Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Kehamilan (page 7)

Category Archives: Kehamilan

Ubat ‘Sakit Gastrik’ untuk Wanita Hamil

“Doktor, saya tak tahan dengan pedih perut dan rasa mahu muntah.. Teruk sangat pembawakan budak kali ini. Ada tak, ubat untuk hilangkan rasa pedih perut, loya dan muntah? ” “Untuk hilangkan rasa loya dan muntah memang tidak ada, tapi kalau untuk kurangkan rasa loya dan muntah, saya boleh berikan ubatnya. Selagi berada di peringkat awal kehamilan, selagi itulah akan rasa loya dan muntah” (Pening kepala dan tidak faham dengan dialog di atas? Cubalah bezakan perkataan “hilangkan” dan “kurangkan”.) Rasa loya dan muntah disebabkan oleh peningkatan hormon hCG yang dikeluarkan oleh uri (placenta). Keadaan ini biasanya akan berlaku pada usia kehamilan di antara 5 hingga 18 minggu. Kebanyakan wanita akan mengalaminya, cuma tahap rasa loya dan muntah itu berlainan pada setiap individu. Inilah ujian yang ditempuhi oleh wanita yang hamil. Sudah tentu ... Read More »

Kehamilan dan Fibroid

  Ramai ibu-ibu yang hamil tidak menyedari bahawa mereka mempunyai fibroid. Fibroid adalah ketumbuhan yang bukan kanser, yang berada di dalam rahem. Fibroid biasanya dijumpai secara ‘tidak sengaja’ semasa pemeriksaan ultrasound ketika doktor sedang memeriksa fizikal bayi dalam rahem. Soalan yang sering ditanya adalah, adakah fibroid itu merbahaya pada pada ibu dan bayi dalam rahem? Kedudukan dan saiz fibroid Fibroid boleh membesar dari beberapa sentimeter sehingga 15 cm diameter. Kedudukan fibroid boleh berada di dalam dinding rahem (intramural), berada di luar dinding rahem (subserosal) atau berada dalam rongga rahem (submucosal) di sebelah kedudukan bayi/janin. Ada baiknya jika pesakit bertanya kepada doktor tentang kedudukan, saiz dan bilangan fibroid semasa menjalani pemeriksaan ultrasound kerana ini akan membuatkan seseorang wanita hamil itu lebih berhati-hati. Walaupun fibroids selalunya akan membesar saiznya ketika hamil, namun ... Read More »

Penjagaan Gigi Semasa Hamil

“Doktor, saya sedang hamil. Saya mendengar dari kawan-kawan, bahawa pemeriksaan gigi tidak boleh dilakukan semasa hamil. Saya bimbang dengan ubat bius dan ubat penahan sakit yang diberikan. Harap doktor dapat memberikan komen” Saya sering mendapat pertanyaan-pertanyaan sebegini. Banyak informasi yang salah dan ada kalanya mengelirukan kerana mendengar kata kawan-kawan. Saya cuba menjernihkan kekeliruan ini dengan memberikan penerangan dalam blog ini, semoga ianya bermanfaat. Ramai wanita yang hamil mempunyai masalah gusi dan gigi kerana gusi mereka mudah menjadi bengkak, mudah berdarah dan makanan yang dimakan mudah terselit di antara gigi dan gusi. Ini semua disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil. Oleh itu lakukanlah pembersihan gigi dan pemeriksaan dental setiap tahun walaupun sedang hamil. Ia selamat, malah digalakkan. Ada beberapa kajian yang mengaitkan jangkitan di dalam mulut dan gusi pada wanita hamil ... Read More »

Kepentingan Mengetahui Berat Bayi dalam Rahem

”Doktor, semasa saya berada di klinik, doktor memberitahu saya anak yang berada dalam kandungan mempunyai berat yang tidak normal. Maknanya pembesaran fizikalnya dalam rahem tidak mengikut umur kehamilan saya. Saya bimbang jika anak yang saya lahirkan akan mempunyai berat badan dan saiz yang kecil. Boleh doctor komen?” Saya sudah lama tidak melakukan pemeriksaan ultrasound untuk bayi dalam rahem. Saya amat kagum dengan teknologi kini yang mampu mengukur berat bayi yang bakal dilahirkan dengan lebih tepat. Sejak awal kelahiran, bayi di dalam rahem akan membesar dengan kadar yang berlainan jika dibandingkan dengan bayi-bayi yang lain. Ada bayi yang bersaiz besar dan ada yang bersaiz kecil.Tetapi bagaimana kita dapat mengetahui bayi dalam rahem sedang mengalami proses pertumbuhan fizikal yang baik? Apabila seorang wanita hamil datang untuk pemeriksaan, doktor akan melakukan pemeriksaan ultrasound. ... Read More »

