Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Kehamilan

Category Archives: Kehamilan

pengamalan kurma membantu proses kelahiran

PENGAMALAN KURMA MEMBANTU PROSES KELAHIRAN       Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM) ditulis pada 3 Nov 2017   Apakah khasiat pemakanan yang ada dalam sebiji kurma? Kurma adalah antara makanan buah yang sangat kaya dengan pelbagai nutrient. Ia kaya dengan gula sebanyak 80% dan selebihnya adalah protein, fiber, dan mineral yang penting seperti kalsium, iron, magnesium, manganese, potassium, sodium, phosphorus,  selenium, dan zinc.   Dalam 100g kurma mengandungi  282 kcal yang terdiri dari karbohidrat 75g, lemak baik 0.4g dan protein 2.45g.   Kurma mempunyai indeks glisemik yang sederhana, bergantung kepada jenis kurma. Sebagai contoh kurma khalas mempunyai indeks glisemik 35.5, barhi 49.7 dan bo ma’an 30.5. Jadi kurma mempunyai indeks glisemik yang rendah, walaupun ia manis tetapi ia mempunyai banyak serat yang ... Read More »

Bolehkah wanita hamil menggunakan lozenges untuk menghilangkan batuk ketika hamil

BOLEHKAH AMBIL LOZENGES UNTUK HILANGKAN BATUK KETIKA HAMIL.     “Assalamualaikum, doktor. Saya sedang hamil dan mengalami batuk. Ia sangat mengganggu saya sehingga ada kalanya batuk tidak berhenti, bersin dan hidung saya berhinggus. Saya telah pergi buat pemeriksaan doktor dan doktor hanya mengatakan ia disebabkan oleh virus. Dia memberikan saya lozenges untuk melegakan batuk saya. Adakah ia selamat untuk saya yang sedang hamil? Mohon pencerahan, terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM.   lozenges adalah ubat tablet yang dihisap dan diberikan perasa seperti rasa oren dan strawberi. Ia yang mengandung 2 bahan aktif, yakni 2,4 dichlorobenzil alcohol dan amymetacresol.     Kedua bahan aktif tersebut merupakan antiseptik lemah yang bertujuan membantu meringankan rasa gatal pada kerongkong dan membunuh virus dan bakteria.     Secara amnya kedua-dua bahan tersebut adalah ... Read More »

Kembar seiras atau tidak

KEMBAR SEIRAS ATAU TIDAK SEIRAS     “Salam doktor, saya mempunyai dua pasangan orang kembar. Satu pasangan kembar, muka mereka seiras. Sementara satu lagi pasangan, muka mereka tidak seiras. Bagaimanakah kembar yang tidak seiras ini boleh berlaku?”   WA ALAIKUMMUS SALAM   KEMBAR tidak bermakna berpasang. Ada yang kembar tiga, empat dan seterusnya. Namun kebanyakan kembar adalah berpasangan.   Ini berlaku apabila satu ovum yang matang disenyawakan oleh dari satu sperma dan kemudian membahagi kepada dua janin (embrio). Ini akan menyebabkan muka mereka seiras. Ia berasal dari genetik yang sama. Mereka berkongsi satu uri.     Satu lagi kembar berlaku apabila dua telur dipersenyawakan oleh dua sperma yang berlainan. Ini akan menghasilkan dua embrio (janin) yang berbeza. Mereka mempunyai dua uri (setiap seorang satu uri).   Semoga bermanfaat. Bagi mereka ... Read More »

kadar degupan jantung janin

KADAR DEGUPAN JANTUNG JANIN Semasa memeriksa janin melalui pemeriksaan ultrasound, seorang suami yang menemani isterinya (yang hamil) menegur saya. “Doktor, kenapa degupan jantung bayi agak laju. Kalau kita selalunya 100 degupan perminit pun sudah dianggap laju. “ Saya senyum. “Betul tuan. Kalau orang dewasa ia dianggap laju, tetapi untuk janin yang masih berada dalam rahem, ia dianggap normal kerana struktur jantung yang belum matang” Dia mengangguk setuju dan faham. Kadar degupan jantung janin dan bayi dalam rahem laju dibandingkan dengan degupan jantung orang dewasa. Selalunya janin akan mula berdegup 3 minggu selepas berlakunya persenyawaan. Namun ia hanya dapat dilihat dengan jelas menggunakan teknik pemeriksaan ultrasound pada usia kehamilan 6 minggu. Secara amnya, degupan jantung janin dan bayi adalah seperti berikut: Pada usia 6 minggu : 100 -120/minit. Kemudian pada minggu ... Read More »

