Advertorial
Home » Koleksi Artikel (page 6)

Category Archives: Koleksi Artikel

Fungsi dusphaton untuk pesakit endometriosis

FUNGSI DUSPHATON UNTUK PESAKIT ENDOMETRIOSIS Tablet Duphaston 10mg mengandungi ramuan dydrogesterone, iaitu hormone wanita progesteron sintetik (buatan).   Struktur kimia hormone buatan ini hampir menyerupai progesteron yang asli dihasilkan oleh tubuh seorang wanita secara semula jadi. Oleh itu ia memberikan kesan yang sama.   Dalam kitaran haid yang normal, hormone progesteron yang dihasilkan oleh ovari,  akan bertindak pada lapisan endometrium pada dindang dalam rahem, untuk kekal menebal. Ini sangat penting untuk mengekalkan kehamilan. Jika tidak janin yang telah disenyawakan akan mudah gugur.   Jika wanita itu tidak hamil, tahap kandungan estrogen dan progesteron dalam tubuh akan menurun dan lapisan endometrium akan turun sebagai darah haid.   Tablet dusphaton juga diberikan kepada pesakit endometriosis sebagai rawatan awal.   Endometriosis adalah keadaan di mana tisu endometrium tumbuh dengan banyaknya di luar rahem. ... Read More »

Kesan ubat gatal akibat chickenpox terhadap kehamilan

KESAN UBAT GATAL AKIBAT CHICKENPOX TERHADAP KEHAMILAN   “Salam Dr, saya sedang mengandung anak pertama, usia kandungan 14 minggu. Saya telah mendapat chicken pox,  dan diberi ubat gatal (piriton) dan ubat sapu calamine. Adakah pengambilan ubat ini akan memberi kesan kepada bayi saya? Sy pernah djangkiti chickenpox semasa kecil.”   WA ALAIKUM MUS SALAM Seorang individu yang mengalami jangkitan chickenpox akan mengalami kegatalan pada parut dari kelompang yang dialaminya. Bagi mengurangkan kegatalan ini, doctor akan memberikan ubat antihistamine, selalunya tablet Piriton. Tablet ini mengandungi ramuan chlorphenamine maleate, iaitu sejenis ubat yang dikenali sebagai antihistamine yang menyebabkan rasa mengantuk. Ramuan ini akan memberi kesan kepada otak dalam kuantiti yang signifikan dan menyebabkan rasa mengantuk. Rasa mengantuk ini akan melegakan rasa gatal yang teruk terutama pada waktu malam. Ubat ini jarang diberikan kepada ... Read More »

Pelincir untuk kekeringan faraj

PELINCIR UNTUK KEKERINGAN FARAJ    “Salam doctor, saya mengalami masalah kekeringan faraj. Hal ini sangat merisaukan saya kerana saya baru berumur 32 tahun dan mempunyai seorang anak. Apabila bersama suami, saya mengalami rasa sakit dan pedih. Bolehkah doctor mencadangkan sebarang pelincir faraj untuk saya?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang mengadu rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama suami. Ini disebabkan luka pada vulva, iaitu pembukaan faraj. Antara puncanya ialah apabila wanita itu belum cukup lagi dirangsang dengan sepenuhnya, sehinggakan tidak banyak lendiran faraj yang dikeluarkan sebelum menerima kemasukan batang zakar ke dalam faraj.   Kemasukan batang zakar ke dalam faraj tanpa kehadiran lendiran yang cukup boleh menyebabkan hubungan seksual yang sepatutnya memberikan kenikmatan, menyebabkan rasa sakit bagi kedua-dua lelaki dan wanita tersebut.   Puan boleh menggunakan pelincir ... Read More »

Wanita Dewasa Tidak Pernah Datang Haid

WANITA DEWASA TIDAK PERNAH DATANG HAID   “Salam sejahtera doktor,saya berumur 27thn dan saya sudah berkahwin setahun yang lepas.  Saya mengalami masalah belum pernah datang haid dari umur remaja sehingga sekarang. Berat badan saya 46kg dan ketinggian saya 160cm..Saya amat memerlukan pandangan doktor dalam menyelesaikan masalah saya kerana saya ingin hamil seperti wanita normal yang lain.Terima kasih doctor. Terima kasih”   Salam sejahtera.   Kebanyakan kanak-kanak perempuan mula datang haid seawal umur 9 dan ada yang agak lambat sehingga berumur 18 tahun. Namun purata kanak-kanak perempuan mengalami haid pada usia sekitar 12 tahun.   Apabila kanak-kanak ini tidak pernah dating haid langsung semenjak awal, keadaan ini dinamakan “Amenorhea Primer”.   Oleh itu kanak-kanak perempuan yang telah mancapai umur 15 atau 16 tahun, sama ada telah melalui perubahan seksual wanita (seperti ... Read More »

Bolehkan menyusukan anak dengan susu ibu, anak mendapat alahan susu lembu?

