Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Suami Isteri

Category Archives: Suami Isteri

KEKERAPAN HUBUNGAN INTIM YANG NORMAL

  “Assalamualaikum, doktor. Saya ingin bertanya. Rasa malu kerana soalan ini agak sensitif. Saya berusia 32 tahun sudah berkahwin 5 tahun dan mempunyai seorang anak. Pertanyaan saya adakah normal bagi saya hanya mampu melakukan hubungan seksual dengan isteri sekali seminggu? Berat badan saya normal dan saya tiada masalah kesihatan. Terima kasih”       WALAIKUMUSALAM     Setiap pasangan yang berkahwin dan bahagia mempunyai kadar bilangan hubungan intim yang berbeza.     Secara amnya, bagi pasangan muda (berusia 35 tahun ke bawah) yang baru berkahwin 5 tahun ke bawah, kadar hubungan intim yang biasa dilakukan adalah dua kali seminggu.     Kekerapan Ini juga bergantung kepada masalah kesihatan, tahap tekanan emosi, kadar tenaga fizikal yang ada (fitness), dan banyak lagi.     Tetapi jika ada pasangan yang masih muda dan ... Read More »

rasa sakit semasa hubungan intim

RASA SAKIT SEMASA HUBUNGAN INTIM       Ramai wanita yang bergelar isteri mengadu tentang masalah kesakitan semasa melakukan hubungan intim bersama suami. Hal ini adalah hal selalu dialami oleh para isteri dan tidak mampu dikongsikan dengan sesiapa.  Mereka malu untuk mendapatkan rawatan kerana menganggap masalah ini adalah terlalu aib untuk didedahkan.     Namun ramai yang tidak menyangka bahawa rasa sakit semasa melakukan hubungan kelamin ini adalan tanda awal bagi sesuatu penyakit yang lebih serius.  Ramai wanita yang tidak menikmati hubungan intim ini, malah menakutkan mereka.     Banyak punca-punca yang boleh menyebabkan sakit semasa melakukan hubungan intim, sama ada ia berkaitan dengan faktor fizikal ataupun psikologi.       1. Kurang lendiran sebagai pelincin hubungan intim.   Semasa hubungan intim dilakukan, cecair akan dirembeskan oleh faraj dan pangkal ... Read More »

Onani tidak berbahaya?

ONANI ATAU MELANCAP TIDAK BERBAHAYA?   Saya membaca satu blog. Admin blog yang mengikuti satu seminar kesihatan, memetik jawapan dari sebuah soalan yang ditanya oleh peserta seminar. Peserta itu bertanyakan tentang kesan beronani secara berlebihan, adakah aktiviti yang dilakukan itu boleh menjejaskan kesihatan.   Pakar perubatan memberitahu bahawa beronani itu wajar dan normal kerana dalam satu kajian, didapati antara 70-90% orang lelaki melakukan onani.   Saya berpendapat bahawa beronani bukanlah amalan yang sihat dan bukannya amalan yang normal. Orang yang mengalami ketagihan onani harus mencuba menghentikan amalan ini kerana ia memberikan kesan jangkamasa panjang di mana kepuasan seksual HANYA didapati dari tangan, bukan lagi hubungan intim dengan isteri. Dan kebanyakan lelaki yang beronani akan mengalami masalah ketegangan alat kelamin dan mati pucuk selepas 10-15 tahun.   Bayangkan jika mula mengalami ketagihan ... Read More »

Pendarahan selepas hubungan intim

PENDARAHAN SELEPAS HUBUNGAN INTIM   “Selamat sejahtera Dr. Saya Puan XXX . Saya mengalami pendarahan selepas mengadakan hubungan intim. Saya tidak merasa sakit. Mohon pencerahan dari doktor. Terima kasih” Mengenai pendarahan selepas hubungan intim saya ada menulis dalam blog. 1. http://drzubaidi.com/blog/pendarahan-selepas-persetubuhan/ 2. http://drzubaidi.com/blog/lendiran-bercampur-darah-selepas-hubungan-intim/ Semoga bermanfaat. Read More »