janin saya tiada anggota tubuh

JANIN SAYA TIADA ANGGOTA TUBUH           “Salam doktor, ini kali pertama saya jalani pemeriksaan ultrasound selepas tidak datang haid 2 minggu. Doktor kata saya telah hamil. Tetapi saya tidak nampak pun anggota bayi saya. Mohon pencerahan, doktor. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM.   Bagi wanita yang masih berada di usia awal kehamilan,tanda kehamilan apabila doktor dapat mengesan kantung janin.   Dalam kes puan, usia kehamilan 6 minggu (apabila dua minggu tidak datang haid dari tarikh sepatutnya) doktor akan mengesan   1. kantung janin di dalam rahem   2. degupan jantung janin yang kita panggil ‘fetal echo’.   3. doktor akan mengukur panjang janin, kita panggil ‘Crown-Rump Length’ (CRL). Ini akan memberikan tarikh dijangka lahir atau ‘Estimated Date of Delivery’ (EDD).   Jangan runsing ... Read More »

mengesahkan kehamilan selepas IVF

MENGESAHKAN KEHAMILAN SELEPAS IVF   Bagi wanita yang menjalani rawatan IVF dan menerima suntikan kesuburan, cara terbaik ialah bukan dengan pemeriksaan urine pregnancy test (UPT) atau menjalani pemeriksaan darah untuk hormon kehamilan B-hcG. Ini kerana suntikan kesuburan seperti Ovidrel dan Pregnyl juga mengandungi hormon B-hcG. Sudah tentu tahap hormon ini akan tinggi dalam darah dan ianya dikeluarkan melalui air kencing. Ini akan memberikan keputusan yang positif (walaupun wanita itu tidak hamil) jika menjalani pemeriksaan urine dan darah. Cara terbaik ialah pemeriksaan ultrasound melalui faraj bagi memastikan seorang wanita itu berjaya dalam rawatan IVF dan sedang hamil. Saya mencadangkan agar pemeriksaan dilakukan sebulan selepas pemindahan embrio. Semoga bermanfaat. Bagi mereka yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu, saya cadangkan pengambilan Ekstrak Kacip Fatimah (setelah mendapat pemeriksaan doktor di samping pengambilan Vit C dan ... Read More »

bila masa sesuai buat ujian kehamilan

BILA MASA SESUAI BUAT UJIAN KEHAMILAN.     “Salam, doktor. Bila masa yang sesuai untuk membuat pemeriksaan kehamilan? Terima kasih” WA ALAIKUMMUS SALAM. Terdapat tiga cara yang biasa saya gunakan untuk mengesahkan kehamilan. Pertama, menggunakan kaedah ‘urine pregnancy test’ (UPT) di rumah. Ia boleh dilakukan pada minggu keenam dari tarikh hari pertama haid yang terahir, atau selepas dua minggu tidak datang haid pada tarikh yang sepatutnya. Kedua, melakukan pemeriksaan ultrasound dengan meletakkan alat pengesan (probe) pada abdomen. Ia boleh dilakukan pada minggu ke lima selepas dari tarikh hari pertama haid yang lepas. Kadang kala imej yang dilihat tidak jelas, bergantung pada jenis mesin ultrasound dan ketebalan lemak pada bawah kulit abdomen. Ketiga, melakukan pemeriksaan ultrasound dengan meletakkan alat pengesan (probe) ke dalam faraj. Ia lebih tetapmengesahkan kehamilan dengan membuat imbasan ... Read More »

Bolehkah menaiki pesawat ketika hamil

BOLEHKAH MENAIKI PESAWAT KETIKA HAMIL?     Apabila seorang wanita hamil menaiki kapalterbang, timbul keraguan tentang keselamatan ibu dan anak dalam rahem. Ini disebabkan oleh faktor ketinggian tahap kelembapan rendah serta perubahan tekanan udara di dalam kabin pesawat yang mungkin menjejaskan kesihatan mereka. Sekiranya berlaku sebarang kecemasan semasa di atas, tiada kemudahan perubatan yang lengkap, kecuali apa yang ada dalam perut kapal sahaja.   Faktor yang disebutkan tadi boleh menyebabkan ibu-ibu hamil yang mempunyai masalah kesihatan jantung boleh mengalami kadar degupan jantung, tekanan darah tinggi naik atau sukar bernafas.   Ramai yang bertanya, bilakah masa yang terbaik untuk menggunakan perkhidmataan udara untuk balik kampung atau bercuti? Selalunya masa paling selamat untuk menaiki terbang adalah apabila usia kehamilan dalam trimester kedua iaitu antara 15-30 minggu.     Ini kerana kebanyakan keguguran bisanya ... Read More »

BOLEHKAN IBU YANG HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK MENGAMBIL UBAT CACING?

   “Salam doktor, bolehkah ibu yang hamil dan menyusukan anak mengambil ubat cacing? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Mebendazole adalah ubat cacing yang banyak terdapat di pasaran kita. Ia dikategorikan sebagai kumpulan C, iaitu kajian haiwan di makmal telah membuktikan terdapat kesan ketoksikan dan menyebabkan kecacatan pada janin dalam rahem haiwan yang diuji (teratogen). Namun tiada ujian yang dibuat kepada wanita yang hamil, maka kesannya tidak diketahui.     Saya mencadangkan penggunaan ubat cacing hanya diberikan kepada wanita yang hamil, jika ia dirasakan terlalu perlu, contohnya ada tanda jangkitan cacing yang jelas seperti terdapat cacing pada najis di tandas. Jika tidak boleh tunggu pada masa yang lebih selamat.       Bagi wanita yang menyusukan anak, ubat ini menyerap masuk ke dalam susu ibu dalam kuantiti yang ... Read More »

