Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Kehamilan (page 5)

Category Archives: Kehamilan

Perlukah rawatan D&C selepas Keguguran?

  “Salam, doctor. Baru-baru ini saya mengalami keguguran. Saya telah menjalani rawatan “cuci rahem”. Setengah doctor berpendapat ia tidak perlu kerana menyebabkan luka dalam rahem. Jadi apakah rawatan yang sebenarnya harus saya terima selepas keguguran? Bolehkah saya hamil semula selepas ini? Terima kasih.”   Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah puan. Saya doakan agar ALLAH permudahkan usaha puan untuk hamil semula.   Apabila puan keguguran, melalui ujian UPT yang negatif dan doctor akan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi melihat sama ada janin yang telah meninggal dunia itu masih berada dalam rahem, atau rahem puan telah kosong.   Jika rahem puan telah kosong doctor tidak perlu mengosongkan rahem puan dengan melakukan prosedur ERPC (Evacuation of Products of Conception) atau D&C (Dilation & Curettage).   Jika ... Read More »

Sakit lutut dan suntikan Orthovisc ketika hamil

  “Salam doc, sy berumur 33 thn dah mengalami arthritis. pd 14 june 2013 lalu sy ada telah disuntik dgn orthovisc injection ke atas lutut kiri saya. Sy sekarang merancang utk mengandung anak ketiga. sekiranya sy merancang utk mengandung atau sy disahkan mengandung, adakah othovisc injection itu selamat? utk pengetahuan doctor, next appointment sy utk orthovisc injection adalah 25 june 2013 dan saya telah lewat period selama 3 hari”   Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam.   Sebagai pengetahuan umum, Orthovisc adalah sejenis cairan sintetik yang sama seperti cairan sendi (synovial fluid). Ia dibuat daripada bahan hyaluronic acid.   Cairan sendi adalah cairan yang penting dalam sendi terutamanya sendi lutu kerana ia berperanan sebagai pelincir, memudahkan pergerakan tulang peha (femur) dan tulang kaki (tibia dan fibula). Ia juga ... Read More »

Bahayakah Amalgam sebagai Penampalan Gigi ?

  “Betulkah doctor, amalgam penampal gigi membuatkan kita mengalami masalah mental” .. Seorang pelajar perubatan tahun akhir bertanya kepada saya melalui ruang chatting di FB. Saya belum pernah terfikir hal itu. Saya percaya jika ia mendatangkan kemudaratan yang serius, tentu KKM tidak membenarkannya. “Mana dapat maklumat ini?” “Saya baca dari penulisan yang dikongsikan di FB” Cepat saya balasannya. “Nasihat saya, jika kita mahu menjadi seorang doctor yang bijak dan matang, jangan terus percaya dengan apa saja yang dikongsikan di fb. Buat kajian sendiri di mana-mana journal perubatan. Sekarang ini mudah mendapatkannya secara online..”       Penggunaan amalgam sebagai bahan penampal gigi selalu disangsikan oleh masyarakat kerana ia mengandungi bahan metal mercury yang diketahui sangat bahaya terhadap kesihatan tubuh.   Amalgam digunakan kerana harganya yang murah, mudah digunakan, kuat dan tahan ... Read More »

Mengambil antibiotics ketika hamil

    Saya selalu memberikan nasihat agar berhati-hati terhadap penggunaan antibiotic di kalangan bayi dan kanak-kanak. Tetapi bagaimana pula dengan wanita yang hamil? Adakah ia selamat digunakan oleh ibu yang hamil dan bayi dalam rahem?   Antibiotik selalu diberikan kepada wanita hamil yang mengalami jangkitan kuman. Ia tidak diberikan kepada jangkitan virus atau jangkitan fungal. Oleh itu penggunaan antibiotic yang berhati-hati tidak memudaratkan ibu yang hamil dan bayi dalam rahem.   Adakah wanita hamil yang dijangkiti meninggalkan penggunaan antibiotic adalah langkah yang bijak?   Seorang wanita sedang sakit dan memerlukan antibiotic untuk sembuh, perlu mengambil rawatan antibiotic. Tidak semua rawatan antibiotic merbahaya, ia bergantung kepada jenis ubat  antibiotic itu, berapa jumlah dos yang diambil dan berapa usia kehamilan ketika ia diambil. Jika manfaat lebih banyak dari kemudaratan, maka mengambil antibiotic ... Read More »

Risiko Fibroid ketika hamil

  Fibroid merupakan ketumbuhan yang tidak merbahaya yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku di dalam rahim.   Ketumbuhan fibroid berlaku pada seorang daripada setiap lima orang wanita di bawah umur 50 tahun. Sebanyak 20 %  wanita dalam lingkungan usia reproduktif, iaitu 30 hingga 40 tahun menghidap fibroid. Pada usia melebihi 35 tahun, kejadian fibroid berlaku secara lebih kerap, iaitu menjangkau sebanyak 40 %.   Mereka yang berisiko untuk menghidap fibroid ialah: wanita pada usia subur (30 hingga 40 tahun), wanita yang over weight atau obese wanita yang mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami fibroid wanita yang tidak pernah melahirkan anak   Fibroid boleh juga berlaku di kalangan wanita yang hamil. Pembesaran fibroid bergantung pada aras hormon estrogen di dalam badan. Kebanyakan fibroid tidak akan membesar ketika hamil. Sebahagian kecil pula ... Read More »