Kegemukan dan kurang hubungan intim meramalkan risio serangan jantung

  “Salam doctor. Baru-baru ini suami saya berusia 35 tahun telah dimasukkan ke Jabatan Kecemasan hospital awam, dan disahkan mengalami serangan jantung. Sebelum ini kami tidak tahu yang beliau mempunyai penyakit darah tinggi dan tahap kolestrole yang tinggi. Ini kerana suami saya agak ‘takut’untuk melakukan pemeriksaan. Berat badannya tidak berapa gemuk, 88kg dan tinggi 180cm. Boleh doctor komen sedikit bagaimana serangan jantung boleh berlaku pada dirinya. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya harap puan bersikap terbuka kerana mungkin apa yang hendak saya jelaskan ini agak sulit.   Saya sedari ramai lelaki yang agak sukar untuk diperiksa kesihatan mereka, dan hanya akan dating ke hospital untuk pemeriksaan apabila keadaan dirinya bertambah teruk.   Namun saya boleh berikan tips pada para isteri apabila suami sudah menghampiri 40an dan 40 ... Read More »

Suami berjauhan dan belum bersdia untuk hamil

  “Assalamu alaikum. Doktor saya akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Masalahnya ialah kami belum bersedia untuk mendapat zuriat kerana suami saya bekerja di Kedah sementara tinggal di Melaka. Apa pandangan doctor mengenai pil perancang kerana saya dengar banyak kesan sampingannnya? Mohon pencerahan”   Wa alaikum mus salam.   Saya tidak memberikan pendapat yang tepat mengenai kaedah yang puan akan pilih, tetapi saya boleh membantu saudari membuat panduan agar puan dapat berbincang dengan doctor tentang pilihan puan.   Sebelum memilih kaedah yang sesuai, banyak perkara yang perlu diteliti. Anataranya aialah umur saudari, berapa lama puan mahu menggunakan kaedah itu sebelum bersedia mendapat anak? Adakah saudari mempunyai kitaran haid yang stabil? Adakah saudari mengalami masalah perubatan seperti asthma, sakit kepala dan masalah jantung?     Terdapat dua cara yang agak sesuai ... Read More »

Bilakah Hari subur?

Jika mahu hamil, masa yang terbaik untuk melakukan hubungan intim suami-isteri ialah pada hari ovulasi, di mana telur ovum dikeluarkan dari ovari. Ia berlaku lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya. Sebagai contoh, jika kitaran haid puan adalah 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Jika kitaran haid puan selamat 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya kitaran haid puan adalah 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya. Ini kerana dalam kitaran haid, fasa luteal berlaku setelah 14 hari selepas hari ovulasi (hari subur). Sekiaranya kitaran haid puan tetap selama 28 hari, maka mudah untuk ... Read More »

Benarkah zakar saya pendek dan kecil?

  “Salam doctor. Saya ingin mohon nasihat doctor. Semenjak dari sekolah menengah lagi rakan-rakan saya seasrama mengejek saya mempunyai batang zakar yang pendek. Ini disebabkan oleh badan saya yang agak rendah 160cm dan berat saya hanya 48kg saja. Saya bimbang kerana saya sedang merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun depan. Perlukah saya menjalani pembedahan membesarkan batang zakar saya?”     Wa alaikum mus salam.   Saudara tidak perlu risau kerana kebahagian sebuah keluarga sebenarnya bukannya seratus peratus bergantung kepada saiz zakar suami, tetapi banyak faktor lain seperti melakukan tanggungjawab, ihsan kepada isteri dan kasih sayang.   Banyak kajian telah dilakukan di seluruh dunia, bahawa tidak seorang lelaki pun yang benar-benar mempunyai zakar kecil.   Hanya sesetengah lelaki saja yang beranggapan bahawa mereka mempunyai saiz zakar yang kecil berbanding zakar lelaki ... Read More »