MENYUSU IBU JUGA BOLEH MENDAPAT ALAHAN SUSU LEMBU? “Salam doktor, saya ingin bertanya. Saya menyusukan anak saya secara eksklusif, tiada bagi apa-apa susu kecuali susu ibu saja. Baru-baru ini saya perhatikan muka dan tubuh anak saya ada ruam selepas menyusu. adakah ini alahan susu? Terima kasih atas pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM Bayi yang menyusu badan sepenuhnya juga boleh mengalami tanda-tanda alahan apabila ibu mereka mengambil produk tenusu termasuklah susu lembu dalam pemakanan mereka.   Sebahagian kecil protein lembu ini akan memasuki susu ibu dan menyebabkan bayi ini mengalami tanda-tanda alahan susu lembu (susu formula).   wallahu a’lam       IKLAN Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM, selain dari vitamin C ... Read More »

Alahan susu formula

ALAH PADA SUSU FORMULA     “Salam doktor, saya telah melahirkan anak dan usianya sekarang 6 bulan. Sebelum ini saya memberikannya susu ibu, tetapi susu saya semakin sedikit, jadi saya berikan susu  formula. Saya perhatikan anak saya mudah kembung perut dan cirit birit. adakah anak saya tidak sesuai menggunakan susu formula? Terima kasih atas pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Anak puan mungkin mengalami alahan pada susu formula (susu lembu).  Masalah alahan susu formula sering berlaku di kalangan bayi yang diberikan susu formula semenjak lahir atau apabila ibu mereka mencampurkan penyusuan susu badan dengan susu formula.   Tanda alahan yang biasa ditunjukkan ialah sukar bernafas, bengkak di bibir dan kelopak mata serta ruam yang timbul beberapa minit selepas susu formula diberikan.   Tetapi tanda yang lebih kerap berlaku adalah ... Read More »

Tip memilih tuala wanita

TIPS MEMILIH TUALA WANITA   “Minta Dr terangkan tips pemilihan tuala wanita yang selamat dan perkara yang tidak diketahui disebalik tuala wanita yang dijual dipasaran sekarang?”   Tuala wanita yang dijual secara komersial adalah selamat digunakan.  Pemilihan tuala wanita bergantung pada keperluan bagi setiap wanita. Ia berbeza dari satu individu kepada individu yang lain, bergantung kepada kitaran haid mereka, dan saiz tubuh.   Jadi tuala wanita dipilih berdasarkan 3 faktor utama iaitu kadar serapan, bentuk dan saiznya,  dan ketebalan tuala wanita itu.   Semakin tebal tuala wanita itu, semakin tidak selesa digunakan. Ketebalannya tidak menggambarkan ia cepat menyerap dan menyimpan darah. Ada tuala wanita yang bersaiz nipis tetapi mampu menyerap dengan cepat dan menyimpan banyak darah. Ia bergantung kepada bahan yang digunakan dan selalunya lebih mahal.   Tuala wanita yang ... Read More »

Nanah pada parut suntikan BCG anak

NANAH PADA PARUT SUNTIKAN BCG ANAK    “Salam doktor. Anak saya baru dilahirkan seminggu dan doktor telah memberikan suntikan BCG.  Apa yang saya perhatikan parut suntikan BCG, ada nanah. bahayakah perubahan ini ?”    WA ALAIKUM MUS SALAM   Suntikan vaksin BCG diberikan di bawah lapisan kulit (intradermal) iaitu di antara lapisan epidermis dan dermis pada bahagian bahu kiri pada bayi yang baru lahir.   Suntikan ini akan mengaktifkan sistem pertahanan badan (cell mediated immune response). Selepas suntikan, kawasan yang disuntik akan membengkak dan akan surut dengan sendiri dalam masa beberapa jam.   Selepas itu, tempat suntikan akan membentuk bengkakan kecil (papule). Papule ini akan membesar dan akan pecah dan membentuk luka (ulcer) dan kadang kadang bernanah. Luka ini akan sembuh dengan sendiri dalam masa 4 minggu. Luka yang sembuh ... Read More »

Adakah penggunaan tuala wanita boleh menyebabkan kanser rahem dan kanser ovari?

ADAKAH PENGGUNAAN TUALA WANITA BOLEH MENYEBABKAN KANSER RAHEM DAN KANSER OVARI?   “Salam doktor. Ramai yang menyatakan tuala wanita adalah ancaman dalam diam kepada wanita.  Adakah ianya betul?”   Tuala wanita  adalah  bahan penyerap yang dipakai oleh seorang wanita atau gadis untuk menyerap aliran darah dari kemaluannya.Ia digunakan ketika mengalami haid, atau selepas pembedahan faraj, atau selepas melahirkan anak, atau selepas pengguguran, atau dalam mana-mana keadaan lain yang mana terdapat pendarahan yang banyak keluar dari faraj.   Pada zaman zaman dahulu, nenek moyang kita memang tidak pernah menggunakan tuala wanita. Namun sejarah penggunaa tuala wanita ini bukanlah baru. Beribu tahun dahulu, para wanita bangsawan menggunakan kain yang khas, mana kala wanita dari golongan yang miskin menggunakan sebarang kain untuk menyerap darah haid mereka. Kain yang digunakan kemudian, dicuci dan digunakan ... Read More »