Bahaya Herba Tradisi Pada Ibu

Sumber: Utusan Malaysia (Dr. Azriani Ab.Rahman Pensyarah Perubatan Jabatan Perubatan Masyarakat Pusat Pengajian Sains PerubatanUniversiti Sains Malaysia, Kelantan) ADAKAH anda peminat setia ubatan tradisional? Anda perlu befikir dengan berhati-hati sebelum meneruskan niat untuk mengambil ubatan herba tradisional terutamanya jika anda disahkan berbadan dua. Ubatan tradisional adalah ubatan yang mengandungi keseluruhan atau sebahagian daripada bahan aktifnya bersumber daripada tumbuhan ubatan (herba). Ia digunakan dengan tujuan untuk menghalang atau merawat penyakit atau juga untuk meningkatkan tahap kesihatan. Ubatan herba diambil sama ada dalam bentuk asal bahagian tumbuhan tersebut seperti buah, bunga, rizom (ubi) atau dalam bentuk air rebusan seperti rebusan akar, batang atau daun atau juga dalam keadaan yang telah diproses di kilang ubatan sama ada dalam bentuk serbuk, ekstrak air atau ekstrak pelarut kimia yang dikeringkan dan dijadikan kapsul, pil herba ... Read More »

Rasa Kebas Tangan Semasa Hamil

RASA KEBAS TANGAN SEMASA HAMIL Seorang wanita hamil datang berjumpa saya pagi itu. Dari jauh saya dapat mengagak bahawa dia sedang hamil walaupun dia berjaya menyembunyikan abdomennya dengan baju yang besar kerana muka dan tangannya nampak tembam. Itu tanda-tanda kehamilan. Dia seorang kerani di sebuah syarikat swasta yang setiap hari bekerja menulis laporan-laporan syarikat. Jari dan tangannya mengalami kesakitan dan mengganggu tidurnya. “Doktor, mengapa saya mengalami rasa kebas, seperti menyucuk-nyucuk pada tangan saya. Saya tidak boleh tidur kerana ia sungguh tidak selesa.” Saya kasihan mendengarkan ceritanya. Sudahlah terpaksa bekerja membantu suami mendapatkan rezeki, hamil pula dan kini mengalami kesakitan di pergelangan kedua-dua belah tangannya. Bagaimana dia harus bekerja? Keadaan ini dinamakan ‘carpal tunnel syndrome’. Ia sering berlaku pada pekerja yang menggunakan pergerakan tangan yang berulang-ulang seperti eksekutif pemprosesan data, programmer ... Read More »

Selamatkah Wanita Hamil Menaiki Kapalterbang?

”Doktor saya ada emergency ni..” ”Isteri saya sudah mahu check in tapi tidak dibenarkan. Dia hamil 28 minggu. Kami mahu balik ke Sarawak.” ”Jadi apa yang emergency?” saya kehairanan. ”Pintu gate sudah mahu ditutup. Saya dan isteri nanti tidak akan dibenarkan masuk. Tolonglah..” ”Ok, tapi saya masih keliru. Apa yang emergency nya? Isteri kamu sakit perut kah?” ”Tidak ! Saya mahu surat pengesahan segera. Saya mahu cepat!!” Saya gelihati bila teringat perbualan saya dengan seorang penumpang penerbangan AirAsia yang mahu balik Sarawak. Kebetulan, saya bertugas di sebuah cawangan poliklinik yang berhampiran dengan Lapangan Kapalterbang Antarabangsa Senai. Saya menulis keterangan berdasarkan buku antenatal yang dibawanya. Banyak maklumat yang saya dapati membantu saya menentukan sama ada isterinya layak (fit) untuk berada di dalam pesawat. Nasihat saya, semasa merancang untuk membeli tiket pesawat, ... Read More »

Perlukah Suntikan Anti Tetanus Ketika Hamil?

Klinik FB saya sekali lagi memilih soalan yang berkaitan dengan kehamilan. Suntikan vaksin Tetanus selalu diberikan kepada ibu yang hamil. Memandangkan jangkitan tetanus semakin berkurangan, adakah suntikan itu masih relevan? ”Salam doctor, saya ingin bertanya. Saya sekarang ini hamil 7 bulan. Saya menjalani pemeriksaan antenatal di klinik kerajaan dan ada kalanya di hospital swasta. Minggu ini, jururawat di klinik kerajaan telah memberiksan saya suntikan anti-tetanus. Satu lagi suntikan akan diberikan pada bulan depan. Saya menjadi keliru bila doktor di hospital swasta berkata saya tidak memerlukan suntikan itu. Perlukah saya menerima suntikan kedua pada bulan depan?” Suntikan tetanus adalah vaksin yang disuntik untuk mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan tetanus. Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh membawa maut disebabkan oleh toxin (racun) dari kuman yang dikenali sebagai Clostridium tetani.  Kuman tetanus boleh memasuki ... Read More »