Makan Chocolate semasa Hamil

Banyak kajian yang menyokong bahawa wanita hamil seharusnya tidak dihalang daripada memakan produk makanan berasaskan koko termasuk chocolate ketika hamil, kecuali jika wanita hamil itu mempunyai alahan terhadap koko dan chocolate.   Walaupun produk makanan berkoko seperti chocolate mengandungi caffeine, masih tiada bukti saintifik  yang menunjukkan kandungan caffeine yang rendah dalam koko dan chocolate membahaya kepada wanita yang hamil dan bayi mereka.   Chocolate juga kaya dengan magnesium, yang sangat perlu bagi perkembangan otak bayi dalam rahem. Flavonoids dalam chocolate berfungsi sebagai antioxidant membantu kesihatan jantung dan daya tahan untuk melawan sel-sel kanser. Malangnya, bahan bersusu pada chocolate boleh menghalang penyerapan flavonoids .   Buah koko sendiri kaya dengan bahan yang dinamakan theobromine, yang berfungsi merangsangkan saraf dan otak. Semua produk makanan berasakan koko mengandungi theobromine namun kandungan mereka berbeza-beza. ... Read More »

Mengalami Masalah untuk Hamil Semula

Anak merupakan salah satu rezeki yang Allah kurniakan kepada pasangan-pasangan yang terpilih. Ada yang Allah berikan anak tunggal, ada yang mendapat bilangan anak yang sedikit dan ada yang mendapat bilangan anak yang ramai. Dalam Al Quran, Allah menyatakan keadaan ini dengan jelas. “Atau Ia (ALLAH) mengurniakan mereka kedua-duanya,  anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia (ALLAH) juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya  mandul. Sesungguhnya Ia (ALLAH) Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.” (Surah Asy-Syura: 50) Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah. Jadi wanita yang pernah hamil dan telah mempunyai anak, tiba-tiba mendapati diri mereka sukar untuk hamil semua, sedarlah bahawa ini semua ujian dari Allah yang harus diterima dengan redha dan berusahalah dengan cara yang betul serta berdoa. Tidak boleh hamil semula selepas pernah melahirkan seorang anak dinamakan ketidaksuburan sekunder (secondary infertility). Fakta ini agak ... Read More »

Pancutan Air Mani ke Belakang atau Retrograde Ejaculation

Masalah Retrograde Ejaculation (RE) banyak ditanyakan kepada saya. Retrograde ejaculation sebenarnya berlaku apabila air mani (semen) masuk ke dalam pundi kencing, ketika berlaku orgasm dan klimaks. Semasa seorang suami mengalami klimaks semasa jimak, sperma dikeluarkan dari telur zakar (testicles) melalui satu saluran dinamakan (vas deferens)  yang membawa sperma ini kepada kelenjar prostate, di mana sperma dan lendiran lain akan bercampur dqan membentuk air mani (semen). Sepatutnya air mani dan sperma ini keluar melalui saluran air kencing lelaki (urethra) untuk sampai ke faraj (vagina) isteri. Sayangnya hal ini tidak berlaku, air mani masuk ke dalam pundi air kencing. Walaupun RE tidak mendatangkan kemudaratan, namun ia boleh menyebabkan masalah kesuburan bagi lelaki. (Perbezaan antara air mani dan sperma telah saya sebut di http://drzubaidi.com/blog/?p=1283) Masalah ini berpunca dari otot yang mengawal pembukaan lubang ... Read More »

Penggunaan Perkataan ‘KITA’ Ketika Salah Faham

Saya sering ditanya melalui e-mail untuk mendapat nasihat dan panduan bagi pasangan suami isteri yang menghadapi konflik rumahtangga. Kebanyakan yang bertanya adalah suri rumah yang tidak tahan lagi dengan pertengkaran dengan suami mereka, sama ada yang hanya melibatkan ’verbal’ atau pertengkaran yang melibatkan kekerasan fizikal. Sayang sekali kebanyakan pertengkaran ini melibatkan pasangan yang masih muda dan tempoh perkahwinan mereka baru saja memasuki separuh dekad. Bagi pasangan muda seperti ini, konflik keluarga yang tidak diselesaikan dengan baik, ia boleh menjurus ke arah penceraian. Walaupun ada juga pertengkaran ini melibatkan pasangan yang lebih berusia, namun pasangan ini lebih matang ketika bertengkar dan mudah berdamai. ”Apakah nasihat doktor tentang ini? Perlukah kami berpisah?” Soalan yang pertama saya akan tanyakan, “ketika bertengkar, adakah puan dan suami menggunakan perkataan ‘kau’ dan ‘aku’ atau istilah pengganti ... Read More »