Kebocoran Air Tuban

Salam doktor.  Saya hamil 15 minggu. Dua minggu lepas saya mengalami pendarahan yang serius. Alhamdullillah sekarang sudah tiada pendarahan. Sekarang ini, saya risau dengan mengenai air yang keluar melalui faraj saya dan sering membasahi ‘panty liner’ saya. Kuantitinya sedikit sedikit. Doktor membuat pemeriksaan dan confirm air ketuban saya bocor. Persoalan saya adakah bayi saya akan selamat? Mohon jawapan dan pendapat daripada doktor.   Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah yang dihadapi. Kehamilan puan telah diuji dua kali, pertama dengan pendarahan di awal kehamilan, dan sekarang kebocoran air tuban.   Kebocoran air tuban boleh berlaku apabila terdapat koyakan kecil pada selaput ketuban (amniotic membrane), mungkin bersaiz kepala jarum saja. Apabila seorang wanita hamil itu bergerak atau melakukan aktiviti yang lasak, kebocoran air tuban akan menjadi lebih besar.   Namun jika kepala ... Read More »

Bacaan hormon hCG ketika hamil

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ada sikit pertanyaan..saya ada endometrosis stage 4 dan saya sedang buat treatment ivf utk kali 4. Semlm merupakan hari ke 10 ivf..saya ambil hgc..resultnya 11.3. Saya diminta utk ambil sekali hgc pd hari isnin. Soalan saya apakah bacaan yg sepatutnya utk mengesahkan sesorg itu hamil bagi kami yg buat ivf. Harap doc sudi menjawab. Trima kasih.   Perkataan hCG adalah singkatan bagi “Human Chorionic Gonadotropin” dan merupakan hormone yang menandakan seorang wanita itu hamil.   Ia dikeluarkan oleh placenta (uri) setelah seminggu setelah janin ditanam ke dalam lapisan endometrium setelah seminggu berlaku proses persenyawaan.   Tahap hormone hCG akan terus meningkat sehingga minggu ke 10-12 di mana hormone ini tidak dikeluarkan lagi dan semakin tahap hormone ini semakin merosot.   Ia adalah salah satu cara untuk ... Read More »

Lapisan Endometrium dalam Rahem Menebal

    As salam mu alaikum doktor, saya baru melakukan proses D&C yang pertama pada 19/1/13 ketika usia kandungan 10 minggu. Namun begitu setelah 2 minggu darah masih keluar dan doctor telah melakukan D&C untuk kali ke 2 kerana doktor beritahu ada darah beku tidak keluar. Seminggu selepas itu saya datang untuk melakukan pemeriksaan ultrasound tapi doktor memberitahu bahawa rahem saya masih tebal. Apakah risiko yang akan saya hadapi dan bagaimana cara utk pulihkan rahim?     Wa alaikum mus salam..   Saya tertanya-tanya berapa ketebalan lapisan endometrium dalam rahem yang puan maksudkan.   Ini kerana ketebalan lapisan endometrium dalam rahem yang normal setebal 6.7 millimeter. Selepas darah haid berhenti, proses penebalan berlaku secara perlaha-lahan dan mencapai ketebalan maksima semasa ovulasi.  Ketika ini lapisan endometrium akan menjadi tebal, bagi tujuan ... Read More »

Keguguran dan Kitaran Haid Tidak Teratur

    As salam mu alaikum doctor, saya berumur 28 tahun, berat 45kg,tinggi 150cm. Saya baru lepas keguguran pada bulan December 2012. Bila discan jantung bayi tidak dapat dikesan, dan tidak membesar. Doktor beritahu bayi saya telah meninggal dunia dalam rahem. Ketika itu usia kehamilan baru 13 mnggu dan saya dinasihatkan supaya melakukan prosedur D&C. saya keliru mengapa boleh terjadi sebegitu.   Sekarang saya ingin merancang kehamilan semula, tetapi saya tidak pasti kitaran haid saya selepas keguguran. Bagaimana mahu tahu hari subur saya. Terima kasih.     Dr Zubaidi Hj Ahmad:   WA ALAIKUM MUS SALAM..   Saya telah membaca email puan dan bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Saya berdoa agar  ALLAH memudahkan usaha puan untuk mendapat zuriat seperti yang puan harapkan.   Banyak punca yang menyebabkan keguguran di ... Read More »

