“Assalamualaikum dr, maaf menganggu. Maaf juga terpaksa bertanya dr, sebab sy tidak tahu nak refer pd siapa. Baru sekejap ni anak saya darjah 1 kata dia tertelan duit syiling 10sen. Sy tanya pd dia ada rasa apa2 tak, dia kata takda apa & keadaan dia spt biasa shj. Adakah berbahaya pd dia, dr? Perlukah saya bw dia utk pemeriksaan? Adakah syiling itu perlu dikeluarkan atau akan keluar sendiri bila dia buang air besar nanti? Mohon pandangan & nasihat dr dr. Terima kasih byk2 dr.” Walaikumusalam. Kanak-kanak yang sudah merangkak dan mula berjalan adalah peringkat umur yang perlu diberikan perhatian. Ini …
Read More »Koleksi Artikel
SAKIT KEPALA KETIKA WAKTU SUBUR
SAKIT KEPALA KETIKA WAKTU SUBUR Assalamualaikum dr zubaidi, saya nk buat pertanyaan adakah possible perempuan dlm fasa subur mengalami sakit kepala/migrain? Walaikumusalam. Rasa sakit kepala dikalangan wanita selalunya disebabkan oleh perubahan hormon. Oleh itu terdapat situasi air disimpan dlm tubuh dengan lebih banyak. Keadaan ini dinamakan sebagai “water retention“. Ini menyebabkan berat badan akan bertambah sikit. Migrain atau sakit kepada akan menyerang. Tekanan darah akan meningkat (jika mereka pesakit hipertensi). Saya cadangkan banyak lakukan pergerakan fizikal yang ringan seperti berjalan kaki. Elakkan garam dan gula tambah dalam makanan dan minuman. Semoga menjawab soalan yang ditanyakan. Wassalam. IKLAN Bagi wanita yang …
Read More »SUDAH KIRA HARI SUBUR TAPI MASIH HAMIL
SUDAH KIRA HARI SUBUR TAPI MASIH HAMIL “Salam doktor, jika ikut kiraan sya jika sya dtg haid pda 5hb dan 14 hari slepas itu adalah pda tanggal 18hb btol kn doc?bermakna pda 16hb hingga 20hb adalah waktu subur sya btol bgitu? Jadi ada kemungkinan untuk hamil jika sya kering 9hb dan bersama suami selepas itu. Terima kasih. “WA ALAIKUM MUS SALAM Mengira hari subur adalah sebahagian dari usaha untuk merancang keluarga. Sama ada berusaha menambah anak atau menangguhkan kehamilan. Masalahnya ramai wanita yang silap mengira hari pertama haid. Kedatangan darah yang sedikit mungkin tidak dianggap sebagai haid pada setengah wanita, …
Read More »KENAPA AIR KENCING TIDAK BERBAU WALAUPUN MAKAN PETAI?
KENAPA AIR KENCING TIDAK BERBAU WALAUPUN MAKAN PETAI? Makanan yang dimakan akan mengubah bau pada air kencing. Asparagus, petai, jering dan bawang putih mengubah bau air kencing dan bau menyebabkan seluruh tanda berbau tidak menyenangkan. Ini kerana makanan tersebut mempunyai bahan sulfur yang dikenali sebagai methyl mercaptan. Kebanyakan kita mempunyai enzim yang dapat menghuraikan methyl mercaptan kepada sebatian sulfur yang memberikan bau yang tidak enak itu. Namun ada setengah individu, air kencingnya tidak berbau walaupun makan makanan tersebut kerana mereka tidak mempunyai enzim yang dapat menghuraikan molekul mercaptan ini. #HealthDrZubaidi
Read More »HAID TIDAK DATANG SELEPAS SUNTIKAN PERANCANG KEHAMILAN
Assalamualaikum. Doktor saya bersalin normal dan merancang untuk mengambil suntikan depo tetapi saya mengambil suntikan tersebut sekali sahaja kerana orang sekeliling saya mengatakan depo itu agak berbahaya. Jadi saya pun menghentikan proses suntikan itu. Yang saya sangat risaukan kerana saya sudah 6/7 bulan tidak datang bulan. Sangat merisaukan kalau ia berbahaya dan menyebabkan kanser. Adakah ini normal atau saya perlu buat sesuatu? Apa yang perlu saya lakukan doktor? Terima kasih. Walaikumusalam. Suntikan perancang diberikan kepada wanita yang baru melahirkan anak adalah untuk memberikan perlindungan kehamilan, agar kehamilan yang berikutnya dapat dijarakkan. Namun masalah kitaran haid tidak menentu memberikan tekanan emosi …
Read More »JANGKITAN DENGGI ATAU DIABETES YANG MENYEBABKAN KEGAGALAN GINJAL?