kembung perut akibat gas semasa hamil

KEMBUNG PERUT AKIBAT GAS SEMASA HAMIL “Salam doctor, saya hamil 28 minggu. Saya sering mengalami kembung perut, sehingga saya rasa tidak selesa. Saya ada bertanyakan kepada doctor, tapi doctor hanya kata itu perkara biasa. Lalu saya ke farmasi dan diberikan ubat Losec. Saya belum guna lagi ubat itu. Saya bimbang nak gunakan ubat itu. Bagaimana saya mahu kurangkan kembung perut, doctor? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kembung perut adalah perkara biasa yang berlaku. Secara amnya seorang individu menghasilkan sebanyak antara 500ml hingga 1.5L gas setiap hari. Jadi tidak kira sama ada seorang wanita itu hamil atau tidak, kekembungan perut ini adalah perkara biasa.   Namun begitu wanita yang hamil lebih mudah mengalami masalah ini kerana mereka mempunyai hormone progesterone yang tinggi.   Hormon ini akan ... Read More »

Selamatkah ubat prednisolone untuk anak yang ada lendir?

SELAMATKAH UBAT PREDNISOLONE UNTUK ANAK YANG ADA LENDIR?       “Salam doctor, anak saya (1 tahun 5 bulan) sedang selsema, batuk dan kahak yang banyak selama seminggu. Saya sudah mengambil ubat salbutamol, ubat selsema tapi tak ada kesan. Hari ni doctor  bagi ubat prednisolone 3 kali sehari. Adakah ubat tersebut selamat utk anak saya?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Prednisolone adalah sejenis steroid untuk membantu mengurangkan radang pada saluran pernafasan dan lendir, terutama bagi pesakit asma. Jika anak puan diserang asma yang teruk, doctor akan memberikan ubat prednisolone untuk mencegah serangan asma supaya tidak berulang dan mengurangkan lendir.   Ubat prednisolone biasanya diberikan selama beberapa hari pada dos yang kecil. Bagi kanak-kanak yang tidak mempunyai asma tetapi mengalami lendir yang banyak, doctor juga memberikan ubat prednisolone untuk membantu ... Read More »

Kesan sampingan injeksion vaksin tetanus

KESAN SAMPINGAN INJEKSION VAKSIN TETANUS     “Assalamualaikum doktor, saya ingin bertanya, isteri saya mengandung buat kali pertama dan baru sahaja mendapat suntikan tetanus buat kali kedua dari doktor. Dia telah disuntik di bahagian atas punggung. Setelah 2 hari, dia mengalami kesakitan dari atas punggung ke peha, rasanya seperti sakit period. Saya amat risau, adakah itu kesan biasa suntikan tetanus? Sekian, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Suntikan vaksin anti tetanus (sama ada dalam bentuk DTaP atau TDAP) mempunyai kesan sampingan yang jarang berlaku. Sepanjang ingatan saya belum ada lagi masalah kesan sampingan yang teruk bagi pesakit yang menerima suntikan anti tetanus dari saya.     Namun begitu saya tidak dapat menafikan terdapat kesan sampingan yang mungkin berlaku pada wanita hamil yang menerima suntikan itu.   Kesan sampingan ... Read More »

Apa pilihan selain pembedahan tulang belakang untuk pesakit spinal stenosis?

APA PILIHAN SELAIN PEMBEDAHAN TULANG BELAKANG UNTUK PESAKIT SPINAL STENOSIS?     “Asalamualaikum Doktor,  saya mengalami masalah sakit pinggang pada tahun lalu semasa mengangkat barang di tempat kerja. Saya terus mendapatkan rawatan di sebuah hospital. Doktor di situ mengesyorkan saya membuat pembedahan untuk memasang plate dengan kos RM20,000. Saya menangguhkannya kerana bimbang akan kesan jangka masa panjang. Setelah itu saya hanya mendapatkan rawatan fisioterapi. Pada tahun ini, kesakitan merebak ke bahagian leher dan memerlukan saya memakai penyokong leher. Rasa sakit ini merebak ke bahagian bahu, tulang belakang hingga ke kaki. Kadangkala sakitnya seakan mencucuk-cucuk. Laporan MRI tulang belakang saya menyatakan: 1. ”Postero central disc protrusion at L3/L4, L4/L5 and L5/S1. Severe narrowing of the neural foramine.” 2. “Posterior bulge of C4/5, C5/6 and C6/7 disc that moderately indent the central ... Read More »

Meredakan sakit belakang tanpa ubat

MEREDAKAN SAKIT BELAKANG TANPA UBAT       “Salam doctor. Saya mula mengalami sakit belakang kerana saya mempunyai berat badan yang berlebihan. Saya juga bekerja duduk sepanjang waktu kerja saya. Apabila saya ke klinik, saya sering diberikan ubat penahan sakit. Ada tak cara lain untuk mengurangkan sakit belakang, kerana pernah satu ketika sedang saya cuba mengangkat anak saya berumur 2 tahun yang terjatuh di atas lantai, tiba-tiba saya mendapat sakit pinggang yang kuat. Terima kasih atas nasihat”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kita sering mengalami rasa sakit belakang. Tidak kiralah sama ada disebabkan oleh struktur di sekeliling tulang belakang seperti  otot, ligamen atau tulang belakang itu sendiri.   Ada kalanya sakit belakang seolah-olah menangkap pada bahagian pinggang secara tiba-tiba, sehingga kita rasa terkedu dan tidak boleh bergerak.   Apa ... Read More »