Peluang hamil selepas Tubectomy

    “Assalammualaikum doctor, 6 tahun yang lalu saya telah melahirkan 3 cahaya mata hasil perkongsian saya bersama dengan bekas suami melalui pembedahan cesaerean, iaitu pada tahun 2004, 2005 dan 2006. Selepas itu doktor telah mengikat tali rahim (saluran fallopian) saya supaya tidak hamil lagi. Apakah saya mempunyai harapan untuk hamil semula? Ini kerana umur saya masih muda dalam lingkungan 30. Saya berhasrat untuk hamil dua orang cahaya mata lagi untuk bakal suami baru saya, biarpun saya tahu risikonya tinggi. Terima kasih.”   http://drzubaidi.com/blog/?p=597   Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam. Saya telah membaca email puan dan bersimpati dengan masalah yang puan hadapi.   Satu perkara yang agak saya tidak bersetuju dengan doctor yang merawat puan ialah beliau mengikat saluran fallopian (tubectomy) pada wanita yang masih muda seperti ... Read More »

BENGKAKAN PAYUDARA KETIKA HAMIL

(mengandungi gambar yang agak menjolok mata)   “Assalam mu alaikum doktor. Saya mempunyai masalah ketulan di sebelah kiri paydara saya.Untuk pengetahuan doctor saya menyusukan bayi saya sepenuhnya. Pada mulanya saya ingat bengkak susu tetapi seminggu kemudian masih ada ketulan tu. Saya telah pergi ke klinik swasta dan diberi surat untuk dirujukkan ke doctor pakar. Saya telah pergi mendapat tarikh temujanji di hospital kerajaan pada 14hb Feb nanti nanti. Saya sangat risau dan tidak tahu apa harus saya lakukan. Saya mohon pendapat doctor. Jasa baik doctor amatlah dihargai. Terima kasih”   Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Saya berdoa agar puan diberikan ketabahan menghadapi ujian ALLAH dan dipermudahkan untuk mendapatkan rawatan.   Bagi wanita yang menyusukan anak, masalah yang biasa berlaku ialah disebabkan oleh saluran susu ... Read More »

Kacip Fatimah Tidak Sesuai untuk Wanita Hamil dan Menyusukan Anak?

Saya mendapat pertanyaan, adakah ekstrak Kacip Fatimah boleh digunakan untuk wanita hamil dan menyusukan anak? Ini kerana terdapat  isu yang ditanyakan oleh seorang wanita yang keliru dengan artikel yang terdapat dalam sebuah blog, yang mengatakan bahawa Kacip Fatimah memberikan ‘cleansing effect’ dan tidak sesuai untuk wanita hamil dan menusukan anak. Mengikut kata penulis blog itu, “Bagaimana pun perlu diketahui juga bahawa salah satu fungsi utama kacip fatimah iaitu cleansing effect ini menyebabkan ianya tidak sesuai digunakan oleh wanita mengandung dan wanita yang menyusukan anak. Ini kerana disebabkan oleh kesan cleansing effect melalui penggunaan kacip fatimah, ia menjadi agent penyahtoksikan atau detoxifying agent yang sangat berkesan” Sebenarnya “detoxification”bermakna  mengeluarkan bahan bahaya (toxic) dalam tubuh, jika dibiarkan berkumpul dalam akan menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan. (Detoxification is an alternative medicine ... Read More »

Diabetes ketika hamil

SAYA berusia 36 tahun dan kini sedang mengandung anak ketiga dengan usia kandungan sudah tujuh bulan. Masalahnya, saya kini berasa sakit dan pedih di sekitar kemaluan dan kedua-dua belah paha apabila berjalan, berdiri terlalu lama dan apabila bangun jika duduk dalam tempoh yang lama. Perlukah saya berurut untuk mengurangkan kesakitan itu? Selain itu, saya baru mengambil ujian glukosa darah yang disebut OGTT oleh doktor pada minggu lepas dan keputusannya adalah 9.0 mmol/L (berpuasa) dan 11 mmol/L selepas dua jam minum glukosa. Adakah keadaan ini akan berterusan sehingga saya bersalin dan apakah keburukannya pada bayi saya? * Mas, Subang, Selangor. Jawapan: Terima kasih Puan Mas. Soalan yang ditanya agak biasa dialami oleh wanita yang sedang hamil. Elok sangatlah soalan ini dikongsi bersama. Kesakitan yang dialami boleh merupakan masalah biasa sewaktu kehamilan akibat ... Read More »

Kehamilan Blighted Ovum..

Saya sangat simpati dengan kesedihan yang menimpa para wanita yang keguguran di awal kehamilan. Namun percayalah bahawa ini adalah ujian dari ALLAH untuk menguji kekuatan iman kita dan saya percaya ALLAH mahu berikan yang terbaik untuk kita.   Maka eloklah kita jangan terlalu bersedih, malah berdoa agar ALLAH menggantikan kehilangan kita itu dengan sesuatu yang lebih baik.   Kebanyakan punca keguguran di awal kehamilan disebabkan oleh keadaan yang dinamakan ‘blighted ovum’. Ia  berlaku apabila ovum yang disenyawakan dengan sperma, membentuk embryo,yang kemudiannya melekat pada dinding rahem, tetapi gagal berkembang menjadi janin.   Embryo ini atau lebih sesuai dipanggil ‘tisu’ ini hanya membentuk kantung kehamilan (gestational sac), uri dan cecair ketuban dan kantung itu, tetapi tidak berjaya membentuk janin yang sebenar.   ‘Blighted ovum’ selalunya berlaku pada usia awal kehamilan, apabila ... Read More »