JANGKITAN DENGGI ATAU DIABETES YANG MENYEBABKAN KEGAGALAN GINJAL? Assalaamualaikum. Maaf nk tnya. Ayah saya disahkan mendapat jangkitan denggi, kemudian dlm tempoh rawatan denggi tersebut, pada masa sama disahkan ada penyakit buah pinggang tahap 4. Apakah penyakit buah pinggang tu berpunca kuman denggi yg menyerang buah pinggang dia? Terima kasih. Walaikumusalam. Selalunya tahap gula yg tidak terkawal akibat diabetes yang menyebabkan kerosakan ginjal. Ia berlaku secara perlahan-lahan. Oleh itu ia dikatakan sebagai penyakit ginjal yang kronik (Chronic Kidney Disease). Ini biasa berlaku dikalangan pesakit diabetes selepas tempuh 5-10 tahun, bergantung pada kawalan gula. Begitu juga jika ayah puan mengalami penyakit tekanan …
Read More »PEMBENTUKAN OTAK BAYI DAN MAKANAN YANG TERBAIK UNTUK MEREKA
PEMBENTUKAN OTAK BAYI DAN MAKANAN YANG TERBAIK UNTUK MEREKA 1. Soalan: Sejak usia kandungan berapakah ibu hamil boleh mula merangsang perkembangan otak bayi dalam kandungan? Pembentukan organ-organ dalam tubuh manusia berlaku sebaik saja persenyawaan berlaku. Otak adalah antara organ yang paling awal. Dalam kajian embryology menunjukkan pada usia kehamilan 4 minggu, sel neural progenitor atau dipanggil neural plate mula terbentuk dan membahagi. Ia memanjang dan membentuk dua bahagian penting. Di bahagian kepala ia membentuk otak, sementara di bahagian belakang ia membentuk saraf tunjang. Perkembangan ini terus berlaku, dan pada usia kehamilan 6-7 minggu, saraf di bahagian kepala tadi telah membahagi …
Read More »TULANG COCCYX PATAH MASA BERSALIN PUNCA SAKIT BELAKANG?
Soalan 1. Normal atau tidak sakit belakang ketika hamil? Rasa sakit belakang ketika hamil adalah suatu yang normal, terutama di akhir kehamilan. Ini kerana penambahan berat badan secara keseluruhan yang ditanggung oleh seorang wanita tersebut, secara purata antara 15-20kg. Posisi bayi yang berada di hadapan abdomen seberat 1.5-2.0 kg memberikan tekanan pada tulang belakang di bahagian lumbar. Ini punca seorang wanita mengalami rasa sakit belakang, terutama pada wanita yang mempunyai masalah tulang belakang seperti scoliosis, Prolapsed Intervertebral Disc atau kecederaan lampau pada tulang belakang. Namun saya suka menggalakkan wanita yang hamil agar melakukan pemeriksaan doctor, juka rasa sakit belakang terlalu …
Read More »APAKAH PERNAFASAN NORMAL?