kesan ubat turun darah pada bayi dalam rahem

KESAN UBAT TURUN DARAH PADA JANIN/BAYI YANG DALAM RAHEM “Salam doktor maaf saya bertanya, kalau saya ada makan ubat turun haid iaitu sunolut tetapi masih tidak datang haid. Bila saya cek UPT, rupanya saya hamil. Adakah merbahaya kepada kandungan saya?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya tidak pernah menggalakkan wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu untuk ambil Sunolut.   Sonulut biasanya diberikan kepada wanita yang tidak datang haid, agar darah haid dapat dikeluarkan. Oleh itu ia dikenali sebagai “ubat turun haid”.   Saya percaya sonolut menyebabkan kitaran haid menjadi lebih teruk kerana ‘gangguan’ hormon sintetik ini.   Sunolut adalah adalah hormon progestrone sintetik dalam bentuk norethisterone.   Jika puan sedang hamil janin perempuan, pengambilan dos yang tinggi boleh menyebabkan jika janin puan mengalami kesan ‘kelelakian’.   Namun ... Read More »

Adakah ultrasound bahaya pada bayi saya?

ADAKAH PEMERIKSAAN ULTRASOUND UNTUK KEHAMILAN SELAMAT? “Salam. Saya selalu ke klinik untuk membuat pemeriksaan untuk kehamilan saya. Doktor melakukan pemeriksaan ultrasound, setiap kali saya ke sana. Adakah pemeriksaan ultrasound itu bahaya?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pemeriksaan ultrasound telah digunakan dalam pemeriksaan ibu hamil beberapa dekad, dan sehingga tiada bukti yang mendapati pemeriksaan ini boleh menyebabkan kecacatan atau komplikasi kehamilan. Banyak kajian yang menunjukkan pemeriksaan ultrasound boleh menyebabkan pertambahan atau pengurang berat badan, kanser pada kanak-kanak, masalah disleksia atau pendengaran. Secara peribadi saya berpendapat pemeriksaan ultrasound harus dilakukan oleh seorang doktor yang berpengalaman dan menggunakan mesin ultrasound yang baik. Ini kerana tidak semua doktor dapat melakukan pemeriksaan dengan baik, terutamanya dalam kes yang agak kompleks, apatalah lagi jika menggunakan mesin ultrasound yang “ketinggalan zaman”. Ini akan mendatangkan kekeliruan pada ... Read More »

Pendarahan ketika 28 minggu kehamilan

PENDARAHAN KETIKA HAMIL   “Salam, doktor. Saya sedang hamil 28 minggu. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya perasan ada pendarahan dari faraj?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Puan sebaiknya buat pemeriksaan segera, walaupun pendarahan telah berhenti. Walaupun ia mungkin pendarahan yang sedikit, ia boleh menjadi tanda masalah yang serius.   Ramai wanita yang hamil agak keliru dengan pendarahan yang mereka alami, kerana menyangka bahawa mereka sedang mengalami haid. Darah yang keluar, sama seperti darah haid, sama ada berwarna merah jambu ke merah darah ke coklat. Perbezaannya ialah darah haid adalah darah yang normal keluar setiap bulan, akibat perubahan hormone. Pendarahan semasa hamil pula adalah darah yang disebabkan komplikasi semasa kehamilan dan ia bukanlah normal bagi wanita yang hamil. Ia mungkin tanda yang berbahaya bagi bayi dalam rahem.   ... Read More »

Ambil aspirin semasa hamil

MENGAMBIL ASPIRIN KETIKA HAMIL.     “Salam. Saya baru ini diberikan oleh doctor ubat aspirin. Mengikut pembacaan saya, aspirin ini boleh memudaratkan saya dan bayi dalam hamil, jika diambil ketika hamil. Mohon pandangan doctor. Terima kasih”       Aspirin mengandungi bahan aktif yang dinamakan ‘Acetylsalicylic acid’. Aspirin menghalang pengeluaran bahan yang menyerupai hormone dalam tubuh yang dinamakan “prostaglandin”. Prostaglandin berfungsi sebagai bahan yang merangsangkan rasa sakit, mengekalkan kekenyalan saluran darah dan menghalang pembekuan darah. Oleh itu aspirin diberikan untuk menghalang pembekuan darah dan mengurangkan rasa sakit dan keradangan.   Jika puan tidak mempunyai masalah kesihatan yang mana doctor menasihatkan puan mengambil aspirin, saya mencadangkan agar puan tidak mengambil aspirin semasa hamil.   Ini kerana pengambilan aspirin yang berlebihan, boleh menyebabkan keracunan aspirin. Ia berlaku apabila :   Seorang individu ... Read More »

