Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Kehamilan (page 2)

Category Archives: Kehamilan

Keguguran akibat makan ikan pari

KEGUGURAN AKIBAT MAKAN IKAN PARI   “Assalamualaikum doktor dan selamat berpuasa.  Sy baru mengalami keguguran pd usia kandungan 3 bulan..dan sy ingin bertanya adakah memakan ikan pari sewaktu kehamilan boleh menyebabkan keguguran. Ini kerana sy ada mkn ikan pari sewaktu hamil dan selepas beberapa hari ada bleeding. Terima kasih sekiranya doktor sudi menjawab persoalan sy ini”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mengucapkan takziah atas kehilangan yang puan alami. Semoga ALLAH  mnggantikan kehilangan yang puan alami dengan sesuatu yang lebih baik.   Puan mengalami keguguran pada usia kehamilan 3 bulan iaitu lebih kurang 12 minggu. Sebenarnya banyak punca keguguran di awal kehamilan. Saya punca ia bukan berpunca dari makan ikan pari.   Punca utama keguguran ialah apabila janin terbentuk dari pencantuman benih yang kurang berkualiti akibat terdapat masalah dalam ... Read More »

Hamil dan mengalami sedikit pendarahan

HAMIL DAN MENGALAMI SEDIKIT PENDARAHAN      “Assalamualaikum doktor. Maaf mengganggu sekarang ni saya sedang hamil anak ke 4 usia kehamilan 32minggu. Saya mahu bertanya doktor dalam 2 hari kebelakangan ini saya mengalami darah coklat cair yang keluar dari faraj. Apakah puncanya? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Jika pendarahan yang sedikit tanpa rasa ada rasa sakit perut di bahagian bawah pusat (tanda kontraksi mahu lahirkan anak) dan pergerakan bayi dalam rahem seperti biasa, ia tidak perlu dirisaukan.   Biasanya berlakunya “engorgement “(pengembangan salur darah) sekitar faraj menyebabkan sedikit darah keluar dari saluran darah. Ini kerana bayi yang bersaiz semakin besar dan menjadi berat menekan saluran di darah di kawasan itu.   Saya mencadangkan puan buat pemeruksaan doktor jika pendarahan itu melebihi seminggu kerana pendarahan seperti ... Read More »

Hamil bersama fibroid dan mengalami pendarahan

HAMIL BERSAMA FIBROID DAN MENGALAMI PENDARAHAN       “Salam doktor, saya berumur 26thn dan sudah genap setahun kahwin . Sekarang  asay sedang hamil anak pertama berusia 14 minggu. Masalah saya sekarang adalah saya ada fibroid berukuran 13x11cm yang berada dalam rahem bahagian atas. Baru-baru ini, saya  ada mengalami pendarahan yang berwarna coklat. Saya sudah pergi buat pemeriksaan di hospital. Doktor telah melakukan scan, dan mendapati bayi saya  dalam rahem alhamdulillah sihat dan degupan jantung juga baik. Tetapi  saya risau kenapa masih ada pendarahan untuk beberapa hari sampai sekarang, tambah lagi kalau saya bergerak lebih sikit. Mujur sekarang saya adalah suri rumah, jadi saya  kena bed rest je sepanjang masa. Mohon pencerahan, terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Puan mempunyai saiz fibroid yang agak besar, dan malangnya dikesan ... Read More »

Hamil lima minggu dan keluar darah warna coklat

HAMIL LIMA MINGGU DAN KELUAR DARAH WARNA COKLAT     “Salam doctor, saya nak bertanya doc. Saya baru sahaja hamil anak pertama dan usia kehamilan dalam 5minggu. Pagi tadi  ada berlaku pendarahan berwarna coklat. Doktor ada beri ubat untuk kuatkan rahim. Kenapa ya jadi macam tu dan apa perlu saya perlu buat. Adakah bahaya utk baby saya. Terima kasih? “   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tahniah atas kehamilan puan. Usia kehamilan 5 minggu masih lagi dikategorikan sebagai peringkat awal kehamilan, dan ia sangat mudah untuk mengalami keguguran.     Puan mengalami pendarahan berwarna coklat.  Lendiran yang bercampur dengan darah, selalunya berwarna coklat ketika awal kehamilan disebut “spotting”. Ia adalah pendarahan yang serius apabila berlaku ketika hamil kerana meninggikan risiko untuk keguguran.     Pendarahan ketika di awal kehamilan boleh ... Read More »

Kehamilan dan ubat jerawat

KEHAMILAN DAN UBAT JERAWAT   “Salam doktor. Saya ingin bertanya. Saya telah hamil  9 minggu dan mengalami jerawat di muka. Boleh ke saya pakai ubat jerawat kat muka ? Ubat jerawat tersebut saya beli di klinik pakar kulit. Bahaya tak untuk kandungan? Terima kaseh.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Jerawat yang berlaku semasa hamil bukanlah sesuatu yang luar biasa, ia hanya disebabkan oleh tahap hormon puan yang tinggi. Bagi mereka yang hamil, perlu lebih berhati-hati menggunakan ubat merawat jerawat.   Antara ubat jerawat yang harus dielakkan adalah:   Kream Accutane: mengandungi bahan isotretinoin. Kream Retinoid: mengandungi bahan adapalene, tazarotene dan tretinoin. Ubat pil antibiotic tetracyclines  seperti doxycycline, minocycline, tetracycline. Kream yang mengandungi asid salisilik (salicylic acid) Produk yang mengandungi asid alpha-hydroxy, tidak digalakkan kerana kesan mudaratnya masih belum diketahui. ... Read More »