Bolehkah hamil ketika melakukan hubungan intim ketika haid

BOLEHKAH HAMIL KETIKA MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM KETIKA HAID   “Salam, doctor. Bolehkah saya hamil ketika saya melakukan hubungan intim sedang saya mengalami haid?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Untuk hamil, seorang wanita itu haruslah berada dalam tempuh subur, iaitu ketika telur wanita ovum keluar dari kelenjar ovary. Proses ini dinamakan ovulasi.   Kemudian ia disenyawakan oleh sperma yang dikeluarkan dari alat kelamin lelaki ketika melakukan hubungan intim.   Pada kebiasaannya telur ovum tidak akan dikeluarkan ketika seorang wanita sedang mengalami haid. Tetapi proses ovulasi boleh berlaku pada awal dalam kitaran anda, terutamanya jika seorang wanita itu mempunyai kitaran haid yang singkat.   Setelah dikeluarkan (dipencutkan), sperma boleh bertahan sehingga lima hari dalam rahem. Jadi  jika seorang wanita itu melakukan hubungan seks semasa haid dan mengalami ovulasi beberapa hari kemudian, ... Read More »

Kandungan gula tinggi dalam darah ketika hamil, perlukah rawatan insulin

KANDUNGAN GULA TINGGI DALAM DARAH KETIKA HAMIL, PERLUKAH RAWATAN INSULIN?     “Assalamualaikum Doktor. Saya telah disahkan hamil dan usia kehamilan saya sekarang adalah 7 minggu. Setelah membuat ujian darah seperti biasa, doktor memberitahu kandungan gula dalam darah tinggi (1st blood test) iaitu 164. Dan telah dirujuk kepada doc internal medicine. Setelah mengambil ujian darah 2hpp doc memberitahu hasil ujian 2 bulan lepas menunjukkan glucose  tinggi.   Untuk ujian kali ke3 iaitu selepas berpuasa hasil menunjukkan 114. Doc suggest saya mengambil insulin on the spot for the sake of my baby. Tp saya takut untuk mengambil insulin walaupun dibekalkan dgn insulin dirumah sehingga usia kandungan 37wks   Sekarang saya berada dalam keadaan tertekan. Dan berusaha untuk mengawal pemakanan. Persoalan saya bolehkah saya mengawal pemakanan atau apakah makanan yang saya boleh ... Read More »

UPT mulanya negatif kemudian positif. Adakah saya hamil?

UPT MULANYA NEGATIF KEMUDIAN POSITIF. ADAKAH SAYA HAMIL?   “Salam doktor. Saya harap doktor dapat membalas email saya ni. Saya ingin bertanya pasal pregnancy test kit. Beberapa hari lepas saya ada  buat ujian UPT. Keputusannyanya selepas 15 minit adalah negative. Saya tidak buang kit UPT itu dan masih menyimpannya. Bila saya tengok semula test kit tersebut setelah 7 jam, ia berubah. Satu jalur pada C merah pekat dan jalur pada  T warna putih pekat, tapi tiada warna. Tetap nampak jelas jalurnya. Soalan saya, adakah saya hamil. Saya harap doktor balas ye..tq doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya sebenarnya tertanya-tanya bilakah tarikh hari pertama haid puan, supaya saya dapat mengira ‘usia kehamilan’ puan  jika puan hamil.   Ujian UPT adalah ujian saringan. Ia bukanlah pengesahan pada suatu kehamilan. Pemeriksaan ... Read More »

mengambil ubat kurus phenteramine semasa tempuh menyusukan bayi

MENGAMBIL UBAT PHENTERAMINE (UBAT LANGSING) SEMASA TEMPUH MENYUSUKAN ANAK  “Salam doctor, saya seorang ibu yang menyusukan bayi saya berusia  11 bulan dengan susu ibu. Tanpa sengaja saya mengambil pil phentermine (30mg), jadi saya berhenti menyusukan bayi saya untuk 78 jam lepas (saya pam dan membuang susu). Adakah ia selamat untuk menyusukan bayi ini? terima kasih & salam mesra”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Phentermine merupakan ubat yang hanya dapat diperolehi secara preskripsi dari doctor. Ia biasa digunakan untuk menggalakkan penurunan berat badan dengan menyebabkan tidak berselera untuk makan dan tidak berasa lapar.   Ubat itu perlu diambil setelah diperiksa bahawa orang yang ingin mengambilnya selamat menggunakan ubat ini. Ia harus diambil sebagaimana yang ditetapkan.   Mengambil lebih daripada dos yang dibenarkan boleh menyebabkan kesan sampingan yang berbahaya atau yang ... Read More »