‘Hanya nampak kantung’ saja…

“HANYA NAMPAK KANTUNG SAJA…”     “Salam doctor. Mengikut perkiraan saya, last period saya adalah pada 19.09.2012. Pada 04.11.2012 saya melakukan pemeriksaan ultrasound dan didapati saya hamil 8 minggu lebih. Doktor memberitahu bahawa ‘hanya nampak kantung saja’, tetapi janin masih belum nampak. Kemudian saya lakukan semula pemeriksaan sama pada 14.11.2012 dan menunjukkan saya hamil 5 minggu lebih dan doctor masih mengatakan bahawa ‘hanya nampak kantung sahaja’. Pada 20.112012 saya mendaftar kehamilan di klinik kerajaan dan doktor juga membuat scan. Doktor mengatakan usia kehamilan saya 6 minggu lebih  dan jawapan yang doktor berikan adalah sama, iaitu ‘hanya nampak kantung saja’ seperti doktor lain sebelum ini. Dr kerajaan meminta saya datang lagi untuk pemeriksaan scan pada 07.12.2012. Persoalan saya ialah mengapa ianya terjadi? Adakah saya masih di kira hamil walaupun hanya kantung ... Read More »

Kehamilan anggur

Assalamu alaikum, doktor. Saya telah berkahwin pada akhir tahun lepas. Pada awal tahun Januari 2012, isteri saya disahkan hamil tetapi isteri saya perlu membuat prosedur D&C kerana pakar sakit puan berkenaan memberitahu isteri saya hamil tetapi janin dalam rahem telah hancur. Keputusan makmal mengesahkan bahawa isteri saya telah mengalami ‘kehamilan anggur’. Apakah faktor-faktor perkara ini terjadi doktor? Terima kasih.       Wa alaikum mus salam. Saya sangat bersimpati dengan takdir yang menimpa sudara dan isteri. Ini semua ujian ALLAH bagi menguji keimanan kita dan bagi mereka yang bersabar akan dibalas dengan kebaikan di akhirat sana. Saya juga  mengucapkan tahniah atas kesabaran yang saudara dan isteri tunjukkan.     Kehamilan anggur atau juga dikenali sebagai ‘molar pregnancy’ atau disebut dalam dunia perubatan sebagai  ‘gestational trophoblastic disease’ berlaku ketika dalam proses ... Read More »

Dusphaton dan Keguguran

  “As salamu alaikum doktor. Saya baru keguguran 19 hari lepas Saya ingin bertanya adakah pil dupasthon boleh menyebabkan keguguran. Untuk makluman doktor, ketika kehamilan saya berusia 5 minggu, saya disahkan dan dirawat sebagai ”threatened abortion” dan semasa hamil kali ke dua, saya masih menyusukan anak pertama. Adakah rahim saya tidak kuat ? Mohon penjelasan doktor. Terima kasih.”     Wa alaikum mus salam. Saya mengucapkan simpati terhadap takdir yang dialami oleh puan, dan saya berdoa agar ALLAH memberikan yang terbaik untuk puan.     Saya ada menulis mengenai keguguran ini dan mengharapkan puan dapat membacanya di http://drzubaidi.com/blog/?p=1083.       Sebenarnya banyak punca keguguran di awal kehamilan dan selalunya disebabkan oleh janin yang dikandung itu sendiri ’tidak berapa kuat’ secara genetiknya.     Ini bermakna jika janin itu membesar ... Read More »

Ubat penahan sakit dan keguguran

“Doktor saya sering mengalami sakit kepala dan telah didiagnosakan oleh doctor sebagai migraine. Kadang kala saya tidak tahan menanggung sakit kepala saya, seolah-olah ada batu berat yang berada pada kepala saya. Adakalanya saya rasa mahu menghantukkan kepala saya bagi mendapatkan kelegaan. Sakit kepala sangat mengganggu kerja saya sehingga saya terpaksa MC beberapa hari dalam sebulan. Nasib baik saya menjalankan perniagaan sendiri. Doktor yang merawat saya telah memberikan ubat penahan sakit bagi meredakan sakit kepala saya. Ia sangat mujarab. Setiap kali saya sakit, saya akan cepat-cepat menelan ubat itu. Jika tidak saya akan menaggung sakit kepala sepanjang hari. Baru-baru ini seorang rakan memberitahu saya bahawa ubat penahan sakit ini boleh menyebabkan keguguran pada wanita yang hamil. Masalahnya saya baru berkahwin dan sedang hamil 10 minggu. Berita ini amat merisaukan saya. Adakah ... Read More »

Mengapa Haids Tidak Menentu selepas Melahirkan atau Keguguran?