Platelet rendah ketika hamil

PLATELET RENDAH KETIKA HAMIL     “Assalamualaikum  Dr Zubaidi.  Saya Anis, sedang hamil anak pertama 34 minggu dan baru-baru ini saya demam, batuk dan selesema. Saya ke hospital dan cek darah. Jumlah platelet sy 151 dan border line untuk kena denggi. So doktor masuk air dan hantar ke darah ke makmal untuk kali kedua. Bacaan platelet 155. Dua hari selepas itu saya diperiksa darah lagi dan bacaan platelet menurun lagi ke 134. Adakah keadaan ni merbahaya untuk saya dan baby dan macam mana untuk menaikkan bilangan platelet dalam darah. Combo test untuk denggi semuanya negative, tapi platelet rendah. Harap doktor dapat bantu saya. terima kasih.”     WA ALAIKUM MUS SALAM     Saya percaya puan mungkin dijangkiti oleh kuman virus yang biasa menjangkiti saluran pernafasan. Itu yang menyebabkan puan ... Read More »

Bayi berak dalam rahem

BAYI BERAK DALAM RAHEM   Ramai yang bertanya tentang masalah bayi mereka dikatakan berak dalam rahem.   Dalam kes-kes yang biasa, air ketuban (cecair amniotik) yang berada di dalam rahem, akan ditelan dan masuk ke dalam paru-paru. ia tidak berbahaya kepada bayi dalam rahem, kerana ia bersifat sterile (bersih dari kuman).   Meconium ialah najis awal (tahi) yang dikeluarkan oleh bayi yang baru lahir tidak lama selepas kelahiran. Kebiasaannya ia keluar dari badan sebelum bayi tersebut mula mencerna susu ibu (atau susu formula) yang diberikan sebaik saja atau beberapa jam selepas dilahirkan.   Dalam beberapa kes, ada bayi yang mengeluarkan meconium ketika masih di dalam rahem. Ini akan berlaku apabila bayi adalah “di bawah tekanan” kerana bekalan darah dan oksigen berkurangan. Ia selalunya disebabkan oleh masalah dengan plasenta (uri).   Jadi ... Read More »

Berapa banyak penambahan berat badan ketika hamil?

BERAPA BANYAK BERAT BERTAMBAH SEMASA HAMIL?   Ada beberapa ibu hamil yang risau dengan penambahan berat badan yang agak perlahan. Hal ini telah ditegur oleh jururawat/bidan terlatih yang bertugas. Penambahan berat badan ini sangat penting kerana ia menunjukkan bayi dalam rahem sedang membesar dengan baik. Agak sukar saya memberikan komen kepada hal ini, kerana ia bergantung kepada ketinggian, bentuk tubuh dan berat sebelum hamil. Namun pada amnya di akhir kehamilan, penambahan berat badan sebanyak kira-kira 12.5kg (27,6 lb) berbanding sebelum hamil. Daripada penambahan berat ini, satu pertiga datangnya dari berat bayi, uri dan cecair ketuban. Sebagai contoh, penambahan berat badan disebabkan oleh: 1. Berat bayi kira-kira 3.3kg 2. Uri kira-kira 0.7 kg 3. Cecair ketuban 0.8 kg   Dua pertiga daripada penambahan berat badan ini adalah disebabkan oleh : 1. ... Read More »

Hamil disyaki diabetes kena buat BSP

HAMIL DISYAKI DIABETES KENA BUAT BSP     “Salam doktor. Saya sekarang hamil anak ketiga tapi baru-baru ini saya terpaksa buat ujian BSP kerana doktor kata saya ada kencing manis. Saya sangat risau. Macam mana hendak turunkan gula dalam darah? Bagaimana pula dgn kesihatan anak saya dalam rahem. Terima kasih doktor saya dahulukan atas kesudian menjawab soalan.”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya percaya puan belum lagi disahkan mengalami penyakit diabetes mellitus (kencing manis). Jika puan telah disahkan mengalami diabetes mellitus, sudah tentu doctor telah memberikan rawatan, dan tidak perlu lagi pemeriksaan BSP. Pemeriksaan BSP adalah sebahagian cara (prosedur) pemeriksaan gula bagi mendiagnosa pesakit diabetes. Ia bukan pemeriksaan saringan.     Jadi saya puan hanya disyaki mengalami diabetes mellitus saja.     Pemeriksaan gula dalam darah dilakukan kepada ... Read More »

Suntik Rubella secara tidak sedar telah hamil dan anak dikatakan akan cacat

SUNTIK RUBELLA SECARA TIDAK SEDAR TELAH HAMIL DAN ANAK DIKATAKAN AKAN CACAT    “Assalamualaikum. Saya nak ucapkan terima kasih pada doktor.. kerana dgn penulisan dan penerangan doktor dlm blog dan juga di fb byk membantu sy.. terutama semasa sy mengandungkan anak sy yg ke 2 yg mana nurse desa memberi sy suntikan rubella yg ketika tu sy tak sedar sy sedang hamil 4 minggu.. bila sy tahu dan sy rujuk semula pada klinik desa berkenaan semua kata2 negetif dr diorg.. dia ckp anak sy akak cacat dan soh sy pergi mana2 klinik swasta utk cuci.. tp sy tak sanggup sbb bg sy anak yg sy kandung tu tak de dosa.. sy down sgt.. satu hari sy google dan terjumpa blog doktor.. jawapan doktor buat sy yakin dan positif.. dan dpt ... Read More »