Hukum Menggugurkan Bayi dalam Rahem

HUKUM MENGGUGURKAN JANIN   “Salam doktor, apa hukum menggugurkan bayi dalam rahem?” WA ALAIKUM MUS SALAM Berdasarkan analisa kepada 3 fatwa yang telah dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, panduan bagi menjelaskan hukum menggugurkan janin adalah merujuk kepada penjelasan berikut, tanpa membezakan antara satu kes dengan kes yang lain: Janin di dalam kandungan terbentuk dalam beberapa peringkat, iaitu peringkat awal yang dipanggil nutfah iaitu dari 1 hari hingga 40 hari. Peringkat kedua ialah peringkat sesudah terbentuk yang dipanggil mudhgah yang berumur di antara 40 hari hingga 120 hari. Peringkat ketiga pula ialah peringkat selepas berumur 120 hari iaitu sesudah ditiup roh insaniah ke dalamnya.   Menurut para doktor, peringkat sebelum berbentuk ialah peringkat dari hari pertama hingga 40 hari seseorang itu mengandung. Majoriti ... Read More »

Baru Gugur Mahu Hamil Lagi

BARU GUGUR MAHU HAMIL LAGI   “Assalamualaikum. Maaf mengganggu doktor. Sekadar ingin bertanya. Saya baru keguguran pada awal tahun ini. Saya ingin bertanya bilakah waktu subur sesorg itu dan bilakah waktu sesuai untuk saya ‘bersama’ dengan suami. Haid saya tidak teratur. Saya baru dating haid pada 1hb mei baru-baru ini. Maaf kalau soalan saya terlalu peribadi kerana saya dan suami inginkan zuriat. Terima kasih atas pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya ucapkan takziah kepada puan. Banyaklah bersabar dan berdoalah agar ALLAH menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.   Ramai doktor menasihatkan wanita yang keguguran agar menunggu sehingga kedatangan haid sekurang-kurangnya sekali selepas keguguran, sebelum mencuba untuk hamil sekali lagi.   Semakin lama puan menunggu, ia makin tinggi peluang puan untuk hamil kerana hormone puan akan berada dalam keseimbangan, ... Read More »

Strawberi menyebabkan keguguran?

STRAWBERRY MENYEBABKAN KEGUGURAN? “Assalam mu alaikum dr. Saya ada satu soalan.Saya sedang hamil 6 bulan dan saya sangat gemar memakan buah strawberi. Ada rakan yang memberitahu bahawa strawberi adalah buah yang tajam dan membahayakan kehamilan. Soalan saya, adakah jika makan strawberi terlalu kerap boleh menyebabkan keguguran. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Strawberi merupakan buahan bukan tropika yang sangat banyak khasiat. Beberapa kajian telah menunjukkan pengambilan strawberi dapat merendahkan risiko penyakit kardiovaskular kerana bahawa fitokimia yang terdapat dalam strawberi mempunyai ciri-ciri anti-radang dan anti-kanser. (rujuk: Giampieri F, The potential impact of strawberry on human health. Natural product research 27 (4-5): 448–55.)   Terdapat juga kajian yang menunjukkan pengambilan strawberi dapat menurunkan tekanan darah tinggi, menurunkan kadar kolesterol LDL, dan mengurangkan gula dalam darah.   (rujuk: Basu ... Read More »

habatus sauda menyebabkan keguguran?

HABATUS SAUDA  BOLEH MENYEBABKAN KEGUGURAN?     “Assalammualaikum doktor. Saya ada satu soalan,saya ada terbaca satu artikel berkenaan habatussauda.Dalam artikel tersebut ada menyatakan wanita mengandung dan merancang untuk mengandung tidak digalakkan untuk mengambil habatusauda kerana ia boleh menyebabkan rahim mengecut.Adakah benar kenyataan tersebut sebab saya ada mengambil habatusauda untuk mengurangkan alahan saya.Dalam masa yang sama,saya merancang untuk mengandung anak kedua.Saya harap doktor dalam memberi jawapan dari soalan ini. Terima Kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM Ya, pengambilan suplemen habatus sauda boleh menyebabkan keguguran bagi wanita yang mempunyai rahem yang sensitif, sebagai contohnya wanita yang sering keguguran atau mengalami senggugut yang kuat, kerana dalam beberpa kajian habatus sauda boleh menyebabkan rahem mengecut.   Jika pengecutan ini berlaku ketika hamil, maka dibimbangi boleh menyebabkan keguguran.   Walau pun begitu, pengambilan habatus sauda ... Read More »

Adakah ia normal untuk payudara mengeluarkan susu semasa hamil ?