As salam mu alaikum doctor, pada tahun lepas saya lewat kedatangan haids selama sebulan lebih dan apabila saya buat UPT, result negatif. Pada masa yang sama mengalami rasa rasa sakit seperti senggugut dan tidak lama kemudian darah keluar secara sedikit-sedikit, sehingga saya disahkan mengalami keguguran. Selepas itu haids saya kembali teratur tetapi baru-baru ini ia menjadi tidak teratur.  Saya mula haids pada 4/8/2012 hingga 16/09/2012 (selama 44 hari) dan kemudian pada 17/09/2012 sehingga 20/10/2012 saya masih belum haids. Saya telah melakukan ujian UPT tetapi negative.  Adakah saya hamil? Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan berharap puan dapat bersabar dengan ujian yang ALLAH berikan. Jangan berputus asa mencari kesembuhan kerana ia sebahagian dari tawakal. Kitaran haids akan berhenti apabila sesorang wanita mula hamil. Selepas melahirkan anak atau mengalami ... Read More »

Dos Vitamin C yang dibenarkan?

Ramai yang keliru dengan dos vagi vitamin C yang selamat diambil setiap hari. Jika kita melihat  label pada botol suplemen Vitamin C yang dijual di farmasi, kita kadang kala juga menjadi keliru Ada yang melabelkan sebagai 200mg, da nada yang mencecah 500mg bagi setiap tablet pil. Malah ada yang mencecah 1000 mg. Saya tidak menafikan masih terdapat perdebatan di kalangan ahli sains mengenai dos yang dibenarkan untuk mendapat manfaat yang terbaik bagi mengekalkan kesihatan manusia. “Linus Pauling Vindicated; Researchers Claim RDA For vitamin C is Flawed” (Press release). Knowledge of Health. July 6, 2004. Walau bagaimana pun, mengikut North American Dietary Reference Intake, dos yang dicadangkan yang ialah 100 milligram sehari dan tidak melebihi 2 grams (2,000 milligrams) sehari bagi orang dewasa yang sihat. Bagi manusia yang sihat, pemakanan yang ... Read More »

Bahaya ubat Epilim (sodium valproate) ketika hamil

  Assalamualaikum doktor, maaf mengganggu. Sekarang saya sedang hamil anak pertama 5 minggu. Saya didiagnosakan sebagai pseudoseizure dan diberikan ubat Epilim 200 pada usia 13 selepas kemalangan jalanraya. Apabila memasuki university saya tidak pernah mendapat serangan epilepsy dan doktor telah mula kurangkan dosnya. Sekarang saya tidak lagi menggunakan pil itu. Saya ingin bertanya jika saya masih berisiko untuk mengalami komplikasi ubat itu ketika hamil.   Wa alaikum mus salam. Saya berdoa agar ALLAH permudahkan usaha puan untuk hamil.   Untuk pengetahuan puan, ubat Epilium yang diberikan doktor mengandungi bahan aktif sodium valproate, yang digunakan untuk merawat epilepsy (sawan).   Dalam otak kita terdapat jutaan saraf-saraf yang berhubungan antara satu sama lain dengan memancarkan signal elektrik (impulse).   Apabila terdapat  impulse yang dikeluarkan secara tidak normal dan berulang-ulang dalam otak, maka ... Read More »

Psoriasis boleh diwarisi?

Salam doctor, Saya bakal mendirikan rumahtangga. Pasangan saya menghidap penyakit kulit yang serius iaitu Psoriasis selama 10 tahun, terutama pada kaki, badan dan kulit kepala. Adakah bakal zuriat saya nanti akan mengalami psoriasis juga ? Adakah ia penyakit genetik ? Sekian .   Saya amat bersimpati dengan ujian yang diterima oleh pasangan puan dan mengucapkan tahniah atas kesabaran beliau menghadapi ujian itu selama ini.   Sebenarnya agak sukar untuk menjawab soalan puan kerana ia adalah kebarangkalian yang belum dapat dipastikan.   Firman Allah bermaksud, “Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja.” (Surah Al-An’am: 59)   ALLAH AWT berfirman lagi “Sesungguhnya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui ... Read More »

Air tuban atau air kencing?

“Assalamu alaikum.. Saya hamil 20 minggu. Bila saya batuk atau bersin kuat, saya perasan seluar dalam saya akan basah. Walau bagaimana pun ia tidak sering belaku. Saya sangka ia disebabkan ‘leaking’ air tuban. Tetapi bidan terlatih mengatakan ia bukan air tuban. Saya keliru..”   Wa alaikum mus salam. Agak sukar untuk menentukan sama ada cecair yang keluar itu adalah air tuban atau air kencing. Kalau mahu menilai dari segi fizikal, air kencing mungkin lebih berbau lebih hancing. Tetapi ia bukanlah suatu kemestian, kerana kuantiti air kencing yang sedikit ada kalanya tidak bersifat hancing. Saya mencadangkan agar puan berjumpa dengan doctor pakar O&G agar pemeriksaan ultrasound dapat dilakukan. Untuk sementara waktu hadkan aktiviti fizikal yang boleh menyebabkan keadaan lebih bertambah teruk. Pemeriksaan ultrasound juga dapat menentukan sama ada air tuban yang ... Read More »