Isteri belum hamil, tidak datang haid 3 bulan

ISTERI BELUM HAMIL, TIDAK DATANG HAID 3 BULAN   “Assalamualaikum Dr. Zubaidi. Selamat menyambut Romadhon Al-Mubarok. Dr. Saya baru berkahwin awal tahun ini. Sebelum berkahwin isteri saya pernah mengalami period tidak normal yang mana dia tidak datang bulan sebanyak 3 kali. Ketika ini, Isteri saya sudah 3 bulan lebih tidak datang bulan.Dia telah membuat pemeriksaan UPT sebanyak 4 kali (3 kali buat di rumah, dan sekali dibuat di klinik swasta). Agak menyedihkan, keempat-empat ujian tersebut adalah negative. Saya telah membuat appointment lain dengan klinik tersebut untuk membuat scanning pada isteri saya. Di sini ada beberapa soalan ya Dr.: 1. Jika scanning itu tidak menunjukkan tanda-tanda kehadiran janin/baby, apa yang mesti saya lakukan seterusnya? 2. Perlu atau tidak isteri saya mengambil ubat atau supplement untuk membetulkan kembali kitaran haidnya? Doktor di ... Read More »

Sedikit pendarahan pada 8 minggu kehamilan

   PENDARAHAN PADA MINGGU KE LAPAN KEHAMILAN     “salam doc.. sori ,meganggu. ada 1 soalan kecemasan ni. sy pregnant 2 1/2 bulan. ms kandungan 8 minggu ada sedikit bleeding & warded lps tu ok. skg keluar pulak lendir coklat yg terlalut pekat. coklat kehitaman. blh tlg jelaskan tak apa yg berlaku? Tq”     WA ALAIKUM MUS SALAM     Pendarahan di awal kehamilan adalah perkara biasa, terutamanya dalam masa tiga bulan pertama kehamilan, kadang kala ia tidak membahayakan bayi dalam rahem. Pendarahan ini akan berhenti dalam masa dua atau tiga hari.     Punca pendarahan seperti ini disebabkan oleh:     Pendarahan implantasi, yang mungkin berlaku apabila ovum yang disenyawakan ditanam di lapisan endometrium pada dinding rahem. Terdapat luka (erosion) pada permukaan pangkal rahem. Pendarahan akibat jangkitan faraj ... Read More »

Keguguran akibat makan ikan pari

KEGUGURAN AKIBAT MAKAN IKAN PARI   “Assalamualaikum doktor dan selamat berpuasa.  Sy baru mengalami keguguran pd usia kandungan 3 bulan..dan sy ingin bertanya adakah memakan ikan pari sewaktu kehamilan boleh menyebabkan keguguran. Ini kerana sy ada mkn ikan pari sewaktu hamil dan selepas beberapa hari ada bleeding. Terima kasih sekiranya doktor sudi menjawab persoalan sy ini”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mengucapkan takziah atas kehilangan yang puan alami. Semoga ALLAH  mnggantikan kehilangan yang puan alami dengan sesuatu yang lebih baik.   Puan mengalami keguguran pada usia kehamilan 3 bulan iaitu lebih kurang 12 minggu. Sebenarnya banyak punca keguguran di awal kehamilan. Saya punca ia bukan berpunca dari makan ikan pari.   Punca utama keguguran ialah apabila janin terbentuk dari pencantuman benih yang kurang berkualiti akibat terdapat masalah dalam ... Read More »

Hamil dan mengalami sedikit pendarahan

HAMIL DAN MENGALAMI SEDIKIT PENDARAHAN      “Assalamualaikum doktor. Maaf mengganggu sekarang ni saya sedang hamil anak ke 4 usia kehamilan 32minggu. Saya mahu bertanya doktor dalam 2 hari kebelakangan ini saya mengalami darah coklat cair yang keluar dari faraj. Apakah puncanya? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Jika pendarahan yang sedikit tanpa rasa ada rasa sakit perut di bahagian bawah pusat (tanda kontraksi mahu lahirkan anak) dan pergerakan bayi dalam rahem seperti biasa, ia tidak perlu dirisaukan.   Biasanya berlakunya “engorgement “(pengembangan salur darah) sekitar faraj menyebabkan sedikit darah keluar dari saluran darah. Ini kerana bayi yang bersaiz semakin besar dan menjadi berat menekan saluran di darah di kawasan itu.   Saya mencadangkan puan buat pemeruksaan doktor jika pendarahan itu melebihi seminggu kerana pendarahan seperti ... Read More »

