Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bina Keluarga (page 3)

Category Archives: Bina Keluarga

CoQ10 Membantu Kualiti Sperma Lelaki

CoQ10 Membantu Kualiti Sperma Lelaki

”Doktor, asyik jawab tentang permasalahan wanita saja. Tolonglah kami pesakit fb yang lelaki pula, doktor ” Rakan FB di kalangan kaum Adam telah bertambah. Dulunya boleh dikira dengan jari. Itu pun terdiri daripada rakan-rakan dari sekolah dahulu. Rakan-rakan baru yang mahu berkongsi info dan ilmu amat sedikit. Saya bukannya tidak mahu melayan pertanyaan kaum Adam. Lagipun saya juga lelaki. Namun saya dapati majoriti pembaca blog ini dan rakan FB yang sering bertanya tentang masalah kesihatan adalah golongan wanita. Di mana-mana ceramah yang saya berikan atau perkumpulan ilmu yang saya kunjungi bilangan kaum hawa sangat memberangsangkan. Oleh itu saya amat suka menjawab soalan mereka kerana mereka serius dalam mencari ilmu. ”Doktor, berikanlah petua cara membanyakkan sperma saya” soalan yang tiba-tiba muncul di wall FB saya. Saya tergamam. Lebih-lebih lagi soalan itu di’tampal’ di wall saya ... Read More »

Bila Masa Sesuai untuk Mendapat Anak Kedua?

Semenjak balik dari kursus keibubapaan yang diadakan baru-baru ini, saya berasa berkobar-kobar untuk berkongsi input-input yang boleh memperkasakan kita sebagai ibubapa. Sebelum ini saya mendengar frasa “membesarkan keluarga, meramaikan umat, memperbanyakkan zuriat”…dan pelbagai retorik lagi yang disebut-sebut oleh penceramah lelaki. Apabila saya memandang pada realiti masyarakat, saya mendapati bahawa ianya suatu yang ‘indah khabar dari rupa’. Terlalu ramai anak-anak Islam yang tidak dibentuk menjadi tunjang kekuatan Islam malahan ramai pula yang menjadi sampah masyarakat. Saya tidak pasti sama ada semua ini adalah laungan keegoaan lelaki untuk membuktikan ‘kejantanan’ mereka atau mengikuti sunnah? Apakah selama ini Islam mengajar kita agar mementingkan kuantiti dari kualiti? Saya mendapati Rasulullah s.a.w juga tidak mempunyai ramai anak sampai berbelas-belas. Saya belum mendengar kata-kata ulamak yang membenarkan umat Islam ramai tetapi menjadi bangkai tidak bernyawa akibat ... Read More »

Kemoterapi Dan Kesuburan

Saya menghadiri satu seminar mengenai kanser payudara tidak lama dulu. Ia diadakan berikutan rendahnya kesedaran wanita Malaysia khasnya wanita Melayu luar bandar mengenai bahaya kanser ini. “Secara keseluruhan, semua wanita yang menghidap penyakit kanser payudara (breast cancer) dan masih lagi subur haruslah bertanyakan doktor yang merawat mengenai kesan ubat kemotherapi pada kesuburan mereka. Kemotherapi menjejaskan kesuburan setiap wanita” Itulah kata pembukaan yang diberikan oleh penceramah yang namanya saya sudah lupa. Dalam menggalakkan pesakit kanser payudara untuk mendapatkan rawatan, sebagai doktor, tidak harus berbohong kepada pesakit tentang risiko ketidaksuburan yang bakal mereka hadapi. Memang terdapat risiko ketidaksuburan jika menjalani rawatan kemoterapi. Namun sepanjang pengalaman saya bekerja di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baru dan memberikan ubat kemoterapi bagi pesakit kanser payudara, tidak pernah pula isu ini ditanya. Mungkin kerana kebanyakan pesakit ini ... Read More »

Anak Lahir Tiada Tempurung Kepala – Petanda bagi Neural tube defects (NTD)

Anak Lahir Tiada Tempurung Kepala – Petanda bagi Neural tube defects (NTD)

“Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w“. Doa di atas adalah doa yang sering dianjurkan untuk dibaca selalu oleh ibu-ibu yang hamil. Tiada kekuatan dan daya usaha yang boleh mengatasi qadar Allah kecuali doa kerana Allah sajalah yang mampu melakukan apa saja untuk kebaikan bayi yang dikandung. Sebagai ibubapa yang bertanggungjawab kita telah cuba mengusahakan yang terbaik untuk anak-anak. Namun siapa yang dapat menjamin, bayi yang bakal dilahirkan nanti akan menjadi anak yang sempurna dan sihat. “Saya baru kehilangan seorang putera ketika dilahirkan” kata seorang kenalan yang baru saya jumpa. Beliau mula mesra dan  bertanya apabila saya memperkenalkan diri ... Read More »

Sejauh Mana Ketepatan Ultrasound Mengesan Jantina?

“Doktor, kenapa doktor cakap bayi saya perempuan. Minggu lepas buat scan di klinik lain, doktor kata lelaki!” Fuh… berpeluh saya mahu jawab soalan itu. Apakan tidak, saya tidak tahu judgement yang dilakukan oleh doktor lain. Mungkin pada masa itu dia melihat ada petunjuk-petunjuk yang membawa kesimpulan bahawa bayi itu lelaki. Saya buat scanning sekali lagi. Berulang-ulang kali. Masih lagi mencari petunjuk yang dilihat oleh doktor ’di klinik lain’ itu. Setelah 15 minit berusaha untuk memuaskan hati ibu muda itu, akhirnya saya menyerah mengangkat bendera putih. Saya tidak jumpa imej bayang zakar yang seharusnya ditemui di layar mesin ultrasound yang membawa petunjuk bayi itu lelaki. Akhirnya saya menetapkan pendirian. Saya mengambil buku antenatal clinic yang berwarna merah dan menulis : mungkin perempuan. Rakan FB saya, Amin Ledang bertanya “ada kebarangkalian tak, ... Read More »

Keperluan Menilik Jantina Bayi Menggunakan Ultrasound

“Doktor, bolehkah saya tahu jantina bayi yang sedang saya kandung ini?”  Ramai doktor yang teragak-agak untuk menjawab soalan itu. Perasaan bersalah dan berdosa pernah menjelma di jiwa saya. Adakah saya mengganggu qadar Allah yang menentukan sama yang bakal dilahirkan itu lelaki atau perempuan? Selama ini saya menganggap apa yang berada di dalam rahem seorang ibu adalah rahsia Allah. Walhal rahsia Allah ialah sesuatu yang ditentukan oleh Allah sebelum benih lelaki dan wanita disenyawakan di dalam rahem. Namun apabila persenyawaan telah berlaku, jantina bayi telah ditentukan, bayi ditempatkan di sebuah ruang sementara bernama rahem. Segala-galanya telah ditentukan Allah dan bukan menjadi rahsia lagi. Terdapat perbezaan antara ’menilik’ jantina bayi yang telah berada dalam kandungan rahem (jantinanya telah ditentukan) menggunakan peralatan ultrasound, dengan ’menilik’ dan meramal seseorang itu akan mendapat anak lelaki atau ... Read More »

Lelaki dan Kesuburan

Lelaki dan Kesuburan

Kerana ego, ramai lelaki yang agak takut untuk melakukan pemeriksaan bagi menyelesaikan masalah ketidaksuburan. Sesetengah lelaki menganggapnya sebagai langkah mempersoalkan ’kejantanan’ mereka. Belum lagi disahkan sebagai lelaki mandul yang tidak mampu mendapatkan zuriat. Tidak ada seorang lelaki pun yang mahu mengaku dirinya dalam keadaan begitu. Perkataan ’mandul’, sesolah-olah dekat dengan perkataan ’pondan’. Ia sangat pahit untuk ditelan bersama keegoan lelaki. Maka lebih mudah menuduh isterinya yang mengalami masalah ketidaksuburan. Masyarakat pula lebih mudah menerima jika wanita yang menjadi puncanya. Jika lelaki penyebabnya, istilah ’lelaki mandul’ sendiri seolah-olah telah merabakkan institusi kelelakian. Lelaki lain tentu tidak dapat menerima kehadiran lelaki sebegini di dalam pergaulan mereka. Beliau akan dipinggirkan dan dipandang hina. Malah diperli dan ditertawakan. Apatah lagi jika dia menjawat jawatan yang tinggi dalam masyarakat, nescaya ianya sesuatu yang terlalu pahit untuk ... Read More »