Mengapa Suami Bermalasan di Rumah

Dalam tubuh lelaki terdapat hormon kelakian, testosterone yang penting dalam kehidupan mereka sebagai seorang lelaki. Hormon ini bukan saja penting bagi menyemarakkan syahwatnya sebagai lelaki, tetapi yang lebih penting, hormone testosterone akan memberikan rasa untuk terus berjuang, untuk bersaing, menjadi kreatif, menjadi lebih pintar dan matang serta mampu melakukan tugas-tugas yang diamanahkan sebagai seorang suami. Hormon testosterone juga akan mempengaruhi mental lelaki dengan mengurangkan rasa stress. Lelaki yang stress akibat kekurangan hormon testrosterone bukan saja tidak mempunyai nafsu syahwat terhadap isterinya, malah beliau mungkin tidak mempunyai rasa untuk berjuang, bekerja dengan lebih baik untuk keluarganya, tidak kreatif dan tidak mampu menjalankan tugas sebagai suami dan ketua keluarga. Oleh itu jika isteri perhatikan, suami yang bersemangat dan bersyahwat dalam kamar tidur adalah juga bersemangat melakukan kerja-kerjanya di luar rumah. Lelaki yang ... Read More »

Mengapa Lelaki Tidak Ingat Tarikh Perkahwinan?

“Doktor ingat tarikh perkahwinan?” saya ditanya oleh petugas di kaunter pendaftaran sarjana di UTM beberapa minggu lepas. Saya diam. Rasa malu. Tersengih. “Errr… boleh saya minta talian hayat. Saya nak call isteri saya” Saya bukan lelaki yang tidak peduli pada perkahwinan.  Cuma saya tidak dapat mengingati tarikhnya. Di waktu yang lain, ketika saya memeriksa seorang kanak-kanak yang demam kuat. Saya mahu memberikan ubat. Dosnya harus diberikan mengikut umur dan berat badan kanak-kanak itu. “Berapa umur anak encik  ni. Ingat tarikh lahirnya?” saya menyoal bapa yang membawa kanak-kanak ini. “Nanti saya tanyakan isteri saya..” jawapan yang serupa saya berikan dahulu. Kaum bapa bukan tidak sayang anak. Tetapi nombor pada tarikh-tarikh itu agak sukar diingat. Entah mengapa. “Mengapalah suami saya sukar mengingati tarikh lahir anak, tarikh perkahwinan dan tarikh-tarikh penting..” keluh seorang ... Read More »

Suami Isteri Perlu Berpelukan

Ramai pasangan suami isteri muda hari ini tidak menyedari sentuhan fizikal adalah sesuatu yang amat diperlukan. Kesibukan, keletihan balik kerja dan anak kecil yang memerlukan perhatian bukanlah alasan untuk tidak memberikan sokongan emosi kepada pasangan kita dengan melalui sentuhan fizikal, iaitu dengan cara berpeluk. Pelukan adalah suatu sentuhan fizikal yang tidak perlu diajar. Sejak dari bayi hingga remaja, kita selalu mendapat sokongan emosi dengan pelukan, sama ada pelukan ibu semasa bayi dan pelukan rakan-rakan sepermainan. Namun setelah berumah tangga kita kadang-kala terlupa bahawa orang dewasa yang sudah berkahwin dan mempunyai anak juga memerlukan pelukan. Keperluan pelukan antara suami-isteri Tidak kira sama ada suami atau isteri, kedua-duanya mengalami kehidupan era moden yang meletihkan fizikal dan emosi. Suami yang bertindak sebagai ketua keluarga dan mencari nafkah, sering merasakan tekanan di tempat kerja ... Read More »