Hamil bersama fibroid dan mengalami pendarahan

HAMIL BERSAMA FIBROID DAN MENGALAMI PENDARAHAN       “Salam doktor, saya berumur 26thn dan sudah genap setahun kahwin . Sekarang  asay sedang hamil anak pertama berusia 14 minggu. Masalah saya sekarang adalah saya ada fibroid berukuran 13x11cm yang berada dalam rahem bahagian atas. Baru-baru ini, saya  ada mengalami pendarahan yang berwarna coklat. Saya sudah pergi buat pemeriksaan di hospital. Doktor telah melakukan scan, dan mendapati bayi saya  dalam rahem alhamdulillah sihat dan degupan jantung juga baik. Tetapi  saya risau kenapa masih ada pendarahan untuk beberapa hari sampai sekarang, tambah lagi kalau saya bergerak lebih sikit. Mujur sekarang saya adalah suri rumah, jadi saya  kena bed rest je sepanjang masa. Mohon pencerahan, terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Puan mempunyai saiz fibroid yang agak besar, dan malangnya dikesan ... Read More »

Hamil lima minggu dan keluar darah warna coklat

HAMIL LIMA MINGGU DAN KELUAR DARAH WARNA COKLAT     “Salam doctor, saya nak bertanya doc. Saya baru sahaja hamil anak pertama dan usia kehamilan dalam 5minggu. Pagi tadi  ada berlaku pendarahan berwarna coklat. Doktor ada beri ubat untuk kuatkan rahim. Kenapa ya jadi macam tu dan apa perlu saya perlu buat. Adakah bahaya utk baby saya. Terima kasih? “   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tahniah atas kehamilan puan. Usia kehamilan 5 minggu masih lagi dikategorikan sebagai peringkat awal kehamilan, dan ia sangat mudah untuk mengalami keguguran.     Puan mengalami pendarahan berwarna coklat.  Lendiran yang bercampur dengan darah, selalunya berwarna coklat ketika awal kehamilan disebut “spotting”. Ia adalah pendarahan yang serius apabila berlaku ketika hamil kerana meninggikan risiko untuk keguguran.     Pendarahan ketika di awal kehamilan boleh ... Read More »

Kehamilan dan ubat jerawat

KEHAMILAN DAN UBAT JERAWAT   “Salam doktor. Saya ingin bertanya. Saya telah hamil  9 minggu dan mengalami jerawat di muka. Boleh ke saya pakai ubat jerawat kat muka ? Ubat jerawat tersebut saya beli di klinik pakar kulit. Bahaya tak untuk kandungan? Terima kaseh.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Jerawat yang berlaku semasa hamil bukanlah sesuatu yang luar biasa, ia hanya disebabkan oleh tahap hormon puan yang tinggi. Bagi mereka yang hamil, perlu lebih berhati-hati menggunakan ubat merawat jerawat.   Antara ubat jerawat yang harus dielakkan adalah:   Kream Accutane: mengandungi bahan isotretinoin. Kream Retinoid: mengandungi bahan adapalene, tazarotene dan tretinoin. Ubat pil antibiotic tetracyclines  seperti doxycycline, minocycline, tetracycline. Kream yang mengandungi asid salisilik (salicylic acid) Produk yang mengandungi asid alpha-hydroxy, tidak digalakkan kerana kesan mudaratnya masih belum diketahui. ... Read More »

Hukum Menggugurkan Bayi dalam Rahem

HUKUM MENGGUGURKAN JANIN   “Salam doktor, apa hukum menggugurkan bayi dalam rahem?” WA ALAIKUM MUS SALAM Berdasarkan analisa kepada 3 fatwa yang telah dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, panduan bagi menjelaskan hukum menggugurkan janin adalah merujuk kepada penjelasan berikut, tanpa membezakan antara satu kes dengan kes yang lain: Janin di dalam kandungan terbentuk dalam beberapa peringkat, iaitu peringkat awal yang dipanggil nutfah iaitu dari 1 hari hingga 40 hari. Peringkat kedua ialah peringkat sesudah terbentuk yang dipanggil mudhgah yang berumur di antara 40 hari hingga 120 hari. Peringkat ketiga pula ialah peringkat selepas berumur 120 hari iaitu sesudah ditiup roh insaniah ke dalamnya.   Menurut para doktor, peringkat sebelum berbentuk ialah peringkat dari hari pertama hingga 40 hari seseorang itu mengandung. Majoriti ... Read More »

Baru Gugur Mahu Hamil Lagi

BARU GUGUR MAHU HAMIL LAGI   “Assalamualaikum. Maaf mengganggu doktor. Sekadar ingin bertanya. Saya baru keguguran pada awal tahun ini. Saya ingin bertanya bilakah waktu subur sesorg itu dan bilakah waktu sesuai untuk saya ‘bersama’ dengan suami. Haid saya tidak teratur. Saya baru dating haid pada 1hb mei baru-baru ini. Maaf kalau soalan saya terlalu peribadi kerana saya dan suami inginkan zuriat. Terima kasih atas pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya ucapkan takziah kepada puan. Banyaklah bersabar dan berdoalah agar ALLAH menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.   Ramai doktor menasihatkan wanita yang keguguran agar menunggu sehingga kedatangan haid sekurang-kurangnya sekali selepas keguguran, sebelum mencuba untuk hamil sekali lagi.   Semakin lama puan menunggu, ia makin tinggi peluang puan untuk hamil kerana hormone puan akan berada dalam keseimbangan, ... Read More »

Strawberi menyebabkan keguguran?