Mengesan Duchenne Muscular Dystrophy ketika hamil

    As salam mu alaikum doktor,   Dua minggu lepas 2 orang anak lelaki kakak saya telah diagnose sebagai penghidap Duchenne Muscular Dystrophy (DMD). Selama yang saya ketahui tiada susur galur keturunan saya yang mengidap penyakit ini. Saya dimalumkan bahawa penyakit ini dikategorikan sebagai penyakit yang jarang dihidapi dan ia adalah penyakit genetik. Perlukah saya atau anak lelaki saya melakukan ujian utk mengesan sama ada saya juga adalah pembawa DMD/pengidap DMD? Sekiranya saya hamil, perlukan saya memberitahu pakar sakit puan tentang penyakit ini supaya ujian pengesanan dapat dibuat?   Terima kasih.   Walaiakum mus salam, Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Banyaklah bersabar dan berdoalah agar ALLAH permudahkan puan menjalani ujian ini.   Duchenne Muscular Dystrophy (DMD) adalah penyakit yang dibawa melalui genetik, iaitu X-linked recessive gene. Ini ... Read More »

Menggunakan antibiotik Zinnat ketika hamil

  Salam doktor, saya ingin bertanya. Saya sedang hamil 9 minggu dan didiagnosa mengalami kencing kotor. Doktor telah memberikan saya antibiotik zinnat untuk 5 hari 2 kali sehari. Soalan saya adakah dengan memakan antibiotik itu akan menjejaskan kandungan saya? Saya ada bertanya pada pharmacist soalan yang sama dan dia tidak terus menjawab malahan ‘refer’ dahulu di internet baru, jawab tiada masalah. Terima kasih.   Wa alaikum mus salam.. Antibiotik Zinnat mengandungi bahan aktif cefuroxime, iaitu satu bahan antibiotic yang terdapat dalam kumpulan cephalosporin. Nama lain bagi Zinnat ialah Cefuroxime. Dos biasa bagi sebiji tablet ialah 250mg dan 500mg.   Zinnat adalah antibiotik yang agak baik membunuh kuman bakteria. Apabila berada dalam darah, ia akan menghalang bacteria dari membiak dan membunuh kuman yang sedia ada. Ia berkesan digunakan untuk membunuh banyak ... Read More »

Sembelit ketika hamil

Sembelit adalah masalah yang biasa berlaku pada wanita yang hamil. Hampir kesemua wanita yang hamil mengadu mengalami sembelit terutama berada di akhir kehamilan.   Tahap sembelit pula berbeza-beza. Ada yang mengadu tidak membuang air besar beberapa hari, sehingga rasa tidak selesa pada abdomen mereka. Ada juga yang mengadu najis mereka keras dan sukar dikeluarkan.     Bagaimanakah yang dikatakan benar-benar sembelit? Adakah wanita yang tidak membuang air besar beberapa hari dikatakan mengalami sembelit? Bila pula wanita yang hamil perlu diberikan ubat bagi melegakan sembelit mereka?   Sembelit sebenarnya lebih bergantung kepada bagaimana kekerasan najisnya. Ini kerana setiap orang mempunyai tabiat pembuangan najis yang berbeza. Ada yang membuangnya setiap hari dan ada yang membuangnya setiap dua hari. Jadi yang menyebabkan seseorang mengadu sembelit sebenarnya bukannya disebabkan kekerapan tetapi ialah kekerasan najisnya. ... Read More »

Kecederaan saraf selepas melahirkan anak menyebabkan kaki tidak boleh memijak ke lantai

Assalamu a’laikum doktor. Saya berusia 28 tahun dan baru melahirkan anak 22 Julai yang lalu secara pembedahan. Ketika hamil 9 bulan, saya mengalami rasa sakit pada bahagian pinggul kiri sehinggakan saya tidak dapat berjalan.Kaki kiri tidak dapat memijak dan pinggang belakang terasa sakit. Bila berbaring, saya tidak dapat bangun dan terpaksa diangkat perlahan-lahan. Saya juga terpaksa mengesot dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Pihak hospital telah melakukan pemeriksaan xray tetapi menurut doctor, tiada masalah dengan tulang saya. Pemeriksaan ultrasound juga telah dijalankan namun tiada dapat mengesan masalah pada pada kaki kiri saya. Saya ingin bertanya adakah kesakitan ini akan berakhir dan sembuh dengan sendirinya? Wa alaikum mus salam… Saya amat bersimpati dengan ujian yang diterima oleh puan dan mengharapkan puan bersabar dengan segala dugaan yang diterima. Banyaklah berdoa agar kesusahan ... Read More »