SUSU KELUAR DARI PAYUDARA KETIKA HAMIL   “Assalamualaikum doctor.. saya sekarg tgh hamil 32 mggu.. pg td tiba2 sy bangun, payudar saya terasa sakit seperti bgkak susu.. dan ptg ni sy cuba untuk marmet dan keluar cecair pekat berwarna putih kehijauan. Mohon pencerahan dari doktor. Terima kasih doktor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mengucapkan tahniah atas kehamilan puan. Puan tidak perlu bimbang dengan cecair yang keluar dari payudara puan kerana ia adalah susu awal (kolustrum). Ia lebih pekat dan berkrim, mula dikeluarkan beberapa minggu sebelum masa puan melahirkan anak.   Untuk pengetahuan puan, kebiasaannya payudara wanita hamil akan mula membengkak sebagai persediaan untuk menghasilkan susu apabila memasuki minggu ke 16.   Semakin mendekati waktu melahirkan anak, payudara puan akan bertambah membengkak dan mula menghasilkan susu.   Adakalanya susu kolustrum ... Read More »

Morning Sickness (Loya dan Muntah ketika Hamil)

MORNING SICNESS (LOYA DAN MUNTAH KETIKA HAMIL)   “Salam doktor, boleh doktor terangkan apa itu morning sickness? Bila bermulanya morning sickness?” Morning sickness biasanya bermula sekitar enam minggu usia kehamilan. Oleh kerana setiap kehamilan adalah berbeza, masa bermulanya morning sickness ini boleh berubah dari wanita kepada wanita.   Wanita yang mengalami morning sickness biasanya akan merasa loya, dan mungkin akan muntah apabila bangun pagi. Walaupun ia dinamakan morning sickness, namun rasa loya dan muntah boleh datang bila-bila masa sepanjang hari. Rasa loya dan muntah ini lebih kerap berlaku pada sebelah pagi, mungkin disebabkan pada waktu pagi perut kita telah kosong.   Bau tertentu boleh menyebabkan rasa loya, menyebabkan tiada ada selera untuk makan dan minum sehingga membuatkan wanita hamil ini berasa letih sepanjang hari.   ” Adakah morning sickness memberikan tanda ... Read More »

Kaffein dan IVF

KAFEIN DAN IVF   ” Salam doktor, bagaimana dengan pasangan yang sedang menjalani rawatan IVF. Bolehkah mengambil kaffein? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pengambilan kafein lebih daripada 50mg sehari setiap hari boleh menggagalkan rawatan IVF.   Selain itu pengambilan terlalu banyak kafein juga dikaitkan dengan pertumbuhan fizikal janin yang perlahan’ sehingga menyebabkan bayi dilahirkan dengan berat yang rendah dan keguguran.   Jadi bagi pasangan yang sedang menjalani rawatan IVF cuba hindari pengambilan kafein.   wa allahu a’lam IKLAN   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed ... Read More »

Bolehkah Kafein Mengganggu Kesuburan?

BOLEHKAH KAFEIN MENGGANGGU KESUBURAN?   ” Salam. Saya sudah berkahwin selama 3 tahun, berumur 35 tahun. Saya penggemar kafein. Adakah kafein mengganggu kesuburan saya? Mohon pencerahan. Terima kasih ”    Setakat ini tidak ada bukti yang sahih menunjukkan kafein boleh seorang wanita tidak boleh hamil. Namun beberapa kajian telah mencadangkan bahawa tahap kafein boleh membuat ia lebih sukar untuk hamil berbanding dengan wanita yang tidak mengambil kafein dalam minuman. Pakar-pakar mengatakan mungkin ada kesan kafein ke atas masa ovulasi dan tahap keseimbangan hormon atau mungkin menyebabkan saliran fallopian menjadi tersumbat apabila otot-otot pada saluran itu mengecut akibat kesan kafein. Saluran fallopio yang membawa telur ovum dari ovari dan disenyawakan, kemudian membawa ovum yang telah disenyawakan masuk tertanam ke rahem. Perjalanan ovum yang disenyawakan ke arah rahem dibantu oleh gelombang otot-otot ... Read More »

Adakah selsema disebabkan virus berbahaya untuk wanita hamil.

