: 1. Jangan makan secara berlebihan sehingga terlalu kenyang. Makan dalam jumlah yang kecil dan boleh diulang semula selepas solat maghrib dan terawih. 2. Kurangkan makanan yang yang banyak lemak (santan) atau pedas. Makanan yang berlemak menyebabkan perut terpaksa bekerja lebih untuk menghadamkannya. Pedas pula akan meningkatkan asid dalam perut. 3. Jangan makan dengan cepat atau terlalu gelojoh. Minum air dahulu dapat menyediakan perut untuk bekerja semula setelah berehat ketika berpuasa. Makan secara ... Read More »

Madu mengelakkan masalah gastrik orang berpuasa

    “Salam doktor. Ibu saya sering mengalami pedih perut dan selalu muntah selepas berbuka pada tahun lepas. Yang hairan ketika berpuasa, beliau ok saja. Doktor mengatakan ia adalah disebabkan oleh asid berlebihan dalam perut. Beliau telah diberikan ubat gastrik, namun masih mengalami masalah yang sama. Ada suplemen yang dapat membantu? Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai di kalangan orang yang berpuasa mengalami “acid reflux” setelah beberapa jam berbuka dan bersahur.   Orang kita biasa menamakannya sebagai masalah gastrik apabila mengalami  rasa panas dan tidak selesa pada bahagian atas abdomen dan dada.   Bagi sesetngah individu pula ia menyebabkan muntah lender masam dan ‘melekat’ ke tekak dan mulut terutama apabila sedang berbaring.   Selain itu individu tersebut mungkin juga mengalami rasa kembung perut, dan sering sendawa.   ... Read More »

Mengelakkan Gastrik pada Orang Berpuasa

  Bagi mengelakkan gastrik (acid reflux) pada orang yang berpuasa, beberapa langkah bagi mengelakkan muntah lendiran masam, kembung perut, mudah sedawa dan sedu perlu diambil. 1. Kurangkan makan secara banyak sekali gus. 2. Jangan berbaring atau bersandar selepas makan. 3. Banyakkan minum air sebelum makan makanan yang berat 4. Jangan makan dekat dengan waktu tidur 5. Kurangkan makanan yang mengandungi banyak bawang putih, bawang merah, makanan pedas atau makanan berlemak 6. Elakkan minum minuman bergas (berkarbonat), kopi, atau teh pekat. 7. Kurangkan atau hentikan tabiat merokok. 8. Elakkan mengambil ubat cair darah aspirin, dan ubat tahan sakit seperti ibuprofen, atau ponstan. Wa allahu a’lam Read More »

Makanan Yang Boleh Menyebabkan Gout

  “Salam doctor. Saya baru-baru ini diserang gout di ibu jari kaki kanan saya. Doktor memberitahu saya ada beberapa makanan yang perlu dielakkan. Mengapakah saya perlu elakkan makanan sebegitu yang menjadi kegemaran saya sejak dulu. Berat saya 110kg dan saya mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis dalam rawatan. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Terdapat beberapa jenis makanan yang mengandungi protein yang tinggi dan menghasilkan satu bahan yang dinamakan “purine” dan kemudiannya ditukarkan ke sejenis bahan dipanggil “Uric Acid”.       Uric Acid yang tinggi akan menjadi tepu dan akhirnya kristal (seperti pasir-pasir kecil) dalam lendiran sendi dan menyebabkan sendi-sendi tidak dapat dibengkokkan dan ia menyebabkan kesakitan.   Selain itu, pembentukan kristal dalam lendiran sendi akan menyebabkan radang sehingga menyebabkan ia menjadi merah bengkak ... Read More »

Mahu buang besi dalam tulang

    “Salam doctor. Saya pernah mengalami kemalangan jalanraya kira-kira 10 tahun lalu. Tulang betis dan peha saya sebelah kiri telah patah dan telah menjalani pembedahan memasukkan besi. Saya boleh berjalan dengan sempurna selepas setahun dan selepas itu tiada lagi rawatan susulan. Masalah saya sekarang saya rasa kebas dan ada kalanya rasa sejuk pada kaki sebelah kiri terutama waktu hujan. Rakan-rakan menasihatkan saya mengeluarkan semula besi dalam tulang saya. Bolehkah doctor di hospital melakukan hal itu? Mohon pencerahan. Terima kasih doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pembedahn semula mengeluarkan besi yang telah ditanam pada tulang setelah 10 tahun bukanlah pembedahan yang mudah.   Banyak risiko yang mengkin dialami oleh saudara selepas pembedahan semula.   Oleh itu saya tidak menasihatkan saudara meneruskan hasrat untuk mengeluarkan besi dalam tulang saudara kecuali ... Read More »