APAKAH PERNAFASAN NORMAL? Kadar pernafasan seseorang diukur dengan mengira bilangan pernafasan yang dilakukan oleh seseorang dalam tempoh satu minit ketika berehat berehat. Ia dapat menjangkakan seseorang mengalami suatu penyakit tertentu terutama yang berkaitan dengan paru-paru. Pada amnya, kadar pernafasan wanita lebih tinggi dari lelaki. Kadar pernafasan bagi orang dewasa yang sihat adalah antara 12 hingga 18 nafas seminit. Selain dari kadar pernafasan, doctor juga akan melihat sama ada seseorang itu menggunakan otot-otot pernafasan sehingga menyebabkan seolah-olah dada dan abdomen mereka kelihatan “berombak”. Bunyi semasa bernafas juga membantu doctor mengetahui punca masalah yang berkaitan dengan saluran pernafasan. Otak selalu memberitahu otot-otot …
Read More »TOSE UNTUK PESAKIT DIABETES
TOSE UNTUK PESAKIT DIABETES Assalamualaikum doktor. Utk pesakit diabetes bole makan ke tosai? Walaikumusalam. Tosai adalah sumber karbohidrat. Sama seperti nasi. Ambil jgn berlebihan. Tose pada asalnya disediakan dengan mengisar beras yang direndam semalaman atau nasi lama ( diamasak 2 atau 3 hari sebelumnya) serta kacang dal hitam sehingga menjadi adunan yang sederhana pekat. Setelah itu, adunan dileperkan di atas kuali leper yang panas sehingga menjadi kuning keemasan dan terus dihidangkan. Asal usul tose sering dikaitkan sebagai sebuah resipi yang digubah untuk menggunakan nasi yang lama untuk menjadi sebuah hidangan baru supaya nasi tersebut tidak terbazir. #HealthDrZubaidi
Read More »PUNCA TIBA-TIBA JANTUNG BERDEGUP LAJU
Pernahkah kita mengalami perasan jantung tiba-tiba berdebar tanpa sebab? Padahal kita sedang duduk beristirehat je. Jika perkara itu terjadi buat sementara, ianya mungkin tidak merbahayakan. Tetapi jika berlaku untuk tempoh yang lama, segeralah berjumpa dengan doktor. Terdapat pelbagai puncanya. Terdapat satu keadaan yang dikenali sebagai aritmia berlaku apabila terlalu banyak minum kopi atau diserang panik (panic attack). Ia bukanlah tanda sesuatu yang serius. Terdapat 4 lagi keadaan di mana masalah ini berbahaya. 1. Jantung berdebar disebabkan penyakit sumbatan saluran darah arteri koronari pada jantung. Peningkatan tahap kolesterol dan kalsium boleh membentuk plak pada saluran darah dan menghalang pengaliran darah ke jantung. …
Read More »SENDI TERKUMPUL ASID URIK
Tophi adalah benjolan yang terbentuk di bawah lapisan kulit mengandungi asid urik, lantas menjadi komplikasi fizikal yang sering dialami penghidap penyakit gout. Gout terjadi berikutan asid urik berlebihan terkumpul di dalam badan hingga membuatkan bahagian sendi seperti jari, buku lali dan lutut membengkak. Asid urik pula ialah bahan kumuhan yang berasal daripada sejenis protein dipanggil purin yang secara normalnya dibuang melalui air kencing. Berbeza situasi dengan pesakit gout, apabila badan mereka hilang keupayaan membuang asid berlebihan ini, bahan kumuhan kemudiannya terkumpul di sendi dan membentuk hablur asid. Individu mempunyai bacaan tinggi asid urik di dalam tubuh berisiko menghidapi masalah gout. …
Read More »DUA UJIAN UNTUK MENGETAHUI KESIHATAN GINJAL
DUA UJIAN UNTUK MENGETAHUI KESIHATAN GINJAL Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang berisiko untuk mendapat masalah kerosakan ginjal, atau kita selalu sebut sebagai Penyakit Ginjal Yang Kronik atau Chronic Kidney Disease (CKD). Malah ramai yang tidak mengetahui yang mereka sebenarnya telah mula mengalami masalah ini. Jika masalah CKD dikenalpasti awal, ia dapat dirawat dengan lebih mudah. Atau ia dapat dikawal agar ia tidak menjadi lebih teruk. Ini kerana kebanyakan penyakit ini tidak memberikan sebarang tanda awal. Oleh itu terdapat dua ujian yang sangat membantu mengesan kerosakan fungsi ginjal pada peringkat awal. Pertama, Ujian ACR (Albumin to Creatinine Ratio). Ia adalah …