ADAKAH SELSEMA DISEBABKAN VIRUS BERBAHAYA UNTUK WANITA HAMIL?   “Salam doktor. Baru-baru ini saya mengalami selsema. Saya baca artikel di internet, mengatakan bahawa selsema itu bahaya di kalangan wanita yang hamil. Mohon penjelasa, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ya, selsema yang disebabkan oleh virus sangat berbahaya kepada wanita hamil kerana mereka mempunyai sistem daya tahan melawan penyakit yang rendah semasa hamil. Jika tidak dirawat dengan baik dan sempurna, mereka mungkin boleh mengalami jangkitan kuman pada paru-paru yang serius. Mereka juga boleh mengalami kelahiran pramatang. Walaupun kebanyakan wanita yang hamil yang mengalami selsema akibat jangkitan virus tidak mempunyai komplikasi semasa hamil, namun tiada yang dapat menjamin risiko untuk mendapat jangkitan kuman pada paru-paru (pneumonia). Jadi jika selsema pastikan ia bukan jangkitan virus.   TANDA-TANDA SELSEMA AKIBAT JANGKITAN VIRUS ... Read More »

Dos Folik Asid

DOS ASID FOLIK     “Salam. Bolehkah pengambilan pil asid folik dimulakan sebelum wanita itu hamil? Sekiranya boleh dan jika wanita itu tidak hamil misalnya dalam tempoh tiga hingga empat bulan kemudian, adakah dia patut menghentikan pengambilannya? Apakah dos yang sewajarnya diambil oleh wanita yang merancang untuk hamil? Adakah pil ini mempunyai kesan sampingan? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM   Folik asid ialah sejenis vitamin B. Ia bersifat larut air, maka berlebihan dos lazimnya dikeluarkan ke dalam air kencing. Jadi selagi ginjal masih sihat dan dapat mengeluarkan lebihan folik asid, ia tidak memberikan kesan sampingan.   Asid folik sangat penting dalam pembentukan otak dan sistem saraf tunjang kita. Kecacatan contohnya anencephaly (ketiadaan tempurung kepala), spina bifida (penyakit saraf tunjang) boleh diturunkan risikonya dengan pengambilan asid folik seawal sebulan sebelum hamil. ... Read More »

Menghilangkan Morning Sickness

MENGHILANG MORNING SICKNESS “Salam doktor. Berapa lamakah mabuk hamil seperti loya dan muntah akan berlangsung? Bolehkah ia menjejaskan perkembangan bayi yang kini lapan minggu dalam kandungan? Bagaimana untuk mendapatkan bantuan jika simptom ini berterusan atau semakin teruk? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang hamil mengalami morning sickness atau rasa muntah dan loya di awal kehamilan. Ia adalah normal, dan tahap ketidakselesaan ini berbeza antara wanita dengan wanita yang lain. Ramai yang mengalaminya pada waktu pagi, sebab itu dinamakan morning sickness. Ada wanita yang mengalaminya sepanjang hari.   Jika puan bimbang dengan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor, puan boleh mencuba minum teh yang dicampurkan dengan herba di bawah. Antaranya: 1.pudina 2.lemon 3.halia Jika keadaan ini terlalu teruk, ia dinamakan “hyperemesis gravidarum”. Keadaan ini sangat berbahaya pada kehamilan ... Read More »

Bolehkah mengambil folic acid walaupun belum hamil?

BOLEHKAH MENGAMBIL FOLIC ACID WALAUPUN BELUM HAMIL? “Salam. Dr saya ingin bertanya tentang pengambilan asid folik di hospital kerajaan. Saya dan suami merancang utk mempunyai zuriat. Bolehkah kami mengambil asid folik 5mg untuk persediaan? Saya juga mengalami masalah sengugut yg agak teruk. Mohon pencerahannya doktor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ada dua isu yang diutarakan: Pertama adakah pengambilan asid folik asid 5mg sebagai persediaan untuk hamil itu bermanfaat?   Ya pengambilan asid folik sangat bermanfaat ketika hamil dan harus bermula ketika seorang wanita itu sedang berusaha untuk hamil (belum hamil lagi).   Asid folik membantu melindungi bayi dalam kandungan daripada risiko mendapat kecacatan saraf tunjang  seperti spina bifida. Asid folik juga boleh membantu untuk mencegah kecacatan kelahiran yang lain, seperti sumbing pada bibir dan lelangit.     ... Read More »

Adakah selamat mengambil vitamin C ketika hamil?

ADAKAH SELAMAT MENGAMBIL VITAMIN C KETIKA HAMIL?   “Salam. saya ada soalan tentang vitamin C. Soalannya adakah ibu hamil dan menyusukan anak boleh mengambil vitamin C dengan dos 1000mg. Saya beli dari  farmasi di United Kingdom. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pengambilan Vitamin C semasa hami sebenarnya sangat bagus.  Ada kajian menunjukkan bahawa wanita yang tidak mengambil cukup vitamin C dengan mudah mengalami kebocoran air tuban dan menyebabkan kelahiran pramatang.   Rujuk: “Vitamin C intake and the risk of preterm delivery.” Am J Obstet Gynecol. 2003 Aug;189(2):519-25. Siega-Riz AM1, Promislow JH, Savitz DA, Thorp JM Jr, McDonald T.   Saya menasihatkan agar puan berhati-hati ketika mengambil suplemen semasa hamil. Elakkan mengambil  vitamin C yang mengandungi dos yang tinggi.   Lihat pada label dan berbincang dengan ahli farmasi ... Read More »

