Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Kehamilan (page 6)

Category Archives: Kehamilan

Sakit pinggang dan abdomen semasa hamil 32 minggu.

Soalan: Salam doctor, saya  bernama XXX dari Pulau Pinang. Saya ingin bertanya masalah yang saya hadapi. Saya sedang hamil 32 minggu. Masalah saya ialah saya kerap mengalami lenguh dan sakit pinggang, terutama di tulang punggung. Sesekali saya mengalami sakit di bahagian bawah abdomen apabila berjalan dalam masa yang agak lama. Sakitnya seolah-olah rahem saya mengeras dan rasa mahu rasa kencing. Kadang kala di tengah malam saya rasa bahagian vagina saya rasa berdenyut dan merasa sakit di bahagian sekitarnya. Saya ada pergi melakukan pemeriksaan tetapi semuanya okay. Apa yang saya bimbangkan ialah saya akan lahir secara pramatang, dan pernah gugur dua kali. Saya mohon pendapat doctor. terima kasih… Jawapan: Wa alaikum mus salam. Tanda-tanda yang puan rasakan ialah tanda-tanda kontraksi (contraction) pada rahem. Ia bukan tanda mahu melahirkan, tetapi rahem puan ... Read More »

Bayi Mendapat Jangkitan Hepatitis B Ketika Ibu Hamil

BAYI MENDAPAT JANGKITAN HEPATITIS B KETIKA IBU HAMIL  Ramai pesakit hepatitis B yang mengalami penyakit hepatitis B tanpa mengetahui bahawa mereka mengalami penyakit ini dan tidak mempunyai tanda-tanda yang jelas.  Bagi seorang wanita yang hamil, jangkitan virus ini boleh menjangkiti anak mereka. Penyakit ini boleh menyebabkan penyakit hati yang serius, menyebabkan kanser dan menyebabkan kematian. Oleh itu Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil berat terhadap isu ini. Apabila seorang wanita hamil melakukan pemeriksaan antenatal, antara pemeriksaan yang dilakukan ialah pemeriksaan darah untuk jangkitan virus hepatitis B (HBV). Hepatitis B mudah berjangkit melalui darah, air mani dan lendiran badan. Pesakit hepatitis B mendapat jangkitan ini melalui: 1.            Hubungan kelamin bersama pesakit hepatitis B 2.            Ketika dilahirkan oleh ibu pembawa penyakit hepatitis B 3.            Berkongsi jarum atau tercucuk jarum tanpa sengaja, yang digunakan oleh ... Read More »

Kehamilan Semula Selepas Pembedahan Caesarean

Kini di Malaysia ramai ibu yang telah melahirkan anak secara pembedahan Caesarean, sama ada dilakukan secara elektif atau kecemasan. Pembedahan Caserean secara elektif bermakna pembedahan yang dijalankan untuk mengeluarkan bayi dalam rahem pada tarikh yang dirancang, sementara pembedahan secara kecemasan ialah pembedahan yang dilakukan serta-merta kerana bayi dalam rahem atau ibu yang hamil berada dalam keadaan yang bahaya. Dalam kedua-dua pembedahan ini, banyak darah yang hilang semasa pembedahan. Dianggarkan seorang wanita yang menjalankan pembedahan Ceseran akan kehilangan antara 200ml hingga 1500 ml, bergantung kepada kesukaran ketika pembedahan. Jika ia dilakukan secara kecemasan, sudah tentu lebih banyak darah yang hilang berbanding dengan pembedahan Ceserean secara elektif. (rujuk: “Estimation of blood loss during Caesarean Section: an audit” Fauzia A. Khan, Mueenullah Khan, Asif Ali, Ursula Chohan; Department of Anaesthesia, Aga Khan University, ... Read More »

Jalur Samar di UPT: Adakah Saya Hamil?

Saya mendapati membeli alat pemeriksaan UPT di farmasi dan melakukan ujian sendiri di rumah memang mudah, tetapi ia boleh mendatangkan kekeliruan apabila jalur di kotak ujian mengeluarkan jalur yang agak samar. Keputusan ujian pemeriksaan UPT bagi pengesahan kehamilan seseorang wanita ada kalanya mengelirukan jika tidak diberikan konsultasi oleh doktor. Saya ada menulis satu artikel mengenai ujian pemeriksaan air kencing ini. Boleh baca di http://drzubaidi.com/blog/?p=1107. Pemeriksaan ujian UPT sebenarnya mengesan kehadiran hormone human chorionic gonadotropin (hCG) dalam air kencing seorang wanita yang dikeluarkan oleh uri (placenta) dalam rahem. Ujian UPT yang positif bermakna alat ujian UPT dapat mengesan hormon hCG di dalam air kencing dan wanita itu dikatakan telah hamil. Namun begitu tidak semua alat ujian UPT dapat mengesan hormon hCG pada kuantiti yang sama. Hanya alat ujian UPT yang sensitif ... Read More »

Mengapa Saya Rasa Seperti Hamil Tetapi Ujian UPT Negatif?