Mengenalpasti Makanan yang Menyebabkan Alahan Pada Anak

 MENGENALPASTI MAKANAN YANG MENYEBABKAN ALAHAN PADA ANAK     “Salam doktor. Saya tiada alahan. Baru-baru ini anak saya mengalami alahan yang teruk, berpunca dari makanan. Bagaimana saya mahu mengetahui makanan yang mana menyebabkan alahan. Terima kasih     WA ALAIKUM MUS SALAM   Memang sukar untuk mengenalpasti makanan yang menyebabkan alahan kerana bayi dan kanak-kanak ini diberikan pelbagai jenis makanan. Satu cara untuk mengenalpasti makanan yang memberikan alahan ini ialah menyediakan jadual makanan harian. Berikan makanan yang tidak mengandungi bahan -bahan menyebabkan alahan. Jika terdapat tanda alahan, bermakna ada bahan yang disyaki boleh menyebabkan alahan dan cuba hentikan makanan tersebut. Berikan masa sehingga satu minggu, bagi melihat sama ada tanda -tanda alahan itu reda atau berkurangan. Ia ia berkurangan, bermakna makanan tersebut sememangnya menyebabkan alahan. Pemeriksaan di klinik juga boleh ... Read More »

Bagaimana mengelakkan anak dari alahan

BAGAIMANA  MENGELAKKAN ANAK DARI MENDAPAT ALAHAN?   “Salam doktor. Saya hamil dan mempunyai alahan teruk pada seafood. bagaimana saya boleh mengurangkan risiko alahan ini pada bayi yang akan saya lahirkan. Terima kasih” Jika masalah alahan berlaku dalam keluarga , pastikanlah bayi yang baru lahir diberikan susu badan sahaja. Pemberian susu formula, terutamanya berasakan susu lembu pada peringkat awal kelahiran boleh menyebabkan bayi mula mengalami alahan. Dalam satu kajian menunjukkan bahawa jika bayi yang diberikan susu formula (susu lembu) dan mengalami cirit -birit dalam tempoh dua bulan pertama kelahirannya , dia berkemungkinan besar bayi itu sedang mengalami alahan. Ramai pakar yang menyarankan supaya bayi -bayi dari keluarga yang mempunyai baka alahan tidak diberi makan sehingga berumur antara sembilan bulan dan setahun, pada peringkat awal kelahiran untuk mengelakkan reaksi alahan terhadap kanak -kanak ... Read More »

Alahan makanan bermula di peringkat janin

ALAHAN MAKANAN BERMULA DI PERINGKAT JANIN   “Salam doktor. Maaf bertanya, sebenarnya bila bermulanya proses rangsangan alahan pada bayi. adakah selepas diberikan makanan selain susu ibu? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Doktor telah lama mengetahui bahawa sesetengah kanak -kanak boleh mendapat gatal -gatal kulit , lelah resdung , cirit , muntah -muntuah dan sebagainya setap kali mereka makan bahan -bahan yang tidak serasi dengan mereka.   Ketidakserasian ini disebabkan oleh masalah penghadaman atau oleh alahan makanan ( food allergy ).   Keadaan ini boleh berlaku pada peringkat bayi lagi , malah ada para penyelidik yang berpendapat bahawa ia boleh berlaku pada peringkat janin lagi.   Ini berdasarkan pengalaman beberapa orang wanita hamil yang mengadu bahawa setiap kali mereka meminum banyak susu lembu , janin dalam rahim mereka ... Read More »

Air mani berwarna kuning 2

AIR MANI BERWARNA KUNING 2   “Assalamualaikum doktor. Saya sering melakukan onani dan baru-baru ini saya mengalami kegatalan pada alat sulit saya. Apabila saya kencing, terasa pedih dan air mani saya berwarna kekuningan. Saya ada pergi ke klinik swasta dan doktor mengatakan tiada apa yg membimbangkan dan memberi antibiotic. Saya ingin mendapat penjelasan,adakah masalah saya serious atau tidak?. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Warna air mani dan kepekatannya boleh berubah-ubah disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya factor umur, pemakanan dan kekerapan melakukan pancutan.   Ia boleh jadi normal, dan boleh jadi terdapat jangkitan kuman atau masalah dalam saluran air mani.   Kebiasaannya air mani yang normal berwarna jernih, sedikit keputihan dan keruh seperti telur separuh masak.   Air mani juga selalunya pekat, dan akan cair setelah 20-30 minit ... Read More »

Kesan sampingan lactulose bagi bayi yang sensitif

KESAN SAMPINGAN LACTULOSE BAGI BAYI YANG SENSITIF   “Assalamualaikum Dr. Saya ingin bertanya mengenai bayi saya yang jarang membuang air besar. Kekerapannya ialah 4-5hari sekali. Saya menyusukan dia sepenuhnya dan dia belum makan makanan bayi. Usia 6 bulan. Saya bawa ke klinik dan doc suruh berikan lactulose. Saya risau kalau kerap beri,akan menyebabkan anak saya bergantung kepada ubat untuk membuang air besar. Perutnya tidak keras. Apa pendapat Dr? Saya kerap juga buat senaman kayuhan supaya anak saya mudah membuang air besar. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sembelit jarang berlaku pada bayi yang masih kecil, terutamanya yang masih menyusu badan. Ia mula berlaku pada bayi yang yang berusia enam bulan ke atas apabila dia mula makan makanan separuh pejal.   Bayi-bayi yang diberi susu ibu akan membuang air ... Read More »