Menyusukan Anak bagi Menjarakkan Kehamilan

Puan Hamidah, 26 tahun baru saja melahirkan anak 5 bulan yang lalu. Dia datang ke klinik kerana batuk dan selsema. Sebelum saya memberikannya preskripsi ubat, saya bertanyakan kitaran haidsnya. Beliau memberitahu dia belum lagi kedatangan darah haids kerana menyusukan bayinya. Setelah saya mendesak untuk melakukan ujian kehamilan, beliau melalukannya dan mendapati ianya positif. Dia kehairanan dan menyangka selama ini dia tidak hamil kerana menyusukan bayinya. Rupanya dia hamil walaupun kitaran haids belum datang semula. Bukankah kita selalu mendengar kenyataan ”Menyusukan anak boleh menjarakkan kehamilan”? Adakah ianya suatu kenyataan benar atau kenyataan yang dusta? Ramai para ibu yang keliru dan menyangka bahawa: Kepercayaan #1 – Menyusukan anak boleh mencegah kehamilan. Kepercayaan #2 – Asalkan menyusukan anak, tidak kira berapa kali dan berapa banyak jumlah susuannya, kaedah ini akan menghalang kehamilan. Satu ... Read More »

Lendir Serviks Penanda Kesuburan Wanita

Masih ada beberapa e-mail yang bertanyakan tentang kesuburan. Ada seorang ibu muda bertanyakan masalah tentang lendiran yang keluar dari vaginanya. Dia bertanya sama ada dia dikira subur jika lendiran di vaginanya terlalu banyak atau dia dijangkiti kuman. Rujuklah pada yang pakar Untuk kebaikan pembaca, elok saya menerangkan bahawa saya bukannya pakar Gynaecologist yang begitu pakar tentang tubuh badan wanita dari segi anatomy atau pun physiology. Saya  membantu setakat mana ilmu yang saya pelajari ketika di Fakulti Perubatan. Jadi jika seseorang wanita itu menghadapi masalah sakit puan, cara yang terbaik ialah dengan berjumpa dengan pakar Gynaecologist. Saya hanya memberikan maklumat sampingan yang mungkin membantu seseorang wanita memahami penyakit atau masalah yang dihadapinya. Saya bukannya rujukan pertama untuk ditanyakan masalah. Saya bimbang jika pengetahuan saya yang sedikit ini akan mendatangkan kekeliruan pada ... Read More »

Ubat Herba untuk Ereksi adalah Ubat Terkawal

Baru-baru ini seorang sahabat lama  bercerita panjang dengan saya di sebuah kedai kopi 5 bintang mengenai kemajuan masing-masing. Beliau bertambah maju prestasinya kerana menyertai perniagan berasaskan makanan dan minuman. Walaupun perniagaan dia bertambah besar dan maju, beliau memberitahu bahawa beliau mengalami masalah yang amat ditakuti oleh orang lelaki, iaitu mati pucuk. Ini semua mungkin akibat stress, penyakit kencing manis dan tahap kolestrolnya yang semakin tinggi, yang mula dihadapinya awal tahun ini. Oleh kerana perkataan mati pucuk itu sensitif dan orang lelaki malu untuk membincangnya secara terbuka, maka beliau ia juga tidak pasti sama ada beliau mengalami keadaan itu atau tidak. Beliau hanya mengagak dan mendiagnosa dirinya sendiri. Apa yang lebih parah beliau merawat dirinya sendiri berdasarkan pengetahuan yang sedikit. Banyak khabar-khabar angin yang diberitakan oleh masyarakat tentang ubat untuk mati ... Read More »

Post Pill Amenorrhea (Catatan Kedua)

Post Pill Amenorrhea (Catatan Kedua)