Kesan ubat gatal akibat chickenpox terhadap kehamilan

KESAN UBAT GATAL AKIBAT CHICKENPOX TERHADAP KEHAMILAN   “Salam Dr, saya sedang mengandung anak pertama, usia kandungan 14 minggu. Saya telah mendapat chicken pox,  dan diberi ubat gatal (piriton) dan ubat sapu calamine. Adakah pengambilan ubat ini akan memberi kesan kepada bayi saya? Sy pernah djangkiti chickenpox semasa kecil.”   WA ALAIKUM MUS SALAM Seorang individu yang mengalami jangkitan chickenpox akan mengalami kegatalan pada parut dari kelompang yang dialaminya. Bagi mengurangkan kegatalan ini, doctor akan memberikan ubat antihistamine, selalunya tablet Piriton. Tablet ini mengandungi ramuan chlorphenamine maleate, iaitu sejenis ubat yang dikenali sebagai antihistamine yang menyebabkan rasa mengantuk. Ramuan ini akan memberi kesan kepada otak dalam kuantiti yang signifikan dan menyebabkan rasa mengantuk. Rasa mengantuk ini akan melegakan rasa gatal yang teruk terutama pada waktu malam. Ubat ini jarang diberikan kepada ... Read More »

kembung perut akibat gas semasa hamil

KEMBUNG PERUT AKIBAT GAS SEMASA HAMIL “Salam doctor, saya hamil 28 minggu. Saya sering mengalami kembung perut, sehingga saya rasa tidak selesa. Saya ada bertanyakan kepada doctor, tapi doctor hanya kata itu perkara biasa. Lalu saya ke farmasi dan diberikan ubat Losec. Saya belum guna lagi ubat itu. Saya bimbang nak gunakan ubat itu. Bagaimana saya mahu kurangkan kembung perut, doctor? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kembung perut adalah perkara biasa yang berlaku. Secara amnya seorang individu menghasilkan sebanyak antara 500ml hingga 1.5L gas setiap hari. Jadi tidak kira sama ada seorang wanita itu hamil atau tidak, kekembungan perut ini adalah perkara biasa.   Namun begitu wanita yang hamil lebih mudah mengalami masalah ini kerana mereka mempunyai hormone progesterone yang tinggi.   Hormon ini akan ... Read More »

Kesan sampingan injeksion vaksin tetanus

KESAN SAMPINGAN INJEKSION VAKSIN TETANUS     “Assalamualaikum doktor, saya ingin bertanya, isteri saya mengandung buat kali pertama dan baru sahaja mendapat suntikan tetanus buat kali kedua dari doktor. Dia telah disuntik di bahagian atas punggung. Setelah 2 hari, dia mengalami kesakitan dari atas punggung ke peha, rasanya seperti sakit period. Saya amat risau, adakah itu kesan biasa suntikan tetanus? Sekian, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Suntikan vaksin anti tetanus (sama ada dalam bentuk DTaP atau TDAP) mempunyai kesan sampingan yang jarang berlaku. Sepanjang ingatan saya belum ada lagi masalah kesan sampingan yang teruk bagi pesakit yang menerima suntikan anti tetanus dari saya.     Namun begitu saya tidak dapat menafikan terdapat kesan sampingan yang mungkin berlaku pada wanita hamil yang menerima suntikan itu.   Kesan sampingan ... Read More »

Bolehkah hamil ketika melakukan hubungan intim ketika haid

BOLEHKAH HAMIL KETIKA MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM KETIKA HAID   “Salam, doctor. Bolehkah saya hamil ketika saya melakukan hubungan intim sedang saya mengalami haid?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Untuk hamil, seorang wanita itu haruslah berada dalam tempuh subur, iaitu ketika telur wanita ovum keluar dari kelenjar ovary. Proses ini dinamakan ovulasi.   Kemudian ia disenyawakan oleh sperma yang dikeluarkan dari alat kelamin lelaki ketika melakukan hubungan intim.   Pada kebiasaannya telur ovum tidak akan dikeluarkan ketika seorang wanita sedang mengalami haid. Tetapi proses ovulasi boleh berlaku pada awal dalam kitaran anda, terutamanya jika seorang wanita itu mempunyai kitaran haid yang singkat.   Setelah dikeluarkan (dipencutkan), sperma boleh bertahan sehingga lima hari dalam rahem. Jadi  jika seorang wanita itu melakukan hubungan seks semasa haid dan mengalami ovulasi beberapa hari kemudian, ... Read More »

Kandungan gula tinggi dalam darah ketika hamil, perlukah rawatan insulin

KANDUNGAN GULA TINGGI DALAM DARAH KETIKA HAMIL, PERLUKAH RAWATAN INSULIN?     “Assalamualaikum Doktor. Saya telah disahkan hamil dan usia kehamilan saya sekarang adalah 7 minggu. Setelah membuat ujian darah seperti biasa, doktor memberitahu kandungan gula dalam darah tinggi (1st blood test) iaitu 164. Dan telah dirujuk kepada doc internal medicine. Setelah mengambil ujian darah 2hpp doc memberitahu hasil ujian 2 bulan lepas menunjukkan glucose  tinggi.   Untuk ujian kali ke3 iaitu selepas berpuasa hasil menunjukkan 114. Doc suggest saya mengambil insulin on the spot for the sake of my baby. Tp saya takut untuk mengambil insulin walaupun dibekalkan dgn insulin dirumah sehingga usia kandungan 37wks   Sekarang saya berada dalam keadaan tertekan. Dan berusaha untuk mengawal pemakanan. Persoalan saya bolehkah saya mengawal pemakanan atau apakah makanan yang saya boleh ... Read More »

UPT mulanya negatif kemudian positif. Adakah saya hamil?