Tanda-tanda anak berbakat dan berkebolehan luar biasa

TANDA-TANDA ANAK KITA DIBERIKAN BAKAT DAN MEMPUNYAI KEBOLEHAN YANG LUAR BIASA Tanda-tanda tersebut dimiliki oleh anak pada usia antara 2- 4 tahun ialah:   1. Mempunyai bakat tertentu, seperti kebolehan melukis atau kebolehan luar biasa dengan nombor.   2. Mencapai tahap perkembangan fizikal dan berfikir lebih awal dari rakan-rakan.   3. Mempunyai perkembangan menguasai bahasa yang lebih baik berbanding dengan rakan-rakan, seperti perbendaharaan kata yang luas atau keupayaan untuk bercakap dalam ayat yang lebih awal daripada kanak-kanak lain yang sebaya.   4. Mempunyai keinginan untuk tahu dan tidak pernah berhenti bertanya.   5. Sangat aktif (tetapi tidak hiperaktif). Walaupun kanak-kanak hiperaktif sering mempunyai tahap tumpuan (focus) yang singkat, kanak-kanak aktif dan berbakat pula boleh menumpukan perhatian kepada satu tugas yang diberikan untuk jangka masa yang lama, bersemangat untuk menghabiskan tugas ... Read More »

Sakit di tempat jahitan luka episiotomy

SAKIT DI TEMPAT JAHITAN LUKA EPISIOTOMY “Salam doctor. Saya mengalami rasa sakit dan pedih di tempat jahitan luka episiotomy. Saya baru melahirkan anak 3 hari lepas. Oleh kerana saya menyusukan anak, saya bimbang kesan ubat pada bayi saya. Ada cara lain untuk menghilangkan rasa sakit pada tempat jahitan ini. Mohon pencerahan.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan wanita yang baru melahirkan anak secara normal, mengalami koyakan pada faraj, sama ada disebabkan oleh guntingan episiotomi atau disebabkan koyakan akibat kepala bayi yang agak besar.   Selalunya luka yang minima akan pulih tanpa masalah. Calar-lebam biasanya pulih selepas beberapa hari dan jahitan harus pulih dalam tiga hingga empat minggu selepas kelahiran bayi.   Rasa sakit yang kuat di bahagian luka jahitan selepas seminggu, bukanlah suatu yang normal. Rasa sakit ini seharusnya ... Read More »

Bagaimana mempercepatkan proses pemulihan pada luka di faraj atau luka episiotomy

BAGAIMANA MEMPERCEPATKAN PROSES PEMULIHAN PADA LUKA KOYAKAN DI FARAJ ATAU LUKA EPISIOTOMY     “Salam doctor, saya mengalami koyakan faraj yang teruk (darah ketiga) semasa melahirkan anak 3 minggu lepas. Malangnya, tiada tanda-tanda luka jahitan itu sembuh. Boleh doctor beritahu cara mempercepatkan penyembuhan luka. Saya ucapkan terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Bagi mempercepatkan penyembuhan luka episiotomy atau luka pada faraj ketika melahirkan anak, pastikan jahitan pada luka betul-betul bersih, bagi mengurangkan mengurangkan risiko jangkitan kuman pada luka tersebut.   Saya mencadangkan agar wanita yang baru melahirkan anak secara normal agar melakukan pergerakan ringan seperti berjalan secepat mungkin. Paling lewat untuk melakukan pergerakan ialah tiga hari.   Bagi wanita yang sihat dan kuat, pernah melahirkan anak beberapa kali, tidak mengalami koyakan faraj yang besar dan tiada mengalami kehilangan ... Read More »

punca rasa sakit pada peranakan

PUNCA RASA SAKIT PADA PERANAKAN    “Assalamualaikum doktor, saya seorang surirumah, usia 40an, mempunyai 8 org anak. Saya mengalami rasa sakit dan tidak selesa bahagian ari-ari bila saya berdiri atau berjalan, seperti ada ada tekanan pada faraj. Saya sudah sebulan tidak datang haid, tapi saya belum ke klinik utk pemeriksaan. Mohon pencerahan”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai wanita yang mengalami sakit dan tidak selesa di bahagian bawah perut (atau lebih tepat di bahagian abdomen) dari semasa ke semasa. Kebiasaannya ia berkaitan dengan masalah kitaran haid mereka dan organ yang terlibat ialah rahem.   Walau bagaimana pun banyak lagi punca rasa tidak selesa atau sakit di bahagian bawah abdomen.   Cara terbaik ialah puan menjalani pemeriksaan doktor. Namun jika puan menceritakan lebih lanjut mengenai masalah puan, ia akan ... Read More »