(nota: Sila klik di sini untuk membaca catatan pertama saya mengenai topik ini) Mengamalkan pil termasuk masalah syari’e Saya sebenarnya serba salah untuk memberikan ubat perancang kepada wanita-wanita Melayu Islam kita. Menurut kuliah yang saya hadiri, doctor yang memberikan dan wanita yang mengamalkan pil atau suntikan perancang (pencegah kehamilan) hukumnya berdosa kerana perbuatannya haram kecuali pemberian dengan sebab-sebab syari’e yang kukuh. Antara sebab syari’e ialah kehamilan wanita itu boleh menyebabkan kematian. Itu pendapat ulamak secara amnya dan diterima ramai. Namun ada juga ulamak yang menjustifikasikan merancang kelahiran anak agar ibu mempunyai kesihatan yang lebih baik untuk kehamilan yang selanjutnya. Walaupun kehamilan wanita itu tidak mengancam nyawanya namun kehamilannya mungkin menyebabkan dirinya bertambah sakit (akibat penyakit yang sedia ada). Banyak lagi perdebatan dan hujah yang dikongsikan para ulamak dalam hal ini. Saya tidak ... Read More »

Clomid: Bukan Ubat Ajaib untuk Kesuburan

Baru-baru ini saya melayari internet untuk mengetahui berapa banyak artikel-artikel tentang kesuburan di dalam Bahasa Melayu, di samping melihat berapa ramai pelayar yang lain sudi membaca artikel saya. Apa yang saya jumpa adalah sesuatu yang memeranjatkan bagi saya kerana saya terjumpa satu forum ringkas yang membincangkan kesuburan dan clomid. Topik kesuburan bukanlah topik eksklusif doktor perubatan. Ramai pengamal alternatif lain yang membincangkannya. Sehingga ada juga bomoh-bomoh yang menawarkan ‘mandi bunga’ agar mudah untuk “melekat” di halaman sesawang mereka. Namun bila berbicara tentang clomid, satu ubat di dalam perubatan moden, saya minta puan-puan berhati-hati. Walaupun ianya dikira agak selamat dan mempunyai kesan sampingan yang sangat kurang, namun apabila pengambilannya tidak dimonitor oleh para doktor, bimbang berlaku kesan sampingan yang puan-puan tidak sedari. Kesan sampingan bagi setengah wanita tidaklah teruk. Ia biasanya menyebabkan ... Read More »

Kaitan Kitaran Haid yang Tidak Teratur dengan Masalah Kesuburan

Saya memahami antara ujian bagi pasangan muda yang beru berkahwin ialah tekanan untuk mendapatkan zuriat. Bagi mereka yang Allah mudahkan dalam perjalanan hidup mereka, Allah kurniakan nikmat zuriat sebagai penghias hidup psangan itu. Alhamdulillah. Namun bagi mereka yang mengalami ujian kesukaran untuk hamil, percayalah bahawa inilah ujian yang Allah berikan untuk menguji siapakah antara kita yang lebih baik amalnya. Kita akan pulang berjumpa dengan Allah nanti dengan perasaan syukur dan puas, apabila telah menerima segala ujian dariNya dengan sabar. Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” – Surah Al Mulk : Ayat 2   Anovulasi adalah masalah kesuburan yang utama Sebelum saya menceritakan lebih lanjut tentang masalah kesuburan ini, elok ... Read More »

Ovulation Predictor Kits (OPK)

OPK berguna bagi yang mahu atau mengelak zuriat Saya mendapat banyak pertanyaan melalui email dan inbox facebook, para isteri muda bertanya tentang penentuan hari kesuburan. Saya ucapkan tahniah atas keazaman puan-puan untuk melengkapkan keluarga. Hari yang paling subur bagi seorang wanita atau disebut hari ovulasi ialah hari di mana telur (ovum) dari ovari telah sedia untuk disenyawakan oleh sperma. Oleh kerana ovum yang terpisah dari ovari tidak boleh hidup lama, maka bagi mereka yang merancang untuk mendapatkan zuriat, bolehlah berjima’ bersama suami pada ketika itu. Dan bagi mereka yang mahu merancang dengan cara selamat, elakkan berjima’ bersama suami pada hari itu. Hari kesuburan berlangsung satu hari dan kadang kala berpanjangan selama tiga hari. Ianya berlainan antara satu wanita dengan wanita yang lain. Namun tidak lebih dari tiga hari. ”Dialah yang ... Read More »

Memilih Jantina Anak : Sains atau Takdir?