Kekurangan gula dalam darah

    “Salam doctor. Bapa saya berusia 65 tahun dan pesakit diabetes dengan rawatan pil dan suntikan insulin. Baru-baru ini beliau pengsan di rumah. Apabila kami bawa ke hospital, doctor memebritahu bahawa bapa saya mengalami ‘Hipoglesimia”. Saya pula berusia 25 tahun, Kadang-kadang saya mengalami rasa lemah juga dan mahu pengsan. Adakah saya mengalami masalah yang sama? Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya bersimpati dengan insiden yang berlaku pada bapa saudara. Beliau sebenarnya mengalami kekurangan glukosa dalam darah setelah mengambil ubat diabetes yang diberikan.   Tubuh kita memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar dapat fungsi dengan baik.   Apabila kita makan, sel-sel pankreas akan mengeluarkan insulin bagi mengawal aras gula supaya ia tidak menjadi terlalu tinggi.   Bagi orang yang ... Read More »

Lupa mungkin tanda penyakit bahaya

    “Salam doctor. Saya ingin mencuba satu produk kesihatan kerana saya mengalami masalah mudah lupa. Kadang kala saya lupa di mana saya letakkan cermin mata saya, padahal saya cermin mata itu berada di atas kepala. Saya telah pergi ke hospital bagi menjalani pemeriksaan dan doctor memberitahu ujian CT scan yang saya jalani adalah normal. Menurut testimoni yang say baca, produk itu telah banyak membantu pengguna terutama para pelajar untuk mengingati pelajaran mereka. Bolehkah saya menggunakan produk itu kerana testimoni sangat mengujakan saya untuk mencuba. Mohon penjelasan, doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masalah yang saudara alami berkaitan dengan ‘mudah lupa’ adakalanya suatu yang normal. Lebih-lebih lagi jika saudara telah melakukan pemeriksaan, dan doctor telah mengesahkan bahawa saudara tidak mengalami masalah yang serius.   Masalah ‘mudah lupa’ ... Read More »

Bahan yang menyebabkan kerosakan hormon

  “Salam doctor. Saya berumur 45 tahun dah telah bekerja di sebuah kilang kimia selama 20 tahun. Baru-baru ini saya berasa sangat letih dan sukar bernafas. Bila saya lakukan pemeriksaan doctor, saya tidak mempunyai masalah diabetes atau kencing manis. Tahap kolestrole saya hanya borderline saja. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Bekerja di sebuah kilang kimia selalunya mendedahkan diri seorang pekerja bahan-bahan kimia yang menjadi bahan perosak kelenjar yang mengeluarkan hormone.   Begitu juga bagi seorang yang biasa menggunakan bahan-bahan kimia di rumah dan di tempat kerja.   Terdapat banyak bahan yang kita gunakan seharian boleh menyebabkan kerosakan kelenjar yang mengeluarkan hormone.   Kadar kerosakan hormon tidak sama antara seorang individu dengan individu yang lain.   Kita tidak pernah sedar bahawa banyak ancaman bahan perosak ... Read More »

Ambil Ponstan ketika haid

  “Salam doktor. Adakah ubat penahan sakit seperti PONSTAN bahaya diambil bagi mengurangkan rasa sakit ketika sengggugut?” WA ALAIKUM MUS SALAM Senggugut adalah masalah biasa yang dihadapi oleh kebanyakan wanita muda. Oleh itu ialah tidak bermakna wanita yang mengalami senggugut mengalami masalah untuk hamil apabila mereka berkahwin kelak. Kesakitan disebabkan senggugut disebabkan oleh otot pada dinding luar rahem mengecut dengan kuat. Pengecutan otot rahem ini bertujuan untuk darah haid yang berketul-ketul ketika di awal permulaan haid dan selalunya darah ini bercampur dengan sedikit sel-sel tisu endometrium pada dinding dalam rahem. Oleh kerana pangkal rahem yang dimiliki oleh seorang wanita muda biasalah lebih kecil, maka otot pada dinding rahem terpaksa mengecut dengan lebih kuat bagi mengeluarkan darah haid yang berketul-ketul itu. Bagi mengurangkan rasa sakit senggugut, doctor selalunya memberikan ubat penahan sakit ... Read More »

Vitamin C dan Udang boleh bawa maut?

  Ramai orang yang menyebarkan kononnya “ orang yang memakan udang dan vitamin C boleh membawa maut kerana ia akan menyebabkan terjadinya racun dalam tubuh sehingga menyebabkan keluar darah darah hidung, telinga dan mata”   Baru-baru ini seorang arakn menelefon bertanyakan hal yang sama. Saya hanya memberitahu ia adalah kongsian dalam facebook dan blog. Belum tentu sahih. Penulis artikel ini juga tidak diketahui.   Di akhir perbualan rakan saya memberitahu, “sebab saya biasa makan makanan laut terutamanya udang yang diperah bersama jus lemon. Tapi tiada apa yang berlaku pun.. Masih hidup..!”   Saya tersenyum.   Bila saya semak artikel itu rupanya ia disertakan dengan gambar seorang wanita yang terbaring di lantai/jalan raya mati dengan darah yang banyak keluar dari mata, telinga, hidung dan mulut kononnya disebabkan oleh keracunan arsenik.   ... Read More »