Read More »BISUL DI KALANGAN KANAK-KANAK
BISUL DI KALANGAN KANAK-KANAK Saya jarang berjumpa dengan kanak-kanak yang mengalami bisul sekarang. Mungkin tahap kesedaran ibubapa dan pendidikan kesihatan di sekolah telah berjaya mendidik kanak-kanak di peringkat sekolah rendah lagi tentang kentingnya kebersihan diri. Bagi kanak-kanak yang melakukan aktiviti lasak di sekolah, dan kebersihan diri tidak dipantau oleh ibubapa yang mungkin bekerja, mungkin akan mengalami bisul. Bisul adalah pengumpulan nanah di bawah kulit. Orang kita menganggap kelompang pada kulit yang berwarna kuning (nanah) itulah bisul. Namun pengumpulan nanah akibat jangkitan kuman yang kronik boleh berlaku pada mana-mana tisu dalam tubuh, seperti otak, hati dan ginjal. Dalam Bahasa Inggeris nanah …
Read More »KECELARUAN EMOSI SEMASA HAMIL
Hampir kesemua wanita yang hamil akan mengalami perubahan emosi yang bercampur, iaitu perasaan gembira kerana berjaya hamil dan pada masa yang sama merasa tertekan dan letih, akibat keletihan di tempat kerja, balik ke rumah pula terpaksa melakukan kerja-kerja rumah dan melayan anak-anak dan suami. Ramai yang gembira kerana dapat menyempurnakan kewajiban sebagai seorang isteri yang dapat menghadiahkan zuriat dalam sebuah perkahwinan dan menjadikan perkahwinan itu lebih sempurna. Dalam masa yang sama banyak tenaga yang dihabiskan untuk pembesaran bayi dalam rahim. Bukan setakat kepenatan fizikal, mereka juga mengalami perubahan emosi. Ada yang runsingkan tentang masa depan anak yang bakal dilahirkan. Adakah …
Read More »KESAN USIA PADA KESUBURAN WANITA
KESAN USIA PADA KESUBURAN WANITA Secara amnya, seorang wanita mempunyai kira-kira satu hingga dua juta folikel (kelompang yang mengandungi ovum-telur perempuan) di dalam ovari ketika dilahirkan. Apabila menghampiri akhil baligh, bilangan folikel akan berkurangan kepada 30000-500000 sahaja. Apabila berusia 20-40 tahun, bilangan folikel berkurangan kepada 1000 folikel sahaja pada setiap kitaran haid. Namun hanya kira-kira 400-500 folikel saja yang akan matang. Pada masa yang sama, tahap kesuburan wanita akan berkurangan selepas mencapai usia 30 tahun. Pada usia 51 tahun, hanya kira-kira 1000 folikel yang masih berada dalam ovari. Pengurangan kuantiti folikel yang mengandungi telur perempuan ini sebagai “penyusutan rizab ovari.” …
Read More »PENYAKIT GINJAL YANG KRONIK
PENYAKIT GINJAL YANG KRONIK Buah pinggang atau ginjal ialah sepasang organ yang penting untuk tujuan perkumuhan (membuang bahan-bahan toksik atau yang berbahaya dalam tubuh) melalui air kencing. Selain itu ianya juga berfungsi: Membuang cecair yang berlebihan dari badan.Mengawal tekanan darah.Mengawal asid dalam darah.Mengawal mineral di dalam darah.Menghasilkan hormon untuk pembentukan sel darah merah (erythropoietin) dan active vitamin D, untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat. Di Malaysia dianggarkan 2300 pesakit baru dikesan mengidap kegagalan ginjal setiap tahun. Dianggarkan juga seramai 70% mendapat rawatan di pusat rawatan hemodialisis manakala 30% lagi mendapat samada rawatan CAPD atau rawatan hemodialisis di rumah. Masalah …
Read More »BAHAYAKAH DEMAM ANAK SAYA?