Pecah Tuban Sebelum Waktunya

Selepas solat Subuh, telefon saya berdering. Malas rasanya mahu menjawab panggilan itu di pagi hari. Saya fikir tentu staff saya di pusat kesihatan yang mahu mengingatkan saya tentang temujanji dengan pesakit pagi ini. Namun deringan itu bertalu-talu. Akhirnya saya jawab juga. “Doc, isteri saya sudah pecah tubannya. Kain batiknya sudah basah..!” “Itu tanda mahu melahirkan…” “Betul ke? Isteri saya baru masuk 30 minggu. Hairannya dia tak rasa sakit..” “Kalau begitu, bawa saja ke hospital untuk pemeriksaan..” Saya menyandarkan diri dan berdoa agar isteri rakan saya tidak melahirkan anaknya pada masa ini kerana masih terlalu awal. “Abah, air tuban tu apa?” soal anak saya pula. Soalannya ringkas tetapi memerlukan jawaban yang panjang dan agak kompleks. Semasa seorang wanita sedang hamil, bayi dalam rahem dilindungi oleh selaput yang dikenali sebagaiamniotic membrane dan ... Read More »

Menjaga Luka Episiotomi

“Doktor kenapa perlu dipotong ‘laluan’ bayi ketika melahirkan bayi?” “Maksud puan, episiotomi kah?” “Saya tak pasti namanya, tapi doktor telah menggunting kemaluan saya semasa kepala bayi saya mula keluar. Apakah ia perlu?” “Puan rasa sakitkah?” “Tidaklah rasa sakit sangat, sebab masa itu saya hanya ingat ALLAH dan mahukan kelahiran itu cepat selamat saja. Tapi bukankah mencederakan kemaluan saya adalah memudaratkan?” Episiotomi adalah teknik memotong di bahagian kemaluan yang dinamakan perineum, terletak di antara faraj dan lubang dubur, ketika kepala bayi sedang keluar dari faraj. Pada masa dahulu, doktor sering melakukannya secara rutin, apabila mereka menyambut kelahiran bayi yang dilahirkan secara normal melalui faraj. Di kebanyakan negara maju, episiotomi tidak lagi dilakukan secara rutin. Doktor dan bidan di kebanyakan negara Eropah (kecuali Poland dan Bulgaria), Australia, Canada dan Amerika Syarikat  tidak ... Read More »

Epidural Analgesia Semasa Melahirkan Anak

Seorang rakan FB bertanyakan saya dan meminta saya memberikan pandangan terhadap kaedah “epidural” yang sedang popular digunakan, terutamanya di hospital swasta. Rakan FB ini agak keliru dan berasa ngeri apabila membayangkan suntikan jarum di tulang belakang. Perkataan “epidural” biasa digunakan oleh doktor dan orang awam bagi merujuk kepada ‘epidural analgesia’, iaitu satu teknik memasukkan ubat bius yang  disuntik melalui tiub (catheter) ke dalam ruang epidural pada tulang belakang. Suntikan bius ini akan menyebabkan kehilang deria rasa (kebas) dan dapat menghilangkan rasa sakit, dengan menghalang pergerakan isyarat saraf pada saraf tunjang. Jadi ia adalah teknik bius yang sesuai digunakan untuk menghilangkan rasa sakit ketika proses kelahiran  secara normal atau ketika pembedahan cesarean. (rujuk: Am Fam Physician. 1998 Nov 15;58(8):1785-1792.) Suntikan bius epidural analgesia secara amnya selamat dan sangat berkesan. Ia menghalang ... Read More »

Berhati-hati menggunakan PONSTAN.

Ponstan adalah ubat penahan sakit yang agak terkenal di kalangan pesakit-pesakit yang sering mengalami sakit kepala. Malah ada yang menggunakan ubat ini secara berpanjangan sehinggakan ubat ini tidak lagi membantu mengurangkan kesakitan yang mereka alami.   Malah Ponstan ini boleh dibeli secara mudah, tanpa preskripsi, di farmasi dan kedai-kedai ubat. Ia dikenali dengan pelbagai nama, seperti Holostan, ata lebih mudah disebat ‘ubat kuning lonjong’.   Ponstan sebanranya adalah ubat yang terkawal, yang seharusnya diambil dengan nasihat doctor atau ahli farmasi. Ini kerana setiap ubat mempunyai risiko dan manfaat. Doktor hanya akan memberikan ubat ini jika mendapati Ponstan memberikan manfaat kepada pesakitnya.   Ponstan mempunyai bahan aktif  yang bernama ‘mefenamic acid’. Ia yang berada dalam kumpulan Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs (NSAIDs). Ponstan dipasarkan dengan dua jenis: Ponstan 250mg yang biasanya dalam bentuk ... Read More »

Hamil tetapi mengalami Haids?