STRAWBERRY MENYEBABKAN KEGUGURAN? “Assalam mu alaikum dr. Saya ada satu soalan.Saya sedang hamil 6 bulan dan saya sangat gemar memakan buah strawberi. Ada rakan yang memberitahu bahawa strawberi adalah buah yang tajam dan membahayakan kehamilan. Soalan saya, adakah jika makan strawberi terlalu kerap boleh menyebabkan keguguran. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Strawberi merupakan buahan bukan tropika yang sangat banyak khasiat. Beberapa kajian telah menunjukkan pengambilan strawberi dapat merendahkan risiko penyakit kardiovaskular kerana bahawa fitokimia yang terdapat dalam strawberi mempunyai ciri-ciri anti-radang dan anti-kanser. (rujuk: Giampieri F, The potential impact of strawberry on human health. Natural product research 27 (4-5): 448–55.)   Terdapat juga kajian yang menunjukkan pengambilan strawberi dapat menurunkan tekanan darah tinggi, menurunkan kadar kolesterol LDL, dan mengurangkan gula dalam darah.   (rujuk: Basu ... Read More »

Pendarahan Selepas Seks Semasa Hamil

PENDARAHAN SELEPAS SEKS SEMASA HAMIL   “Assalammualaikum doktor. Isteri saya hamil 5 bulan anak pertama. Saya nak tanya., semasa bersama isteri saya., terdapat pendarahan pada isteri.. Adakah ia membahayakan kandungan isteri saya? Mohon penjelasan doktor sebab saya berasa risau. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Melakukan hubungan intim atau seks bersama isteri pada pertengahan tempuh kehamilan, pada amnya selamat. Maksudnya apabila isteri telah mencapai usia kehamilan 15 minggu ke atas, hubungan seks bersama isteri dibenarkan kecuali jika isteri mengalami komplikasi kehamilan seperti uri berada bahagian bawah rahem.   Ini kerana pada ketika itu bayi berada dalam kedudukan yang lebih kukuh, tidak mudah mengalami keguguran berbanding dengan pada usia awal kehamilan.   Selain itu pangkal rahem akan disumbati oleh mucous plug, yang menlindungi selaput ketuban agar tidak mudah pecah. ... Read More »

habatus sauda menyebabkan keguguran?

HABATUS SAUDA  BOLEH MENYEBABKAN KEGUGURAN?     “Assalammualaikum doktor. Saya ada satu soalan,saya ada terbaca satu artikel berkenaan habatussauda.Dalam artikel tersebut ada menyatakan wanita mengandung dan merancang untuk mengandung tidak digalakkan untuk mengambil habatusauda kerana ia boleh menyebabkan rahim mengecut.Adakah benar kenyataan tersebut sebab saya ada mengambil habatusauda untuk mengurangkan alahan saya.Dalam masa yang sama,saya merancang untuk mengandung anak kedua.Saya harap doktor dalam memberi jawapan dari soalan ini. Terima Kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM Ya, pengambilan suplemen habatus sauda boleh menyebabkan keguguran bagi wanita yang mempunyai rahem yang sensitif, sebagai contohnya wanita yang sering keguguran atau mengalami senggugut yang kuat, kerana dalam beberpa kajian habatus sauda boleh menyebabkan rahem mengecut.   Jika pengecutan ini berlaku ketika hamil, maka dibimbangi boleh menyebabkan keguguran.   Walau pun begitu, pengambilan habatus sauda ... Read More »

Adakah ia normal untuk payudara mengeluarkan susu semasa hamil ?

SUSU KELUAR DARI PAYUDARA KETIKA HAMIL   “Assalamualaikum doctor.. saya sekarg tgh hamil 32 mggu.. pg td tiba2 sy bangun, payudar saya terasa sakit seperti bgkak susu.. dan ptg ni sy cuba untuk marmet dan keluar cecair pekat berwarna putih kehijauan. Mohon pencerahan dari doktor. Terima kasih doktor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mengucapkan tahniah atas kehamilan puan. Puan tidak perlu bimbang dengan cecair yang keluar dari payudara puan kerana ia adalah susu awal (kolustrum). Ia lebih pekat dan berkrim, mula dikeluarkan beberapa minggu sebelum masa puan melahirkan anak.   Untuk pengetahuan puan, kebiasaannya payudara wanita hamil akan mula membengkak sebagai persediaan untuk menghasilkan susu apabila memasuki minggu ke 16.   Semakin mendekati waktu melahirkan anak, payudara puan akan bertambah membengkak dan mula menghasilkan susu.   Adakalanya susu kolustrum ... Read More »

Morning Sickness (Loya dan Muntah ketika Hamil)