Saya menerima banyak pertanyaan melalui inbox di FB dari ramai wanita yang keliru mengenai perasaan mereka yang seperti sedang hamil. Ini kerana mereka tidak mengalami haid untuk beberapa minggu, tetapi apabila ujian air kencing UPT dilakukan, mereka mendapati ia negatif (mereka tidak hamil). Saya memahami perasaan mereka yang sangat berharap untuk hamil, namun belum lagi diberikan rezeki untuk hamil. Banyak berdoa dan teruskanlah usaha, semoga doa dimakbulkan Allah. Perasaan untuk hamil setelah mencuba beberapa tahun mencuba bukanlah perasaan yang boleh diabaikan. Ramai yang menyatakan kesedihan kepada saya apabila setelah lama berikhtiar, pada saat  darah haids tidak datang pada waktu yang sepatutnya, mereka amat mengharap agar mereka hamil. Apatah lagi mereka mula mengalami tanda-tanda kehamilan seperti loya, muntah dan pening. Saya selalu membaeritahu bahawa mengalami tanda-tanda kehamilan seperti loya, letih dan ... Read More »

Berurut Ketika Hamil

Berurut Ketika Hamil

  Rawatan urutan memberikan faedah kepada wanita hamil. Namun begitu ramai doktor yang agak berat memberikan galakan pada wanita hamil untuk berurut kerana rawatan ini bukan sahaja mendatangkan manfaat, tetapi juga boleh mendatangkan mudharat bergantung kepada cara dan latihan yang ada pada si pengurut. Tidak semua pengurut mahir dalam bidang yang mereka lakukan. Ada di antara mereka yang langsung tidak ada pengetahuan dan berlagak seolah-olah tahu. Ada pula yang mengurut hanya berdasarkan pengalaman dan cuba-cuba. Sudah tentu ini akan membahayakan ibu dan bayi dalam rahem. Urutan tidak digalakkan di awal kehamilan, iaitu apabila usia kehamilan kurang dari 12 minggu kerana ia boleh mendatangkan risiko keguguran. Lagi pun tidak banyak manfaat diperolehi untuk mereka berurut. Urutan yang baik dapat merehatkan otot dan melancarkan peredaran darah dan cairan limfatik. Apabila otot dan ... Read More »

Prenatal Vitamin Mana Yang Perlu Dibeli?

Ramai wanita hamil yang agak keliru tentang penggunaan multivatimin yang perlu diambil sepanjang kehamilan. Di pasaran terdapat pelbagai produk yang memberikan pelbagai pilihan kepada mereka. Saya sendiri tidak pernah mengesyorkan mana-mana jenama. Mereka boleh memilih apa saja jenama asalkan ia mengandungi vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan wanita hamil. Bekalan tambahan (suplemen) vitamin untuk wanita hamil dinamakan Prenatal Vitamin. Ia berlainan dengan mana-mana suplemen vitamin yang biasa untuk orang dewasa yang tidak hamil, kerana dosnya berbeza. Suplemen ini boleh didapati dari beberapa pil yang berlainan atau dalam satu set multivitamin yang diformulakan khas untuk wanita hamil. Pengambilan suplemen prenatal vitamin memang digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil, kelahiran pramatang dan kekurangan berat ketika bayi dilahirkan. Ia juga memberikan kekuatan dan membantu wanita hamil mendapat kesihatan yang baik sepanjang ... Read More »

Bolehkah Makan Buah Oren dan Jusnya Ketika Hamil?

Sekarang sedang musim persediaan untuk untuk menyambut Perayaan Tahun Baru Cina. Bagi tahun 2012, perayaan ini disambut pada bulan Januari. Ramai rakan, pesakit dan rakan-rakan perniagaan menghadiahkan saya buah limau mandarin. Ada memberikan dua-tiga biji dan ada yang memberikan satu kotak. Kalau ia tidak ada kena mengena dengan urusan kerja saya dan pemberian limau itu tidak mempengaruhi saya membuat keputusan ketika bekerja, saya terima dan makan sebiji dua. Kebanyakannya saya akan kongsikan dengan staf-staf di sini. Kalau saya mahu membawa balik limau mandarin ke rumah, saya akan singgah di pasaraya dan membeli sekotak besar untuk isteri dan anak-anak. Saya cuba menghindari unsur-unsur rasuah. Mengikut pengalaman saya, limau mandarin ini bagus kerana mempunyai banyak Vitamin C. Masalahnya jika terlalu banyak dimakan, ia boleh menyebabkan batuk kerana asid pada limau boleh menyebabkan ... Read More »

Kemurungan Semasa Hamil

Kehamilan  adalah rahmat bagi seorang wanita. Tiada siapa yang dapat menafikannya. Kehamilan merupakan berita yang ditunggu-tunggu oleh pasangan yang baru mendirikan rumahtangga atau yang telah lama menunggukan cahaya mata. Namun ada kalanya kehamilan menyebabkan satu bebanan perasaan (emosi) dan fizikal  pada wanita. Apatah lagi jika kehamilan itu tidak dirancang. Perasaan ini sering berlaku pada wanita  yang bekerja dan tinggal berjauhan dari suami dan ibubapa. Bayangkan seorang wanita masih mempunyai anak kecil, tinggal di bandar yang sibuk dan berjauhan dari suami. Setiap hari harus bangun awal pagi dan menghantar sendiri anak kecil ke nursery, sebelum pergi ke tempat kerja. Apabila petang terpaksa  mengambil anak pulang ke rumah. Jika anak sakit, terpaksa pula berjaga  malam, tentu ini akan memberikan tekanan perasaan (stress) kepadanya. Belum lagi mengambil kira bebanan di tempat kerja dan ... Read More »