Jangkitan Bacterial di Kemaluan Ketika Hamil

Baru-baru ini saya menulis tentang jangkitan fungal di kemaluan ketika hamil. Ramai pula yang bertanya mengapa pula kegatalan mereka tidak berkurang walaupun telah mencuba ubat suppository dan krim dari farmasi. Saya tidak pernah menggalakkan mana-mana rakan FB yang membaca penulisan saya dan kemudiannya membeli ubat dari farmasi. Ia adaah kesalahan besar. Saya tidak membuat consultation online sebegitu. Saya hanya memberi panduan dan penerangan mengenai sesuatu penyakit agar pembaca dapat menggunakannya ketika berbincang dengan doktor. Saya pernah pergi ke farmasi kerana mahu membeli peralatan medic untuk kegunaan bapa saya dan mendapati ubat antibiotik dijual seperti menjual gula-gula. Ada juga yang datang semula akibat alahan ubat, mujur tidak mengalami alahan ubat yang teruk seperti Steven Johnson Syndrome. Saya bukan menghalang sesiapa saja untuk ke farmasi membeli ubat, tetapi berjumpalah dengan ahli farmasi, ... Read More »

Kelongsong Bayi Tidak Kelihatan Semasa Ultrasound

Komunikasi antara doktor dan pesakit adalah perlu. Tugas doktor bukan saja merawat pesakit tetapi juga memberikan penerangan terhadap penyakitnya, mengenai apa yang sedang berlaku di dalam tubuh pesakit itu. Tanpa penjelasan yang terbuka dan jelas, akan terdapat ruang-ruang kesamaran yang akan diisi oleh pelbagai tanggapan dan andaian. Klinik fb saya kali ini menjawab persoalan yang tidak dijelaskan oleh doktor dengan sebaiknya. ”Salam doktor, apa itu kelongsong bayi? Masa pemeriksaan ultrasound, doctor ada memberitahu saya mengenainya. Tapi saya tidak faham penjelasannya..” Ini adalah contoh di mana komunikasi antara doktor dan pesakit amat lemah. Saya tidak menyalahkan pesakit kerana perkataan kelongsong yang biasa digunakan ialah kelongsong peluru saja. Kelongsong bayi? Emmm…. Sebenarnya kelonsong bayi atau Gestational Sac akan terbentuk dalam rahem di awal kehamilan. Ia membentuk selaput yang melindungi bayi dan air ... Read More »

Jangkitan Fungal Ketika Hamil

Klinik FB saya masih lagi ajukan dengan soalan berkaitan dengan kehamilan. Banyak isu-isu yang perlu dijelaskan dan diharapkan dapat memberikan manfaat bagi pembaca. Kegatalan pada kemaluan di kalangan wanita amat ketara kerana di Pusat Kesihatan tempat saya bekerja sekurangnya 10 orang wanita datang dalam seminggu akibat kegatalan pada kemaluan. Kegatalan pada kemaluan bermakna rasa tidak selesa, rasa mahu digaru dan adakalanya pedih di bahagian kemaluan luar (labia majora dan minora). Selain itu terdapat juga lendiran dari faraj yang berwarna putih, seperti susu basi. Adakalanya mendatangkan ketidakselesaan ketika melakukan jima’ dan rasa pedih dan terbakar ketika kencing. Namun begitu jangkitan fungal pada kemaluan ketika hamil mendatangkan kerisauan kepada ibu yang hamil dari aspek keselamatan ubat yang digunakan dan keselamatan bayi yang dikandungkan. “Salam doktor…saya sedang hamil 28 minggu. Saya menghadapi masalah ... Read More »

Bila Harus Ke Hospital Untuk Kelahiran?

  “Mana doktor? Mana doktor? Bini saya dah nak terberanak ni !” Saya masih ingat peristiwa itu ketika saya masih lagi menjadi houseman (doktor pelatih) di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Baru hari kedua. Semua kelam kabut bila saya diberikan ‘pressure’ begitu. Saya segera memanggil Dr Khairiah, registra di Jabatan O&G. Tak sempat untuk bertanyakan apa-apa lagi. “Relaxlah Zubaidi. Dah ambil history dan buat clerking?” Dr Khairiah memang relax. Sekarang sudah menjadi Pakar Perunding O&G di Pusat Bersalin Barakah, Kelang. Saya terkedu. Saya juga menjadi kelam kelam kabut seperti suami wanita itu. Dengan tenang Dr Khairiah memeriksa. Saya memerhati dan kemudiannya memeriksa dengan supervision Dr Khairiah. “Ini anak pertama kan? Jangan risau ’jalan masih’ belum terbuka. Kalau rumah awak dekat, elok balik dulu. Ini ambil masa 8-12 jam” “Aik, belum ... Read More »

Bolehkah Kelahiran Normal Selepas Pembedahan Cesarean?