MORNING SICNESS (LOYA DAN MUNTAH KETIKA HAMIL)   “Salam doktor, boleh doktor terangkan apa itu morning sickness? Bila bermulanya morning sickness?” Morning sickness biasanya bermula sekitar enam minggu usia kehamilan. Oleh kerana setiap kehamilan adalah berbeza, masa bermulanya morning sickness ini boleh berubah dari wanita kepada wanita.   Wanita yang mengalami morning sickness biasanya akan merasa loya, dan mungkin akan muntah apabila bangun pagi. Walaupun ia dinamakan morning sickness, namun rasa loya dan muntah boleh datang bila-bila masa sepanjang hari. Rasa loya dan muntah ini lebih kerap berlaku pada sebelah pagi, mungkin disebabkan pada waktu pagi perut kita telah kosong.   Bau tertentu boleh menyebabkan rasa loya, menyebabkan tiada ada selera untuk makan dan minum sehingga membuatkan wanita hamil ini berasa letih sepanjang hari.   ” Adakah morning sickness memberikan tanda ... Read More »

Kaffein dan IVF

KAFEIN DAN IVF   ” Salam doktor, bagaimana dengan pasangan yang sedang menjalani rawatan IVF. Bolehkah mengambil kaffein? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pengambilan kafein lebih daripada 50mg sehari setiap hari boleh menggagalkan rawatan IVF.   Selain itu pengambilan terlalu banyak kafein juga dikaitkan dengan pertumbuhan fizikal janin yang perlahan’ sehingga menyebabkan bayi dilahirkan dengan berat yang rendah dan keguguran.   Jadi bagi pasangan yang sedang menjalani rawatan IVF cuba hindari pengambilan kafein.   wa allahu a’lam IKLAN   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed ... Read More »

Bolehkah Kafein Mengganggu Kesuburan?

BOLEHKAH KAFEIN MENGGANGGU KESUBURAN?   ” Salam. Saya sudah berkahwin selama 3 tahun, berumur 35 tahun. Saya penggemar kafein. Adakah kafein mengganggu kesuburan saya? Mohon pencerahan. Terima kasih ”    Setakat ini tidak ada bukti yang sahih menunjukkan kafein boleh seorang wanita tidak boleh hamil. Namun beberapa kajian telah mencadangkan bahawa tahap kafein boleh membuat ia lebih sukar untuk hamil berbanding dengan wanita yang tidak mengambil kafein dalam minuman. Pakar-pakar mengatakan mungkin ada kesan kafein ke atas masa ovulasi dan tahap keseimbangan hormon atau mungkin menyebabkan saliran fallopian menjadi tersumbat apabila otot-otot pada saluran itu mengecut akibat kesan kafein. Saluran fallopio yang membawa telur ovum dari ovari dan disenyawakan, kemudian membawa ovum yang telah disenyawakan masuk tertanam ke rahem. Perjalanan ovum yang disenyawakan ke arah rahem dibantu oleh gelombang otot-otot ... Read More »

Adakah selsema disebabkan virus berbahaya untuk wanita hamil.

ADAKAH SELSEMA DISEBABKAN VIRUS BERBAHAYA UNTUK WANITA HAMIL?   “Salam doktor. Baru-baru ini saya mengalami selsema. Saya baca artikel di internet, mengatakan bahawa selsema itu bahaya di kalangan wanita yang hamil. Mohon penjelasa, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ya, selsema yang disebabkan oleh virus sangat berbahaya kepada wanita hamil kerana mereka mempunyai sistem daya tahan melawan penyakit yang rendah semasa hamil. Jika tidak dirawat dengan baik dan sempurna, mereka mungkin boleh mengalami jangkitan kuman pada paru-paru yang serius. Mereka juga boleh mengalami kelahiran pramatang. Walaupun kebanyakan wanita yang hamil yang mengalami selsema akibat jangkitan virus tidak mempunyai komplikasi semasa hamil, namun tiada yang dapat menjamin risiko untuk mendapat jangkitan kuman pada paru-paru (pneumonia). Jadi jika selsema pastikan ia bukan jangkitan virus.   TANDA-TANDA SELSEMA AKIBAT JANGKITAN VIRUS ... Read More »

Dos Folik Asid

DOS ASID FOLIK     “Salam. Bolehkah pengambilan pil asid folik dimulakan sebelum wanita itu hamil? Sekiranya boleh dan jika wanita itu tidak hamil misalnya dalam tempoh tiga hingga empat bulan kemudian, adakah dia patut menghentikan pengambilannya? Apakah dos yang sewajarnya diambil oleh wanita yang merancang untuk hamil? Adakah pil ini mempunyai kesan sampingan? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM   Folik asid ialah sejenis vitamin B. Ia bersifat larut air, maka berlebihan dos lazimnya dikeluarkan ke dalam air kencing. Jadi selagi ginjal masih sihat dan dapat mengeluarkan lebihan folik asid, ia tidak memberikan kesan sampingan.   Asid folik sangat penting dalam pembentukan otak dan sistem saraf tunjang kita. Kecacatan contohnya anencephaly (ketiadaan tempurung kepala), spina bifida (penyakit saraf tunjang) boleh diturunkan risikonya dengan pengambilan asid folik seawal sebulan sebelum hamil. ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!