Scoliosis Dan Kehamilan

Permasalahan tentang scoliosis semakin menjadi perhatian. Ada beberapa persoalan yang ditanyakan rakan-rakan saya di FB berkenaan dengan penyakit ini. Setakat ini saya ada menulis 2 artikel mengenainya. Pembaca boleh rujuk di http://drzubaidi.com/blog/?p=2302 dan http://drzubaidi.com/blog/?p=2358. Saya percaya tentu ramai pesakit scoliosis yang menderita secara senyap dan tidak tahu bagaimana hendak meredakan kekeliruan. Semoga penerangan saya ini dapat dijadikan panduan. “Doktor, saya ada membaca artikel penulisan doktor mengenai scoliosis. Kebetulan saya adalah salah seorang daripada pesakit ini. Saya telah berkahwin selama 3 tahun, tetapi belum ada rezeki lagi, saya belum dikurniakan anak. Saya ingin tahu adalah masalah scoliosis ini menyebabkan saya tidak dikurniakan zuriat?” Seperti yang saya tulis sebelum ini, scoliosis adalah kecacatan sejak kecil pada tulang belakang (spine) pesakit yang menyebabkan bengkokan tulang belakang berbentuk ‘S’ atau ‘C’ apabila pesakit mengalami ... Read More »

Bahayakah Demam Ketika Hamil?

Setiap ujian dan musibah yang Allah s.w.t. timpa kepada hamba-Nya yang sabar dan redha, akan diberi pahala yang besar. Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Darimi daripada Abdullah bin Amr, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak seorang pun daripada kaum Muslimin yang terkena musibah pada jasadnya, kecuali Allah memerintahkan malaikat penjaga yang menjaganya seraya berfirman, “Tulislah untuk hamba-Ku ini, setiap hari dan malam kebaikan seperti kebaikan yang biasanya dia lakukan ketika dia tidak terkekang dengan belenggu-Ku.” Saya amat tertarik dengan catatan  di atas. Indahnya agama ini kerana setiap ujian yang diberikan oleh-NYA tidak bermakna Allah membenci kita. Setiap mereka yang diuji dan bersabar dengan ujian itu akan diberikan kebaikan sama ada akan dirasakan di dunia atau di akhirat nanti. Baru-baru ini, seorang rakan FB menulis email bertanyakan kesan sampingan ... Read More »

Mempercepatkan Proses Kelahiran Melalui Induksi

Pengalaman saya bekerja di Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan di sebuah hospital awam di selatan tanah air, banyak membantu saya menjawab kekeliruan yang ditanyakan oleh rakan-rakan FB. Saya akui saya bukan pakar perbidanan, maka setiap yang saya tuliskan hanyalah sebagai satu panduan kepada pesakit dan bukanlah penyelesaian mutlak bagi setiap soalan yang diajukan. Walaubagaimanapun jawapan atau panduan yang saya berikan, bukanlah jawapan yang kosong kerana saya menyemak semula buku teks dan bertanyakan kepada sahabat-sahabat saya yang telah bergelar Doktor Pakar Perbidan dan Sakit Puan. Antara kekeliruan yang diajukan kepada saya ialah mengenai proses induksi semasa memulakan proses kelahiran. Sebelum ini juga ada pesakit yang menemui saya dan bertanyakan hal ini. “Doktor, hari ini sepatutnya saya melahirkan bayi. Tetapi saya masih tidak merasa apa-apa. Saya telah ke pusat bersalin di hospital. ... Read More »

Berdarah hidung ketika hamil

Wanita hamil lebih mudah mengalami pendarahan hidung berbanding wanita yang tidak hamil. Ketika hamil paras hormone wanita yang tinggi dalam tubuh akan menyebabkan saluran darah di hidung mengembang dan mudah pecah. Walaubagaimanapun, jangan risau kerana ianya tidak merbahaya. “Doktor, saya sedang hamil 16 minggu. Saya ingin bertanya, kenapa agaknya saya mudah mengalami pendarahan hidung? Adakah normal jika waktu pagi hidung saya berdarah? Darah yang keluar tidak berapa banyak, cuma terjadi jika saya menghembuskan  hinggus. Terima kasih kerana sudi menjawab soalan saya” Oleh itu saya selalunya memberikan saranan agar mereka menjalani pemeriksaan darah full blood picture. Ujian darah ini sangat mudah, malah di sesetengah pusat kesihatan, keputusan ujian darah ini  dapat diketahui dalam masa beberapa jam sahaja. Jika pendarahan berulang atau keputusan full blood picture ini tidak normal, selalunya saya akan ... Read More »

Bolehkah Saya Mengamalkan Duromine Ketika Hamil?

Menggunakan ubat-ubatan ketika hamil atau ketika menyusukan anak adalah tidak digalakkan. Tidak kiralah ubat-ubatan itu berbentuk herba, ubat-ubatan moden atau supplemen. Banyak risiko yang mungkin terjadi jika seorang hamil menggunakan ubat-ubatan itu terutama yang dibeli dari kedai-kedai ubat atau dari peniaga di kaki lima. Jika berlaku sebarang kemudharatan, siapakah yang akan bertanggungjawab? Isu ini telah saya bincangkan di blog http://drzubaidi.com/blog/?p=1482. Salam Doktor, saya ingin bertanya pada doktor, saya baru disahkan hamil selama 5 minggu. Apa yang membimbangkan ialah saya ada mengambil pil duromine 30mg selama 6 hari tanpa mengetahui saya hamil. Adakah duromine akan menjejaskan kandungan saya?  Wanita runsing. Jika seorang wanita hamil atau menyusukan anak perlu memakan ubat atas sebab-sebab kesihatan, ia haruslah dengan nasihat doctor. Saya sendiri seboleh-bolehnya cuba mengelakkan memberikan preskripsi ubat pada wanita hamil yang datang ... Read More »