UPT MULANYA NEGATIF KEMUDIAN POSITIF. ADAKAH SAYA HAMIL?   “Salam doktor. Saya harap doktor dapat membalas email saya ni. Saya ingin bertanya pasal pregnancy test kit. Beberapa hari lepas saya ada  buat ujian UPT. Keputusannyanya selepas 15 minit adalah negative. Saya tidak buang kit UPT itu dan masih menyimpannya. Bila saya tengok semula test kit tersebut setelah 7 jam, ia berubah. Satu jalur pada C merah pekat dan jalur pada  T warna putih pekat, tapi tiada warna. Tetap nampak jelas jalurnya. Soalan saya, adakah saya hamil. Saya harap doktor balas ye..tq doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya sebenarnya tertanya-tanya bilakah tarikh hari pertama haid puan, supaya saya dapat mengira ‘usia kehamilan’ puan  jika puan hamil.   Ujian UPT adalah ujian saringan. Ia bukanlah pengesahan pada suatu kehamilan. Pemeriksaan ... Read More »

Penggunaan spray ubat nyamuk ketika hamil

PENGGUNAAN SPRAY UBAT NYAMUK KETIKA HAMIL   “Salam doctor. Baru-baru ini kawasan perumahan saya dilanda bencana banjir. Setelah banjir surut, saya dapati banyak nyamuk di rumah saya. Kami terpaksa menggunakan ubat membunuh nyamuk (mosquito coli) dan adakalanya menggunakan spray. Adakah ia merbahaya kepada saya, yang sedang hamil ? Mohon pencerahan. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Saya tidak nafikan kadang kala kita terpaksa menggunakan ubat nyamuk untuk membunuh nyamuk. Apatah lagi sekarang banyak kes denggi, ada yang terpaksa dimasukkan ke dalam wad dan ada yang meninggal dunia.   Banyak jenama ubat nyamuk yang ada di pasaran. Nama yang sering kita gunakan iaitu “ubat”, amat mengelirukan kerana ubat nyamuk ini digunakan bukan untuk melindungi dan menyembuhkan nyamuk, tetapi untuk membunuh nyamuk.   Ia dijual dalam bentuk lingkaran yang dibakar ... Read More »

Kencing kotor ketika hamil, pendarahan dan sakit pinggang

KENCING KOTOR KETIKA HAMIL, PENDARAHAN DAN  SAKIT PINGGANG “Assalamualaikum dr.  Saya ada terbaca blog dr mengenai masalah kencing kotor dan saya ingin pencerahan lebih lanjut mengenai masalah saya..   1- Saya merupakan pelajar di luar negara timur. Kini isteri saya hamil dua minggu.. Dalam minggu ini beliau kerap kali mengadu bahawa beliau sakit pinggang dan kerap kencing dan juga muntah2.  Baru sebentar tadi beliau dapati bahawa terdapat sedikit pendarahan.  Kemudian saya terus bawa ke klinik..   2- Hasil ujian makmal mendapati bahawa beliau ada kuman  pada air kencing dan puratanya ‘4-6’.  (Saya juga xberapa faham kerana tiada penerangan dari dr di sini)…   3- Adakah isteri saya boleh mengambil apa-apa ubat untuk meneutralkan kembali masalah ini ( w/pun ketika hamil) dan apakah cadangan ubat tersebut drpada dr.. Kerana saya perlu ... Read More »

Pemeriksaan gigi, ubat bius, xray dan cabut gigi semasa

PEMERIKSAAN GIGI, UBAT BIUS, XRAY  DAN CABUT GIGI SEMASA HAMIL     “Assalammualaikum Doctor, hanya Allah sahaja dapat membalas kebajikan Doc dan moga dipermudahkan urusan seharian dan moga diberkati. Saya adalah follower FB Doc sejak tahun kebelakangan lagi. Saya ingin menanyakan soalan kepada doc jika tak keberatan. Saya baru disahkan mengandung pada semalam di mana usia kehamilan sekitar 6 minggu. Soalan saya adalah di dalam masa 6 minggu ini (sebelum tahu saya hamil) saya ada mencabut gigi di klinik,   Sekarang yang menjadi persoalan dan merisaukan saya adalah adakah ubat bius yang digunakan untuk mencabut gigi bahaya untuk kandungan walaupun seusia 6 minggu? Adakah besar keberangkalian terkena jangkitan? Benarkah sewaktu mengandung tak boleh mencabut gigi? Dan juga sebelum tu saya ada melalukan x ray gigi. Itu sahaja soalan saya. Mohon ... Read More »