Jika tidak kerana niat illahi ta’ala, tentu saya di antara doktor yang paling kecewa bila berhadapan dengan ibu bapa yang ‘gemar’ membawa anak mereka ke klinik. Setiap kali ke klinik, pasti mahukan ubat-ubat yang ada kalanya tidak perlu. Jika tidak diberi, akan berbantah pula dengan doktor. Ini bukanlah satu tindakan ibu bapa yang baik. Ibu bapa mungkin keliru tentang penyakit. Mereka mungkin melihat penyakit dari segi gejala saja, sedangkan doktor melihat gejala penyakit dengan mencari punca. Antara gejala yang menjadi kebimbangan ibu bapa ialah gejala demam. Demam hanyalah gejala (symptom) bagi penyakit. Oleh kerana ia bukan penyakit, tidak semua gejala …
Read More »BEZA JANGKITAN BAKTERIA DAN JANGKITAN VIRUS
BEZA JANGKITAN BAKTERIA DAN JANGKITAN VIRUS “Assalamualaikum, doctor. Bolehkah kita mengetahui sama ada seseorang individu itu diserang oleh bakteria atau virus?. Terima kasih” Walaikumusalam. Bakteria dan virus adalah mikroorganisma yang halus tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ia hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskope. Tanda-tanda jangkitan juga lebih kurang sama. Cuma dengan pengalaman, doctor akan dapat membezakan keduanya. Ini penting kerana kebanyakan jangkitan virus tidak memerlukan antibiotik, sementara hampir semua jangkitan bakteria memerlukan antibiotik. Bagi pengesahan, sama ada jangkitan bakteria atau jangkitan virus, doctor akan menjalan pemeriksaan darah dan ujian culture and sensitivity membantu doctor membezakan keduanya. Doktor akan mengambil …
Read More »UBAT SELSEMA DAN BATUK UNTUK KANAK-KANAK
“Assalamualaikum dokter. Saya ingin bertanya sikit mengenai bayi sy yang berumur 10 bulan. Kenapa bayi berumur lingkungan ini tidak diberikan ubat selsema? Saya sgt fobia sbb ank ke empat sy dulu batuk selsema, dokter sebuah klinik swasta kata tidak blh bg pd bayi. Hanya ubat sembur kat hidung…tp msih elsema..Akhirnya anak saya warded sbb byk kahak pd paru2. Kenapa yer dokter? Kalau bg pd dos seumur dgn bayi blh tak? Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Pemberian ubat selsema bergantung kepada pemeriksaan doktor. Secara amnya mmg ada garis panduan yang tidak membenarkan kanak-kanak di bawah umur 3 tahun diberikan ubat …
Read More »HOT DOG ANTARA PUNCA KANSER?
HOT DOG ANTARA PUNCA KANSER? Hot dog adalah makanan segera yang diminati di Amerika Syarikat, malah di Malaysia. Asalnya hotdog adalah makanan berkhasiat menggunakan daging terbaik oleh pendatang Jerman untuk menjamu keluarga pada hari perayaan di New York sekitar tahun 1860. Apabila ia menjadi industri pemakanan, pengeluaran tidak lagi mementingkan aspek kesihatan, malah mungkin menyebabkan kemudaratan. Ia tidak lagi memberikan nutrisi terbaik (terutamanya mikronutrien) pada individu yang memakannya. Apatah lagi ia bukan lagi dijadikan makanan istimewa (pada hari perayaan) tetapi dijadikan makan ruji setiap hari. Jika ia diambil sesekali atau sebagai sampingan pada menu makanan yg lebih sihat, ia mungkin …
Read More »FAKTA BERKAITAN KOLESTEROL
FAKTA BERKAITAN KOLESTEROL 1. Seperti yang kita sedia maklum kolesterol merupakan satu keperluan dalam diet harian seseorang untuk beberapa fungsi tubuh walaupun ada yang mengatakan bahawa kita harus mengurangkan pengambilan lemak. Bolehkah dr terangkan dengan lebih jelas apakah itu kolesterol? Kolesterol tinggi (hiperkolestrolemia) adalah penyebab utama beban penyakit dalam negara-negara maju dan negara-negara yang membangun. Ia menyebabkan 2.6 juta kematian di seluruh dunia. Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (National Health and Morbidity Survey) 2015, kadar bilangan warga Malaysia yang menghidap dislipidemia dan berumur 18 tahun dan ke atas adalah 47.7% (9.6 juta). Jadi apakah sebenarnya kolestrol? Dalam pemakanan kita, …
Read More »TIPS TURUNKAN GULA DALAM DARAH