Kesan ubat escitalopram (lexapro) semasa menyusukan bayi

KESAN UBAT ESCITALOPRAM SEMASA MENYUSUKAN BAYI   “Assalamualaikum doktor, saya ingin bertanya berkenaan kekeliruan yang saya hadapi. Saya adalah pesakit yang mempunyai penyakit panic attack. Saya telah berjumpa dengan doctor psychiatry  dan telah diberikan ubat Lexapro. Walaubagaimanapun saya masih menyusu anak yang berusia 6 bln. Adakah bahaya kalau saya teruskan penyusuan kerana doctor psychiatry  saya beritahu saya boleh membuat penyusuan pada sebelah petang memandangkan kesan ubat mungkin telah sedikit demi sedikit hilang. Saya juga ada membuat bacaan di internet mengatakan amat sedikit kesan ubat terhadap susu ibu. Mohon dr beri pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masalah kemurungan selepas melahirkan anak, atau dikenali sebagai “Post Pasrtum Depression”adalah suatu masalah yang sering berlaku. Ini kerana proses melahirkan itu sendiri, yang menyebabkan perubahan hormone yang ketara dan merangsangkan kecelaruan emosi dan ... Read More »

Penggunaan spray ubat nyamuk ketika hamil

PENGGUNAAN SPRAY UBAT NYAMUK KETIKA HAMIL   “Salam doctor. Baru-baru ini kawasan perumahan saya dilanda bencana banjir. Setelah banjir surut, saya dapati banyak nyamuk di rumah saya. Kami terpaksa menggunakan ubat membunuh nyamuk (mosquito coli) dan adakalanya menggunakan spray. Adakah ia merbahaya kepada saya, yang sedang hamil ? Mohon pencerahan. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Saya tidak nafikan kadang kala kita terpaksa menggunakan ubat nyamuk untuk membunuh nyamuk. Apatah lagi sekarang banyak kes denggi, ada yang terpaksa dimasukkan ke dalam wad dan ada yang meninggal dunia.   Banyak jenama ubat nyamuk yang ada di pasaran. Nama yang sering kita gunakan iaitu “ubat”, amat mengelirukan kerana ubat nyamuk ini digunakan bukan untuk melindungi dan menyembuhkan nyamuk, tetapi untuk membunuh nyamuk.   Ia dijual dalam bentuk lingkaran yang dibakar ... Read More »

Rawatan pembedahan bagi tongue-tie

RAWATAN PEMBEDAHAN UNTUK TOUNGE-TIE “Salam doctor, saya berumur 25 tahun dan mempunyai masalah tounge-tie.Saya sukar untuk bertutur dengan laju dan jelas, terutama ketika bekerja. Apabila saya membaca surah al fatihah, ada beberapa perkataan yang bunyi lain. Persoalannya apakah rawatan untuk merawat tougue-tie untuk orang dewasa seperti saya. Terima kasih atas penjelasan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tongue-tie atau dalam bahasa perubatannya ankyloglossia, ada suatu keadaan apabila pergerakan lidah dalam mulut menjadi terhad (disebut frenulum) kerana terdapat satu tisu yang menghubungkan hujung lidah dengan lantai mulut. Selalunya tisu ini menghubungkan tengah lidah, jadi hujung lidah bebas bergerak.   Masalah ini akan kesan pada pertuturan, dan penyusuan jika ia berlaku pada bayi.Ia dapat dikesan apabila:   Sukar mengangkat hujung lidah ke bahagian belakang gigi kacip atas atau ke kiri dan ke ... Read More »

Kesan Bayi dan kanak-kanak jatuh dan terhentak kepala

KESAN BAYI DAN KANAK-KANAK JATUH DAN TERHENTAK KEPALA   “Salam doktor. Saya ingin bertanya, Bayi atau kanak-kanak sering terjatuh dan kerap terhentak kepala. Adakah perkara ini memberikan kesan tidak baik kepada mereka? Apakah tanda  bahaya pada kanak-kanak ini? Perlukah dibawa segera berjumpa doktor? Apakah apakah kesannya sama ada jangka masa pendek dan panjang. Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Setiap kali bayi atau anak kecil kita jatuh dari sofa atau katil, kita berasa runsing jika mereka mengalami kecederaan terutamanya kecederaan kepala. Bagi kanak-kanak yang masih kecil dan masih tidak stabil berjalan, kemalangan lebih kerap berlaku di dalam rumah.   Walaupun sofa dan katil itu tidak tinggi, mungkin setakat ketinggian lutut kita, tetapi secara relative berbanding dengan saiz bayi, ketinggian sebegitu boleh disamakan dengan ketinggian aras kepala ... Read More »

Kesan benjol akibat hantukan beberapa kali

KESAN BENJOL AKIBAT HANTUKAN BEBERAPA KALI Salam doktor, saya mempunyai anak saudara berumur 3 tahun dan dia sangat aktif sehingga kerap terjatuh dan terhantuk. Di kepala sudah mempunyai beberapa benjol. Adakah ini boleh membawa kesan buruk kepada perkembangan dan pertumbuhan anak saudara dan perlukah kami membawa dia ke klinik? Johor, Malaysia   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebarang kecederaan kepala yang hanya melibatkan kulit kepala tidak mendatang sebarang kesan jangka panjang. Kecederaan pada kulit kepala biasanya dalam bentuk luka, lebam dan bengkak atau benjolan.   Jadi  bayi yang beberapa kali jatuh dan tidak mengalami kecederaan atau hanya mengalami kecederaan kulit kepala, tidak perlu dirisaukan.   Namun jika bayi mengalami kecederaan gegaran otak (concussion), ia lebih membimbangkan apatah lagi jika mereka setiap kali jatuh beberapa kali dan mengalami gegaran.   Gegaran ... Read More »