Merancang mendapatkan anak lelaki selepas dua kali cesarean

MERANCANG MENDAPATKAN ANAK LELAKI SELEPAS DUA KALI CESAREAN   “Salam Dr. Zubaidi, saya berumur 34 tahun dan mempunyai 2 orang anak berumur 8 tahun dan 5 tahun yang kedua-duanya perempuan. Saya juga terpaksa bersalinkan kedua-dua anak saya tersebut dengan kaedah ceaserean.   Saya ingin sangat untuk mendapatkan anak lelaki pula..dari aspek kesihatan & perubatan moden, apakah nasihat Dr.dari segi cara pemakanan mahupun lain-lain cara yang sewajarnya yg boleh Dr. berikan pandangan untuk saya mencapai matlamat saya ini.  Menurut kata pegawai perubatan semasa saya bersalinkan anak kedua saya..saya hanya boleh bersalin seorang anak sahaja lagi iaitu saya hanya boleh mempunyai 3 orang anak sahaja.  Jadi, hanya inilah satu satunya sahaja peluang yg saya ada untuk mencuba dan berusaha untuk mendapatkan anak lelaki. Terima kasih Dr. kerana sudi menjawab soalan saya yang tidak ... Read More »

Habbatus sauda dan kehamilan

HABBATUS SAUDA’ DAN KEHAMILAN “Salam doktor, saya sedang hamil 34 minggu. Saya bercadang untuk mengambil suplemen habbatus sauda ketika hamil dalam bentuk softgel. Saya juga ada mengambil new obimin, suplemen yang diberi di klinik kerajaan. Boleh saya mengambil kedua-dua suplemen ini dalam masa yang sama? Atau saya perlu berhenti berhenti ambil pil obimin? Adakah suplemen habbatus sauda mempunyai kesan sampingan ketika hamil? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pengambilan habatus sauda sebagai suplemen sangat baik untuk orang yang tidak mempunyai penyakit, sebagai meningkatkan daya ketahanan tubuh.   Ia juga digunakan oleh perubatan purba, semenjak zaman tamadun Firaun di Mesir, mereka menggunakan habatus sauda’ sebagai suplemen dan ubat.   Contohnya, Ratu Cleopatra menggunakan habitus sauda’ untuk merawat kecantikan beliau, Ratu Nefertiti juga menggunakan minyak habitus sauda’ untuk menghitamkan rambut ... Read More »

kadar jantung perlahan semasa hamil

KADAR JANTUNG PERLAHAN SEMASA HAMIL “Assalammualaikum Dr Zubaidi, maaf menganggu, saya ingin bertanyakan soalan mengenai kadar deyutan jantung perlahan (bradycardia). Saya berumur 29tahun baru berkahwin, tidak bekerja serta sedang mengandung anak pertama berusia 14 minggu. Saya ingin bertanyakan soalan mengenai kadar denyutan jantung saya yang perlahan sekitar 50-51 adakah ianya berbahaya? Untuk pengetahuan Dr. Saya juga telah membuat pemeriksaan ECG di klinik kesihatan dan Dr dari klinik kesihatan telah meminta saya ke HKL untuk rawatan selanjutnya. Saya atau keluarga terdekat tidak mempunyai sebarang penyakit berkaitan dengan jantung serta saya tidak mengalami sebarang symptoms seperti pening, pitam, loya atau sebagainya semasa mengandung. Cuma agak keletihan, kurang selera makan dan terasa malas sahaja. Adakah kerana kurang exercise / bergerak membuatkan jantung saya berdenyut perlahan atau sebaliknya? Adakah merbahaya jika saya kembali bekerja?. ... Read More »

Folic acid 1 mg atau 5 mg?

FOLIC ACID 1 MG ATAU 5 MG UNTUK WANITA HAMIL?   “Assalamualaikum doktor.  Saya ada satu soalan berkenaan perbezaan antara folic acid 1mg dengan folic acid 5mg? Kebiasaan wanita hamil 1trimister mengambil folic acid 1mg atau 5mg? Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pengamalan folik acid ketika hamil adalah penting  kerana ia boleh membantu mencegah kecacatan kelahiran terutama masalah kecacatan saraf yang dikenali sebagai neural tube defects.   Saya ada menulis dalam blog mengenainya. Rujuk  http://drzubaidi.com/blog/?p=1038.   Bagi wanita yang mempunyai hasrat untuk hamil, dicadangkan mengambil folic acid sebanyak 400 mikrogram (mcg)  atau 0.4 miligram (mg) setiap hari  kerana ia akan membantu kesburan dan mempersiapkan diri dengan kandungan folic acid dalam darah yang ckup sebagi saja berlakunya persenyawaan antara sperma dan ovum.   Dos ini harus diteruskan sehingga ... Read More »