TIPS TURUNKAN GULA DALAM DARAH 1. Melakukan senaman Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin. Dengan senaman juga, ia dapat membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul. Antara bentuk senaman yang boleh dilakukan seperti angkat berat, berjalan, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan lain-lain. 2. Kawal pengambilan karbohidrat Badan akan memecahkan karbohidrat ke dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel. Apabila anda makan terlalu banyak karbohidrat, tapi mempunyai masalah dengan insulin, ia dapat meningkatkan glukosa dalam darah. Oleh sebab itu, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan pesakit diabetes supaya mengawal pengambilan …
Read More »SAKIT PERUT GASTRITIS
Assalamualaikum, Dr Zubaidi. Pagi tadi saya ke klinik untuk pemeriksaan dan doktor mengesahkan saya ada gastrik. Boleh ke saya minum susu badam yang saya pesan dari doktor tempoh hari. Satu lagi makanan yang macam mana sesuai untuk saya penghidap gastrik? Terima kasih. Walaikumusalam. Gastrik adalah perkataan yang membawa makna perut. Selalunya dalam kes yang biasa berlaku, pesakit mengalami keradangan permukaan dalaman perut. Keadaan ini dinamakan gastritis. Selalunya didiagnosa secara ringkas dengan pemeriksaan ringkas dan bergantung pada simptom. Dalam keadaan yang lebih serius, puan boleh mengalami gastric ulcer. Dalam keadaan ini, puan mungkin mengalami rasa sakit perut yang kuat dan ubat …
Read More »LABU MAKANAN BERUNSUR ANGIN
LABU MAKANAN BERUNSUR ANGIN Assalamualaikum doctor. Saya baru melihat post doktor mengenai kebaikan memakan labu. Adakah labu ni berangin? Sebab saya adalah peminat labu. Tetapi saya adalah pesakit anxiety disorder. Ramai yang kata tidak boleh makan sebab berangin. Boleh doctor bagi penjelasan tak? Terima kasih. Walaikumusalam. Makanan berangin lazimnya dikaitkan dengan masalah kembung perut. Apabila seseorang itu mengalami sakit perut, selalunya akan dikaitkan dengan sifat pemakanan yang tidak betul. Selain tidak menjaga masa makan dengan betul, masyarakat Melayu akan mengaitkannya dengan makanan berangin. Pengambilan makanan berangin akan memberikan kesan tidak baik terhadap kesihatan pemakannya. Lebih teruk lagi, jika seseorang itu …
Read More »PESAKIT SLIP DISC BOLEH BERBASIKAL ATAU JOGING?
Assalamualaikum. Dr Zubaidi. Adakah pesakit slip disc boleh berbasikal atau joging? Terima kasih. Walaikumusalam. Pesakit yang mengalami masalah slip disc tidak digalakkan lakukan aktiviti lasak. Berbasikal dan berjogging dianggap aktiviti yang sederhana. Sementara bermain bolasepak dianggap aktiviti yang agresif. Jadi berhati-hatilah. Ini kerana ligamen di situ sudah lemah. Ia boleh menyebabkan ligamen mengalami koyak lebih teruk dan menyebabkan slip disc keluar lebih jauh dari posisi asal. Ini merosakkan saraf tunjang dengan lebih teruk. Tanda keadaan masalah ini lebih teruk adalah rasa sakit di bahagiang belakang dan mengalami rasa kebas dan mencucuk-cucuk pada anggota kaki. Semoga menjawab soalan. #HealthDrZubaidi
Read More »PETUA UNTUK SEMBELIT
PETUA UNTUK SEMBELIT Assalamualaikum. Saya ada masalah buang air besar. Kadang kala sampai seminggu sekali, baru buang air. Adakah probiotics boleh membantu utk melawaskan? Adakah orang diabetis boleh ambik prebiotik? Terima kasih. Walaikumusalam. Sembelit yang kronik boleh membuatkan seseorang indibidu rasa tidak selesa, rasa kekembungan dan mungkin menyebabkan keletihan. Jika kita gemar makan makanan yang dibakar (ala BBQ), tiada fiber dan tinggi kandungan nitrate (kebanyakan dalam daging yang diproses), sembelit yang kronik mungkin mencetuskan kanser usus besar (kolonorektal). Biasanya kita membuang air besar sekali sehari atau mungkin sehari dalam tiga hari. Lebih dari itu, ia tidak lagi normal apabila najis …
Read More »BOLEH KE AMBIL VITAMIN C SETIAP HARI?