Uri Bawah (Low Lying Placenta) atau Placenta Previa?

salam doctor, saya ingin bertanyakan masalah. Baru-baru ini saya menjalani pemeriksaan antenatal di pusat kesihatan awam. Doktor yang memeriksa saya telah melakukan pemeriksaan ultrasound dan memberitahu bahawa uri (placenta) saya berada di bahagian bawah rahem. Ini merunsingkan saya. Usia kehamilan saya sudah memasuki 24 minggu. Bolehkah uri saya bertukar posisi yang lebih selamat. Terima kasih. Wanita runsing, KL Sesetengah wanita yang hamil amat risau apabila diberitahu bahawa mereka mempunyai kedudukan ‘uri bawah’. Sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh doktor dengan ‘uri bawah’ ialah kedudukan uri yang berada di pertengahan bawah (lower half) rahem. Kedudukan uri di bahagian  bawah atau dikenali sebagai ‘low lying placenta’ adalah merupakan kedudukan placenta yang tidak berada di posisi pada kebiasaannya iaitu kebanyakan di bahagian atas tengah rahim. “Doktor, saya mengalami pendarahan sedikit untuk beberapa hari sepanjang ... Read More »

Penggunaan Prednisolone Ketika Hamil

Ramai yang merasa tidak selesa apabila mendengar perkataan “steroids”, kerana ia dikaitkan dengan pelbagai kesan sampingan untuk jangka panjang. Saya pernah melihat seorang wanita berumur 50an yang mengalami patah tulang punggung, hanya kerana jatuh dari kerusi yang diduduki. Apabila xray dilakukan, dia diagnosa mengalami fracture of neck of femur akibat masalah osteophorosis yang dipercayai berpunca daripada pengambilan ubat herba bagi mengurangkan sakit lutut. Ubat itu dipercayai dicampur dengan steroid bagi mendapat kelegaan cepat. Mengambil ubat tanpa kawalan dalam waktu yang lama menyebabkan beliau mengalami kereputan tulang. Namun begitu ubat yang dianggap merbahaya ini amat diperlukan bagi menyelamatkan sesetengah pesakit. Sebagai contoh, pesakit yang diserang bronchospasm akibat alahan, dapat diselamatkan dengan memberikan suntikan steroids. Begitu juga mangsa kemalangan jalanraya yang mengalami kecederaan urat saraf tunjang, jika tidak diberikan suntikan steroid, dia ... Read More »

Perlukah Buasir Ketika Hamil Dibedah?

Wanita yang hamil adalah wanita yang seharusnya sihat. Mereka bukan pesakit. Kehamilan adalah proses fisiologi yang sihat. Orang tidak pernah hamil dikatakan tidak mempunyai proses fisiologi yang normal. Namun orang yang hamil lebih mudah menderita pelbagai penyakit akibat kehamilannya. Antara penyakit yang mudah dialami oleh wanita yang hamil ialah buasir. Ia adalah penyakit yang boleh dielakkan jika dari awal, seseorang berhati-hati menjaga kesihatan dirinya. Namun apabila telah ditimpa penyakit, banyaklah bersabar dan berusahalah untuk mendapat rawatan yang sesuai. Saya mendapat email dari seorang wanita yang hamil dan mengalami penyakit buasir. “Assalammualaikum, saya berusia 27 tahun, sekarang hamil 25 minggu. pada 19.10.11 saya mengalami BUASIR dan ‘ketumbuhan’ itu masih boleh ditolak masuk dubur, tetapi ia keluar dengan sendirinya. Keesokan paginya (20.10.11) ia menjadi bengkak dan sakit sehingga tak boleh ditolak masuk ... Read More »

Asthma Ketika Hamil

“Doktor, tolonglah nasihat isteri saya. Dia tu penghidap penyakit asthma tapi tak mahu makan ubat. Dia takut apa-apa hal terjadi pada bayi dalam rahem. Sekarang ni tercungap-cungap” Saya meminta agar isterinya diberikan rawatan nebulizer dulu bagi mengurangkan rasa sukar bernafasnya. Kalau tidak dirawat segera, bukan saja anak dalam rahem akan terjejas, silap-silap nyawa ibu juga boleh melayang. Ramai yang memandang ringan serangan asthma. Saya pernah melihat ada pesakit asthma mati di hadapan mata, secara tiba-tiba dia mengalami kesukaran bernafas. Segala-galanya berlaku dengan pantas. Asthma adalah salah satu penyakit kronik yang boleh menyerang wanita hamil. Selalunya seorang pesakit sudah diketahui menghidap penyakit asthma sebelum hamil. Sesetengah wanita diuji oleh Allah diserang asthma dengan lebih kerap ketika hamil. Banyakkanlah bersabar. Makanlah ubat yang diberikan oleh doctor. Cuba bayangkan, jika ibu sedang menghadapi ... Read More »

Bahayakah Menggunakan Minyak Berangin Ketika Hamil?