Langkah-langkah mudah memandikan bayi yang baru lahir

LANGKAH-LANGKAH MUDAH MEMANDIKAN BAYI   “Salam doktor. Saya baru melahirkan anak sulong 3 hari lepas secara normal. Saya telah kematian ibu tahun lepas, jadi saya bersendirian menjaga anak, dan suami saya sudah kembali bekerja. Ibu mertua saya menjaga suaminya yang menghidap stroke. Mohon doktor mengajar saya memandikan bayi sulong saya dengan cara yang betul. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Masalah yang biasa dihadapi oleh ibubapa muda yang pertama kali memandikan bayi mereka ialah perasaan takut dan tidak yakin untuk memandikan bayi mereka yang bertubuh kecil.   Mereka bimbang akan mencederakan bayi mereka ketika membersihkan tubuh bayi atau bayi yang dimandikan terjatuh ke lantai dan menyebabkan cedera di kepala.   Masalah ini dapat diatasi jika ibubapa baru ini diberikan penerangan dan latihan oleh jururawat atau bidan terlatih, sebelum bayi dilahirkan. ... Read More »

Kencing kotor ketika hamil, pendarahan dan sakit pinggang

KENCING KOTOR KETIKA HAMIL, PENDARAHAN DAN  SAKIT PINGGANG “Assalamualaikum dr.  Saya ada terbaca blog dr mengenai masalah kencing kotor dan saya ingin pencerahan lebih lanjut mengenai masalah saya..   1- Saya merupakan pelajar di luar negara timur. Kini isteri saya hamil dua minggu.. Dalam minggu ini beliau kerap kali mengadu bahawa beliau sakit pinggang dan kerap kencing dan juga muntah2.  Baru sebentar tadi beliau dapati bahawa terdapat sedikit pendarahan.  Kemudian saya terus bawa ke klinik..   2- Hasil ujian makmal mendapati bahawa beliau ada kuman  pada air kencing dan puratanya ‘4-6’.  (Saya juga xberapa faham kerana tiada penerangan dari dr di sini)…   3- Adakah isteri saya boleh mengambil apa-apa ubat untuk meneutralkan kembali masalah ini ( w/pun ketika hamil) dan apakah cadangan ubat tersebut drpada dr.. Kerana saya perlu ... Read More »

Pemeriksaan gigi, ubat bius, xray dan cabut gigi semasa

PEMERIKSAAN GIGI, UBAT BIUS, XRAY  DAN CABUT GIGI SEMASA HAMIL     “Assalammualaikum Doctor, hanya Allah sahaja dapat membalas kebajikan Doc dan moga dipermudahkan urusan seharian dan moga diberkati. Saya adalah follower FB Doc sejak tahun kebelakangan lagi. Saya ingin menanyakan soalan kepada doc jika tak keberatan. Saya baru disahkan mengandung pada semalam di mana usia kehamilan sekitar 6 minggu. Soalan saya adalah di dalam masa 6 minggu ini (sebelum tahu saya hamil) saya ada mencabut gigi di klinik,   Sekarang yang menjadi persoalan dan merisaukan saya adalah adakah ubat bius yang digunakan untuk mencabut gigi bahaya untuk kandungan walaupun seusia 6 minggu? Adakah besar keberangkalian terkena jangkitan? Benarkah sewaktu mengandung tak boleh mencabut gigi? Dan juga sebelum tu saya ada melalukan x ray gigi. Itu sahaja soalan saya. Mohon ... Read More »

Rahem jatuh selepas melahirkan anak pertama

RAHEM JATUH SELEPAS MELAHIRKAN ANAK PERTAMA   “Asalamualaikum. Saya berumur 28 tahun dan baru melahirkan anak pertama yang sekarang berusia baru 3 bulan.  Saya mengalami masalah sakit pada pangkal rahim. Dalam tempoh pantang, saya sudah urut banyak kali dan sekarang saya masih rasa pangkal serviks berada di dalam faraj. Apa yang perlu saya lakukan doktor? Adakah alat yang boleh dipakai untuk menahan pangkal serviks daripada turun ke dalam faraj?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Agak sukar saya mendiagnosa puan mengalami “jatuh rahem” kerana saya tidak memeriksa keadaan puan. Jarang wanita yang muda dan baru melahirkan seorang anak mengalami “jatuh rahem” atau uterinal prolpse.   “Jatuh rahem” berlaku apabila ligamen dan otot-otot di pelvis di sekeliling rahem menjadi lemah dan tidak boleh lagi menampung rahem pada bahagian pelvis itu. Ini ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!