BOLEH KE AMBIL VITAMIN C SETIAP HARI? Salam doctor saya nak tanya. Kanak-kanak perlu ke amalkan vit c setiap hari? Terima kasih. Walaikumusalam. Setiap orang dari kita memerlukan vitamin C setiap hari. Berapa banyak jumlah atau dos yang perlu diambil berbeza mengikut keperluan individu. Individu yang sihat memerlukan vitamin C yang rendah. Mungkin dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran, sudah mencukupi. Masalah mula timbul bila kita tidak ambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang secukupnya. Makanan kita hanya roti, nasi dan berlauk daging atau ayam. Tiada sayur. Kita mungkin mengalami masalah kekurangan vitamin C, mungkin tidak banyak tetapi jika berlanjutan akan memberikan masalah …
Read More »MENINGKATKAN HEMOGLOBIN DENGAN PENGAMBILAN MAKANAN
MENINGKATKAN HEMOGLOBIN DENGAN PENGAMBILAN MAKANAN Hemoglobin atau singkatannya Hb adalah protein yang berada dalam sel darah merah. Ia mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Tahap hemoglobin dalam tubuh boleh diketahui apabila melakukan pemeriksaan darah. Apabila tahap hemoglobin kita rendah, fungsi sel darah merah yang penting ini akan akan terganggu. Kita akan menjadi lebih mudah penat, sukar bernafas dan tidak bertenaga. Oleh itu, masalah tahap hemoglobin rendah harus segera dirawat. Pengambilan makanan yang tertentu adalah salah satu cara paling mudah untuk meningkatkan tahap hemoglobin (Hb) yang rendah. Beberapa jenis nutrisi, seperti zat besi, vitamin C, dan asid folik dapat membantu meningkatkan tahap hemoglobin. Ambillah …
Read More »BOLEHKAH PESAKIT YANG MENGAMBIL WARFARIN MENGAMBIL SAYURAN HIJAU
BOLEHKAH PESAKIT YANG MENGAMBIL WARFARIN MENGAMBIL SAYURAN HIJAU Dalam satu kajian terbaru, pesakit yang mengambil warfarin sebagai ubat pencair darah masih boleh mengambil sayur-sayuran hijau. Ini berlainan dari nasihat yang diterima sebelum ini kerana dibimbangi vitamin K yang memekatkan darah yang dalam dalam sayur-sayuran hijau akan mengganggu rawatan bagi pesakit yang mempunyai masalah darah yang pekat. Pendapat ini juga dipersetujui oleh Prof Guylaine Ferland, professor pemakanan dan nutrisi di University of Montreal di Canada. Ini berdasarkan pembentangan kajian yang dilakukan semasa persidangan dalam mesyuarat tahunan American Society for Nutrition, di Baltimore, Amerika Syarikat pada tahun 2019. Seperti mana yang diketahui …
Read More »KESAN PENGAMBILAN VITAMIN D KEPADA PESAKIT KANSER KOLONOREKTAL
KESAN PENGAMBILAN VITAMIN D KEPADA PESAKIT KANSER KOLONOREKTAL Kanser kolonorektal adalah kanser yang ketiga biasa berlaku di seluruh dunia sebanyak 1.8 juta kes setiap tahun dengan kematian dianggarkan sebanyak 860 ribu setiap tahun. Di Malaysia CRC adalah kanser yang kedua terbanyak, malangnya kebanyakan kes kanser iaitu 65% dikesan di tahap III dan IV. Kekurangan vitamin D adalah di antara faktor punca penyakit ini dan pemberian vitamin D secara suplemen membantu penyembuhan kanser kolonorektal. (1,2,3) Banyak kajian yang dilakukan dalam makmal menunjukkan bahawa vitamin D menyebabkan sel-sel kanser berhenti membiak dan lebih mudah mati (apoptosis), pengubahsuaian perjalanan Wnt signalling pathway (kitar …
Read More »UBAT ANTI-KOLESTROL JENIS STATIN