“Assalamualaikum wbt… Doktor, saya ingin bertanya, adakah sebarang kesan sampingan jika menggunakan minyak angin pada perut ketika hamil? Saya kerap menyapu minyak angin pada perut kerana rasa tidak selesa. Saya sudah hamil 31 minggu. Harap doktor  boleh berikan  pandangan dan nasihat. Terima kasih.”   Wa alaikum mus salam.. Saya percaya apa yang puan maksudkan ‘ketidakselesaan perut’ bukanlah suatu kesakitan perut yang merbahaya. Mungkin ‘tidak selesa’ yang dimaksudkan puan ialah rasa kembung (distension abdomen) akibat perkembangan fizikal bayi yang semakin membesar di dalam rahem, lalu mengambil ruang yang terhad di dalam abdomen. Jika puan rasa sakit perut yang kuat, sama ada bersama darah keluar dari vagina atau tidak, puan haruslah berjumpa doktor dan tidak hanya menggunakan minyak berangin yang disapukan pada perut saja. Ubat-ubat yang dijual di farmasi tanpa preskripsi (over-the-counter medicine) untuk ... Read More »

Sakit Kepala ketika Hamil

“Doktor, bolehkah isteri saya yang hamil makan Panadol yang dijual di farmasi?” Saya berkerut dahi. Soalan ini seperti soalan perangkap. “Boleh, asalkan ikut dos yang ditetapkan.” “Bukan apa doc, isteri saya sudah telan 8 biji panadol pagi ini sebab sakit kepala yang kuat…” Ya Allah… Sahlah, soalan tadi adalah soalan perangkap. Kalau saya tidak jawab dengan sempurna, berkemungkinan isteri beliau akan terus menelan pil-pil itu sepanjang hari kerana saya yang ‘membenarkannya’. Bagi orang yang jarang-jarang menghadapi sakit kepala tentu memandang remeh terhadap pesakit yang mengadu sakit kepala. Sakit kepala kadang kala dianggap sebagai satu alasan untuk rehat dan mendapat MC. Sakit kepala ketika hamil adalah antara ujian terbesar dihadapi oleh mereka. Kebanyakan sakit kepala disebabkan oleh tekanan emosi. Ia biasanya berlaku di awal kehamilan. Ramai yang mengadu mengalami sakit kepala seperti ... Read More »

Selamatkah Menjalani Pemeriksaan Xray Ketika Hamil?

Diuji dengan musibah sakit ketika hamil adalah suatu keadaan yang merunsingkan. Apatah lagi jika doktor meminta ibu hamil menjalani pemeriksaan xray bagi mengesan masalah sebenar penyakitnya. Saya menerima e mail dari seorang pembaca blog saya. Assalamualaikum Dr. Dr. saya ada masalah untuk diberitahu. Saya telah didapati hamil 6 minggu oleh doktor. Masalahnya, saya telah menjalani pemeriksaan x-ray untuk lantikan sah jawatan kerajaan sebelum mendapat tahu saya hamil. Saya amat bimbang. Buat pengetahuan doktor, haid saya yang terakhir pada pada 30/8/2011-5/9/2011, dan sebelum membuat x-ray pada 19/9/2011di Jabatan Pesakit Luar, Hospital Awam, saya sudah buat ujian kehamilan dan resultnya negatif. Adakah bayi saya dalam rahem akan terjejas? Wanita yang kekeliruan.   Ramai yang bertanyakan hal yang sama, “Doktor, adakah xray selamat untuk bayi dalam rahem saya?” Masalahnya ramai doktor yang tidak ... Read More »

Menerima Suntikan Vaksin MMR Ketika Hamil

“Doktor, saya ingin bertanya. Saya baru saja disahkan hamil 12 minggu. Namun begitu,dua bulan lepas, saya telah menerima suntikan vaksin rubella/MMR tanpa mengetahui saya hamil. Saya membaca artikel dari blog doktor yang mengatakan wanita hamil yang dihidapi virus rubella boleh melahirkan anak yang cacat. Saya sedang risau dan bimbang sekarang doktor.” Saya bersimpati dengan masalah yang dihadapi. Ramai wanita yang baru berkahwin menyedari mereka belum lagi disuntik dengan vaksin rubella/MMR dan terus mendapatkan suntikan itu. Selepas disuntik mereka disahkan hamil pula. Setakat ini memang terdapat bukti yang menunjukkan terdapat risiko bagi bayi dalam rahem mengalami kecacatan fizikal apabila ibu mereka menghidap jangkitan virus rubella ketika hamil. Bayi yang dilahirkan boleh menghidap Congenital Rubella Syndrome, apabila dilahirkan. Malah ada bayi yang keguguran di awal kehamilan atau meninggal dunia dalam rahem. Oleh ... Read More »

Sakit di Tulang Ekor (Coccydynia) Selepas Melahirkan Anak

Seorang wanita bertanyakan tentang masalah yang dihadapi oleh beliau setelah melahirkan anak secara normal. Beliau mengalami sakit di hujung tulang belakang (tulang ekor) yang berlarutan beberapa minggu. Akibat daripada ketidakselesaan dan kesakitan ini, beliau tidak dapat melakukan kerja-kerja rumah dengan sempurna. Kehamilan dan melahirkan anak adalah proses fisiologi yang normal. Wanita yang hamil dan melahirkan anak bukanlah dianggap pesakit. Namun begitu proses yang normal ini adakalanya mendatangkan kemudharatan diri. Oleh itu banyak perkara yang perlu diambil perhatian dalam kedua-dua proses ini. Salah satu punca kesakitan pada tulang ekor (coccyx) ialah proses melahirkan anak. Kesakitan pada tulang ekor ini dinamakan coccydynia. Ia kerap berlaku pada kelahiran normal melalui faraj. Tulang ekor (coccyx) ialah sekumpulan tulang yang terakhir pada tulang belakang kita. Ia  mempunyai 5 tulang yang berbeza. Adakalanya tulang-tulang ini bercantum ... Read More »