  Salah satu tanda kehamilan ialah tidak dating darah haids pada tarikh sepatutnya. Oleh itu saya berasa amat pelik jika ada wanita yang mengaku hamil dan mengalami haids.   Ini satu kekeliruan. Kedatangan haids dan kehamilan ibarat malam dan siang. Mana mungkin malam dan siang berlaku serentak. Begitu juga dengan kehamilan dan kedatangan haids. Mustahil orang yang hamil akan kedatangan haids kerana kedua-duanya tidak berlaku serentak.   Kekeliruan ini juga menyebabkan doctor mengira tarikh dijangka melahirkan bayi (date of delivery) pada tarikh yang salah. Masalah ini selalunya diselesaikan dengan bantuan pemeriksaan ultrasound.   Sebenarnya mereka mengalami pendarahan di awal kehamilan, bukannya kedatangan darah haids. Darah yang keluar dari faraj dan seolah-olah darah haids. Tetapi pendarahan di awal kehamilan dan kedatangan haids adalah suatu yang berbeza.   Kalau dari segi syarie, ... Read More »

Merawat Jerawat ketika Hamil

Wanita yang mengalami jerawat ketika hamil haruslah lebih berhati-hati dengan ubat-ubatan yang mereka beli dari farmasi. Ini kerana tidak semua ubat-ubatan yang biasa digunakan, sesuai untuk mereka. Ubat-ubatan itu boleh memberikan kemudharatan pada bayi dalam rahem.   Sebenarnya mengalami jerawat (acne) adalah perkara biasa di kalangan wanita yang hamil. Jika jerawat itu tidak berapa teruk, tentu tidak merisaukan. Tetapi jika jerawat itu terlalu teruk, sudah tentu ramai wanita yang berasa malu dan berusaha untuk menghilangkan jerawat itu dengan segera.   Punca bagi pembentukan jerawat di kalangan wanita yang hamil ialah akibat hormone terutama di awal usia kehamilan (trimester pertama). Peningkatan hormone ini akan menggalakkan kulit mengeluarkan minyak.   Minyak pada kulit yang keluar secara berlebihan akan memerangkap tisu kulit yang mati dan menutupi liang-liang pada kulit. Akibatnya kuman pada kulit ... Read More »

Nenas boleh Sebabkan Keguguran?

“Doktor, benarkah makan nenas ketika hamil boleh menyebabkan keguguran?” Saya diam. Hal ini tidak diajar semasa kuliah O&G semasa saya berada di universiti dulu. Jadi saya biarkan persoalan ini, sehingga saya mendapat jawapan yang sahih dari rakan-rakan yang telah menjadi pakar sakit puan dan perbidanan. “Menurut kata orang tua, nenas ini tajam dan boleh menyebabkan keguguran” sambung wanita itu lagi. Saya mengangguk-angguk kepala sebagai tanda menghargai pandangan beliau. Tidak ramai doktor yang sedar bahawa terdapat beberapa kes di mana wanita yang hamil memakan nenas dan mengalami keguguran. Adakah ini satu fakta atau satu kebetulan? Saya mendapati tidak banyak kajian saintifik yang lengkap dan sahih mengkaji hal ini. Namun begitu terdapat dakwaan menyatakan kebimbangan bahawa memakan nenas boleh menyebabkan keguguran di awal kehamilan atau mempercepatkan proses kelahiran jika wanita itu berada ... Read More »

Makan Chocolate semasa Hamil

Banyak kajian yang menyokong bahawa wanita hamil seharusnya tidak dihalang daripada memakan produk makanan berasaskan koko termasuk chocolate ketika hamil, kecuali jika wanita hamil itu mempunyai alahan terhadap koko dan chocolate.   Walaupun produk makanan berkoko seperti chocolate mengandungi caffeine, masih tiada bukti saintifik  yang menunjukkan kandungan caffeine yang rendah dalam koko dan chocolate membahaya kepada wanita yang hamil dan bayi mereka.   Chocolate juga kaya dengan magnesium, yang sangat perlu bagi perkembangan otak bayi dalam rahem. Flavonoids dalam chocolate berfungsi sebagai antioxidant membantu kesihatan jantung dan daya tahan untuk melawan sel-sel kanser. Malangnya, bahan bersusu pada chocolate boleh menghalang penyerapan flavonoids .   Buah koko sendiri kaya dengan bahan yang dinamakan theobromine, yang berfungsi merangsangkan saraf dan otak. Semua produk makanan berasakan koko mengandungi theobromine namun kandungan mereka berbeza-beza. ... Read More »

Makan Durian Ketika Hamil

As salam mu alaikum  doktor.. Saya sedang hamil 5 bulan. Saya mahu bertanya boleh ke wanita hamil makan durian? Nampak macam kelakar je soalan ini, tetapi saya hendak tahu sebab ramai orang kata kalau sedang hamil tidak elok makan durian sebab durian itu panas.. Terima kasih   Sesetengah komuniti di Asia masih mengekalkan pantang larang tidak makan durian semasa kehamilan. Sebagai contoh, pendekatan tradisional orang Cina untuk kesihatan, durian dianggap terlalu “panas” untuk dimakan semasa kehamilan. Oleh sebab itu, kebanyakan komuniti orang Cina di Asia Tenggara menasihatkan bakal-bakal ibu untuk tidak makan buah durian ini.   Setakat ini tiada sebarang kajian mengenai keselamatan makan durian semasa kehamilan. Pada masa yang sama, sains moden tidak menjumpai sebarang sebab untuk mengatakan ianya tidak selamat untuk makan durian. Tiada sebarang sebab untuk mengatakan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!