UBAT ANTI-KOLESTROL JENIS STATIN Statin adalah ubat yang biasa dipreskripsikan doktor untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah. Ia bertindak dgn menghalang enzim yang menghasilkan kolesterol. Antara ubat statin di pasaran : Lovastatin 20 – 80mgPravastatin 20 – 40mgSimvastatin 20 – 80mgAtorvastatin10 – 80mgFluvastatin 20 – 80mgRosuvastatin10 – 40mg Kesan sampingan ubat Ubat antikolestrol statin boleh menyebabkan sakit kepala, sembelit, gatal dan keletihan. Pesakit boleh mengalami peningkatan enzim hati. Jadi pesakit perlu menjalani ujian darah secara berkala bagi memastikan fungsi hati berada dalam keadaan yang baik. Pesakit juga boleh mengalami rasa sakit, keletihan atau lemah otot.Kes yang paling teruk adalah kerosakan …
Read More »SAKIT BERDENYUT-DENYUT PADA TAPAK KAKI
Assalamualaikum doktor. Saya nak tanya doc, masalah saya adalah tapak kaki saya berdenyut dan sakit. Adakah disebabkan oleh diabetes? Walaikumusalam. Antara punca tapak kaki berdenyut adalah disebabkan oleh keradangan sendi (arthritis) dan keradangan ligamen (plantar fascitis). Keradangan berpunca dari sakit kronik spt diabetes, pengambilan ubat sintetik, berat badan berlebihan serta masalah kerosakan saraf dan penyumbatan saluran darah. Ia juga akan pendedahan pada elemen radikal bebas. Diet terbaik adalah diet yang banyak fiber iaitu sayur-sayuran dan buah-buahan. Ia kaya dengan vitamin anti-keradangan seperti vitamin C dan vitamin E. Polifenol dalam minyak zaitun juga baik untuk menurunkan tahap keradangan. #HealthDrZubaidi
Read More »DIET UNTUK PESAKIT GOUT
DIET UNTUK PESAKIT GOUT Asid urik adalah bahan kumuh yang dihasilkan oleh tubuh selepas berlakunya pencernaan dan penghadaman makanan yang kaya dengan asid amino purine. Purine adalah asid amino yang terdapat dari sumber makanan berprotein. Apabila kita makanan yang kaya dengan purine, tubuh tidak mampu membuang asid urik, kita berisiko diserang gout, atau (gouty arthritis, iaitu keradangan pada sendi. Ia menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan tidak boleh dibengkokkan. Antara tips pemakanan yang boleh dilakukan adalah : 1. Ambil makanan yang mengandungi rendah lemak-trans (atau transfat) kerana ia merangsangkan proses keradangan. 2. Minum air kosong yang secukupnya membantu tubuh membuang …
Read More »SUPLEMEN VITAMIN UNTUK PESAKIT DIABETES
SUPLEMEN VITAMIN UNTUK PESAKIT DIABETES Assalamualaikum Dr Zubaidi. Adakah vitamin C sesuai diambil oleh pesakit diabetes. Terima kasih. Walaikumusalam. Vitamin C dan vitamin E sangat bagus diambil sebagai suplemen untuk pesakit diabetes bagi mencegah keradangan. Keradangan pada pesakit diabetes akan mempercepatkan mereka mendapat komplikasi seperti kerosakan saraf, saluran darah tersumbat, stroke dan kerosakan ginjal. Bagi pesakit diabetes saya mencadangkan vitamin C 1000mg dan vitamin E (tocotrienol) 100mg sehari. Ini kerana tidak semua vitamin yang diserap masuk ke dalam. Mereka yang berusia, mempunyai masalah dibetes dan mengambil ubatan selalunya mempunyai tahap penyerapan yang perlahan. #HealthDrZubaidi [IKLAN] Klik gambar di bawah ini …
Read More »PUNCA KEMEROSOTAN TULANG, SENDI DAN OTOT SERTA CARA MENCEGAH
PUNCA KEMEROSOTAN TULANG, SENDI DAN OTOT SERTA CARA MENCEGAH Menjelang tahun 2040, bilangan warga Malaysia berusia 60 tahun ke atas dijangka akan meningkat sehingga dua kali ganda berbanding anggaran semasa (tahun 2019) iaitu hanya 10.3% daripada jumlah penduduk. Wargatua (individu yang berusia 60 tahun ke atas) berisiko untuk mengalami masalah yang melibatkan tulang, sendi dan otot. Masyarakat tidak sedar bahawa memiliki sistem muskuloskeletal (iaitu tulang, sendi dan otot) yang sihat dan kuat merupakan faktor penting untuk hidup yang berkualiti pada masa tua. Jika tidak mereka akan mengalami rasa tidak selesa seperti kekakuan yang menjejaskan pergerakan mereka. Oleh itu masyarakat kita …
Read More »