Posisi Terbaik Semasa Tidur Bagi Wanita Hamil

“Doktor, boleh saya minta MC hari ini?” “Apa masalah puan, puan sakit ke?” tanya saya kepada seorang wanita yang sedang hamil. “Tidak. Saya tak cukup tidur semalam. Perut saya semakin membesar, saya tidak selesa untuk tidur. Saya pusing ke kanan dan ke kiri, tetapi masih tidak boleh melelapkan mata” Saya berfikir sejenak. Berat juga ujian wanita yang hamil. Seorang rakan FB bertanya, “Salam, doktor. Saya mahu bertanyakan sesuatu. Untuk ibu hamil, seeloknya posisi tidur bagaimana yang sesuai? Untuk pengetahuan doktor, apabila saya mengiring belah kanan saya mempunyai perasaan bimbang kalau-kalau kepala bayi berada di sebelah kanan dan terhempap pula. Saya diberitahu orang, tidur terlentang tidak sesuai untuk wanita hamil”. Ketika hamil, banyak perkara yang harus difikirkan. Bukan setakat keselesaan untuk tidur, tetapi juga keselamatan bayi dalam rahem. Ramai para ibu ... Read More »

Penambahan Berat Badan Ketika Hamil

Penambahan Berat Badan Ketika Hamil

Saya sangat risau apabila seorang wanita yang hamil, mahu mengekalkan berat badannya supaya sentiasa kelihatan cantik. Saya faham kehendak ini, namun semasa proses kehamilan, adalah mustahil bagi seorang wanita untuk mengekalkan berat badannya. Penambahan berat pasti berlaku. Jika tidak mencapai berat yang sesuai, doktor dan jururawat tentu akan cemas dan menasihati agar memakan lebih banyak makanan yang mengandungi kalori yang tinggi. “Doktor, saya hamil untuk kali pertama. Saya membuat pemeriksaan kehamilan di salah sebuah klinik awam di bandar tempat saya tinggal. Jururawat di situ memberitahu saya tidak mempunyai penambahan berat badan yang cukup. Apakah yang dimaksudkan oleh jururawat yang bertugas. Saya mahu bertanyakan beliau, tapi beliau kelihatan sibuk dan tidak mesra pesakit. Boleh doktor terangkan?” Penambahan berat badan adalah penting bagi membentuk fizikal bayi dalam rahem, penambahan saiz organ-organ ibu ... Read More »

Ovarian Cyst Ketika Hamil

Ovarian cysts berlaku kepada kira-kira 1 dalam 1,000 wanita hamil. Kebanyakan cyst ini tidak berbahaya (bukan kanser) dan didiagnosa oleh doktor secara tidak sengaja ketika melakukan pemeriksaan ultrasound untuk mengetahui perkembangan bayi dalam rahem. Oleh kerana organ kilang telur ovari terletak berhampiran dengan rahem, maka ia mudah dikesan. Saya selalu menasihati wanita hamil yang didiagnosa mempunyai ovarian cyst agar bertanya saiz dan jenis cyst yang mereka hadapi. Ini dapat diberitahu oleh doktor yang melakukan pemeriksaan ultrasound berkenaan. Baru-baru ini saya menerima pertanyaan dari rakan FB. Beliau runsing kerana telah didiagnosa ovarian cyst ketika hamil. “Salam doktor, saya telah didiagnosa mengalami ovarian cyst berukuran 3.2 x 2.8mm ketika melakukan pemeriksaan ultrasound untuk kehamilan saya. Menurut doktor yang memeriksa, jika saiz ovarian cyst semakin membesar kemungkinan saya akan dibedah. Ini merisaukan saya. ... Read More »

Masalah Pendengaran Ketika Hamil

Masalah Pendengaran Ketika Hamil

Hari raya telah berlangsung selama hampir seminggu, dan saya masih lagi menikmati cuti raya. Namun pertanyaan-pertanyaan yang diajukan di dalam email dan inbox, sangat menguja saya untuk berada di hadapan komputer. Seorang rakan FB, telah mengalami masalah pendengaran untuk beberapa tahun tetapi kehamilannya menyebabkan masalah pendengaran bertambah teruk sehingga beliau ditegur oleh rakan-rakannya akibat tidak mendengar dengan baik. Saya tidak dapat memberikan diagnosis kepada masalahnya kerana saya tidak memeriksa beliau, tetapi saya boleh memberikan nasihat dan panduan bagi beliau. Beliau telah pun berjumpa dan diperiksa oleh doktor pakar ENT, tetapi masih tertanya-tanya apa yang berlaku pada dirinya. Menurut satu artikel dalam sebuah jurnal yang pernah saya baca, masalah pendengaran di kalangan wanita hamil biasa berlaku, namun ia bersifat sementara. Masalah ini berlaku pada pertengahan atau akhir usia kehamilan. Ia lebih kepada ... Read More »

Perlukah Henti Penyusuan Anak Apabila Hamil Semula?

Perlukah Henti Penyusuan Anak Apabila Hamil Semula?