Doktor bukannya Tuhan Saya amat serba salah apabila pasangan muda yang datang berjumpa saya dan menyatakan keinginan mereka untuk memilih jantina mereka. Bunyi permintaan mereka mungkin terlalu naïve dan innocent didengar, tapi bila dikaji dari segi akidah, ianya sungguh mengerikan. Saya sering mengingatkan mereka yang doktor bukannya tuhan, yang boleh menentukan jantina anak yang bakal dilahirkan. Jadi mereka ketawa, “kami tahu doktor bukan tuhan, cuma kami mahukan tips-tip agar kami dapat anak lelaki”. Jika begitu, cuba perbaiki ayat yang digunakan. Awas kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Adakah mungkin untuk memilih jantina anak yang bakal “diusahakan” itu? Banyak artikel mengenai isu pemilihan jantina ini. Dr Hamid Arsat dan Dr Ismail Thambi antara dua pakar sakit puan dan perbidanan yang memberikan tip-tip nasihat mengenainya. Banyak juga teori-teori yang dihasilkan ... Read More »

Cara Menentukan Masa Kesuburan Wanita

  إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا ” Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat” (al-Insan : 2)   Isu kesuburan adalah ketetapan Allah Tentunya pasangan yang berkahwin mempunyai matlamat untuk menimang cahaya mata secepat mungkin malahan ada yang mahu mendapatkannya seramai yang boleh. Tekanan daripada keluarga di kedua pihak lelaki dan wanita menyebabkan pasangan suami isteri harus membuktikan bahawa mereka mampu mendapatkan cahaya mata untuk meneruskan kelangsungan salasilah keturunan. Namun ramai yang tidak menyangka bahawa mendapat cahaya mata adalah merupakan sebahagian ketentuan takdir Allah kepada semua manusia. Sebagai mana rezeki, jodoh dan kematian, mendapat cahaya mata juga telah ditetapkan oleh Allah. Ada yang diberikan Allah ... Read More »

Menghasilkan susu ibu untuk anak angkat?

Tradisi lama diamal semula Menyusukan bayi oleh seorang wanita yang bukan ibu kandung telah lama dipraktiskan. Sejarah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w telah membuktikan amalan sebegitu bukan suatu amalan yang asing. Bagi ibu yang menyusukan bayi sendiri, sudah tentu tiada masalah untuk memberikan susunya kepada bayi yang bukan anaknya, sama ada anak yatim yang kematian ibu, atau mungkin ibunya sakit tenat. Namun sekarang ini ramai gadis yang tidak berkahwin (atau andartu) dan ibu yang tidak boleh hamil, mengambil anak angkat dan mengharapkan anak itu menjadi anak susuannya bagi membolehkan mereka menjadi mahram. Kaedah syarie untuk menjadikan anak itu anak susuan boleh dirujuk kepada mana-mana agamawan. Oleh kerana saya juga mengikuti pengajian tidak rasmi (bukan di universiti bidang syariah), dan saya diberitahu bahawa ianya dibolehkan. Sekali lagi harap rujuk pada ulama, saya ... Read More »

Post Pill Amenorrhea: Dari Kemandulan Sementara Kepada Kemandulan Kekal

Saya amat kasihan mendengar keluhan para ibu tentang masalah haids mereka. Para ibu ini sebenarnya wanita yang sihat, namun atas beberapa tekanan hidup atau nasihat yang salah, mereka menggunakan ubat perancang keluarga atau mengawal kelahiran. Istilah yang digunakan di British ialah Oral Contraceptive Pills (OCP) tetapi di Britain ianya dinamakan Birth Control Pill (BCP). Setelah bertahun-tahun mengamalkan ubat OCP ini, ibu muda ini mula memikirkan untuk menambahkan seorang lagi ahli keluarga. Namun apa yang memeranjatkan, kitaran haids mereka sudah tidak menentu. Ada yang datang selepas 3 bulan menunggu. Kedatangan haids juga terlalu pendek masanya, kadang kala hanya beberapa hari. Malah ada yang menunggu sehingga setahun dua. Namun haids mereka tidak juga muncul. Bagi seorang wanita muda, tanpa kedatangan haids membuatkan mereka ”tidak seperti wanita lain”. Kehadiran darah haids memberikan satu ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!