Ramai ibu yang hamil lebih suka menjalani kelahiran normal daripada kelahiran melalui proses pembedahan Cesarean. Oleh itu ramai yang tertanya-tanya apakah mereka boleh melahirkan anak secara normal, walaupun sebelum ini pernah menjalani pembedahan Caserean? Pertanyaan kali ini datangnya dari seorang ibu yang menghadapi masalah yang serupa. “Assalamualaikum doktor. Saya membaca artikel doktor mengenai pembedahan Caseraen, hanya ingin meminta pendapat. Anak pertama saya dilahirkan secara Caseraen kerana pintu rahim hanya buka 4 cm setelah 15 jam menunggu. Anak kedua juga lahir secara Caserean walaupun bukaan sudah 7cm disebabkan tahap Hb saya menurun kepada 4. Kedua-duanya dilakukan secara Emergency Caserean” “Sekarang saya hamil anak ketiga (dah 8 weeks). Ada tak kebarangkalian saya bersalin secara normal?” Saya tidak dapat memberikan jawapan sama ada ‘YA’ atau ‘TIDAK’. Ini kerana banyak faktor yang menyebabkan seseorang wanita ... Read More »

Selamat Menggunakan Paracetamol Ketika Hamil

Saya kerap meneliti topik yang diminati oleh pembaca blog saya. Ini membantu saya menyiapkan penulisan yang diharapkan dapat membantu menghuraikan isu besar di kalangan rakan FB saya. Penulisan saya bertajuk ”Pengambilan Paracetamol (Panadol) Ketika Hamil” adalah antara topik yang selalu dibaca oleh rakan FB. Ia adalah topik yang berada di tangga ke tiga teratas dalam senarai penulisan popular di blog. Pembaca boleh melihatnya di http://drzubaidi.com/blog/?p=509 Penulisan saya ketika itu cuba menepis dakwaan segelintir orang yang mengatakan bahawa pengambilan ubat Panadol atau Paracematol di akhir kehamilan (trimester ketiga) akan menyebabkan anak mendapat penyakit asthma atau alahan paru-paru. Walau bagaimanapun, penulisan saya bukanlah muktamad mengatakan ubat paracetamol dan panadol boleh diambil oleh semua wanita yang hamil. Semua wanita yang hamil perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa saja jenis ubat termasuk paracetamol ... Read More »

Punca Pendarahan di Awal Kehamilan

Sebelum ini saya ada menulis tentang pendarahan di awal kehamilan. Kebanyakan isunya mengenai keguguran dan mengapa kita harus bersabar dengan musibah yang Allah turunkan. Anda boleh membacanya di http://drzubaidi.com/blog/?p=750. Namun banyak juga pertanyaan yang masuk di dalam inbox facebook saya bertanyakan mengenai punca-punca pendarahan itu. Malah ada yang keliru antara pendarahan dan darah haids. “Doktor, saya tidak pasti tentang maksud pendarahan yang disebut orang. Tetapi saya mengalami haids sekarang walaupun saya hamil” Pendarahan (atau istilah perubatan dinamakan sebagai spotting) bermaksud ialah keluarnya darah dari vagina setelah didiagnosa hamil oleh doktor. Darah yang keluar biasanya ‘ringan’ iaitu darah yang berwarna merah-coklat atau merah kehitaman, jumlahnya tidak banyak dan waktunya juga tidak lama. Jika darah haids keluar pada waktu yang biasa selama seminggu, darah yang keluar ini adakalanya berlangsung selama 2-3 hari ... Read More »

Kegatalan Kulit Semasa Hamil

Saya merasa kasihan pada ibu yang hamil apabila mereka mengalami alahan teruk ketika hamil. Ada kalanya kulit mereka menjadi kering, beruam merah dan adakalanya terdapat bekas-bekas cakaran dan garu akibat kegatalan yang mengganggu. Ramai juga yang berasa agak bimbang untuk memakan ubat yang diberikan kerana sayangkan kesihatan anak yang dikandung. ”Teruk dugaan saya pada kehamilan yang lalu. Kulit saya tumbuh biji-biji gatal. Sepanjang malam saya menggarunya” keluh seorang wanita yang hamil. ”Saya sudah kurangkan makan seafood, kacang dan telur.Tapi masih lagi gatal, doc” Bagi yang menghidap masalah alahan kulit, tentu keadaan mereka menjadi bertambah teruk. Rajin-rajinlah menyapu pelembap jika kulit telah menjadi kering dan merasa gatal. ”Kenapa adik perempuan saya tidak mempunyai masalah kegatalan semasa hamil?” Kegatalan kulit ketika kehamilan adalah sesuatu yang sukar dirawat. Apatah lagi ada beberapa jenis ... Read More »