Risau Air Mani Bercampur Darah

Saya selalu menasihatkan rakan FB supaya menulis email atau menghantar pertanyaan ke inbox Facebook saya jika soalan itu berkaitan dengan masalah yang terlalu peribadi. Namun ada yang datang ke pusat kesihatan tempat saya bekerja untuk bersemuka. Saya alu-alukan pertemuan itu. Namun saya hanya seorang petugas yang menerima gaji setiap bulan dari majikan. Berjumpa saya di pusat kesihatan, bermakna ada kos pendaftaran dan konsultasi yang dikenakan oleh majikan saya, Kumpulan Perubatan Sdn Bhd. Jadi bersangka baiklah dengan saya. Saya tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk berkongsi ilmu. Baru-baru ini seorang rakan FB berjumpa saya. Dia bukanlah rakan FB pertama yang berjumpa saya ketika bertugas. “Doktor, saya ada masalah peribadi. Setiap kali saya melakukan hubungan seksual dengan isteri, air mani saya keluar bersama-sama darah. Kadangkala ia berwarna gelap seperti coklat. Saya berumur 35 ... Read More »

Seks Oral Akan Menjadi Penyebab Utama Kanser Oral di Malaysia?

Sepanjang ingatan saya semasa belajar di universiti, punca utama bagi kanser bahagian mulut dan tekak (kanser oral) ialah  tembakau dan alkohol. Saya telah menyaksikan betapa ngerinya kanser ini mencacatkan mulut dan wajah pesakit yang menderita akibatnya sebelum mereka meninggal dunia. Kebanyakan kes oral kanser berlaku pada penduduk Asia berumur 50-an, yang gemar mengunyah atau menghisap tembakau. Wanita lebih ramai menderita kanser oral berbanding dari lelaki. Namun sekarang corak jangkitan telah berubah. Kes penyakit kanser oral semakin meningkat di kalangan lelaki Caucasian yang tidak menghisap rokok dan berumur antara 20 hingga 50 tahun. Sebagai perbandingan hanya 23 peratus dari kanser oral di Sweden disebabkan jangkitan HPV pada tahun 1970, tetapi kes kanser oral yang disebabkan oleh jangkitan HPV meningkat secara mendadak pada tahun 2010, iaitu sebanyak 93 peratus. Apakah puncanya? Dr ... Read More »

‘Mati Pucuk’ Berkait Rapat dengan Penyakit Jantung

Apakah kaitan di antara ‘mati pucuk’ (erectile dysfunction) dengan kesihatan jantung seseorang lelaki yang berusia 40-50an? Soalan ini pernah ditanya dalam soalan viva peperiksaan tahun akhir saya dahulu. Soalan cepu emas. Markah bonus untuk mereka yang excellent. Saya tidak dapat menjawabnya kerana ia tidak tertulis dalam buku teks. Baru-baru ini seorang pesakit lelaki datang hanya semata-mata mahukan ‘ubat kuat’. Ubat kuat yang dimaksudkan ialah ubat untuk merawat masalah ‘mati pucuk’ yang dihadapinya.Tidak sempat saya melakukan pemeriksaan , beliau telah meninggalkan saya. “Sudahlah ubatnya mahal, kena buat pemeriksaan pula. Baik saya beli di tepi Jalan Wong Ah Fook di JB. Lebih murah!!”  dengusnya. Saya tidak berapa mahu memperdulikan bantahannya. Ini ketetapan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Bukan saya mahu menyusahkan beliau. Saya harus patuhi jika tidak lesen saya akan digantung. Apa yang membimbangkan ... Read More »