“Hamil lagi..??!!” “Ish abang ni. Macam tak percaya pulak. Yang buat saya mengandung adalah abang. Abang jangan buat-buat tak percaya pulak”. Saya nak tergelak mendengar perdebatan suami-isteri itu. “Doktor, macam mana ni, anak saya baru masuk umur satu tahun. Masih lagi menyusu badan.” keluh si isteri. “Maaf puan, saya tak buat pengguguran bayi. Saya takut dosa. Lagi pun perkara ini sepatutnya boleh dielakkan kalau puan dan suami merancang. Lainlah kalau kehamilan puan mengancam nyawa..” “Habis macam mana doctor?” “Teruskan saja kehamilan ini. Jika puan rasa berat untuk membesarkannya kerana tekanan ekonomi, saya boleh bantu dengan mencari ibu bapa angkat untuk anak puan nanti” “Tapi saya masih menyusukan anak…” dia membantah. “Tidak ada masalah. Sepanjang pengetahuan saya kehamilan puan yang lepas adalah normal. Insya Allah puan boleh meneruskan penyusuan dan kehamilan ... Read More »

Hamil Walaupun Menggunakan IUCD

Hamil Walaupun Menggunakan IUCD

“Tahniah, melalui ujian air kencing, kami mendapati puan hamil. Boleh saya tahu bila tarikh haid puan?” “Haa.. Saya hamil? Tak mungkin sebab saya guna alat perancang. Macam mana saya boleh hamil. Saya tak mahu bayi ini!!” Terkedu saya mendengar jawapan wanita ini. Apakah ujian air kencing yang dibuat telah memberikan keputusan yang silap? “Kalau macam itu, apa kata kita lakukan pemeriksaan ultrasound untuk kepastian..” saya sudah hilang kekuatan untuk berfikir. Nasib baik alat IUCD bukan dimasukkan oleh saya. Saya memang tidak berminat untuk memasukkannya walaupun memasukkan alat IUCD adalah mudah dan dapat dilakukan oleh mana-mana doktor. “Bagaimana doktor, betulkah saya hamil?” Tanya wanita sebaik saja saya meletakkan probe ke atas abdomennya. Saya menarik nafas panjang. Di dalam abdomen tidak nampak pun sarung janin, hanya imej IUCD masih berada di dalam rahem. Sementara ... Read More »

Kekurangan Gula (Hypoglycemia) Ketika Hamil

“Doktor, saya nak tanya. Maaflah kerana terpaksa menelefon. Isteri saya tidak tahan untuk meneruskan puasa. Bolehkah beliau berbuka?” Macamlah saya seorang ustaz pula. Tetapi  terdetik juga dalam hati, apa sebenarnya yang berlaku sehingga isteri beliau mahu meninggalkan puasa. “Isteri saya sedang hamil 8 minggu. Dia kata badannya letih, menggigil dan lemah. Saya pun hairan sebab dia bersahur pagi tadi dengan saya” “Kalau begitu, bolehlah berbuka. Jangan tunggu sampai pengsan pula” jawab saya ringkas. Saya percaya isteri beliau sedang mengalami hypoglycemia. “Tahun lepas pun dia berpuasa, tapi dia tidak pernah mengalami rasa lemah, menggigil dan lemah badan walaupun badannya agak kurus. Sekarang, dia mengalami masalah ini. Adakah ini disebabkan kehamilannya?” “Sudah pasti. Mungkin isteri awak jenis yang kurang makan, sebab itu badannya kurus. Apabila kurang makan dan semua nutrient dikongsikan dengan ... Read More »

Bahaya Dehidrasi Ketika Hamil

Bahaya Dehidrasi Ketika Hamil

“Teruk betul isteri saya hamil kali ini. Asyik muntah saja sampai badannya lemah…” Saya tersenyum kerana rakan saya ini bercerita dengan bersungguh-sungguh. “Habis tu siapa yang masak di rumah?” saya menduga beliau. “Makan kat kedailah doktor. Dia bukan saja lemah badan dan tak terdaya hendak masak, bau makanan dia pun tak boleh nak hidu..” “Sekarang ini dia di mana?” “Kat rumah. Sudah 3 hari terbaring di atas katil..” “Kalau sudah terbaring  3 hari, itu sudah tanda bahaya. Kena bawakan ke hospital. Jangan dibiarkan tanpa rawatan. Berbahaya pada ibu dan anak dalam rahem” Terbeliak mata dia mendengar penjelasan saya. Tidak sempat menjawab salam yang diberikannya, kelibatnya telah hilang, memandu kereta pulang ke rumah. Dalam istilah perubatan, ‘dehidrasi ditakrifkan sebagai kekurangan air yang banyak dari tubuh’. Ia bukan masalah ringan. Dehidrasi yang ... Read More »

Adakah Pil Perancang Boleh Menyebabkan Kecacatan Bayi?