Anak Dalam Kandungan Dilarikan Bunian

“Doc, you kena tolong sepupu I. Kesian dia. Doktor di Pusat Kesihatan kata dia tak mengandung!” Rakan saya membawa sepupunya yang dikatakan sedang hamil. Abdomennya tidaklah membesar tetapi wanita itu kelihatan seperti sukar berjalan. Agak mengangkang dan menjulurkan abdomennya. ”Mana suaminya?” soal saya. ”Dia ni ada masalah sikit dengan suami dia. Suami dia nak ceraikan dia”, kata rakan separuh berbisik. Saya melengkapkan prosedur biasa. History-taking, pemeriksaan ultrasound dan lainnya. Mengikut kiraan saya, umur kehamilan ialah 23 minggu. Namun saya tidak mengesan imej bayi yang sepatutnya bergerak-gerak dalam rahemnya. Ujian UPT juga negative. “Bro, dia memang tak mengandung lah !” “Habis mana perginya bayi dalam kandungan dia” Saya tidak mahu komen tentang bab ‘bayi dilarikan oleh orang bunian’. Cukup memualkan saya. Saya cuma kasihan kepadanya. Bukan sebab ‘bayi’nya hilang, tetapi sebab ... Read More »

Urine Pregnancy Test (UPT) Boleh Mengelirukan

Saya percaya ramai ibu-ibu pernah menguji kehamilan mereka melalui ujian air kencing, sama ada yang didapati dari farmasi atau klinik. Namun ramai yang tidak tahu apa sebenarnya yang diuji dalam air kencing mereka. Ujian yang dilakukan ialah Urine Pregnancy Test (UPT) untuk mengesan kandungan hormon hCG atau hormon human chorionic gonadotropin yang dikeluarkan oleh uri (placenta) pada bayi. Pembentukan uri berlaku sebaik saja janin(embryo) ‘ditanam’ (implantation) pada rahim. Uri akan menghasilkan hormon hCG dan dapat dikesan melalui air kencing wanita itu. Alat UPT membantu mendiagnosa kehamilan di awal kehamilan. Adakah ianya tepat? Pada Oktober 2001 Journal JAMA article (JAMA. 2001;286:1759-1761) menerbitkan satu artikel yang menyatakan bahawa kebarangkalian untuk mengesan hormone hCG menggunakan UPT yang dilakukan selepas seminggu tidak datang darah haid (missed period) adalah 97 peratus. Namun begitu saya selalu ... Read More »

Bahaya Kencing Kotor Bagi Ibu Hamil

BAHAYA KENCING KOTOR BAGI IBU HAMIL Pada hari itu, Pusat Kesihatan Ibu dan Anak yang merawat dan menyaring ibu yang hamil bermasalah, penuh. Dari tempat parking kereta, ruang menunggu, ruang farmasi sehingga ke toilet, semuanya penuh sesak.   Para ibu beratur di pintu toilet menunggu giliran mereka untuk kencing dalam bekas urine container. Air kencing kemudiannya di hantar ke makmal kecil untuk pemeriksaan sebelum dipanggil oleh doktor untuk pemeriksaan selanjutnya. ”Apa pasal doktor ni menyusahkan kita? Kalau tak periksa air kencing, tak boleh ke? Ini nak masuk toilet pun beratur macam anak itik” rungut seorang ibu muda. “Alah ikut je lah arahan doktor…” ”Saya bukannya ada kencing kotor. Kalau tak sakit, tak payah lah periksa kencing!” Suara wanita itu menegakkan hujahnya. Menyusahkan. Itulah kata-kata kekecewaan yang diluahkan. Namun penggunaan perkataan ... Read More »

Menghadapi Kesedihan Akibat Keguguran

Dari segi perubatan, menguruskan kes keguguran di awal kehamilan adalah amat mudah. Ada kalanya wanita itu tidak perlu dimasukkan ke hospital apabila pemeriksaan ultrasound menunjukkan rahemnya telah kosong. Janin yang gugur itu telah keluar dan tidak perlu di’cuci’ dengan kaedah dilatation and curettage (D&C). Namun yang perlu dirawat ialah hati mereka yang sedih dan kecewa akibat keguguran. Saya terpaksa meluang sedikit masa untuk berbincang dan memberikan semangat kepada mereka. Saya lebih kecewa mendengar kata-kata yang seolah-olah tiada lagi masa depan untuk mereka. “Doktor apalah nasib saya. Saya telah gagal memberikan zuriat untuk suami saya. Saya wanita tak guna!” ”Masihkah suami sayangkan saya walaupun saya gagal untuk meneruskan kehamilan?” Soalan-soalan ini tidak dapat saya jawab. Namun saya boleh memberikan kata-kata harapan bagi meninggikan semangat. Pembacaan dan kuliah agama terutamanya petikan cerita-cerita ... Read More »

Sejauh Mana Ketepatan Ultrasound Mengesan Jantina?