Guna pil perancang hari ke 12

GUNA PIL PERANCANG HARI KE 12   “Assalam mu alaikum doktor, Maaf menggangu, nak mintak pendapat doktor tentang pil perancang. Bolehkah sekiranya saya mula mkn pil itu pada hari ke 12 dari period? adakah fungsi pil itru akan berkesan? untuk makluman doktor, saya tidak pernah mengambil pil sebelum ini. terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pil perancang kehamilan selalunya diambil pada hari pertama, atau ketiga atau ke lima, bergantung kepada janis pil. Tidak ada yang disyorkan untuk ambil pada hari ke 12.   Pil ini selalunya berkesan selepas 2 hari diambil. Sebab itu ia diambil pada hari masih haid, bagi melindungi hubungan seks bersama suami, ketika ia bersih nanti.   Maknanya jika diambil pada hari ke 5 (ketika masih haid),  apabila telah bersih pada hari ke 7, hubungan ... Read More »

Darah Haid atau Keguguran

DARAH HAID ATAU KEGUGURAN? “As salamu alaikum  Dr Zubaidi,  saya hendak mendapat kepastian dari DR. Semalam saya pergi check di klinik,  saya hamil.  Jalur pada UPT samar. Doktor cakap saya hamil 5 minggu. Petang tadi, saya travel ke Rawang n didapati bleeding sedikit.  Pertanyaan saya betul ke saya hamil? Adakah kehamilan saya selamat . Pagi ini saya check masih ada lagi bleeding cairan coklat . Terima kasih doctor.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Keputusan yang menunjukkan tanda samar pada bahagian “test (T)” pada UPT, tidak semestinya puan hamil. Pemeriksaan lanjut harus dijalankan untuk pengesahan kehamilan seperti pemeriksaan ulrasound atau pemeriksaan darah untuk hormon hCG.   Ini kerana kebanyakan alat UPT yang dijual di Malaysia tidak sensitif pada hormone hCG yang rendah, yang dikeluarkan oleh uri di awal kehamilan.   ... Read More »

Ujian kehamilan menggunakan jenama clearblue digital

UJIAN KEHAMILAN MENGGUNAKAN CLEARBLUE DIGITAL   “Salam doktor, sya telah lewat haid 3 hari dan keputusannya ialah seperti dalam gambar. Saya nak tahu, bila masa sesuai untuk saya ke klinik buat ujian kehamilan untuk memastikan saya betul-betul hamil. Terima kasih ?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ujian kehamilan jenama Clearblue Digital mempunyai satu kelebihan apabila dapat mengirakan usia kehamilan wanita yang menggunakannya.   Pihak pengeluar mendakwa usia kehamilan yang dikirakan dengan alat ini adalah tepat dan menyamai ketepatan pemeriksaan menggunakan mesin ultrasound.   Dia menggunakan teknik  Dual Smart Sensor ™ seperti ujian dua dalam satu yang bukan sahaja memberitahu sama ada seorang wanita itu ‘Hamil’ atau ‘Tidak hamil’, tetapi juga memberitahu wanita itu usia kehamilannya unit  ‘minggu’.   Maksudnya jika ia menunjukkan  1-2,  kehamilan antara 1-2 minggu. 2- 3 ... Read More »

punca rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual semasa hamil

PUNCA RASA SAKIT KETIKA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKSUAL SEMASA HAMIL “Salam doktor, saya sekarang hamil 5 bulan.Hampir 2 bulan kami berpisah kerana suami belajar di luar negara dan sekarang suami sudah kembali ke Malaysia. Masalah saya ialah setiap kali melakukan hubungan seksual,  saya berasa sakit dan senak, sehingga saya tidak dapat menikmati seks itu sendiri. Saya ingin meminta penjelasan doktor apakah punca kesakitan itu dan apa yang perlu saya dan suami buat untuk mengurangkan rasa sakit ini seterusnya dapat sama-sama menikmati hubungan seksual sewaktu hamil.  Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Hubungan seksual bersama suami atau isteri semasa hamil adalah suatu yang normal dan tidak perlu dihalang. Ia adalah hubungan yang sihat dan perlu digalakkan jika masing-masing menikmati hubungan ini.   Namun jika hubungan seksual ini menyebabkan ketidakselesaan ... Read More »

Tip memilih bra ketika hamil

TIPS MEMILIH BRA KETIKA HAMIL   “Salam doctor. Saya hamil 20 minggu. Saya banyak membaca dan ada yang menyatakan bahawa kita harus menukarkan bra yang sesuai. Benarkah? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Semasa hamil, akan berlaku perubahan pada saiz dan bentuk payudara seseorang wanita. Pada masa itu payudara  sedang membina  lebih banyak tisu-tisu  untuk memuatkan kelenjar-kelenjar susu.   Ia persediaan awal bagi menyediakan payudara untuk menyusukan anak setelah melahirkannya kelak.   Pemakaian bra semasa hamil haruslah digalakkan kerana ia memberi sokongan pada payudara untuk mengurangkan penarikan tisu yang boleh menyebabkan buah dada menjadi kendur terutama pada wanita yang mempunyai payudara yang besar.   Masa yang sesuai untuk memakai bra hamil adalah berbeza dari seorang wanita ke wanita yang lain bergantung kepada payudara yang dimilikinya dan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!