Pancutan Awal Boleh Merosakkan Hubungan Suami Isteri

Pada mulanya saya tidak berminat untuk membincangkan soal seksual dan jima’ suami isteri. Walaupun ia termasuk dalam bidang perubatan (Sexual Health), tetapi saya amat bimbang jika penulisan saya ini akan memberikan kesan negatif kepada remaja. Bagi remaja yang sedang dalam proses menjadi dewasa, apa saja rangsangan seksual akan menyebabkan remaja teringin mencubanya. Saya amat bimbang, terutama remaja lelaki. Namun setelah saya ditanya oleh beberapa soalan yang luar biasa dari beberapa orang sahabat FB, yang mendakwa hubungan suami-isteri menjadi tegang, maka saya hanya berserah kepada Allah agar penulisan saya tidak disalahtafsirkan atau memberikan kesan buruk kepada masyarakat. “Doktor, setiap malam saya amat fobia untuk masuk ke bilik tidur. Saya bimbang akan menghampakan permintaan isteri. Ini kerana saya mengalami premature ejaculation” “Doktor, isteri saya mulai melayan lelaki lain. Ramai lelaki yang menggodanya ... Read More »

Adakah Selamat Berjima’ Ketika Hamil?

Saya tidak sangka sambutan menggalakkan terhadap Klinik FB yang saya lancarkan. Walaupun saya bertungkus lumus dengan kerja-kerja merawat dan membuat latihan First Aids di kilang-kilang, saya sempat menjawab soalan-soalan rakan-rakan FB. Saya memang memilih soalan-soalan yang dihantar, tujuannya biarlah penerangan yang saya berikan memberikan manfaat kepada pembaca yang lain. Kali ini saya ditanya mengenai hubungan jima’ bersama suami. Apakah gegaran ketika melakukan jima’ atau kesan air mani boleh menyebabkan keguguran pada janin di awal kehamilan? Ini yang saya cuba kupas pada kali ini. “Salam doktor, saya pernah keguguran sebelum ini. Anak saya meninggal dunia pada usia kehamilan 12 minggu. Prosedur D&C terpaksa dijalankan. Alhamdulillah selepas 3 bulan saya hamil kembali. Oleh kerana saya pernah keguguran sebelum ni doktor menasihati agar tidak melakukan hubungan suami isteri sehingga habis trimester pertama kerana takut ... Read More »

Kekerapan Jima’ untuk Hamil

Masalah ketidaksuburan adalah musibah dan ujian yang kerap terjadi di kalangan mereka yang baru berkahwin. Ramai yang masih menunggu dan mencuba walaupun sudah beberapa tahun berkahwin. Pada masa yang sama kita membaca banyak berita di akhbar yang memberitahu ramai anak yang baru dilahir telah dibuang dan ditinggalkan oleh ibu-ibu yang hamil di luar ikatan perkahwinan. Adakah ini suatu kebetulan atau suatu peringatan. Malah ada yang mengeluh ’kalau tak kahwin, sekali buat sudah hamil. Tapi kalau kahwin, dah bertahun-tahun tidak hamil-hamil lagi’ . Bagi mereka yang menghadapi masalah sebegini haruslah banyak bersabar. Selain mengikuti nasihat yang diberikan doktor, perlulah banyak bermohon pada Allah dan perbanyakkanlah sedekah. “Saya tak pernah lupa untuk berdoa selepas solat, namun masih lagi belum dikurniakan anak..” Banyakkanlah bersabar. Jadikanlah kisah para nabi sebagai panduan dan motivasi. Antara ... Read More »

Sperma dan Ejakulasi Pramatang (PE)

Hari ini klinik FB saya ditanya oleh seorang rakan FB lelaki berkenaan masalah hubungan kelamin. Mungkin ada yang memandang perkara ini sebagai isu ringan. Pada saya sebagai lelaki, ianya amat sensitif dan melibat ’harga diri’ seseorang lelaki. Masalah ejakulasi pramatang (Premature Ejaculation/PE) adalah antara yang dihadapi oleh lelaki. Dianggarkan sebanyak 25-30% lelaki mengalami PE. Ia boleh berlaku pada mana-mana umur. Ada yang mengalaminya sejak mula berkahwin dan ada pula yang mengalaminya selepas beberapa tahun berkahwin walaupun sebelum itu beliau tidak menghadapi apa-apa masalah. Namun apa yang hendak saya bincangkan kali ini adalah masalah PE dan kaitannya dengan ketidaksuburan lelaki. Adakah air mani yang dikeluarkan oleh lelaki yang mengalami PE mengandungi sperma?   ”Doktor, saya mengalami masalah ejakulasi pramatang. Namun apa yang merisaukan saya adalah tentang kesuburan. Saya ingin bertanya adakah ... Read More »