“Doktor, kenapa doktor cakap bayi saya perempuan. Minggu lepas buat scan di klinik lain, doktor kata lelaki!” Fuh… berpeluh saya mahu jawab soalan itu. Apakan tidak, saya tidak tahu judgement yang dilakukan oleh doktor lain. Mungkin pada masa itu dia melihat ada petunjuk-petunjuk yang membawa kesimpulan bahawa bayi itu lelaki. Saya buat scanning sekali lagi. Berulang-ulang kali. Masih lagi mencari petunjuk yang dilihat oleh doktor ’di klinik lain’ itu. Setelah 15 minit berusaha untuk memuaskan hati ibu muda itu, akhirnya saya menyerah mengangkat bendera putih. Saya tidak jumpa imej bayang zakar yang seharusnya ditemui di layar mesin ultrasound yang membawa petunjuk bayi itu lelaki. Akhirnya saya menetapkan pendirian. Saya mengambil buku antenatal clinic yang berwarna merah dan menulis : mungkin perempuan. Rakan FB saya, Amin Ledang bertanya “ada kebarangkalian tak, ... Read More »

Keperluan Menilik Jantina Bayi Menggunakan Ultrasound

“Doktor, bolehkah saya tahu jantina bayi yang sedang saya kandung ini?”  Ramai doktor yang teragak-agak untuk menjawab soalan itu. Perasaan bersalah dan berdosa pernah menjelma di jiwa saya. Adakah saya mengganggu qadar Allah yang menentukan sama yang bakal dilahirkan itu lelaki atau perempuan? Selama ini saya menganggap apa yang berada di dalam rahem seorang ibu adalah rahsia Allah. Walhal rahsia Allah ialah sesuatu yang ditentukan oleh Allah sebelum benih lelaki dan wanita disenyawakan di dalam rahem. Namun apabila persenyawaan telah berlaku, jantina bayi telah ditentukan, bayi ditempatkan di sebuah ruang sementara bernama rahem. Segala-galanya telah ditentukan Allah dan bukan menjadi rahsia lagi. Terdapat perbezaan antara ’menilik’ jantina bayi yang telah berada dalam kandungan rahem (jantinanya telah ditentukan) menggunakan peralatan ultrasound, dengan ’menilik’ dan meramal seseorang itu akan mendapat anak lelaki atau ... Read More »

Kehamilan dan Ubat Batuk Diphenhydramine (Benadryl®)

  Diphenhydramine, ubat batuk yang selamat untuk wanita hamil dengan syarat mengikut dos yang ditetapkan. Saya rasa sungguh kasihan melihat ramai yang batuk dan selsema akibat perubahan cuaca dan pencemaran udara. Kita baru saja terlepas dari pencemaran udara akibat pembakaran ladang. Kini berlaku pula letupan Gunung Merapi di Pulau Jawa, yang sudah tentu akan menjejaskan persekitaran dan udara di Malaysia tidak lama lagi. Ramai juga yang mengeluh apabila ubat batuk di farmasi tidak lagi berkesan. Mereka datang ke klinik kerana menyangkakan antibiotic boleh membantu melegakan batuk mereka. Ini adalah pendapat yang salah. Pemberian antibotik tidak membantu melegakan batuk kecuali ia difikirkan perlu oleh doctor. Kali ini saya menumpukan isu ubat batuk dan kesannya pada kehamilan. Saya mengharapkan ianya akan mengurangkan kebimbangan yang dihadapi oleh bakal-bakal ibu yang masih berada di ... Read More »

Pendarahan Ketika Baru Hamil

Seorang wanita muda datang bersama suaminya berjumpa saya. Mukanya nampak agak sedih. Lalu dia duduk meceritakan pendarahan yang dialaminya. Musibah atau rahmat? “Doktor, saya baru bernikah 5 bulan. Baru-baru ini saya saya miss period 14 hari, dan sudah buat ujian pregnancy dan ia positif. Masalahnya ada darah keluar dari kemaluan saya. Saya keguguran ke?” Saya tidak berminat untuk bertanya lanjut mengenai masalah pendarahannya. Sebaliknya saya tersentuh dengan kesedihannya. Agaknya apa yang sedang difikirkan. “Doktor, saya memang harap-harap benar saya mengandung kali ini. Keluarga belah saya dan suami selalu bertanya. Saya harap kandungan ini boleh diselamatkan” Saya menarik nafas panjang. Saya cuba menyusun ayat untuk menjawab permintaannya. “Kalau tidak boleh diselamatkan, bagaimana?” saya cuba meneka fikirannya. “Saya amat berharap kandungan kali ini berjaya” “Tapi kalau kandungan ini bermasalah, cacat..bagaimana?” “Apa maksud ... Read More »