Amalkan Jus Lemon

  Perahan lemon yang dicampurkan dengan gula prang atau madu ke dalam air suam dapat memberikan banyak manfaat kepada badan anda dalam banyak cara, termasuk membantu untuk menurunkan berat badan, meningkatkan penghadaman dan membekalkan vitamin C.   Perahkan jus lemon sebanyak satu sudu besar, tambahkan setengah sudu gula perang atau madu dan dibancuh dalam segelas air suam. Sebagai pilihan boleh menambah secubit serbuk kayu manis atau secubit halia.   Ini akan meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap nutrien. Penyerapan nutrien yang lemah boleh menyebabkan kita berasa lapar, walaupun sebenarnya kita baru saja makan.   Air lemon dapat membersihkan sistem penghadaman, membaiki fungsi buah pinggang dan organ hati daripada bahan buangan dan toksin.   Kedua-dua kombinasi lemon dan air dapat mengurangkan kandungan lemak yang baru di makan. Oleh itu sangat baik setelah ... Read More »

Kenapa orang dewasa tidak demam

  “Salam, doktor. Saya bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik. Cuma ada sedikit kerisauan. Umur saya memasuki 25 tahun. Kali terakhir saya demam ketika saya berumur 15 tahun. Adakah normal keadaan ini? Andai kata Allah uji saya dengan demam, adakah saya berisiko untuk mendapat demam yang teruk? Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Apabila seseorang itu mengalami serangan kuman, sama ada bakteria atau virus, tubuh akan bertindakbalas dengan merangsangkan sistem daya tahun untuk membunuh kuman tersebut.   Antara tanda tubuh kita sedang bertindakbalas ialah kita sedang mengalami demam, selain menghasilkan antibody. Namun begitu tidak semua serangan kuman akan menyebabkan tubuh akan mengalami demam.   Lebih daripada 20 peratus orang dewasa umur 65 tahun ke atas yang mengalami jangkitan bakteria yang serius tidak mempunyai demam.   Semakin lama kita ... Read More »

Salah faham mengenai “darah kotor”

    Dalam  perubatan moden, tiada yang diistilahkan sebagai darah kotor. Darah kotor adalah istilah longgar yang sering digunakan bagi menggambarkan beberapa penyakit. Ia sebenarnya salah faham pada konsep hematology (ilmu tentang darah).   Antara salah faham yang mengatakan seseorang itu mempunyai darah kotor apabila:   1. Keadaan kulit bagi pesakit yang ekzema, dermatitis, kulit kering, kulit mengelupas, ruam merah, kulit gatal yang sama ada berulang atau bergerak ke tempat yang lain.   Ramai yang berpendapat bahawa apabila banyak toksin dalam darah dan ginjal tidak dapat membuang toksin itu melalui air kencing, maka toksin ini akan keluar melalui kulit dan menyebabkan penyakit kulit.   Hal ini benar bagi pesakit ginjal yang menjalani hemodialysis. Selalunya toksin yang dikeluarkan dari permukaan kulit akan hilang apabila dibersihkan dan tidak menyebabkan penyakit kulit.   ... Read More »

Beli katiL urutan Ceragem untuk ibubapa

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.   Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari inframerah  dan teknik chiroparactic (tulang belakang).   Teknik  urutan yang digunakan berdasarkan kepada pronsip rawatan perubatan timur Chi. Dalam tubuh manusia ada aliran chi. Jika aliran chi ini tidak disekat, ... Read More »

Minyak lintah mampu memberikan kesan terhadap hubungan seksual suami isteri?

  Akhir-akhir ini produk minyak lintah mendapat perhatian yang besar dalam industri peningkatan syahwat lelaki.   Malah banyak dakwaan konon minyak lintah sangat berkesan untuk membesarkan saiz zakar dan meningkatkan kekuatan zakar, menyebabkan dapat bertahan lebih lama.   Tujuan saya menulis ini bukanlah untuk menutup rezeki sesiapa. Cuma menjawab soalan yang ditanyakan sama ada minyak lintah ini berkesan dan adakah ia boleh menjejaskan kesihatan?   Penelitian saya mendapati bahawa dakwaan-dakwaan ini hanyalah mengelirukan, bertujuan untuk melariskan produk.   Menurut laman web yang menjual minyak lintah, produk ini kononnya menggunakan cara Hirudo Medicalis (juga dikenali sebagai lintah perubatan) yang boleh membantu untuk membesarkan organ zakar lelaki, dengan cara menyapukan minyak lintah pada zakar dan urut selama beberapa minit setiap hari.   Ramai yang bertanya-tanya apakah keistimewaan minyak lintah ini sehingga mampu ... Read More »

Scroll To Top