Perbezaan antara Sperma dan Semen (Air Mani)

Kali ini klinik FB saya diajukan dengan pertanyaan dari beberapa pasangan yang baru berkahwin. Kerisauan bermula apabila mereka berkahwin pada umur 30an dan merancang untuk mendapatkan zuriat dengan segera. Mereka risau kerana ‘percubaan’ mereka untuk hamil belum berjaya. Ini kerana air mani yang dipancutkan ke dalam faraj telah keluar semula dan menggagalkan percubaan isteri untuk hamil. “Salam, doktor saya sudah berkahwin selama 6 bulan. Kami berdua berumur 30thn. Setiap kali selepas bersama dengan suami, saya mendapati air mani suami terkeluar semula dalam kuantiti yg byk. Apakah yang menyebabkan kejadian tersebut dan apakah yang harus saya lakukan…wassalam” Saya pasti pertanyaan ini juga bermain di fikiran ramai para isteri yang rasa tertekan untuk hamil dengan segera. Tentu saja ianya akan menambah rasa stress yang boleh menyebabkan hormon mereka terganggu dan sukar untuk ... Read More »

CoQ10 Membantu Kualiti Sperma Lelaki

”Doktor, asyik jawab tentang permasalahan wanita saja. Tolonglah kami pesakit fb yang lelaki pula, doktor ” Rakan FB di kalangan kaum Adam telah bertambah. Dulunya boleh dikira dengan jari. Itu pun terdiri daripada rakan-rakan dari sekolah dahulu. Rakan-rakan baru yang mahu berkongsi info dan ilmu amat sedikit. Saya bukannya tidak mahu melayan pertanyaan kaum Adam. Lagipun saya juga lelaki. Namun saya dapati majoriti pembaca blog ini dan rakan FB yang sering bertanya tentang masalah kesihatan adalah golongan wanita. Di mana-mana ceramah yang saya berikan atau perkumpulan ilmu yang saya kunjungi bilangan kaum hawa sangat memberangsangkan. Oleh itu saya amat suka menjawab soalan mereka kerana mereka serius dalam mencari ilmu. ”Doktor, berikanlah petua cara membanyakkan sperma saya” soalan yang tiba-tiba muncul di wall FB saya. Saya tergamam. Lebih-lebih lagi soalan itu di’tampal’ di wall saya ... Read More »

Masalah Seksual Wanita

Banyak pertanyaan berkaitan dengan seksual yang memaksa saya menjawabnya. Saya amat bimbang jika tidak menghiraukan pertanyaan ini, ia akan mengundang kekeliruan akibat mendengar kata-kata teman. Selama ini kebanyakan masalah seksual ini diajukan oleh kaum lelaki yang begitu sensitif terhadap ‘performance’ mereka. Tetapi banyak juga dari kaum wanita. Mereka adalah penderita senyap. Kebanyakan mereka bukan saja tidak menikmati malah ada yang terpaksa ‘menyerahkan diri’ pada suami. Cuma saya mengharapkan jika mereka tidak menikmati, sekurang-kurangnya mereka tidak rasa terseksa dengan hubungan bersama suami. Antara pertanyaan yang saya terima adalah seperti ini… ”Dr, saya mahu bertanya … saya sudah berkahwin 5 tahun, saya mempunyai anak  2 orang anak dan saya berumur 29 tahun. Saya tidak pernah rasa nikmat sex itu… dan saya tidak merasakan sex itu sesuatu yang menyeronokkan.. saya hendak tahu, adakah ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!