Komplikasi Pembedahan Cesarean

Mahukah anak anda lahir pada 1 Jan 2011, supaya tertera di kad pengenalannya sebagai 1.1.11 ? Caranya mudah, lakukan pembedahan Cesarean untuk melahirkan anak. Malah waktu kelahiran pada 11 pagi atau 11 malam juga boleh dirancang. Begitukah tahap kegilaan ibubapa yang kononnya menyayangi anaknya dan cuba memberikan terbaik untuk anaknya? Kelahiran bayi melalui pembedahan Cesarean secara elektif sudah menjadi popular walaupun ianya bukanlah pilihan yang baik. “Elektif” bermaksud tiada keperluan dari segi perubatan. Ianya bukannya prosedur emergency untuk menyelamatkan nyawa ibu atau anak. Maka jika seseorang wanita berhasrat untuk melakukan pembedahan Cesarean, haruslah berbincang dengan doktor untuk mengimbangi antara kebaikan dan komplikasi pembedahan itu. Berbincang bermaksud, mengetahui buruk dan baiknya dan bukannya hanya mengikut arahan doktor. Satu kajian terbaru menunjukkan kadar kematian di sebabkan oleh pembedahan Cesareans adalah tiga kali ... Read More »

Memahami Kekejangan Otot Kaki

Kekejangan otot kaki adalah masalah yang kerap dihadapi oleh ibu yang hamil dan atlet. Ia adalah suatu pengalaman yang mahu dielakkan bagi mereka yang pernah mengalaminya. Namun harus diketahui bahawa kekejangan otot bukan setakat masalah yang tertumpu pada otot kaki sahaja, malah mungkin isunya lebih besar. Ini bermakna kekejangan hanya satu simptom, bukannya satu penyakit. Jika berulang dengan kerap, berjumpalah dengan doktor. Kali ini saya cuba membincangkan kekejangan otot dalam tiga keadaan, iaitu kekejangan otot kaki di waktu malam, di kalangan atlet dan di kalangan ibu hamil. Punca dan sebabnya hampir sama. Kekejangan otot kaki di waktu malam Ia dikenali sebgai “noctunal leg cramps” iaitu pengecutan otot secara tidak terkawal berlaku di malam hari dan selalunya ketika tidur. Biasanya otot yang terlibat ialah otot betis. Kesakitan akibat kekejangan ini mampu ... Read More »

Pengambilan Paracetamol (PANADOL) Ketika Hamil

Sebelum ini, saya tidak ada masalah memberikan Paracetamol (PCM) pada pesakit-pesakit saya. Alhamdulillah dengan kuasa Allah, Paracetamol menjadi ubat untuk menghilangkan demam. Ianya menepati sunnatullah. Namun baru-baru ini saya mendapat pertanyaan dari seorang rakan mengenai penggunaanya pada ibu yang hamil. Ianya berikutan dengan laporan media yang memetik satu kajian ringkas yang tidak teliti di siarkan dalam sebuah Journal Perubatan luar negeri. Dalam Journal Perubatan Thorax, kajian itu mengaitkan wanita hamil yang penggunaan paracetamol  di akhir kehamilan dengan masalah pernafasan berbunyi (wheezing) pada kanak-kanak yang berumur tiga tahun ke bawah. Sila rujuk : Paracetamol use in pregnancy and wheezing in early childhood; 2002; S O Shaheen et al; Thorax; 2002; 57; 958-963. Abstract Background: We recently reported links between frequent paracetamol (acetaminophen) use and wheezing and asthma in adults and children, but ... Read More »

Kesakitan Abdomen Semasa Hamil

“Segala puji bagi Allah yang memberikan kesakitan dan yang menyembuhkan. Sesungguhnya setiap kita akan diuji untuk melihat siapa di antara kita yang lebih baik amalannya”  Saya mulakan artikel kali ini dengan satu pertanyaan dari seorang ibu yang kerungsingan.  “Tuan Doktor, sekarang saya mengandung 30 minggu anak kedua. Anak pertama sudah 4 tahun dan lahir secara pembedahan caeseran. Kenapa saya merasa sakit di pangkal perut bawah seolah terasa bayi yang di kandung berada di bawah tu? Saya merasakan sakit perut itu seharian dan saya merasa tidak selesa. Saya sudah berjumpa doktor dan telah menjalani ujian scan untuk bayi saya. Doktor memberitahu kedudukan bayi saya adalah normal, bergerak aktif dan pergerakannya melebih 10x sehari. Saya ingin bertanya doktor masalah saya iaitu sakit perut yang tidak henti-henti dan apa perlu saya buat?”   Adakah ... Read More »