Saya baru sahaja selesai melakukan pemeriksaan ultrasound bagi seorang wanita untuk menentukan umur bayi dalam rahemnya. Selesai menuliskan preskripsi, saya membuka email. “Salam doktor, saya ada masalah besar. Baru-baru ini saya mengamal semula pil perancang kehamilan, tanpa menyedari bahawa saya sudah hamil. Apa yang harus saya lakukan? Adakah bayi ini akan mengalami kecacatan?” “Wa’alaikumussalam. Puan harus menghentikan segera pil pencegahan kehamilan itu. Namun jangan bimbang. Pil perancang kehamilan itu tidak memberi kesan kepada bayi puan, Insya Allah” Saya simpati dengan kegelisahan beliau. Sesiapa jua akan risau tentang kecacatan yang mungkin dialami oleh bayi yang di dalam rahem. Bagaimana mahu memastikan sama ada pil perancang kehamilan mempunyai kesan negatif kepada bayi? Baru-baru ini ‘The American Congress of Obstetrican and Gynaecologist’ telah mengeluarkan kenyataan bahawa ‘pil pencegah kehamilan yang diambil pada awal ... Read More »

Adakah Selamat Bagi Wanita Hamil Untuk Berpuasa

Adakah Selamat Bagi Wanita Hamil Untuk Berpuasa

Sepanjang bulan Ramadan, ramai di kalangan kita yang bersungguh-sungguh mengejar barakah yang berada di dalamnya dengan mengerjakan amalan berpuasa dengan sempurna. Bagi lelaki dan wanita yang tidak hamil, tentunya ia tidak menjadi masalah. Bagaimana pula dengan wanita hamil? Pakar perubatan sendiri tidak menggalakkan mereka berpuasa terutama pada 3 bulan yang pertama. Ini kerana kehamilan di peringkat awal selalunya memberikan komplikasi yang tidak menyenangkan bagi wanita hamil di samping di saat ini bayi memerlukan nutrien yang secukupnya. Namun begitu ramai wanita hamil yang tidak mahu mensia-siakan keberkatan dan peluang untuk beramal di bulan ini. Kebanyakan ulama juga tidak menggalakkan wanita hamil berpuasa jika ia memudharatkan bayi atau diri wanita yang hamil itu sendiri. Beberapa pakar perubatan juga memberikan pendapat yang berbeza sama ada setiap wanita hamil boleh meneruskan ibadah puasa atau ... Read More »

Adakah Pengambilan EPO Selamat Ketika Hamil?

“Doktor, benarkah EPO boleh memberikan manfaat kepada wanita hamil?” “Tak merbahaya ker?” tanya seorang wanita yang hamil 13 minggu dalam inbox fb saya. Ini adalah soalan yang amat sukar dijawab. Saya bertanyakan tentang manfaat evening primrose oil (EPO) kepada beberapa orang rakan yang menjadi pakar perbidanan dan mereka hanya mengangkat bahu dan tidak mahu memberikan komen. Kebanyakan pakar perbidanan mengambil jalan tengah. Oleh kerana tiada bukti yang menyokong bahawa EPO selamat digunakan ketika hamil, maka ada baiknya jika tidak mengambil EPO ketika hamil. Walaupun belum ada bukti bahawa EPO memberikan kemudharatan pada ibu dan bayi, kita juga tidak tahu kesan sampingannya dengan pasti. Ini kerana belum ada kajian yang sahih sama ada EPO selamat diambil oleh wanita hamil. Dalam pada masa yang sama belum ada lagi laporan yang menunjukkan EPO ... Read More »

Faedah Asid Folik kepada Kesuburan dan Kehamilan

Faedah Asid Folik kepada Kesuburan dan Kehamilan

Ramai yang bertanya mengenai satu produk kesuburan yang hangat di pasaran. Produk ajaib itu ibarat cahaya yang memberikan sinar kepada pasangan-pasangan yang mengalami masalah kesuburan dan telah berkahwin bertahun-tahun lamanya. Dengan mengamalkan beberapa kotak produk kesuburan itu, banyak testimonial yang mengatakan ramai telah pun hamil dan menjadi ibu dan bapa pada anak masing-masing. Namun testimonial yang tidak diberitahu adalah rungutan pasangan yang telah mencuba beberapa kali produk kesuburan itu namun masih berada di jalan yang tidak berpenghujung. Nasihat yang saya boleh berikan ialah masalah kesuburan bukanlah masalah seperti demam dan batuk, yang hanya boleh dibelikan ubat di farmasi dan mencubanya. Banyak sebab bagi masalah kesuburan ini. Oleh itu, jika masalah kesuburan tidak serius, tentunya mengambil beberapa jenis vitamin juga mampu menyelesaikan masalah ini, dengan izin Allah. Jadi saya tidak dapat ... Read More »

Ubat ‘Sakit Gastrik’ untuk Wanita Hamil

Ubat ‘Sakit Gastrik’ untuk Wanita Hamil

“Doktor, saya tak tahan dengan pedih perut dan rasa mahu muntah.. Teruk sangat pembawakan budak kali ini. Ada tak, ubat untuk hilangkan rasa pedih perut, loya dan muntah? ” “Untuk hilangkan rasa loya dan muntah memang tidak ada, tapi kalau untuk kurangkan rasa loya dan muntah, saya boleh berikan ubatnya. Selagi berada di peringkat awal kehamilan, selagi itulah akan rasa loya dan muntah” (Pening kepala dan tidak faham dengan dialog di atas? Cubalah bezakan perkataan “hilangkan” dan “kurangkan”.) Rasa loya dan muntah disebabkan oleh peningkatan hormon hCG yang dikeluarkan oleh uri (placenta). Keadaan ini biasanya akan berlaku pada usia kehamilan di antara 5 hingga 18 minggu. Kebanyakan wanita akan mengalaminya, cuma tahap rasa loya dan muntah itu berlainan pada setiap individu. Inilah ujian yang ditempuhi oleh wanita yang hamil. Sudah tentu ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!