ASHERMAN’S SYNDROME: Lekatan Dinding Rahim

Lekatan dinding rahim Saya masih ingat bagaimana resahnya seorang ibu muda yang baru mempunyai seorang anak. Oleh kerana dia tidak bersedia untuk menerima ‘rezeki’ kedua, maka kandungan kehamilannya digugurkan beberapa bulan yang lalu. Apa yang merungsingkan beliau ialah walaupun setelah 3 bulan menjalankan proses pengguguran itu dengan menggunakan teknik D&C, dia masih lagi merasakan sakit di bahagian ari-ari (suprapubic) dan haidnya tidak menentu. Dan yang lebih merunsingkan lagi, setelah mendengar kata-kata dari rakan-rakannya, dia sering bertanya “mampukah dia mengandung semula selepas ini?” Berlainan pula dengan seorang lagi wanita muda yang mempunyai tiga orang anak. Masalahnya bermula setelah anaknya yang terakhir berumur 10 tahun itu semakin membesar. Beliau terasa sunyi dan dan mahukan seorang lagi anak. Masalah beliau ialah beliau selalu keguguran semasa kehamilan apabila umur kehamilan mencecah 2 bulan. Beliau ... Read More »

Bahaya Berurut pada Abdomen ketika Hamil

Suatu hari saya diterpa oleh pertanyaan di chatting room ruangan FB “doctor, bagaimana hendak membetulkan keadaan bayi  yang songsang?” Saya kecewa, dengan sikap saling menghormati di kalangan kita nampaknya semakin menipis. Apa salahnya berikan salam dahulu, bertanyakan sama ada saya sibuk atau tidak sebelum mengajukan soalan. Menjawab soalan-soalan di FB adalah sebahagian kerja amal yang saya lakukan percuma, kadang kala terpaksa mengorbankan masa untuk berehat sebentar apabila tiada pesakit yang perlukan rawatan. Maka saya amat berbesar hati apabila rakan FB yang bertanyakan soalan, menghormati masa yang saya  korban itu dengan mengajukan soalan dengan penuh kesantunan. Songsang tidak bermakna situasi bahaya Selepas menulis perkataan salam, saya bertanya ”puan sudah hamil berapa bulan? Bagaimana puan tahu anak puan songsang?” Dengan cepat dia menerangkan bahawa bukan dirinya yang hamil sebab dia masih bujang ... Read More »

Ujian Pemeriksaan Darah Sebelum Suntikan VAKSIN RUBELLA

”Salam doktor.. saya ada persoalan berkaitan dgn suntikan rubela… ada kesan ke jika kita tidak mengambil suntikan rubela masa kanak-kanak dulu? kini saya telah berkahwin dan merancang untuk mempunyai anak… perlu ke saya mengambil suntikan rubela tu sekarang ataupun tidak perlu langsung…? thanx ” “Saya sedang hamil 12 minggu dan didiagnosa oleh doktor mengalami jangkitan virus Rubella. Adakah saya perlu menggugurkan anak saya untuk mengelakkan komplikasi?” Banyak kekeliruan berkenaan dengan jangkitan virus Rubella dan ramai yang bertanya, perlukah mereka mengambil suntikan itu semula kerana mereka tidak mengingati sama ada mereka pernah disuntik vaksin itu atau belum. Di Malaysia imunisasi untuk Rubella menggunakan MMR atau Measles, Mumps dan Rubella di dalam satu vaksin. Kanak-kanak diberi vaksin MMR pada umur 12 bulan hingga 18 bulan. Pada tahun 1988, KKM telah memperkenalkan imunisasi Rubella ... Read More »

Kesan Sampingan Ponstan

KESAN PONSTAN PADA PERUT DAN USUS (Gastrointestinal) Ponstan atau nama lainnya mefenamic acid, boleh menyebabkan bahaya yang serius pada perut dan usus. Antaranya menyebabkan radang ( inflammation), pendarahan (bleeding), luka (ulceration) dan kebocoran (perforation) pada perut, usus kecil dan usus besar. Semakin lama kita menggunakan Ponstan, semakin tinggi risiko untuk mendapat kesan sampingan ini. Ianya boleh berlaku tanpa disedari atau memberikan tanda-tanda awal.   Pesakit warga tua paling mudah mendapat kesan sampingan ini. Mereka yang mengambil aspirin untuk mencairkan darah, penahan sakit untuk sakit sendi, dan akhirnya diberikan pula Ponstan untuk sakit kepala dan sebagainya, akan mendapat masalah ini. Risiko adalah lebih tinggi jika dia juga perokok  serta mempunyai sejarah mengidap penyakit Peptic Ulser Disease. KESAN PADA KULIT   PONSTAN juga boleh menyebabkan reaksi yang serius pada kulit, iaitu. exfoliative ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!